Sorry lah yang. Abang sibuk. Lain hari kita jumpa ok?"
Tapi abang dah janji nak jumpa Efa minggu ni!"
"Abang betul betul minta maaf. Abang tak boleh abaikan kerja begitu sahaja."
"Dah seminggu Efa tak jumpa abang tau!"
"Ok!Ok! Abang janji abang akan luangkan masa untuk Efa bila kerja abang semua dah selesai. Abang bawa Efa ke Sentosa ok?"
"Ok. Janji tau!"
Efa tersenyum simpul. Hatinya lega bila dipujuk oleh Amir. Efa tahu Amir sedang sibuk dengan kerjanya. Efa tidak mahu menggangu Amir. Efa terlalu menyayangi diri Amir. Perhubungan yang telah dijalin seja dua tahun lebih dahulu tidak pernah bergelora. Kasih sayang yang dicurah oleh mereka sungguh mendalam. Amir telah berjanji hendak memperisterikan Efa jika cukup segalanya. Amir mahu mengumpul wang sebanyak mungkin supaya masa depannya dan Efa terjamin. Amir ingin kehidupan yang mewah. Efa pun juga. Bagi Amir yang penting adalah kebahagiaan Efa.
Semenjak dinaikkan pangkat, Amir menghabiskan masanya pada kerjayanya. Tidak seperti dahulu bila Amir sentiasa mengambil Efa pulang dari kerja dan bersiar-siar. Semakin hari, semakin kurang hari pertemuan mereka. Efa mula merindui Amir. Semakin hari semakin kuat. Efa kepingin berjumpa Amir, tapi Efa terpaksa bersabar.
"Efa. Abang minta maaf ya. Abang esok ada meeting. Jadi kita terpaksa batalkan rancangan untuk pergi ke Sentosa esok. Kita pergi lain hari ok sayang?"
Efa terdiam seketika.
"Efa. Sory lah yang. Abang sibuk betul. Lain hari kita jumpa ok?"
"Ok" jawab Efa ringkas.
Namun hati dan perasaannya begitu pilu dan sedih kerana kerinduannya tidak dapat diubati.
"Efa faham. Abang jangan lah kerja kuat sangat. Abang perlukan rehat."
"Jangan risaukan abang ok. Efa jaga diri baik-baik. Satu hari kita jumpa lagi."
"Abang. Kalau boleh Efa nak sambut hari jadi Efa bersama Abang."
"Oh ya. Hari jadi Efa. Abang hampir terlupa. Ok nanti dah sampai harinya abang akan ambil cuti. Abang ada surprise untuk Efa. Promise ok?"
"Terima kasih bang. Love you."
"Love you too Efa"
Efa termenung jauh. Walaupun janji telah diberikan pada Efa, Efa seperti masih tidak berpuas hati. Efa terlalu merindui Amir. Efa kecewa kerana sudah lama Amir tidak berjumpa dengannya. Namun Efa tabahkan hati. Efa bersabar menunggu hari-hari pertemuan mereka. Efa mahu melepaskan semua kerinduannya pada Amir bila berjumpa dengannya kelak.
"Efa. Ayah tengok kau ni asyik muram sahaja." Tanya ayah Efa ketika Efa sedang termenung di tepi tingkap biliknya.
"Dia rindukan Amir tu paknya" sampuk Ibu Efa.
Efa tersenyum simpul.
"Mak ni ada saja. Takde lah. Efa cuma tengah berangan aje." Sambil ketawa.
"Efa. Kau pun dah besar. Bila lagi kau nak berumah tangga? Jangan lama-lama nak. Tak baik" ibu Efa mengeluh sambil mengusap rambut Efa yang ikal mayang itu.
"Aah lah Efa. Bapak risau tengok anak dara bapak ni asyik termenung aje. Pergi kahwin cepat-cepat. Senang hati bapak. Amir pun umurnya bukan muda."
"Alah pak. Tunggu sahaja lah. Efa dan Abang Amir hendak mengumpul wang sebanyak mungkin. Jadi bila dah kahwin nanti boleh beli rumah besar, kereta besar dan semua lah yang besar-besar."
"Kau ni Efa. Itu yang kau fikir. Kita orang islam yang penting bernikah terus jika sudah bersedia. Kalau nak tunggu semua yang besar, jadi anak dara tua lah kau."
"Ye lah pak. Nanti kalau dah siap semua, kalau abang Amir dah nak datang merisik. Efa bilang bapak ya." Jawab Efa lalu mengangkat kaki menuju ke bilik air.
