Wednesday, May 19, 2010

Kau Milikku

Aduh! Sakitnya kepala aku…apalah yang tak kena dengan aku hari nie…yang boss aku ni pulak satu hal time aku dok tengah mengemas meja aku nie, time nielah nak panggil aku… kan dah terhantuk kepala aku kat meja. "Eh! Rina tak habis mengemas lagi ker…" kata En. Khusairi. "Emmm…dah boss" kataku sambil senyum kambing. "Ya, boss ada apa cari saya" kataku sambil mengosok-gosok kepala yang rasanya dah benjol sedikit.


"Pandai jugak awak mengemas ya…nie saya nak beri awak satu tugasan memandangkan awak pandai mengemas…saya nak awak kemaskan bilik untuk pengurus baru kita yang akan bertugas pada minggu hadapan" katanya. "Baiklah boss" kata ku menurut aje perintahnya. Nie yang aku boring nie balik-balik muka aku jugak yang kena buat, macamlah dah tak ada orang lain. Suruh pengurus tu kemas bilik dia sendiri tak boleh ker… kalu ler aku ada kuasa untuk mengelakkan buat keje-keje tukan best… tapi nak buat camana kan dah arahan boss takan tak buat pulak…

"Rina! Rina! apa hal boss jumpa kau tu" kata Farhana. Dia nie memang minah busybody semua hal orang dia nak tau dari A to Z… selagi tak puashati selagi tulah macam-macam soalan dia ajukan. "Boss kata dia nak ajak aku dating…kenapa mulut kau tu ternganga kenapa tak percaya ker...hahaha" kataku dengan selamba. Padan muka sesekali kenakan minah nie best gak..."tak adalah aku gurau jeee… dia bagi tau kat aku minggu depan ada pengurus baru nak masuk jadi dia suruh aku kemaskan bilik tu… puas hati dengan penjelasan aku tu". "Aku tak puas hati lagilah aku nak tanya lagi nie agak-agak hensem tak pengurus tu" kata Farhana dengan penuh harapan. "Kau nie pun satu manalah aku tau aku jumpa dia pun tak pernah …. lagi mau tanya aku ker….kita tunggu jelah minggu depan dengan debaran hahahahhaha" kata ku sambil berlalu.

Hari yang ditunggu-tungu pun dah tiba. Bukan aku aje yang menunggu tapi seluruh kakitangan Merpati Holding Berhad masing-masing dah sibuk citer pasal pengurus baru tu… ada jugak ler dua tiga orang kat sini berhajat nak mengorat pengurus tu…. Emmm macam-macamlah dia orang nie…. Dah pukul 10.00 nie batang hidungnya pun tak nampak-nampak lagi… pegurus apa cam nie baru start keje dah datang lambat… camana ler nak tunjuk tauladan kat anak buah semua…orang lain pun dah mula cam cacing kepanasan…Gelisah jee menunggu camanalah rupa pengurus baru tukan….

"Rina camanalah rupa pengurus baru kita tu kan ...tak sabar rasanya aku nak tengok camanalah orangnya," kata Farhana. "Sibuk jelah kau ni Farhana tunggu jelah dia datang … buat apa kau nak susah hati pulak macamlah pengurus tu nak sangat kat kau…" celah Min dengan nada meluatnya. "Dahlah malas aku nak layan kau tu…kau tu sebenarnya jelous kat aku…" balas Farhana. "Dahlah korang berdua nie perkara cam nie pun nak bergaduh ker…" celah aku untuk menguraikan mereka berdua. Pengurus apa cam nie! Masuk keje pun lambat… gerutu ku dalam hati…dahlah tu buat penat aje aku kemas bilik dia...takan dia tak datang hari ini plak…. Kataku dalam hati. "Kau tunggu jelah kejap lagi mesti dia sampai punya" sampuk Farhana. "Dia ingat kita nie apa nak tunggu dia lama-lama… dia kalu sampai aku kasi penumbuk cam nie" gerutuku sakit hati…sambil aku buat demo melayangkan penumbuk… tiba-tiba aku macam terasa penumbuk aku tu dah terkena satu sasaran yang padu dan aku dapat mendengar satu jeritan kecil… "Adoi! takan marah kat saya sampai nak tumbuk saya pulak" katanya bersahaja. Alamak! aku tumbukkan aku terkena tangan pengurus baru tulah…camana nie…nie yang buat aku lagi mengelabah.

Aku termangu seketika mata ku mengekori saja dia masuk ke bilik En. Kushairi untuk melaporkan diri…dan aku rasa muka aku pun dah tak berdarah lagi. Dan ketika itu juga aku terdengar suara En. Kushairi memangil aku masuk ke biliknya…cepat-cepat aku tersentap dari lamunan tadi dan terus masuk ke bilik boss aku tu...seperti biasa aku dengan muka selamba tanpa disuruh terus duduk di kerusi bersebelahan pengurus baru tadi… tapi dari ekor mataku … aku dapat melihat pengurus tu memerhatikan ku "Rina, nie En. Nazri Hazem dia akan bertugas di Bahagian Operasi syarikat kita… saya nak awak kenalkan dia kepada semua staff disini dan tunjukkan bilik dia yang awak kemaskan tu dan satu lagi mulai hari ini saya nak awak jadi setiausaha kepada En. Nazri Hazem." kata En. Kushairi. "Baiklah boss" kataku tanpa membantah.

Aku pun bawaklah dia keliling satu pejabat kenalkan kat semua staff termasuk akak bancuh air… saja je aku nak buli dia hahaha… Meluat jugak aku tengok minah-minah gedik tu perkenalkan diri kat En. Hazem tu … nampak sangat nak tarik perhatian dia… Selepas aku dah kenalkan kat semua orang aku tunjukkanlah bilik dia kat mana. "Ini dia bilik En. Hazem", kata ku. Rasanya nak aje aku lari cepat-cepat dari dia dan tak nak tengok dah muka dia lagi…malu pasal insiden tadi tak habis lagi beb. "Terima kasih", katanya dengan penuh sopan-santun. Selamat aku…nasib baiklah dia tak ingat insiden tadi tu lagi… aku pun duduk kat meja menyambung kerja-kerja rutin aku tu balik…sedang aku asyik buat kerja tu sempat jugaklah aku curi pandang kat bilik dia tu... aku tengok dia terjenguk-jenguk dari dalam bilik…apalah yang dia nak tu… kelakar pulak aku tengok telatah dia nie.

"Rina masuk sekejap" katanya. Alamak! Rupanya dia cari aku... Eh! memanglah kan aku secretary dia mestilah di cari aku…kataku untuk menyedapkan hati. Takan pasal kejadian tadi tak habis lagi kot... dia nak panggil aku… aku pun dengan selamba masuk ke biliknya… tanpa disuruh aku pun terus duduk di kerusi depan mejanya…Dan dia pun tiba-tiba bangun dari tempat duduknya dan duduk di atas meja berdepan dengan aku… Alamak! apahal pulak dia nie tetiba aje tenung aku semacam jeee… lepas tu duduk atas meja dekat sangat pulak dengan aku… dia kalu buat apa-apa yang tak senonoh kat aku taulah aku nak ajar dia camana.. terpaksalah aku tunjukkan skills karate yang aku belajar kat sekolah dulu tu kat dia…. Baru dia tahu siapa aku…bisik ku dalam hati.

"Cik Nurul Hazrina Imtiaz takan tak kenal ngan aku lagi sombong betullah kau nie" katanya. "Nurul Hazrina Imtiaz?" setahu aku hanya kawan aku sorang tu je yang tahu nama penuh aku tu… lagi pun tak ramai yang tau nama hujung aku tu… sekarang giliran aku pulak yang tenung dia bukan apa nak kenal pasti siapa dia nie… "Oooooit! kau rupanya Hazem camana aku boleh tak cam ngan kau… lama aku tak jumpa kau sejak lepas sekolahkan…." Kataku tanpa disangka orang depan aku nie rupanya kawan baik satu kelas aku dulu. "Betul tu aku rasa adalah dalam 13 tahun aku tak jumpa kau" katanya. "Yelah macam mana nak jumpa….. kau kan dapat tawaran belajar kat overseas lepas tu mana kita jumpa lagi hahahha…." Jawab aku dengan girang.

"Tapi macam mana kau bole kenal aku lagi…. Aku tengok kau sekarang dah banyak berubahlah tak macam dulu" kataku. "Memanglah kitakan makin dewasa berubahlah takan macam zaman budak-budak sekolah lagi…... macam manalah aku tak kenal kau lagi… kau tu dari dulu sampai sekarang tak berubah-berubah dengan mulut berdecit dan muka selamba kau tulah yang aku kenal sangat kau…. " katanya. "Okeylah Hazem lepas nie bolehlah kita berbual panjang lagi … aku pun banyak keje kat luar tu nanti kalau ada masa kita berbual lagi ya" kataku minta diri sambil berlalu keluar dari biliknya.

Keluar-keluar dari bilik Hazem, Min dah datang padaku sibuk tanya aku bermacam soalan. "Teruk ker kau kena marah dengan dia" Kata Min. "Teruklah… sampai aku nak menjawab balik pun tak ada peluang… sakit hati aku" kataku… saja jee aku berbohong pada Min aku tak nak dia orang tahu kejadian sebenarnya nanti macam-macam gossip pulak yang timbul.

Hari-hari berlalu aku rasa begitu pantas… tanpa ku sedar dah 6 bulan aku bekerja dengan Hazem… sedang asyik aku sibuk menyiapkan tugasan Hazem melambai aku dari dalam biliknya biasalah isyarat macam tu maknanya nak suruh aku masuk ke biliknya… aku kalu berdua saja dengan dia aku lebih senang membahasakan aku dan kau jee… tapi kalau didepan orang lain barulah aku mengunakan bahasa rasmi aku panggil dia Encik Hazem lah...

Masuk ke bilik dia aku terus duduk tanpa disuruh maklumlah aku dah biasa dengan dia jadi buat macam rumah sendiri jelah…. "Hujung minggu nie kau sibuk tak… kalu tak sibuk aku nak ajak kau keluar" kata Hazem…. "Dari aku keluar dengan kau baik aku duduk rumah tidur lagi best" kataku.. "tulah keje kau asyik tidur jeee… alah bolehlah temankan aku keluar dah lama aku tak jalan-jalan dengan kau dan aku naklah jugak tengok macamana Bandaraya Kuala Lumpur yang dah lama aku tinggalkan nie" katanya dalam nada merayu. "Okeylah pasal kau bolehlah… tapi kalau kau lambat seminit aku tinggalkan jeee..haha" kataku bergurau. 'Terima kasihlah! Rina' katanya dengan girang. Satu senyuman yang manis dihadiahkan untuk aku nie yang buat jantung aku cam nak jatuh aje ni.

Hari yang dijanjikan dah tiba aku hanya berpakaian ringkas dengan mengenakan kemeja dan jeans saja dan rambut ku yang panjang ku uraikan saja tanpa mengikatnya dengan cara begini aku lebih selesa…. Dari jauh aku dah nampak Hazem menunggu ku sambil menyandarkan badannya di tiang lampu… hai! hensem jugak dia nie rupanya macam manalah aku tak perasan selama nie" kataku. "Sorrylah aku lambat… aku tertidur tadi… janganlah marah plak yek".."Tulah nak naik patah aku tunggu kau nasib baik tiang lampu nie kuat…. Aku ingatkan kau tak datang langsung… dah jangan buang masa jom kita jalan-jalan"… kami tak henti-henti ketawa bila terkenang balik kenangan-kenangan lama….seronok pulak rasanya macam nak pusing je masa nak balik ke zaman sekolah.

"Kita nie jalan-jalan jee ker?"aku bersuara. "Bila kita nak pegi makan nie.. perut aku dah nyanyi lagu keroncong nie…." Kataku. "Ooooo! dah lapar rupanya kenapa tak bagi tau siang-siang… emm… jomlah kita pergi makan… kami memilih restoran yang berdekatan… setelah mendapat tempat kami pun apa lagi tengoklah menu yang mana berkenan… aku memesan nasi goreng kampung dan Hazem memilih Mee goreng untuk mengisi perut kami yang dah lama kebulur nie…

Sedang kami asyik berborak sambil menunggu makanan kami sampai, kami dikejutkan dengan satu suara menegur kami. "Hai! Hazem lama kita tak jumpa yek…" suara tu menegur. "Aleeya! kau dari mana nie?"" jawab Hazem dengan terkejut dan matanya tak lepas memandang aku. "Aku baru saja balik dari shopping… lepas tu aku singgah kat restoran nie… ingat nak makan tapi tak sangka pulak terjumpa pulak kau, dah lama rasanya kita tak jumpakan Hazem" katanya sambil matanya tepat memandang aku. "Oh! Aku mintak maaflah tak perasan pulak Cik Rina pun ada disini" katanya. Aleeya rupanya padanlah pandang aku semacam aje dia nie makwe lama Hazem….sajalah tu buat-buat tak perasan aku. Dah tu muka tak tau malu orang tak jemput dah duduk satu meja dengan kami. Sambil tu otak aku dok ligat berputar cari jalan macam mana aku nak lari dari sini tinggalkan mereka berdua jee. Tak sedap pulak aku nak kacau daun maklumlah dia orang nie pun dah lama tak jumpa dan mesti banyak memori yang dia orang nak kongsikan bersama maklumlah suatu masa dulu pernah menjadi pasangan kekasih yang paling popular di sekolah.

Sambil aku berfikir tu…aku bersyukur sebab aku dah nampak siapa yang nak jadi mangsaku tu…dalam hati aku nekad lepaskan diri nie…"Eh! Min dari mana nie sorang-sorang ajee ker?" sergah ku kat Min. "Lah...kau rupanya! Rina aku ingatkan siapa tadi... memanglah aku sorang aje kau nampak ker aku berteman?" katanya sambil tersenyum. "Kau sorang jekan tak ada teman… kalu macam tu biar aku temankan kau pergi shoppinglah" kataku cepat-cepat tanpa sempat Min mengeluarkan sepatah kata pun… tapi aku nampak Hazem terperanjat dan dari sinar matanya aku tau dia marah kat aku… "Habis siapa nak makan nasi goreng kau nie" Hazem bersuara. "Alah… Aleeya kan ada" kataku sambil bergegas mengikut Min.

Dalam perjalanan tu aku senyap jeee dan Min pun bersuara… "Apa sebenarnya hubungan kau dengan En. Hazem tu aku tengok dia lain macam ajee masa kau nak blah dari situ… baik kau cerita kat aku…aku nie bukanlah nak busybody " kata Min. Nak tak nak aku terpaksa jugalah bukak citer nie… Okeylah Min aku cerita nie kat kau sorang jee sebab kau kawan rapat aku… tapi janganlah kejadian malam nie kau ceritakan kat orang lain pulak. Aku sebenarnya dengan En. Hazem tu tak ada apa-apa kami keluar nie pun sebab dia kawan satu sekolah dengan aku dan dia merupakan kawan rapat aku jugak… perempuan yang tadi tu makwe lama dia tak sangka pulak kami terjumpa dia kat sini…

"Betul ker kau dengan Hazem tu tak ada apa-apa…kau jangan nak bohong akulah Rina" kata Min dalam nada yang tak percaya. "Kenapa pulak kau tak percaya.. betullah tak ada apa-apa tapi aku tak tau lak perasan dia terhadap aku" kataku dengan tegas. Tapi aku rasa Hazem tu ada hatilah kat kau sebab dari renungan matanya tadi aku dapat rasakan dia memang sukakan kau" kata Min. "Tahlah Min…tu aku tak tau pulak…dahlah tu kita tutup cerita pasal dia…sekarang nie jomlah kita pergi shopping lagi bagus" kataku sambil menarik tangan Min. Di pejabat aku buat keje macam biasa dan aku sering melarikan diri dari Hazem malas aku nak bertembung dengan dia…mesti dia nak tanya pasal kejadian malam tu. "Rina masuk kejap" Hazem memanggilku. Aku dah agak mesti dia panggil punya. "Rina…kenapa semalam kau buat aku macam tu kau tak sepatutnya tinggalkan aku dengan Aleeya macam tu ajee" katanya dalam nada marah. "Salah ke aku buat camana tu?" soalku."Kalau aku ada kat situ nanti kacau daun pulak" kataku dengan geram. "Dahlah Hazem aku tak nak bertengkar lagi… tambah-tambah pasal kau dengan Aleeya tu…sekarang nie kita kat pejabat kita citer pasal kerja saja okey aku tak nak bincang pasal peribadi kita kat sini.." kataku terus berlalu keluar dari biliknya.

Baru saja aku keluar Min memanggil aku "Rina ada panggilan telefon untuk kau" Siapalah yang telefon aku pagi-pagi nie…dahlah mood aku tengah panas nie. Kedengaran suara dari corong telefon itu aku dah kenal suara itu kepunyaan Aleeya. Alamak! Apalah yang dia hendak lagi nie. "Hello! Rina…aku nie Aleeya kau sibuk ker maaflah kalau aku menggangu" katanya. "Taklah.. eh! Tak pernah-pernah kau call aku…tetiba mimpi call aku nie mesti ada hal kan " jawab aku. "Memang aku ada hal penting sangat nak jumpa kau sebab tulah aku cari kau…boleh tak kita pergi lunch sama aku tunggu kau kat Caf� on The Tenth …jangan tak datang aku berharap sangat nie…" katanya. "Okeylah" kataku dalam nada terpaksa.

"Hai! Aleeya" sapaku. "Hai! Rina terima kasihlah sebab kau sudi luangkan masa untuk aku" katanya. "Hah! Perkara apa yang penting sangat kau nak jumpa aku ni" kataku. "Nie pasal Hazem…aku nak mintak tolong sikitlah, Rina. Aku tahu kau saja yang dapat menolongku dalam hal ini" Aleeya membuka bicara. "Tolong? Tolong apa… cuba kau berterus-terang ajelah tak payah nak panjangkan cerita" kataku. "Boleh tak kau tolong sampaikan kepada Hazem yang aku masih lagi menyintainya dan cinta aku padanya tak pernah padam" kata Aleeya dalam nada tersekat-sekat menahan tangisan. "Kau dah gila ker kau kan dah bertunang dan bulan depan kau akan berkahwinkan. Aku tak berani nak cakap macam tu dengan dia kalau kau nak kau bagi tahulah dia sendiri…" kataku dengan tegas.

"Perkahwinan aku ini pilihan keluarga bukannya kehendak aku. Aku tahu kau saja kawan paling rapat dia dan hanya cakap kau saja yang dia boleh dengar... tolonglah Rina sampaikan pesanan aku tu…tolonglah Rina" katanya merayu. "Dah! Aku katakan aku tak nak… keputusan aku muktamad" kataku tegas. "Tolonglah…aku masih cintakan dia" Aleeya masih lagi merayu. "Kalau kau cintakan dia kenapa kau terima lamaran tunang kau tu dan tinggalkan Hazem macam tu saja" kataku. "Kan aku dah terangkan Rina, aku bertunang dengan dia atas pilihan keluarga aku bukannya kehendak aku… tolonglah beritahu Hazem," Rayunya lagi. "Kau ingat aku nie apa… nak jadi orang tengah antara kau orang berdua… aku minta maaflah Aleeya aku tak dapat tolong kau pasal perkara nie" kataku terus beredar dari situ.

Semenjak kebelakangan nie hubungan aku dan Hazem semakin dingin saja aku nak menjauhi diri dari dia tambah-tambah lagi lepas kejadian aku jumpa dengan Aleeya kelmarin. Dari jauh lagi En. Kushairi melambai kat aku isyarat memanggil aku. Apabila aku masuk ke bilik En. Kushairi sempat jugaklah aku jeling dekat Hazem nak dari matanya aku dapat rasanya dia merenung tajam dekat aku. "Rina…tolong buatkan satu salinan proposal nie" katanya. Dan aku dikejutkan dengan satu soalan dari En. Kushairi "Bunga kalu kita tanam kita kena jaga dia elok-elok… betul tak Rina" katanya bersahaja. Aku ya kan aje dan terus berlalu tapi aku hairan jugak macam dia tahu-tahu aje hubungan aku dengan Hazem tu dingin kebelakangan ini.

Selesai sahaja buat satu salinan proposal tu aku terus masuk ke bilik En. Kushairi dan memberikan proposal itu kepadanya tanpa berkata sepatah pun dan aku dapati Hazem pun dah hilang dari bilik tu jugak. Keluar sahaja dari bilik En. Kushairi, Hazem memberi isyarat supaya berjumpa dengan dia aku pun dengan selamba terus sahaja duduk dikerusi di hadapannya tanpa disuruh. Tiba- tiba dia bersuara memecahkan kesunyian "Lepas ofis nie kau ada pergi mana-mana tak…" katanya ringkas. "Kenapa?" soal ku."Boleh tak kita keluar sebab aku ada hal peribadi nak cakap tak manis rasanya kalu nak bercerita dekat ofiskan…" katanya seperti menyindir aku aje. "Tak bolehlah aku ada hal…" jawab ku ringkas. "Kau jangan nak mengelak lagi… tolonglah aku nak bincang hal nie penting sangat. Hal ini antara hidup dan mati tau" katanya dengan nada merayu. Terkedu jugak aku dibuatnya apabila dia merayu sampai macam itu sekali. Aku pun tak sampai hati untuk menolak pelawaannya kali ini. Akhirnya aku mengangguk tanda setuju. "Terima kasih, Rina" katanya dengan wajah yang ceria dan dia menghadiahkan senyuman manis padaku.

Kami memasuki Melting Pot Caf� dan Hazem memilih tempat duduk yang agak sudut sedikit jauh dari pegunjung yang lalu-lalang di situ. Setelah memesan makanan Hazem pun memulakan bicaranya. "Kenapa semenjak akhir-akhir nie kau selalu nak lari dari aku" katanya. "Aku lari dari engkau, mana ada aku kan biasa jeee…tak ada siapalah yang nak larikan diri" kataku. "Jangan nak berbohonglah….aku tau mesti ada sesuatu yang kau sembunyi dari aku...baik kau ceritakan dekat aku kalau tak aku akan buat sesuatu" Katanya. "Eh! suka hati akulah nak bagi tau ker tak. Apa kau nak buat kalu aku tak nak cerita…jangan cuba nak ugut aku lah" kataku gementar. Panik jugak aku kalu dia buat sesuatu yang tak senonoh macam mana pulak aku nak larikan diri nanti.

Sebaik saja aku berkata macam tu... Hazem terus merapatkan tubuhnya kepada aku, menggengam jari-jari tangan aku dan dia merapatkan mukanya ke muka aku hingga hampir nak tercium pipi aku rasanya. "So... sekarang macamana kau masih tak nak ceritakan lagi. Aku bilang sampai tiga kalu kau tak nak bagi tau jugak…taulah apa aku nak buat" katanya tegas. "Baiklah-baiklah aku ceritakan tapi boleh tak kau duduk jauh sikit dari aku sebab aku rasa tak selesalah kau buat kau macam ini" kataku panik. Barulah dia merenggangkan sedikit badannya pada ku dan menjauhkan mukanya tetapi jari-jari ku masih kemas dalam gengamannya seperti tidak mahu dilepaskan…

Dengan menarik nafas lega aku pun memulakan bicara. "Lepas kejadian kita jumpa Aleeya dekat restoran malam itu dia ada call aku. Dia mintak sangat nak jumpa aku…mula-mula aku malas nak layan tapi dia terus memujuk aku supaya keluar jugak dengan dia. Dia nak mintak aku jadi orang tengah untuk menyambung balik hubungan dia dengan kau…tapi aku tak nak" ceritaku panjang lebar. "Oooo begitu rupanya cerita dia…aku memang dah lama lupakan dia sejak dia tinggalkan aku dulu. Kasih sayang dia pun dah lama aku kuburkan jadi sekarang ini memang aku tak nak ada apa-apa hubungan pun dengan dia" katanya memberi penjelasan kepadaku. "Okeylah, kita lupakanlah kisah dia sekarang nie aku nak kita bincangkan pasal kita berdua" katanya. "Sudi tak kiranya kau jadi suri hidupku" katanya bersungguh-sungguh. Aku terkejut dan termangu seketika. "Biar betul kau nie, mimpi ker?" kataku terkejut. Dia tersenyum lantas menjawab "Aku tak bermimpilah dan kau pun tak bermimpi jugak...ini memang realiti tau tak. Sebenarnya dah lama aku suka dekat kau cuma kau saje yang tak perasan. Makin dipendam perasan aku nie makin hati aku terseksa jadi malam ini aku buat keputusan untuk melamar kau" katanya. "Tapi aku rasa tak cukuplah kau saje yang suka dekat aku macam mana pula dengan family kau…boleh ker mereka semua terima aku…" kataku memberi jawapan

"Tu kau jangan risau mak dan bapak aku pun memang suka dekat kau dan mereka pun memang memberi sokongan aku pilih kau…sebab dia orang kata masa aku belajar dekat overseas dulu kau selalu jenguk mereka. Untuk pengetahuan engkau pakcik aku pun beri sokongan kepada aku untuk memilih kau" katanya. "Pakcik? aku kenal dia ker" tanyaku kehairanan. "Alah, takan kau tak kenal dengan En. Kushairi dialah pakcik aku. Dialah yang banyak membantu aku untuk perhatikan kau masa aku study dulu." jelasnya. Sekarang ini barulah aku perasan, padanlah boss aku tu macam tahu saje hubungan aku dengan Hazem nie dan selalu ambil berat pasal aku rupanya dia jadi spy anak buah dia.

"Kalau macam tu bagilah aku waktu untuk berfikir dulu Hazem nanti baru aku boleh buat keputusanya" kataku. "Baiklah…tapi janganlah fikir lama-lama sangat aku dah lama menunggu ini nanti melepas pulak aku hahaha…" katanya. Sempat jugaklah dia buat lawak. Kalau boleh memang aku nak jerit aje "Ya, saya terima awak" tapi maklumlah aku ini kan gadis bersopan-santun terpaksalah control perasaaan dan lindah aku pun dah kelu hanya aku mampu berbisik "Kau tercipta untuk ku" kataku dalam hati. Tapi sebenarnya dalam fikiran aku nie memang dah ada jawapannya tapi saja aje aku nak biarkan dia tertunggu-tunggu dengan jawapan aku tu….

No comments: