Thursday, January 29, 2015

KEAJAIBAN CINTA BAB 3

Bab 3

“Jom jogging petang ni, Qas. Aku dah lama tak exercise. Lemak tengah seronok menempel di dalam badan aku ni.” ujar Zizie lalu melabuhkan punggungnya di atas sofa sebelah Qaseh yang sedang menonton televisyen. Popcorn yang terhidang di atas meja diambil lalu dikunyah laju.

“Tak mahulah aku. Malam ni aku kerjalah. Nanti letih.” Qaseh menolak. Matanya masih tertancap pada skrin televisyen yang sedang menayangkan cerita Thailand yang menjadi kegemaran Qaseh.

“Ala, kau kerja pukul 11 malam. Sempat saja nak rehat nanti. Jomlah.” desak Zizie lagi. Dia menayangkan wajah sedihnya.

“Tak nak!”

“Qaseh Zulaikha sayang intan payung…..” rayu Zizie masih lagi tidak berputus asa.

Qaseh menjeling sekilas melihat muka sahabat baiknya itu. Zizie sedang buat muka mohon simpati daripadanya. Jam di dinding ditatap terlebih dahulu. Masih ada beberapa jam lagi untuk dia pergi kerja.

“Baiklah. Aku teman saja. Aku tak nak jogging.” Qaseh akhirnya bersetuju tetapi meletakkan syarat.

“Ala, tak akan nak biarkan aku jogging seorang diri. Jomlah jogging sekali.”

“Nak tak nak? Kalau banyak cakap aku tarik balik persetujuan aku tu.” ugut Qaseh.

Zizie mencebik. Teman pun macam tak ikhlas saja.

“Nak ke tidak? Kalau tak nak tak apa. Bolehlah…”

“Iyalah. Aku terima. Teman pun macam tak nak teman saja.” rungut Zizie bebal dengan Qaseh. Dia sudah menarik muka empat belasnya.

Qaseh tersenyum sumbing. Dia menjeling melihat wajah sahabatnya dengan ekor mata. Qaseh tahu sahabatnya itu tidak puas hati tetapi dia malas nak ambil pusing semua itu kerana dia memerlukan tenaga untuk bekerja malam ini.

“Baguslah. Sekarang jangan ganggu aku. Aku nak layan drama ni dulu. Pergi main jauh-jauh.” Qaseh kembali kepada rancangan kegemarannya tadi. Dia bercanda dengan menolak bahu Zizie sedikit sebagai tanda dia mahu Zizie beredar dari situ. Tapi Zizie tetap mengeras.

“Suka hati akulah. Aku bayar sewa juga tau rumah ni.” balas Zizie.

“Yalah tapi jangan ganggu aku. Aku tak mahu sebarang gangguan.”

Zizie mengangguk. Dia meletakkan kepalanya di atas bahu Qaseh. Mulutnya mengunyah popcorn dan matanya turut sama melekap pada skrin televisyen.

“Qas…” seru Zizie perlahan selepas beberapa minit.

“Syuhhh! Aku kata jangan ganggu aku.” Qaseh memberi peringatan kepada Zizie.

Zizie mencebik. Dia menarik telinga Qaseh kuat. Menjeritlah Qaseh lalu satu tamparan hinggap di paha Zizie.

“Apa ni?  Kalau kau nak main tarik-tarik telinga kau pergi rumah jiran sebelah. Hari-hari anak dia kena tarik telinga. Kau bolehlah join sekali.” marah Qaseh tidak puas hati apabila tontonannya diganggu.

“Sampai bila kau nak bekerja kat situ?” soal Zizie tidak menghiraukan rasa marah Qaseh tadi.
Qaseh berkerut dahinya. Dia memandang muka sahabatnya memohon penjelasan. Tiba-tiba sahaja berbicara tentang kerja Qaseh. Pastinya dia pelik.

“Kau ni kenapa tiba-tiba tanya pasal kerja aku ni? Ada masalah ke? Ke kau nak kerja kat situ juga.” usik Qaseh.

“Aku sayangkan kau. Kalau boleh aku tak nak kau kerja kat situ lagi. Kau perempuan. Macam mana dengan masa depan kau nanti?”

“Eh, eh. Apa kau cakap ni? Aku tak faham.”

“Aku tahu kau faham. Tapi buat-buat tak faham.”

Qaseh ketawa kecil. Kepala Zizie ditolak sedikit. Mungkin Zizie sekarang tengah mamai kot. Gumam Qaseh dalam hatinya.

“Sudahlah. Aku memang tak faham apa yang cuba kau maksudkan. Sekarang ini cerita dah habis jadi aku nak naik atas mandi dan bersiap sebab terpaksa meneman seorang gadis kerek yang nak pergi joging. Kau pun apa lagi. Pergilah tukar baju.”

Qaseh mengambil alat kawalan jauh lalu televisyen ditutup. Dia lantas mengangkat punggungnya dan memanjat tangga meninggalkan Zizie yang masih lagi geram dengan Qaseh itu.

“Nak mengelaklah tu. Sengal punya Qas.” ucap Zizie sebelum turut memanjat tangga untuk menyalin pakaian.

*****************
Zizie terus melabuhkan punggungnya di sebelah Qaseh yang masih setia menemaninya untuk berjoging di taman reakrasi itu selepas penat bersenam. Badannya sudah letih dan kakinya juga sudah sakit. Mungkin akibat daripada sudah lama tidak melakukan senaman.

“Sakitnya kaki aku, Qas.” adu Zizie kepada Qaseh yang sedang duduk memerhati karenah manusia yang mengunjungi taman reakrasi itu.

“Padan muka. Itu tandanya badan kau banyak lemak. Baru satu pusingan dah semput. Memang malulah.” kutuk Qaseh. Dia menyerahkan botol air mineral kepada Zizie.
Zizie menghadiahkan cubitan di perut Qaseh. Qaseh mengaduh kesakitan.

“Padan muka kau balik. Mulut tu tak ada insuran agaknya. Main sedap keluar aje.”

“Mulut aku ikut suka akulah.”dengus Qaseh.

“Sudahlah. Aku nak pergi joging lagi satu pusingan lepas itu kita balik. Kau tunggu sini tau. Jangan pergi mana-mana.” pesan Zizie sebelum berlari meninggalkan keseorangan di situ.

Qaseh melemparkan pandangannya kepada tasik yang sedang terbentang luas. Air yang tenang itu membuatkan hati Qaseh senang. Qaseh teringatkan pertanyaan Zizie pagi tadi. Dia faham apa yang cuba dimaksudkan oleh Zizie tetapi dia tidak mahu ulas lebih lanjut. Dia sendiri tidak tahu sampai bila dia akan bekerja seperti itu. Kerja yang sudah pasti dipandang serong oleh orang lain. Tapi itu saja yang termampu Qaseh lakukan sekarang.

“Aku benci hidup macam ini! Aku nak mati! Aku nak mati!”

Jeritan suara itu mengejutkan Qaseh. Mata Qaseh lantas mencari arah suara yang datang. Pandangannya terpaku pada seorang lelaki yang berkerusi roda. Qaseh lantas bangun dan menghampiri lelaki  itu.

“Hoi, gila ke kau ni?” marah Qaseh sambil menarik kerusi roda Qayyim jauh daripada tasik itu.

Qayyim berkerut dahinya. Air mata yang mengalir di pipinya disapu. Siapa perempuan ni? Sedap mulut saja kata aku gila.

“Kalau nak bunuh diri pun pergilah tempat yang orang tak nampak. Ini tidak, kat tasik ini jugalah nak bunuh diri pun.” tambah Qaseh lagi.

“Kau ni sibuk apasal? Bila pula aku nak bunuh diri? Sedap mulut kau saja kata aku gila.” balas Qayyim marah dengan gelaran yang diberikan oleh Qaseh.

“Tadi tu kau kata kau nak mati, tak ke bunuh diri tu. Orang gila mana nak mengaku.” Qaseh menjeling sambil tangannya bersilang ke dada. Orang tolong bukannya nak berterima kasih tetapi kata aku sibuk pula. Memang lelaki tak tahu diuntung.

“Kau tu minah kepo. Huargh… Kenapalah hidup aku tak pernah aman? Aku balik rumah mama papa aku bising, kat sini pun ada juga minah kepo. Memang begini nasib aku agaknya.”

Qaseh membulat matanya mendengar gelaran minah kepo yang diberikan kepadanya.

“Kau nikan memang tak tahu nak berterima kasih. Kalau aku tahu macam nilah aku biarkan saja tadi kau bunuh diri. Biarlah tenggelam dalam tasik ni.” hambur Qaseh lagi.

“Aku tak suruh pun kan? Yang kau tu menyibuk apasal?”

“Okey. Aku pun tak tahu kenapalah aku berjumpa dengan lelaki yang tak kenang budi, sombong dan sengal ni. Sudahlah ca…” Qaseh tidak meneruskan percakapannya. Dia tersasul. Pasti lelaki ini akan terasa hati nanti. Dia mengigit bibirnya.

“Ca apa? Kau nak kata aku cacatkan? Ya memang aku cacat. Aku tak boleh berjalan lagi. Kaki aku dah lumpuh. Apa lagi kau nak kata? Katalah sampai puas. Kau sama saja dengan orang lain. Tak pernah nak faham perasaan aku.” bentak Qayyim dengan suaranya sedikit meninggi. Halwa telinganya sudah lali mendengar kata hinaan dan cacian. Kalau diikutkan hati seorang demi seorang Qayyim hadiahkan penampar kerana mengutuk dirinya tidak sempurna.

“Mana ada aku kata kau cacat. Aku nak kata kau lelaki yang carewet. Tak baik menuduh membuta tuli saja.”

Carewet? Apa tu?” Qayyim berkerut dahinya. Dia belum pernah lagi mendengar perkataan tersebut. 
Macam pelik sahaja bunyinya.

Qaseh menggaru kepalanya yang tidak bertudung itu. Dia mencari jawapan untuk menjawab pertanyaan daripada Qayyim itu. Dia sendiri tidak pernah tahu akan kewujudan perkataan carewet itu. Sengaja direka bagi menjaga hati lelaki sengal ini atas ketelanjuran katanya tadi.

Carewet tu adik-beradik cerewet. Sama maksud. Sudahlah, aku blah dulu. Daripada melayan lelaki cerewet macam kau ni baik aku layan monyet kat hutan. Sekurang-kurangnya tak adalah sakit hati sangat.” Qaseh mula mahu mengangkat kaki meninggalkan Qayyim di situ. Rasa menyesal pula menolong tadi. Ingatkan dah gila sangat sampai nak bunuh diri. Gerutu hati kecil Qaseh.

“Hoi! Kau nak pergi mana tu?” jerit Qayyim kuat selepas melihat Qaseh menonong melangkah meninggalkan dia berkeseorangan.

Qaseh meneruskan langkahnya tidak menghiraukan jeritan daripada Qayyim. Memang lelaki ini tak ada adab. Kucing pun ada nama tau.

Qayyim berupaya memusingkan kerusi rodanya mengejar Qaseh yang sudah semakin jauh daripadanya.

“Perempuan, tunggulah sekejap.” jerit Qayyim lagi namun tidak berhasil.

“Wanita, tunggulah dulu.”

“Minah kepo, nanti dulu. Aku nak bercakap dengan kau ni.”

Qayyim masih berusaha memperlajukan kerusi rodanya bagi mengejar Qaseh yang langsung tidak menoleh apatah lagi menghentikan langkahnya.

“Wahai hamba Allah yang cantik lagi comel, tolong berhenti sekejap. Aku nak bercakap dengan kau ni.”

Qaseh tersenyum lantas langkah terhenti. Dia berdehem beberapa kali bagi mengawal suaranya yang terasa lucu mendengar panggilan yang memujuknya untuk berhenti. Badannya mengalih memandang Qayyim yang sudah hampir dengannya.

“Perasan comel. Ingatkan dah pekak tadi.” ujar Qayyim yang tercungap-cungap ketika menghampiri Qaseh.
Qaseh mencekak pinggang. Sempat lagi nak mengutuk aku. Memang dasar lelaki yang tak pernah nak bersyukur. Kalau aku tak berhenti tadi pun tak apa.

“Kau nikan. Mulut lagi berbisa dari mulut perempuan. Tak tahu nak bersyukur langsung.” Qaseh menjeling.

“Tak tahu bersyukur? Apa yang aku tak bersyukur?” soal Qayyim.
Qaseh menghela nafas panjang. Tak faham rupanya lelaki ini. Patutlah sengal semacam saja.

“Kau memang slow. Cepatlah apa yang kau nak cakap dengan aku ni. Aku nak balik.” Qaseh mendesak kerana sudah malas untuk melayan lelaki sengal ini.

“Kau ada hutang dengan aku.”

Kening Qaseh bercantum dua. Dahinya digaru.

“Hutang apa pula? Bila masa aku pinjam duit kat kau? Kalau aku tak ada duit sekalipun aku tak pinjam kat lelaki sengal macam kau ni.  Aku rela pinjam dekat along daripada kau.”

Qayyim tersenyum nipis tapi senyuman itu cuba disembunyikan. Dia kelakar melihat muka Qaseh yang kelihatan marah dan masam mencuka itu.

“Tadi kau kata aku nak bunuh dirikan? Tapi sebenarnya tidak. Sebab itu aku nak saman kau kerana memfitnah aku. Aku nak kau bayar ganti rugi tu kat aku sekarang tapi aku tak nak duit.” tegas arahan yang keluar dari mulut Qayyim itu.

Qaseh membulat matanya mendengar arahan daripada Qayyim itu. Gila ke apa lelaki ini?

“Kau ni ada sakit jiwa ke? Macam tu pun kau nak saman? Dasar lelaki….Hissh..” Qaseh mendengus kasar. Entah apa-apalah lelaki ini.

“Dasar lelaki apa? Lelaki gilakan?” Qayyim ketawa berdekeh-dekeh. “ Kau nak terima ke tak nak? Aku tak minta kau bayar dengan duitlah.”

“Kalau bukan dengan duit nak bayar dengan apa? Daun? Kertas? Nasiblah aku dipertemukan dengan lelaki sengal aka sewel macam kau ni. Terlepas dari tanjung rambutan agaknya.” kata Qaseh masih lagi dalam keadaan marah.

Nope. Aku nak kau jadi pembantu aku. Itu saja yang kau harus bayar.”
Qaseh mengigit bibirnya. Dia tidak tahu apa maksud lelaki ini. Tak akanlah nak suruh aku jaga dia pula? Tak rela aku jaga lelaki sengal ni. Boleh sakit jiwa aku kalau selalu mengadap muka dia.

“Pembantu kau? Jadi orang gaji kau?”soal Qaseh inginkan kepastian.

Qayyim mengangguk lantas bibirnya mengukirkan senyuman nakal.

“Lebih kuranglah. Disebabkan aku ni tak ada siapa pun yang mahu berkawan jadi aku nak kau jadi kawan aku. Kaukan sayang kat aku.”

Qaseh mencebik. Dahinya berkerut. Tangannya mencekak pinggang.

“Tolonglah. Bila masa pula aku sayang kau? Perasan!” Qaseh menghadiahkan jelingan kepada Qayyim. Orang ramai yang turut beristirahat di situ sesekali memandang kepada mereka berdua.

“Kalau kau tak sayang aku mesti kau tak halang aku daripada nak bunuh diri tadikan? Kau selamatkan aku bermakna kau sayangkan akulah tu.” Qayyim mengenyitkan matanya sebelah kanan.

Qaseh mencebik lagi. Dia terus terbatuk.

“Kau nikan!”

“Setuju ke tidak?” sekali lagi Qayyim bertanya.

“Aku kerjalah. Mana boleh duduk mengadap muka kau 24 jam.”

“Kerja apa?”

“Suka hati akulah.”jawab Qaseh ringkas.

“Garangnya.” usik Qayyim sambil tergelak kecil.

Qaseh hanya diam. Dia berpeluk tubuh. Matanya langsung tidak memandang muka sengal Qayyim. Hatinya sudah bersarang rasa geram. Kalau boleh macam nak tarik sahaja telinga lelaki ini.

“Minah….”seru Qayyim perlahan selepas melihat Qaseh tidak membalas.

“Nama aku bukan minahlah.”

“Habis tu?”

“Tak ingat.” Qaseh menjawab pantas.

Qayyim tergelak berdekeh-dekeh. Suka pula dia melihat muka Qaseh yang marah kepadanya itu. Nasiblah kau. Siapa suruh prihatin sangat nak tolong akukan? Sekarang rasakan.

“Tanya kerja tak beritahu. Tanya nama pun tak dapat jawapan juga. Jadi sekarang ini aku nak kau jadi kawan aku juga. Pergi jahanamlah dengan kerja kau tu. Yang pasti aku nak kau ada di sisi aku sentiasa. 
Muktamad.” Qayyim memberikan kata putus.

“Mana boleh paksa aku berkawan dengan kau. Lagipun kalau asyik memandang muka kau nanti aku nak makan apa. Adik-adik kat kampung perlukan duit untuk bersekolah. Kau ni memang jenis yang pentingkan diri sendirilah.” Ucap Qaseh senada.

“Tak apa. Aku tanggung.”

Qaseh memandang Qayyim. Biar betul lelaki ni? Kaya sangat ke sampai sanggup nak tanggung segala-galanya hanya kerana mahu dia menjadi kawan kepada Qayyim? Tapi dari cara penampilan lelaki ini nampak seperti orang kaya. Kerusi rodanya juga mempunyai jenama.

“Tak payahlah. Aku tak suka bergantung dengan orang lain.” Qaseh menolak.

“Suka tak suka tetap kena suka juga. Kalau tidak kau tahulah akibatnya.”

Telefon bimbit Qaseh berdering. Zizie adalah pemanggilnya. Lalu dia menepuk dahi. Akibat terlalu sangat melayan lelaki sengal ini dia sampaikan terlupa kepada Zizie. Panggilan itu lantas dijawab.

“Aku ada kat taman ni lagilah. Kau ada mana ni?”

“Tak apalah. Kau balik dulu. Nanti pandai-pandailah aku cari teksi.”

Qaseh tersenyum lantas mematikan panggilan tersebut. Dia mengangkat muka dan terus ternampak Qayyim sedang tersengih kepadanya. Terus mati senyuman yang terukir tadi. Hatinya tiba-tiba tidak keruan. Memikirkan ugutan dan permintaan daripada lelaki sengal ini.

“Cepatlah beri jawapan. Aku nak balik ni.” desak Qayyim menanti persetujuan daripada Qaseh.

“Pergilah balik. Kisah apa aku.” Qaseh masih lagi berteka-teki. Dia tidak tahu bagaimana untuk membuat keputusan.

“Cepatlah. Aku lapar dah ni sebab bertengkar dengan kau. Nanti aku makan kau baru tahu.” Qayyim mengecilkan matanya sedikit. Bibirnya tersenyum nakal.
Qaseh dengan pantas melarikan renungannya. Beremang bulu romanya apabila melihat kelakuan Qayyim yang sedikit menggoda itu. Tak padan dengan tak boleh berjalan.

“Aku setuju tapi bukan sekarang. Aku perlukan masa untuk terima semua ini.”

Qayyim tersenyum lebar. Akhirnya perempuan ini terima juga tawarannya. Jadi dia tidak perlu peningkan 
kepalanya lagi untuk mencari pembantu untuknya seperti yang diarahkan oleh Datin Kursiah. Dari pandangan matanya, gadis yang berdiri di hadapannya ini boleh menjadi sahabat yang baik untuknya. Hati dia kuat untuk mengatakan yang gadis ini adalah sangat sesuai. Pastinya Datin Kursiah juga akan bersetuju.

“Okey. Beri nombor telefon kau. Aku nak simpan.” Qayyim mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia sudah bersedia untuk menyimpan nombor Qaseh.

Qaseh bagaikan dipukau terus sahaja memberi nombor telefonnya tanpa ada sebarang bantahan. Tiba-tiba dia terfikirkan kata-kata Zizie pagi tadi. Dia perlu memastikan masa depannya. Tak akanlah dia nak terus bekerja di tempat kerjanya sekarang sampai tua. Lagipun tawaran lelaki ini hanyalah menjadi penjaganya sahaja. Sumber yang diterima pun halal untuk dikirimkan kepada adik-adiknya di kampung nanti.

“Nombor kawan kau sekali.”

“Kenapa pula kawan aku terlibat sama?”

“Jangan risau. Aku tak pikat dialah. Aku cuma nak pastikan kau ni tidak menipu. Itu aje. Lekaslah bagi.”

Qaseh mengikut arahan daripada Qayyim. Selepas beberapa saat lelaki itu tersenyum lalu telefon bimbit tersebut dimasukkan ke dalam poket.

“Sudah selesaikan? Aku balik dulu.” Qaseh terus melangkah pergi tanpa menunggu jawapan daripada Qayyim.

“Nanti dulu.”jeritan daripada Qayyim menghentikan langkah Qaseh.

Qaseh mengeluh kuat. Dia mengalihkan badan lalu menjongket bahunya.

“Apa lagi? Aku letihlah macam ini.” rintih Qaseh perlahan.

“Aku hantar kau balik.”

“Tak payahlah. Dekat saja rumah aku.” Qaseh terus menolak dan berkira-kira mahu mengangkat kaki.

“Sebab tu aku nak hantar kau. Kalau rumah kau jauh tak ingin aku nak habiskan minyak kereta aku semata-mata nak hantar minah kepo macam kau ni.” Qayyim membalas sinis.

“Buat apa? Aku boleh naik teksi.” Qaseh masih lagi berkeras. Tak akanlah semua perlu ikut arahan dia. Itu tak kerja lagi. Lepas ini kalau dia kerja pasti dia perlu ikut sahaja tanpa boleh membantah. Parah kalau begitu.

“Aku nak pastikan rumah kau kat mana sebab nanti kalau kau tipu aku bolehlah aku cari kau kat situ.”

“Baiklah. Semuanya nak ikut kau. Kau boleh memandu ke ni?”

“Aku ada driver.” ujar Qayyim menjawab pertanyaan Qaseh sambil memusingkan roda kerusinya menghampiri keretanya.

“Lelaki sengal.” Kata Qaseh lalu mengangkat kaki mengikuti Qayyim. Dia hanya membiarkan Qayyim tanpa menolong menolak kerusi roda yang diduduki oleh Qayyim. 

bersambung....
  

No comments: