Part III
Hakimi menyediakan sarapan buat mereka suami isteri.
Memandangkan Fathia masih marahkan dirinya, Hakimi bercadang untuk memujuk hati
Fathia dengan memasak makanan kesukaan Fathia, Nasi Goreng Kampung buatan
Hakimi.
Selepas dia siap menyediakan sarapan, dia memanjat anak
tangga untuk mengajak Fathia makan. Sepatutnya awal-awal lagi Fathia turun.
Kerana kebiasaannya Fathia yang akan menyediakan sarapan sebelum Hakimi
bertolak ke tempat kerja.
Semasa Hakimi memanjat satu persatu anak tangga, hatinya
mula berasa sesuatu. Berdebar-debar. Setibanya dia dhadapan pintu bilik utama
mereka, Hakimi mengetuk daun pintu tersebut.
“Sayang, jom sarapan dengan abang. Abang ada buatkan
makanan kesukaan sayang. Nasi Goreng Kampung.”
Sunyi. Hati Hakimi mula berasa tidak sedap. Sekali lagi dia
mengetuk pintu dan memanggil nama Fathia.
“Sayang. Fathia. Sayang dah bangun ke belum ni?”
Sepi.
“Sayang, abang tahu sayang still marahkan abang sebab abang
dah lukakan hati sayang. Tapi, sayang kena turun makan. Please. Kalau sayang
nak pukul abang, sayang pukul je, abang tak kisah. Nak marahkan abang, abang
pun tak kisah. Sebab memang abang yang salah. Tapi, please jangan seksa diri
sayang dengan baby kita. Please, sayang. Please jangan macam ni.” Hakimi cuba
memujuk Fathia. Tetapi, tetap sunyi sepi. Tiada balasan daripada Fathia.
Sudah beberapa kali Hakimi mengetuk pintu bilik tersebut,
tetap tiada balasan daripada isterinya. Akhirnya, Hakimi mengeluh sendiri.
“Kalau sayang tak nak sarapan sekarang, nanti sayang makan,
okey? Abang pergi dulu. Kalau ada apa-apa, sayang call abang cepat-cepat.
Keluar makan, ye sayang. Abang sayangkan sayang.” Hakimi merenug daun pintu
tersebut. Dan beredar dari situ. Biarlah, isterinya memerlukan masa untuk tenangkan
fikiran.
____________________________________________
Fathia memandang ke luar beranda bilik tidur mereka.
Apabila dia pasti Hakimi telah pergi kerja, dia keluar dari bilik tersebut dan
menurun anak tangga dengan perlahan-lahan. Dia tidak boleh terlalu aktif. Dia
sekarang berdua, bukan seorang.
Fathia berjalan k arah meja makan. Terpandang tudung saji
yang berada di atas meja lalu dia membuka tudung saji tersebut. Hmm, Nasi
Goreng Kampung kesukaan dia. Terdapat stick note di tepi pinggang itu.
Fathia
sayang,
Sayang
jangan lupa makan tau. Abang dah buat makanan
kesukaan
sayang. Like usually, abang letak ayam banyak-
banyak
buat isteri abang yang comel ni. By the way, jangan
buat
kerja rumah. Sayang berehat je. Jangan aktif sangat.
Balik
nanti biar abang yang kemaskan. And I love you!
XOXO,
Your
handsome husband
Fathia menarik kerusi lalu dia duduk dan dia menikmati
sarapan yang telah disediakan oleh suaminya itu.
‘Hmm, awak fikir dengan cara awak sediakan sarapan buat
saya dan tulis macam ni, luka yang awak hadiahkan tu akan sembuh? Not, Hakimi.
Awak silap. Hati saya tak akan sembuh. Tak akan.’
Setitik demi setitik air matanya jatuh membasahi pipi
gebunya itu. Terlalu sakit apa yang telah Hakimi lakukan kepadanya. Mungkin
dengan orang lain dia tak akan sesakit ini. Tapi, Hakimi curang. Dengan kawan
baik dia sendiri. Hati isteri mana yang tidak akan sakit. Terluka. Kecewa.
Dia menolak pinggang yang masih berbaki nasi goreng itu.
Seleranya terbantut apabila dia memikirkan soal itu. Perlahan-lahan tangannya
mendarat ke atas perutnya yang masih tidak nampak bentuknya.
‘Adakah sebab baby ni Hakimi mula mengambil berat tentang
dirinya? Setelah sebulan Hakimi mengabaikannya’
“Baby, walauapapun yang terjadi, mummy tetap sayangkan baby.
Walaupun daddy dah tinggalkan kita. Baby janji ya, baby akan terus bertahan.”
_________________________________________
Satu kerja pun dia tak dapat lakukan. Dia masih memikirkan
Fathia di rumah. Dapatkah isterinya memaafkan diri dia setelah apa yang
terjadi? Setelah apa yang dia lakukan terhadap Fathia?
Dia telah menduakan Fathia. Malah dia sudah bertunang
dengan gadis itu. Bukan orang lain. Kawan baik isterinya sendiri. Tapi, dia dah
terlanjur cintakan Suraya sekarang. Mungkin cintanya melebihi cinta dia
terhadap Fathia. Dia mengeluh perlahan. Dia meraup mukanya dengan kasar. Apa
yang harus dia lakukan? Berpisah
dengan Suraya? Atau ceraikan Fathia? Dalam keadaan Fathia
macam tu?
Arghh! Dia bingung memikirkan semua tu. Sebelah sini isteri
dia yang tengah mengandungkan zuriatnya yang dia inginkan dari dulu lagi.
Sebelah sana pulak, tunangnya yang sangat dia cintai.
Terkejut Hakimi apabila seseorang membuka pintu pejabatnya.
“Weh, kau tak reti nak ketuk pintu dulu ke? Kau ingat kau
tu pengacara Melodi nak main terjah-terjah macam tu?” Sembur Hakimi apabila
kawan baiknya, Emir berada di hadapannya.
“Tangan aku ni dah nak patah sebab ketuk pintu.
Berkali-kali aku ketuk tapi kau tak jawab. So, aku terjah jelah.” Balas Emir.
Dia yang salah nak marahkan aku pulak. Hish!
Hakimi hanya diamkan diri dia tanpa membalas kata-kata
Emir. Emir sedar Hakimi seperti tengah mengalami masalah apabila
memandang wajah Hakimi.
“Kau kenapa? Kau ada problem ke? Tak nak share dengan aku?”
Tanya Emir.
“Huh, susah aku nak cakap. Sebab ni salah aku. Aku tak tahu
nak buat apa lagi dah.” Jawab Emir.
“Apa masalah kau? Cerita jelah. Sebelum ni besar mana pun
masalah kau, kau selalu share dengan aku. Why not sekarang?” Pelik Emir. Apa
sebenarnya masalah si Hakimi ni?
“Aku, aku… dah duakan Fathia.” Perlahan-lahan Hakimi
beritahu Emir. Dia takut Emir marahkan dia. Emir adalah bekas kekasih Fathia,
isteri dia.
Sebelum munculnya dia dalam hidup Fathia, Emir adalah
kekasih Fathia. Mereka bercinta sejak sekolah menengah lagi dan berpisah
disebabkan Emir terpaksa melanjutkan pelajarannya di overseas. Dan dia muncul
apabila mereka ingin menghantar Emir terbang ke US. Di situlah semuanya
bermula. Dan Emir pernah berpesan semasa dia dan Fathia bersanding.
“Kau jaga Fathia baik-baik dan jangan pernah sakitkan hati
dia macam yang aku buat dulu. AKu menyesal sebab tinggalkan dia dulu. Dan kalau
kau sakitkan hati dia, aku bersumpah yang aku akan rampas dia semula daripada
kau walaupun dia isteri kepada kawan baik aku sendiri.”
Memang dia terkejut dengan kata-kata yang keluar daripada
mulut Emir. Dia tahu Emir masih cintakan Fathia. Dan mungkin sampai sekarang
cinta itu masih wujud dalam diri Emir untuk Fathia.
Bukk!
Satu tumbukan melayang di muka Hakimi. Habis terbang semua
kata-kata Emir dulu. Kini, hanya wajah Emir yang macam mahu menerkamnya.
“Kau apa?!” Tanya Emir dengan wajah yang menyinga. Sumpah
dia terkejut. Kenapa Hakimi sanggup duakan Fathia? Apa Fathia tidak cukup?
“Kau jawab Hakimi. Kenapa kau sanggup duakan Fathia? Fathia
tak sempurna sebagai seorang isteri? Apa kau dah lupa pesanan aku dulu?” Satu
lagi tumbukkan melayang di muka Hakimi.
Perit. Itu yang dia rasakan sekarang. Mana janji Hakimi
dulu? Janji bahawa dia tidak akan pernah lukakan hati Fathia.
“Aku tahu ni semua salah aku. Tapi, aku nak anak. Anak dari
benih aku sendiri. Fathia, dia…” Belum sempat Hakimi menghabiskan ayatnya, satu
lagi tumbukkan melayang.
“So, sebab Fathia tak mengandung lagi, kau curang? Aku tak
sangka kau lelaki yang tak cukup dengan satu. Hakimi, kau dengan Fathia baru 2
tahun kahwin. Bukan 20 tahun. Tak akan kau langsung tak boleh nak bersabar?”
Sembur Emir dengan perasaan marah. Hakimi betul-betul membuatkan hati dia panas.
“Emir! Kau dengar dulu apa yang aku nak cakap.”
Emir lepaskan Hakimi. Dia memberi peluang untuk Hakimi
jelaskan semua ini.
“Fathia, she’s pregnant now.” Terkejut Emir. Apa yang mamat
ni cakap? Macam anak keling je. Tadi cakap lain. Sekarang lain.
“What do you mean?”
“I mean, Fathia dah mengandung.”
“See, Fathia dah mengandung. So, kenapa kau perlu duakan
dia?”
“It was happened before she’s pregnant, Emir.” Hakimi
mengeluh perlahan.
“So, after she’s pregnant? How? Kau still dengan perempun
tu?” Tanya Emir untuk memdapatkan kepastian. Tapi memandangkan Hakimi hanya
mendiamkan diri, Emir dapat menganggap jawapannya.
“Hakimi, make sure kau clash dengan perempuan tu, before
aku rampas balik Fathia daripada kau. I think, you still remember what I had
said to you, 2 years ago. Right, Kimi?” Ugut Emir.
Langkahnya mati apabila Hakimi berkata sesuatu yang
membuatkan hatinya yang panas bertambah panas.
“I can’t leave her.”
“You what?” Emir berpaling memandang wajah Hakimi.
“Aku tak boleh tinggalkan dia, sebab kitorang dah
bertunang.”
“Damn it! You’re such a jerk, Hakimi! Aku akan rampas
Fathia daripada kau. I will!” Ucap Emir dengan bersungguh-sungguh.
Hakimi terkejut dengan kata-kata yang keluar daripada mulut
Emir. See, Emir masih cintakan Fathia.
Damn!
bersambung...
No comments:
Post a Comment