Wednesday, January 28, 2015

Curang - Part 9


Part 9
Fathia dan Suraya memandang Hakimi yang berdiri di muka pintu rumah mereka.

“Bieee. Isteri you tiba-tiba je tampar muka I.”

Meleret suara Suraya yang meminta simpati daripada Hakimi. Fathia pula meluat melihat lakonan perempuan itu.

“Apa yang kau dah buat ni, hah? Kenapa kau tampar dia?” Soal Hakimi dengan nada kasar. Dia mengusap lembut pipi Suraya.
Terkejut Fathia dengan perubahan mendadak daripada Hakimi itu. Sebelum ini, bukan main lagi memujuknya sekarang? Disebabkan perempuan ini, Hakimi sanggup memarahinya lagi?

“Kalau perempuan murahan ni tak kurang ajar dengan saya, saya tak akan tampar dia.” Sembur Fathia.

Dia sudah tidak kisah kalau Hakimi mahu memarahinya. Hatinya saat ini, sudah tawar untuk berbaik dengan Hakimi. Baru saja dia mahu menerima Hakimi kembali saat melihat Hakimi memujuknya, tapi apabila muncul perempuan ini, Hakimi berubah.

“Kau panggil dia apa?” Soal Hakimi tidak berpuas hati.

“Perempuan murahan!”

Pang!!

Suraya tersenyum kemanangan. Hakimi memihak kepadanya. Fathia terkedu? Hakimi menamparnya? Lelaki ini betul-betul sudah melampau.

“Jangan sesekali kau panggil Suraya macam tu. Kalau tidak,”

“Kalau tidak apa? Kau nak bunuh aku?” Bidas Fathia. Dia tidak sangka Hakimi akan menamparnya sekali lagi. Nasib baik dia tidak menerima Hakimi lagi. Sekarang dia nekad. Apa pun yang terjadi dia sudah tidak kisah. Dia mahu Hakimi ceraikan dia sekarang juga. Di depan Suraya.

“Aku dah tak tahan dengan kau Hakimi. Sekarang, bersaksikan Suraya, aku nak kau ceraikan aku. Bukan dengan talak satu. Tapi tiga.” Pinta Fathia dengan tenang. Dia tidak mahu balik pada Hakimi lagi. Cukuplah sekali dia dipermainkan. Beberapa kali dilukakan oleh lelaki ini. Dia sudah tidak mampu untuk bertahan.

Hakimi dan Suraya memandang Fathia. Mata Hakimi membulat. Mukan kemerahan menahan marah. Suraya pula hanya mendiamkan diri. Dia lagi seronok menyaksikan drama dihadapannya kini.

“Okey, fine. Itu kau nak kan? Okey, kau dengar sini baik-baik. Bersaksikan Suraya, aku ceraikan kau Nur Fathia dengan talak tiga. Puas hati kau?!” Kini, lafaz talak telah dijatuhkan. Hakimi dan Fathia bukan lagi suami isteri. Fathia tersenyum hambar walaupun air matanya mengalir.

“Terima kasih Haris Hakimi kerana telah menceraikan saya. Saya baru terfikir yang saya nak terima awak kembali. Tapi, bila tengok perubahan awak yang mendadak tadi, saya batalkan niat saya. Nampaknya, awak lebih percayakan Suraya daripada isteri awak. Dan awak lebih sayangkan dia daripada saya. Dah tak ada gunanya lagi saya di sisi awak, kan? Dan awak jangan bimbang. Sebelum awak pulang dari kerja, saya akan keluar dari rumah ni. Selepas itu, saya tak akan muncul lagi dalam hidup awak. Halalkan makan minum saya selama ni. Halalkan semua pemberian awak selama ini. Ampunkan segala dosa-dosa saya terhadap awak.”

Hakimi terkedu. Apa yang telah dia lakukan? Ya Allah! Sekali lagi dia telah menyakiti hati isterinya.

Suraya tersenyum kemenangan. Akhirnya, Hakimi akan menjadi miliknya seorang.

Fathia membawa dirinya ke tingkat atas. Dia mahu mengemas pakaiannya. Dia mahu keluar dari sini. Dia mahu hilang dari pandangan Hakimi. Biarlah Hakimi dengan kehidupannya. Selangkah dia keluar dari sini, terhapuslah semua kenangan-kenangannya bersama Hakimi. Dia nekad.

***********************************

Fathia mengusung languagenya turun kebawah. Tiada satu pun barang miliknya yang dia tinggalkan. Semuanya dia bawa pergi. Dia tidak mahu barang-barangnya pula menyemak di mata Hakimi. Saat kakinya menjejaki lantai, dia terpandang susuk tubuh yang mundar mandir di ruang tamu. Hakimi. Mengapa lelaki itu masih di sini? Bukan ke dia sudah ke tempat kerja? Arghhh! Mengapa dia sibuk memikirkan hal lelaki itu. Langsung tidak penting. Laju tangannya menarik languagenya untuk dibawa ke kereta.

Belum sempat dia mencapai kunci keretanya, suara garau itu memanggilnya.

“Thia.”

Fathia hanya membuka badannya. Tiada hati untuk memandang lelaki itu.

“Sayang, sayang nak pergi ke mana ni?” soal Hakimi lalu menarik tangan Fathia. Terkedu dia saat Fathia menepis kasar tangannya.

“Kita bukan muhrim lagi awak nak sentuh saya, Encik Hakimi.”

Terpampan Hakimi. Dia mengutuk dirinya. Mengapa begitu senang di melafazkan talak ke atas isterinya? Bodoh! Disebabkan perempuan lain dia sanggup melepaskan isteri sebaik Fathia.

“Sayang, abang mintak maaf. Abang tak sangka abang akan ucapkan semua tu. Kita rujuk semula, ya?” Rayu Hakimi.

“Rujuk? Awak tak belajar agama ke, Hakimi? Atau awak dah lupa berapa talak awak jatuhkan?” Soal Fathia tanpa memandang wajah Hakimi.

“Tiga, Hakimi. Tiga. Itu bermakna, kita dah tak boleh rujuk kecuali saya berkahwin lain dan saya bercerai dengan dia baru kita dapat rujuk. Itu pun kalau saya nak rujuk dengan awak.” Sambung Fathia dan memandang Hakimi sinis.

Hakimi terdiam. dia meraup wajahnya kasar. Mengapa dia begitu bodoh? Dan mengapa dia membuat perkara cerai itu seperti mainan? Arghh!

“Kalau macam tu, kita cari cina buta. Kita upah dia berkahwin dengan Thia. After a few months, kita mintak dia ceraikan Thia. Then, kita kahwin.” Cadangan Hakimi membuatkan Fathia bertambah marah. Lelaki ini dah lupa pada hukum hakam ke?

“Awak dah gila ke Hakimi? Berdosa tahu tak gunakan cina buta. Satu lagi, awak ingat saya ni mainan ke? Senang-senang nak campak sana sini?” Degus Fathia.

“Dahlah. Saya dah tak ada masa nak dengar semua rayuan awak lagi Hakimi dan cadangan bodoh awak tu. Saya pergi dulu. Saya harap awak dan tunang kesayangan awak tu akan hidup bahagia selepas ini. Saya akan tunggu surat mahkamah daripada awak. Asslamualaikum, Harris Hakimi.” Fathia melangkah pergi.
Ini adalah kali terakhir dia disini. Dia akan pastikan dia tidak akan menjejakkan kakinya kesini sebagai isteri Hakimi lagi.

*************************************

1 tahun kemudian…

“Ouchh!”

Terduduk Fathia saat tubuhnya dilanggar oleh seseorang. Makkk aihhh! Apa kebenda yang langgar dia ni? Gajah ke orang? Apasal kuat sangat ni? Sakit gila!

“Sorry, sorry. I tak sengaja tadi.” Ucap jejaka yang melanggarnya tadi.

“It’s okay. Sikit je ni.” Sikit kebendanya. Macam nak patah tulang dia ni haa. Dia mendongak apabila menyedari lelaki itu memandangnya. Saat matanya bertentangan dengan lelaki itu, bulat matanya.

“Emir.”

“Thia.”

********************************

“So, dah lama tak jumpa, right? Almost two years?” Soal Emir.
Selepas bertentangan mata tadi, mereka bercadang untuk berbual-bual di sebuah café berhampiran. Banyak cerita yang mahu dkongsikan bersama.

“Yaa, right. So, how are you? Dah kahwin?”

Emir mempamerkan senyuman hambar. Kahwin?

“No. Jodoh Emir tak sampai lagi.” Jawab Emir.

“Ye ke? Ke Emir memilih ni?” Sakat Fathia.

“Haha, ada-ada jelah Thia ni Of course lah. Nak cari isteri kita kena memilih. Bukannya macam beli baju di pasar malam.” Balas Emir pula. Bukannya dia memilih tapi, dia menunggu seseorang.

“Yelah tu.”

“So, Thia. How about you? Dengar cerita Thia dan Kimi dah berpisah. Betul ke?”

Dia dah tahu sebenarnya. Hakimi yang datang dan memujuknya supaya dia pujuk Fathia untuk kembali kepada Hakimi. Tetapi, dia hanya pekakkan telinga. Dia malas mahu melayan Hakimi. Nasiblah siapa suruh cari masalah? Dah terlepas baru sibuk mengejar?

“Yaaa, kitorang dah berpisah. Mungkin tak ada jodoh.” Fathia tersenyum nipis. Tenang saja dia memberikan jawapan kepada Emir.

“Emir dengar, Kimi dan Suraya dah berpisah. Thia tahu?” Perlahan Emir bertanya. Takut juga kalau-kalau Fathia membaling gelas ke arahnya.

“Ohh, really? Hmm. By the way, Emir buat apa kat sini? Baru mendarat or mahu terbang?” Saja dia mengubah topic. Dia tidak mahu berbual soal Hakimi lagi. Lelaki itu sudah tiada hubungan apa-apa lagi dengannya.

“Hah? Emir baru mendarat. Emir baru balik dari outstations. Thia plak?” Dia faham. Fathia tidak mahu berbual mengenai Hakimi. Dia ikut saja rentak Fathia.

“Ohh. Thia baru balik dari bercuti. Saja tenangkan fikiran.”

Mereka berbual dan terus berbual. Tanpa mengaitkan kisah yang lalu, itu sudah membuatkan mereka selesa. Fathia tergelak saat Emir mengeluarkan kisah-kisah lucu. Perasaan yang dulu, kini terbit kembali. Oh Tuhan. Apakah?

Bersambung


No comments: