Part 1
“Hmm,
mane abang ni tak balik-balik lagi ni?” Fathia menunggu suaminya pulang sejak
petang tadi. “Dah pukul 1 pagi dah ni.” Fathia mengeluh pelahan. Dia
betul-betul sunyi apabila ketiadaan suaminya. Kalau lah ada anak.
Sudah 2
tahun mereka berkahwin, mereka belum tiada rezeki untuk menimang cahaya mata.
Ibu mentuanya selalu menghina dirinya. Kata dirinya mandul tidak boleh
mengandung. Bukan dia nak, dia pun inginkan seorang anak. Tapi belum ada
rezeki. Fathia hanya mampu berdoa. Tanpa dia meminta, air mata mengalir
pelahan-lahan di pipi gebu milik Fathia. Dia terlelap di atas sofa.
_______________________________________________________________________________
Kereta
BMW milik Hakimi memasuki perkarangan rumah banglo miliknya. Dia mengeluh.
Kalau lah ada anak. Tidak perlu dia balik lewat macam ni.
Hakimi
membuka pintu rumahnya. Alangkah terkejut apabila terpandang isterinya sedang
nyenyak tidur di atas sofa. ‘Mesti Fathia tunggu aku balik.’ Hakimi melangkah
perlahan-lahan menuju ke arah Fathia. Tidak mahu Fathia terjaga.
Hakimi
duduk di tepi sofa lalu mengelus perlahan rambut milik Fathia. ‘Sayang, abang
mintak maaf. Abang sayangkan sayang. Abang tak nak sayang menderita lagi sebab
anak.’ Hakimi mengucup lembut bibir mungil milik isterinya.
Fathia terjaga. Terkejut dia melihat suaminya di hadapan dia. “Eh, abang dah lama abang balik? Mintak maaf. Thia terlelap tadi masa tunggu abang. Lewat abang balik. Banyak kerja?” Fathia menyalami tangan Hakimi.
Hakimi
sebak dengan layanan Fathia. Kalau lah Fathia tahu apa yang dia sudah lakukan
terhadap isterinya, adakah Fathia akan tinggalkan dia? Fathia terlalu baik
untuk di lakukan seperti itu. Fathia jaga makan pakai dia. Layanan Fathia tidak
pernah cacat celanya. Semuanya sempurna. Cuma, dia inginkan seorang anak. Anak
dari benihnya.
“Hey,
abang kenapa ni? Abang penat? Abang dah makan? Thia ada masak makanan
kegemaraan abang. Abang nak makan? Thia panaskan. Abang pergi mandi dulu. Lepas
tu kita makan.”
“Abang
dah makan tadi dengan kawan abang. Thia tak makan lagi?”
Terkejut Fathia. Dia menunggu suaminya untuk makan bersama. Sudah lama dia tidak makan bersama suaminya. Suaminya selalu outstation. Hmm. Fathia menggelengkan kepalanya. “Belum, Thia ingatkan nak makan dengan abang hari ni. Thia dah lama tak makan dengan abang.”
Hakimi
rasa bersalah apabila terpandang wajah isterinya yang berubah kelihatan
mendung.
“Dah berapa kali abang cakap. Kalau Thia nak makan Thia makan jangan tunggu abang. Nanti sakit siapa yang susah? Abang juga.”
“Dah berapa kali abang cakap. Kalau Thia nak makan Thia makan jangan tunggu abang. Nanti sakit siapa yang susah? Abang juga.”
Terkejut
Fathia mendengar suara suaminya yang tinggi. Suaminya tidak pernah
meninggikan suaranya. Fathia cuba menahan air mata yang ingin mengalir. Dia
menunduk kan wajahnya.
“Thia
mintak maaf. Sepatutnya Thia call abang dulu. Hmm, Thia mengantuk. Thia tidur
dulu. Selamat malam.” Laju Fathia bangun dari sofa lalu memanjat tangga. Sampai
di bilik tidurnya, air mata yang ditahan laju keluar dari matanya.
‘Arghhh!
Bodohnya aku. Yang aku pergi tengking isteri aku tu kenapa?! Dia tunggu aku nak
makan sama-sama tapi aku pergi marah-marah dia plak. Mesti dia terasa dengan
aku.’
____________________________________________________________________________
Hakimi
menapak ke bilik tidurnya. Dia terpandang susuk tubuh Fathia terbaring di atas
katil mereka. Dah sebulan dia tidak ‘bersama’ Fathia. Bukannya Fathia tidak
mahu tapi dia sendiri tidak mahu. ‘Arhh. Kalau bersama pun bukannya dapat anak.
Tetap tak jugak.’ Dia menghempas pintu biliknya lalu menuju ke bilik tetamu.
Dia mahu tidur di bilik tetamu.
Fathia
menangis teresak-esak. ‘Sampai hati abang. Dah sebulan kita tak tidur bersama.
Abang dah berubah. Abang dah tak macam dulu.’ Fathia memeluk erat batal Hakimi.
Bagaikan dia memeluk Hakimi. Dia betul-betul rindukan Hakimi.
____________________________________________________________________________
Keesokkan
hari, Fathia bertemu dengan kawan baiknya, Suraya. Mereka makan tengah hari
bersama kerana Hakimi tidak akan pulang pada tengah hari itu.
“Su, aku
dah tak tahu nak buat apa lagi. Bukannya aku yang mintak tak nak anak.
Tapi belum ada rezeki lagi. Kimi betul-betul dah berubah sekarang.”
Suraya
menarik tanga sahabatnya lalu mengelus lembut tangan itu.
“Thia,
kau kena banyak bersabar. Mesti Kimi ada masalah dekat pejabat.”
“Masalah
pejabat? Kitorang dah berjanji. Masalah pejabat tak akan buat balik kat
rumah. Dulu, masalah pejabat jugak, tapi dia tetap layan aku dengan baik. Tapi
sekarang, jangan kan nak ‘bersama’ aku, tidur sekatil pun dah tak nak.”
Terkejut
Suraya mendengar. “Are you serious?” “Yes, I’m. Dah nak dekat sebulan dah
kitorang tak tidur sekatil. Dia selalu tidur dalam bilik tetamu. Aku rindukan
dia. Aku tak nak kehilangan dia. Aku dah tak ada siapa-siapa lagi kecuali dia.
Mama dan papa dah lama tinggalkan aku.”
“Kau
sabar, Thia. Satu hari nanti, Allah akan makbulkan doa kau, Thia. Kau banyakkan
berdoa. InsyaAllah, Allah akan bantu kau. Kau jangan nangis macam ni, dah
tak cute dah aku tengok. Lap air mata kau tu.” Suraya menghulurkan tisu kepada
Fathia. ‘Kesian kau Thia. Kimi tak patut buat kau macam ni.’
“Oh ya,
next week, aku nak kenalkan kau dekat fiancée aku.”
“Fiancee?
Kau dah bertunang? Bila? Sampai hati tak beritahu aku.” Terkejut Fathia
mendengar.
“Kitorang
baru lagi bertunang. Tunang pun tiba-tiba. Aku tak sempat nak jemput kau dengan
kawan-kawan yang lain. Family aku je yang tahu. And kau sorang je kawan aku
yang tahu. Aku tunang dah dekat sebulan dah.”
“Oh
really? Siapa tunang kau? Congratulations, Su. Handsome tak tunang kau? Dia
atau suami aku lagi yang handsome?” Fathia mengangkat kedua-dua belah
keningnya.
“Eh, kau
ingat tak Haris yang aku cerita kat kau dulu. Haris yang kitorang putus sebab
dia nak kat orang lain. Btw, aku tak pernah jumpa suami kau pun. Macam mana aku
nak tahu. Nanti aku kenalkan kau. Next week. Kau jangan tak datang pulak. Kita
jumpa kat sini jugak.” Suraya begitu bersemangat untuk perkenalkan tunangnya
kepada Fathia.
“Ooo.
Haris yang tu. Dah tu kekasih dia macam mana? Okey, aku janji. Kat sini, next
week. Okey. Aku happy bila kau happy, Su.”
“Kekasih
dia aku tak tahu. Tapi dia cakap, dorang dah berpisah dah.”
“ooo.”
Fathia hanya menganggukan kepalanya saja.
____________________________________________________________________________
Fathia
tersenyum melihat kereta BMW milik suaminya terparking di bawah porch rumahnya.
“Assalamualaikum.”
“Lewat
Thia balik.” Tiada secalit senyuman pun di wajah Hakimi. Yang ada wajah yang
masam.
“Thia kan
dah beritahu abang, Thia pergi jumpa kawan Thia. Kebetulan dia ada kat KL.”
Fathia melabuhkan punggungnya di sebelah suaminya. Dia mengucup pipi suaminya.
Lama. Dia betul-betul rindukan suaminya.
Hakimi
bangun dari kedudukan lalu berjalan menuju ke dapur. Fathia kecewa dengan
layanan dingin Hakimi. Fathia mengekori Hakimi ke dapur.
“Abang,
next week Thia nak keluar dengan kawan Thia, boleh?” Fathia sedikit takut
kerana Hakimi masih dalam keadaan marah.
“Pergilah.
Next week abang tak ada. Outstation.” Hakimi menuangkan air ke dalam gelas.
“Berapa
hari abang nak pergi?” ‘Abang nak tinggalkan Thia lagi?’ Fathia mengeluh
pelahan.
“Ermm,
maybe 3 days.”
“Ooo.
Nanti Thia kemaskan pakaian abang.”
“Abang
nak keluar sekejap. Nak jumpa kawan.” Belum sempat Fathia membalas percakapan
Hakimi, hakimi telah menghilangkan diri di dalam kereta.
Setitik
air mata turun laju dari pipi gebu Fathia. “Abang, Thia rindukan abang.”
____________________________________________________________________________
Fathia
rasa kepalanya di hempap batu. Sakit sangat. Hari ni, Suraya nak kenalkan
tunang dia kat Fathia. Dan, kelmarin Hakimi pergi outstation. Hm, terpaksa
pergi klinik laa jawabnya.
Fathia
cuba bangun untuk ke bilik air dengan berhati-hati. Selesai mandi Fathia
bersiap untuk pergi ke klinik. Dia sudah tidak tahan dengan sakit yang di
hadapinya.
____________________________________________________________________________
“Tahniah,
puan. Puan mengandung 3 minggu.” Fathia terkejut mendengar ucapan dari mulut
doctor muda di hadapannya. “Men..gan..dung?” Air mata Fathia mengalir perlahan.
Akhirnya, Allah makbulkan doanya.
“Ya,
puan. Boleh saya berjumpa dengan suami puan?”
“Suami?
Maaf, suami saya outstation.”
“Ooo.
Kalau macam tu. Temu janji seterusnya, saya nak jumpa dengan dia, ya puan.”
“InsyaAllah.”
Setelah
mendengar penerangan dari doctor muda itu, Fathia segera menelefon suaminya,
tetapi panggilan tidak di jawab. ‘Meeting kot’
Fathiah
memandu kereta dengan berhati-hati. Dia menuju ke café tempat dia berjanji
dengan Suraya.
____________________________________________________________________________
“Suraya!”
Fathia memeluk Suraya dengan gembira.
“Kau
kenapa ni, Thia? Hakimi marahkan kau lagi ke?” Terkejut Suraya apabila melihat
Fathia menangis di dalam pelukannya.
“Tak.”
Fathia melepaskan pelukannya.
“Habis
tu?” Suraya mengerutkan dahinya.
“I’m
pregnant!” Lalu Fathia memeluk Suraya. Bertapa gembiranya dia.
“Alhamdulillah!
Thia, akhirnya Allah makbulkan doa kau! Dah berapa bulan?”
“3 weeks”
sambil menunjukkan 3 jarinya.
“Aku
tumpang gembira. Nanti aku dapat anak buah baru. So, hubby kau dah tahu?”
Fathia
mengeluh perlahan. “Dia outstation.”
“Kau tak
call dia?”
“Tak
angkat. Busy kot. Nanti la aku call dia. So, where is your fiancée?”
Fathia
menukar
topic. Tidak mahu pertemuan mereka bertukar menjadi hambar.
“Haris
tengah cari parking. Nanti dia datang.”
Semasa
Fathia dan Suraya berbual, seorang lelaki datang menegur mereka.
“Sayang?”
Fathia
terkejut. Dia kenal dengan suara garau itu. Fathia mengangkat wajahnya. Lalu
wajah lelaki itu di pandangnya. ‘Abang!’
Bersambung...
No comments:
Post a Comment