Part 10
ku terima nikah Nur Fathia binti Ahmad Farid dengan mas kahwin
sebanyak RM100 tunai.”
“Sah?”
“Sah.”
“Sah.”
Sekali lafaz, berwalikan hakim, kini Fathia telah menjadi hak
milik Emir.
Fathia langsung tidak menyangka bahawa cinta pertamanya dulu kini
telah menjadi suaminya. Dan dengan izinNya akan menjadi cinta terakhirnya.
Amin.
Emir pula, perempuan yang dia cintai dulu dan pernah menjadi
isteri kepada kawan baiknya dulu telah menjadi isterinya kini. Syukur
Alhamdulillah. Sungguh dia tidak sangka doanya suatu ketika dulu telah
dimakbulkan. Sangkanya perkahwinan Fathia dan Hakimi akan berterusan hingga ke
Jannah. Namun, masa depan tiada siapa yang tahu. Tapi dia berdoa agar Allah
kekalkan perkahwinannya dan Fathia hingga ke Jannah. Amin!
*************************************
Saat Fathia dan Emir sibuk melayan tetamu yang hadir mereka
dikejutkan dengan kedatangan seseorang. Fathia hanya berlagak biasa. Dia tidak
mahu menunjukkan rasa terkejutnya itu.
“Tahniah.” Ucap Hakimi dengan senyuman pahit. Tangan dihulurkan
kepada Emir.
“Thanks.” Balas Emir dan huluran Hakimi dibalas dengan ikhlas.
“Thia, abang doakan Thia dan Emir bahagia. Dan abang mintak maaf
atas silap yang abang dah lakukan dulu. Sekarang, baru abang sedar mana satu
permata. Mana satu kaca. Abnag tak sangka Suraya sanggup fitnah Thia.”
Sungguh dia menyesal. Saat dia terdengar perbualan Suraya dengan
seseorang mengenai Fathia tidak pernah memukulnya, jantungnya bagaikan mahu gugur
saat itu. Tapi, semuanya sudah terlambat. Sudah terlambat untuk berbalik kepada
Fathia. Wanita itu sekarang kelihatan bahagia di samping Emir.
“Sudahlah, Hakimi. Perkara dah lepas. Saya dah lama maafkan awak.
Sekarang kita buka buku baru. Saya doakan semoga awak dapat perempuan yang
lebih baik untuk awak.” Ikhlas sekali Hakimi dengar ucapan yang keluar dari
mulut Fathia. Dia tersenyum hambar.
“Emir, kau jaga Thia baik-baik. Jangna lukakan hati dia macam aku
lakukan. Jangan buat kesilapan yang pernah aku lakukan. Aku pergi dulu. Thia,
abang pergi dulu. Asslamualaikum.” Hakimi melangkah pergi. Tidak sanggup dia
menyaksikan kebahagiaan wanita yang di cintai. Namun, apa yang dia dapat
lakukan? Terpaksa di menerima itu semua. Salah dia.
Sesaat kemudian dia berpaling dan memandang pasangan pengantin itu
dan berlalu pergi. Air mata jantannya mengalir di pipi.
**********************************
Fathia memadang pemandangan malam dari balkoni bilik pengantinnya.
Cantik. Tenang. Dia menghirup udara malam yang segar sambil memejamkan mata.
Beberapa saat kemudian, terasa pinggangnya dipeluk dari arah
belakang. Tersentak dibuatnya. Tapi hanya seketika kerana dia yakin yang
memeluknya itu adalah suaminya, Emir. Dia memalingkan sedikit wajahnya dan
menghadiahkan senyuman buat Emir.
“Sayang, buat apa kat luar ni? Tak sejuk ke?” Soal Emir sambil
mengeratkan lagi perlukkan di pinggang isterinya.
“Thia saja hirup udara segar. Nyaman je.” Jawab Fathia. Sekali
lagi dia mengirup udara segar sambil memejamkan matanya. Dek rasa terkejut
dengan tindakan Emir yang mencium lehernya membuatkan tindakannya itu terhenti.
“Abang!” Jerit Fathia.
Emir hanya tergelak melihat reaksi Fathia. Sebenarnya dia saja
mahu mengusik isterinya itu. Terasa bahagia hidupnya kini. Dilengkapi dengan
seorang isteri yang sudah lama dia cintai. Membuatkan hidupnya bertambah
bermakna. Emir tersenyum bahagia.
“Sayang happy?” Soal Emir. Dia perlu mengetahui isi hati
isterinya. Mana tahu Fathia tidak bahagia berkahwin dengannya.
Dia melamar Fathia pun secara mendadak. Selepas beberapa hari
perjumpaannya dengan Fathia di KLIA, terus dia melamar Fathia untuk jadikan
isterinya. Dia takut Fathia akan terlepas sekali lagi. Dia sudah tidak sanggup
untuk menanggung sakit rindu dia terhadap Fathia. Dan selepas 2 hari, Fathia
memberi kata putus dan jawapannya ialah macam sekaranglah.
“Thia happy sangat abang. Kenapa tanya macam tu? Abang tak happy
kahwin dengan Thia?” Soal Fathia kembali.
“Aikk. Abang tanya dia, dia tanya abang balik? Of course lah abang
happy, sayang. Kenapa tanya macam tu?” Tergelak Emir apabila dia mendengar
soalan yang dia tanyakan pada Fathia.
“Ishh, abnag ni. Kopi pasta soalan Thia.” Cebir Fathia. Geram
dengan sikap Emir. Dari mereka bercinta, Emir selalu suka menyakat dia. Tidak
dapat hidup agaknya kalau sehari tak menyakat dia.
“Haha. Abang gurau jelah sayang. Okey, sekarang jawab soalan
abang. Kenapa tanya abang macam tu?” Soal Emir sekali lagi.
“Yelah. Takut abang tak happy je kahwin dengan janda. Abangkan
still teruna lagi. Bukan macam Thia ni. Bekas orang.” Perlahan saja dia menutur
kata. Takut Emir memarahinya.
“Sayang. Hey. Look at me.” Emir memalingkan badan Fathia dan
memegang kedua-dua pipi Fathia. Dia mengucup dahi itu.
“Sayang. Abang tak suka tahu tak sayang cakap macam tu. Dah takdir
sayang jadi milik orang lain dulu sebelum abang. Asalkan sekarang sayang hanya
milik abang. Bukan orang lain. Abang tak nak dengar lagi dah sayang cakap macam
tu. Faham?” Tegas Emir. Fathia hanya menganggukkan kepalanya dan menyandarkan
kepalan didada bidang Emir.
“By the way, sayang. Sayang tahu ke, abang still teruna?
Entah-entah…” Sakat Emir lagi.
“Abang!! Main-mainlah dia ni.” Geram Fathia dibuatnya. Apasal
suami dia ni suka sangat menyakat dia? Haih!
“Okey. Okey.” Emir mengangkat kedua-dua tangannya tanda menyerah.
Sekali lagi tangannya memeluk pinggang isterinya dari arah belakang.
“Sayang, bilik yang cantik dan wangi. Isteri yang seksi dan cantik
ni. Tak akan pandang je kot. Lagipun, malam ni kan malam Jumaat. Malam sunat
kan?” Bisik Emir di telinga Fathia lalu mencempung isterinya kedalam bilik.
Terjerit Fathia dengan tindakan spontan Hakimi.
Sempat mereka berdua berdoa semoga perkahwinan mereka diredhai
oleh Allah dan semoga perkahwinan mereka berkekalan hingga ke Jannah. Tidak
ketinggalan juga semoga anak yang bakal dilahirkan nanti akan menjadi anak yang
soleh dan solehah.
***************************************
Sebaik saja tiba di rumahnya, Hakimi menuju ke bilik tidurnya.
Bilik dimana tempat dia dan Fathia beradu. Tapi, sekarang? Hanya dia
keseorangan. Sedangkan Fathia sudah berteman.
Laju kakinya melangakah ke laci dimana terletaknya gambar Fathia
dan dia bersama semasa berbulan madu di Paris beberapa tahun yang lalu.
Terduduk dia di lantai. Dia mengapai gitar ditepi katil. Gitar yang dihadiakan
oleh Fathia semasa ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama. Perlahan-lahan
jari jemarinya memetik gitar.
Dirimu selalu
Ada di setiap jalanku
Senyumu, tawamu dan candamu
Ada di setiap jalanku
Senyumu, tawamu dan candamu
Buatku slalu mencinta
Buatku dirimu yang terbaik
Sikapmu, langkahmu sperti bintang
Yang terangi dalam sepi
Sikapmu, langkahmu sperti bintang
Yang terangi dalam sepi
Kadang cinta datang
Kadang cinta pergi
Kadang cinta tak harus memiliki
Kadang cinta pergi
Kadang cinta tak harus memiliki
Tak selamanya bahagia
Tak selamanya ceria
Kerna hidup kita
Kan terus berjalan
Tak selamanya ceria
Kerna hidup kita
Kan terus berjalan
Teresak-esak Hakimi menangis saat menyanyikan lagu Cinta Tak Harus
Memiliki. Dia reda sekiranya Fathia bukan miliknya lagi. Dia terpaksa menerima
itu semua. Dia teringat saat Fathia mendoakan semoga dia mendapat perempuan
yang lebih baik. Fathia masih mahu mendoakan dirinya setelah dia melukakan hati
bekas isterinya itu. Betapa mulianya hati wanita itu. Hanya dia yang buta tidak
tahu menghargainya. Hanya dia yang bodoh percayakan orang lain daripada isterinya
sendiri. Sekarang siapa yang menyesal?
“Perempuan yang baik untuk abang dah tak ada, sayang. Dia dah
pergi tinggalkan abang. Malah, dia dah kahwin. Dia dah bahagia dengan suaminya.
Abang doakan sayang semoga bahagia disamping Emir. Abang akan selalu cintakan
Thia.”
Dia mengucup gambar Fathia ditangannya. Sungguh dia rindukan bekas
isterinya. Namun dia sudah tidak dapat membelai wanita itu lagi. Dia hanya
dapat memandang dari jauh saja.
Masih terbayang dimatanya Fathia dan Emir berpakaian pengantin dan
tersenyum bahagia. Hancur berkecai hatinya. Wanita yang pernah menjadi miliknya
dulu sekarang telah menjadi milik kawan baiknya.
Kerana tidak sanggup menyaksikan semua itu cepat-cepat dia meminta
diri. Biarlah. Dia perlu memberi peluang untuk Fathia bahagia. Dia perlu
lepaskan Fathia pergi.
Setitik. Dua titik. Air mata jantannya kembali jatuh. Ya Allah,
aku sangat lemah. Aku tidak kuat, Ya Allah. Bantu aku Ya Allah. Bantu hambaMu
ini Ya Allah. Teresak-esak dia menangis. Sungguh dia tidak kuat. Namun sempat
dia berdoa dalam hati.
‘Abang doakan Thia bahagia dengan Emir. Abang akan selalu doakan
Thia. Abang cintakan Thia, sayang.’
TAMAT!
No comments:
Post a Comment