"Peeewit…Hai cik adik..Nak pergi mana tu?Boleh saya temankan?" Hanya jelingan tajam dari si gadis sebagai balasan dari usikan nakal sang jejaka.
Pantas si gadis berlalu dari situ meninggalkan sang jejaka yang masih tersenyum sipu.
"Amboi,sombongnya!Orang bergurau dia jeling pulak.." Sang jejaka mengomel sendirian.
Rakan-rakannya hanya mentertawakan dirinya.
"Tu la,aku dah kata hang takkan boleh mengorat awek tu…" Bahu sang jejaka ditepuk perlahan.
"Alah,tengok la nanti,aku mesti dapat punya awek tu.Senang je nak mengayat awek ni."
"Kalau betul la kata hang senang je nak mengayat awek,kenapa dah dua tahun hang dok ayat awek tu tak dapat- dapat pun.." Kata-kata rakan sang jejaka itu mengundang tawa yang panjang dari rakan-rakannya yang lain.Sang jejaka hanya tertunduk malu.Benar kata rakannya,bukan sehari dua dia cuba mendapatkan gadis tadi,tetapi hampir dua tahun dia menuggu balasan cinta dari gadis itu.Entah apa yang ada pada gadis itu hingga dia tak mampu memandang gadis lain.Di matanya hanya wajah gadis itu yang terbayang.Saban hari dia termimpi dia dan gadis itu berpacaran,membina mahligai bahagia namun sehingga kini impian itu hanya menjadi fantasi di kala ingin melelapkan mata.Pelbagai cara dilakukan untuk menawan hati gadis pujaannya namun mahal benar harga cinta gadis itu untuk dibelinya.
"Eeee..benci betul la aku kat jantan tak malu tu.Harap muka je kacak tapi perangai macam beruk.Dah tak ada kerja lain agaknya selain dari megacau hidup aku…." Di hempas beg plastik berisi buku yang dibelinya tadi di lantai.Merah padam mukanya menahan marah.
"Hang ni kenapa?Mengamuk tak tentu pasal? Rakannya yang baru keluar dari bilik bertanya.Dimasukkan semula buku yang berterabur ke dalam beg plastik.
"Huh!Mana aku tak mengamuk kalau hari-hari kena kacau.Jantan tak guna betul la mamat tu.Entah datang dari mana agaknya perangai macam beruk!" Rakannya yang mendengar hanya ketawa.
"Kalau aku cakap benda ni mesti hang kata aku saja nak usik hang tapi aku fikir la apa yang aku rasa tentang budak lelaki yang dok usik hang tu betul la." Tepat rakannya merenung mata si gadis.Air mukanya tenang.Dia memegang lembut tangan si gadis lalu megusap perlahan.Cuba menenangkan hati si gadis yang penuh dengan perasaan marah.
"Hang cuba fikir berapa lama lelaki tadi dok kacau hang.." Rakan si gadis memulakan patah bicara setelah lama mendiamkan diri.
"Dari kita pindah dok sini,dah dekat dua tahun." Si gadis menjawab dengan yakin.
"Cuba hang fikir lagi apa motif lelaki tu dok kacau hang sampai dua tahun." Sekali lagi si gadis diminta untuk berfikir.
"Mana aku nak tau.Memang dia tak ada kerja tu sebab dok kacau aku."
"Okey,selama dia dok kacau hang apa yang dia selalu kata?"
"Hmmm,dia selalu ajak aku bercinta dengan dia.Tak mau aku,perangai macam beruk ada hati nak jadi pakwe aku." Muka si gadis mmenunjukkan perasaan benci teramat sangat.
"Macam mana kalau dia bersungguh nak hang jadi awek dia?Tapi dia tak tau cara nak luahkan kat hang jadi dia ambil cara mudah dia kacau hang hari-hari.Bagi dia tu mungkin cara terbaik untuk dia dekatkan diri dengan hang." Lembut rakan si gadis berbicara.Si gadis terdiam.Fikirannya cuba memproses segala maklumat yang sampai ke otaknya lalu mencari satu kesimpulan.
"Kalau betul apa yang hang kata kenapa dia tak pernah luahkan dekat aku?"Si gadis bertanya perlahan.
"Macam mana dia nak luahkan kalau hang tak pernah bagi peluang untuk dia luahkan isi hati dia kat hang.Setiap hari bila dia tegur hang,hang balas dengan jelingan tajam.Aku tau,hang bukan tak mau layan mamat tu tapi hang masih fikirkan Farid kan?Hang masih percaya kalau Farid akan kembali dalam hidup hang..Betul tak?" Rakan si gadis manjawab soalan si gadis panjang.
"Sudah la,lupakan Farid.Dia dak tak mau dekat hang.Kalau dia mau lagi dekat hang,kenapa dia hilangkan diri macam tu saja.Dah dua tahun kita tak dapat kesan dia.Entah dia hidup atau mati kita pun tak tau.Hang bukalah hati hang untuk lelaki lain.Buang Farid dari hidup hang.Kalau hang masih harapkan Farid entah bila hang akan bahagia aku tak tau." Rakannya menepuk bahu si gadis lembut sebelum berlalu.Si gadis diam.Tiada sepatah kata keluar dari bibirnya.Air mata perlahan jatuh membasahi pipi.
Matanya mengerling ke tempat selalu sang jejaka duduk berbual dengan rakan-rakannya.Namun hatinya hampa.Kelibat sang jejaka tidak kelihatan.Hanya rakan-rakn sang jejaka yang kelihatan.Dengan rasa kecewa,si gadis berlalu pulang.Otaknya melayang berfikir ke mana pergi lelaki yang sering mengusiknya.
-Kenapa dengan aku ni.Baguslah mamat tu dah tak ada.Aman hidup aku.Dah tak ada orang nak kacau aku.Tapi kenapa aku asyik terfikirkan dia?Ish,takkan aku dah jatuh cinta dekat dia.Huh!Taknak aku….
Si gadis berbicara sendiri.Dia mempercepatkan langkahannya namun belum beberapa langkah kakinya menapak,satu suara menyapa gegendang telingaya.
Suara yang tidak asing lagi baginya.
"Hai,awal balik hari ni?Kelas habis awal ke?" Sang jejaka cuba menyaingi langkah si gadis.Si gadis mengurut dadanya.Tersirap dadanya disergah sebegitu rupa.Langkahannya terhenti.
"Kenapa stop?" Sang jejaka turut berhenti mengejut.
"Boleh saya tanya?Kenapa awak suka sangat ganggu saya?Dah tak ada kerja lain ke?Awak ada masalah ke dengan saya?Saya tak kenal awak tapi kenapa awak selalu kacau saya.Bukan sehari dua awak dok kacau saya tapi dah dua tahun.Awak nak apa dari saya?" Si gadis menyoal sang jejaka dengan soalan yang bertubi-tubi.
"Eh,angin apa pulak hari ni tiba-tiba tanya soalan macam tu." Selamba sang jejaka berkata tanpa menjawab soalan si gadis.
"Saya tanya jawab la.." Si gadis berkata dengan nada yang tinggi.Rakan-rakan sang jejaka pantas mengalihkan perhatian pada mereka berdua.Sang jejaka kalut.Melihat wajah si gadis yang merah padam membuatkan dia menjadi kecut.
"Relax..Saya..saya bukan sengaja nak kacau awak..Sorry la.Saya tak tahu awak tak suka." Sang jejaka menjawab perlahan.
"Saya taknak awak ganggu saya lagi…." Si gadis berkata perlahan.Lantas dia meneruskan langkahannya tanpa memandang ke belakang lagi.Sang jejaka tetap berdiri di situ.Mencari kekuatan untuk melafazkan sesuatu.Dan sebelum bayang si gadis lenyap dari pandangan sang jejaka pantas mendapatkan si gadis…
"Tolong bagi saya peluang untuk memiliki cinta awak yang sangat mahal tu" Sang jejaka merenung tepat ke dalam mata si gadis.Si gadis tergamam.Drama apa pulak mamat ni dok buat.Sempat si gadis berbisik pada dirinya sendiri.
"Saya tak buat drama.Saya serius nak miliki hati awak.Nak bahagiakan awak.Nak jadi peneman awak.Tolonglah bagi saya satu peluang." Sang jejaka lantas melutut di hadapan si gadis.
"Eh,apa awak buat ni?Malu la…." Si gadis panik.Kelakuan sang jejaka mengejutkannya.
"Selagi awak tak bagi jawapan saya tak akan bangun.." Sang jejaka mengugut.
"Okey,saya bagi peluang tu kat awak.Sekarang awak bangun." Tanpa sedar si gadis memberikan jawapan.Sang jejaka bangun lalu memegang bahu si gadis.
"Terima kasih awak.Saya tak akan melukakan hati awak." Sang jejaka membuat janji setia.Si gadis hanya tertunduk malu.
"Nama saya Hezri Irfizz.Awak?" Dihulur tangannya sebagai permulaan sebuah perhubungan.
"Saya Nur Heziqa Syaza.." Huluran tangan disambut.Digenggam mesra tangan sang jejaka lalu berjalan beriringan ke rumah si gadis.
"Nak panggil apa ek? Hezri bertanya lembut.
"Panggil je Ziqa.." Sebuah senyuman di hadiahkan pada Hezri.
"Awak panggil saya Fizz.." Tanpa di tanya Hezri memberitahu.
"Tak tanya pun" Selamba Heziqa membalas.Merah padam muka Hezri memandang Heziqa.Heziqa tersenyum manja.
"Saya bergurau la." Heziqa ketawa.Jari Hezri mencuit dagu Heziqa.
"Ni rumah saya." Heziqa membuka pintu pagar rumahnya.Hezri masih tercegat di situ.Memandang Heziqa.
"Eh,kenapa tercegat kat situ.Awak tak boleh masuk,ni rumah budak perempuan." Lembut Heziqa memberitahu.Dia memegang pintu pagar yang memisahkan dia dengan Hezri.Hezri hanya menggeleng.
"Bukan saya nak masuk tapi saya nak minta sesuatu." Hezri merenung wajah lembut Heziqa.
"Nak minta apa?" Heziqa memeluk failnya.Hezri mengeluarkan telefon bimbitnya lalu ditunjukkan pada Heziqa.Heziqa tersenyum tanda mengerti.
"0125634487.." Heziqa menyebut nombor telefon bimbitnya.Hezri mengangguk dan tersenyum.
"Terima kasih.Saya balik dulu.Assalammualaikum.." Hezri berlalu pergi.Heziqa hanya memandang.Di dalam hatinya dia membuat janji akan cuba membahagiakan Hezri.
"Hang biar betul Iqa?Hang dah couple dengan mamat tu?" Shima tak percaya.Betul-betul kerja gila.
"Yeap..Aku tak main-main." Heziqa lantas menceritakan segala yang berlaku tadi pada Shima.Shima tekun mendengar.
"Hmm,apa-apa je la.Janji aku tak mau hang bersedih.So,bila hang nak kenalkan aku pada mamat tu? Shima bertanya sambil tersenyum.
"Nama dia Hezri Irfizz la." Heziqa berkata.
"Oooo…" Shima mengangguk-anggukkan kepalanya.
"Wei aku dah mengantuklah.Nanti kita bual lagi.Aku masuk bilik dulu.Good nite.." Shima lantas bangun dan berlalu ke biliknya. Heziqa juga lantas bangun masuk ke biliknya.Malam itu Heziqa tidur lena dibuai mimpi indah.Mimpi dia membina mahligai indah bersama Hezri Irfizz…
Tiga tahun berlalu….
"Sayang,jom kahwin nak?" Hezri menggenggam tangan Heziqa erat.Tersentak Heziqa mendengar ajakan Hezri.
"Fizz ni demam ke?" Heziqa meletakkan tangannya di dahi Hezri.Hezri mengalihkan tangan Heziqa dari dahinya dan kembali menggenggam jari jemari Heziqa.
"Fizz serius.Fizz nak kahwin dengan Ziqa.Fizz taknak kehilangan Ziqa." Wajahnya serius.Dia merenung wajah Heziqa dengan penuh rasa cinta.Heziqa hanya menundukkan wajahnya.Tidak tahu jawapan apa yang patut diberi kepada Hezri.
"Hujung bulan ni,Fizz suruh mama dengan papa Fizz hantar rombongan meminang ke rumah Ziqa ye." Fizz menyuarakan hasratnya.Heziqa masih mendiamkan diri.lantas Hezri mencuit dagu Heziqa agar memandang wajahnya.
"Boleh tak sayang?"Hezri bertanya lagi.Kali ini Heziqa tersenyum lalu menganggukkan kepalanya tanda setuju.Hezri turut tersenyum.Terasa lega bila Heziqa menyatakan persetujuannya.
Majlis pertunangan Hezri dan Heziqa berlangsung dengan penuh meriah.Tinggal lagi dua bulan Hezri dan Heziqa bakal disatukan menjadi suami isteri.Hari-hari yang mereka lalui dihiasi dengan cahaya kebahagiaan.Masing-masing bagai tidak sabar menanti detik mereka disatukan.Persediaan untuk majlis pernikahan mereka hampir siap sepenuhnya.Baju pernikahan siap ditempah,kad undangan sudah di edarkan.Segalanya berjalan lancar.namun kita hanya merancang namun tuhan yang menentukan segalanya.Dua minggu sebelum hari pernikahan mereka Heziqa pinta hubungan mereka diputuskan.Gelap dunia Hezri rasakan. "Gila!Semua ini gila!Segalanya sudah siap kenapa tiba-tiba Ziqa minta Fizz lepaskan Ziqa?" Hezri separuh menjerit.Digoncang tubuh kecil Heziqa.Heziqa hanya mendiamkan diri.
"Ziqa,tolong jangan buat Fizz macam ni.Apa salah Fizz?" Hezri melutut di depan Heziqa.Air mata lelakinya mengalir laju membasahi wajah.
"Maaf Fizz,Ziqa taknak kahwin dengan Fizz.Ziqa nak kembali kepada Farid." Hezri terpaku.Seperti kilat menyambar tangkai hatinya tatkala mendengar pengakuan Heziqa.Lemah segala sendinya.Dikuatkan semangatnya lalu bangun menghadap Heziqa.
"Kalau itu yang Ziqa minta,Fizz turutkan.Tapi satu saja yang Fizz nak Ziqa tahu,Fizz tak pernah merestui kebahagiaan Ziqa.Fizz lepaskan Ziqa.Ziqa boleh pergi kepada jantan yang pernah meninggalkan Ziqa." Hezri menjerit.Dilemparnya cincin pertunangan mereka ke muka Heziqa sebelum berlalu pergi.
Hezri memandu kereta tanpa arah tuju.Air mata tak henti mengalir.Beberapa kali Hezri menjerit melepaskan geram.Bagai nak pecah kepalanya memikirkan salahnya pada Heziqa hingga Heziqa menghukumnya sebegitu kejam.Tanpa sedar Hezri memandu keretanya menuju kerumah Heziqa.Dibuang egonya sebagai seorang lelaki.Dia ingin merayu agar Heziqa kembali padanya.Dia tak mampu hidup tanpa Heziqa.Di luar hujan mencurah bagai turut menangisi kedukaan yang di laluinya.Sebaik sampai di rumah Heziqa,darah Hezri tersirap.Kereta putih milik Farid diparkir di halaman rumah Heziqa.Dalam hujan lebat diselangi dengan guruh dan petir,Hezri meluru masuk kedalam rumah Heziqa.Terpaku Hezri melihat Heziqa di dalam pelukan Farid.Tanpa sedar Hezri mencapai sebatang besi yang kebetulan berada di depannya lalu dipukulnya sekuat hati kepala Heziqa dan Farid.Sekelip mata darah pekat membasahi ruang itu.Hezri tergamam.Dia terduduk disisi jasad Heziqa dan Farid.Dia menangis semahunya.
"Ya Allah..apa aku dah buat ni?" Hezri meraung.Hezri berlari keluar dan terus menghilangkan diri.
Seluruh Malaysia gempar dengan berita pembunuhan Heziqa dan Farid.Polis masih mencari Hezri,suspek utama kes ini.Dan setelah dua hari kejadian itu berlalu,Hezri muncul di balai polis menyerah diri dalam keadaan kusut masai.Baju yang dipakainya masih ada kesan darah kering.Hezri minta dihukum atas perbuatannya dan mahkamah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atasnya.Sehari sebelum tarikh hukumanan dijalankan ke atasnya,Hezri membuat permintaan terakhir agar dia dipertemukan dengan rakan-rakannya.
"Shah,Riz,Man aku mintak maaf atas kesilapan aku yang lalu.Aku tak berniat nak bunuh Farid dengan Ziqa.Aku tak sedar waktu tu." Teresak-esak Hezri memohon ampun kepada rakan-rakanya.
"Hang tak salah Hezri.Kami tau hang tertekan.Kami tau kenapa hang buat macam tu.Semua orang tau siapa yang salah dalam hal ni." Air mata Man mengalir juga akhirnya.Sebak dadanya memikirkan ajal rakan baiknya akan tiba tak lama lagi.
"Tolong kirim salam aku kat mak ayah aku kat kampung.Cakap kat depa aku minta ampun dan halalkan makan minum selama aku jadi anak depa.Sampaikan salam aku kat mak ayah Ziqa jugak.Aku mintak ampun sebab ambik nyawa anak depa." Perlahan Hezri menyampaikan pesanannya kepada rakan-rakannya.
"Hampa jangan ikut jejak langkah aku.Aku dah kotor sekarang ni.Aku pembunuh.Hampa jangan jadi macam aku." Menggigil Hezri ketika bercakap dengan rakan-rakannya.Tangan Hezri digenggam erat oleh rakan-rakannya.
"Hang kuatkan semangat Hezri." Shah bersuara sambil menahan tangis.
"Kami balik dulu.Ingat hang tetap kawan kami walau siapa hang sekalipun.Hang tetap kawan baik kami.Bagi kami hang tetap Hezri Irfizz yang dulu." Riz berkata sambil menepuk bahu Hezri.Mereka saling berpelukan sebelum berpisah.
Seminggu telah berlalu.Hukuman keatas Hezri telah dijalankan dan jenazahnya selamat disemadikan di tanah perkuburan Islam Kampung Simpang Lima iaitu tempat kelahirannya.Segalanya bagai mimpi bagi keluarga dan rakan-rakannya.Semua tidak menyangka riwayat hidup Hezri,pemuda yang dikenali seorang yang baik dan penyabar berakhir di tali gantung.
"Man,hang ingat waktu kita jumpa Hezri kat penjara sehari sebelum dia kena gantung?" Riz bertanya ketika dia dan rakan-rakannya duduk di tempat selalu mereka melepak.
"Ingatla.Tu kali terakhir aku tengok dia.Memang sedih gila.Sebab perempuan dia jadi macam tu.Lembik lutut aku bila dapat tau dia dah kena gantung." Man berkata.Airmatanya bergenang mengingatkan rakannya itu.
"Sebelum kita balik dia ada bagi aku tape ni.Dia suruh kita dengar lepas dia kena gantung." Riz memberitahu rakan-rakannya.
"Pasang la…" Shah lantas mengambil kaset itu lalu memasangnya.
"Buat teman-teman….
Jadikan kisah aku sebagai pengajaran berguna dalam kehidupan kalian…
Aku tahu seluruh dunia pasti mengutuk aku tika ini atas perbuatanku,
tapi siapa tahu perasaan aku yang terpaksa menanggung segalanya sendirian…
Betapa lukanya hati aku kala melihat insan yang bakal dinikahi berada dalam pelukan lelaki lain.Hancurnya hati aku kala itu hanya Allah yang tahu..
Aku mintak ampun andai aku banyak menyusahkan kalian semasa hayatku.
Cuma aku ingin kalian dengar lagu ini dan fahami perasaan ku..
_________________________________________________
Bertahun sudah ku menunggu dirimu
Akhirnya kau menjadi milikku
Sukarnya untuk ku melupakanmu
Kerna kau ku cintai selalu
Tapi sayang..kehadiran kekasih lamamu
Datang kembali mengenang cinta dahulu
Mengapa ini semua harus berlaku
Apakah ini semua kerna diriku
Sedangkan aku cuma watak dalam percintaan
Tak sanggup aku melepaskanmu
Kau ibarat terperangkap di tengah lautan
Tak tahu mana arah untuk kau menuju
Tapi sayang..kehadiran kekasih lamamu
Datang kembali mengenang cinta dahulu
Mengapa ini semua harus berlaku
Apakah ini semua kerna diriku
Sedangkan aku cuma watak dalam percintaan
Tak sanggup aku melepaskanmu
Kau ibarat terperangkap di tengah lautan
Tak tahu mana arah untuk kau menuju
Andai kau pinta untuk melepaskanmu
Terpaksa aku turutkan
Mungkinkah ini suatu pengjaran
Di dalam percintaan
___________________________________________________
Aku terseksa..Ziqa permainkan perasaan aku kala aku benar-benar tak mampu hidup tanpa dirinya.Maafkan aku kerana bertindak tanpa berfikir.Doakan kesejahteraan aku…."
No comments:
Post a Comment