Bab
11
“You buat apa kat sini?”soal Aqasha cuba
menghalang Qaseh dari keluar dari pantry.
Aqasha sengaja memberi alasan mahu ke tandas
kerana ingin bertemu dengan Qaseh. Dia bukannya tidak pernah mencari Qaseh
tetapi Aqasha sendiri buntu di mana lagi harus dia mencari gadis yang dia
cintai itu. Mana tidaknya, telefon tidak berangkat, mesej tidak berbalas
sehinggalah Aqasha pergi sendiri ke rumah sewa Qaseh namun menurut Zizie, Qaseh
dah lama pindah. Hancur luluh hati Aqasha. Dia nak tahu kenapa Qaseh melarikan
diri daripadanya.
“Tak ada kena mengena dengan you.” Balas Qaseh
dingin sedingin-dinginnya.
“Kenapa pula tak ada kena mengena? You tu
teman wanita I. Apa salah I sampai you larikan diri macam ni?”
“Kita dah lama putus. You dan I dah tak ada
apa-apa hubungan lagi. Tepilah. I nak lalu.”
Aqasha tidak berganjak. Dulang yang ditatang
oleh Qaseh diambil lalu diletakkan di atas meja semula. Dia memegang bahu Qaseh
erat. Dia inginkan penjelasan.
“Apa salah I?”tanya Aqasha lagi.
“You tak salah. I saja yang bodoh. Tertipu
dengan helah you.” Qaseh mengukirkan senyuman yang begitu sinis buat Aqasha.
Dia cuba untuk kuat. Dia tidak boleh lemah di hadapan lelaki ini.
“ Helah apa yang you cuba maksudkan ni,
sayang? Please, jangan buat I macam ni. I setengah mati cari
you, Qaseh. I sayangkan you.”
Qaseh ketawa dibuat-buat.
“Sayang? Simpanlah sayang you tu untuk
perempuan yang sedang mengandungkan anak you tu nanti. I dah tak percaya lelaki
macam you. Tepilah.”
“Mengandungkan anak I? Apa ni? I tak faham…
Jangan bagi I confuse, sayang.”
“Tak apalah. Nanti you akan faham sendiri. I
ni perempuan tak sedar diri sebenarnya. Maafkan I kalau selama ni I ada
menyusahkan you. You pergilah teruskan hidup you dan I akan teruskan hidup I
seperti biasa.”
Aqasha menggeleng. Dia tidak boleh menerima semua
ini. Dia tidak tahu apa puncanya ketika ini. Apa yang cuba dimaksudkan oleh
Qaseh?
“ Tak akan you nak lepaskan macam tu aje
setelah apa yang kita lalui bersama?”
“Redha dalam keterpaksaan. I terima andai ini
yang telah diaturkan. You dan I tak ada jodoh. Terima sajalah.” Ujar Qaseh
sebelum berlalu meninggalkan Aqasha keseorangan di situ.
***************
Aqasha mengambil tempat di sebelah Fathir. Dia
duduk berhadapan dengan Qaseh yang nampak begitu benci untuk memandang mukanya.
Aqasha cuba untuk berfikir. Apa salahnya?
“Jemput minum, Qasha. Jangan nak malu-malu.
Loya tekak aku kalau kau malu.” Qayyim berseloroh sambil tergelak kecil.
Aqasha hanya mengukirkan senyuman nipis terus
mengambil minuman yang terhidang. Matanya tidak lepas dari terus memandang
Qaseh yang kelihatan tidak selesa dengan kehadirannya.
“Ayim, Qasha ni hebat dah sekarang ni. Empayar
syarikat dia dah berkembang luas kat luar negara. Cayalah, Qasha.” Fathir
memberitahu Qayyim.
Qayyim kelihatan begitu teruja. Air minuman
tadi diletakkan di atas meja kembali. “ Betul ke, Qasha?” soal Qayyim inginkan
kepastian.
“Taklah hebat sangat, Ayim. Biasa-biasa saja.
Kau ni apa cerita? Kenapa kau duduk atas kerusi roda?”Aqasha mengubah topic.
Dia juga ingin tahu kenapa Qayyim berkerusi roda. Fathir tidak pula memberitahu
dia tentang keadaan diri Qayyim yang sebenar.
“Aku kemalangan dan aku lumpuh.”jawab Qayyim
lemah.
“Maafkan aku, Ayim. Aku tak tahu kau
kemalangan. Fathir, kau pun tak beritahu aku. Sampai hati kaukan….”
“Tak apa, Qasha. Aku dah okey dah. Dulu
mula-mula memang tak dapat terima kenyataan tapi sekarang ni, aku dah boleh
terima. Hidup harus diteruskan.” Qayyim berkata dengan penuh semangat. Mulai
hari ini dia akan terus bersemangat. Dia tidak mahu kelihatan lemah lagi
selepas ini. Apa jua rintangan dan halangan yang dia hadapi dia akan cuba untuk
bangkit semula. Dia tidak akan biarkan orang memperlekehkan kebolehan dirinya
lagi walaupun keadaan dia seolah-olah tidak bermaya.
“Mestilah kena teruskan hidup sebab si bunga
sentiasa ada di sebelah. Kalau si kumbang menyerah kalah, si bunga akan cuba
memekarkan bunganya mengeluarkan haruman indah yang akan membangkitkan semangat
si kumbang semula.” Fathir mengusik.
Qaseh melirik matanya memandang Fathir. Qayyim
juga begitu.
“Sengal kau, Fathir. Berfalsafah bagai. Tak
adanya si bunga ke si kumbang. Si pelempang ada kalau kau nak.”
Fathir ketawa terbahak-bahak. Perutnya
ditekan-tekan. Muka Qayyim yang putih sudah merah. Sengaja dia mengusik untuk
melihat reaksi Qayyim.
“ Aku serius tak faham apa yang korang
bincangkan ni. Siapa si bunga dan siapa si kumbang?” Aqasha mencelah. Dia
mengangkat kening kanannya. Dahinya berkerut. Cawan diletakkan semula di atas
meja. Dia cuba berlagak biasa walaupun matanya asyik memandang Qaseh yang
langsung tidak memandang kepadanya.
“Tak ada apa, Qasha. Fathir ni memang suka
merapu.” Qayyim tidak berterus terang.
Fathir tersengih seperti kerang busuk. Dia
tahu yang Qayyim malu. Masakan tidak muka Qayyim memerah akibat diusik olehnya tadi.
“Kau dah kahwin belum, Qasha?” soal Qayyim
ingin tahu. Umur mereka memang sudah cukup layak untuk berkahwin. Tidak
mustahil Aqasha juga turut berkahwin dan tinggalkan Qayyim keseorangan
membujang memandangkan Fathir juga telah berkahwin dan memiliki sepasang cahaya
mata.
Aqasha tersentak. Dia memandang Qaseh tetapi
gadis itu langsung tidak memandangnya. Aqasha tahu yang Qaseh sengaja
mengangkat buku menutupi wajahnya kerana tidak mahu bertentang mata dengan
dirinya.
Aqasha tersenyum sumbing. “Tengah menunggu
jawapan daripada seseorang. Tapi tetiba dia larikan diri. Aku pun tak tahu apa
salah aku. Gadis molek tepi kau ni masih single kan? Bolehlah aku masuk
jarum.”jawab Aqasha sedikit tinggi agar Qaseh memahami apa yang cuba dia
maksudkan.
Qayyim mula resah. Patutlah dia perasan yang
Aqasha curi-curi memandang Qaseh. Rupanya lelaki ini berkenan dengan si minah
ni. Tak boleh jadi ni. Minah senget ni tak boleh jadi milik sesiapa. Qayyim
tidak akan membenarkannya berlaku.
Qaseh hanya memasang telinga. Dia malas nak
menyampuk. Kang dia kena marah pula dengan Qayyim nanti. Dia tahu yang Aqasha
sengaja berkata sedemikian untuk memancing dirinya. Jangan harap!
“Orang gaji aku ni pun kau nak ke? Tak ada
yang lebih bergaya ke, Qasha? Agak-agaklah, bro.” Qayyim ketawa dibuat-buat.
Hatinya memang sudah tidak tenang lagi. Sesekali dia melirik memandang Qaseh.
Ingin memberi amaran untuk tidak melayan Aqasha nanti.
“ Aku low profile, Ayim. Tak kisah
siapa pun dia yang penting hati baik. Kalau hati benci, macam mana nak hidup
bersama. Tak gitu, Cik PA?” Aqasha membalas membuatkan Qayyim bertambah resah
mendengar jawapan itu..
“Jomlah, keluar makan. Aku belanja.” Qayyim
terus mengubah topic agar tidak terus membicarakan tentang hal yang membuatkan
dia tidak duduk diam.
*************
“Terima kasih, bro sebab sudi datang melawat
aku. Ingat juga kau kat aku.”ucap Qayyim sambil tangannya dihulurkan lalu
disambut oleh Aqasha.
“Boleh aku bercakap dengan PA kau sekejap,
Ayim?”Aqasha dengan slumbernya meminta kebenaran daripada Qayyim untuk bercakap
dengan Qaseh.
Qayyim berkerut dahinya. Begitu juga dengan
Qaseh. Apa lagi lelaki ini mahu? Harap Qayyim tidak dapat mengesan yang mereka
pernah kenal malah pernah menjadi pasangan kekasih suatu ketika dahulu.
“Untuk apa?” Qayyim bertanya. Dia memandang
Aqasha tajam sebelum pandangannya jatuh kepada Qaseh yang sedang menunduk.
“Nak pesan sesuatu aje. Sekejap aje.
Bolehkan?”Aqasha masih berlagak biasa. Tidak dinafikan dia sedar yang Qayyim
seolah-olah berat untuk membiarkan dia berbicara dengan Qaseh. Mungkin sahabat
baiknya ini turut menyimpan perasaan kepada Qaseh. Aqasha tidak akan pernah
melepaskan Qaseh kepada sesiapapun.
“Okey…” Qayyim membenarkan walaupun dalam
keterpaksaan.
“Apa lagi yang you nak, Qasha? I dah cakapkan
yang I tak nak ada apa-apa hubungan lagi dengan you?”
“I cuma nak cakap yang I tak akan sesekali
lepaskan you. Jadi jangan cuba fikir you boleh lari dari I. I sanggup lakukan
apa sahaja agar you tetap milik I termasuklah buat perkara yang you tak
sangkakan I akan buat. Ingat tu.”pesan Aqasha separuh berbisik di telinga
Qaseh.
“ You jangan nak buat kerja gila!”
Aqasha tersenyum senget.
“Semuanya atas you. Okey, sayang. I balik
dulu.”Aqasha menghampiri Qayyim semula meninggalkan Qaseh yang berdebar
mendengar amaran itu.
**************
“Kau kenal
Aqasha?”
Soalan daripada Qayyim itu mengejutkan Qaseh
daripada lamunan panjangnya. Dari tadi fikirannya masih tidak lepas untuk
memikirkan amaran Aqasha itu. Dia tahu yang Aqasha seorang yang begitu nekad.
Sangat nekad. Perkenalan selama 2 tahun cukup membuatkan Qaseh kenal siapa itu
Aqasha yang sebenarnya.
“Tak.” Jawab Qaseh pendek. Dia menghela nafas
panjang. Telefon bimbitnya yang diletakkan di dashboard kereta diambil. Mereka
sudah dalam perjalanan pulang ke rumah.
“ Bohonglah.” Qayyim tidak percaya.
“Suka hati.”
“Cakaplah. Kau kenal Aqasha kan?”
Qaseh mendengus. Lelaki ni suka sangat
mendesak. Kalau kenal pun apa masalahnya? Hissh, tak ada privasi langsung.
“Diam tu mesti tengah mengata akulah tu.”
Qayyim serkap jarang.
“Aku yang tanggung dosa..”marah Qaseh.
“Aqasha tu sahabat baik aku. Dah lama aku tak
jumpa dia. Hari ini dapat jumpa dia kembali. Makin kacak. Dia pun nampak macam
tertarik dengan kau. Tak sangka kau ni laku juga yea.”
“Hmmm…”
“Tapi aku tahu kau kenal dia. Kalau tak kenal
tak akanlah kau resah semacam aje aku tengok. Kau kenal Aqasha kan?”
“ Tak penting.” Qaseh masih berdolak dalih.
Tidak mungkin dia akan ceritakan hal yang sebenar.
“Macam mana kau boleh kenal dia?”soal Qayyim
tidak berputus asa walaupun dia tidak mendapat jawapan yang sebenar daripada
Qaseh. Dia akan terus mendesak kerana dia percaya yang Qaseh akan
berterus-terang juga nanti.
“Sibuklah kau ni. Jangan cuba nak masuk campur
dalam kehidupan peribadi aku boleh tak? Aku pun perlukan privasi aku sendiri.”
bentak Qaseh tidak puas hati.
“ Aku tanya saja pun. Kau nak melenting
apasal?”
“ Dahlah. Cepat turun. Kau tu dahlah….” Qaseh
tidak dapat meneruskan bicaranya apabila dia menyedari dia sudah terlepas
cakap.
“ Dahlah apa? Nak cakap aku cacatlah
tu.”mendatar saja suara Qayyim. Mungkin terasa hati dengan Qaseh.
Qaseh tidak membalas. Dia membantu Qayyim
turun dari kereta apabila mereka sudah tiba di rumah. Dia sedar akan silapnya
akibat terlepas cakap tadi. Maafkan aku, sengal! Aku masih marah lagi dengan
Aqasha, kau pula asyik mendesak. Nasiblah!
BERSAMBUNG
No comments:
Post a Comment