Part 6
Fathia memandang kereta Honda Civic yang berwarna merah itu.
Kereta terparking elok didalam porch mesti tuannya juga ada. Dengan jantung
yang berdegup laju Fathia menekan butang loceng yang terletak elok ditiang
pagar itu.
Fathia tidak akan melepaskan Hakimi dengan mudah. Dia
sanggup berdepan dengan Suraya kalau Hakimi tidak mahu melepaskan Suraya. Biar
dia sahaja yang melutut merayu dengan Suraya. Demi rumah tangga dia. Demi baby
yang berada dalam rahimnya. Dia perlu buat sesuatu.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam. Eh, Thia. Masuklah.”
____________________________________________
“Mimpi apa kau semalam tiba-tiba je datang rumah aku?” Tanya
Suraya. Pelik dia. Tiba-tiba je Fathia datang ke rumahnya tanpa memberitahu dia
terlebih dahulu. Dengan wajah yang tidak berapa ceria itu.
“Kau ada masalah ke? Tak nak share dengan aku? Mana tahu aku
boleh tolong ke?” Tanya Suraya.
“Su, memang kau je yang boleh tolong aku. Hanya kau je.”
Jawab Fathia sambil memegang kedua-dua belah tangan Suraya.
Suraya semakin pelik. Masalah apa yang Fathia hadapi sampai
macam ni sekali. Dan hanya dia yang dapat membantu Fathia. Maksud Fathia?
“Apa yang aku boleh tolong? Kau cakap dengan aku.”
“Kau, kau tinggalkan Haris.” Berat dia untuk mengatakannya.
Tapi, demi baby ini dia terpaksa.
“Apa maksud kau, Thia? Kenapa kau suruh aku tinggalkan
Haris?” Terkejut Suraya. Kenapa Fathia minta dia tinggalkan Haris? Apa yang
dirancangkan oleh Fathia? Laju dia menarik tangannya daripada Fathia.
“Tunang kau, Haris Hakimi. Suami aku.”
“What?!”
Haris tunang aku. Suami Thia? Kawan baik aku? AKu mimpi ke
ni? Jadi yang merampas Haris dari dia adalah, Fathia kawan baik dia sendiri?
Dan sekarang, dia yang merampas suami Fathia?
“Ya, Su. Haris Hakimi adalah suami aku. Tunang kau, suami
aku, Su.”
Fathia memadang wajah Suraya. Dia tahu Suraya pasti
terkejut. Tapi dia masih perlukan Hakimi. Dia terpaksa melakukan ini. Apabila
Suraya hanya mendiamkan dirinya dia melutut didepan Suraya.
“Su, aku merayu dengan kau, Su. Please tinggalkan Hakimi.
Aku perlukan Hakimi. Anak dalam kandungan aku ni juga perlukan Hakimi. Aku
sanggup lakukan apa saja asalkan kau sanggup tinggalkan Hakimi.” Fathia menyeka
air matanya Dia memandang Suraya yang masih terkejut.
“Su, aku tahu aku salah dengan kau sebab aku rampas Hakimi
daripada kau dulu. Tapi, kau tak tahu yang Hakimi tu kekasih kau, Su. Sumpah,
kalau aku tahu, aku tak akan terima dia, Su. Aku tak akan. Tapi, sekarang.
Please, Su. Aku merayu sangat-sangat dengan kau. Please, tinggalkan Hakimi. Kau
kesiankanlah anak aku, Su. Selama ni kau yang tahu macam mana sakitnya hati aku
bila Hakimi abaikan aku. Kau saja yang faham perasaan aku. Please.”
Suraya menarik Fathia dari melutut.
“Thia, jangan macam ni. Hati aku sakit bila kau melutut
merayu macam ni dengan kau. Ye, ye. Nanti aku bincang dengan Hakimi. Aku akan
tinggalkan Hakimi. Demi kau dan anak kau ni. Aku tak sanggup tengok kau macam
ni. Tak apa. Aku dah pernah kehilangan dia. Tak akan sekarang aku takleh kan?
Dah, jangan nangis. Aku sayang kau. Walaupun sakit untuk kau lakukan, tapi
tengok kau macam ni lagi sakit hati aku, Thia.” Suraya menyeka air mata yang
mengalir dipipi Fathia.
“Thanks, Su. Kaulah kawan baik aku dunia akhirat. AKu mintak
maaf sebab paksa kau lepaskan Hakimi. Aku mintak maaf sangat-sangat dengan kau,
Su.”
Suraya menarik Fathia dalam pelukannya lalu mengusap
belakang Fathia.
“Thia, kau isteri dia. Dan aku hanya tunang dia. Kau lebih
layak dengan dia berbanding aku. Kau lebih dekat dengan dia berbanding aku.
Dah, jangan nangis lagi. Nanti baby terikut-ikut macam kau nanti. Dah, lap air
mata kau ni.”
Selepas hampir 1jam Fathia berada di rumah Suraya, dia
meminta diri untuk pulang. Dia mahu menyediakan makan malam buat Hakimi. Dia
mahu mulakan hidup baru dengan Hakimi. Dia yakin Suraya tak akan kecewakan dia.
Suraya hanya memandang Mini Cooper itu berlalu pergi. Dia
mengapai iPhonenya lalu mendail nombor seseorang.
“Bie..”
____________________________________________
“Fathia! Fathia!”
Terlepas senduk ditangan Fathia apabila dia mendengar Hakimi
balik dan menjerit-jerit memanggil namanya. Tergesa-gesa dia mendapatkan
Hakimi.
Takut apabila memandang wajah Hakimi seperti mahu makan diri
dia. Kenapa dengan Hakimi? Dia dah tahu tentang aku ke rumah Suraya untuk
meminta Suraya meninggalkan dia? Tiba-tiba bulu romanya meremang. Takut berlaku
sesuatu diluar jangkaannya.
“Abang, abang dah balik?”
“Petang tadi Thia pergi mana?”
Takut Fathia memandang muka Hakimi yang merah menyala
seperti menahan marah. Dengan suaranya yang tinggi.
“Thia, Thia…”
“Thia apa?! Thia pergi jumpa Suraya kan?”
Fathia hanya mendiamkan diri. Tidak berani bersuara.
Terkejut Fathia apabila Hakimi mencengkam kedua-dua belah
bahunya. Sakit. Laju air matanya turun.
“Abang, sakit.”
“Thia buat apa pergi rumah Suraya?! Thia serang Suraya kan?
Thia pergi pukul Suraya kan?!”
Terpampan Fathia. Dia pukul Suraya?
“Abang, memang betul Thia pergi rumah Suraya. Tapi,”
Pang!!!
Belum sempat Fathia menghabiskan ayatnya, laju saja tapak
tangan Hakimi melayang ke mukanya. Fathia jatuh terjelopok diatas lantai.
Terkejut. Pedih. Perit. Sakit. Itu yang dia rasakan sekarang.
“Jadi memang betullah kau pergi rumah dia tadi. Kau serang
dia kan? Kenapa kau serang dia? Sebab aku tak nak tinggalkan dia, sebab tu kau
serang dia? Macam tu? Jawablah.” Sakit hati dia melihat Fathia hanya mendiamkan
diri. Dia menarik Fathia bangun lalu mencengkam pipi Fathia dengan kuat.
“Abang, lepaskan Thia. Sakit abang.” Teresak-esak Fathia
sambil merayu agar Hakimi melepaskannya. Senak diperut mula terasa.
“Ohh, tahu pun sakit. Habis tu yang kau pergi tampar Suraya
sampai habis bengkak pipi dia tu, kau tak fikir plak sakit dia.”
Sekali lagi tapak tangan Hakimi melayang ke pipi Fathia.
Sakit hati apabila muka bengkak Suraya terbayang. Petang tadi, Suraya menelefon
dia. Memberitahu bahawa Fathia datang menyerangnya dan memukulnya. Pada awalnya
dia tidak percaya tapi apabila dia sendiri pergi ke rumah Suraya, terkejut
melihat rumah Suraya tak ubah seperti pencuri masuk. Dan apabila Suraya
menangis teresak-esak sambil menunjuk mukannya yang luka berdarah dan bengkak
di pukul Fathia.
Fathia tersentak apabila Hakimi menamparnya sekali lagi dan
perutnya jatuh tersemban mengena bucu meja makan. Ya Allah. Jerit Fathia
didalam hati. Sakitnya. Senak. Sakit. Sangat sakit. Ya Allah, janganlah Engkau
ambil anak ku sekarang. Hanya dia yang aku ada, Ya Allah.
“Kenapa kau diam?! Jawablah aku tanya kau kan?!”
Terdiam Hakimi apabila dia melihat Fathia jatuh tersemban
dan
memegang perutnya.
“Thia, Thia.” Suaranya mula mengendur.
Saat dia melangkah mendekati Fathia, matanya terpandang
cecair merah yang mengalir di lantai. Membulat matanya apabila otaknya mula
dapat mencerna cecair merah itu. Darah!
Dia membalikkan tubuh Fathia. “Thia, are you okay?” Suaranya
kedengaran cemas. Apa yang aku dah buat ni, Ya Allah!
“Sakit.” Hanya itu yang keluar dari mulut Fathia sebelum
matanya tertutup rapat. Hakimi mula panik.
“Sayang, jangan tinggalkan abang. Maafkan abang sayang.
Sayang buka mata sayang, please. Baby, bertahan ya. Daddy bawa mummy pergi
hospital. Sayang, sayang bertahan ya.” Minta Hakimi dengan nada yang cemas.
Hakimi mencempung Fathia ke kereta untuk dibawa ke hospital.
sambung
No comments:
Post a Comment