Part 5
Hakimi melabuhkan punggungnya di atas sofa di ruang tamu.
Sudah beberapa kali dia cuba menelefon Fathia. Tapi, hampa. Fathia tidak
menjawab panggilannya. Lebih hampa lagi, apabila dia pulang untuk makan
tengahari bersama dengan Fathia, kereta Mini Cooper milik Fathia tidak
kelihatan di ruang porch rumah mereka.
Fathia keluar. Dan dia keluar tanpa meminta izin Hakimi.
Hakimi kecewa dengan sikap Fathia yag telah berubah 100% itu. Dulu, ke mana
saja Fathia mahu pergi pasti dia akan meminta izin Hakimi, walaupun untuk
keluar berbual dengan jiran sebelah. Dan dia tahu perubahan itu berlaku
disebabkan dia. Dia tahu Fathia kecewa dengan dia. Tapi, dia tidak sangka
Fathia akan berubah sebegini. Hakimi mengeluh perlahan sambil meraup mukanya.
Hakimi memandang ke arah pintu utama rumah sebaik sahaja dia
mendengar pintu itu dibuka. Siapa lagi kalau bukan Fathia. Dia memandang Fathia
yang ternyata terkejut dengan kepulangan dia pada tengahari itu.
“Kimi, awak tak kerja ke hari ni?” Tanya Fathia dengan riak
terkejut. Dia tidak sangka Hakimi akan pulang begitu awal hari ini.
“Abang ingat nak lunch dengan Thia hari ni. Tapi, bila abang
balik, Thia tak ada kat rumah. Thia pergi mana?” Tanya Hakimi. Dia cuba untuk
mengawal perasaan marahnya. Dia tidak mahu melepaskan kemarahannya pada Fathia.
Dia takut Fathia akan semakin jauh dari dia.
“Ohh, sorrylah. Saya dah lunch tadi.” Kata Fathia dengan
selamba. Langsung tiada perasaan bersalah dalam diri dia.
“Sayang, sayang pergi mana? Kenapa keluar tak beritahu
abang? Thia buat abang risau. Tahu tak?” Hakimi semakin berang apabila Fathia
hanya membuat seperti tiada apa yang berlaku.
“Kenapa awak sibuk nak tahu hal saya?” Tanya Fathia sambil
memandang ke arah Hakimi dengan pandangan tajam.
“What do you mean, Thia? Kenapa abang tak boleh nak ambik
tahu hal Thiah? You’re my wife, Fathia!” Marah Hakimi. Kenapa Fathia menjadi
sebegini?
“Wife? Layak ke orang macam awak ni menjadi suami saya?”
Soal Fathia. Dan soalan Fathia untuk telah mmbuatkan Hakimi bertambah berang.
“Fathia! What are you talking about?!” Jerkah Hakimi.
“Hmm, awak jerkah saya? Siapa yang patut marah sekarang ni?
Saya atau awak? Siapa yang buat salah? Saya atau awak? Siapa yang curang
sekarang ni? Saya atau awak? Jawab, Hakimi. Jawab!!”
Bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Fathia. Dan Hakimi
hanya mampu mendiamkan diri. Dia terkejut melihat Fathia seperti itu. Sebelum
ini, Fathia tidak pernah tengking dia. Tapi, sekarang. Semunya telah berubah.
Fathia yang sekarang bukan yang dulu lagi.
“By the way, awak nak tahu sangat saya pergi mana kan? Okey,
saya akan jawab. Saya keluar dengan Emir. Puas?!”
Terkejut Hakimi apabila Fathia beritahu bahawa dia keluar
dengan Emir. Tapi, kenapa? Apa Fathia sudah lupa yang dia tidak suka kalau
Fathia rapat dengan Emir. Walaupun Emir tu kawan baiknya.
“Thia keluar dengan Emir? Why? Kenapa keluar dengan dia?
Thia dah lupa yang abang tak suka Thia rapat dengan dia. Kenapa? Thia nak
mengadu yang abang dah duakan Thia? Macam tu? Thia nak dia tahu masalah rumah
tangga kita?”
Kali ini Hakimi pula yang menanyakan soalan. Tapi Fathia
tidak mendiamkan dirinya seperti dilakukan Hakimi tadi. Soalannya hanya
dibiarkan.
“Saya tak pernah beritahu Emir yang awak dah duakan saya.
Awal-awal lagi Emir dah tahu. And, awaklah orang tu. Awak yang beritahu Emir
sekarang awak nak salahkan saya plak?” Fathia tersenyum sinis. Suasana di ruang
tamu menjadi sunyi beberapa minit.
“Sayang, kenapa Thia berubah macam ni sekali?” Hakimi
memecahkan kesunyian.
“Berubah? Berubah macam mana?” soalan Hakimi dijawab dengan
soalan Fathia.
“Sayang sekarang dah tak macam dulu. Yang cakap lemah lembut
dengan abang. Selalu tersenyum manis dengan abang. Selalu, selalu mintak izin
dengan abang bila sayang nak keluar. I want my old sayang.” Sayu hati Fathia
apabila Hakimi meminta sebegitu. Salahkah dia berubah?
“Dan abang mintak maaf atas semua yang telah abang lakukan
pada sayang. Abang tahu abang yang salah. Abang curang. Abang jahat dan abang
teruk. Abang tak patut buat sayang macam ni. Dan abang langsung tak tahu Suraya
teman baik sayang. Abang langsung tak tahu, sayang. Abang sanggup lakukan apa
saja, asalkan sayang maafkan abang. Please, maafkan abang. Kita baik macam
dulu? Kita buka buku baru and kita mulakan hidup baru. Abang, sayang and our
baby?”
Hakimi menangis? Terkedu Fathia. Untuk menolak semua itu,
Fathia rasa bersalah. Malah, dia dapat merasakan bahawa baby juga mahu dia
berbaik semula dengan Hakimi.
“Abang sanggup lakukan apa saja? Apa saja?” Tanya Fathia.
Senyuman Hakimi melebar apabila Fathia memanggilnya dengan
panggilan ‘Abang’. Sudah lama dia tidak mendengar suara manja itu memanggilnya
dengan panggilan itu. Sungguh dia rindu.
“Yes, everything.” Jawab Hakimi dengan bersungguh-sungguh.
Dia menarik kedua-dua tangan Fathia dan mengenggamnya dengan kemas. Dia tidak
akan lepaskan peluang itu.
“Tinggalkan Suraya.”
Dumm!
Terlepas tangan Fathia. Satu ayat itu membuatkan lututnya
lemah. Tinggalkan Suraya? Mampukah dia lakukan semua itu? Mampukah dia
tinggalkan Suraya perempuan yang dia cintai? Jika dia tidak mahu tinggalkan
Suraya, Fathia yang aku meninggalkan dia? Ya Allah, dugaan apakah yang telah
Engkau berikan kepadaku ini. Rintih Hakimi dalam hati.
Terkedu Fathia apabila Hakimi melepaskan tangannya. Fathia
menunggu jawapan daripada Hakimi, tapi memandangkan Hakimi hanya mendiamkan
dirinya, Fathia tahu, Hakimi tidak akan meninggalkan Suraya. Jadi, diakah yang
perlu pergi? Melepaskan lelaki yang dia cintai? Kuatkan aku Ya Allah? Begitu
istimewakah Suraya pada abang? Sampai abang sanggup lukakan hati Thia lagi?
Fathia meninggalkan Hakimi yang terkedu di ruang tamu itu.
sambung
No comments:
Post a Comment