Friday, June 3, 2011

Disini Ada Cinta - Ep3 (Akhir)

BAU daging bakar yang dipanggang benar-benar membuka selera. Kay mengambil sehiris, mencecahnya ke dalam air asam.

"Sedap?" Soal Adam. Kay mengangguk.

"Sebab tu I selalu ke sini.. " Ohh.. Kay senyum.

"Kay.. you sudi tak jadi girlfriend I?" soalnya tiba-tiba. Alamak.. Kay senyum lagi.

"Kenapa you tanya?" soal Kay. cakaplah.." pinta Adam. "how about u?" soal Kay pula.

"I.." Abang… " Adam kepucatan. Gadis yang berambut separas bahu itu tersenyum. Entah dari mana datangnya dia mereka tak sedar.

"Nora.. Nora buat apa kat sini?" soal Adam gugup. Kay kehairanan. Aikk.. kenapa pula ni?
"Siapa ni bang? Dari tadi lagi Nora perhati..cakaplah bang.." desak gadis itu lagi. "Ini.. ini.. "

"Ini perempuan yang abang suka tu kan? Selama ni betul la apa yang orang kata pasal abang! Abang curang!!" Pantas tangan Nora mencapai jus lobak dan menyimbah ke arah Kay. Kay tak sempat mengelak dan seluruh muka dan dadanya sudah basah.

"Nora..!" Adam memegang kepala. Kay tergamam.

"Siapa ni bang? Cakap??" desak Nora. Suasana di restoran itu mula tegang. Pelanggan-pelanggan lain sudah mula memberi perhatian ke arah mereka.

" Dia tunang I Nora.." Satu suara tiba-tiba menyampuk. Amal sudah tercegat di sebelah Kay. Tanpa dipinta selamba dia meletakkan tangan memeluk bahu Kay. Kay tergamam. Dalam hati memang geram.. tapi hati dia lebih sakit melihat dua makhluk di hadapannya sekarang ini. Adam hilang machonya bila Nora tiba-tiba muncul! Tak guna punya jantan!!

"Ha.. tunang Amal, Kay…"

"Apa?" Nora menekup mulut. Seraya itu dia mengambil napkin membantu Kay mengelap baju yang sudah basah.

"Sorry.. I tak sengaja sorry.." pintanya kesal.

"I Nora, tunang Adam.. I minta maaf.. Amal.. sorry.." pintanya lagi.

Kay diam tak terkata-kata. Pada Adam dia merenung tajam membuatkan Adam mula tak senang duduk. Amal selamba menarik kerusi dan menolong menjamah hidangan yang masih belum terusik sepenuhnya.

"Nora.. kan abang dah kata.. abang Cuma sayangkan Nora.. " pujuk Adam.

"Ye Nora.. betul tu.." sampuk Amal.. antara perli atau apa, Adam tak pasti.

"Err.. Mal.. aku pulang balik tunang kau.. aku pergi dulu.. sorry ye Kay.. bye.." Adam bangun dan berlalu memimpin Nora pergi dari situ. Kay tergamam lagi. Tak percaya apa yang berlaku sebentar tadi.

"Kan saya dah cakap dulu.. " Amal merenung wajah Kay. Kay tidak menjawab. Tangannya masih tekun mengesat baju yang sudah kotor. Tiba-tiba dia terasa malu yang amat sangat. Dan tiba-tiba juga dia rasa Amal memang sengaja ingin menyaksikan kegagalannya dalam membina satu hubungan. Airmata tiba-tiba terasa menitik. Tanpa menanti Kay bangun dan meninggalkan Amal yang cuma tenang melihatnya berlalu pergi….

Mak menggeleng kepala melihat Kay mengutip kaca yang berderai di atas lantai. Apa kena anak aku ni? Bisiknya sendiri. Sudahlah terkejut melihat dia balik memakai baju kurung semalam belum hilang lagi. Perangainya juga sudah banyak berubah. Pendiam tak tentu arah pula dia kali ini. Kena sampuk dek jembalang tanah ke?

"Kay ambilkan piring bekas nenas mak tu.." pintanya bila Kay selesai mengutip serpihan kaca. Kay patuh. Seketika kemudian dia membawa sebesen besar taugeh yang sudah dibuang akar.

"MasyaAllah budak ni.. " mak menggeleng kepala.

"Nape mak?" soal Kay.

"Mak mintak nenas tu.. yang kau ambil taugeh ni kenapa?" Ohh.. Kay menggaru kepala yang tidak gatal. Along turut tersenyum melihat Kay. Kantoi ngan mak! Padan muka!

"Kamu ni kenapa Kay? Sakit? Sakit apa?" soal mak.

"Sakit orang muda mak.." sampuk along selamba. Kay mula menjeling geram. Jangan nak pandai-pandai bukak cerita.. kang aku bakar gambar tunang kau kang.. Along tertawa sambil menjelir lidah.

"Kay.." mak senyum. Kay menoleh. Tangannya lincah membasuh beras.

"Mak suka tengok anak mak sorang ni dah berubah. Dah pandai pakai baju kurung.. dah pandai melawa.."

"mana taknye mak.. ada imej consultant tak bertauliah yang ajar itu ini.." jawab Kay sambil menjeling along. Along senyum. Aku ke.. atau si Amal tu?

"Mak rasa memang sesuai sangatlah.. macam pinang dibelah dua la.." Aik.. Kay merenung emak. Sejak bila pulak mak aku ni masuk pertandingan pantun ni?

"Iyelah.. hidup kita sebagai manusia ni Allah jadikan berpasang-pasangan..kalau bulan dengan bintang.. kalau hujan dengan panas.. kalau siang dengan malam..kalau bunga ada kumbangnya.." Amboi… Kay rasa nak tergelak.

"Mak.. mak ni nak cakap apa sebenarnya.. nak cakap pasal cuaca dunia semakin panas ke.. nak cakap pasal bunga?" Kay sudah mula tertawa bersama along.

"mak nak cakap hal kamu tu la!" Alamak.. Kay tersenyum. Dia duduk di sebelah Along. Biarpun sebaya tapi Along jelas kelihatan lebih matang dari Kay.

"Kakak kamu tu dah bertunang.. jadi.. mak rasa.. Kay pun patut ikut jejak langkah Along.." Apa?? Kay rasa macam nak tercekik.

"Mak ni kalau boleh nak tengok dua-dua anak mak ni bersanding sama.." Kay tergelak lucu.

"Mak.. takkan la kami ni kembar, semua kena sama.." Kay menggeleng kepala..

"Iye la.. anak perempuan mak dua aje.. kalau dua-dua kawin lega mak.. tak ada la mak ni nak risau sangat…" Kay senyum.

"Kalau ada orang merisik Kay.. Kay nak tak?"

"Soalan mak tu macam dah ada orang gitu-gitu jer.." Along mengerut kening. Mak senyum.

"Orang ni datang dari keluarga baik-baik. Dah lama kami rancang perkara ni.. " Mak memandang Kay.

"Kay dah ada buah hati ke?" Kay tunduk. Jari-jari runcingnya ligat menguis-kuis alas meja. Buah hati? Hati Kay ni baru je remuk mak. Kay dah tersilap menyayangi orang.. rupa-rupanya orang tu dah ada tunang! Along merenung Kay. Dia turut merasa pedih yang terukir di hati kembarnya. Sabarlah dik..

"Fikir la dulu.. kalau dah habis fikir bagi tahu mak.. kalau Kay nak jumpa orangnya pun boleh.. tapi fikirlah dulu.." mak menepuk belakangnya, membuatkan Kay tersenyum.

RITA merenung gadis di hadapannya tak bekelip. Betul ke aku tak salah orang ni? Dia menenyeh biji mata.. untuk memastikan dia tak tersalah pandang.

"Apa ni? Tak pernah tengok orang ke?" soal Kay sambil tersenyum.

"Apa dah jadi dengan kau ni Kay?" soal Rita sambil meletakkan surat-surat untuk tindakan Kay. Kay sengih lagi. Jambangan-jambangan bunga mawar yang layu di atas meja disusun elok di belakang. Seminggu dia cuti mawar-mawar itu terbiar di atas meja. Dan, yang paling segar diletak dalam vase besar. Terima kasih banyak pada orang yang baik hati mengirim bunga. Lain kali bagi lagi berdozen-dozen!

"jadi orang la.. nak berubah jadi baik pun tak boleh ke?" soal Kay kembali. Rita rasa tersindir.

"Kenapa kau tak balik lagi?" soal Kay sambil menaip sesuatu di komputer.

"Aku saja lalu sini.. tak tau kau dah masuk kerja hari ni.. kata nak cuti dua minggu.." jelas Rita.

"Saja.. bosan pulak aku duduk kat rumah.. " jawab Kay.

"So, aku balik dulu la Kay.. boyfriend aku dah tunggu kat bawah.. err.. ikhlas aku cakap.. cantiknya kau.." Kay senyum bila Rita memuji begitu. Rita keluar dari bilik. Suasana di pejabat kembali sunyi. Memang semua terkejut melihat kemunculannya hari itu. Masing-masing ingat dia pekerja baru. Kelakarnya.. tapi syukurlah.. bermula daripada arahan gila si Amal aku dah berubah sampai ke tahap ini. Kadang-kadang betul juga kata kak Suraya. Biarpun arahan tu nampak tak logik.. tapi untuk kebaikan.. tak salah kalau kita akur.. hmm… minta-mintalah si beruang kutub tak perli aku lagi lepas ni. Sakit telinga bila dia asyik kata aku ni macam jantan. Dan minta-minta.. lepas ni mulutnya yang macam murai tu terkunci rapat-rapat bila melihat imej baru aku ini… tapi.. mesti ada tujuan dia dera aku macam tu. Aku tengok si Tina secretary Encik Adnan di HR Dept. tu melayu juga.. berdarah jawa lagi.. tapi selamba je pakai skirt singkat.. tak kena marah pun! Ahh.. lantaklah.. yang penting aku buat ni bukan pasal dia.. tapi kerana kesedaran aku sendiri. Dah puas 24 tahun aku hanyut dalam dunia gila-gila.. sampai aku tak ada identiti sendiri. Nak kata perempuan tapi macam lelaki.. nak kata lelaki bulan-bulan ada bendera merah juga! Dia mula rasa boring. Pantas tangan pergi ke Real Jukebox. Kemudian dia klik pada lagu yang baru didownload tengah hari tadi. Orang tak ada ni boleh la menyanyi hiburkan hati..

'm not looking for someone to talk to
I've got my friend, I'm more than ok
I've got ore than a girl could wish for
I live my dreams but it's not all they say
Still I believe I'm missing something real
I need someone who really sees me
Don't wanna wake up alone anymore
Still believing you'll walk through my door
All I need is to know it's for sure
Then I'll give.. all the love in the world
I've often wondered if love's an illusion
Just to get you through the loneliest days
I can't criticize it
I have no hestitation
My imagination just stole me away
Still I believe
I'm missing something real
I need someone who really sees me
Don't wake up alone anymore
Still believing you'll walk through my door
All I needi is to know it's for sure
Then I'll give.. all the love in the world
Love's for a lifetime not for a moment'
So how could I throw it away
Yeah I'm only human
And nights grow colder
With no one to love me that way
Yeah.. I need someone who really sees me..
And I won't wake up alone anymore
Still believing you'll walk through my door
You'll reach for me and I'll know it's for sure
Then I'll give.. all the love in the world..

Amal tak jadi untuk mengganggu gadis itu menyanyi. Dia jadi gamam melihat gadis bertudung hijau itu di dalam bilik Kay. Mulanya memang dia nak menyergah. Anak dara apa melalak sorang-sorang di sini? Tapi, saat matanya jatuh melihat ke wajah itu dia jadi serba salah. Memang perasaan ini sudah mula wujud setelah melihat air mata gadis itu jatuh semasa peristiwa di restoren itu terjadi. Dan Amal mula terasa amat bersalah. Memang dia tahu perangai playboy Adam.. tapi sengaja dia nak mengenakan si Kay. Memang niatnya supaya Kay sedar.. di jiwanya masih bernaluri perempuan.. yang ingin dimanja dan dikasihi. Lagipun, dalam banyak-banyak staff, yang seorang ni memang suka memberontak. Maklumlah.. masa dengan abah dulu naik lemak. Abah memang jenis tak kisah. Tapi dengan aku jangan main-main. Bukan dia tak tahu gelaran istimewa diberikan Kay untuknya. Si beruang kutub! Orang handsome macho macam aku dikata beruang kutub. Sebagai balasan, padan muka kau kena jadi perempuan! Hari pertama dia datang kerja dengan baju kurung warna merah kalau tak silap. Penampilan pertama memang kurang memuaskan. Baju merah, kasut warna hijau tua.. bawak pula beg sandang. Memang menjatuhkan maruah baju kurung! Namun lama kelamaan dia dah mula memakai kebaya. Pertama kali dia berkebaya masa aku bawa jumpa Adamlah! Tak sangka lawa juga minah tomboy ni.. dia sendiri terpesona sewaktu Kay melangkah ke dalam pejabat. Baju itu menampakkan susuk tubuhnya yang lampai. Tapi, tak boleh dipuji.. nanti menjadi riak. Dan hari ini tuhan seperti ingin menduga hatinya yang mula bergoyah. Kay tersangat ayu dan manis bila mengenakan tudung rupanya. Dan Amal terus memerhati dari jauh tanpa Kay sedari sedikitpun…

MESYUARAT berakhir setelah 3 jam bersidang. Kay menguap beberapa kali. Dia memeriksa handset yang dioffkan sejak dari pagi tadi. Wahh.. banyaknya pesanan suara! Pesanan pertama.. huh!! Adam??!! Ciss.. pegi mampus! Bisik hatinya sendiri. Kemudian, pesanan Kak Suraya.. hmm.. dia ajak pergi ke rumahnya petang esok. Kena return call. Kemudian .. alamak.. ni dari kampung! Kay segera menyorok di belakang pintu bilik meeting sambil tangan lincah mendail nombor rumah.

"Hello.. "

"Asalamualaikum mak! Kenapa telefon Kay?" soal Kay.

"Amboii.. telefon anak sendiri dah tak boleh?" usik mak membuatkan Kay tertawa.

"Tak adalah mak.. "

"Macammana?" soal mak.

"Macammana apa mak?" soal Kay balik.

"Jawapan hari tu.. dah dua minggu dah ni.. pihak lelaki dah sibuk bertanya.. jangan biar orang tunggu lama-lama Kay.." Hmm.. Kay mengeluh.

"Oh ya.. semalam mak cik Sarimah telefon mak.. dia suruh Kay telefon dia.. ada hal mustahak nak cakap.. ambil nombor telefon ni.... " Kay pantas mencatit sesuatu di kertas yang dibawa ke dalam meeting tadi.

"Ni nombor telefon rumah dia ke ni mak?"

"Hmm.. telefonlah.. kalau Kay nak puas hati. Mak dan abah dah tengok orangnya.. kami dah berkenan.." Kay mengangkat kening. Mak dengan abah ni macam dia pulak yang nak kawin!

"Err.. okey la mak..nanti la Kay telefon.. err.. Siapa nama dia mak?"

"Amirul, "

"Ohh.. Amirul.." Kay senyum.

"Ehemmm!!!" Opocot!! Kay cepat-cepat menyimpan handset. Amal sedang merenung di belakang. Apa lagi la salah aku.. takkan bercakap dengan mak sendiri pun tak boleh..

"Saya nak awak ikut Samsul jemput Encik Mokhtar dari Sudan kat KLIA sekarang...." Eiii… Kay mengurut dadanya. Sabarkanlah hati aku nie ya tuhan!!!



"KAK .. boleh tolong Kay tak?"

"tolong apa?" soal Suraya.

"Tolong telefon orang ni.."

"Kenapa?"

"Err.. macam nie.. mak dan abah kat kampung berkenan kat orang nie.. tapi Kay tak pernah jumpa.. so, akak menyamar jadi Kay boleh?" pinta Kay.

"Ohh.. kenapa Kay tak cakap sendiri?"

"Takutlah.. tak pe la. Akak Cuma tanya dia sama ada dia nak jumpa Kay tu jer.. boleh?" pinta Kay lagi.

"emm… okey.. insyaAllah.. apa namanya?"

"Amirul, ni nombor telefon, 70865443,"

"Okey.. akak cubalah.."

"Okey.. thanks kak!" Kay senyum sambil menyimpan kembali telefon bimbit.

Entah kenapa rasa di dada berdebar lain macam. Dan dia paling surprise dengan satu berita. Si Amal nak bertunang!! Heh.. ada perasaan jugak kau dekat perempuan ye? Kay tersenyum sendiri. Siapa lagi yang bawa cerita kalau bukan si Rita. Lagipun.. seronok apa dapat korek rahsia boss. Boss yang kerek pulak tu. Dengar cerita pilihan keluarga. Bagus.. anak yang patuh pada orang tua.. Kay tersenyum sambil merenung jambangan mawar yang tiba lagi pagi tadi. Teringin sangat dia nak tahu siapa pengirimnya. Tapi sayang.. dia tak pernah terserempak dengan si penghantar bunga. Biasanya kak Mona receptionist yang mengambilnya. Dan sejak sebulan ini Cuma dia dengan si beruang kutub saja yang dikunjungi bunga setiap hari. Hmm.. diam tak diam kopak jugak la RM aku dua tiga ratus untuk bunga je.. jangan-jangan.. dia dah tahu aku punya kerja! Ishhh takkan la.. Kak Suraya takkan bocor rahsia punya! Lagipun si Rita tak pernah pula cerita boss dia tu pergi sibuk2 cari address kedai bunga tu.. maknanya dia suka la tu.. hehehe.. padan muka kau! Ego sangat! Tapi.. Kay mengurut dagu. Kalau tak kerana dia aku tak mungkin berubah begini! Dan dia akui.. Amallah yang banyak mengubah hidupnya. Dia patut berterima kasih pada Amal kerana membuka matanya selama ini. Dan kalau tidak kerana Amal, tentu dia terlanjur jauh mencintai Adam!

Ring! Ring! Telefon di meja berdering nyaring. Pantas gagang itu disambar.

"Hello.." "Hello Kay.. Kak Suraya nie.. problem Kay settle.."
Wah.. cepatnya kak.. macammana?"

"Err.. akak Cuma dapat cakap dengan mak dia aje la Kay.. tapi tak ada masalah.. mak dia kata petang nie Kay boleh datang ke rumah. Dia orang tunggu.."

"Okey .. terima kasih kak.. tapi Kay takutlah kak.. akak temankan Kay boleh tak? Lagipun Kay tak ada kereta.."

"Emm.. "

"Please kak.. Kay seramlah kak…" pinta Kay.

"Okey.. nanti lepas office Kay datang kedai akak, okey?"

"Okey! Thanks kak.." Kay senyum. Tapi dalam hati dia terasa begitu berdebar sekali.

HONDA City warna biru milik Suraya membelok masuk ke sebuah banglo di lorong ketiga. Mak aii… Kay terpegun sendiri.
"Betul ke ini rumahnya kak?" soal Kay. Suraya senyum.
"Pasti sangat Kay.. jom kita turun.." Suraya keluar dari perut kereta dan membuka pintu pagar. Kay mengekor di belakang takut-takut. Segala jenis selawat dan doa dibacanya. Dalam perjalanan tadi macam-macam pesanan mak di corong telefon. Salam.. lepas tu cium tangan. Jaga adab bercakap.. jangan cakap bukan-bukan.. aduii.. banyaknya pantang larang!

"Masuk Kay.. " Ehh.. Kay pelik. Kak Suraya ni buat rumah ni macam rumah sendiri aje.. seketika kemudian seorang wanita bertudung kuning pinang masak muncul.

"Ohh.. inilah dia orangnya.." Kay senyum, tunduk mencium tangan wanita itu. Seketika tubuhnya dipeluk dan kedua pipi dikucup membuatkan Kay rasa tenang. Kelembutan wanita itu menghilangkan segala kerisauannya. Kalau emak dah sebaik ini, anak nya mungkin serupa juga!

"Duduklah nak.. kejap lagi turunlah Amirul. Dia tengah sembahyang tadi.." Wah.. Kay lagi rasa gementar. Kak Suraya yang duduk di kerusi di depannya Cuma tersenyum tak putus-putus. Tak lama kemudian seorang lelaki turun, Cuma berkain pelekat dan berbaju melayu sahaja.

"Ini dia ayah kak Suraya.. abah, ni la Khusyairah.." Kay menghulur tangan untuk bersalaman tapi.. Eh.. macam pernah kulihat lelaki ini..

"Tuan Haji??" Kali ini debar makin menjadi-jadi. Macammana pulak aku boleh ada kat rumah boss aku ni?

"Kay.. amacam? Sihat?" soal Tuan Haji Ariff selamba. Kanak-kanak perempuan yang comel di sisi kak Suraya tersenyum manja.

"Mama.. mama.. tadi nenek kata mama nak bawak balik mak ngah.. " Mama? Kay pandang kak Suraya tak percaya.

"Kak Sue.."

"Sayang.. pergi panggil pak ngah turun.. kata pada dia nenek dengan atuk dah tunggu lama kat bawah ni.." Tanpa memperdulikan renungan Kay Suraya mengarah anaknya itu memanggil teruna yang masih di bilik.

"Kak Suraya Kay tak faham.." bisiknya. Macammana aku nak faham. Kalau ke sini.. siapa lagi yang ada di rumah kalau bukan si beruang tu! Alamak.. tapi..

"Kejap lagi Kay fahamlah.." balas Suraya bersahaja.



"Assalam.." Kay menoleh. Apa? Automatik dia berdiri bila melihat siapa yang muncul bersama anak Suraya tadi.

"Encik Amal!" Suraya menghampiri Kay.

"Sebenarnya.. Amal ni adik kakak.. dia ni la Amal Amirul.. "

"Jadi selama ni Kak Sue dah tahulah?" soal Kay. Suraya mengangguk. Aduh.. malunya aku!! Kay tunduk. Tak berani nak bertentang mata dengan keluarga itu.

"Jangan rasa apa-apa Kay.. semua ni family planning.. biasalah.. untuk kebahagiaan bersama.." usik Tuan Haji sambil tersenyum dan bangun. Sempat dia mencuit isterinya mengajak ke dapur.

"Mak masuk dulu ye.. berkenal-kenallah.." wanita itu masuk ke dalam.

"Mal pun tak faham kak long.." Amal turut merenung Suraya.

"Mal.. kan Amal pernah cerita tentang gadis idaman Amal yang degil sangat tu .. sekarang dia dah ada di depan mata.."

"Gadis idaman?" soal Kay pula.

"Ya.. dah lama Amal sukakan Kay.. tapi Kay yang tak faham. Jadi, kakak tolong sambungkan ikatan ni. Bila Kay kirim bunga pada Amal.. akak pula bertindak kirimkan bunga pada Kay pula. Kay sukakan Amir yang menghantar bunga tu kan? So, inilah Amir yang Kay cari-cari selama ini.." Kay tak tahu di mana nak sorok muka yang dah tebal.

Amal tersenyum. Cis.. mati-mati aku ingatkan kau dah nak kawin dengan orang lain. Macam nak hancur rasa hati sewaktu diberitahu Rita kau dah nak bertunang. Kecewa hati aku ni macam orang gila tau tak? Kerana itu bila mak telefon tadi beritahu Putri nak datang aku setuju aja. Lantaklah siapa asalkan aku boleh lupakan kau dari hidup aku.. tapi tak sangka..

"Sekarang.. segalanya dah terungkai.. Amal.. Kay dah ada di depan kau sekarang.. cakaplah apa yang rasa nak cakap selama ni.." Kak Suraya berlalu masuk ke dapur. Kay menarik nafas.

"Err.. kenapa awak diam je?"

"Saya minta maaf Encik Amal.. memang mula-mula saya kenakan encik Amal dengan mengirim bunga tu.. tapi sebenarnya.. saya .. saya.."

"Khusyairah.. saya pun nak minta maaf… selama ni saya tak bermaksud nak aniaya awak.. Cuma saya tak tahu macammana nak cakap saya suka kat awak.. saya pun, memang mula2 saya nak kenakan awak dengan si Adam tu.. tapi bila saya tengok awak menangis.. awak kecewa.. saya rasa saya yang bertanggungjawab.. dan masa tu saya sedar yang selama ni saya benar-benar sukakan awak.."

"Tapi encik terima juga bunga-bunga tu.. kalau encik sukakan saya sorang tentu encik tak terima bunga-bunga tu.."

"Sebab awak pun terima bunga juga.. saya pun tahu cemburu.." jawapan Amal itu membuatkan Kay tergelak.

"Err.. bila nama awak jadi Putri pulak?" soal Amal ingin tahu..

"macam encik Amal jugak.. nama penuh saya Khusyairah Putri.. tapi dulukan saya brutal.. putri tu saya selalu ignore.." jawab Kay. Amal senyum. Apa-apalah Kay..

"Jom.." pelawanya sambil tersenyum.

"Jom kemana?" soal Kay hairan. Kan mereka dah di dalam rumah sekarang..

"Jom kawin.." Amal tergelak mengusik.

"Amboii.. gatal nye!!" keduanya tergelak sama.

Di balik langsir Suraya dan maknya saling berpandangan.. alhamdulillah… tak lama lagi rumah ini akan menerima menantu lagi!!

All I need is to know it's for sure.. then I'll give.. all the love in the world.

1 comment:

Anonymous said...

Everything is very open with a precise explanation of
the challenges. It was definitely informative. Your website is useful.
Many thanks for sharing!
Also see my site > buy cheap sets online chess boards