Wednesday, January 28, 2015

Kesempatan Kedua


Kesempatan kedua....

Matanya terpaku hanya di disitu .... di skrin  lcd kamera digital milik Khair. Bagai di rentap seluruh nyawanya sekali gus! apabila melihat sesuatu yang tidak betah untuk dia saksikan. Walaupun hanya rangkulan di leher, namun wajah wanita itu kelihatan sangat bahagia di sisi lelaki miliknya. Nisha terjelepok di lantai. Tidak pernah! ..tidak sesekali pun Khair curang dibelakangnya selama ini. air matanya masih tetap menakung di situ... belum masa untuk mengalir keluar. Dengan kaki yang longlai derapan kakinya menghampiri Khair yang sedang leka bermain ps3 di ruang tamu bersama anaknya, Ninie.

Tangan suaminya itu ditarik lembut agar mengikut langkahnya ke kamar bahagia mereka.

“Kenapa sayang” masih lembut seperti biasa. Dagu Nisha dicuit sekali. Senyuman masih menguntum seperti tadi.

“Ini gambar siapa sayang?” soal Nisha dengan tangan yang terketar – ketar. Riak kosong!. Tiada rasa bersalah dan juga tiada rasa bangga. Perlahan – lahan anak mata  khair mencuri pandang wajah Nisha. Jeritan Ninie di luar tidak diendahkan. Bukan masanya untuk mereka melayan kerenah manja Ninie.

“Sampai hati abang!!!” kali ini kaki Nisha bagaikan sudah hilang deria rasa. Dia terjelepok di lantai.

“Sayang... dengar apa abang nak kata” tangan Nisha digenggam. Memohon agar Nisha memberi sedikit waktu untuk dia menerangkan segalanya.

“Sampai hati abang. Nisha tahu nisha tak cantik, bodoh dan teruk tapi bukan begini untuk abang menghukum Nisha...”

Khair tunduk sambil tangannya menongkat kepala yang menggeleng dua tiga kali. Khair bingkas bangun dan terus memeluk tubuh Nisha.,
“lepaskan Nisha!!!!” jerit Nisha. Tidak punya upaya untuk dia menatap wajah suaminya lagi. Dia terus pergi ke meja kerjanya dan menutup suis komputer riba. Bilik tetamu menjadi persinggahannya sementara hati yang panas itu kembali suam dan seterusnya sejuk.

Tiga foto tadi benar – benar menghenyak jiwanya hingga tiada bentuk. Hati yang sentiasa berbunga hanya tingga tangkai meskipun masih punya kudupnya.

“Sayang... dengar dulu!!” suara Khair memujuknya dari luar tidak dihiraukan. Tidak perlu aku hiraukan dia yang tidak punya rasa untuk menghiraukan sesuatu yang dinamakan kesetiaan... bisik hati kecil Nisha.

                             ************

Perkara ini sudah sampai ke telinga Hajah Kamsiah. Berjuraian air mata mertua yang sentiasa  menjadi wanita yang paling dihormati Khair. Pedas!... ya... itu yang Khair sedang rasa apabila mendengar setiap patah perkataan Hajah Kamsiah. Rasa itu dilontarkan dengan tangisan yang masih belum mahu berhenti. Khair melutut dan memegang lutut wanita separuh abad dihadapannya.

“Tak mak... tak! Khair tak ada apa-apa dengan dia. Dia patient Khair. Memang dia sukakan Khir tapi tak pernah terlintas di hati Khir untuk curang dengan Nisha, mak”

Suara Khair tenggelam timbul. Wajah Khair direnung dalam – dalam oleh Hajah Kamsiah. Memang ketara ada kejujuran di situ tetapi bukti yang mampu dilihat lebih meyakinkan dari ungkapan kata hati yang belum pasti.

“memang Khair salah ..sebab turut sama membalas pelukan dia... itu spontan, mak. Khair gembira skait yang dia deritai selama ini sudah semakin sembuh”

“Tapi perlu ke sampai peluk segala?”..

Khair terdiam...

“itulah kesialapan Khair” wajahnya semakin menunduk.

“Khair.. jika kau dengan perempuan tu.... kau akan hilang Nisha! Khair tahu kan?” bahu Khair digoncang lembut oleh Hajah Kamsiah. Jiwa Khair semakin luluh. Dia tersedu – sedan hingga bahunya turut sama terhenjut – henjut.

“tidak mak.. Khir tak mahu hilang Nisha... tak mampu hidup tanpa Nisha...tak mampu mak!!”

Hajah Kamsiah memegang lembut wajah Khair.

“Perbetulkan segalanya. . mak yakin Khair jujur tapi setiap kesalahan perlu ada pembetulan...”

Khair berdiri dan terus pulang ke rumah. Dia masih melihat Nisha teresak – esak di birai katil sambil menjawab panggilan telefon dari Hajah Kamsiah.
Sejurus sahaja ganggang telefon diletak semula ke tempat asal, Nisha memandang Khair. Ya Allah.... dia membahagiakan aku dengan senyuman dan kata – kata yang lembut buatku setiap hari. Marahnya hanya di mata tidak di bibir. Sepanjang aku berkahwin dengannya.... aku sangat bahagia. Dia lelakiku...dia suamiku... Nisha menjatuhkan pandangannya.

“Memang abang salah tetapi semuanya itu tanpa rasa cinta. Abang lelaki... iman abang hanya serapuh ranting kayu yang sudah berusia. Abang... hanya cintakan Nisha! Bukan dia... sayang... abang salah kerana membiarkan rasa kejam itu meguasai diri abang. Abang tidak rasa terlalu bersalah kerana tidak pernah menyerahkan hati ini pada dia. Hanya gambar! Itu salah abang..” Khair memandang tepat ke mata Nisha yang sudah pun bengkak dan merah.

Mampukah lelaki menyentuh tanpa rasa ingin memiliki? Mampukah lelaki membiarkan keinginan itu pergi terus dari waktunya?, takkan Khair tidak teringatkan dia lagi?. Takkan Khair tidak rindukan dia? .... Nisha mencengkam rambutnya.

Dada Khair di tolak sedikit keras.

“abang berani bersumpah sayang.... hanya itu sahaja. Tidak ada rasa lain buat dirinya. Abang dah punya Nisha yang baik untuk abang. Abang tidak mahu yang terbaik kerana abang sendiri tidak mampu menjadi yang terbaik buat sayang. Jika kebaikan itu luruh dari diri sayang sekali pun cinta abang tetap di sini. Sayang, sudah lebih 10 tahun sayang kenal abang.. pernah kea bang curang?”
Soal Khair. Nisha terasa segala sendinya sudah lemah. Dia menyentuh pipi Khair. Mata yang masih berkaca itu mengaburkan sedikit pandangannya.

“tangan, pipi, cinta dan diri ini untuk Nisha...sayang. hanya untuk Nisha! Tak mahu orang lain menyentuhnya.sakit abang....sangat sakit apabila lihat perempuan tu merangkul leher abang dengan senyuman bahagia sedangkan Nisha yang patut di situ” Nisha meletakkan kepalanya ke dada Khair yang masih memujuk.

“Bagi dia... abang tidak tahu tapi bagi abang, memang hanya ada Nisha di hati abang. Hanya Nisha. Sebab itu abang minta ditukakan ke hospital yang lain. Abang tak mahu dia mengganggu Nisha. Abang tak mahu lihat air mata ini..... air mata sedih seorang isteri  adalah racun bagi suami, sayang” air mata Nisha dikesat perlahan. Khair memeluk Nisha seerat – eratnya...

“Pelukan ini hanya untuk Nisha?” soal Nisha pula. Dia tidak dapat menafikan yang dia selesa, dia hangat dan dia rasa selamat apabila berada di dalam dakapan Khair. Dakapan itu sudah jarang buat mereka sejak setahun yang lepas. Kesibukan Nisha menguruskan butiknya hampir menghilangkan rasa hangat dalam hubungan mereka. Rasa cinta seakan hanya bertukar menjadi tanggungjawab.

Di akui, hanya Khair yang memainkan peranan dalam segala urusan di rumah. Kerja sekolah Ninie semuanya dipantau oleh Khair jika tiada on call pada sebelah malam. Dalam dakapan yang masih erat, satu keluhan menyentap rasa pilu di hati Nisha.

“Abang rasa sunyi,, tak dicintai oleh wanita yang abang cintai. Setiap kali dia beri pesanan ringkas bertanyakan makan minum dan kesihatan abang...... abang terfikir kenapa bukan Nisha yang tanyakan semua ini pada abang. Kenapa bukan Nisha yang hiraukan makan minum abang.”

Pelukan terlerai saat itu juga. Belum sempat Nisha melontar sepatah dua kata, Khair menyambung lagi bicara hatinya.

“Abang rindukan isteri yang menghantar abang ke muka pintu setiap pagi, yang menyediakan secawan milo panas buat abang dan tersenyum indah seolah – olah dia bahagia dimiliki abang. Abang rindukan makanan yang dihidangkan di dalam dulang, di temani isteri dan berbicara tentang kisah suka dukanya. Abang tidak menyekat Nisha. Cuma pohon abang........ luangkanlah sedetik waktu buat lelaki di hadapan sayang ini meskipun rasa cinta buat abang tidak sehangat dulu. Abang rindukan Nisha. Walaupun berada di hadapan mata, tapi Nisha seolah – olah jauh dari abang. Tapi demi Allah... sehingga saat ini tidak ada mana – mana wanita pun yang berjaya singgah di hati abang melainkan sayang. Berilah abang kesempatan kedua untuk menjadi suami dan lelaki yang sayang impikan meskipun jauh dari kenyataannya. Abang rindukan sayang.......rindu sentuhan sayang. Bukan di katil tetapi sentuhan jiwa, sentuhan sampingan yang membuatkan abang rasa di manjai seorang wanita yang abang dambakan seumur hidup abang. Abang takkan kahwin dengan mana – mana wanita lain meskipun ajal sudah menjemput sayang dari genggaman abang. Abang akan besarkan Ninie sehingga dia berjaya seperti sayang malah abang tidak akan ubah atau buang sebarang sentuhan sayang dalam rumah kita ini. Abang mahu mati sebagai suami Anisha nurin”

Nisha menangis lagi., kali ini bukan rasa marah pada Khair tetapi pada dirinya sendiri. Saat itu dia sedar, dia yang memberi jalan buat insan lain cuba singgah di hati dan cinta Khair. Dia beruntung kerana Khair tidak pernah mengizinkan hatinya disentuh mana-mana wanita selain daripadanya.


Jari jemari Khair yang masih tertunduk di kucup berulang kali oleh Nisha.

“Berikan diri ini kesempatan kedua juga.......”


Pelukan bersatu lagi,malah kali ini rasa cinta yang seakan pudar sebelumnya mula menyinar menerangi hati mereka. Nisha memandang wajah Khair... wajah ini yang aku dambakan selama ini dan aku perlu mendambakannya buat seumur hidupku.......

No comments: