Thursday, May 13, 2010

Alamak !

Alamak ... Dia Lagi! 1



“Aduh… lenguhnya tangan aku ni Mila! Mau tertanggal dibuatnya kalau tiap-tiap hari macam ni. Lagi-lagi kalau ‘pakcik’ tu yang suruh! Tak pernahnya dia bagi assignment yang sikit-sikit, sekali bagi menimbun fail atas meja aku ni.Sila rujuk kebawah untuk membaca keseluruhan cerpen“Kalau disusunlah sekalian fail tu, maunya setinggi bangunan KLCC tau!” omelku terus-terusan sambil mataku melilau ke arah meja Mila, kawan sepejabatku yang selama ini seringkali menjadi mangsa bebelanku.Nak buat macam mana, dah dapat kawan macam aku ni, kenalah ada tahap kesabaran yang tinggi! Aku ni pula jenis yang kuat memprotes. Ada je benda yang tak kena di mata aku ni. Semua benda aku nak komen. Kalau tak keluar kritikan aku tu, tak sedap badan pula jadinya!“Eleh, kau ni cakap je lebih! At last siap juga,” balas Mila yang sedari tadi aku perhatikan dok tercongok depan monitor komputernya. Aku rasalah, Mila mesti tengah hantar e-mel kat boyfriend dia. Yelah, loving couplelah katakan! Aku ni juga yang still available (ala-ala tak laku pun ada juga)...“Kau jangan sebarang cakap Mila, punya banyak fail ni, dia suruh aku update dalam seminggu je tau! Dah la hujung minggu ni aku kena balik kampung. Mak aku kata emergency. Entah apa kenanya mak aku tu, suruh cakap tak nak, katanya balik dulu. Ni yang buat aku bertambah tension,” kataku sebaik melihat Mila yang tersenyum kambing padaku.“Apa senyum-senyum? Aku tahulah kau punya gigi tu putih, bersih dan berseri bagaikan mutiara. Boleh jadi model iklan Colgate lagi! So, janganlah tayang-tayang kat aku,” seringaiku sejurus selepas itu.“Aku bukan apa, bos kita tu mesti dah naik syok kat kau. Tu pasal dia bagi kau kerja banyak-banyak, kononnya nak test tahap kesabaran kau! Alah, macam cerita Musang Berjanggut tu. Nak cari bakal isteri yang tahan sabar dengan cara yang paling unik dan belum ada lagi dalam dunia ni orang guna stail tu untuk mencari jodoh tau! So, kesnya samalah macam kes kau ni. Dia nak yang tahan sabar dan bijaksana serta bijaksini macam kau!” sambung Mila panjang lebar. Budak ni kalau diberi peluang bercakap, mengalahkan aku! Hisshh... tak boleh jadi ni!“Ha, yang kisah mak kau ni pula. Aku fikir, mesti ada rombongan nak meminang kau, tu yang secret sangat!” ujarnya selepas menarik nafas panjang. Aiik budak ni, ada lagi dia nak cakap rupanya. Aku ingatkan dah habis idea tadi! Baru je aku nak buka mulut, dia dah buka awal-awal.“Sudah-sudah la tu, Mila.Daripada aku dok melayan pendapat-pendapat kau yang tak berasas tu, baik aku call kawan lama aku ada juga faedahnya!” ujarku apabila melihatkan jari-jemari Mila masih setia menekan-menekan keyboard menaip sesuatu yang aku sendiri tak ketahui!Apa la khabarnya si Farah, kawan sekolah aku dulu. Rasanya dah dekat lima tahun tak dengar khabar dia. Budak ni pun bukannya nak call aku! Eh lupa pula, aku yang tak pernah nak call dia dan selalunya dialah yang rajin call aku! Hah, asyik dok nak protes orang je, penghabisannya batang hidung sendiri yang terkena! Malu-malu, nasib baik orang lain tak tahu. Kalau tak, teruk aku kena kutuk!“Hello, assalamualaikum. Boleh saya bantu?” sahut satu suara yang amat lembut di hujung talian. Hairan ada, pelik lagilah ada. Ya Allah, lembutnya suara minah ni. Dulu sikit punya rock! Takkan dalam masa yang sesingkat ni boleh berubah?“Waalaikumsalam warahmatullah. Ini Farah Suwaibah kan? Cuba teka siapa ni?” soalku tanpa mahu memperkenalkan diriku yang sebenar.Mana la tahu, kot-kot nama lain yang terkeluar!“Eleh, macam la aku tak kenal suara kau. Tak pernahnya nak berubah, still macam dulu juga. Kau tu yang dah tak cam suara aku,” jawab Farah. Dah sah budak ni cam suara aku, cehh... buang karan je aku buat bunga-bunga ayat tadi, dapat juga dia trace suara aku yang ‘merdu bak buluh perindu’ ni!“Lama tenggelam, sekarang baru timbul balik? Busy lah katakan! Almaklumlah, dah jadi assistant manager sekarang ni! Mulalah nak lupakan aku yang serba kekurangan ni,” kata Fara tiba-tiba.Mana pula dia tahu pasal kenaikan pangkatku ni. Setahu aku, aku tak cerita pada sesiapa selain daripada keluarga aku. Tak naklah heboh-heboh sangat nanti dia orang kata aku nak eksyen pula.“Mana kau dapat berita ni? Janganlah percaya sangat khabar-khabar angin ni. Takkanlah aku nak buat macam tu pada kau. Seteruk- teruk aku ni, tak adalah sampai nak melupakan kawan-kawan lama aku,” getusku seakan-akan masih mahu menyembunyikan perkara yang sebenar.“Tak payahlah kau nak sorok daripada aku! Ila dah bagi tau aku masa mula-mula kau naik pangkat lagi. Kata dia, mak kau yang cakap,” tambah Farah tak lama selepas itu.Aduh! Mak aku pula yang bocorkan. Macam mana ni? Punya la aku perap cerita tu, kononnya tak nak bagi tahu kat orang lain, lastly mak aku yang tukang sebarkan! Tapi, kalau difikir-fikirkan balik, mak aku berhak nak berbangga dengan kejayaan anak dia ni. Berbaloi jugalah dia mengandungkan aku terlebih bulan, adik-beradik aku yang lain sembilan bulan sepuluh hari je, aku ni dah jadi sebelas bulan pula! Macamlah tak nak tengok dunia luar.Borak punya borak sampai tak sedar dah dekat sejam lebih aku membazirkan bil telefon pejabat aku! Kalau tahu dek bos siapa punya angkara ni, sah merah la telinga aku dibuatnya. Yelah, bos aku tu dahlah kuat membebel, baran dia tak pernah berkurang! Aku pun naik pening kadang-kadang tu, sikit-sikit nak marah!“Eh, kau ni apahal pula? Lepas je cakap dengan Farah tadi, terus kau dok termenung sorang-sorang! Kau jangan main-main, lain macam je aku tengok kau ni dah kena sampuk ke?” soal Mila seakan berseloroh.“Aku bukannya kena sampuk! Cuma terkenangkan memori-memori lalu,” jawabku sejurus selepas itu.“Memori lalu, memori lalu juga, kau tak nak balik ke? Dah pukul 5 ni, ke kau nak jadi pekerja contoh bos kesayangan kau tu?” soal Mila apabila melihat aku masih ligat mencari fail-fail untuk dibawa balik ke rumah.“Kau ni pun asyik nak cepat je!” balasku. Bagi pandangan aku lah, Mila ni kalau masuk sukan Olimpik acara berlari pas baton, confirm boleh menang! Apa taknya, hari-hari sebelum datang kerja dah pergi jogging dengan boyfriend dia. Padahal badan dia dah cukup slim tapi masih nak kuruskan badan lagi. Kalau non-stop la dia buat kerja macam tu, mau tinggal tulang bila nak naik pelamin nanti!“Cepatlah, nanti aku tinggal kau karang! Tak pasal-pasal kena tidur kat ofis dengan pak guard kat bawah tu,” kata cik minah tu.“Ooo... time aku nak tumpang kereta kau mulalah nak buli aku. Tak apa, esok insya-Allah kereta aku siap, tak payah tumpang kau lagi! Kau bolehlah balik cepat-cepat! Nak tinggal aku pun suka hati kaulah. Kawan apa macam ni? Time senang ada, bila aku tengah desperate ni kau nak hilangkan diri pula. Ni yang rasa macam nak berhenti kerja ni,” jawabku pura-pura sedih.“Alah, kau ni pun. Aku main-main je la, takkan ambil hati kot? Tak yahlah resign, nanti aku tak tahu nak kacau siapa pula lepas ni kalau kau tak ada! Udah le tu kemas barang-barang kau, aku tunggu ni,” sahut Mila dengan nada yang semakin rendah. Agaknya dia percaya aku sedih la kot!“Oklah. Aku nak off dulu komputer ni, karang bos kau tu kata pekerja dia suka membazirkan harta pejabat. Elok-elok bulan ni gaji aku penuh, tengok-tengok bulan depan dah tinggal half sebab kena potong buat bayar bil elektrik.”Dah ditakdirkan aku bekerja dengan bos yang ala-ala kedekut macam ‘Haji Bakhil’ kenalah anak buahnya pandai berjimat! Hisshh,ni ha. Nak tergelak pun ada aku tengok si Mila ni, macam mak nenek pula dok mencekak pinggang tepi pintu tu!“Eh,sekejap yek. Kau tunggu aku kat bawahlah dengan ‘best friend’ kau tu, jap lagi aku turun. Aku nak pastikan dulu barang-barang yang aku kena selesaikan kat rumah. Nanti ada yang tertinggal pula. Kesian aku tengok kau dok tercacak depan pintu menunggu aku yang ala-ala ‘siput’ ni,” tuturku satu persatu.“Oklah, aku tunggu kat bawah,” ucap minah blonde tu. Issy... mana pula perginya briefcase kesayangan aku ni? Masa masa yang tengah suntuk ni la dia nak ghaib! Mujur juga aku perasan, kalau tidak perit beb nak patah balik dari rumah aku ke Serdang ni. Bukannya dekat! Maunya si Mila tu mengamuk kat aku!Bila direnung-renung balik, apasal aku cari kerja sejauh itu, macamlah tak ada kerja kosong yang sesuai dengan bidang aku ambil dekat rumah aku tu! Nak kata sebab bosnya baik hati, jauh sekali! Gaji mahal? Tak adalah pula, biasa aje. Entahlah aku pun tak tahu kenapa. Mungkin ada hikmah yang terselindung di sebalik semua ni...Syok sungguh bila balik kerja tak payah drive sendiri! Boleh tengok pemandangan sekeliling dengan senang hati. Enjin turbo pacuan empat roda Mila dah pun memasuki Kelang, suasana di sini memang macam di kampung aku. Tenang, aman, damai dan komuniti kat sini pun hidup dalam keadaan harmoni.Bila dah cerita pasal kampung ni, teringat pula zaman sekolah aku di kampung. Memang gamat kalau nak dibangkitkan semula semua memori-memori silam tu. Rumah mak aku lebih kurang dua tiga kilometer dari sekolah. Alkisah ceritanya, setiap hari aku jalan kaki pergi sekolah dengan seorang kawan baik aku Ila. Kononnya kami ni nak exercise! Akibatnya uniform sekolah kami pula yang basah dek peluh.“Hazman, Hazman . . .” Nama yang satu inilah yang telah aku cuba lupakan bertahun-tahun yang lalu. Namun, apabila sahaja nama Ila ku sebut, nama itu sering hadir di sisinya. Kata Farah, dia sudah balik dari Belgium dan perkara yang paling menggerunkanku ialah dia masih cuba mencariku!Setelah apa yang telah berlaku, adakah aku masih mampu berhadapan dengannya? Aku sendiri pun tidak dapat menjawab soalan itu, masakan dia mahu memaafkan aku sedangkan perkara itu jugalah yang membuatkan aku gelisah saban hari. Malam-malamku ditemani mimpi dan igauan berkaitan perkara yang satu itu! Aku tak mampu, aku tak mampu menerima bahawasanya suatu ketika dulu aku pernah melakukan perkara sebodoh itu?!

Alamak ... Dia Lagi! 2

“Assalamualaikum. Boleh saya duduk di sini?” soal seorang pelajar lelaki yang pada telahanku mungkin pelajar baru di sekolahku kerana sebelum ini aku tak pernah melihatnya.“Waalaikumsalamwarahmatullah. Boleh, duduklah,” jawabku seraya berpaling ke arah padang kerana pada saat itu keadaan di kantin amatlah lengang daripada keriuhan manusia. Aku tak mahu dikatakan yang bukan-bukan, lebih-lebih lagi oleh guru-guru sekolahku.Ternyata aku begitu berhati-hati dengan insan yang bergelar lelaki ni. Bukanlah aku nak jual mahal, tetapi keluargaku telah mendidikku supaya mewujudkan batasan di antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim.“Nama saya Rahazman b. Abdurrahman, panggil Hazman je. Saya pelajar baru di sekolah ni. Baru seminggu saya pindah ke sini.Boleh saya tahu nama awak?” tanya pelajar baru itu untuk memulakan perbualan setelah menyedari keadaan agak kaku ketika itu.“Oh, Hazman. Nama saya Raihana, panggil Hana je,” ujarku sedikit terketar-ketar. Yelah, kalau bab-bab lelaki ni memang terus hilang sikap brutal, kalau pasal lain aku main taram aje semuanya! Rock beb! Tapi, rock pun rock juga, macam mana nama bapa dia boleh sama dengan nama bapa aku?Setelah setengah jam kami berbual atau dalam kata lain, aku mendengar dia bercakap barulah aku tahu yang budak baru ni rupa-rupanya sekelas dengan aku! Aku manalah perasan kewujudan dia dalam kelas aku tu, sebab dia duduk di barisan belakang!“Hoi Hana, kau dah habis practise ke? Aku dah selesai ni,” sanggah Ila tak semena-mena. Terkejut aku dibuatnya.“Amboi, amboi cik kak kita ni! Main hoi je yek? Aku dah habis practise tadi lagi, kau ni apahal la lambat sangat? Hampir tinggal tulang aku dibuatnya menunggu kau ni,” susulku sebaik sahaja Ila menghabiskan ayatnya tadi.“Ala, kau ni Hana. Macam la tak kenal aku lagi. Selagi tekak aku ni tak rasa kemarau, selagi tu la aku main!” seloroh Ila sambil mencapai botol air mineralku yang betul-betul terletak depan muka pelajar baru yang bernama Hazman tu.“Oopss... maaf. Tak perasan pula ada orang kat sini,” kata Ila sambil menarik kerusi untuk duduk di sebelahku. Tangannya pantas memasukkan peralatan sukan ke dalam beg galasnya sebaik sahaja selesai meneguk air. Aku lantas mengajak Ila pulang apabila melihatkan jarum pendek jamku sudah tercacak pada angka enam petang. Ya Allah, dah petang la! Ni semua kerja si Ila, tak pernahnya nak puas kalau training basketball. Penyudahnya aku la yang kena tunggu!“Ila, cepatlah sikit kemas tu. Dah pukul enam lebih ni, kau tu belum solat Asar lagi. Karang tak pasal-pasal kena qada’ pula angkara hal duniawi ni,” bisikku perlahan agar tak didengari oleh seorang insan yang masih lagi tercongok di hadapan kami berdua.“Baiklah ustazah. Jom kita balik,” sahut Ila seraya memautkan lengannya ke bahuku.Kasihan pula aku tengok Hazman tu. Terkial-kial jugak nampaknya. Aku dengan Ila main jalan je, tak sempat pun nak ucap bye. Apa boleh buat, yang wajib perlu diutamakan. Tergaru-garu kepala juga dia dengan karenah si Ila tu.“Kau ni apasal Ila? Tertoleh-toleh, terpusing-pusing ke belakang, dah tersangkut la tu kat mamat tadi! Buatnya teleng kepala kau tu siapa nak jawab?” soalku pada Ila bila aku lihat dia tak putus-putus memandang ke arah tempat duduk kami tadi.“Ada pula aku tersangkut dengan si Hazman tu! Sebenarnya..., sebenarnya...,” tergagap juga kawan aku tu dibuatnya bila nak menceritakan perkara yang sebenar pada aku.“Dah gagap pula? Cakap ajelah Ila, aku sentiasa menjadi pendengar kau yang setia. Takyahlah kau nak malu-malu ngan aku ni,” ucapku pula bila Ila dah seakan malu untuk menceritakan hal itu.“Aku sebenarnya... bukan minat dekat Hazman tu, tapi kawan baik dia yang duduk kat sebelah dia dalam kelas kita tu! Nama dia Izwanshah. Budak tu pun baru pindah ke sekolah kita ni dengan Hazman minggu lepas,” jawab Ila setelah menarik nafas panjang.Aku pun melihat sekali lalu ke belakang untuk melihat siapakah insan bertuah yang dimaksudkan oleh Ila tadi. Sememangnya ada manusia lain di sebelah Hazman, mungkin dialah gerangannya yang bernama Izwanshah tu. Apa la sahabat aku seorang ni, hal yang gempaq macam tu pun tak nak cerita kat aku!“Kau ni kan kalau aku desak kau cakap, baru kau nak bagitau aku! Perkara sebegini best pun nak rahsiakan daripada aku. Kau tak payahlah nak sorok apa-apa daripada aku ni, Ilawaheena bt. Ilhamshah. Aku dah lama kenal kau, bukannya baru semalam. Whatever it is, aku sentiasa happy untuk kau,” sambutku selepas itu.Tersipu-sipu pula si Ila ni lepas aku cakap macam tu!“Oklah, Ila. Aku doakan kau sentiasa berjaya dalam apa juga yang kau buat asalkan tak melanggar syariat Islam, itu yang mustahak. Lagipun, kaulah satu-satunya kawan baik aku yang faham dengan perangai aku yang pelik ni,” pesanku kepada sahabat baikku itu.“Insya-Allah. Thanks a lot, Hana! You’re my true friend. Aku dah tak tahu nak cakap apa lagi. Sememangnya kaulah satu-satunya sahabat yang boleh aku harapkan. Kalaulah aku ada pakwe nanti, kau tetap menjadi yang pertama di hati aku. Kasih sahabat tak dapat ditukar dengan emas yang paling tinggi nilainya di dunia ni sekalipun,” balasnya sambil memelukku tanda kasih seorang sahabat yang tiada penghujungnya...“Dah la tu, aku pun macam kau juga. Tiada siapa yang boleh runtuhkan benteng persahabatan kita yang berlandaskan hati yang ikhlas ni. Tapi, sebelum tu aku nak minta maaf buat pertama kalinya dalam hidup aku ni pada kau sebab hari ni kau kena balik seorang. Aku terlupa yang mak aku pesan suruh beli barang dapur tadi. Dibuatnya aku tak beli, maunya mak aku tu membebel sampai ke subuh hari. Kau bukannya tak tahu fiil mak aku tu. Kau pun tak boleh temankan aku sebab kau belum solat lagi kan?” seringaiku tak lama kemudian.“Tak apa! Kau pergilah kedai tu, jangan tercicir pula barang yang nak dibeli! Aku nak balik solat dulu sebelum kau mula bagi syarahan kat aku macam tadi. Aku balik dulu yek? Assalamualaikum,” kata Ila sambil berlalu apabila tiba di persimpangan Jalan Rahmat yang memisahkan kawasan perumahan kami dengan deretan kedai runcit.“Waalaikumussalamwarahmatullah, jalan tu elok-elok sikit. Janganlah vogue sangat! Kalau jatuh, bangunlah sendiri tau,” laungku lantang! Lantas tanganku cepat-cepat mengeluarkan senarai barang-barang dapur yang mak aku pesan. Masya-Allah! Panjangnya list ni. Mak ni pun, kalau memesan barang mesti listnya panjang meleret! Ooo...lupa pula, bulan Ramadhan dah nak datang lagi, mestilah stok banyak-banyak kan? Weh, puasa tahun lepas ada dua hari lagi belum ganti. Habislah aku kalau mak aku tahu, tak pasal-pasal aku pula yang kena ceramah dengan dia!Kakiku terus melangkah menuju ke kedai. Mataku masih leka memerhatikan senarai barang-barang yang panjang berjela-jela tu. Kotak fikiranku ligat memikirkan pelbagai perkara yang belum selesai termasuklah homework yang berlambak tunggu masa untuk dihantar ke meja cikgu-cikgu yang bertanggungjawab.Sedang tanganku leka menyeluk poket untuk memastikan duit untuk digunakan buat bayar harga barang-barang tu nanti mencukupi, tanpa disedari, Gedebush! Ya Allah, sakitnya. Hah, padan muka aku! Tadi punyalah nasihat Ila suruh jalan elok-elok, sekarang ni dah macam backfires pula nasihat aku tu. Ni lagi satu, siapalah tuan punya basikal yang ‘baik hati’ sangat park basikal depan muka pintu kedai ni? Macamlah dah tak ada tempat lain nak letak. Dah tu, bukannya nak tongkat betul-betul. Aku pula jadi mangsa yang keadaan.Nadaku semakin meninggi melihatkan kakiku yang berdarah, walhal lukanya tak sampai pun satu sentimeter! Punya meleret aku membebel, tak ada seorang manusia pun yang datang nak tolong aku! Bila dah keadaan berterusan begitu, aku pun bangunlah.Sambil menggulung kertas senarai barang-barang yang dah remuk akibat ‘accident’ tadi, aku terus menonong masuk ke dalam kedai runcit tu. Tak semena-mena, mataku tertancap ke arah sesusuk tubuh yang baru sahaja tadi aku jumpa. Alamak, dia lagi! Aah, buat tak tahu jelah...Sedang aku memilih barang-barang dapur yang mak aku pesan, tiba-tiba ada satu suara dari belakang yang minta maaf. Aiik, pelik juga. Siapalah yang berhati mulia ni, belum kenal muka pun dah nak minta maaf! Aku yang selalu buat silap ni pun perit nak minta maaf dengan orang.“Eh, awak Hazman!” kataku sedikit terkejut. Aduh, boleh pula dia trace aku kat mana! Dalam hati ni, Tuhan ajelah yang tahu.“Macam mana awak boleh ada kat sini? Datang naik apa? Cari apa kat sini?” soalku bertubi-tubi lantaran terkena kejutan elektrik tadi. Baru je tadi aku nampak dia di bahagian alatulis, sekarang dah ada depan aku pula. Dia pula dengan selambanya menjawab soalan aku tadi seolah-olah tak menyedari yang muka aku ni dah pucat semacam! Jika ditoreh dengan pisau pun, confirm tak ada darah pun yang akan menitik. Terkejut punya pasal beb! Dan... jawapan dia adalah yang paling best untuk kita semua dengar...“Saya datang nak beli test pad dengan basikal yang awak terlanggar tadi, tulah sebabnya saya sampai dulu,” jawabnya tak pakai satu noktah pun!“Oh, ye ke?” Itu jelah patah perkataan yang keluar dari mulut aku untuk jawapannya yang serba lengkap tadi. Apa aku boleh buat, aku ni bukannya cerdik dalam perihal nak menyusun ayat elok-elok! Bila aje kena jawab soalan tatabahasa, akulah insan yang paling lambat, merangkap insan terakhir menghantar tugasan tu. Kalau tak kena gaya, mengamuklah Cikgu Aznah aku tu! Hairan bin ajaib juga aku dibuatnya, bila time exam, dapat pula aku jawab dengan flying colours lagi!Sebermula dari waktu itu, aku dan Hazman berkawan rapat. Lagipun, dia anggap aku ni macam kawan lelaki dia je. Mana taknya, aku sikit punya brutal. Kalau berbual tak wujud ‘saya’ ‘awak’ lagi seperti mula-mula nak berkenalan dulu, sekarang ni ‘aku’ ‘kau’ je! Boleh katakan, semua rahsia dia ada dalam genggaman tangan aku je! Aku agaklah, dia memang percayakan aku.Pada suatu hari tu, aku macam biasalah duduk lepak di kantin sekolah. Dengan siapa lagi kalau bukan Hazman, yelah,kononnya dah jadi kawan baik! Si Ila pula, entah hilang ke lubuk mana aku pun tak tahu. Lama juga kami berbual, entah apa-apa cerita yang keluar pun aku tak pasti. Yang paling aku pasti, dialah yang banyak bercakap terutamanya pasal sekolah lama dia. Pada pandangan aku secara rambang tentang Hazman ni, dia pandai juga buat lawak bodoh. Akulah yang jadi tukang gelak sampai berair-air mata aku ni!Bila tekak kami berdua dah mula kering, masing-masing mencari minuman. Selang beberapa lama selepas itu, dua gelas milo ais dah pun sampai di depan aku, nasiblah budak Hazman tu rajin, tak payah aku bergerak ke kaunter di kantin tu. Syok gila aku bercerita, sambil-sambil tu terselitlah actions and sound effectsnya sekali. Tak pula aku sangka actions yang aku selitkan tu telah mencipta suatu cerita kelakar yang takkan aku lupa sampai bila-bila.“Ya Rabbi, kau ni apahal Hana? Habis basah kuyup seluar aku!” pekik Hazman lalu terus berdiri apabila melihatkan seluarnya yang telah terbanjir! Itulah dia angkara kedurjanaan tanganku yang teramat ‘aktif’ ni! Dia nak marah aku pun tak boleh juga, dia bukannya nak mengelak masa gelas milo ais tu dah bergoyang nak terbalik! Penyudahnya, kami sama-sama tergelak. Apa nak buat, aku dan Hazman sama-sama brutal!“Eh Hana,boleh aku tanya kau satu soalan?” soalnya tiba-tiba setelah ketawa kami kembali reda.“Boleh, apa salahnya,” serius lain macam je bunyinya budak ni. Adakah dia nak meluahkan perasaan dia pada aku? Ceh...jangan perasan le minah brutal, macamlah ada umat manusia di dunia ni yang berkenan dengan insan yang serba kekurangan ni!“Budak yang selalu berkepit dengan kau tu nama dia Ilawaheena kan?” tuturnya lambat-lambat.“Yup, memang namanya dia Ilawaheena binti Ilhamshah,” bibirku lantas mengulas senyuman yang hanya aku dan Yang Maha Esa sahaja yang tahu apa maknanya.“Dia best friend kau kan?”dahinya agak berkerut untuk melontarkan soalan yang satu itu. Mana tak berkerutnya, soalan yang penuh dengan makna disebaliknya!“Yelah, dah dekat sepuluh tahun aku kenal dengan dia ni. Satu keluarga dia aku dah kenal,” balasku masih dengan senyuman yang sama seperti tadi.“Ila tu salah seorang wakil daerah untuk team bola keranjang sekolah kita kan?” sambungnya lagi setelah menarik nafas yang agak panjang!“Hai, takkan kau tak tau kot. Dia tu atlet harapan sekolah kita tau!” sergahku seraya menepuk meja di kantin tu. Ni memang dah sahlah si Hazman ni berminat dengan best friend aku yang cun seorang tu! Tersentak juga mamat depan aku ni dek aksi aku yang tak terjangka tadi!“Eh, kau ni tadi kata nak tanya satu soalan. Sekarang ni dah jadi tiga soalan nampaknya,” hujahku padanya apabila aku dapati dia seakan hendak membuka mulut untuk bertanya lagi. Aku bukannya nak cemburu, tapi biarlah gentleman sikit. Nampak sangat macam nak tahu pasal Ila tapi pura-pura malu konon!“Ops, sorry la ye, tak perasan pula dah jadi tiga soalan,” ucapnya tersenyum kambing. Ha... kan aku dah kata tadi, dia memang nak siasat pasal si Ila! Apa dia ingat dia pandai nak kelentong aku? Aku lagi pantas nak kesan taktik lama dia tu. Padan muka!Kalau dia cakap betul-betul sedari awal yang dia nak tanya aku pasal Ila, boleh aku cerita biodata dia sekali. Ni kononnya nak tanya satu soalan je, tup tup jadi tiga! Kalau aku tak buat ‘benteng’ tadi, maunya sepuluh soalan yang dia nak ajukan pada aku. Dua jam lepas tu, aku pun melilau untuk mencari kelibat Ila yang dah ghaib entah ke mana. Bila dah sedar keadaan di kantin semakin lengang, aku mulalah nak jadi menggelabah.“Woi, Hazman, jomlah masuk kelas. Orang dah tak ada kat kantin ni, karang kena marah dengan cikgu baru tau! Kau ni kalau dah start buat lawak antarabangsa kau tu terus tak ingat dunia. Eh, jomlah cepat! Aku takut nama kita blacklist lak sebab ponteng kelas,” getusku dengan nada cemas. Aku mula gelisah bila Hazman tak menunjukkan reaksi yang dia akan bangun dari kerusinya itu.“Apalah kau ni Hana, hari ni kan hari Sabtu! Kau dah nyanyuk ke hilang ingatan ni?” soalnya agak kasar pada pendengaranku walaupun air mukanya masih seperti tadi dan ketawanya masih lagi bersisa. Hati aku yang selama berjam-jam asyik diselangi dengan cerita-cerita jenaka terus hilang keceriaannya serta-merta.Tak semena-mena, ada takungan jernih yang mengambil tempat di pelupuk mataku. Ya Allah, janganlah biarkan ia tumpah di hadapan insan yang telah lama bertahta di hatiku ini! Aku tak mahu dia merasakan dirinya bersalah atas kekasarannya denganku sebentar tadi. Namun, semuanya sudah terlambat, ia telahpun gugur menyembah bumi tanpa sempat aku berpaling ke arah lain. Raut wajahnya serta-merta berubah lantaran melihatkan butiran jernih yang tumpah dari kelopak mataku. Sejurus kemudian, aku pun melangkah pergi tanpa sepatah kata pun yang keluar dari mulutku...

Alamak ... Dia Lagi! 3

Eh, eh budak ni! Sempat lagi dia berangan dalam kereta aku ni. Hoi, makcik! Dah tak nak balik ke? Atau kau nak terus ikut aku balik rumah aku tu?" Sergah Mila secara tiba-tiba.Mau gugur jantung aku dibuatnya. Hishh, Mila ni kalau bercakap dengan boyfriend dia, bukan main lagi lemah-lembutnya! Tapi, bila dengan aku je terus jadi suara bagaikan petir yang mahu membelah bumi. Bukan sahaja bumi, bahkan seluruh alam semesta ni dia nak belah! Tak faham betullah aku dengan perangai sahabat aku yang seorang tu. Lain betullah dia ni berbanding pula dengan manusia yang pernah aku kenal sebelum ni. Risau juga kalau dibuatnya lepas kahwin ngan Shahril, perangainya pada aku tu diaplikasikan pula pada Shahril. Taufan la jadinya! Tak dapat dibayangkan betapa besarnya kemungkinan yang bakal terjadi. "Engkau ni macamlah tak faham dengan perangai aku yang lain daripada lain ni. Ala-ala tajuk rancangan televisyen pun ada, ‘Lain Dari Yang Lain‘. Hehehe... Benda free tu lah akan menjadi hobi aku secara automatiknya, lagipun kalau nak berangan ke mimpi ke bukannya kena bayar!" selorohku sambil tertawa walaupun di dalam hati ini terselit suatu perasaan yang sukar untuk ditafsirkan. Fikiranku asyik sahaja menerawang mengingatkan insan yang satu itu. Satu-satu kenangan antara aku dan dia muncul bagai tayangan slide yang dipaparkan di hadapan penglihatan mataku ini...Tit tit, tit tit... Deringan SMS (Short Message System) dari handsetku yang telah kuprogramkan dengan lagu Meteor Garden beserta getarannya mengejutkan isi perut pacuan empat roda itu. Manakan tidak terkejut, handset itu kuletakkan di atas dashboard kereta Mila!"Biarkan jelah. Tak de mood pula aku nak baca mesej tu. Nanti-nantilah aku tengok. Bukannya hilang pun mesej tu. Oklah, thanks a lot coz sudi juga kau tumpangkan kawan kau yang dalam kesusahan ni. Kalau tak ada kau, tak baliklah aku jawabnya. Kaulah ratu hatiku, Mila ooi!" ujarku sejurus selepas itu."Hek eleh, nak termuntah pula aku dibuatnya. Daripada aku melayan kerenah kanak-kanak riang ribena macam kau ni, baik aku layan blues ngan boyfriend aku yang handsome seorang tu. Yelah, senyuman dia tu yang mahal. Tak denya dapat kat Kedai Emas Poh Kong tahu tak?!" Tersenyum sumbing pula nampaknya budak seorang ni."Sekarang ni nampaknya giliran aku yang nak termuntah, baiklah aku bawa diri aku masuk ke dalam dahulu. Sudah-sudahlah tu merepek. Banyak sangat merepek, hidung jadi kemek, tak pasal-pasal nanti tergolek!" Ambil kau sedas daripada aku."Bye. Assalamualaikum," ucapku antara kedengaran dengan tidak. Lantas, tanganku segera mengambil telefon tanganku dari dalam tas tanganku untuk memeriksa siapakah yang menghantar SMS sebentar tadi. Mataku membulat. Eh, nombor siapa pula ni? Biasanya kalau nombor yang aku kenal, akan keluar namanya dan bukan nombornya sahaja. Tak pelah, baik aku baca je. Mana tahu kot-kot dia orang ni dah habis kredit, lepas tu guna telefon kawan-kawan dia orang hantar mesej pada aku.Gumpalan awan di langit bagaikan mengaburi memori silam kita,Hempasan ombak di laut bagaikan badai yang melanda hati kita,Desiran angin bagaikan membisikkan rahsia hati kita,Dan, redupnya matamu bagaikan menyembunyikan luka yang bisa...Siapa pula yang nak buat lawak antarabangsa dengan aku petang-petang hari ni! Sahlah bukan member aku! Tapi siapa yek?! Ni dah kes parah. Better aku try hantar SMS pada nombor ni. Mungkin dia nak hantar pada makwe dia tapi tersilap send.-Assalamualaikum. Awak baru hantar mesej pada nombor saya tapi mungkin awak tersilap hantar mesej ni.Cuba awak periksa semula nombor yang awak nak hantar tu-Seminit, dua minit, tiga minit... Tit tit, tit tit.. Ada mesej lagi. Mungkin dia nak terima kasih pada aku sebab inform pada dia kot. Yelah, aku dah berjasa pada dia. Mestilah kena ucap terima kasih kan?!Aku semakin hampir denganmu,Namun kau sering menjauhiku,Rinduku semakin mendalam terhadap dirimu,Tetapi rindumu kau campak jauh-jauh dari bayangan hidupmu...Aduss, semakin parah nampaknya! Dia tak periksa ke nombor makwe dia tu? Suka-suka hati je send kat nombor orang. Nak kena manusia seorang ni... Kalau dah SMS tak jalan, senang cerita aku telefon jelah!Trut trut, trut trut.. deringan kedengaran. Ada harapan nampaknya! Huh, apa yang lama sangat tak angkat ni? Dah nak cair tahi telinga aku dengar deringan yang tak berjawab ni! Hah, pulak dah. Masuk voicemail pula! Geram pula aku dibuatnya!Ah, biar ajelah orang macam ni. Orang nak bagitahu yang dia tersalah hantar mesej, dia tak nak layan pula. Buat bazir bil telefon aku je. Lagi baik aku pergi bersihkan diri, solat Maghrib, lepas tu siapkan makan malam. Perut ni kena isi juga lepas seharian tenaga ni diperah di pejabat walaupun office aku tu berhawa dingin dan tiada keringat yang mengalir tapi tenaga yang dialirkan dari otak kita juga boleh bakar kalori yang terkumpul dalam badan kita ni. Secara tidak langsung, apabila kita brainstorming, badan kita akan singkir lemak-lemak yang of course banyak dan kalau lemak-lemak tu disimpan lama-lama, akan terhasillah selulit yang amat merisaukan terutama bagi golongan wanita!Fuhh.. lega bila memikirkan esok aku tak perlu menghadap muka boss aku yang handsome tu. Dia pergi outstationlah katakan! Mana taknya aku cakap macam tu, kalau dah hari-hari aku tenung muka dia mau stress aku dibuatnya. Mula dari bilik mesyuarat membawalah ke masa nak tutup pejabat muncung je, nak je aku ngan Mila ikat riben warna pink kat muncung dia yang panjang semacam tu! Tapi,niat tu tak pernah pula aku laksanakan memandangkan dia yang bagi gaji pada aku untuk isi perut ni. Nak dapat gaji halal beb! Kadangkala tu terbabas juga mulut ni. Seperti yang semua tahu, aku ni kalau tak memprotes seseorang dalam sehari tu, rasa macam nak demam pun ade! Hehehe...Sedang aku mencapai remote control Astro untuk menonton bagi merehatkan badan dan secara automatik otak ni sekali, pintu hadapan rumahku diketuk. Lantas,alat kawalan jauh tadi kembali tersadai di atas meja.Niatku untuk menonton National Geographic terbantut. Hairan juga, kebiasaannya tiada sesiapa yang akan mengunjungiku malam-malam begini. Jikalau ada sekalipun, mereka akan menelefon terlebih dahulu untuk memastikan aku bersedia untuk menerima tetamu selepas sehari suntuk di pejabat. Atau... hissh seram pula jadinya! Dahlah kawan serumahku tiada kerana outstation, kepala ni pula suka betul fikir yang bukan-bukan! Tak kena masa betul kepala ni nak berimaginasi tinggi! Masa masa nilah dia nak merapu."Lailahaillallah, kau rupanya! Aku ingatkan siapalah tadi." Datang balik semangat aku yang hilang tadi apabila melihatkan makhluk yang berada di balik pintu rumahku adalah seorang manusia dan bukannya seperti apa yang aku bayangkan sebentar tadi! Kecut perut dibuatnya, bukannya nak bagi salam! Perangai tak berubah-ubah dari dulu,suka terperanjatkan aku..."Lama betul aku tak dengar khabar dari kau. Nasib baik dapat alamat kau daripada Farah. Aku terus buat keputusan datang rumah kau nak buat surprise pada kau. Rindu dalam dada ni macam volcano yang dah nak muntahkan magmanya tau tak?! Apa perkembangan paling terbaru kau. Banyaknya aku nak tahu pasal kau! Siapakah sang putera yang dah berjaya mencuri hati sang puteri istimewa ni?" soal tetamuku yang telah cuba untuk menggugurkan jantungku sebentar tadi.Aku menghela nafas panjang sebelum menjawab soalan-soalannya itu. Bukan saja nak melambatkan masa, tapi cuma nak bagi dia suspense sikit! Kalau dah pekena aku, dapatlah balasannya. Tak banyak, sikit pun jadilah. Tanduk dah naik dua kat kepala ni!"Oklah, first sekali sebelum tu aku nak mohon ampun dan maaf pada kau sebab aku dah lama tak menghubungi kau. Aku ni bukannya apa, yelah pagi-pagi buta dah keluar pergi pejabat, meredah traffic yang jarang benar surutnya. Dekat nak azan Maghrib baru sampai rumah. Tak lama terus masuk beradu. Penat campur mengantuk tau!" Ceritaku panjang lebar tanpa perludisoal-soal lagi sambil berpura-pura menguap di hadapannya."Aiik, aku baru sampai kau dah mengantuk? Kalau macam tu aku balik dululah. Lain kali aku datang balik jumpa kau," autar tetamuku itu lalu bangun dan melangkah ke arah pintu masuk rumahku. Putar alam juga kawan aku ni?!"Eh eh, apasal la pula tu? Tiba-tiba je merajuk ngan aku.Jauh kau datang, takkan dah nak balik?" soalku serentak apabila menyedari tetamuku itu sekadar berbasa-basi denganku sebentar tadi."Aku baru nak pergi dapur. Jawapan-jawapan kepada soalan-soalan kau tadi pun aku belum jawab lagi. Nak jawab kena ambil masa juga untuk fikir tu. Tersilap jawab karang, tak pasal-pasal kena jerat dengan kau," sambungku sejurus kemudian."Tau tak pe! Kalau macam tu, aku tak jadi baliklah. Lagipun, tekak aku ni pun rasa kemarau semacam je. Rupa-rupanya, sayang juga kau pada aku yek?! Ingatkan dah lama tak jumpa aku, kau dah dapat pengganti aku sebagai bestfriend kau. Hehehe..." Tergelak aku dibuatnya dengan keletah dan telatah insan yang telah lama aku rindui."Oklah, aku ke dapur dulu. Jap lagi kita sambung conversation tadi yek? Kau nak minum apa? Milo, teh, nescafe atau sky juice?" Kaki aku atur ke dapur seraya tanganku lekas mencapai tin biskut yang dipenuhi dengan keropok dari Terengganu yang telah aku goreng ketika masa lapang untuk keadaan-keadaan emergency seperti ini."Suka hati kaulah air apa-apa pun, asalkan jangan air paip sudah. Buatnya kembung perut aku ni siapa nak jawab? Maunya merana Encik Izwan aku tu!" Sahutnya yang pada saat itu menyusulku ke dapur. Seperti kelakuannya yang biasa, lengannya dipautkan ke bahuku."Hah,Izwan? Eh, kau jadi ke dengan dia Ila? Bila lagi ni, kenapa aku tak tahu?" soalku agak terperanjat dengan berita yang baru sebentar tadi ku dengar dari mulut sahabat baikku yang satu itu, Ila."Tu lah engkau. Lama macam ni baru kau tahu. Aku dah pun bertunang dengan dia Disember tahun lepas. Insya-Allah kalau tak de apa-apa aral melintang, sebulan lagi aku akan bergelar isteri yang sah kepada Izwanshah b. Baharom," luahnya gembira. "Ya Allah, aku ni betul-betul teruk dan tak layak jadi bestfriend kau! Peristiwa yang terlalu penting dalam hidup kau pun aku tak tahu dan tak ambil berat. Kali ni aku betul-betul ikhlas minta maaf pada kau. Tapi, aku betul-betul tak terniat nak buat pada kau macam ni! Aku minta maaf pada kau sekali lagi, tak patut aku perlakukan kau macam ni," bingkisku kesal. Nada suaraku semakin merendah dan sayu. Saat ni aku terlalu sesal dengan sikapku yang terlalu ingin melarikan diri daripada seseorang tetapi pada masa yang sama telah mengabaikan seorang lagi insan yang penting dalam hidupku!"Kenapa ni Hana? Kau tak pernah bersalah dengan aku.Kau tak perlu meminta maaf kepada aku.Aku tak pernah meletakkan kesalahan itu di bahu kau. Kau ada di samping aku di saat aku perlukan kau pun dah cukup membuatkan aku gembira dan bahagia. Aku tak minta lebih daripada itu," tutur Ila lembut, dialah gadis yang telah berjaya memenangi hati seorang jejaka yang bernama Hazman. Dan, kerana dia jugalah sebenarnya aku lari jauh meninggalkan suasana itu. Suasana yang telah memerangkapku antara rasa sayangku pada Hazman dan rasa sayang Hazman padanya, sahabat baikku sendiri!Perbualan kami berkisarkan Izwan dan permulaan kisah cinta mereka sehinggalah kata sepakat diambil untuk melangsungkan majlis perkahwinan mereka. Juga tentang sesuatu yang aku risaukan selama ini, Ila telah mengetahui peristiwa yang menjadi igauan ngeriku yang berlaku lima tahun lalu. Igauan ngeriku mengenai pertemuanku dengan Hazman yang mana mulutku sendiri melafazkan ‘AKU SUKA PADA KAU‘ kepada Hazman sedangkan aku mengetahui yang Hazman teramat menyukai Ila! Pada masa yang sama, seorang pelajar yang brutal dan sering mempertahankan prinsipnya dengan mudahnya mencabuli prinsipnya sendiri. Tika mana aku mengenangkan peristiwa itu, dapat kurasakan betapa memalukan dan bodohnya tindakan aku waktu itu!Dengan ungkapan keramatku yang satu itu telah memutuskan persahabatan yang telah dibina. Lantaran ungkapan keramat itu jugalah, persahabatan yang berlandaskan kepercayaan dan kejujuran itu musnah dan hancur berkecai sekelip mata. Sikapnya turut berubah terhadapku.Tiada lagi ucapan ‘Selamat pagi, Hana‘ seperti selalu mahupun ‘Suka la tengok kau senyum!‘. Segalanya hambar dan sepi...Sungguhpun begitu,Ila telah menjelaskan segala-galanya padaku. Hal itu diketahui daripada mulut Hazman sendiri dan tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan aku, Hazman, dirinya sendiri dan juga Izwan. Perkara itu terkunci kemas umpama harta Qarun yang dikunci dengan tujuh lapisan binaan! Tiada sepicing kata pun yang dapat aku lahirkan saat berdepan dengan Ila. Hanya linangan airmata dan esak tangisku yang kedengaran. Waktu-waktu seperti inilah yang membuatkan aku begitu mensyukuri nikmat seorang teman yang bergelar sahabat seperti Ila!Semuanya sudahpun berlalu, tiada apa lagi yang bisa aku lakukan untuk memutar semula waktu ke zaman itu. Apa yang perlu aku buat sekarang adalah menanti dan terus menanti untuk episod hidupku yang seterusnya. Bukan aku mahu menjadi makhluk Allah yang cuma tahu menanti dan berharap serta tidak mahu berusaha. Tetapi, biarlah Dia yang Maha Esa menentukan segala-galanya. Meskipun begitu,masih adakah sinar yang akan menerangi jalan-jalanku esok hari?



Alamak ... Dia Lagi! 4

Sehingga ke dinihari, mataku masih belum mahu lelap-lelap juga. Entah mengapa, malam yang seringkali kurasakan begitu pendek seakan segan-segan untuk bergerak. Ia menjadi panjang dan begitu sunyi sekali. Hanya desiran angin malam yang berhembusan yang menemaniku malam itu. Berita yang kuterima daripada Ila sebentar tadi benar-benar menyusuk ke jiwa. Perihal Hazman yang masih dan tetap mahu mencari dan menemuiku itu menyebabkan begitu sukar untuk aku menenangkan mental ini. Segala kepenatan yang kudambakan sebentar tadi telah terbang menghilang entah ke mana. Yang ada cuma kegusaran dan perasaan yang tidak pasti. Semuanya bercampur baur menjadi satu..."Ya Rabbi, dah pukul tujuh pagi. Teruklah aku macam ni, apa aku nak jawab pada boss aku ni? Dahlah Subuh pun terlepas!" Pagi itu sungguh membuatkanku menjadi kelam-kabut. Ditambah pula dengan kepalaku yang telah sedia berserabut sejak semalam. Sungguh aku tak menyangka bahawa perkara yang satu itu telah membuatkan hidupku pada hari ini menjadi serba tidak kena. Ya Allah, bantulah hamba Mu yang kerdil ini dalam mengharungi cabaran yang bakal tiba hari ini.Setibanya aku di pejabat, aku dapati ruang legar pejabat masih lagi kosong dan sunyi daripada staf-staf sedangkan sekarang ini jam sudah menjangkau ke pukul sembilan pagi. Sepatutnya mereka semua telah memulakan tugasan masing-masing kerana waktu bekerja di pejabatku bermula pada jam lapan setengah pagi lagi. Dengan ligat serebrumku berfungsi untuk menghubungi Mila untuk merungkaikan kemusykilan aku ini. Malang lagi diriku pada hari ini kerana di dalam situasi yang kelam-kabut pagi tadi membuatkan aku tertinggal handsetku di rumah. Huh, apalah lagi musibah yang bakal menimpaku hari ini agaknya?Langkah yang lemah-longlai kuatur ke receptionist counter di pejabatku itu untuk menggunakan telefon yang berada di situ. Tetapi, tiba-tiba... "Happy Birthday To You, Happy Birthday To You, Happy Birthday To Raihana, Happy Birthday To You!" Keseluruhan staf berkumpul sambil menyanyikan lagu Selamat Hari Lahir kepadaku. Kelihatan Mila membawa kek coklat kegemaranku dengan disusuli oleh bosku yang seorang itu. Masya-Allah, aku terlupa dengan tarikh lahirku sendiri. Mungkin permasalahan yang berselirat di kepalaku sekarang ini membuatkan tarikh penting seperti itu boleh kulupakan kerana ruang yang ada telah diisi dengan ‘perkara yang satu itu‘.Sudah bertambah umurku setahun lagi. Kini, umurku mencecah 23 tahun. Bagiku, semakin bertambah setahun umurku, semakin dekat aku menuju ke alam akhirat untuk menemui Ilahi dan semakin banyak amal ibadat yang perlu kugandakan untuk menampung kekurangan di dalam amal-amal ibadatku sebelum ini. Seperti kata-kata Abu Bakar Al-Razi, Islam menjelaskan tentang kewujudan dua alam iaitu alam dunia dan alam akhirat selepas kematian. Segala tindak-tanduk mereka di dunia bakal dihitung dan dipertanggungjawabkan di hadapan Penciptanya. Di sana mereka akan ditentukan samada ke tempat nikmat, syurga ataupun ke tempat sengsara, neraka.Hari yang kusangka dipenuhi dengan perkara-perkara yang akan mengusutkan pemikiranku, rupa-rupanya dipenuhi dengan perkara-perkara yang menggembirakanku. Tidak pernah aku menerima kejutan sebegini sejak mula bertugas di Syarikat Angsana Puteri dua tahun yang lalu. Benarlah bahawa Allah mengetahui segala-galanya yang terbaik buat hamba-Nya dan Diajugalah yang menentukan hala tuju hidup kita akan datang. Aku duduk berteleku di mejaku,mengenang masa-masa yang telah berlalu dan bagaimana aku menghabiskannya. Air mata hangat menuruni pipiku, kesedihan tiba-tiba menyelubungi diriku. Entah mengapa ianya begitu menghibakan hatiku. Wajah insan itu segera datang tanpa diundang. Bertambah sayu rasanya hati ini. Bila sahaja aku mendapati Mila merenungku kehairanan, air mata yang tumpah tadi segera kuhapuskan dan kuhadiahkannya seulas senyuman pahit...Sepulangnya aku ke rumah pada hari itu, ada satu lagi kejutan yang menungguku di ambang pintu rumahku! Sebuah bungkusan hadiah yang berbalut kemas dengan pembalut bercorak hati berlatarbelakangkan warna hijau kegemaranku. Kuamati bungkusan itu dengan rasa hairan. Aku cuba mencari sebarang kad ataupun tulisan yang menyatakan siapakah pengirimnya tetapi semuanya hampa.Yang ada cuma sekeping kertas bertulisan tangan yang dilekatkan di bahagian penjuru kanan bungkusan itu yang mengandungi,Kenangan-kenangan lalu kita tetap ada di depanmu,Sekalipun mata kasar kita tidak dapat melihatnya,Sekiranya masih ada sayang dan kasihmu padaku,Nescaya mata hatimu akan melihat semula kenangan-kenangan ituKutekadkan hati untuk terus membuka bungkusan misteri itu untuk mengetahui isi kandungan bungkusan itu. Kalau nak kata yang bungkusan tu housemate aku punya, mustahillah pula sebab ada nama aku di atasnya. Itu bermakna si pengirim tu memang berniat untuk menghantarnya kepadaku. Naluriku kuat mengatakan supaya membukanya. Step pertama, aku bawa masuk bungkusan itu ke dalam dan meletakkan dia atas meja. Step kedua, apalagi? Buka la! Hadiah beb, siapa tak nak kan?! Korang semua mesti tak sabar nak tahu apa benda isinya kan? Aku lagilah tak sabar berbanding korang sebab hadiah itu ditujukan untuk aku! Jeng jeng jeng... Ada kotak kecil di dalamnya. Aku pun terus buka kotak itu tetapi yang sedihnya aku masih juga mendapati ada kotak yang lebih kecil di dalamnya. Sabar jelah dalam hati ni, pelik betul aku siapalah yang nak kenakan aku! Nak kata april fool,dah lepas?!Semakin lama aku cuba menyelongkar isi perut bungkusan itu, semakin banyak kotak yang kudapati mengisi ruang di dalam setiapnya. Akhirnya, setelah menimbun kotak-kotak yang kukeluarkan dari isi perutnya, aku lihat ada sekeping lagi nota yang tersadai di dasar kotak yang paling kecil dan ianya berbunyi,Pandai sungguh dirimu berpura,Laksana tiada apa pun yang terluka,Tetapi,bodohlah aku jika tidak merasa,Pedihnya lukamu yang berparut di dada...Allahu akbar, hamba Allah yang mana pula ni? Bila masa pula aku kenal dia ni? Pelik betul aku, akhir-akhir ni banyak betul aku dapat madah-madah misteri yang aku sendiri pun tak tahu nak tafsirkan macam mana. Semalam punya hal pun tak settle lagi,dah datang pula musibah baru. Siapa sebenarnya orang ni? Adakah orang yang sama dengan yang hantar SMS kat handset aku semalam. Macam orang yang sama je kalau lihat daripada cara penulisannya. Dan lagi satu, kalau diperhatikan dalam-dalam maksud tersirat madah-madah ni macam bersambungan dan boleh katakan merujuk kepada keadaan aku sekarang ni! Eh,tapi yang susahnya tu aku tak tahu siapa pengirimnya...Seminggu berlalu dengan pantas sehingga aku tak berasa akan pemergiannya. Segala misteri yang bersarang di kotak fikiranku minggu lalu kubiarkan ianya kekal menjadi misteri. Sudah terlalu banyak masalah yang datang bertali arus dalam kehidupanku, tak perlulah aku tambahkan lagi dengan menyediakan ruang khusus di dalam kepalaku untuk sentiasa memikirkannya. Masih banyak perkara yang aku perlu berikan keutamaan di dalam hidupku terutama sekali keluargaku. Perjalananku untuk pulang ke kampung atas permintaan emakku pada kali ini menjadi fokus utamaku. Entah apa pula yang menantiku di sana. Hatiku digamit resah yang berpanjangan dan turut menjemput gundah bertandang di hatiku kala ini.Bayangan rumahku sudah pun kelihatan dari jarak beberapa meter. Semakin kuat degupan jantungku.Untuk tujuan apa ia berdegup kencang pun aku tak pasti. Tak semena-mena, mataku tertancap ke arah sesusuk tubuh yang telah lama aku rindui dan dalam masa yang sama aku ingin hindari. Dialah insan yang sering mengganggu tidurku dengan mimpi-mimpi yang tak ketahuan hujung pangkalnya. Kami berada di jalan yang bertentangan tetapi mungkin dia tidak menyedari kehadiran keretaku di jalan itu. Degupan jantung yang kencang tadi secara automatik berubah menjadi normal! Huh, sampai juga aku ke rumahku, rumah yang penuh dengan keceriaan dan kegembiraan lantaran sikap emakku yang suka melatah. Dan, anaknya yang paling kuat menyakat adalah aku! Hehehe... sifat nakal tak pernah hilang daripada diriku."Assalamualaikum mak," aku segera memberi salam sejurus melihat emakku sedang leka memarut kelapa di belakang rumahku sambil tanganku gatal mencucuk pinggang emakku! Apa lagi, melatahlah emak aku seorang tu. Hehehe... dengan mak sendiri pun aku nak kenakan."Eh,Hazman? Eh, kau siapa? Eh, waalaikumsalam, Hana! Hissh, budak ni. Suka betul terkejutkan mak. Perangai tu tak pernah nak matang sikit," mukaddimah leteran emakku itu sudah pun kedengaran. Belum masuk isi, dan lambat lagilah jawabnya nak sampai ke penutupnya."Apa mak ni? Hana yang balik, Hazman pula yang mak latahkan," soalku agak kehairanan. Yelah, bukan nama anak dia yang keluar, tapi nama orang yang anak dia minat pula. Dah la aku baru terserempak dengan dia tadi! Nasib dia tak perasan aku balik sini. Degupan jantungku kembali berdegup kencang. Hai, apalah pula ni? Tadi elok dah berhenti, sambung balik pula dah?! Pelik betul. Nak kata Hazman akan muncul macam sebentar tadi, taklah sebab kereta dia menghala ke arah yang bertentangan dengan aku. Habis tu kenapa yek? Aku menghitung sendirian."Ya Allah, belakang kau tu kan Hazman," jawab emakku dengan tangannya yang masih memegang sebiji kelapa. Peluh dingin memercik di dahi tuanya.Hah, dengan secepat kilat aku menoleh ke belakang dan mendapati..... Alamak,dia lagi! Aah, buat tak tahu jelah. Pelik betullah aku dengan dia ni, suka sangat buat magic show dengan aku.Tadi kan kereta dia menghala ke pekan? Macam mana pula boleh ada kat sini pula? Badanku sejuk menggigil, manakan tidak aku sedemikian, banyak persoalan yang meyerbu kotak fikiranku saat ini. Perlukah aku bercakap dengan dia? Nak cakap apa? Dan yang paling penting... nak ke dia bercakap dengan aku lagi? Dalam aku sedang berkira-kira itu, dia pun memulakan perbualan."Assalamualaikum, Hana sihat?"Hatiku tersentuh apabila dia memanggilku dengan namaku dan bukannya ‘kau‘ ataupun ‘awak‘ seperti awal perkenalan kami dahulu. Suaranya seakan kelu dan terketar-ketar. Bagaikan dipaksa-paksa suara itu supaya jelas di pendangaranku. Di dalam hati ini meronta-ronta untuk segera beredar dari situ. Tidak sanggup lagi untuk mendengar bait-bait kata yang akan keluar dari mulutnya. Tidak berdaya lagi untuk melihat ketulusan dan kemurniaan hatinya yang terzahir di raut wajahnya yang tenang itu."Waalaikumsalam warahmatullah. Alhamdulillah Hana sihat," kugagahkan diri untuk menjawab pertanyaannya tadi. Aku tidak mahu menimbulkan sebarang perkara yang membuahkan sangkaan yang bukan-bukan daripada emakku. Anak mataku ini segera kularikan saat bertembung anak matanya itu. Aku jadi serba tak kena. Tudung yang kupakai, entah keberapa kali aku betulkan pun aku sendiri tidak pasti. Lalu, aku mengambil keputusan yang drastik."Mak, Hana naik ke atas dulu ye. Berkemas-kemas apa yang patut," tanganku menjinjing beg dan berlalu ke atas tanpa menoleh ke bawah buat kali yang kedua."Yelah, Hana. Kau mesti dah letih drive dari pagi sampai ke petang. Selesai berkemas tu, berehatlah. Bila habis kerja mak ni,mak naiklah ye," ujar emakku memahami keletihanku yang hanya pada zahirnya sahaja. Emakku terus menyambung kerjanya sambil berbual dengan Hazman. Entah apa yang dibualkan pun aku takut untuk mengetahuinya.Keadaan bilikku masih tidak berubah, susun aturnya juga masih sama. Emak begitu mengambil berat soal kebersihan bilikku hinggakan sebesar zarah sekalipun tidak terdapat kekotoran. Lantaran sudah lama aku tidak pulang, ibuku pula yang mengambil alih tugasan membersihkan bilikku itu. Perlahan-lahan aku letakkan begku ke katil tetapi tanganku terlanggar sesuatu yang berada di meja sisi katilku itu. Rupa-rupanya album lama ketika zaman persekolahan aku dahulu. Lantas kucapai dan mula membelek gambar demi gambar yang terdapat di dalamnya. Bola mataku berhenti pada sekeping gambar yang terselit di belakang gambar lain. Gambar apa pula yang menyelit belakang ni ha?

Alamak ... Dia Lagi! 5

"Woi, Ila. Sini la tolong aku, kau buat apa lagi tepi sungai tu?" jeritku bila melihatkan Ila masih lagi tergaru-garu kepala. Sedangkan cikgu suruh masak air je, bukannya cari sumber air! Api pun dah siap hidupkan, tinggal jerang je. Ya Allah, terkedek-kedek pula jalannya, padahal bukannya jauh sangat pun."Sekejap la Hana. Aku datang ni. Nah,ambil ikan yang budak-budak tu dah tangkap ngan cikgu tadi," sahut Ila sambil menghulurkan lima ekor ikan yang masih fresh dari sungai. Banyak juga yang dia orang dapat tangkap, baru sejam lebih je!"Apa pula bagi kat aku? Nak masak apa ni? Nanti aku main masak je kang," soalku pada Ila seraya memintanya supaya bertanyakan pada Cikgu Aznah yang turut serta dalam kem bina diri yang dianjurkan oleh pihak sekolah untuk pelajar-pelajar sebaik sahaja tamat peperiksaan Sijil Penilaian Malaysia (SPM) yang bertujuan mendedahkan pelajar-pelajar dengan arus globalisasi yang mencabar serta usaha untuk mengurangkan risiko kami menghadapi culture shock nanti."Cikgu suruh masak kari yang simple je. Rempah ngan bawang ada dalam bakul kat sana tu," laung Ila sambil jarinya menunjuk ke arah bakul peralatan memasak berhampiran khemah guru-guru pengiring. Isshh, budak ni main tunjuk-tunjuk je."Kok iyepun, meh le sini tolong aku siang ikan ni, Cik Ila ooi. Takkan la nak masak ngan perut-perutnya sekali. Silap haribulan, semua yang makan kari ni kena food poisoning lak," balasku sambil bergerak untuk mengambil bahan-bahan untuk memasak. Nasib aku la kena masak hari ni. Budak-budak yang lain entah ke mana perginya.Ah, lantaklah yang penting aku dah dipertanggungjawabkan dan kenalah ikhlas pikul amanah tu."Ala, tak syok la macam ni. Aku bukannya pandai pun siang ikan, kau jelah yang siang," ucap Ila seakan berbisik, mungkin takut didengari oleh yang lain."Oklah, aku siangkan. Nanti kau pergi bersihkan yek?" kataku dan segera memulakan tugasan itu. Tak pelah, kawan punya pasal aku tak de halnya."Sayang kau, Hana! Nanti kau ajar aku macam mana nak siang tau," wajahnya berbunga ceria sebaik aku mengangguk-anggukkan kepala tanda setuju."Eh Ila pandailah awak ni siang ikan," tegur Hazman sambil duduk mencangkung bersebelahan Ila untuk membantunya. Aku ni cepat je dengar suara ‘dia‘ tu, macam telinga kuali lak kan?! Eleh, kalau dah namanya lelaki, mestilah suara tu kuat. Nak bagi slow macam mana sekalipun, orang tetap dengar. Setuju tak?"Bukan saya la yang siang ikan-ikan ni. Tu ha, Hana yang siang tadi. Dia suruh saya yang bersihkan sebab dia tengah prepare bahan-bahan nak masak kari untuk makan tengahari nanti," ulas Ila panjang lebar sambil mulutnya dimuncungkan kepadaku. Aku hanya buat pekak dan leka meneruskan tugasanku yang kini hampir selesai. Tinggal tunggu Ila bawa ikan-ikan yang dah bersih tu je."Hah, Hana yang masak? Dia tu kan brutal semacam, pandai ke buat kerja-kerja perempuan ni?" soal Hazman ragu-ragu."Kau ni apalah. Tak semestinya perempuan yang pada zahirnya nampak kasar tak pandai buat kerja rumah," jawab Ila lalu bingkas bangun dan menuju ke arahku."Oh, macam tu ke?" Hazman cuba berlawak dengan Ila. Kenapa? Tak percaya? Hehe.. Dia ketawa tapi yang sedihnya lawak dia tu tak dapat respond daripada Ila. Kelihatan Ila begitu serius."Kenapa ni Ila? Muncung je. Senyumlah sikit," tanyaku bila tiada segaris senyuman pun pada bibirnya. Pelik aku. Tadi elok je berborak dengan aku."Taklah, aku just geram je ngan Hazman tu. Dia underestimate kebolehan kau," balas Ila masih dengan muka yang masam mencuka seperti tadi."Walaupun dia kata pada kau, tapi aku yang terasa sebab aku kenal kau lebih daripada dia. Mana boleh suka-suka je nak perkecilkan orang. Mentang-mentang kau ni kasar," luah Ila tidak puas hati. Tersentuh hatiku dengan kata-kata sahabatku ini. Dia yang terasa sedangkan aku yang kena kata ni tidaklah begitu terasa dan segeram dia."It‘s ok. Never mind. Aku dah biasa dengan semua ni. Kau janganlah muncung-muncung macam ni lagi. Asalkan kau tahu aku siapa dah cukup, biarlah orang lain nak kata apa.Aku tetap aku, ok?" sambutku panjang lebar sambil menghadiahkannya seulas senyuman. Kemudian, Ila pun mula tersenyum walaupun agak pahit."Ha, macam tulah bestfriend aku. Kena senyum selalu sebab kalau kau senyum, aku pun rasa tenang. Kalau ada yang sakitkan hati kau, bagitahu aku biar aku warning dia," ujarku dengan tangan yang ligat mengacau kari pekat yang sudah hampir masak."Eh apasal muka aku macam kena flash kamera je nih?" soalku serta merta."Hana, ada orang ambil gambar kau la!" jawab Ila pantas."Siapa la pula manusia tu? Macam dah tak de insan lain yang dia nak ambil gambar candid. Aku juga yang jadi mangsa," bebelku."Hazman la, Hana," sambung Ila tak lama kemudian."Apasal la mamat sekor ni? Tadi kacau kawan aku, sekarang aku pula yang kena. Tak leh jadi ni," kataku dengan dahi yang berkerut-kerut."Takkan la tak leh kacau kau? Bukan ke aku ni kawan kau? Marah ke?"Hek eleh, bila la pula dia ada kat sini. "Kau Hazman. Bukan tak leh kacau tapi tak kena masa tahu tak," bidasku tanpa menoleh kepadanya. Malas pula aku nak melayan mamat ni. Tiba-tiba pula rasa boring."Oklah, aku minta maaf pada kau. Dah siap cuci gambar nia aku bagi pada kau,ok?Nak pujuk orang nampaknya. "Yelah," sepatah yang keluar. Itupun bena tak bena aku menjawabnya.* * * * * * * * * *Kelakar pula aku tengok gambar ni. Punyalah selekeh aku pakai! Hehehe... zaman riang ria kanak-kanak la katakan. Best pula bila belek gambar-gambar lama ni. Nostalgia lalu kembali menjengah. Barulah aku sedar yang lama tu selalunya lebih berharga berbanding yang baru. Perkara-perkara yang baru ni kadangkala buat kita lupa dari mana asalnya kita kerana kita sebagai manusia yang sering membuat kesilapan ni lebih mengagungkan apa yang dimiliki sekarang. Sekaligus lupa untuk mensyukurinya.Tit tit, tit tit...Lamunanku terhenti dek deringan SMS yang agak kuat. Macam tahu tahu je aku tengah berangan, kacau daun betullah penghantar mesej ni. Baru nak mengelamun kejap. Mesti budak Mila nih! Aku baru je balik kejap, dah rindu nampaknya pada aku. Ada-ada jelah minah seorang ni.Usah jauhkan dirimu dariku,Kerna sedaya upaya kudratku cuba mendekatimu,Mungkin suatu hari nanti kau akan sedar,Betapa insan yang kau sering cuba untuk lupakan itu akan terus mekar..."Issh, isshhh.. Buat balik dah," omelku sejurus mendapati siapakah pengirimnya. Meleset sangkaanku tadi. Lain yang aku sangka, lain pula yang jadi! Tak suka betulah dengan orang yang tak bernama ni. Ingatkan dah stop, at last sambung lagi. Serik aku dibuatnya. Kali ni aku nak guna telefon rumah pula call dia, sure dia tak tahu punya! Hehehe... seronoknya aku.Trut trut, trut trut.. deringan kedengaran seperti hari tu tapi dia tetap tak angkat. Dia tahu ke nombor telefon rumah aku ni? Musykil dibuatnya. Gasaklah, semuanya tak makan saman. Baiklah aku jenguk mak aku kat bawah. Lama betul tak naik-naik. Fuhh.. nasib baik Hazman dah balik. Lega satu perkara."Mak nak buat apa dengan kelapa banyak-banyak ni?" soalku kehairanan."Sebenarnya tujuan mak panggil kau balik ni sebab mak nak buat kenduri doa selamat sikit sempena ulangtahun kelahiran kau. Nak harapkan kau balik sendiri,lambat lagilah. Lagipun,sebelah malam pula mak nak buat tahlil untuk saudara-mara kita yang dah pergi ni," jelas emakku sedetailnya."La... nak buat kenduri rupanya. Ingatkan apalah yang emergency sangat tu," pintasku sebaik emakku menghabiskan perkataan terakhir."Tu lah sebabnya Hazman datang tadi. Mak dah wakilkan dia untuk urusan pembelian barang-barang dan jemput orang-orang surau. Nak harapkan adik-adik kau tu, sampai sudah la tak selesai-selesai. Kau pula baru balik, tak sampai hati mak nak suruh kau yang buat, penat sehari dalam kereta pun belum hilang lagi," sambung emakku yang pada ketika itu sudah siap memarut kelapa-kelapa yang bertimbunan sebentar tadi.* * * * * * * * * *"Thanks Hazman sebab tolong mak Hana buat benda-benda tu semua. Patutnya Hana yang uruskan, bukannya Hazman. Mesti penat kan sebab pagi-pagi lagi dah ke pasar," ucapku pada Hazman saat mengambil barang-barang mentah yang telah dibelinya di pasar borong pagi itu. Agak janggal kedengaran bila aku membahasakan diriku sebagai ‘Hana‘ dan bukannya ‘aku‘ seperti dulu. Kini, aku sudah mula boleh mengawal emosiku terhadapnya. Puas sudah aku mengalirkan airmata bermunajat kepada yang Esa di tikar sembahyang subuh tadi agar semuanya akan berakhir dengan baik. Aku tidak mahu terus dibayangi dengan perkara-perkara lampau itu. Aku memohon kepada Ilahi agar aku dan Hazman masih boleh kekal sebagai sahabat baik seperti di awal pertemuan kami dahulu."Tak de apa-apalah Hana, perkara kecil je. Lagipun, Hazman ikhlas nak membantu," jawabnya sambil menutup bonet keretanya."All right, Hazman minta diri dulu ye sebab belum mandi lagi ni. Tak sempat la pagi tadi, nak cepat sangat," sambungnya sambil menahan ketawa. Akhirnya, ketawanya pecah di situ juga."Tak pelah kalau macam tu, baliklah mandi. Tapi, tengahari nanti datang tau," sambutku tersenyum. Sikapnya masih sama, suka berjenaka denganku. Namun, aku tidak lagi akan ketawa besar seperti dahulu bila mendengarkan lawak antarabangsanya. Cuma senyuman yang terukir di bibirku. Pengalaman hidup mengajar aku untuk menjadi lebih dewasa dan matang. Bukanlah aku mengubah sikapku untuk menjadi manusia yang bukan diriku tetapi aku hanya mengikis elemen-elemen negatif dari diriku untuk disesuaikan dengan sekelilingku."Insya-Allah, Hazman datang. Hazman balik mandi dulu ye?! Kirim salam pada mak Hana," ketawanya masih lagi bersisa.Aku hanya mengangguk perlahan seraya naik ke rumahku dengan beberapa plastik barang yang dibeli oleh Hazman tadi di tangan. Dapur adalah destinasiku dan emakku adalah sasaranku. Maunya tak begitu, barang sebegini banyak aku yang bawa seorang!Tit tit, tit tit... berbunyi lagi handsetku. Sabarlah dulu, berat tau barang-barang ni. Ikutkan hati ni, nak aje aku offkan handset tu. Tapi, bila mengenangkan Mila terus tak jadi. Bukannya apa, Mila tu bukannya boleh kalau aku offkan handset tu. Risau katanya. Hah, baru boleh nak baca. Entah-entah orang yang bernama tu lagi kot?! Aduss, masin pula mulut aku ni! Memang dia pun.Terima kasih untuk segalanya,Aku tahu masih ada sisa kasih di sudut hatimu buatku,Walau kau enggan untuk mengakuinya,Aku bisa memahaminya kerana hatimu dan hatiku telah bersatu...Bertambah parah nampaknya! Patut-patut dah duduk ICU ni, tak boleh dibiarkan lagi. Nanti makin kritikal pula! Masuk bab kasih, bab hati dah ni... Kalau berterusan juga kes ni, migrain aku nanti.Senang cerita,aku tukar nombor lain jelah... Tutup cerita pasal ni."Fuiyoo... ramainya yang datang mak!" laungku dari depan. Tak jawab pun mak ni, sibuklah tu! Aku juga yang kena jaga bahagian depan ni. Kena layan tetamu pula tu! Aiseh, lupa pula. Ni kan kenduri untuk aku! Haruslah aku yang kendalikan. Petang itu aku mengenakan baju kurung hijau yang simple dan dipadankan dengan sehelai selendang labuh yang kupakai ala-ala kadar asalkan menutup aurat cukuplah. Tak reti aku nak melilit-lilit tu, buatnya terbelit leher ni siapa nak tanggung?Majlis yang berlangsung dimulakan dengan bacaan doa selamat. Semuanya berjalan lancar dan sempurna seperti yang dirancangkan sebelum ini.Tetamu-tetamu yang datang kelihatan gembira dan menyambut baik jemputan emakku. Alhamdulillah.Setelah kuamati satu persatu wajah hadirin yang datang, ada satu yang kurang. Puas kucari di segenap ruang, namun masih hampa. Lantaran itu, pangkin yang terletak agak jauh dari kesibukan hadirin menjadi tumpuanku untuk berehat seketika sambil menghirup udara segar kampungku yang belum tercemar oleh kepesatan pembangunan. Nafas kutarik dalam-dalam dan kupejamkan mataku sambil fikiranku menerawang kepada pencarian siapakah penghantar SMS misteri itu. Handsetku masih di tangan. "Siapa orang ni sebenarnya?"soalku sambil membuka mata yang kupejam sekian lama dan seolah-olah menujukan soalan itu kepada handsetku yang masih setia di genggamanku. Dalam masa itu juga telingaku menangkap sesuatu...Akulah PUTERA yang selalu merinduimu,Hamparkanlah kasih dan sayangmu itu buatku,Lantaran sifatmu yang satu dalam seribu,Membuat naluriku berkata kaulah PUTERI hatiku...Segera aku menoleh ke arah datangnya suara itu dan dalam sekelip mata terungkailah sudah segala yang telah menimbulkan pelbagai persoalan dalam hidupku akhir-akhir ini. Barulah kutahu yang selama ini, dialah insan yang bertanggungjawab atas semua madah yang kuterima tanpa nama pengirimnya itu. Dia jugalah insan yang telah menambat hatiku sejak kali pertama bertemu dan dialah insan yang telah ditakdirkan Allah untukku.Rupa-rupanya, majikanku itu adalah abangnya dan setiap gerak-geriku diperhatikan dari jauh tanpa aku sedari. Semua maklumat tentangku diperolehi daripada abangnya dan dalam masa yang sama Ila turut menjadi sumbernya. Memang benar, ada hikmah di sebalik semuanya. Tanpa kusedari, ada titisan jernih yang mengalir dari pelupuk mataku. Kali ini, titisan jernih itu bukan kerana kesedihan tetapi kerana kegembiraan dan kesyukuran terhadap Tuhan yang Maha Esa yang telah mengabulkan doa hamba-Nya yang kerdil ini untuk mengakhiri semuanya dengan baik.Insan yang kumaksudkan ialah putera hati seorang puteri, Rahazman b. Abdurrahman...

No comments: