Wednesday, January 28, 2015

Curang - Part 8


Part 8
Seminggu Fathia ditempatkan di wad. Hari ini, dia dibenarkan pulang ke rumahnya. Dia rindukan rumah dia. Pergerakan dia terbatas bila dia tinggal di hospital. Seminggu dia di hospital, seminggu tu jugalah Emir datang melawat Fathia walaupun sudah beberapa kali dilarang oleh Hakimi. Emir tetap menebalkan mukanya untuk datang. Fathia hanya membiarkan Emir. Dia langsung tidak melarang.

Seminggu dia di hospital seminggu itu jugalah Suraya tidak datang menziarahi dia. Dia tidak tahu kenapa Suraya sanggup memfitnah dia. Dan Hakimi, selama beberapa tahun dia bersama dengan suaminya, lelaki itu masih tidak mempercayainya. Dia tidak akan sanggup mencederakan sesiapa. Dia tidak kejam untuk mencederakan orang lain. Walaupun orang itu menyakiti hati dia.

Hakimi pula, sepanjang dia dihospital lelaki itu tidak pernah meninggalkan dia keseorangan kecuali ketika dia mahu solat atau mandi. Walaupun sudah beberapa kali Fathia menghalau lelaki itu pergi, Hakimi tetap berkeras. Fathia jadi malas. Biarlah dia mahu lakukan apapun. Apa yang pasti Fathia mahu permintaanya di tunaikan oleh Hakimi. Cerai!
____________________________________________

“Sayang, kita dah sampai ni.”

Sebaik saja Hakimi memberhentikan kereta BMWnya disebalah Mini Cooper milik Fathia, Fathia terus keluar dari kereta. Dia tidak mahu lama-lama bersama denagn lelaki yang sudah membunuh anaknya.

Hakimi hanya mengeluh perlahan dengan kelakuan isterinya itu. Selama seminggu isterinya di hospital, selama itu juga dia memujuk isterinya dengan kata-kata penyesalan dan ucapan maaf. Tapi, semuanya sia-sia. Fathia tidak mengendahkannya. Fathia tetap mahu bercerai.

Dahlah si Emir selalu datang. Bukannya selalu malah sepanjang Fathia disana, selama itulah dia datang. Langsing tak menghormat pada diri dia sebagai suami Fathia. Fathia pula, menunjukkan reaksi gembira apaibila bersama dengan Emir. Kalau hanya mereka berdua tinggal, hilang semua senyuman, gelak ketawa milik isterinya. Hmm, dia rindukan semua tu. Tapi, apa yang dapat dia lakukan? Fathia langsung tidak mahu bercakap dengannya. Malah, langsung tidak mahu memandang mukanya. Begitu sekali Fathia membencinya.
____________________________________________

Fathia hanya mengerling ke arah Hakimi yang berdiri dihadapan almari mereka. Memasukkan semua pakaian miliknya. Dari tadi telefon lelaki itu berdering. Tapi, Hakimi hanya membiarkan. Siapa yang menelefon dia juga tidak pasti. Dan dia tidak mahu ambil tahu. Dan dia juga tidak mahu ambil tahu perihal lelaki itu. Biarlah lelaki itu mahu lakukan apapun. Mahu main kayu tiga ke, empat ke malah sepuluh kayu pun dia juga tidak kisah. Perasaan sayang dan cintanya terhadap Hakimi sudah hilang. Seperti anaknya yang sudah pergi meninggalkannya. Sebak hati dia apabila memikirkan bayi yang tidak sempat menjergah ke dunia ini.

Dia melekatkan tangan ke perut lepernya. Dulu, setiap kali dia bangun tidur dan sebelum tidur, dia wajib akan membelai dan bercakap dengan anaknya, tapi sekarang, itu semua hanya tinggal kenangan.

“Sayang, sayang nak makan sekarang?” Tanya Hakimi.

Dari tadi dia hanya memandang isterinya termenung sambil membelai perutnya. Perasaan bersalah semakin membuak-buak dalam diri dia.

Kenangan manis itu terbang saat pertanyaan Hakimi kedengaran di telinganya.

“Aku tak nak makan. Aku nak berehat. Kau keluarlah.”
Hakimi hanya memandang Fathia. Selepas kejadian itu, Fathia asyik membahasakan ‘aku’ ‘kau. Sudah hilang ‘abang’ ‘Thia’. Fathia masih tidak dapat maafkan dirinya?

“Thia, sampai bila kita nak macam ni?”

Sepi. Fathia memaling wajahnya ke luar balkoni bilik mereka. Apa Hakimi masih tidak faham apa yang dia mahukan? Dia mahu Hakimi ceraikannya. Dia sudah tiada hati untuk bersama dengan Hakimi.

“Sayang, abang tahu abang salah. Abang mintak maaf sangat-sangat. Bukan Thia sorang yang sedih atas kehilangan anak kita. Abang pun sama Thia. Abnag juga sedih. Dari dulu abang nak anak, tapi sekarang. Ini semua takdir Thia. Kita kena terima.”

“Maaf?” Soal Fathia sambil gelak sinis. Dia terus memandang wajah Hakimi dengan perasaan marah.

“Senang kan mintak maaf. Bila buat salah je, mintak maaf. Buat salah, then mintak maaf. Seriously Hakimi, aku muak dengar ucapan maaf yang keluar daripada mulut kau tu. Kau ingat dengan ucapan tu semua, semuanya akan pulih? Anak aku akan kembali? No. Semua tu tak akan berlaku. Tak akan.” Sambung Fathia. Dia memandang Hakimi dengan pandangan yang tajam.

“Sekarang, kau buatlah apa pun yang kau nak buat, Hakimi. Kau nak kahwin dengan perempuan tu pun aku dah tak kisah. Langsung tak. Kalau kau nak kahwin empat terus pun, aku pun dah tak kisah. Sebab, perasaan sayang, cinta dah hilang. Pergi bersama dengan anak aku. Apa yang tinggal dalam diri aku untuk kau, hanya perasaan benci. Kau tahu? B.E.N.C.I!” Sembur Fathia.

“Dan aku nak kau ceraikan aku selepas aku tamat tempoh edah aku.”

Biarlah Hakimi mahu terasa. Dia sudah tidak tahan. Hatinya sakit. Sakit sekali. Selama ini dia bersabar demi anak yang berada didalam perutnya. Sekarang, anaknya sudah tiada. Buat apa lagi dia bertahan? Sudah banyak air mata dia bazirkan untuk lelaki itu. Satu pun tidak ada guna. Sia-sia.

Hati Hakimi seperti ditusuk dengan pisau yang tajam. Sungguh hati dia sakit saat Fathia mengucapkan kata benci padanya. Cerai. Dia tidak mahu menceraikan Fathia. Mengapa Fathia tidak faham persaannya kini? Dia kehilangan anak yang dia nantikan dan sekarang dia akan kehilangan isterinya pula?
____________________________________________

Sudah 1 bulan peristiwa itu terjadi, Hakimi tetap tidak mahu menceraikan Fathia. Dan dia juga tidak mahu memutuskan pertunangannya dengan Suraya. Lebih mudah, dia mahu kedua-duanya sekali. Fathia sudah memberitahu Hakimi bahawa dia tidak mahu bermadu. Begetu juga dengan Suraya. Dia mahu Hakimi menceraikan Fathia. Tapi, Hakimi tetap dengan keputusannya.
Lonceng kedengaran saat Fathia mahu melabuhkan punggungnya di sofa. Malas-malas di mengangkat punggungnya untuk mendapatkan tetamu yang datang itu.

Kakinya bergerak ke monitor kecil di tepi pintu dan menekan butang untuk melihat siapa yang datang pada pagi-pagi macam ni. Tak ada kerja lain ke? Huh!

Tup!

Mata Fathia membulat. Tangannya mengeletar. Mengapa dia datang ke sini? Apa yang dia mahukan? Kalau mahukan Hakimi, lelaki itu baru saja pergi ke kerja. Mahu berjumpa dengannya? Ohh, tolong. Dia tiada mood untuk beramah mesra saat ini. Apatah lagi dengan tetamu yang tak di undang ini.

Saat dia mahu memusingkan badannya untuk menyambung rehatnya tadi terbantut saat loceng itu sekali lagi kedengaran. Haih! Tak faham bahasa betul makhluk Allah yang satu ni. Dah tahu orang tak nak terima tetamu, balik jelah! Huh! Omel Fathia dalam hati.
Dalam terpaksa Fathia membuka pintu. Mata bertentang mata saat daun pintu itu terbuka luas.

“Hai.”

Ucap si tetamu. Tetapi, Fathia hanya menjeling. Dia tidak ada masa untuk membalas sapaan perempuan itu. Meluat dia memandang wajah pura-pura Suraya.

“Amboi! Bukan main sombong lagi kau. Hai aku langsung tak nak balas.” Selamba saja Suraya melangah masuk ke dalam tanpa undangan daripada tuan rumah.

Fathia hanya menahan marah. Dia perlu sabar. Dia tidak mahu berlaku pergaduhan di antara dia dan Suraya. Takut perempuan itu mengadu kepada Hakimi dan dia yang akan mendapat habuannya nanti. Huh!

“Eh, Hakimi mana? Aku tak nampak pun kereta dia dalam porch.” Soal Suraya dan duduk di sofa berangkai satu itu.

“Kata tunang dia. Tak akan tu pun tak tahu?” Soal Fathia dengan sinis. Dia memeluk badan dan memandang Suraya. Ada sesuatu yang dia mahu tanyakan pada perempuan itu.

“Kenapa kau pandang aku macam tu? Kau tak suka aku datang melawat kau ke?”

“Kenapa kau tipu Hakimi?”

“Aku tipu dia? Aku tipu apa?”

“Kenapa kau fitnah aku pukul kau? Aku jumpa dengan cara baik kan? Tapi, kenapa kau fitnah aku macam tu?”

“Ohh. Yaa, hari kau datang jumpa aku tu? Yang merayu-rayu aku tu?”

Geram Fathia melihat Suraya. Boleh minah ni buat endah tak endah. Sebab perempuan nilah anak dia pergi.

“Su, kenapa kau buat aku macam ni? Apa salah aku? Kenapa kau fitnah aku sampai macam tu sekali?”

“Haha. Apa salah kau? Seriously, soalan kau ni boleh buat aku ketawa sampai pecah perut aku.” Kata Suraya dengan sinis. Sekarang Fathia dah tahu. Buat apa dia penat-penat berlakon kan?

“Eh, salah kau sebab kau rampas Hakimi daripada aku. Sampai aku hilang semangat untuk hidup. Sekarang, Hakimi dah kembali kepada aku, tak akan senang-senang je aku nak lepaskan Hakimi. No. No. No. Jangan harap aku akan mengalah. Faham?!” Suraya bangun dari sofa dan berjalan mengelilingi Fathia.

“Su, kau sedar tak apa yang kau dah buat? Kau dendam dengan aku kan? Dan sebab dendam kau anak aku mati. Kau tahu? Anak yang selama ni aku dan Hakimi nantikan dah mati. Sebab dendam kau!” Tengking Fathia. Dia sudah tidak kisah kalau dia kehilangan kawan baik. Suraya tidak layak dijadikan sebagai kawan baik kalau macam nilah sikapnya.

“Wohoo! Sekarang kau dah pandai marahkan aku ae. Good. Ada peningkatan. Ni, taklah selalu kau je yang kena tindas. Congratulations.” Suraya menghadiakan tepukkan kepada Fathia. Dia juga memberi senyuman sinis kepada Fathia.

“Eh, Suraya sebelum tangan aku naik ke muka kau, baik kau berambus dari rumah aku! Kau berambus! Aku benci tengok muka kau.” Halau Fathia.

“Wait, wait. Aku atau kau yang sepatutnya keluar dari rumah ni? Cermin diri sendiri dulu. Tak lama lagi aku akan berkahwin dengan Hakimi. Selepas kitorang berkahwin, aku akan pastikan Hakimi akan ceraikan kau dan kau akan hidup merempat di luar sana.” Ugut Suraya.

“Ohh yaa, sebelum tu. Aku nak kasi tahu kau something about me and your husband. Kau tahu? Kitorang sebenarnya dah terlanjur. Disebabkan kau keguguran, Hakimi jadi tertekan dan dia cari aku. Dia cakap dia dah tak tahan dengan kau. That’s why dia cari aku. Opsss!” Pantas Suraya menutup mulutnya. Pura-pura terlepas cakap. Lalu dia ketawa sinis memandang wajah terkejut Fathia.

“Dasar perempuan murahan!” Jerit Fathia.

Pang!!

Tepat tapak tangan Fathia melekat dipipi Suraya. Sudah tidak tahan mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulut perempuan itu.


“Fathia!!”

sambung


No comments: