Thursday, January 29, 2015

KEAJAIBAN CINTA BAB 16 - AKHIR

Bab 16

Azan Subuh berkumandang mengejutkan Qaseh dari lena yang panjang. Dia bangun lalu menenyehkan matanya. Telefon bimbit di atas meja diambil untuk melihat waktu.

“Abah, Qaseh minta maaf.”ujar Qaseh perlahan. Air matanya jatuh lagi. Saat dia membuka mata, fikirannya terus terfikirkan tentang abahnya. Rasa dosa yang teramat terhadap abahnya tidak mampu dipadam begitu sahaja walaupun Harris berulang kali menyakinkan dia bahawa Rasyid sudah memaafkan dirinya. Qaseh terus dibayangi dosa lalu yang dilakukan olehnya sehingga abahnya bertindak menghalaunya ketika dahulu. Qaseh teresak-esak.

“Kakak!”kedengaran suara Harris dari luar yang mengetuk pintunya. Qaseh mengelap air matanya. Dia bangun lalu membukakan pintu.

“Solat?” Harris bertanya.

Qaseh menunduk. Sudah lama dia meninggalkan perkara yang menjadi kewajipan sebagai seorang Islam. Sejak dia menjadi pelayan kelab malam sekalipun dahi ini tidak pernah mencecah sejadah sehinggalah hari ini. Banyaknya dosa yang telah dia lakukan. Sedangkan dulu, abah dan maknya sudah cukup memberikan mereka semua didikan agama namun itu langsung tidak pernah dipraktikan di dalam kehidupan mereka. Malah mereka menjadi seorang manusia yang banyak melakukan kemungkaran diatas muka bumi ini.

“Solat ya…”Harris yang faham tindak tanduk kakaknya mula memujuk. Dia tahu Qaseh sudah berubah
“Tapi ALLAH masih terima ke solat kakak ni, Harris?”

Harris mengukirkan senyuman nipis. Bahu Qaseh dipegang.

“Itu antara kakak dengan ALLAH. Sesungguhnya ALLAH itu Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Kakak patut bersyukur tau yang ALLAH masih lagi beri peluang untuk kakak bertaubat. Kakak percayalah cakap Harris, bila kakak solat pasti kakak akan menemui satu ketenangan yang luar biasa. Terima atau tidak itu hak ALLAH. Kita sebagai hamba kena terus berusaha untuk mendekatkan diri kita dengan DIA.”

“Tapi kakak malu dengan ALLAH. Kakak malu sangat.”

“Kakak, seluas-luas pintu adalah pintu taubat. Tiada manusia yang tak lakukan kesilapan. Semua orang ada kisah silam. Kembalilah pada ALLAH, kakak. DIA rindukan kakak sebab tu dia berikan ujian kepada kakak. Cepat bersiap yea. Harris tunggu kakak.” Harris mengukirkan senyuman lalu melangkah pergi meninggalkan Qaseh yang masih lagi diselubungi rasa berdosa dan bersalah.

Malunya dia pada ALLAH.

****************

Qaseh menyediakan sarapan pagi itu sambil ditemani oleh Harris. Harris memang seorang yang ringan tulang. Dulu ketika abah masih ada, dialah yang menyediakan segala keperluan mereka. Sebelum dia pergi kelas, Harris akan menyediakan sarapan dan pada waktu tengah hari pula sama ada dia akan masak atau membeli makanan di luar. Kepergian abahnya sangat memberi impak yang besar buat Harris. Kini tiada lagi teman dia untuk bercerita.

“Kakak….”seru Harris lembut sambil mengelap pinggan. Qaseh yang sedang menggoreng bihun menoleh memandan adik lelakinya.

“Kakak balik teruskan ni?”soal Harris. Wajah Qaseh dipandang sayu..

Qaseh mengukirkan senyuman. Dia memang berhasrat untuk terus tinggal di kampung sahaja. Dia sebagai kakak sulung harus mengambil alih tugas yang dipikul oleh abahnya dulu dalam menjaga adik-adik serta rumah peninggalan arwah.

“Ya, Harris. Memang kakak balik terus.”jawapan Qaseh membuatkan Harris tersenyum lebar. Lega mendengar kata putus daripada Qaseh itu.

“Biar Harris kerja. Kakak duduk rumah saja tau.” Harris beria-ria. Gembira.

“Eh, mana boleh macam tu. Hang tu masih belajar. Jangan nak gatal nak bekerja pulak. Itu Harris tak payah risau. Kakak akan cari kerja nanti.”Qaseh menghalang. Dia nak Harris menumpukan perhatian terhadap pelajaran. Lagipun sudah menjadi tanggungjawab dia untuk menyara kehidupan adik-adiknya.

“Tapi….”

“Tak ada tapi-tapi. Jangan degil dengan kakak.”pangkas Qaseh sebelum sempat Harris meneruskan bicaranya bagi memujuk Qaseh membenarkan dia untuk bekerja.

Harris menarik muncung. Qaseh mengerling sekilas melihat wajah Harris yang sudah masam mencuka. Tersenyum dia. Harris memang adik yang manja dan mendengar kata. Sikapnya itu membuatkan dia disayangi oleh arwah abah.Abah… rindunya kat abah. Hati Qaseh mula diundang pilu.

“Kakak, abang Ayim tu baiklah.”Harris memuji lelaki yang diperkenalkan oleh Qaseh sebagai majikannya. Semalam mereka berbual panjang. Dia sangat kagum dengan semangat yang ada pada Qayyim. Dia bangkit setelah hampir jatuh tersungkur.

“Abang Ayim?” Qaseh tergelak kecil. Pelik bebenar bunyinya tu. Rasa loya tekak apabila mendengar panggilan yang dipanggil oleh Harris.

“Awat gelak?”Harris kehairanan.

“Hang tak payah nak poyo sangat panggil dia abang Ayim. Geli tekak kakak mendengarnya.” Qaseh tergelak lagi.

“Ehem! Seronok mengutuk aku nampak.” Qayyim yang entah bila berada di situ terus menyampuk.

Harris dan Qaseh menoleh memandang Qayyim. Lelaki itu nampak begitu serius.

“Abang Ayim. Jemput makan.” Harris cuba bermesra. Dia bangun dari duduknya lalu menolak kerusi roda Qayyim menghampiri meja makan. Air kopi dituangkan buat Qayyim.

Qaseh meneruskan kerjanya. Api ditutup  lalu bihun dicedukkan ke dalam mangkuk untuk dihidangkan. Selepas semuanya selesai, Qaseh menarik kerusi untuk duduk bersebelahan dengan Harris. Harris sudah pun mencedukkan bihun goreng ke dalam pinggan Qaseh dan juga Qayyim. Tinggal untuk dijamah sahaja. Qaseh memandang Qayyim sekilas.

“Allah, aku lupa!” Qaseh menepuk dahinya.

“Lupa apa?” Harris bertanya.

Qaseh bangun dari duduknya. “ Lupa buatkan milo untuk abang Ayim hang ni. Dia tak minum kopi. Takut kulit gelap.” Qaseh menghilang ke dapur menjalankan tugasnya.

“Alhamdulillah, Harris tengok kakak dah mula boleh terima kenyataan.” Harris bersuara perubahan yang dia nampak di wajah Qaseh. Gadis itu tidak lagi terus menyalahkan diri serta membangkitkan segala apa yang telah dia lakukan dulu.

“Jangan risau. Abang akan jaga dia dengan baik.”

Harris menoleh memandang Qayyim di sebelah.

“Tapi kakak dah nak terus tinggal di kampung. Dia cakap nak cari kerja di sini.”

Qayyim tersentak. Jadi betullah tujuan sebenar minah nak balik ke kampung adalah nak melarikan diri daripada aku. Nasib baik aku sedar awal. Tapi macam mana nak paksa dia balik? Kalau aku paksa sekarang mahu mulut dia yang berpuaka tu tuduh aku tak prihatin dengan keadaan dia. Macam mana ni?

“Abang beri dia ruang untuk menikmati ketenangan. Nanti abang akan datang jemput dia balik. Abang nak Harris juga ikut sama nanti.” Qayyim mengukirkan senyuman yang penuh dengan isi yang tersirat.

‘Kau hadir selepas Sofea. Tak mudah untuk aku lepaskan kau begitu sahaja, Minah.’

*******************

“Qasha, kejap lagi I ada appointment dengan doktor. Pukul 2.00 petang. Kandungan I dah masuk 7 bulan. Tak sangka cepat sangat.” Syarina mengingatkan Aqasha lagi walaupun sudah beberapa kali diingatkan. Tangan mengurut perutnya.

“ Hmm..” hanya itu yang respon daripada Aqasha. Dia masih lagi melekat pada Note 2. Entah apa yang lelaki itu sedang lakukan.

“You ni asyik dengan telefon aje pun dari tadi. Ada masalah ke?”

Aqasha menggeleng. Tidak berminat untuk berkongsi dengan sesiapa.

“You jangan nak bohong I. I tahu you ada masalah.”Syarina tidak berputus asa.

“Tak ada kena mengenalah dengan you.”balas Aqasha.

“Tak nak kongsi dengan I ke, Qasha? Selalunya kalau you ada masalah tak pernah you berahsia apa-apa dari I. Apa yang buat you nampak macambadmood sangat ni?”

“I nak kekasih I balik.”jawab Aqasha pendek.

“Dia pergi mana? I ingat selama ni you tak ada kekasih. Tak pernah pula you ceritakan semua ni kat I.”

Aqasha mengeluh hampa. Nombor telefon Qaseh cuba dihubungi beberapa kali namun tiada dalam perkhidmatan. Dia mungkin berada di luar kawasan ataupun sudah menukar nombor baru, Aqasha tak pasti. Tapi apa yang pasti, nombor itulah yang diberikan oleh setiausaha Qayyim ketika dia datang ke syarikat Qayyim. Sahabat baiknya juga tiada di pejabat. Dikhabarkan sudah dua hari Qayyim tidak masuk kerja. Dimanakah mereka sekarang?

“I tak tahulah apa salah I sampai dia tinggalkan I. I jujur sangat sayangkan dia.”

“Tak perlulah nak kecewa macam ni sekali. Kalau dia dah tak nak buat apa diharapkan lagi. You tak perlulah terhegeh-hegeh meraih cinta macam tu sekali. I kan ada.” Syarina memberi pendapatnya. Sungguh, lelaki di hadapannya ini berkedudukan. Ramai lagi perempuan lain yang berebut-rebut nak jadi teman buat Aqasha. Termasuklah dirinya.

“You tak faham.”bentak Aqasha. Dia langsung tidak setuju dengan cara Syarina.

“Siapa dia?” soal Syarina.

“Qaseh Zulaikha. Kenapa?” Aqasha menjongketkan kening kirinya.

“Kerja apa?”

Aqasha diam. Tak perlu Syarina tahu pekerjaan Qaseh. Dia tidak mahu kekasihnya itu dipandang rendah.

“Dah! Jom gerak. Nanti jalan sesak, lambat pulak sampai hospital.” Aqasha mengalih topic. Nanti kalau dilayan berderet pula soalan yang perlu dia jawab.
****************

Qaseh duduk sambil kakinya direndamkan ke dalam air sungai belakang rumah yang sangat sejuk. Menikmati angin petang yang sepoi-sepoi mendamaikan jiwanya. Tempat inilah tempat dia membesar dulu. Tempat dia bermain dan tempat mereka sekeluarga berkumpul. Dia sangat merindui suasana dulu yang kini hanyalah tinggal satu memori yang sukar untuk dilupakan. Bersama mak, abah serta adik-adik.

“Abah, mak…maafkan kakak kerana tak dapat menjadi anak yang baik untuk mak dan abah. Kakak gagal…” Air mata Qaseh mula terbit lagi. Setiap ketika, fikirannya asyik teringatkan arwah kedua-dua ibubapanya. Dosanya begitu banyak. Tidak mudah untuk dia lupakan begitu sahaja.

“Hidup ni tak selalunya indah. Setiap kisah kita di dunia ni pasti ada pasangannya. Tak selalunya kita akan gembira tanpa kesedihan dan tak selamanya kita sedih tanpa kegembiraan. Itu baru dinamakan kehidupan. Macam kitalah. Di mana ada minah di situ ada sengal.”satu suara mengejutkan Qaseh. Kepalanya pantas menoleh. Sedikit kagum dengan kata-kata yang dilontarkan.

“Kisah silam aku dulu buruk. Sampai aku sendiri malu dengan diri sendiri.”luah Qaseh.

“Kau bukan tak pakai baju nak malu-malu.”Qayyim berseloroh walaupun wajahnya serius. Dia tidak suka melihat Qaseh terus dilanda kesedihan seperti ini. Hati dia turut merasakan yang sama.  Aku rindu nak tengok kau senyum.

“Kau ni bukan nak membantu. Benci betullah aku dengan kau ni.” Qaseh merengus geram. Tak prihatin langsung dengan keadaan aku. Bukannya nak pujuk ke apa. Dok buat lawak bodoh pula.

“Kau sayang akukan? Aku tahu.”

Qaseh menjeling. Mulutnya muncung ke hadapan. Protes konon. Tolonglah nak sayang lelaki macam kau. KLCC runtuh terbina balik pun belum tentu aku akan sayang kau!

“Muncung ikan keli cantik lagi daripada muncung kau tu.”Qayyim mengusik lagi. Sengaja nak buat gadis itu lupakan tentang kesedihan dia untuk seketika.

“Eeee… sakit jiwa! Kau ni tak reti-reti nak balik rumah kau ke? Aku muaklah tengok muka kau.”balas Qaseh. Geram!

“Aku tak akan balik selagi kau tak ikut aku balik.”Qayyim memberi kata putus. Baru kau tahu. Kau ingat senang aku nak pergi macam tu saja? Memang taklah!

Mata Qaseh membulat mendengar perkataan yang seolah berbaur ugutan itu dari mulut Qayyim. Ini tak boleh jadi. Aku kena halau dia balik juga. Tak boleh! Tak boleh!

“Aku nak berhenti kerja. Kau pergilah balik. Tak elok kita duduk satu rumah. Kita bukan muhrim dan nanti apa pula kata orang kampung. Dahlah sejarah aku buruk. Tak akan kau nak tambahkan lagi.”

“Kisah apa aku. Suka hatilah orang kampung nak cakap apapun. Mulut orang mana boleh tutup.”balas Qayyim menambahkan rasa sakit dan sebal di hati Qaseh. Qayyim geli hati. Hilang juga rindu aku nak tengok muka kau yang tak puas hati ni.

Qaseh mengocak kakinya di dalam air kuat sehingga terpercik terkena Qayyim. Padan muka kau. Aku memang geram tahap gaban dah dengan kau. Kalau aku mati nanti memang aku jadi hantu aku cekik kau setiap malam. Biar kau tahu apa yang aku rasa sekarang ni. Masa tu baru kau tahu erti penyesalan yang sebenar.

“Ayim, cuba kau jadi manusia yang memahami perasaan orang lain. Jangan asyik fikir diri kau sahaja. Aku baru saja kehilangan abah aku. Jadi aku perlu ambil tugas untuk jaga adik-adik aku. Tak cukup kukuh ke alasan aku untuk kau faham?”suara Qaseh mendatar. Tak guna pun kalau dia terus berkeras kerana lelaki ini tidak akan pernah faham. Lelaki di sebelahnya ini adalah seorang lelaki yang hanya pentingkan diri sendiri.

“Aku tak faham dan tak nak faham. Kau tu yang kena faham aku. Jom masuk. Dah nak maghrib.”ajak Qayyim tegas. Gayanya tetap seorang bos yang memberi arahan kepada pekerja bawahannya.

“Biarlah. Kau siapa nak arah-arah aku. Suka hatilah.”Qaseh berdegil. Dia rasa macam nak menangis dan menjerit untuk melepaskan segala kekusutan yang ada tetapi cuba ditahan. Dia juga ada egonya. Tidak akan sesekali menangis depan lelaki ini.

“Sebelah kau ada siapa tu?”Qayyim bertanya.

Qaseh berkerut dahinya. Dia memerhati sebelah kanannya. Tak ada sesiapa. Apa pula lelaki ini mengarut?

“Ada apa?”

“Adalah. Perempuan rambut panjang. Tapi aku tak nampak muka.”

Qaseh mula berasa seram. Bulu romanya mula berdiri tegak. Dia pantas bangun lalu menyarung selipar jepunnya melangkah laju masuk ke dalam rumah.

Qayyim tergelak. Penakut juga kau, minah. Ada bahanlah kalau lepas ni kau degil!
*****************

Tuk!Tuk!Tuk!

Pintu diketuk dari luar. Qaseh yang baru sahaja habis solat bergegas menuju ke pintu untuk melihat siapa yang datang malam-malam begini. Sebaik sahaja pintu dibuka, terjengul wajah orang kampung yang nampak begitu suram.

“Assalamualaikum..”ucap Fuad, tok imam kampung.

“Waalaikumussalam. Ada apa imam?” Qaseh bertanya lembut.

“Ada apa hang cakap? Tak cukup hang jual tubuh hang kat bandar, kat sini pun hang nak buat jugak?”hambur seorang lelaki yang berusia dalam lingkungan 50-an.

Qaseh terpempan. Apa maksudnya ini? Kenapa aku dituduh sebegini? Aku dah tak buat benda tu semua.

“Yus, sabar. Kita tak boleh terus tuduh.” Fuad cuba menenangkan keadaan. “Kami dapat aduan yang kamu bersekedudukan dengan seorang lelaki di dalam rumah ini.”

Qaseh menggeleng kepalanya laju. Tak mungkin. Dia hanya berkeseorangan ketika ini di dalam rumah. Qayyim telah mengikut Harris pergi ke surau untuk menunaikan solat maghrib. Mereka mungkin salah rumah.

“Saya berkeseorangan sahaja sekarang ni, imam. Tak ada sesiapa.”ujar Qaseh tenang walaupun dadanya sudah berdengup kencang.

“Minah!”


Qaseh bagaikan ada halintar yang menyambar tubuhnya ketika dia mendengar suara itu. Dia menoleh.. Lututnya longlai lalu jatuh rebah. Air matanya mula basah membasuh pipinya. Bala apakah kali ini? 

  
TAMAT

KEAJAIBAN CINTA BAB 15

Bab 15

Qaseh menapak perlahan. Dia memerhati sekeliling. Dadanya mula berada debaran. Apakah tandanya ini? Kenapa dia berasa sangat berdebar-debar? Orang kampung yang ada di situ turut memerhatikan dirinya dengan pandangan yang jelik.

“ Assalamualaikum…” Qaseh memberi salam. Harris yang sedang berbual dengan tok imam terus mengalihkan pandangannya. Terkejut dia seketika apabila melihat wajah yang sudah hampir 3 tahun dia tidak bersua.

“Kakak!”Harris tanpa meminta izin dari tok imam terus meluru kepada Qaseh. Tubuh itu ditarik ke dalam pelukannya. Air matanya mula menitis.

Qaseh yang tercengang dengan perlakuan Harris turut membalas pelukannya itu. Terubat rindunya selama ini terhadap adik kesayangannya itu. Harriss satu-satunya adik yang menyokong dia di saat Qaseh dibuang keluarga suatu ketika dahulu. Harris yang banyak memberi kata-kata semangat buatnya. Sesungguhnya dia memanjat rasa syukur apabila dapat bertemu juga dengan Harris.

“Harris apa khabar?”tanya Qaseh apabila Harris meleraikan pelukan. Kedua-dua belah tangannya memegang pipi Harris. Air mata yang mengalir itu disapu. Mungkin Harris terlalu gembira dengan kepulangannya.

“Kakak…Kenapa kakak lambat balik?”Haris bertanya. Air matanya masih lagi merembes keluar tanpa henti. Qaseh berasa tidak sedap hati. Tak pernah-pernah Harris menangis sebelum ini. Adiknya kuat dan tidak mudah menitiskan air mata.

“Kan kakak dah balik ni. Dah-dah. Tak mau menangislah.. Tak handsomedah tau adik kakak ni.” Qaseh mengelap air Harris dengan ibu jarinya.

“Kakak, abah dah tak ada…”

Bagaikan ada batu yang menghempas di atas kepala Qaseh ketika ini. DIa menggelengkan kepalanya beberapa kali sebelum badannya jatuh rebah di atas tanah. Harris lantas cuba memangku kakaknya.

“Harris, hang jangan nak bohong kakak. Hang main-mainkan?” Qaseh tidak percaya. Dia yakin abahnya masih hidup. Harris hanya bermain dengan kata-katanya.

Harris memeluk erat tubuh Qaseh. Dia tahu yang kakaknya tidak akan percaya. Hajat abahnya untuk menemui Qaseh untuk kali terakhirnya tidak kesampaian. Harris rasa kecewa dengan dirinya sendiri. Dia tidak memenuhi janjinya untuk membawa Qaseh balik ke kampung.

“Abah dah tak ada, kakak. Abah dah meninggal dunia semalam. Kakak kena terima kenyataan ni.” Harris menyakinkan Qaseh bahawa dia tidak main-main.

Qaseh menggeleng kepalanya. Dia mencengkam tanah melepaskan rasa penyesalan yang teramat. Tujuan dia pulang hari ini adalah untuk memohon ampun daripada abahnya tetapi itu semua hanyalah mimpi. Abahnya sudah kembali ke rahmatullah tanpa dia sempat untuk memohon maaf. Sepanjang hayatnya, dia akan hidup dalam keadaan yang penuh dosa terhadap abahnya. Dia adalah anak derhaka.

“Aku tak percaya! Aku tak percaya!” Qaseh menjerit bagaikan orang gila. Dia menolak tubuh Harris sehingga Harris terdorong ke belakang lalu berlari masuk ke dalam rumah. 

Sekujur tubuh yang berbalut kain putih sedang berbaring kaku. Qaseh bertambah lemah. Air matanya makin laju. Ternyata Harris tidak berbohong. Tubuh itu didekati perlahan. Kain putih yang menutup wajah abahnya dibuka.

“Abah, bangun abah! Bangun abah! Kakak balik nak minta maaf. Kakak banyak dosa dengan abah. Abah tolonglah buka mata abah ni.” Qaseh meraung di atas dada arwah abahnya. Tubuh kaku itu digoyang mengejutkan abahnya dari tidur yang panjang.

Harris meluru masuk. Dia menghalang Qaseh untuk berbuat demikian. Kasihan arwah abahnya apabila digoyang kasar seperti itu.

“Kakak! Jangan buat macam ni. Kalau kakak meraung macam ni pun, abah dah tak boleh hidup balik. Dah tak guna kakak.”

“Kakak tak sempat nak minta maaf dengan abah. Kakak berdosa, Harris. Kakak anak yang berdosa. Hang faham tak?”rintih Qaseh sambil menangis di atas dada bidang Harris.

“Abah dah maafkan kakak. Kita doakan abah supaya tenang di sana ya.” Harris memujuk.

Qaseh menangis teresak-esak. Orang kampung mula berbisik sesama sendiri. Mungkin mengatakan sesuatu tentang sejarah hidup Qaseh dan kehadiran Qaseh pada hari ini. Qaseh tidak peduli semua itu. Apa yang ada dikotak fikirannya adalah dia anak derhaka! Qaseh menangis lagi…

                                                ******************                                               

“Kenapa dengan dia?” Qayyim bertanya sendiri. Dia nampak Qaseh terjelepuk di atas tanah tadi sambil menangis. Pada awalnya tadi, hatinya diundang rasa cemburu apabila melihat seorang lelaki muda memeluk tubuh Qaseh. Tetapi selepas diamati dari jauh, itu mungkin adik lelakinya. Qayyim tidak mahu membuat tuduhan melulu. Cuma dia pelik apabila melihat Qaseh tiba-tiba seperti orang kurang siuman. Meraung dan berlari masuk ke dalam rumah.

“Pak Dollah, boleh tolong tengokkan apa yang berlaku kat dalamsana?”pinta Qayyim. Perasaan ingin tahu membuak-buak di dalam hatinya. Ditambah lagi apabila melihat Qaseh menangis seperti tadi. Kalau diikutkan hatinya tadi mahu saja dia masuk tanpa izin ke dalam rumah Qaseh tetapi dia takut disalah anggap pula nanti.

“ Boleh, Ayim. Sekejap Pak Dollah tengokkan.” Pak Dollah membuka pintu kereta dan menuruti sahaja arahan daripada Qayyim itu.

“Harap dia tak apa-apa.”

Mata Qayyim tetap pada pintu rumah itu. Menanti Pak Dollah tanpa sabar membawa berita apakah yang sedang berlaku ketika ini. Tidak dinafikan, dia sangat bimbangkan keadaan Qaseh. Tidak duduk diam dia di dalam kereta selagi belum mengetahui tentang keadaan Qaseh.

**************

Qaseh duduk termenung di birai beranda rumahnya. Jenazah abahnya sudah selamat dikebumikan tengah hari tadi. Arwah abahnya dikebumikan bersebelahan  kubur arwah maknya. Kini mereka yatim piatu. Tiada lagi insan yang dipanggil abah dan mak di dunia ini. Qaseh menangis lagi. Dia tidak redha dengan apa yang berlaku. Dirinya begitu hina ketika ini apabila tidak sempat mendapat salam kemaafan daripada abahnya setelah segala dosa yang telah dia lakukan.

Qayyim memandang Qaseh dari dalam rumah. Dia simpati dengan Qaseh ketika ini. Gadis itu kehilangan abahnya tanpa sempat berjumpa. Qayyim turut diundang rasa bersalah. Kalaulah dia tidak menghalang Qaseh untuk balik dari awal, mungkin Qaseh sempat untuk berjumpa dan memohon kemaafan daripada abahnya.

“Kakak, sudahlah. Kakak menangis air mata darah sekalipun, abah tak akan kembali. Jangan risau. Kakak tak salah pun dengan abah. Abah dah maafkan kakak.” Harris memujuk. Risau melihat keadaan Qaseh yang masih lagi menangisi kepergian arwah abahnya.

“Hang memang anak tak berguna tau!”hambur Zurin tiba-tiba.

Harris terkejut. Dia menjengilkan matanya kepada Zurin agar kakaknya keduanya itu tidak terus menyalahkan Qaseh tetapi langsung tidak diendahkan.

“Betul tu, kak Rin. Dia ni memang suka memalukan keluarga.”sampuk Zuria adik kepada Zurin.

“Jangan nak salahkan kakak. Dia tak salah.” Harris mempertahankan Qaseh. Qaseh sama saja seperti tadi. Langsung tidak peduli dengan apa yang dilemparkan oleh Zurin dan Zuria.

“Tak salah hang cakap? Kalau tak sebab dia abah tak matilah!”Zurin membalas.

Harris lantas bangun berdiri. Tangannya laju hinggap di pipi Zurin. Dia memang sudah lama tidak puas hati dengan Zurin dan Zuria. Dulu masing-masing langsung tidak pernah ambil tahu tapi sekarang nak bising. Harris sudah tidak fikirkan lagi tentang pangkat. Kakaknya harus diajar.

“Ini peringatan untuk hang. Hang ingat hang bagus sangat? Dulu masa abah sakit ada hang tanya? Tak adakan? Yang hang tau duit, duit, duit. Sekarang bila abah dah meninggal, hang nak salahkan kakak pula? Apa jenis manusia hang ni?!”

Qaseh yang terkejut turut bangun. Belakang Harris diurut cuba untuk menenangkan adiknya yang sudah mula baran.

“Hang jangan nak tunjuk hero kat sini. Aku ni kakak hang.” Zurin masih memegang pipinya yang pedih akibat ditampar oleh Harris tadi.

“Hanya kakak Qaseh sahaja kakak yang aku ada. Walaupun dia ada sejarah dia sendiri tapi dia tak biadap macam hang berdua. Aku benci orang macam hang.” Harris melepaskan segala amarahnya. Sudah lama dia bertahan kerana tidak mahu abahnya susah hati tetapi hari ini dia sudah tidak mampu lagi. Biarlah dia dianggap kurang ajar pun. Dia tidak kisah lagi.

“Sudahlah Harris. Abah baru saja meninggal. Tak akan kita nak bergaduh adik-beradik pula.” Qaseh masuk campur. Cuma meleraikan ketegangan yang berlaku.

“ Semua sebab hang! Aku benci hang!” Zuria terus menarik tangan kakaknya Zurin keluar dari rumah.

Harris terduduk. Wajahnya ditundukkan. Dia menangis semahu-mahunya. Dia sedih dengan apa yang berlaku. Abah baru sahaja meninggal tetapi mereka terpaksa bergaduh seperti ini. Ya ALLAH, ampunkan aku…

******************
“Ayim, kau baliklah dulu. Aku minta maaf sebab tak dapat nak beri layanan sebagai tetamu untuk kau.”Qaseh bersuara perlahan. Dia melabuhkan punggungnya di beranda setelah tetamu yang datang beransur pulang. Mereka baru sahaja selesai mengadakan majlis bacaan yassin dan tahlil buat kedua-dua arwah ibu bapa mereka. Hari pun sudah menginjak ke tengah malam.

Qayyim yang turut berbaju melayu milik Harris menjeling sekilas wajah gadis di hadapannya ini. Dia tidak sanggup untuk meninggalkan Qaseh ketika ini. Apa yang dilihat tadi, benar-benar menjelaskan situasi sebenar. Hubungan Qaseh dan dua orang adik perempuannya tidak baik malah mereka sangat membenci Qaseh. Ketika majlis tahlil dan bacaan yassin tadi juga dia mendengar kata-kata perlian daripada orang kampung tentang kisah silam Qaseh.

“Tak apa. Aku okay.” Qayyim menjawab.

“Inilah keluarga aku. Aku bukan anak yang baik. Aku balik nak minta maaf tapi aku tak sempat. Aku ni pendosa. Selamanya aku adalah seorang pendosa dan anak derhaka.”

“Tapi Harris cakap arwah abah kau dah maafkan kau. Tak perlulah kau risau lagi.”

Qaseh tergelak dibuat-buat. Itu kata Harris. Mungkin adiknya hanya berbohong untuk menenangkan dirinya. Sekalipun arwah abahnya memaafkan dirinya, itu langsung tidak memberi kesan buat Qaseh. Dia tetap sama iaitu anak derhaka.

“Cuba kau letak diri kau kat tempat aku. Agak-agak apa yang kau rasa?” Qaseh menjawab dalam bentuk pertanyaan. Dia mahu Qayyim faham perasaannya ketika ini. Tidak mudah untuk dia menerima apa yang terjadi.

“Aku rasa sedih tapi aku tak rasa aku akan menangis dan merintih macam kau. Macam orang tak siuman aje aku tengok.”balas Qayyim.

Qaseh berasa sakit hati. Dalam keadaan aku begini, dia masih lagi mahu cari gaduh dengan aku. Apakah lelaki ini tidak mempunyai perasaan atau dia memang dilahirkan menjadi manusia yang langsung tak ada belas kasihan? Qaseh sebal.

“Kau memang lelaki yang tak ada hati dan perasaan.” Qaseh berkata lemah. Air matanya mula jatuh. Kotak fikirannya tidak lepas dari terus dibayangi wajah abahnya. Semoga arwah tenang di sana.

Qayyim mengigit bibir. Dia tak sangka pula kata-katanya itu akan membuatkan Qaseh sensitif. Laser sungguh mulut kau, Ayim!

“Cubalah kuat sikit. Kalau kau asyik menangis, merintih macam ni abah kau tak akan boleh datang balik. Cuba kau pergi masuk bacakan yassin untuk diorang. Ada juga faedahnya.” Qayyim cuba untuk membetulkan silapnya.

“Kau nak balik ke malam ni?” tanya Qaseh.

Qayyim lantas menggeleng. Dia tidak akan pulang jika Qaseh tidak pulang bersama dengannya.

“Kau tidur dengan Harris boleh?”

Qayyim mengangguk pula. Hanya menggunakan isyarat tanpa membuka mulut menjawab pertanyaan Qaseh.

“Pak Dollah dah balikkan?” soal Qaseh lagi bagi menyakinkan dirinya.

Qayyim mengangguk laju.

“Kenapa dengan kau?”

“Kenapa?” Qayyim menyoal kembali. Tidak faham.

“Tak ada apalah. Ingatkan tak ada suara dah tadi. Angguk geleng aje dari tadi. Aku masuk tidur dulu.” Qaseh mengangkat punggung lalu membuka langkah masuk ke dalam rumah.

“Minah!”panggilan Qayyim menghentikan langkah Qaseh. Qaseh pantas menoleh. Keningnya diangkat tanda apa yang lelaki itu mahu.

“Siapa yang nak dodoikan aku?” Qayyim bertanya serius.

Qaseh membulatkan matanya. Dia lantas mencekak pinggang sambil matanya memerhati sekeliling. Takut kalau ada telinga yang mendengar apa pula yang difikirkan nanti. Yang lelaki ni pun satu hal, tiba-tiba mengada sangat ni kenapa? Sengaja nak bagi aku naik darahlah ni.

“Suruh Harris dodoikan kau, sengal!” Qaseh menjawab geram. Bibirnya diketap rapat. Dia ingin segera meninggalkan Qayyim di situ tetapi lelaki itu memanggilnya sekali lagi.

“Ada apa lagi?”

“Kesedihan kau tu tak akan mampu buat abah kau hidup kembali. Sekalipun kau meraung, menangis dan menolak takdir, satu hari kau tetap kena terima. Inilah dinamakan permainan hidup. Ada kalanya kita sedih dan adakalanya kita gembira. Walaupun apapun yang terjadi, kita tetap kena teruskan hidup. Apa yang berlaku tu pasti ada benda yang tersembunyi di sebaliknya.Cuba untuk bangkit dan mulakan hidup yang baru.”

Qaseh terkedu. Betul ke Ayim ni? Macam tak percaya. Tidak sangka lelaki ini pandai bernasihat. Qaseh senang mendengar kata-kata itu. Ini baru pertama kali Qayyim bercakap seperti itu. Tidak pernah Qaseh mendengar ucapan yang lembut dan penuh bermakna itu keluar dari mulut Qayyim sebelum ini. Lega hatinya…

“Kau kena bangkit juga walaupun terpaksa. Kalau kau sedih memanjang, hidup aku tak aman.”

Qaseh bertambah bahagia. Aku penting ke dalam hidup dia? Betul ke apa yang aku dengar ni? Tak sangka pula dia ambil berat tentang aku….

“Terima kasih sebab ambil berat tentang aku.”balas Qaseh menunduk malu.

“ Tak ada maknanya nak ambil berat pasal kau. Hidup aku tak aman kalau aku tak dapat nak sakitkan hati kau. Jadi aku nak kau jadi macam minah yang aku kenal sebelum ni. Minah yang kerek, senget, sengal dan mulut berpuaka. Sekarang pergi masuk tidur. Mata aku mengantuk tengok muka kau.”

Qaseh mencekak pinggang. Dia menghentak kakinya geram. Berlalu membuka langkah menuju ke biliknya. Ingatkan betul-betul caring padahal hampeh.

Qayyim tersenyum. Dia berharap agar kesedihan Qaseh berkurang dan dapat menerima semua takdir yang berlaku. Dia faham apa yang dialami oleh Qaseh kerana suatu ketika dulu dia juga begitu. Dia akan cuba membantu Qaseh sebagaimana Qaseh membantunya di saat dia terjatuh dulu.

BERSAMBUNG