Ruang
legar sekitar bangunan pelajar semakin lengang. Sejak loceng dibunyikan
menandakan berakhir waktu kelas malam,
kesemua pelajar mula bertumpu ke dewan makan. Ada yang ke kantin dan yang
selebihnya kembali ke asrama masing2. Tidak ramai yang ada di sana melainkan
beberapa orang pelajar sahaja yang sedang menunggu giliran untuk menggunakan
telefon awam. Telefon itu sahajalah yang masih berfungsi cuma tidak tahu sampai
bila usianya.
Azim
mengira baki syiling yang ada. Sejak mula mengenali Diana, dia terpaksa
mengumpul syiling sehari demi sehari. Almaklumlah peraturan asramanya
menghalang untuk dia membawa telefon bimbit. Biasalah orang baru berjinak2 nak
bercinta, semuanya sanggup diredah. Apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan
kekasih hatinya itu.
Sesekali
Azim menjenguk ke luar tingkap biliknya, dari jauh kelihatan tinggal dua orang
sahaja yang masih menunggu di hadapan telefon tersebut. Nak dikatakan dekat,
taklah jugak. Adalah dalam 300 meter dari blok asramanya. Azim keluar sesekali
matanya memerhati sekeliling, takut2 tindakannya itu disedari warden yang
bertugas. Jam ditangannya menunjukkan hampir pukul 11.30 malam dan warden
melarang keras pelajar2 berada di blok bangunan pelajar. Mungkin tak mahu
ditangkap sumbang mahram.. mungkin..
Angin
malam yang bertiup sepoi2 sesekali menggigit tulang belulangnya dari luar. Dari
tadi cuaca malam semakin memekat, tiada kelihatan bintang di langit menandakan
hujan bakal turun bila2 masa sahaja dari sekarang. Azim mempercepatkan langkahnya,
bukan sekadar untuk merebut giliran menggunakan telefon tetapi datang suatu
perasaan bimbang. Bimbang tentang apa? Biasalah duduk di asrama, acapkali
dimomokkkan dengan kisah2 angker yang tak tahu di mana tahap kesahihannya. Dia
tak peduli, dibutakan segala rasa dan ketakutan.. tumpuannya hanya matlamat
asal. Pergi jahanam segala cerita!
Hanya
langkahnya yang kedengaran berdecit2 tatkala melalui kawasan berlopak. Dia baru
melintasi kawasan sunyi, sisi bangunan
pelajar. Dia tak berani memandang sembarangan, matanya hanya tertumpu pada
pelajar akhir yang baru meletakkan gagang telefon. Hujan mulai turun renyai2,
suasana sekitar kawasan semakin kabur. Yang tinggal hanya dia seorang sahaja di
situ.. ya, Azim seorang sahaja.
Bangunan
pelajar sunyi sepi, tak banyak lampu dibuka. Hanya penjuru2 bangunan sahaja
yang dibuka lampunya. Tapi tak membantu sama sekali kerana cahayanya cukup
malap. Kawasan legar depan dewan cukup gelap. Sesekali macam terdengar suara
kucing, bunyi cengkerik dan katak.. tapi Azim langsung tak mengendahkannya. Dia
lantas menjatuhkan syiling dalam slot dan mendail nombor kekasihnya.
Rancak
dia berborak, sedar tak sedar loceng jam berbunyi menandakan tepat jam 12
tengah malam. Dia pasti dalam suasana hujan sebegini, warden sudah mula tarik
selimut.. apatahlagi jaga yang meronda. Sempat la dia menghabiskan syiling yang
berbaki dalam 70 sen sahaja lagi. Kantin sudah lama gelap dan lampu di blok
asrama semakin kurang.
Antara
sedar atau tidak, tatkala Azim melemparkan pandangan pada hujung lorong di
hadapan dewan dia terlihat kelibat sesuatu yang tegak berdiri, berendoi2 ke
kiri dan ke kanan. Sangat jauh, tak jelas pada pandangannya tapi dia pasti ada
sesuatu di situ. Matanya kembali pada telefon, masih ada baki 40 sen di situ.
Hatinya tiba2 berdebar bila melihat kelibat itu seakan2 bergerak menghampiri
lokasinya, berendoi2 kiri dan ke kanan. Apakah bendanya itu?
Dahi
Azim mula dibasahi peluh, baki 20 sen padanya terlalu lama. Suaranya pun
tenggelam timbul, dadanya berombak. Suara kekasihnya di talian tidak lagi
diendahkannya. Nak letak, boleh bawak bergaduh. Nak tak nak ditunggu juga
sehingga habis baki yang ada. Dalam keadaan takut2 alang, Azim mengerling ke
kanan.. tiada?? Benda itu tiada lagi di situ. Dia tak berani nak kata apa2,
salah cakap buruk padah. Tapi dalam kotak fikirannya hanya fikir itu.. 'benda
itu'!
Dalam
kalut2 dia mengintai kiri dan kanan, tiba2 ada satu suara menyapanya dari
belakang. 'Abang telefon siapa tu?'. Azim menoleh ke belakang. Berderau
darahnya naik ke kepala tatkala melihat ada sesuatu yang berdiri di
belakangnya, tak tahu sejak bila. Susuk seolah2 seperti wanita separuh umur,
tidak berapa jelas rupanya tapi kelihatan pucat kurus. Rambutnya panjang paras
pinggang, dan paling menakutkan mulutnya.. menyeringai lebar hingga ke pipi.
Dia berendoi2 ke kiri dan ke kanan..
Azim
tergamam, mulutnya terkumat kamit entah apa yang dibacanya. Akhir sekali dia
berjaya membaca ayat Kursi. Malang sekali apa yang cuba dibacanya.. diikut juga
oleh makhluk berkenaan sehingga tamat. Azim tak tahu apa lagi yang mampu
dilakukannya. Kakinya terasa lemah sebelum matanya menjadi semakin kabur..
gelap.
Sehari
sebelum..
'Ceh
ko cerita apa ni? Apasal la pelik sangat hantu ko ni. Berendoi2? Dah macam
buaian plak', ujar Azim kepada Muiz. Muiz dan yang lain diam, tersentak dek
kerana kecabulan mulut Azim. Cerita Muiz terbantut di situ
Azim
bangun meninggalkan bilik dengan pandangan sinis. Padanya itu semua cerita
karut, tak pernah dia dengar cerita sebegitu sejak dia menjejakkan kaki di
asrama tersebut.
'Korang
tengoklah nanti, kalau dia muncul.. aku bakar sahaja dia dengan ayat Kursi. Hey
ini Azim laa'
Mereka
diam seribu bahasa, ditinggalkan Azim dengan ayat angkuhnya..
Kini..
Kehilangan
Azim menjadi tanda tanya. Ada yang menyangka dia keluar secara haram malah ada
yang mengatakan dia pulang bermalam. Sesiapa sahaja boleh andaikan tetapi tiada
siapa tahu apa sebenarnya yang berlaku pada dirinya..
Di
laman sosial Facebook tiada lagi insan bernama Diana Al Attas di situ.. Dia lenyap
tanpa kesan, lenyap pada tarikh yang sama Azim hilang..
No comments:
Post a Comment