Tuesday, January 27, 2015

Curang - Part 2

Part II

Hakimi terkejut. Ternyata isterinya kawan baik Suraya, tunangnya. Pucat wajah itu. Terkejut barangkali.

“Su, ini tunang kau?” Fathia berpura-pura tidak mengenal Hakimi. Dia hanya terenyum hambar apabila Suraya merangkul erat lengan Hakimi. Air mata yang ingin mengalir di tahan.

“Bie, ini Fathia. Kawan baik sayang dari sekolah menengah lagi tau. Thia, inilah Haris yang aku cakap kat kau tu.” Suraya senyum bahagia sambil memperkenalkan Hakimi kepada Fathia.

Hakimi hanya mendiamkan diri semasa Suraya berbual dengan isterinya. Dia hanya memandang wajah pucat isterinya. ‘Sakitkah dia?’ Rasa bersalah menyelubungi dirinya. Dia hanya membiarkan Suraya memeluk lengannya. Dan Fathia hanya mendiamkan diri. Tidak ada wajah marah, cemburu hanya ada riak kecewa dan pucat.

“Su, aku balik dulu. Dah lewat ni.” Fathia mengalihkan matanya saat suaminya memandang ke arahnya. Tidak mahu memandang muka lelaki itu.

“Nak balik dah?”

Fathia hanya mengangguk kan kepalanya. Dia berpelukan dengan Suraya lalu berpaling menuju ke kereta Mini Cooper pemberian arwah papanya. Masuk saja ke dalam kereta, air mata yang cuba di tahanya tadi, akhirnya jatuh mengalir di pipi nya.

“Kenapa dengan Fathia tu?” Hakimi tidak lepas memandang isterinya. Dia bimbang kalau-kalau isterinya itu buat sesuatu di luar jangkaannya.

“She’s pregnant” Kata Suraya sambil tersenyum manis ke arah Hakimi.

“What? Pregnant?” Terkejut Hakimi mendengarnya. ‘Thia mengandung? Ya Allah!”
_________________________________________________________________________________ 

“Kenapa abang buat Thia macam ni? Apa salah Thia? Abang curang dengan Thia. Thia benci abang.” Fathia memukul stereng keretanya lalu menghembamkan wajahnya di stereng kereta. Beberapa minit kemudian, dia menghidupkan keretanya lalu memandu ke tempat yang boleh membuatkan dia lebih tenang.
_________________________________________________________________________________

Sudah 2 jam Hakimi pulang tapi dari tadi kereta Mini Cooper milik Fathia tiada di porch rumah mereka.

“Thia, where are you, sayang?” Hakimi menelefon Fathia tetapi gagal.

“Thia< please pick up my call, sayang.” Hakimi duduk di sofa lalu meraup wajahnya. Dia menyesal kerana curang. Dia betul-betul rasa bersalah. Dia risaukan keadaan Fathia dan kandungan yang di bawa.

Fathia tidak pernah pulang lewat macam ni. Walaupun dia berkecil hati dengan Hakimi. “Argghh! Mesti Thia marahkan aku! Thia, baliklaa. Abang mintak maaf.”

_________________________________________________________________________________

Tepat pukul 12 tengah malam, kereta Fathia kedengaran. Cepat-cepat Hakimi menyambut Fathia di depan muka pintu.

“Thia, Thia pergi mana ni?” Hakimi memandang wajah milik isterinya. Kelihatan mata Fathia sembap. Fathia menangis.

Fathia tidak menghiraukan Hakimu lalu memanjat anak tangga. Belum sempat memanjat anak tangga yang ketiga, Hakimi memegang tangan Fathia dengan lembut.

“Thia, sayang pergi mana? Kenapa tak angkat abang call?” Hakimi bertanya dengan lembut. Tidak mahu melukakan hati isterinya lagi.

“Thia, abang nak cakap sesuatu dengan Thia ni. Pasal kita and that baby. Thia pregnant kan? Kenapa tak beritahu abang?” Hakimi tersenyum gembira apabila menyebut perkataan ‘pregnant’.

Fathia merentap tanganya.

“Saya penat. Saya nak tidur. Tak ada apa yang perlu kita cakap kan. And 
about this baby, saya dah call awak. Awak busy kan. Phone tak aktif. Busy dengan tunang kot, kan?” Fathia tersenyum sinis lalu meninggalkan Hakimi di atas tangga. 

Hakimi terkedu di atas tangga. ‘Saya? Awak?’ Hakimi terduduk di atas tangga. Dia meraup wajahnya dan mengeluh kecil.

Fathia bersandar di pintu bilik tidur miliknya dan Hakimi. Air mata mengalir laju di pipi gebunya. “Thia benci abang!”
_________________________________________________________________________________

Halimi cuba membuka pintu bilik tidurnya tetapi gagal. Fathia mengunci pintu itu dari dalam. Hakimi negetuk pintu itu dengan perlahan. “Thia. Thia. Buka pintu ni. Abang nak tidur.”

Fathia masih tidak menyahut. “Thia. Fathia. Sayang, buka lah pintu ni.”

Fathia membuka pintu sambil memisat-misat matanya.

“Awak nak apa?”

“Kenapa kunci pintu? Abang nak tidurlah.”

“Kalau nak tidur, pergi jelah. Tak payah ganggu saya.” Fathia ingin menutup pintu itu kembali tetapi gagal apabila Hakimi menahan pintu itu dengan tanganny.

“Thia, inikan bilik kita. So, abang kena lah tidur dalam bilik ni.”

Fathia membuka pintu lalu keluar dari bilik itu. Belum sempat Fathia melangkah, Hakimi menarik tangan isterinya dengan lembut.

“Sayang nak pergi mana ni?”

“Tidur lah. Tak akan terjun bangunan plak.” Fathia merentap tangannya tetapi gagal.

‘“Hakimi, lepaslah.”

“Sayang nak tidur kat mana? Inikan bilik kita. Abang nak tidur dengan sayang.”

“Selama ni, okey je tidur sesorang. Kenapa malam ni nak tidur dengan saya?”

“Thia, please.” Hakimi berharap agar Fathia ingin tidur dengannya. Dia betul-betul rindukan isterinya.

“Hakimi, please jangan paksa saya. Saya penat. Saya tak ada mood!” Suara Fathia mula meninggi. Dia tahu berdosa meninggikan suaranya dengan suamianya, tetapi Hakimi betul-betul hancurkan hati dia.

“Okey, abang tak akan paksa Thia. Thia tidur la dalam bilik ni, abang tidur bilik tetamu.”

Fathia berjalan masuk ke dalam biliknya, lalu menutup rapat pintu biliknya. Hakimi terdiam. Hakimi mengeluh kecil. ‘Thia betul-betul marahkan abang.’
_________________________________________________________________________________

Pagi itu, Hakimi tidak pergi kerja. Dia ingin memujuk Fathia. Dia memandang ke arah isterinya yang sedang membaca buku mengenai ibu mengandung. Dia melabuhkan punggungnya lalu merangkul pinggang Fathia.

Fathia menepis tangan Hakimi lalu menjarakkan dirinya dengan Hakimi. Hakimi kembali merapatkan dirinya dengan isterinya.

“Awak nak apa? Jangan rapat boleh tak? Saya rimas.” Fathia menolak lembut badan Hakimi.

“Sayang, kenapa ni? Masih marahkan abang pasal semalam?”

Diam.

“Sayang, abang mintak maaf.”

Sepi.

Hakimi mengeluh kecil. Dia tidak tahu macam mana lagi ingin memujuk Fathia.
Tiba-tiba,

“Kenapa awak buat saya macam ni?” Fathia menahan sebak di dada.

“Awak dah tak sayang kan saya?”

“Thia, abang bukan,”

“Abang masih cintakan Suaraya?”

Hakimi terkejut dengan pertanyaan isterinya. Hakimi diam.

“Awak diam maknanya, betul la. Awak cintakan Suraya.” Fathia menangis. 

‘Sampai hati abang.”

“Sayang, abang,”

“Jangan panggil saya sayang, kalau awak sayangkan orang lain.” Fathia bangun lalu meninggalkan Hakimi seorang diri di sofa.



Hakimi terkedu.

Bersambung...


No comments: