Semalam, Imran Izuan telah selamat pulang semula ke tanah air yang telah agak lama juga dia tinggalkan. Dia sudah penat dan berasa rimas berada di negara orang. Jika dahulu dia terlalu mengagung-agungkan tanah barat itu, tetapi kini dia mula menyedari Malaysia juga tiada kurangnya. Dia rindu teramat sangat pada kampung halaman; ayam, itik, kebun dan rumah pusaka arwah ayahnya. Dia menyesal kerana selama berada di London, dia tidak pernah tergerak hati untuk pulang menziarahi bonda dan ayahanda tercinta sehinggakan berita kematian ayahnya turut tidak diketahui olehnya. Apakan daya, sudah tiba masa bagi ayahnya menyeru panggilan Illahi. Rentetan daripada peristiwa itu, ibunya telah kehilangan kewarasannya. Ya! Kini, Mak Timah hilang ingatan. Dirinya tidak lagi terurus. Kanak-kanak kampung terutamanya, gemar mempersendakannya.
“Mak cik Timah gila… Yeh! Yeh! Mak cik Timah gila. Eeik busuknya!” Inilah antara ungkapan-ungkapan buruk yang sering dilontarkan. Kalau setakat cacian, boleh juga dimaafkan. Tapi, kalau dah mula menyakiti tubuh Mak cik Timah mereka memang patut dipersalahan. Tak habis-habis nak baling batu kearah mak Timah. Takkanlah kerana sebab sekecil itu, mereka sanggup mendera mak Timah yang tidak pernah berniat jahat pada sesiapa pun sebelum ini. Inikah balasan bagi seorang yang bertimbang rasa dan baik hati?
“Ya Allah Ya Tuhanku… Berdosa besar aku kerana meninggalkan orang tuaku semata-mata untuk memenuhi kepuasan diriku sendiri. Aku tidak menjaga mereka dengan baik. Ayah juga telah menghembuskan nafas terakhirnya tanpa aku disisi. Dalam tak sedar aku telah menjadi anak derhaka. Kenapa tidak aku sedari selama ini? Aku sujud pada-Mu, memohon agar kau ampunkan dosaku ni. Mulai daripada saat ini, aku berjanji akan menjaga ibuku dengan mencurahkan kasing-sayang sepenuhnya seperti yang sebelum ini pernah aku perolehi. Aku ditatang bagaikan minyak penuh. Aku bertaubat, Ya Allah. Kau berkatilah hambamu ini, ya tuhan… Amin.” Tanpa disedari Imran Izuan mula menitiskan air mata kepiluan mengenangkan kebodohan dirinya sendiri. Dialah penyebab ayahnya meninggalkan ibunya bersendirian. Dia menyesal tak sudah-sudah dengan tindak-tanduknya. Tetapi apakan daya, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.”
Imran Izuan berusia 28 tahun dan merupakan bekas graduan daripada Universiti Perubatan di India. Dia seorang pelajar yang cemerlang sehinggakan menerima tawaran daripada London untuk melanjutkan perkhimatannya sebagai seorang doktor disana. Itulah yang diidam-idamkan oleh Imran Izuan sebelum ini.
“Kring! Kring! Kring!” telefon rumah Imran Izuan berbunyi menandakan ada yang teringat kepada mereka dua beranak.
“Assalammualaikum, Imran Izuan ni. Boleh saya tahu siapa disana?”
“Waalaikummussalam. Iz, Rahim ni.”
“Rahim! Apa khabar kau sekarang. Lama tak dengar khabar ya. Macam mana kau tahu aku ada kat sini.”
“Iz, takkan kau tak kenal dengan member kau yang sorang ni. Aku sihat walafiat. Aku harap kau pun sama. Mungkin kau tak perasan. Waktu kau kat terminal aku ada terjerit-jerit panggil kau macam orang bodoh. Tak juga kau sahut. Dah tu aku call kau sekarang. Tu pun aku mintak nombor kau kat Irwan.” Panjang lebar Rahim menerangkan. Sebenarnya Rahim nak mengajak Imran menyampaikan sedikit ceramah disiplin kat pelajar-pelajar dia. Imran sebagai seorang sahabat tak sanggup nak menolak permintaan Rahim. Rahim kini telah menjadi seorang guru berkaliber. Lydia pula peguam sivil, Daus menjawat jawatan sebagai Pegawai Daerah manakala Amir dan Irwan sebagai Usahawan muda yang terkenal. Mereka rakan paling rapat Imran.
Keesokkan harinya disekolah, Imran memulakan dengan memberi salam perkenalan terlebih dahulu. “Assalammuallaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada para pelajar sekalian. Saya Imran Izuan, bekas pelajar sekolah ini dan merupakan sahabat sejati cikgu Rahim. Saya sebelum ni bekerja di London dan bakal meneruskan perkhimatan saya di sini. Hari ni saya dijemput menyampaikan sedikit kata-kata perangsang berkenaan dengan disiplin. Disiplin menentukan diri kita.” Begitulah dia memulakan ucapannya. Sebelum mengakhiri ucapan ringkasnya, Imran telah memberitahu para pelajar, “ pada masa kini, semakin moden dunia ini, semakin tinggi keruntuhan akhlak para remaja terutamanya. Kes ponteng, merokok, menagih, seks bebas, merogol, gengsterisme dan sebagainya menjadi salah satu daripada pegangan hidup remaja. Mengapa ini semua terjadi? Salah siapa? Ibu-bapa, kerajaan atau pihak sekolah? Renungkanlah? Jangan salahkan orang lain, sebaliknya salahkan diri sendiri kerana Allah sudah kurniakan akal kepada kita semua untuk berfikir. Tampillah kehadapan, kerana anda semua bakal menjadi pemimpin negara. Akhir kata, sambut salam manis daripada saya. Saya doakan agar para pelajar akan berjaya dalam kehidupan anda. Wassalam.”
“Wah! Tak sangka ya Iz… kau pandai bermain kata-kata. Nasib baik telinga aku tak berdarah.”
“Hisk.. budak ni. orang dah tolong dia.. pandai-pandai pula nak kenakan orang balik.” Dari dulu sampai sekarang tak pernah nak berubah. Itulah yang bermain dalam kepala otak Imran. Pada petang itu, Imran dan sahabat-sahabatnya yang lain bertemu di warong Pak Abu. Mereka memang gemar kesana. Suka, duka, pahit, manis… semuanya mereka kongsikan disana.
“Iz, kenapa ni? kau tak nampak gembira pun. Ada masalah ke? Monyok je dari tadi aku tengok. Kalau ada yang tak kena tu kongsikanlah dengan kami. Mana tau ada yang boleh kami bantu. Janganlah berahsia sangat. Nanti kau juga yang merana,” pinta Lydia.
Mula-mula Imran ingat tak nak susahkan sahabatnya. Tapi, dia tiada pilihan lain. “Sebenarnya sejak aku tinggalkan Malaysia, ayah jatuh sakit. Selama setahun dia menderita. Akhirnya, dia meninggal dunia. Ekoran daripada kematian ayah, ibu… Ibuku hilang ingatan. Aku tak rela melihat kesengsaraan ibuku. Hatiku bagaikan dipanah rasa bersalah. Aku terpaksa tabahkan diriku. Aku tahu semua ini dugaan tuhan, semata-mata untuk mencabar keimananku,” luah Imran; sayu.
“Sabarlah, Iz. Kami akan doakan agar ibumu cepat sembut.” Buat masa ini, itu sahajalah yang dapat mereka katakan. Lebih kurang seminggu lamanya Imran menanti jawapan berkenaan kerjayanya daripada pihak Hospital. Akhirnya berjaya juga dia mendapat jawatan doktor di Hospital Besar Ipoh. Imran teramat suka-cita. Dia ingin menyambut bersama ibunya. Malam itu, dibawanya Mak Timah ke Hotel yang cukup terkenal di bandar Ipoh, Hotel Syuen untuk menjamu selera. Semua yang ada kat situ, memandang semacam ke arahnya. Ah! Lantaklah. Yang penting mak aku gembira.
Kini sudah genap satu bulan Imran bekerja di Hospital Besar Ipoh. Namun dia sedikit gusar kerana tidak mengambil jurusan kedoktoran dalam bidang sakit jiwa. Seban hari, Imran mencari maklumat mengenai doktor pakar sakit jiwa. Dan… akhirnya dia berjaya mendapat berita mengenai doktor yang dicari-carinya selama ini.
“Mak, Iz nak minta tolong mak ikut Iz ke England untuk rawatan lanjut. Mungkin ingatan mak akan puluh seperti sedia kala. Atau tak pun, mak dapat merasa sedikit perubahan yang boleh mententeramankan jiwa mak.”
“Siapa kau? Kau bukan anakku Iz. Dia dah terbang jauh tinggalkan aku.” Imran tidak sanggup melihat maknya meraung, menangis mengenangkan tindakkan bodohnya dulu. Meninggalkan mereka.
“Mak, Iz minta maaf. Tolonglah mak… Ikut Iz.”
“Kau bukan Iz. Tapi, kau baik. Aku ikut kau dengan syarat kau jaga aku baik-baik.” Alhamdullilah, akhirnya Mak Timah bersetuju untuk mengikut Imran. Malam itu, Imran tidak dapat tidur dengan nyenyak. Dia teringatkan Jane. Siapa Jane?
London sebuah kota yang cukup indah dan terkenal. Pemandangan yang cukup mempersonakan. Bangunannya tersergam indah, unik binaannya. Ramai juga anak muda tempatan menuntut disana. Siapa yang nak lepaskan peluang yang datang dengan sendiri. Imran bahagia tinggal menumpang di London. Dia memiliki kereta dan rumah. Kehidupannya agak mewah. Namun, akhirnya kebahagiaan yang dikecapinya hancur berkecai. Dia mula benci pada diri sendiri. Semuanya kerana kebodohannya sendiri.
Imran mempunyai rupa paras yang menawan. Dia kelihatan seakan-akan kacukkan Inggeris; hidungnya mancung dan matanya yang berwarna hazel itulah keistimewaan yang menyebabkan dia diminati ramai. Buat pertama kalinya, Imran tersungkur dek godaan seorang gadis Britain. Cantik dengan rambut ikal mayang. Itulah Jane, gadis yang berjaya memiliki Imran. Jane seorang yang agak peramah. Tetapi ada sesuatu yang pelik tentangnya. Dia seorang yang tidak mudah berkongsi masalah dan banyak menyimpan rahsia. Imran dan Jane menjadi rakan baik. Jane banyak membantu Imran. Mereka sering bersama. Kemana sahaja mereka pergi pasti bersama. Bagaikan merpati sejoli. Sedikit sebanyak, Jane sudah dapat menguasai Bahasa Malaysia. Akhirnya, persahabatan mereka bertukar menjadi jalinan percintaan. Mereka rapat sehingga sanggup menjalinkan hubungan yang tidak sah. Padahal tiada sebarang ikatan diantara mereka. Mungkin amalan ini biasa di negeri barat. Tapi, bagi penduduk di timur… tidak! Hati kecil Imran sering terusik, dihimpit perasaan bersalah. Dia takut kepada Allah. Kini, dia bertekad untuk menolak pujuk rayu Jane melainkan mereka bernikah. Tetapi, setiap kali mengutarakan isi hatinya, pasti Jane akan mengamuk.
Entah mengapa, sejak kebelakangan ini, kelakuan Jane menyangsikan. Dia sering kelihatan seakan-akan berkhayal. Dia cepat marah. Anginnya sentiasa berubah. Dan, ada masanya dia gembira. Pada suatu hari, seperti biasa Jane dan Imran bergaduh. Mereka kini kerap bertikam lidah. Tetapi, kali ini pergaduhan mereka sampai kepada kemuncaknya. Jane tidak dapat mengawal kemarahannya. Lantas meninggalkan Imran terpingga-pingga. Hampir lima jam lamanya Jane menghilang. Puas juga Imran mencari. Tapi, tak juga jumpa-jumpa. Risau juga dia.
Akhirnya, Jane kembali semula. Imran gembira. “Alhamdullilah, you returned home back. Im really sorry,” Imran memohon maaf. Namun kemudiannya hilang pertimbangan apabila tiba-tiba sepasukan polis memasuki rumah banglo miliknya. Mereka membawa waran gedah. Imran diberkas dan dihadapkan ke mahkamah London atas tuduhan memiliki beberapa gram dadah jenis morfin dan juga sepucuk pistol ditemui. Ia bukan milik Imran. Dia terpaksa berada di kota London sehingga kes tersebut selesai. Mula-mula Imran memang dipersalahkan. Tapi, Allah maha esa…. akhirnya dia dibebaskan daripada penjara setelah dapat dibuktikan bahawa pistol dan juga dadah itu adalah milik Jane oleh peguam Paul Micheal. Nasib baik ada juga orang yang nak bantu dia. Kalau tak sampai bertahun lamanyalah dia terpaksa meringkuk kat dalam penjara.
Setelah Imran dibebaskan daripada tuduhan membuta-tuli tu, dia terus mengambil keputusan untuk pulang semula ke pangkuan keluarga. Tulah dulu degil tak nak dengar cakap ibu dan bapanya. Sekarang dia sedar… Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.
Pagi-pagi lagi, dihalaman rumahnya, Daus terpekik terlolong macam orang hilang akal je. Mana taknya, si Imran suruh Daus kesana tepat jam 7 pagi. Tapi, batang hidungnya pun tak kelihatan. “Woi, Iz! Mana kau ni? Tak ingat dunia ke? Aku pekik macam nak pecah bumbung rumah kau, masih tak dengar ke?”
“Eh! Daus, kaum ke? Dah pukul berapa?”
“Astaghfirullah Azim, apa nak jadi dengan kau ni. Masih tidur. Aku ni jerit macam orang gila je kat luar. Malu tau Pegawai Daerah buat perangai macam ni.”
“Sorrylah kawan. Ni aku bersiap. Tunggu kejab,” lauh Imran sambil berlari ke bilik mandi. Daus menggeleng. Dia setia menanti kawannya yang sorang tu. Sebenarnya dia dikehendaki menemani Imran menuju ke Hospital Amran & Ida untuk mendapatkan surat sokongan buat ibunya meneruskan rawatan di England.
“Selamat pagi Encik. Ada apa yang boleh saya bantu?” seorang gadis manis bertanya.
“Emm… begini. Saya nak jumpa dengan Dr. Amran.”
“Maaf, Encik. Dr. Amran belum sampai lagi. Adiknya, Dr. Shahidah Shamie je yang ada. Encik boleh berjumpa dengannya di bilik yang pertama tu,” jelas pembantu perubatan Hospital Amran & Ida.
“Terima kasih,” sampuk Daus. Sibuk je. Mereka berdua menuju ke bilik Dr.Ida. Seorang gadis bertudung tercengat didepan pintu untuk melihat tetamunya yang disangkakan pesakit. Kemas, cantik dan sopan dengan sepasang mata yang tak lekang dek mata memandang.
“Ya. Dipersilakan masuk. Duduklah. Saudara sakit apa?”
“Saya tak sakit, Doktor. Saya datang ni nak dapatkan surat sokongan untuk mak saya. Dr. Amran suruh saya kemari.”
“Ohhh… Saudaralah orangnya ya. Boleh. Tapi sebelum tu, jangan marah ya. Nak tanya sikit. Kenapa nak ke luar negara? Tak yakin dengan kebolehan doktor tempatan ke? Rasanya negara kita pun kaya dengan doktor pakar. Kalau Encik nak saya boleh rekomen seseorang yang saya kenal.” Imran terasalah pula. Ada betul juga apa yang dikatakan oleh Dr. Ida.
“Dr. Ida, saya hanya akan marah jika berencik dengan saya. Nama saya Imran Izuan. Panggil je Iz. Rasanya apa yang Dr. Ida kata tu ada kebenarannya. Saya berbesar hati jika Dr. Ida sanggup kenalkan doktor pakar tersebut untuk merawak ibu saya.” Dalam hati Imran tak habis-habis memuji semangat Dr. Ida.
“Baiklah. Iz pun janganlah panggil saya Dr. Ida. Nama saya Shahidah Shamie. Nanti saya kenalkan dengan Dr. Iman.”
“Terima kasih, Shamie. Tak pe kan saya panggil awak Shamie?” Hanya sekuntum senyuman dilemparkan. Tandanya setujulah. Daus pula tiba-tiba menyampuk, “ Cik Ida, kalau nak tahu, Iz ni pun doktor juga. Doktor sakit puan.” Terbeliak mata Shahidah. Dia tak sangka pun. Akhirnya mereka berdua meminta diri. Didalam kereta, Imran naik rimas dengan perangai Daus yang makin mengila tu.
“Lawa ya Ida tu. Manis mukanya.”
“Bila pula kau mula merasa muka orang, Daus. Setahu aku dulu kau hanya merasa sirap manis.” Saja Imran mengenakan Daus. Terdiam terus si Daus tu. Tak nak menyampuk lagi. Kan kena siku pula dengan Imran. Petang tu juga Imran membawa ibunya berubat. Niatnya agar ibunya cepat sembuh. Shamie pun ada disitu. Rupanya Dr. Iman tu bapa dia. Becok juga minah ni. Macam-macam dia tanya. Sejak daripada pertemuan pertama itu, Imran dan Shamie sering berjumpa. Pada suatu hari tu, Imran tergerak hati untuk menceritakan perkara sebenar kepada Shamie. Dari A sampailah Z. Shamie menarik nafas panjang dan melepaskan semula. Mereka berpandangan.
“Dahlah tu, Iz. Perkara yang lepas tak payah dikenang-kenang. Buang yang keruh ambil yang jernih,” jelas Shamie, lembut tetapi bersungguh-sungguh. Imran meneliti wajah Shamie kemudian perlahan-lahan menjawab.
“Awak seorang yang baik.” Shamie tersenyum manis. Mencairkan hati kelelakian Imran.
“Iz, tak kerja ke hari ni?” sengaja cuba mengubah topik perbualan.
“Off. Dua hari. Dah lewat ni. jom balik. Saya hantar.” Tawaran Imran disambut oleh Shamie. Lagipun dia tak bawa kereta malam tu.
Hampir lima bulan lamanya Imran setia menemani ibunya mendapatkan rawatan daripada Dr. Iman yang akhirnya membuahkan hasil. Mak Timah pulih sepenuhnya dan bersyukur kerana anaknya insaf terhadap perkara lepas. Kini, dia dijaga baik oleh Imran. Tiada sikit pun runggutan malas daripada Imran. Dia bangga menjaga ibunya.
Pada malam itu, Imran menghubungi Shamie. Hatinya tiba-tiba merindui senyuman gadis kecil molek itu.
“Hi, Shamie. Dah tidur ke?”
“Hi, Iz. Belum. Tak ngantuk lagi. Apa hal malam-malam buta macam ni awak call.”
“Emmm… tak ada apa-apa. Saja, rindu. Kenapa, tak boleh ke?”
“Boleh tu bolehlah… Tapi kan Shamie ni anak dara orang. Apalah mak abah fikir nanti. Iz tu rindu kat saya, apasal? Bukannya tak jumpa pagi tadi.” Hai pura-pura tak fahamlah pula budak ni, fikir Imran bersendirian.
“Wahai cik adik manis woi, awak tak tahu ke kenapa saya call? Tak pelah. Saya pun malas nak ganggu Shamie lagi. Tidur tau. Jangan termimpikan saya pula,” usik Imran. Entah azimat apa Imran pakai, Shamie tak dapat nak lelap.
“Hisk, ilmu apa yang cik abang ni pakai. Aku tak dapat tidur pula.”
Kini sudah genap dua tahun lamanya Imran dan Shamie berkawan. Kedua-dua belah keluarga memang mempunyai niat untuk menggandingkan mereka. Tetapi, tidak berani menyuarakannya kerana tidak tahu apa yang ada dalam hati kedua-dua anak muda itu.
“Shamie, awak free tak malam ni?”
“Eh! Apasal?” tanya Shamie kembali dengan nada suara peliknya.
“Emmm…. Iz nak ajak Shamie keluar. Makan malam. Tu pun kalau Shamie tak keberatanlah. Iz ada hal penting nak cakapkan pada Shamie. Perkara ni tak boleh dibincangkan dalam telefon,” rayu Imran. Pandai je dia nak pujuk Shamie.
“Baiklah. Shamie datang. Tunggu tau,” akhirnya terpaksa juga dia memberikan persetujuan. Sebabnya Imran beria benar menjemputnya. Shamie sangat menawan malam tu. Sesiapa yang melihatnya pasti akan jatuh cinta. Sengaja dia bergayakan baju kurung kedah yang berkain sutera tu.
“Wau! Shamie nampak cantik malam ni. silakan duduk,” pelawa Imran sambil menarikkan sedikit kerusi kat restaurant mahal tu. Mereka menikmati makan malam yang indah bertemankan lilin yang siap terpasang kat atas meja. Macam pasangan kekasih pula jadinya. Tiba-tiba…
“Shamie, sudikah awak menjadi suri hidup saya? Saya ingin mengambil awak menjadi isteri saya yang sah,” lamar Imran. Muka Shamie dah merona merah. Rasa macam nak menangis je. Nak buat kejutan pun jangan waktu ada ramai orang macam tu. Malulah. Imran menghulurkan sebentuk cincin berlian yang dipilihnya khas buat Shamie beberapa bulan lepas. Dia dah bertekad nak luahkan isi hatinya secepat mungkin sebelum kena sambar. Walaupun Shamie terkejut dengan lamaran spontan Imran, namun akhirnya dia terima juga. Dah cinta biasalah. Dia memang suka kat Imran sejak dulu lagi. Lebih-lebih lagi bila Imran sudi berterus-terang mengenai peristiwa hitam yang pernah melandanya dulu. Mereka menyampaikan berita tersebut sejurus tiba dirumah. Keluarga mereka apa lagi… gembiralah…
Akhirnya majlis akad-nikah mereka selesai juga. Walaupun majlis mereka menerima tetamu tidak diundang, siapa lagi kalau bukan si Jane. Yang sengaja datang nak tuntut balik cinta lamanya. Nasib baik Imran ni kuat imannya. Dia sikit pun tidak menoleh ke arah Jane. Malahan memeluk Shamie lebih erat. Biar meluat Jane melihat kebahagiaannya. Jane yang memang panas baran tu, meninggalkan pasangan yang baru sahaja mendirikan rumah-tangga itu bermain kasih. Dia kecewa kerana pernah menghancurkan sendiri cinta miliknya. Syukur! Kini Imran bijak membuat pilihan yang terbaik buat selama-lamanya.
-TAMAT-
No comments:
Post a Comment