Efa sudah lama berfikir. Efa sudah lama inginkan perhubungannya dan Amir diakhiri dengan sebuah perkahwinan. Tapi Amir belum bersedia. Dia mahu mengejar cita-citanya dahulu. Efa mengerti. Efa sanggup tunggu Amir sampai bila-bila sahaja. Efa juga tidak suka tunggu lama-lama. Efa sedar dia anak dara Sunti. Tidak manis jika sering keluar dengan lelaki yang bukan muhrimnya. Efa insafi itu semua. Tapi Efa amat menyintai Amir. Amir memberi Efa seribu harapan. Efa percaya Amir tidak akan menipu dirinya. Selama dua tahun lamanya, Amir tidak pernah menyakiti hati Efa. Kerana itu, Amir telah menambat hati gadis jelita itu. Bagi Efa, Amir lah cintanya yang pertama dan yang akhir. Amir lah orang kedua bertakhta di dalam hatinya selain dari ibu-bapanya.
Hari yang ditunggu-tunggu susah sampai. Hari itu adalah hari kelahiran Efa yang ke 23 tahun. Sudah masanya untuk Efa berumah tangga. Itulah kepercayaan orang tuanya. Bagi mereka umur itu memang seharusnya sudah berumah tangga. Efa percaya hari itu akan datang. Efa pasti Amir akan melamarnya. Hanya masa yang menentukannya.
Awal-awal lagi Efa sudah bangun untuk bersolat subuh dan selepas itu dia pun bersiap sedia dengan pakaiannya yang cantik. Amir telah berjanji untuk mengajaknya keluar pada hari itu. Amir juga telah berjanji hendak memberi 'Surprise' kepadanya. Efa tunggu di sebelah telefon biliknya sambil membaca surat khabar. Hatinya berdebar-debar apabila mendengar deringan telefon. Berapa kali sudah telefon berdering dan dengan pantas Efa menyambutnya mengharapkan panggilan dari Amir. Tapi Amir masih tidak kedengaran. Hanya panggilan dari teman-teman kuliahnya untuk mengucapkan Selamat hari jadi.
"RINGGG" "RINGGG"
Telefon berdering beberapa kali. Efa bergegas keluar dari bilik air.
"Assalamualaikum. Abang Amir ke tu?"
"Wa'alaikumsalam. Ya Efa. Selamat hari Jadi sayang."
"Kenapa abang lambat telefon Efa. Penat tau Efa tunggu Abang. Bila abang nak datang jemput Efa ni? Efa dah siap."
"Efa. Abang minta maaf ya. Abang terpaksa pergi meeting hari ini. Abang betul betul sorry."
"Tapi abang dah janji!"
"Abang tahu, tapi Efa fahamkan kedudukan Abang. Semua projek syarikat abang yang harus gendalikan. Sekarang abang terpaksa pergi ke Malaysia untuk bertemu dengan pelanggan. Sorry sayang. Abang tak sangka jadi macam gini."
Efa terdiam. Air matanya sudah mula menitis. Kerinduan yang dipendam selama ini masih belum dapat dilepaskan.
"Efa. Are You OK?"
"Tak pe. Efa tak kisah. Kerja Abang kan lebih penting"
"Efa. Abang tahu Efa marah. Tapi Efa kena faham. Abang buat ini semua untuk masa depan kita berdua. Efa nak kita bersatu kan? Jadi Efa harus bersabar. Efa fahamkan keadaan Abang?"
"Efa nak cakap apa lagi? Ok. Efa terima alasan abang. Tapi bila lagi abang nak luangkan masa untuk Efa. Dah sebulan kita tak berjumpa. Abang tak rindukan Efa ke? Efa betul-betul rindu dekat abang. Jumpa sekejap pun jadilah bang. Sekurang-kurangnya terubat rindu Efa ni."
"Eh siapa kata tak rindu. Efa lah orang yang paling Amir sayang. Efa lah bulan, Efalah bintang Efa lah nyawa abang."
"Bila nak jumpa Efa nie?"
"Emmm"
"Adalah kerja dia tu"
Amir ketawa.
"Baik. Kali ini Efa maafkan. Tapi Abang kena berjanji dengan Efa untuk datang ke rumah minggu hadapan. Ella mahu sambut hari jadinya di rumah."
"Hari jadi Ella? Yang ke berapa?
"12. Itu pun lupa. Datang tau?"
"Ok. Ok sayang, intan payung, Abang datang ok?"
Amir berjaya memujuk Efa sehingga Efa mengalah. Sikap Amir yang lembut, Manja dan pandai memujuk membuat Efa semakin mempercayai dan menyayangi dirinya. Tiada lelaki lain yang dapat menandingi Amir. Efa bertuah dapat pasangan seperti Amir.
"Efa. Hari ini kan hari jadi Efa. Janganlah bersedih. Ibu tahu Amir tu ikhlas orangnya. Efa mesti ingat, sesuatu kebahagiaan yang mahu dikecapi harus mempunyai pengorbanan yang besar. Efa harus berkorban sedikit untuk kebahagiaan Efa masa depan. Amir tu rajin budaknya. Dia bersungguh-sungguh bekerja untuk masa depannya."
"Efa tahu mak. Tapi takkan tak ada masa langsung untuk Efa?"
"Efa. Kan mak dah kata, Efa harus berkorban untuk kebahagiaan kamu berdua. Jangan risau Efa. Mak tengok Amir tu jujur orangnya. Efa sabar sahaja ye nak. Bila dah cukup segala-galanya datang lah dia untuk melamar kau."
Efa diberi semangat dan sokongan dari keluarganya. Amir pula sentiasa memujuk dan mengambil hati Efa. Kesedihannya masih dapat dikawal walaupun kerinduannya masih belum dapat dilepaskan.
Hari demi hari, Efa menunggu saat-saat untuk berjumpa dengan Amir. Efa sudah tidak sabar untuk mengubati rindunya. Akhirnya hari yang dijanjikan telah tiba. Efa menyiapkan diri dengan pakaian yang menawan khas untuk Amir. Tetamu semakin ramai datang ke rumah. Tapi bayang-bayang Amir masih belum kelihatan. Efa cuba beberapa kali untuk menghubungi Amir melalui telefon bimbitnya, tapi telefon itu dimatikan. Efa menjadi semakin resah. Amir tidak menghubunginya langsung. Telefon bimbitnya juga tidak dapat dihubungi. Sambutan hari lahir adiknya Ella sudah bermula. Efa masih diluar pintu menunggu kehadiran Amir.
"Efa. Masuklah layan tetamu ni." Ibu Efa menarik Efa ke dalam.
"Nantilah Bu. Abang Amir ni. Janji nak datang tapi batang hidung pun tak nampak? Efa risaulah bu. Takut ada apa-apa terjadi pada Abang Amir."
"Ish kau ni. Tak sayang mulut. Alah nanti datang lah dia. Efa tunggu aje Amir telefon."
Efa masih tidak mahu berganjak dari muka pintu. Dia masih mahu menunggu Amir. Telefon ditanganya tidak henti memicit nombor telefon Amir. Tapi masih tidak berjaya. Akhirnya Efa cuba telefon pejabatnya walaupun hari itu hari Ahad. Efa hanya mahu mencuba nasibnya. Hatinya sudah tidak tenang.
"Ringggg"
"Hello. Saya Rina boleh saya bantu?" jawab seorang gadis dari pejabat Amir.
"Boleh saya tahu Amir ada di pejabat tak?"
"Oh Encik Amir pergi bercuti dengan keluarganya." Jawab gadis itu yang dipercayai kerani Amir yang kebetulan datang ke pejabat untuk mengambil barangnya.
"Keluarganya? Maksud awak dengan ibu-bapanya? Bercuti ke mana?"
"Kalau tak silap saya Encik Amir pergi berbulan madu dengan isterinya. Bulan lepas kan mereka baru berkahwin. Boleh saya tolong puan?"
Efa terdiam. Dia tidak mempercayai kata-kata kerani itu. Efa tidak berpuas hati lalu meminta kerani itu memberinya nombor telefon rumah Amir. Selama ini Amir tidak pernah memberi nombor telefonnya kerana Amir jarang berada dirumah. Jadi cara untuk menghubunginya adalah melalui telefon Bimbitnya.
Selepas diberi nombor telefon rumah Amir, Efa bergegas menelefon rumah Amir.
Seorang wanita menjawab panggilan itu.
"Hello."
"Hello. Ini rumah Amir ke?" tanya Efa.
"Ya betul. Tapi Abang Amir tak ada. Awak siapa?"
"Saya temannya Efa. Dia pergi mana?"
"Kakak dan abang pergi Honeymoon di Paris." Jawabnya ringkas.
Telefon yang dipegang Efa terjatuh ke lantai diikuti dengan tubuh badannya yang tiba-tiba rebah ke lantai depan pintu rumahnya. Efa Meraung.
No comments:
Post a Comment