Wednesday, January 28, 2015

Curang - Part 7


Part 7
Kata-kata doktor yang merawat Fathia tadi masih terngiang-ngiang ditelinganya. Sungguh dia sedih. Menyesal! Dia yang bersalah.

“Puan Fathia kehilangan banyak darah. Pihak kami tidak dapat menyelamatkan baby dalam kandungannya. Hentakkan yang kuat menyebabkan Puan Fathia keguguran. Encik Hakimi banyakkan bersabar, ya. Allah lebih sayangkan anak Encik Hakimi. Maafkan saya.”

Doktor itu mengusap bahu Hakimi perlahan-lahan. Dia faham perasaan Hakimi. Sudah banyak kali kejadian seperti ini berlaku. Dia pergi meninggalkan Hakimi sendirian disitu.

Ya Allah, ini semua salahku Ya Allah. Kalaulah aku tidak mengasari isteriku, pasti kami tidak kehilangan anak kami Ya Allah. Ampunilah hambaMu ini Ya Allah.

Baby, daddy mintak maaf. Daddy dah bunuh anak daddy sendiri. Daddy minta maaf sayang. Daddy mintak maaf. Rintih hati Hakimi. Sungguh dia menyesal.

Kalaulah dia tidak mengasari Fathia. Kalaulah. Dia tidak pernah membelai perut Fathia semasa isterinya mengandung. Sekarang peluang itu sudah tidak ada untuk dia. Teresak-esak dia menangis disitu. Banyak dosa yang telah dia lakukan terhadap Fathia. Dia duakan Fathia. Sekarang? Dia bunuh anak yang dia mahukan dari dulu. Dengan tangannya sendiri.

Bagaimanakah penerimaan Fathia nanti? Dapatkah Fathia memaafkan dirinya? Takut apabila memikirkan soal itu. Takut Fathia pergi meninggalkan dirinya.


Dia menapak perlahan-lahan ke dalam bilik yang menempatkan Fathia di hospital itu. Dia memandang sekujur tubuh yang berbaring membelakangkannya. Pasti Fathia sudah tahu mengenai anak mereka. Dia meraup kasar mukanya sebelum mendekati Fathia.

“Sayang,” Dia cuba menyentuh tangan Fathia tapi cepat saja tangan itu dilarikan oleh Fathia.

“Jangan. Sentuh. Aku.”

Satu persatu perkataan keluar dari mulut isterinya. Perkataan terakhir itu membuatkan diri dia seperti terhempap batu besar.

“Puas hati kau sekarang kan? Puas?!” Jerkah Fathia sambil tangannya menolak Hakimi jauh dari katil.

“Kau dah sakitkan hati aku. Kau dah hancurkan hati aku. Kau dah lukakan hati aku. Kecewakan aku, sekarang kau dah bunuh anak aku! Puas hati kau? Puas?! Kaulah manusia yang paling aku benci dalam hidup aku! Kau tau?!”

Fathia menyapu kasar air matanya. Sakit hati dia tidak dapat disembukan lagi. Mungkin kecurangan Hakimi dapat dia maafkan kalau Hakimi memujuknya dengan baik. Tapi, sekarang anaknya Hakimi bunuh. Sungguh dia tidak dapat maafkan Hakimi lagi.

“Kau tak nak dengar penjelasan aku. Kau pukul aku. Kau sanggup pukul aku sebab nak bela perempuan tu. Kau tahu kenapa aku pergi rumah tunang kau? Aku pergi dengan cara baik. Aku merayu, melutut depan Suraya. Aku pujuk dia supaya dia lepaskan kau. Sebab aku masih perlukan kau. Aku sayang cintakan kau. Aku tak pukul dia. Aku tak serang dia. Aku datang dengan cara yang baik. Aku pulang dengan cara yang baik. Tapi, kau! Kau hukum aku tanpa dengar penjelasan aku. Sekarang, kau bunuh anak aku, Hakimi. Kau bunuh anak aku!”

Terkedu dia apabila Fathia membuka mulut menceritakan sebab kedatangan Fathia ke rumah Suraya. Tapi, mengapa Suraya memberitahu dia, bahawa Fathia datang dan memukulnya? Siapa yang menipu dia, Fathia atau Suaraya? Dia bingung. Isteri atau tunang?

“Aku tahu kau tak percayakan aku. Aku tahu. Tengok wajah kau pun aku dah tahu. It’s okay. Aku tak kisah kau nak percayakan aku atau tak. Terpulang pada kau. Sebab semuanya dah terlambat. Anak aku pun dah takde. Nampaknya, aku dah tak perlukan kau lagi, Hakimi.”
Hakimi mengangkat mukanya. Memandag wajah Fathia yang langsung tidak mahu memandang ke arahnya. Dia tidak marah kalau Fathia tidak mahu memandangnya. Tapi, apa maksud Fathia dia tidak diperlukan lagi? Jangan kata Fathia mahu…

“Sayang, apa maksud sayang dah tak perlukan abang lagi?” Berdebar-debar menunggu jawapan daripada Fathia.

“Maksud aku, aku nak kau lepaskan aku. Ceraikan aku.”

“Sayang, sayang tengah binggung ni. Sayang tak sihat lagi kan. Sebab tu sayang cakap mengarut ni. Abang tahu sayang masih sedih sebab kita kehilangan baby. Dan abang tahu sayang marahkan abang. Sebab abang, kita kehilangan baby. Tapi, bukan dengan cara ni sayang nak hukum abang. Okay, abang janji abang akan tinggalkan Suraya. Abang tak akan lukakan hati sayang lagi. Abang janji, sayang.”

Rayu Hakimi. Dia tahu dia yang salah. Sekarang dia menyesal. Dia sangat menyesal apa yang telah dia lakukan terhadap Fathia. Tapi, untuk ceraikan Fathia, dia tidak akan lakukan itu.

“No! Aku tetap dengan keputusan aku. Aku nak kau ceraikan aku. Sekarang. Dan kau tak payah nak peningkan kepala kau lagi untuk pilih siapa. Jawapannya dah ada. Aku nak kau lepaskan aku. Aku dah tak sanggup nak hidup dengan kau lagi. Aku benci dengan kau. Dulu, kenapa kau tak tinggalkan Suraya masa aku mintak kau tinggalkan dia? Kenapa sekarang? Setelah anak aku pergi tinggalkan aku?”
Fathia membalingkan semua barang yang ada berdekatan dengannya ke arah Hakimi. Biar, dia sudah tidak kisah lelaki itu luka atau apa. Apa yang tahu hati dia puas.

Hakimi hanya membiarkan saja Fathia membaling barang-barang ke arahnya. Biarlah asalkan hati Fathia puas.

“Thia!”

Satu suara datang dan menghentikan tangan Fathia daripada membaling barang ke arah Hakimi. Hakimi hanya memandang lelaki dihadapannya kini. Apa yang Emir buat di sini? Siapa yang kasi tahu Emir?

“Emir.” Panggil Fathia dengan suara yang sebak.

“Emir tolong Thia. Tolong Thia.” Rayu Thia.

“Ya, Thia nak Emir tolong apa? Kasi tahu Emir. Nanti Emir tolong Thia.” Sedih dia memandang Fathia dalam keadaan sebegitu. Masalah dengan Hakimi masih belum selesai. Sekarang, berlaku keguguran. Pasri Fathia sangat tertekan saat ini.

Benci Hakimi tengok Emir datang mendekati isterinya. Dayuskah dia hanya memandang lelaki lain mendekati isterinya?

“Suruh Hakimi ceraikan Fathia. Sekarang!”

“Thia!”


Hakimi dan Emir terkejut mendengar permintaan Fathia. Emir memandang ke arah Hakimi. Dia tidak tahu mahu menunaikan permintaan perempuan yang dia cintai atau tidak. Ia juga melibatkan kawan baiknya. Apa yang harus dia lakukan?

sambung


No comments: