Bab 5
Qaseh menolak lembut tangan yang mula meliar memegang bahunya.
Qaseh cuba menjarakkan sedikit dirinya dengan lelaki tua itu. Tapi semakin
dijauhkan semakin dekat lelaki itu merapati dirinya. Naik rimas Qaseh apabila
diperlaku seperti ini. Kalau tak disebabkan melayan lelaki ini separuh daripada
kerjanya pasti sudah lama lelaki tua miang ini akan makan penampar sulung
daripada Qaseh. Rumah kata pergi, kubur kata mari pun masih lagi menggatal.
“Kenapa dengan you ni, sayang?” tanya lelaki
tua yang dikenali sebagai Razak itu. Tangannya masih lagi bermain-main dengan
rambut Qaseh.
Qaseh tersenyum paksa. Dia masih cuba menepis setiap kali Razak
menyentuh badannya.
“Tak ada apa-apa.” jawab Qaseh lembut. Dari jauh dia dapat
melihat yang majikannya sedang merenung tajam kearahnya. Sejak bila majikannya
berada di situ, Qaseh sendiri tidak pasti.
“Jom menari sayang.” ajak Razak. Tangan Qaseh dicapai lalu
dikucup.
Qaseh menggeleng. Dia bertekad mulai hari ini dia tidak akan
menari lagi dan malam ini adalah malam terakhir dia menjadi pelayan di situ.
“Kenapa tak nak sayang?” Razak masih lagi cuba memujuk. Kali ini
Razak cuba mencium pipinya pula. Nasib baik Qaseh sempat mengelak.
“Qas!” tegur satu suara garau.
Qaseh mengangkat kepalanya lalu memandang ke arah suara tadi.
Kelihatan Aqasha membuat isyarat mata bahawa dia nak Qaseh mengikuti. Qaseh
memandang Razak di sebelahnya.
“Razak, I ikut dia sekejap ya. Nanti I datang balik.” ujar Qaseh
kepada Razak. Lelaki itu separuh sedar kerana telah banyak air haram diteguk
olehnya. Sebab itulah miang semacam sahaja.
“I perlukan you, sayang. Jangan tinggalkan I.” Razak merayu.
Tangan Qaseh ditarik membuatkan tubuh Qaseh terjatuh atas badannya. Sejurus
kemudian, dia ketawa.
Qaseh memandang Aqasha memohon pertolongan. Dia tak nak terus
melayan lelaki tua ini. Lagipun dia ada hal yang mahu dibincangkan bersama
dengan Aqasha.
“Orang tua, kau jangan nak mengada sangat. Lepaskan Qas.” Aqasha
lantas menarik tangan Qaseh kasar dari terus dipeluk oleh Razak. Sakit hatinya
melihat perlakuan lelaki tua itu kepada Qaseh.
“Sayang….”seru Razak cuba untuk menarik tubuh Qaseh kepadanya
tetapi baru sahaja hendak berdiri sudah terjatuh semula.
Aqasha terus menarik tangan Qaseh pergi dari situ. Mereka
mencari tempat yang lebih sunyi dan terperuk dari bunyi muzik yang membingitkan
telinga itu. Qaseh hanya menurut.
“You ni pergi layan lelaki tua tu kenapa? Tak ada ke
yang menyelerakan sikit.” Marah Aqasha sambil merenung wajah Qaseh.
“Terpaksalah. Dia yang datang duduk kat I. Nak marah-marah ni
kenapa?” balas Qaseh sambil tangan bersilang ke dada. Air pepsi yang
dihidangkan terus dihirup. Aqasha ni hanya tahu nak marah. Masih lagi tak faham
keadaan Qaseh.
“Ada saja jawapan you. Entah-entah nak sangatkan
jadi pelayan lelaki tua tak sedar diri tu. Mentang-mentang dia poket tebal.”
Tuduh Aqasha lagi masih tidak puas hati. Matanya dijelingkan. Dia geram apabila
terpandangkan Razak sedang asyik mencuit tubuh Qaseh sana sini. Rasa macam nak
hadiahkan penumbuk sahaja kat orang tua tu.
“Lantak you lah. You ni asyik
nak marah saja. You memang tak pernah nak faham I. I tak boleh
hiduplah dengan lelaki macam you ni.”
Aqasha mendekati Qaseh. Tubuh Qaseh ditarik ke dalam pelukannya.
Dia tahu yang Qaseh sudah mula naik angin. Pinggang Qaseh dirangkul walaupun
Qaseh meronta-ronta minta dilepaskan.
“Maafkan I. I sakit hati tengok dia ganggu you tadi.
Maafkan I, sayang.” rayu Aqasha.
“You tak faham lagi kena kerja I macam mana. Minta maaf lepas
itu marah lagi. Bosanlah kalau terus macam ni. Baik tak perlu couple kalau
tak percaya sangat.”
Aqasha meletakkan dahinya di atas dahi Qaseh. Bibirnya
mengukirkan senyuman manis. Qaseh hanya memandang ke bawah. Dia masih lagi
marah dengan Aqasha.
“Kita kahwin, sayang?” Aqasha sekali lagi melamar Qaseh. Sebelum
ini bukannya dia tidak pernah melamar Qaseh tetapi selalu ada sahaja alasan
daripada Qaseh. Apa salahnya kalau dia membuat percubaan sekali lagi.
Qaseh menghembus nafas perlahan. Dia meleraikan rangkulan
Aqasha. Badannya disandarkan ke dinding sambil berpeluk tubuh.
“I belum bersedia.” Qaseh menolak.
Giliran Aqasha pula mengeluh. Jawapan yang sering diberikan oleh
Qaseh setiap kali Aqasha mengajaknya berkahwin. Belum bersedia, belum bersedia
dan belum bersedia. Sudah muak halwa telinga Aqasha mendengar alasan yang sama
diterima olehnya.
“Alasan yang sama. You bukan tak bersedia
tapi you tak pernah cuba untuk bersedia. I betul-betul serius
nak ambil you jadi isteri I. You tak percayakan I ke?” Aqasha
mencapai tangan Qaseh lalu digenggam.
“I minta maaf, you. Buat masa sekarang I memang tak
boleh nak terima you. I perlukan masa.” sekali lagi Qaseh
menjelaskan bahawa dia tidak boleh menerima lamaran itu. Genggaman tangannya
dirungkaikan perlahan.
“Sampai bila?”
“Sampai I rasa I dah bersedia untuk memikul tanggungjawab
sebagai seorang isteri. I harap you faham."
ujar Qaseh lembut sambil senyuman terukir di bibirnya. Tidak mungkin
dia akan menerima lamaran daripada Aqasha ketika ini walaupun hatinya begitu
yakin bahawa Aqasha adalah yang terbaik untuknya.
“Kalau itu yang you mahukan I faham. Tapi janji
dengan I yang you tak akan pernah ada orang lain. Hanya I.”
Aqasha merangkul bahu Qaseh. Matanya redup memandang Qaseh.
“Ni you. Malam ni malam terakhir I kerja sini.”
Qaseh memberitahu Aqasha selepas dia teringatkan tentang tawaran lelaki sengal
itu. Dia risau juga penerimaan Aqasha nanti.
Aqasha nampak terkejut. Dia berkerut dahi. Renungan Aqasha terus
menikam anak mata Qaseh.
“Kenapa ni? You nak pergi mana?”soal Aqasha.
Qaseh mengigit bibirnya. Tangan Aqasha dicapai lalu digenggam.
“I ada menerima kerja baru dari seseorang yang menyuruh I….”
“Kerja apa?”Aqasha terus memotong percakapan Qaseh tanpa
menunggu Qaseh menghabiskan terlebih dahulu. Dia benar-benar terkejut dengan
apa yang diberitahu oleh Qaseh itu kerana selama ini Aqasha bersungguh-sungguh memujuk
Qaseh agar tinggalkan pekerjaannya sekarang tetapi Qaseh menolak
sekeras-kerasnya. Semuanya atas alasan dia tidak suka bergantung pada orang
lain.
“Kerja sebagai penjaga pesakit. Sepenuh masa.” Qaseh mula
berdebar-debar ketika memberitahu semua itu. Dia risau jika Aqasha mengamuk.
“Lelaki tu lumpuh. Dia perlukan seseorang untuk menjaganya
sepenuh masa.”tambah Qaseh lagi. Pandangannya ditundukkan. Takut nak menatap
mata Aqasha yang sedang tajam merenungnya itu.
“Lelaki tu tua ke muda?”
“Mu…Eh, tua kerepot dah. Umur 60 - an macam tu. Dia
kena stroke dan lumpuh. Jadi tak ada orang jaga. Anak dialah
yang tawarkan untuk I. Gaji pun lumayan. Segala perbelanjaan adik-adik I bakal
majikan I tanggung. Bolehkan, Qasha?.” Qaseh menambah cerita. Jika dia beritahu
perkara yang sebenar pasti teman lelakinya ini tidak akan bersetuju kerana
Aqasha seorang yang kuat cemburu. Tadi pun nasib baik lelaki tua itu mabuk,
kalau tidak sudah lama makan penumbuknya.
“You kena duduk rumah dialah hari-hari?”
“Rasanyalah. Dia pun tak beritahu tugas I lagi. You benarkan
I bekerja kat situkan?” Qaseh meminta izin. Seolah-olah seorang isteri memohon
kebenaran daripada suaminya padahal mereka tiada apa-apa ikatan yang memaksa
Qaseh memerlukan persetujuan daripada Aqasha.
“Tak perlulah. I ajak you kerja dengan I you tak
nak. I offer gaji lagi mahal daripada dia.Please, kerja
dengan I.” rayu Aqasha bersungguh-sungguh.
Qaseh menggeleng. Kalau dia setuju bekerja dengan Aqasha pasti
sudah lama dia berbuat demikian tetapi dia menolak kerana baginya dia tidak
perlu bergantung kepada orang lain. Biar apa yang dilakukan atas usahanya
sendiri.
“Tak apalah, Qasha. I tak boleh bekerja dengan you. You tahukan
prinsip hidup I?”
Aqasha melepaskan keluhan berat. Dia ingat dan sesekali dia
tidak akan pernah lupa. Qaseh orang yang sangat penting dalam hidupnya.
Walaupun pada pandangan orang lain pekerjaan Qaseh adalah pekerjaan yang hina
tetapi baginya itu semua tidak penting. Qaseh masih lagi menjaga batas-batasnya
dan masih lagi menjaga maruah dirinya. Jadi tiada apa yang perlu dipertikaikan
lagi.
“Prinsip, prinsip, prinsip. Pergi jahanamlah dengan prinsip tu.”
marah Aqasha. Suaranya sedikit meninggi.
“Qasha!”
“You buatlah apa yang you nak
buat. I malas nak ambil tahu lagi. You tak perlukan I.
Semua keputusan you boleh buat sendiri. Jangan cari I lagi.”
Aqasha berkata lemah. Dia menepis tangan Qaseh yang cuba merangkul tangannya.
Dia nak berikan pengajaran untuk Qaseh supaya lebih menghargai dia selepas ini.
“Qasha, please jangan tinggalkan I. I
need you. I love you very much.” Qaseh memujuk. Pinggang Aqasha
dirangkul dari belakang. Dia memang sayangkan Aqasha. Lelaki itu terlalu baik
untuknya.
“Lepaskan I. I tak penting pun untuk you. I hanya
tempat you luah masalah you saja. I pergi
dulu. Bye.” Rangkulan dileraikan sebelum Aqasha meninggalkan Qaseh
keseorangan di situ.
Air hangat tiba-tiba mengalir di pipi mulusnya mencairkan mekap
yang dipakai. Lantaklah semua itu tapi apa yang penting dia sedih apabila
Aqasha pergi meninggalkannya. Dia perlukan lelaki itu.
************
Pintu diketuk dari luar. Zizie yang sedang menyiapkan
sarapan lantas berlari anak untuk membuka pintu. Azan Subuh baru sahaja habis
berkumandang dan waktu kerja Qaseh pun tamat ketika hari mula menjengah pagi.
“Kenapa dengan kau ni, Qas?” soal Zizie sebaik sahaja dia
melihat keadaan diri Qaseh yang sedang menangis teresak-esak.
“Qasha tinggalkan aku.” jawab Qaseh lemah. Tubuh Qaseh yang
lemah dipimpin masuk ke dalam rumah lalu dibiarkan berbaring di atas sofa.
“Mestilah dia tinggalkan kau. Tak akanlah dia nak masuk dalam
rumah ni kot. Kang kena tangkap basah, naya saja.” Zizie menggelengkan
kepalanya. Pelik betul dia dengan Qaseh hari ini. Mengada-ngada lebih pula
sahabatnya ini.
“Zie! Kau nikan aku betul-betul sedih ni kau boleh pula buat
lawak bodoh kau tu.” marah Qaseh masih lagi dalam esakkannya. Zizie ini lambat
sangat nak faham.
“La, apa yang lawak bodohnya Qas? Betullah. Kau dan Qasha tu
bukan muhrim tak boleh dibawa masuk ke dalam rumah sebab nanti Jais datang
serbu. Kau tak apalah boleh kahwin free tapi aku ni. Takkanlah
nak berkongsi Qasha dengan kau kot.”
“Bencilah aku dengan kau ni. Kau sama saja dengan Qasha. Tak
pernah faham perasaan aku.”
Zizie menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Dia cuba memahami
kembali apa yang diberitahu oleh Qaseh tadi. Sejurus kemudian dia tergelak
kecil. Patutlah Qaseh marah sangat. Rupanya silap tajuklah. Zizie mengetuk
kepalanya sekali. Tanda pengajaran.
“Baru aku faham. Maafkan aku, Qas. Kau tahukan aku ni slow sikit.
Aku memang tak faham apa pun tadi. Sorry, ek?”
“Aku tak tahu apa yang aku perlu buat sekarang. Tolak tawaran
itu atau aku terpaksa kehilangan Aqasha.
Aku confuse!”
“Kau kena pilih salah satu ke?” Zizie masih lagi di
awang-awangan tidak faham apa yang cuba diperkatakan oleh Qaseh. Memang
tersangat lembab otaknya untuk menerima isyarat baru.
Qaseh mengangguk. Air mata yang mengalir disapu dengan tisu.
Sekali sapu, sekali air mata turun lagi. Dia sangat sedih dengan apa yang ini.
“Terpulang pada kata hati kau. Aku tak boleh bagi pendapat.
Aku blur sekarang ini.” ujar Zizie selamba. Dia sendiri tidak
tahu bagaimana nak memberi nasihat.
“Kau tu tak pernahnya tak blur.” Qaseh mengutuk. Bibirnya
mengukirkan senyuman nipis tatkala melihat muka Zizie yang sedikit lucu itu.
Terasa kurang sikit masalahnya apabila dapat melihat sikap Zizie yang
kadang-kadang mencuit hatinya.
“Sempat lagi mengutuk aku. Kau sayangkan Aqasha ke?”
“Mestilah. Dia lelaki pertama yang ada dalam hati aku. Dia
sangat baik dengan aku tapi aku saja tak reti nak menghargai dia. Aku call tak
jawab, sms tak balas. Aku rindu dia.” Qaseh menangis lagi.
“Kau pilihlah Aqasha. Kau terima tawaran kerja yang ditawarkan
kat kau tu. Habis cerita.”
“Memang kalau ikutkan kata hati aku memang aku akan pilih Qasha
tapi aku sendiri tak tahu. Hati aku tak tenang bila aku teringatkan lelaki sengal
tu. Aku dah bagi dia harapan dan sudah tentu dia mengharapkan. Aku takutlah.”
adu Qaseh. Wajah betul-betul terpancar kerisauan.
“Susahlah kalau macam tu. Tak akanlah Qasha tak boleh nak tolak
ansur langsung. Kau cuba cakap dengan dia baik-baik.” Zizie memberi cadangan.
“Entahlah, Zie. Aku dah cakap habis baik dah kat dia tapi dia
terus tinggalkan aku. Apa yang perlu aku lakukan sekarang?”rintih Qaseh lagi.
“Aku tak tahu. Sekarang ni jom breakfast dulu.
Nanti kita bincang lain.”
“Kau nikan. Aku tengah ada masalah ni mana boleh nak telan semua
makan tu.” marah Qaseh apabila Zizie seperti tidak kisah dengan masalahnya.
“Aku kalau perut lapar aku tak boleh fikir. Otak jammed.
Lepas kita makan aku beri kau cadangan. Jomlah.”desak Zizie lalu mengangkat punggung.
Tangan Qaseh ditarik menyebabkan Qaseh hanya menurut tanpa
bantahan lagi.
*************
“Sofea, dah lama aku tak nampak Ayim. Kau ada masalah ke dengan
dia?” tanya Yunie yang juga merupakan model dibawah naugan syarikat yang sama
dengan Sofea dan merangkap sahabat baik Sofea.
Tersembur jus oren yang baru sahaja sampai ke tekak apabila terdengar Yunie menyebut nama Qayyim. Kenapa harus nama lelaki cacat itu disebut lagi? Sofea mendengus. Dadanya diurut seketika.
“Jangan sebut nama dia lagi. Aku tak suka dengar.” marah Sofea.
Jus oren yang terkena sedikit di bajunya dilap dengan tisu.
“Kenapa?”
“Aku dah tak ada apa-apa lagi dengan dia. Kami dah break.”
“Hah?” Yunie terkejut. Spagheti yang ingin disuapkan ke mulut
diletakkan semula. Kerusinya ditarik bagi mendekatkan dirinya dengan Sofea.
“Sejak bila? Aku tak tahu pun.”
“Dah hampir sebulan. Aku tak nak hidup dengan lelaki yang hanya
akan menyusahkan aku saja. Tak rela aku nak habiskan masa aku dengan menjaga
dia. Lebih baik aku berundur dulu.” Fikirannya terbayangkan wajah Qayyim yang
penuh dengan kebencian kepadanya itu. Jika Qayyim membenci dirinya, lagi
mudahlah untuk dia tinggalkan lelaki yang dianggap tidak berguna itu.
“Maksud kau?”
“Dia lumpuh.” jawab Sofea menghentikan rasa teka-teki Yunie.
“Lumpuh? Kenapa?” soal Yunie lagi. Masih tidak berpuas hati.
Patutlah dia sudah tidak nampak kelibat Qayyim lagi. Dia tidak tergerak hati
untuk bertanya kerana fikirkan Qayyim sibuk. Rupanya Sofea dan Qayyim sudah
tiada apa-apa hubungan.
“Dia kemalangan. Kemalangan itu menyebabkan dia lumpuh. Sekarang
ini hidup dia hanya berkerusi roda. Jadi tak akanlah aku terus setia dengan
lelaki yang tidak ubah seperti mayat hidup itu. Jatuh reputasi aku nanti.”
“Tak baik kau ni. Kau kena ingat yang kau boleh popular sekarang
pun sebab dia tau.” Yunie mengingatkan Sofea. Tanpa Qayyim mungkin Sofea masih
lagi jadi pelayan kelab malam itu. Qayyim lelaki yang sangat baik tetapi tetap
ditinggalkan. Hanya suka ketika sempurna, benci ketika tidak sempurna.
“Lantaklah. Itu semua aku tak nak ambil tahu. Yang penting aku
gembira tanpa dia. Aku bebas untuk melakukan apa sahaja. Lagipun padan muka
dia. Dia ingat senang-senang saja nak mengongkong kehidupan aku. Tolonglah..”
Sofea tersenyum nipis.
Yunie menggelengkan kepalanya. Tak sangka sikap sahabatnya ini
sebegini kejam.
“Kau ke penyebab dia kemalangan?” soal Yunie serkap jarang. Mana
tahu mungkin Sofea dalang kepada kemalangan yang berlaku. Yunie kenal sangat
dengan Sofea. Dia sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan dirinya.
“Kau jangan main tuduh ya, Yunie. Kau ingat aku jahat sangat ke
sampai nak buat dia kemalangan? Tak perlu aku buat semua itu hanya sebab nak
dia tinggalkan aku. Kau jangan nak tuduh sebarangan. Aku cili mulut kau nanti.”
Sofea tiba-tiba melenting. Suaranya sedikit meninggi. Pelanggan yang turut
mengunjungi restoran itu turut memerhati ke arahnya.
“Yang kau nak melenting ni kenapa? Kalau kau tak salah tak perlu
nak marah-marah. Cakap baik-baik tak boleh ke?” Yunie membalas. Geram pula
dengan Sofea ni. Tebal mukanya apabila orang ramai memandang ke arah mereka.
“Kau ikut sedap saja tuduh aku macam tu. Mana aku tak
melenting.”
“Kau kena ingat yang Datin Kursiah tu bukan calang-calang orang.
Dia sanggup lakukan apa sahaja demi keluarganya. Kalau betul kau terlibat
dengan kemalangan ini, kau tunggulah akibatnya.”ujar Yunie. Hatinya kuat
mengatakan yang Sofea terlibat. Sejauh mana kebenarannya, Yunie tidak pasti.
Harap-harap itu hanya satu tuduhan bukannya realiti.
Sofea mengigit bibir. Tiba-tiba fikirannya teringatkan ugutan
Datin Kursiah ketika dia melawat Qayyim tempoh hari.
“Aku tak terlibat. Aku tak ada kena mengenalah dengan kemalangan
tu.” Sofea masih mempertahankan dirinya.
“Tak apalah. Aku tak tuduh kau cuma aku ingatkan kau. Itu saja.”
Yunie kembali menikmati sarapan yang terhidang. Dia sudah malas nak bertekak
dengan Sofea. Nanti takut mengeruhkan keadaan.
Sofea menyandarkan badannya ke belakang kerusi kasar. Dadanya
tiba-tiba berombak kencang. Risau apabila memikirkan peringatan daripada Yunie
itu. Sofea tidak senang duduk.
Bab 5
Qaseh menolak lembut tangan yang mula meliar memegang bahunya.
Qaseh cuba menjarakkan sedikit dirinya dengan lelaki tua itu. Tapi semakin
dijauhkan semakin dekat lelaki itu merapati dirinya. Naik rimas Qaseh apabila
diperlaku seperti ini. Kalau tak disebabkan melayan lelaki ini separuh daripada
kerjanya pasti sudah lama lelaki tua miang ini akan makan penampar sulung
daripada Qaseh. Rumah kata pergi, kubur kata mari pun masih lagi menggatal.
“Kenapa dengan you ni, sayang?” tanya lelaki
tua yang dikenali sebagai Razak itu. Tangannya masih lagi bermain-main dengan
rambut Qaseh.
Qaseh tersenyum paksa. Dia masih cuba menepis setiap kali Razak
menyentuh badannya.
“Tak ada apa-apa.” jawab Qaseh lembut. Dari jauh dia dapat
melihat yang majikannya sedang merenung tajam kearahnya. Sejak bila majikannya
berada di situ, Qaseh sendiri tidak pasti.
“Jom menari sayang.” ajak Razak. Tangan Qaseh dicapai lalu
dikucup.
Qaseh menggeleng. Dia bertekad mulai hari ini dia tidak akan
menari lagi dan malam ini adalah malam terakhir dia menjadi pelayan di situ.
“Kenapa tak nak sayang?” Razak masih lagi cuba memujuk. Kali ini
Razak cuba mencium pipinya pula. Nasib baik Qaseh sempat mengelak.
“Qas!” tegur satu suara garau.
Qaseh mengangkat kepalanya lalu memandang ke arah suara tadi.
Kelihatan Aqasha membuat isyarat mata bahawa dia nak Qaseh mengikuti. Qaseh
memandang Razak di sebelahnya.
“Razak, I ikut dia sekejap ya. Nanti I datang balik.” ujar Qaseh
kepada Razak. Lelaki itu separuh sedar kerana telah banyak air haram diteguk
olehnya. Sebab itulah miang semacam sahaja.
“I perlukan you, sayang. Jangan tinggalkan I.” Razak merayu.
Tangan Qaseh ditarik membuatkan tubuh Qaseh terjatuh atas badannya. Sejurus
kemudian, dia ketawa.
Qaseh memandang Aqasha memohon pertolongan. Dia tak nak terus
melayan lelaki tua ini. Lagipun dia ada hal yang mahu dibincangkan bersama
dengan Aqasha.
“Orang tua, kau jangan nak mengada sangat. Lepaskan Qas.” Aqasha
lantas menarik tangan Qaseh kasar dari terus dipeluk oleh Razak. Sakit hatinya
melihat perlakuan lelaki tua itu kepada Qaseh.
“Sayang….”seru Razak cuba untuk menarik tubuh Qaseh kepadanya
tetapi baru sahaja hendak berdiri sudah terjatuh semula.
Aqasha terus menarik tangan Qaseh pergi dari situ. Mereka
mencari tempat yang lebih sunyi dan terperuk dari bunyi muzik yang membingitkan
telinga itu. Qaseh hanya menurut.
“You ni pergi layan lelaki tua tu kenapa? Tak ada ke
yang menyelerakan sikit.” Marah Aqasha sambil merenung wajah Qaseh.
“Terpaksalah. Dia yang datang duduk kat I. Nak marah-marah ni
kenapa?” balas Qaseh sambil tangan bersilang ke dada. Air pepsi yang
dihidangkan terus dihirup. Aqasha ni hanya tahu nak marah. Masih lagi tak faham
keadaan Qaseh.
“Ada saja jawapan you. Entah-entah nak sangatkan
jadi pelayan lelaki tua tak sedar diri tu. Mentang-mentang dia poket tebal.”
Tuduh Aqasha lagi masih tidak puas hati. Matanya dijelingkan. Dia geram apabila
terpandangkan Razak sedang asyik mencuit tubuh Qaseh sana sini. Rasa macam nak
hadiahkan penumbuk sahaja kat orang tua tu.
“Lantak you lah. You ni asyik
nak marah saja. You memang tak pernah nak faham I. I tak boleh
hiduplah dengan lelaki macam you ni.”
Aqasha mendekati Qaseh. Tubuh Qaseh ditarik ke dalam pelukannya.
Dia tahu yang Qaseh sudah mula naik angin. Pinggang Qaseh dirangkul walaupun
Qaseh meronta-ronta minta dilepaskan.
“Maafkan I. I sakit hati tengok dia ganggu you tadi.
Maafkan I, sayang.” rayu Aqasha.
“You tak faham lagi kena kerja I macam mana. Minta maaf lepas
itu marah lagi. Bosanlah kalau terus macam ni. Baik tak perlu couple kalau
tak percaya sangat.”
Aqasha meletakkan dahinya di atas dahi Qaseh. Bibirnya
mengukirkan senyuman manis. Qaseh hanya memandang ke bawah. Dia masih lagi
marah dengan Aqasha.
“Kita kahwin, sayang?” Aqasha sekali lagi melamar Qaseh. Sebelum
ini bukannya dia tidak pernah melamar Qaseh tetapi selalu ada sahaja alasan
daripada Qaseh. Apa salahnya kalau dia membuat percubaan sekali lagi.
Qaseh menghembus nafas perlahan. Dia meleraikan rangkulan
Aqasha. Badannya disandarkan ke dinding sambil berpeluk tubuh.
“I belum bersedia.” Qaseh menolak.
Giliran Aqasha pula mengeluh. Jawapan yang sering diberikan oleh
Qaseh setiap kali Aqasha mengajaknya berkahwin. Belum bersedia, belum bersedia
dan belum bersedia. Sudah muak halwa telinga Aqasha mendengar alasan yang sama
diterima olehnya.
“Alasan yang sama. You bukan tak bersedia
tapi you tak pernah cuba untuk bersedia. I betul-betul serius
nak ambil you jadi isteri I. You tak percayakan I ke?” Aqasha
mencapai tangan Qaseh lalu digenggam.
“I minta maaf, you. Buat masa sekarang I memang tak
boleh nak terima you. I perlukan masa.” sekali lagi Qaseh
menjelaskan bahawa dia tidak boleh menerima lamaran itu. Genggaman tangannya
dirungkaikan perlahan.
“Sampai bila?”
“Sampai I rasa I dah bersedia untuk memikul tanggungjawab
sebagai seorang isteri. I harap you faham."
ujar Qaseh lembut sambil senyuman terukir di bibirnya. Tidak mungkin
dia akan menerima lamaran daripada Aqasha ketika ini walaupun hatinya begitu
yakin bahawa Aqasha adalah yang terbaik untuknya.
“Kalau itu yang you mahukan I faham. Tapi janji
dengan I yang you tak akan pernah ada orang lain. Hanya I.” Aqasha
merangkul bahu Qaseh. Matanya redup memandang Qaseh.
“Ni you. Malam ni malam terakhir I kerja sini.”
Qaseh memberitahu Aqasha selepas dia teringatkan tentang tawaran lelaki sengal
itu. Dia risau juga penerimaan Aqasha nanti.
Aqasha nampak terkejut. Dia berkerut dahi. Renungan Aqasha terus
menikam anak mata Qaseh.
“Kenapa ni? You nak pergi mana?”soal Aqasha.
Qaseh mengigit bibirnya. Tangan Aqasha dicapai lalu digenggam.
“I ada menerima kerja baru dari seseorang yang menyuruh I….”
“Kerja apa?”Aqasha terus memotong percakapan Qaseh tanpa
menunggu Qaseh menghabiskan terlebih dahulu. Dia benar-benar terkejut dengan
apa yang diberitahu oleh Qaseh itu kerana selama ini Aqasha bersungguh-sungguh
memujuk Qaseh agar tinggalkan pekerjaannya sekarang tetapi Qaseh menolak
sekeras-kerasnya. Semuanya atas alasan dia tidak suka bergantung pada orang
lain.
“Kerja sebagai penjaga pesakit. Sepenuh masa.” Qaseh mula
berdebar-debar ketika memberitahu semua itu. Dia risau jika Aqasha mengamuk.
“Lelaki tu lumpuh. Dia perlukan seseorang untuk menjaganya
sepenuh masa.”tambah Qaseh lagi. Pandangannya ditundukkan. Takut nak menatap
mata Aqasha yang sedang tajam merenungnya itu.
“Lelaki tu tua ke muda?”
“Mu…Eh, tua kerepot dah. Umur 60 - an macam tu. Dia
kena stroke dan lumpuh. Jadi tak ada orang jaga. Anak dialah
yang tawarkan untuk I. Gaji pun lumayan. Segala perbelanjaan adik-adik I bakal
majikan I tanggung. Bolehkan, Qasha?.” Qaseh menambah cerita. Jika dia beritahu
perkara yang sebenar pasti teman lelakinya ini tidak akan bersetuju kerana
Aqasha seorang yang kuat cemburu. Tadi pun nasib baik lelaki tua itu mabuk,
kalau tidak sudah lama makan penumbuknya.
“You kena duduk rumah dialah hari-hari?”
“Rasanyalah. Dia pun tak beritahu tugas I lagi. You benarkan
I bekerja kat situkan?” Qaseh meminta izin. Seolah-olah seorang isteri memohon
kebenaran daripada suaminya padahal mereka tiada apa-apa ikatan yang memaksa
Qaseh memerlukan persetujuan daripada Aqasha.
“Tak perlulah. I ajak you kerja dengan I you tak
nak. I offer gaji lagi mahal daripada dia.Please, kerja
dengan I.” rayu Aqasha bersungguh-sungguh.
Qaseh menggeleng. Kalau dia setuju bekerja dengan Aqasha pasti
sudah lama dia berbuat demikian tetapi dia menolak kerana baginya dia tidak
perlu bergantung kepada orang lain. Biar apa yang dilakukan atas usahanya
sendiri.
“Tak apalah, Qasha. I tak boleh bekerja dengan you. You tahukan
prinsip hidup I?”
Aqasha melepaskan keluhan berat. Dia ingat dan sesekali dia
tidak akan pernah lupa. Qaseh orang yang sangat penting dalam hidupnya.
Walaupun pada pandangan orang lain pekerjaan Qaseh adalah pekerjaan yang hina
tetapi baginya itu semua tidak penting. Qaseh masih lagi menjaga batas-batasnya
dan masih lagi menjaga maruah dirinya. Jadi tiada apa yang perlu dipertikaikan
lagi.
“Prinsip, prinsip, prinsip. Pergi jahanamlah dengan prinsip tu.”
marah Aqasha. Suaranya sedikit meninggi.
“Qasha!”
“You buatlah apa yang you nak
buat. I malas nak ambil tahu lagi. You tak perlukan I.
Semua keputusan you boleh buat sendiri. Jangan cari I lagi.”
Aqasha berkata lemah. Dia menepis tangan Qaseh yang cuba merangkul tangannya. Dia
nak berikan pengajaran untuk Qaseh supaya lebih menghargai dia selepas ini.
“Qasha, please jangan tinggalkan I. I
need you. I love you very much.” Qaseh memujuk. Pinggang Aqasha
dirangkul dari belakang. Dia memang sayangkan Aqasha. Lelaki itu terlalu baik
untuknya.
“Lepaskan I. I tak penting pun untuk you. I hanya
tempat you luah masalah you saja. I pergi
dulu. Bye.” Rangkulan dileraikan sebelum Aqasha meninggalkan Qaseh
keseorangan di situ.
Air hangat tiba-tiba mengalir di pipi mulusnya mencairkan mekap
yang dipakai. Lantaklah semua itu tapi apa yang penting dia sedih apabila
Aqasha pergi meninggalkannya. Dia perlukan lelaki itu.
************
Pintu diketuk dari luar. Zizie yang sedang menyiapkan
sarapan lantas berlari anak untuk membuka pintu. Azan Subuh baru sahaja habis
berkumandang dan waktu kerja Qaseh pun tamat ketika hari mula menjengah pagi.
“Kenapa dengan kau ni, Qas?” soal Zizie sebaik sahaja dia
melihat keadaan diri Qaseh yang sedang menangis teresak-esak.
“Qasha tinggalkan aku.” jawab Qaseh lemah. Tubuh Qaseh yang
lemah dipimpin masuk ke dalam rumah lalu dibiarkan berbaring di atas sofa.
“Mestilah dia tinggalkan kau. Tak akanlah dia nak masuk dalam
rumah ni kot. Kang kena tangkap basah, naya saja.” Zizie menggelengkan
kepalanya. Pelik betul dia dengan Qaseh hari ini. Mengada-ngada lebih pula
sahabatnya ini.
“Zie! Kau nikan aku betul-betul sedih ni kau boleh pula buat
lawak bodoh kau tu.” marah Qaseh masih lagi dalam esakkannya. Zizie ini lambat
sangat nak faham.
“La, apa yang lawak bodohnya Qas? Betullah. Kau dan Qasha tu
bukan muhrim tak boleh dibawa masuk ke dalam rumah sebab nanti Jais datang
serbu. Kau tak apalah boleh kahwin free tapi aku ni. Takkanlah
nak berkongsi Qasha dengan kau kot.”
“Bencilah aku dengan kau ni. Kau sama saja dengan Qasha. Tak
pernah faham perasaan aku.”
Zizie menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Dia cuba memahami
kembali apa yang diberitahu oleh Qaseh tadi. Sejurus kemudian dia tergelak
kecil. Patutlah Qaseh marah sangat. Rupanya silap tajuklah. Zizie mengetuk
kepalanya sekali. Tanda pengajaran.
“Baru aku faham. Maafkan aku, Qas. Kau tahukan aku ni slow sikit.
Aku memang tak faham apa pun tadi. Sorry, ek?”
“Aku tak tahu apa yang aku perlu buat sekarang. Tolak tawaran
itu atau aku terpaksa kehilangan Aqasha.
Aku confuse!”
“Kau kena pilih salah satu ke?” Zizie masih lagi di
awang-awangan tidak faham apa yang cuba diperkatakan oleh Qaseh. Memang
tersangat lembab otaknya untuk menerima isyarat baru.
Qaseh mengangguk. Air mata yang mengalir disapu dengan tisu.
Sekali sapu, sekali air mata turun lagi. Dia sangat sedih dengan apa yang ini.
“Terpulang pada kata hati kau. Aku tak boleh bagi pendapat.
Aku blur sekarang ini.” ujar Zizie selamba. Dia sendiri tidak
tahu bagaimana nak memberi nasihat.
“Kau tu tak pernahnya tak blur.” Qaseh mengutuk. Bibirnya
mengukirkan senyuman nipis tatkala melihat muka Zizie yang sedikit lucu itu.
Terasa kurang sikit masalahnya apabila dapat melihat sikap Zizie yang
kadang-kadang mencuit hatinya.
“Sempat lagi mengutuk aku. Kau sayangkan Aqasha ke?”
“Mestilah. Dia lelaki pertama yang ada dalam hati aku. Dia
sangat baik dengan aku tapi aku saja tak reti nak menghargai dia. Aku call tak
jawab, sms tak balas. Aku rindu dia.” Qaseh menangis lagi.
“Kau pilihlah Aqasha. Kau terima tawaran kerja yang ditawarkan
kat kau tu. Habis cerita.”
“Memang kalau ikutkan kata hati aku memang aku akan pilih Qasha
tapi aku sendiri tak tahu. Hati aku tak tenang bila aku teringatkan lelaki
sengal tu. Aku dah bagi dia harapan dan sudah tentu dia mengharapkan. Aku
takutlah.” adu Qaseh. Wajah betul-betul terpancar kerisauan.
“Susahlah kalau macam tu. Tak akanlah Qasha tak boleh nak tolak
ansur langsung. Kau cuba cakap dengan dia baik-baik.” Zizie memberi cadangan.
“Entahlah, Zie. Aku dah cakap habis baik dah kat dia tapi dia
terus tinggalkan aku. Apa yang perlu aku lakukan sekarang?”rintih Qaseh lagi.
“Aku tak tahu. Sekarang ni jom breakfast dulu.
Nanti kita bincang lain.”
“Kau nikan. Aku tengah ada masalah ni mana boleh nak telan semua
makan tu.” marah Qaseh apabila Zizie seperti tidak kisah dengan masalahnya.
“Aku kalau perut lapar aku tak boleh fikir. Otak jammed.
Lepas kita makan aku beri kau cadangan. Jomlah.”desak Zizie lalu mengangkat
punggung.
Tangan Qaseh ditarik menyebabkan Qaseh hanya menurut tanpa
bantahan lagi.
*************
“Sofea, dah lama aku tak nampak Ayim. Kau ada masalah ke dengan
dia?” tanya Yunie yang juga merupakan model dibawah naugan syarikat yang sama
dengan Sofea dan merangkap sahabat baik Sofea.
Tersembur jus oren yang baru sahaja sampai ke tekak apabila terdengar Yunie menyebut nama Qayyim. Kenapa harus nama lelaki cacat itu disebut lagi? Sofea mendengus. Dadanya diurut seketika.
“Jangan sebut nama dia lagi. Aku tak suka dengar.” marah Sofea.
Jus oren yang terkena sedikit di bajunya dilap dengan tisu.
“Kenapa?”
“Aku dah tak ada apa-apa lagi dengan dia. Kami dah break.”
“Hah?” Yunie terkejut. Spagheti yang ingin disuapkan ke mulut
diletakkan semula. Kerusinya ditarik bagi mendekatkan dirinya dengan Sofea.
“Sejak bila? Aku tak tahu pun.”
“Dah hampir sebulan. Aku tak nak hidup dengan lelaki yang hanya
akan menyusahkan aku saja. Tak rela aku nak habiskan masa aku dengan menjaga
dia. Lebih baik aku berundur dulu.” Fikirannya terbayangkan wajah Qayyim yang
penuh dengan kebencian kepadanya itu. Jika Qayyim membenci dirinya, lagi
mudahlah untuk dia tinggalkan lelaki yang dianggap tidak berguna itu.
“Maksud kau?”
“Dia lumpuh.” jawab Sofea menghentikan rasa teka-teki Yunie.
“Lumpuh? Kenapa?” soal Yunie lagi. Masih tidak berpuas hati.
Patutlah dia sudah tidak nampak kelibat Qayyim lagi. Dia tidak tergerak hati
untuk bertanya kerana fikirkan Qayyim sibuk. Rupanya Sofea dan Qayyim sudah
tiada apa-apa hubungan.
“Dia kemalangan. Kemalangan itu menyebabkan dia lumpuh. Sekarang
ini hidup dia hanya berkerusi roda. Jadi tak akanlah aku terus setia dengan
lelaki yang tidak ubah seperti mayat hidup itu. Jatuh reputasi aku nanti.”
“Tak baik kau ni. Kau kena ingat yang kau boleh popular sekarang
pun sebab dia tau.” Yunie mengingatkan Sofea. Tanpa Qayyim mungkin Sofea masih
lagi jadi pelayan kelab malam itu. Qayyim lelaki yang sangat baik tetapi tetap
ditinggalkan. Hanya suka ketika sempurna, benci ketika tidak sempurna.
“Lantaklah. Itu semua aku tak nak ambil tahu. Yang penting aku
gembira tanpa dia. Aku bebas untuk melakukan apa sahaja. Lagipun padan muka
dia. Dia ingat senang-senang saja nak mengongkong kehidupan aku. Tolonglah..”
Sofea tersenyum nipis.
Yunie menggelengkan kepalanya. Tak sangka sikap sahabatnya ini
sebegini kejam.
“Kau ke penyebab dia kemalangan?” soal Yunie serkap jarang. Mana
tahu mungkin Sofea dalang kepada kemalangan yang berlaku. Yunie kenal sangat
dengan Sofea. Dia sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan dirinya.
“Kau jangan main tuduh ya, Yunie. Kau ingat aku jahat sangat ke
sampai nak buat dia kemalangan? Tak perlu aku buat semua itu hanya sebab nak
dia tinggalkan aku. Kau jangan nak tuduh sebarangan. Aku cili mulut kau nanti.”
Sofea tiba-tiba melenting. Suaranya sedikit meninggi. Pelanggan yang turut mengunjungi
restoran itu turut memerhati ke arahnya.
“Yang kau nak melenting ni kenapa? Kalau kau tak salah tak perlu
nak marah-marah. Cakap baik-baik tak boleh ke?” Yunie membalas. Geram pula
dengan Sofea ni. Tebal mukanya apabila orang ramai memandang ke arah mereka.
“Kau ikut sedap saja tuduh aku macam tu. Mana aku tak
melenting.”
“Kau kena ingat yang Datin Kursiah tu bukan calang-calang orang.
Dia sanggup lakukan apa sahaja demi keluarganya. Kalau betul kau terlibat
dengan kemalangan ini, kau tunggulah akibatnya.”ujar Yunie. Hatinya kuat
mengatakan yang Sofea terlibat. Sejauh mana kebenarannya, Yunie tidak pasti.
Harap-harap itu hanya satu tuduhan bukannya realiti.
Sofea mengigit bibir. Tiba-tiba fikirannya teringatkan ugutan
Datin Kursiah ketika dia melawat Qayyim tempoh hari.
“Aku tak terlibat. Aku tak ada kena mengenalah dengan kemalangan
tu.” Sofea masih mempertahankan dirinya.
“Tak apalah. Aku tak tuduh kau cuma aku ingatkan kau. Itu saja.”
Yunie kembali menikmati sarapan yang terhidang. Dia sudah malas nak bertekak
dengan Sofea. Nanti takut mengeruhkan keadaan.
Sofea menyandarkan badannya ke belakang kerusi kasar. Dadanya
tiba-tiba berombak kencang. Risau apabila memikirkan peringatan daripada Yunie
itu. Sofea tidak senang duduk.
BERSAMBUNG
No comments:
Post a Comment