Tuesday, January 27, 2015

Lawak - 1



Pelik Pelik
Sejak mula berkahwin, Maria sering bertanyakan tentang kisah silam suaminya. "Bagitau la I, dah berapa ramai perempuan yang You bawak tidur?" tanya Maria. "Sayang..." kata suaminya, "kalau I bagitau You, You gerenti akan marah punya." "Tak... I janji tak marah," rayu Maria. "Baiklah... kalau You dah desak sangat," jawab suaminya, "Hmmm... satu... dua... tiga... empat... You... enam... tujuh... orang gaji kita... lapan..."

Dot Pi Dot Mai.
Salman (bukan nama betul) pulang dari kerja satu petang dan terdengar suara isterinya dalam bilik mengerang. Dia berlari naik ke bilik dan melihat isterinya terlantar di katil berpeluh tanpa pakaian. "Kenapa ni sayang?" tanya Salman. "I diserang sakit jantung", jawab isterinya. Salman berlari ke bawah untuk menalipon doktor tapi belum sempat dia talipon, anaknya yang berumur 5 tahun berlari datang dan berkata, "Papa, acik Lan ada bawah katil ayah tak pakai suar." Salman mula naik angin dan naik semula ke biliknya. Memang betul Roslan(pun bukan nama betul) jiran mereka ada di bawah katil tanpa pakaian. Salman menarik Roslan keluar dan berkata, "Lahanat kau Lan, isteri aku kena sakit jantung. Kau pulak cuba menakutkan anak aku ye?"  

Siapa Ini?
Seorang lelaki menalipon hospital untuk memberitahu yang isterinya nak bersalin. Dan jururawat hospital menjawab talipon lelaki tersebut. Lelaki: "Hello... tolong saya sebab isteri saya nak bersalin!" Jururawat: "Sila bertenang... ini anaknya yang pertama ke?" Lelaki: "Apa la punya bangang... ni laki dia la!" Jururawat: "Erkkk..."

Malu Sesangat.
Seorang wanita muda telah ter'bersalin' di dalam sebuah lif. Dier pun malu macam nak giler dan tak mahu kuar dari lif itu. Pihak pengurusan bangunan pun memanggil polis, bomba dan psychologist untuk pujuk dier keluar. Psychologist tu pun cakap ler, "Cik... keluar lah... aper nak dimalukan... perkara biase jer nih." Wanita muda yang terbersalin itu pun menjawab, "Tak mau, tak mau, saya malu." Psychologist itu menambah, "Alah cik... tahun lepas saya ader 1 kes lagi teruk... pompuan tu beranak dalam longkang!!" Mendengarkan kata-kata Psychologist tu jer, wanita muda tu terus meraung bagai nak giler lalu berkata, "Yang tu pun saya gak, uhwaaa..!!!"

Telur
JAMAL ke kedai untuk membeli telur yang dipesan ibunya. Ketika berdiri di tepi jalan, dua buah kereta tiba-tiba berlanggar di hadapannya. Dia terkejut dan kaku di situ sehingga polis dan ambulans tiba. Setelah mangsa dikeluarkan, Jamal berlari pulang dan terlupa membeli telur. Jamal dengan penuh minat menceritakan kemalangan itu pada ibunya. "Dahsyat bu, kakinya tercabut dan terpelanting ke seberang jalan. Tangannya pulak putus, kepala pecah, perut terburai... Tiba-tiba ibunya mencelah, "Telurnya mana?" Jamal menjawab, "Err.... Mal tak tau pulak ke mana tercampaknya!"

Untuk apa kamu datang kesini?
"Hei, kamu yang berdiri di belakang," tegur pensyarah "Cuba sebutkan individu yang terlibat dalam Perjanjian Badang!" "Maaf, saya tidak tahu.. encik" "Apa? tidak tahu? Baiklah, kalau begitu sebutkan saja tahun berapa perjanjian itu ditandatangani?" "Maaf, saya tidak tahu juga, encik.." "tidak tahu sama sekali? Maklumat itu kan sudah saya berikan untuk dibaca minggu lalu. Jadi untuk apa kamu datang ke sini kalau tidak tahu?" "Mahu memeriksa kabel lampu ini, encik.. Saya petugas TNB"

Kemalangan jalanraya
Pada suatu hari, ada sebuah kereta yang dipandu terhoyong hayang melanggar tinga lampu dan terbalik.. Kesemua penumpangnya yang terdiri dari seorang lelaki tua.. seorang wanita tua.. dan dua orang anak kecil.. luka parah tak berdaya. Hanya seekor monyet yang merupakan binatang peliharaan keluarga.. masih sihat tanpa sedikit lukapun Pihak polis kebingungan melihat kejadian itu... lalu dia memutuskan untuk menyoal saja pada si monyet untuk memperoleh keterangan mengenai kejadian tersebut.. Polis : "Monyet.. apa yang terjadi sebenarnya?" Si monyet kemudian merebahkan dirinya dalam keadaan terbalik beberapa kali. Polis : "Oh... kereta terbalik beberapa kali... jadi apa yang dilakukan oleh lelaki tua itu?" Si monyet menirukan gerakan mabuk sambil mengayakan minum arak.. Polis : "Oh... lelaki itu sedang mabuk masa memandu.... dan bagaimana pulak wanita tua itu? anak-anak juga buat apa?" Si monyet menirukan posisi orang tidur.. kemudian bergerak-gerak spt orang sedang bertengkar. "Oh... okey.. saya dah faham.. wanita tua itu tido dan anak2nya bertengkar dalam kereta.. dan kamu sendiri pula buat apa monyet?" Dan... si monyet kemudian menirukan gaya memandu

Buah Durian
Samdol pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian... lalu dia menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan... Samdol : "Bang harga durian ini berapa?" Org Asli : "yang ini.. sepopit sebiji" Samdol kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu.. lalu Samdol buat2 tahu dan cuba menawarinya.. Samdol : "Bang.. Boleh kurang sikit tak"? Orang Asli : "Boleh aje, nak kurang berape? Samdol : "Lahupa.. boleh ya!" Penjual orang asli itu kebingungan.. lalu bertanya pada Samdol.. Orang Asli : "Lahupa itu berapa?" Samdol : "Cakap dulu.. Sepopit itu berapa?"

Pemilik pisau lipat
Suatu hari di tengah hutan.. ketika para pelajar sebuah universiti sedang melakukan penyelidikan terhadap tumbuhan hutan... Seorang pelajar senior yang juga merupakan pemimpin kepada rombongan itu berjumpa dengan sebuah pisau lipat di atas tanah. Menurut peraturan yang telah ditetapkan semasa membuat penyelidikan didalam hutan.. sesiapa yang meninggalkan barang penyelidikan didalam perjalanan akan dihukum. Lalu pelajar Senior itu dengan mengambil pisau lipat dan menghimpunkan semua pelajar untuk tujuan menghukum mana-mana siswa yang telah lalai meninggalkan pisau lipatnya. "Siapa yang merasa kehilangan pisau lipat di tengah perjalanan tadi?" tanya pelajar senior itu.. Tak ada seorang pun yang berani mengaku.. Kemudian pelajar senior itu menambah.. "Ayuh cepat.. mengaku aje la,. lagipun sebenarnya saya sudah tahu siapa pemilik pisau lipat ini kerana namanya terukir di sini.. Tapi saya inginkan kejujuran kamu semua untuk mengaku!" Masih tidak ada jawaban dari para pelajar lain.. "Kerana tidak ada yang dengan jujur mahu mengakui kesalahannya maka saya akan panggil namanya?!!!" Pelajar2 masih lagi diam. Akhirnya pelajar senior itu tidak dapat bersabar lagi.. lalu diambilnya pisau lipat tadi kemudian dengan lantang dia menyebut nama pemilik pisau itu... "STAINLESS STEEL cepat keluar...!!!"

KISAH PENGEMIS TUA DI DEPAN KAMPUS UITM
Seorang mahasiswa sedang asyik berbicara dengan seorang pengemis tua di depan kampus UITM. Mahasiswa : Sudah lama mengemis di sini pakcik? Pengemis : Ya... lebih kurang sudah 8 tahun , nak Mahasiswa : Wah, sudah lama juga ya pakcik..sehari biasanya dapat berapa pakcik? Pengemis : Paling sedikit RM50.00 nak .. Mahasiswa : Banyak juga ya pakcik Pengemis : Bolehlah nak, untuk keluarga... Mahasiswa : Ehhhh.....keluarga ada di mana? Pengemis : Anak pakcik semuanya ada 3 orang, yang pertama ada di Universiti Putra Malaysia di Selangor, yang kedua ada di Universiti Utara Malaysia di Kedah dan yang ketiga di Universiti Sains Malaysia di Penang... Mahasiswa : Subhanallah, hebat-hebat keluarga pakcik ni...boleh tahan juga yerrr.. Eh..Anak pakcik tu semuanya masih kuliah? Pengemis : tak arrrrrr....semuanya mengemis seperti pakcik.... *Perrggghhhhhhhhh!!! Hampehhhhhh

Sekolah
Jam sudahpun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salam masih lagi berdengkur. Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.
Ibu: Salam? Salam? bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.
Salam: Alah emak? Salam tidak mahu pergi ke sekolah!
Ibu: Apa, tidak mahu pergi sekolah?! Baik. Salam berikan emak dua sebab mengapa Salam tidak mahu ke sekolah.
Salam: Semua murid-murid tidak suka Salam. Guru-guru di sekolah pun tidak suka pada Salam!
Ibu: Itu bukan alasan bagi Salam untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!
Salam: Baiklah, sekarang emak pula berikan Salam dua sebab mengapa Salam mesti pergi ke sekolah.
Ibu: Eh? eh? bertuah punya anak! Salam dengar baik-baik, pertama Salam sudah berusia lima puluh tahun. Kedua Salam PENGETUA SEKOLAH!!!

Dua orang kaya dan pemandunya
Suatu hari ada dua orang kaya sedang duduk di cafe, sambil menggosip pemandunya.
Orang kaya I : " Hei, kau tau tak, pemandu aku ini bodohnya setengah mampus ! Kalau kau tak percaya cuba lihat nie." Terus dia panggil pemandunya si King Kong " King Kong, ini 10 ringgit, pergi ke kedai kereta, dan belikan aku Mercedez." King Kong pun menjawab dengan sopan, " Yes Sir !! Right A way !!" Dengan pantas terus ke kedai kereta. Orang kaya I itu beritahu ke temannya, " Nampak? Apa aku cakap.... dia buat betul-betul"
Orang kaya II : " Haha.... itu belum apa-apa, kau nak tengok, pemandu aku lagi teruk dari itu. Biar aku tunjukkan pada kau." Terus orang kaya II memanggil pemandunya Rambo. " Rambo, pergi ke rumah aku, cuba lihat sama ada aku ada kat rumah ke tidak ?" Rambo: " Yes Sir !! Right A Way !!" dan dia terus cabut ke rumah tuannya. Orang kaya II beritahu kepada temannya tadi, " Nampak apa yang aku cakapkan ? Dia tak ada otak untuk berfikir, mana boleh aku ada di dua tempat yang berbeza dalam satu masa. Tdak berapa lama kemudian, kedua pemandu itu bertemu di jalan,
King Kong : " Ehh you know, my boss is very stupid laaaahhh. Dia kasih aku 10 ringgit dan suruh aku beli mercedez di kedai kereta, mana boleh ?? Kau kan tahu sekarang kan hari minggu. Semua kedai kereta tutup!!"
Rambo : " Kau fikir boss kau stupid ha ? boss aku lagi stupid!! Masa dia suruh aku balik rumah lihat, apakah dia ada di rumah..... Padahal dia kan boleh check sendiri telefon je la kan.

Timbang
Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer. Seorang gadis dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer menjawab: "47 kg!" Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer menjawab: "52 kg!" Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer mengeluarkan jawapan: "Tolong naik sorang-sorang.. jangan ramai-ramai!" 
  

No comments: