Thursday, June 2, 2011

Kepulangan Di Aidilfitri = Ep2

"Ya Allah, Shafina..apa halus benar siang bayam tu? Dah macam nak bagi baby makan aje…eh kata tadi nak masak sup sayur, yang kau pergi siang bayam buat apa?" lamunan Shafina serta merta hilang mendengar suara nyaring Firza. Bayam ditangannya diperhatikan. Astarafirullah halazim…jauh betul aku mengelamun.


"Kenapa ni? kau berangan ye?" usik Firza. Tangannya lincah memotong carot untuk sup sayur.

"Tak delah" Shafina membawa bayam yang hendak dicuci ke sinki.

"Mata kau berair, menangis lagi ke?" bahunya disentuh lembut oleh Firza. Pantas dia menggeleng. Firza masih memerhatikannya.

"Sudahlah tu..banyakkan bersabar" Shafina melemparkan senyuman manis. Dia tak mahu Firza berasa susah hati kerananya. Firza sudah banyak membantu sejak mula dia sampai ke Kuala Lumpur ini lima tahun lalu. Dia dan along yang menjemput Shafina di perhentian bas dan menumpang di rumah along sehinggalah keduanya mendapat pekerjaan dan menyewa rumah lain yang lebih berdekatan dengan tempat kerja masing-masing. Dia memang banyak terhutang budi pada gadis baik ini.

Tanpa buang masa, Shafina terus ligat di dapur. Dia menggulai masak lemak ketam, selepas itu dia menumis sambal udang pula selesai semua masakan berat dia terus menyediakan sup sayur. Manakala Firza hanya menggoreng daging tetapi kelam kabutnya mengalahkan dia yang masak semuanya.

Jam lima petang mereka selesai menyediakan hidangan. Shafina masih mengemas dapur manakala Firza menyediakan meja makan. Walaupun masih awal, dia sengaja mahu bersedia awal kerana Qayyum akan menjemputnya sekejap lagi. Mereka hendak ke Pasar Ramadhan untuk membeli sedikit kuih muih.

"Fina, Qayyum dah sampaila. Aku pergi dulu yek" laung Firza.

"Ok, tapi jangan beli banyak sangat kuih yang mengarut nanti tak habis membazir pula" Shafina menghantar Firza keluar.

"Ok, aku pergi dulu. kau tu pergi mandi dulula. Dah bau masam..hahaha" Firza bergurau serentak dengan itu lengannya dicubit Shafina.

"Pandai mengata aku ye.." Shafina membulatkan matanya.

"Ok, gurau je..bye" Firza melambai.

"Fina tak nak joint pergi sekali ke?" pelawa Qayyum. Shafina menggeleng saja. Sepeninggalan Firza, Shafina mengemas ruang tamu sebelum ke bilik air untuk membersihkan diri. Setelah solat asar dia terus ke dapur menghidang apa yang patut. Jam menunjukkan ke angka 6.30 petang. Baru saja dia hendak memetik suis cerek letrik kedengaran orang memberi salam. Lekas-lekas dia menyahut salam dan membuka pintu rumah. Tersenggul along dan isterinya Kak Arina. Shafina bersalaman dengan mereka dan menjemput mereka masuk.

"Masuklah long, Kak Arina" Arina menghulurkan palstik-plastik bungkusan makanan kepadanya.

"Amboi banyaknya, kita dah masak banyak ni" mereka ketawa serentak.

"Fina masak apa hari ni?" Along bertanya sebaik menuruti isterinya ke dapur untuk menolong Shafina membancuh air.

"Banyak, tapi along ngan Kak Rin kena habiskan siapa suruh beli banyak-banyak lagi ni. Firza belum balik ni, tah apalah dia beli lagi tu agaknya" Shafina mengangkat air diaturnya gelas. Mujur meja makan mereka cukup untuk enam orang.

"Assalamualaikum…" Firza memberi salam. Dia menjinjit air soya di tangan.

"Waalaikumusalam, masuk Qayyum" Along berbual-bual dengan Qayyum di anjung rumah. Manakala Shafina, Firza dan Arina sibuk berhidang. Hampir jam 7.00 malam mereka berehat sambil berbual kosong saja di dapur. Telefon bimbit berbunyi nyaring.

"Along punya phone tu, dia tinggalkan kat sini pulak" Arina kedepan memberi telefon bimbit itu kepada suaminya.

"Assalamualaikum…ha mana kau ni aku dah dekat ½ jam sampai kau tak muncul-muncul lagi. Ha, betullah tu. Ok aku tunggu depan rumah sekarang" Firza dan Shafina hanya memandang kehairanan.

"Siapa kak?" soal Firza.

"Shafiq, kawan along. Along ajak berbuka kat sini sekali. Bolehkan?"

"Oh tadikan ada along bagitau..boleh apa pulak tak bolehnya kan Fina" Shafina hanya membalas dengan senyuman. Beberapa minit kemudian, kawan Along, Shafiq muncul di hadapan rumah mereka. Along menjemputnya masuk.

"Masuk Shafiq, jangan malu-malu. Ini bakal adik ipar aku Qayyum, ini adik aku Firza. Engkau pernah jumpa dia kot masa dinner company kita last year dan yang ni pulak kawan Firza merangkap adik angkat aku Shafina" Shafiq bersalaman dengan Qayyum dan cuma mengganguk apabila diperkenalkan kepada Firza dan Shafina. Matanya tertancap kepada seraut wajah mulus Shafina. Hatinya tiba-tiba jadi berdebar-debar.

"Ehem…kot iye berkenan dengan adik angkat aku ni janganlah pandang dia sampai macam tu sekali…takut budak tu dibuatnya" gurauan Along mencetuskan gelak ketawa mereka yang lain, cuma Shafina saja yang sudah merah muka.

Lekas-lekas dia minta diri ke dapur. Beberapa minit kemudian, Azan maghrib berkumandang. Mereka berbuka alar kadar dan terus menunaikan fardhu margrib. Usai solat barulah mereka menghadap nasi. Sambil makan mereka berbual cuma suara Shafina saja yang kurang kedengaran dia lebih suka mendengar dari menyampuk tambahan pula kehadiran orang lain membuatkan dia berasa segan.

"Sedap betul masakan ni semua..boleh bukak restoran..ni mesti Fina yang masakkan?" puji Kak Arina. Diakui oleh mereka yang lain.

"Kitaorang berdua kak, bukan Fina sorang" kata Shafina, Firza hanya tersenyum simpul.

"Fina dah lah..Along bukan tak tahu adik along tu bukannya reti masak sangat.." kata Along menyakat Firza. Firza selamba saja.

"Alah orang dah kahwin nanti, pandailah..tak pun kita makan kedai aje kan Qayyum?" balas Firza membuatkan Qayyum tergelak kecil.

"Mana boleh..orang nak pikat suami kena pikat perutnya dulu tau" Kak Arina menyambung.

"Betul tu.." disokong pula oleh Along.

"Yelah, yelah..nanti 2 bulan sebelum kahwin orang berguru dengan Fina dengan akak ye" Kak Arina mengangguk.

"Shafiq, tambah nasi?. Selera betul aku tengok kau makan gulai lemak ketam tu diam tak terkata nampaknya? Macam tengah test masakan bakal isteri aje" along mengusik, mengundang tawa mereka. Shafiq hanya tersenyum simpul. Malu ditegur begitu.

"Eleh malu-malu pulak, Fina tambahkan nasi dekat Shafiq tu nak ambil sendiri dia segan" Shafina tersentak, dia mengangkat muka tidak disangkanya Shafiq turut sama sedang memerhatikan dirinya lantas cepat-cepat dia mengangkat mangkuk nasi yang berhampiran dengannya lalu dihulurkan kepada Shafiq. Malu-malu Shafiq mengambilnya.

Selesai makan mereka berehat di ruang tamu. Sengaja Shafina menyibukkan diri di dapur mengemas apa yang patut. Nescafe yang dibancuh diletakkan di sebuah meja bulat di ruang tamu.

"Jemputlah minum" kata Shafina sambil menuangkan air tersebut kedalam cawan.

"Duduklah Fina, dari tadi Akak tengok tak berhenti-henti kau dekat dapur tu. Joint us borak-borak" Kak Arina mengesot sedikit memberi ruang kepada Shafina duduk di sebelahnya.

"Fina memang macam tu, dia rajin bab-bab masak, kemas ni semua" Shafina menjeling ke arah Firza yang dirasakan seperti sengaja mempromosikan dirinya. Siap kau nanti Firza!

"Memanglah, along tau adik along ni yg malas. Asyik-asyik dok buli Fina aje. Dah kahwin nanti jangan malas lagi tau. Nanti kesian Qayyum hari-hari kena makan kedai" Qayyum mengangguk tanda setuju. Kelat wajah Firza di perli along dan disokong kuat oleh tunangnya.

"Alah along ni, mana ada..nanti orang taulah" rengek Firza manja. Kelakuannya itu mengundang gelak ketawa mereka.

"Shafina, sebenarnya Abang Shafiq ni lah bestfriend Along yang selalu along cerita tu. Kami kenal dekat Lincoln University masa belajar kat Canterbury, New Zealand dulu..tapi dia ni balik ke Malaysia lambat..konon-konon rasa nak kerja kat negara orang dulu..nasib baik tak bawa balik mata biru..mau mengamuk Haji Arshad" along ketawa dan Shafiq kelihatan tersengih saja. Shafina hanya mengangguk. Memang dia ingat along kerap juga ceritakan tentang sahabat baiknya itu kepada mereka. Cuma baru hari ini dia berkesempatan mengenali lelaki tampan itu.

"Dia pun orang Jerantut tau, sama macam Fina" sambung Along lagi. Shafina terkejut.

"Oh, Fina orang Jerantut juga ye? Kat mana tu?" soal Shafiq. Bila teringatkan kampung halamannya hati Shafina dipagut rasa pilu tetapi sehabis baik dia cuba untuk menutupinya.

"Dekat taman LKNP" jawab Shafina perlahan.

"Eh samalah, rumah Shafina peringkat berapa?" Shafina terkejut lagi. Satu kampung rupanya.
"Peringkat 1, awak?" Shafiq mengangguk sambil tersenyum.

"Rumah mak ayah saya di peringkat dua. Tapi tak jauhkan.." Shafina mengangguk.

"Dulu kami tak tinggal di sana sebab ayah saya anggota Polis. Bila dia pencen dalam 10 tahun lepas baru kami balik kampung. Waktu tu saya baru habis SPM duduk Jerantut itupun tak lama dalam setahun lebih dapat tawaran ke New Zealand pulak" terang Shafiq ramah.

"Shafina, mak dengan ayah ada lagi?" pertanyaan itu kembali menyentak tangkai hatinya.

"Ada.." Firza memandang simpati. Mereka semua kecuali Shafiq mengerti kemelut dirinya dan keluarga.

"Eh borak aje, minumlah. Sejuk nanti tak sedap. Macam mana esok? nak terus ke tapak ke?" Along sengaja mengubah tajuk perbualan apabila dia menyedari wajah sayu Shafina mula kelihatan. Beberapa minit kemudian Shafina meminta diri untuk menunaikan solat ishaq.

"Fina, dah siap? Jom keluar, diaorang semua dah nak balik" Shafina yang baru saja selesai melipat sejadah mengangguk. Sebelum keluar dia membelekkan wajahnya di hadapan cermin. Tadi sewaktu berdoa hatinya semakin pilu lalu tanpa sedar airmata mengalir laju bila mengingatkan kedua orang tua yang ditinggalkannya. Entah kenapa kebelakangan ini hatinya mudah sahaja tersentuh. Ingatannya semakin kuat mengingati kedua orang tuanya. Mak dan Abah sakit kah? Hatinya tertanya-tanya. Setelah memastikan keadaan dirinya baik dia segera keluar tak mahu orang lain menyangka yang bukan-bukan.

"Maaf lambat sikit" kata Shafina sebaik saja keluar daripada bilik. Mereka semua tersenyum memerhatikannya.

"Akak balik dulu, nanti senang-senang datang rumah tau" Shafina bersalaman dengan Arina. Pipi wanita itu diciumnya kiri dan kanan. Arina sudah dianggapnya seperti saudara sendiri.

"Along minta diri dulu, jangan sedih-sedih ye" bisik along tetapi sempat didengar oleh Shafiq yang berada betul-betul di belakangnya.

"Saya balik dulu Shafina, nanti bolehlah balik kampung sekali yek?" ujar Shafiq bergurau. Shafina tersenyum saja. Mengiakan tidak, menidakkan pun tidak juga.

"Terima kasih kerana sudi datang" katanya lembut.

"Sama-sama"

"Amboi romantiknya" pinggang Shafina dicucuk dari belakang sejurus selepas mereka semua masuk kedalam kereta masing-masing. Terkejut bukan kepalang dia dibuatnya. Firza direnungnya bagaikan mahu ditelannya hidup-hidup.

"O…tadi bukan main promote kan aku ye? Sekarang ni kau terimalah pembalasannya" tanpa membuang masa Firza terus melarikan diri tapi lengannya sempat di capai Shafina. Pipi gebunya jadi sasaran Shafina untuk dicubit. Mengaduh kuat dia dibuatnya dan Shafina tergelak melihat telatah Firza.

"Ha, tu lah pandai-pandai up aku tadi apsal?" kata Shafina menghabiskan sisa tawanya. Firza mengurut-urut pipinya yang perit dicubit Shafina.

"Alah, apa salahnya. Lagipun Abang Shafiq tu nampak macam berminat aje dengan kau. Tengok tu bersinar mata dia tengok engkau masa along kenalkan tadi" Firza membela diri.

"Abang?" Shafina mencebik.

"Yelah, betul apa..dia kan dah 30 tahun. Sebaya along, kenalah panggil abang" Shafina buat tak layan saja dengan usikan Firza. Malas dia nak fikir perkara yang kurang penting. Hatinya kini satu saja, samada ingin pulang atau tidak beraya di kampung tahun ini. Dia sudah mula berfikir tentangnya sejak awal puasa lagi. kini hanya tinggal dua minggu saja untuk dia membuat keputusan. Along, Kak Arina, Firza mahupun Qayyum sudah berbuih mulut menasihatinya supaya pulang, tapi cukup kuatkah dia menempuhi?

*******************************************************************
"Aku dah buat keputusan, raya kali ni aku nekad nak balik kampung Firza" kata Shafina.

"Ye ke? Alhamdulillah, akhirnya hati kau terbuka juga nak balik" Firza memeluk Shafina erat.

"Petang ni teman aku pergi beli tiket ye kat Pekeliling" kata Shafina separuh mengharap.

"Boleh aja. Raya tinggal lagi 4 hari saja..engkau dah beli baju ke kuih raya ke untuk parents kau?" Firza bertanya. Shafina tersenyum saja, dia terus membuka almari pakaiannya. Dia keluarkan sebuah beg kertas yang agak besar bentuknya itu dan dihulurkan kepada Firza. Pantas Firza mencapai. Segala isi perut yang ada di dalam beg itu dikeluarkan. Matanya memandang tidak percaya.

"Baju-baju tu semua aku beli sejak 5 tahun lepas. Setiap tahun aku beli kemudian aku simpan dalam almari ni. Nak balik..aku tak punya kekuatan" kata Shafina sebak sebelum sempat Firza bertanya.

"Aku gembira dengar keputusan kau kali ni" tak semena-mena Firza mengalirkan air mata sebak dengan nasib diri sahabat baiknya itu.

"Lah, kata gembira yang engkau pulak menangis ni kenapa? Aku okey lah" Shafina tersenyum kecil.

"Yelah aku sedih, sebab teringat tiap tahun kau raya sorang-sorang kat rumah kita ni..ajak balik kampung aku, kau tak nak" Shafina menghampiri Firza. Bahu rakannya itu diraihnya.

"Aku harap abah dan mak masih terima aku sebagai anak mereka" kata Shafina penuh mengharap.

"Insyaallah" Firza mengangguk.
Petang itu mereka ke Perhentian bas Pekeliling. Malang sungguh nasib Shafina kerana semua tiket sudah kehabisan. Tiket bas tambahan juga sudah kehabisan. Wajahnya penuh kehampaan. Dia menyesal kerana terlambat buat keputusan.

"Macam mana ni?" suara Shafina kedengaran lirih. Firza memandang simpati. Dia juga buntu memikirkannya. Disuruh bawa keretanya saja pulang ke kampung dia tak mahu, tak berani nak bawa katanya. Firza tak kisah kerana dia akan pulang beraya bersama dengan Along, jadi keretanya tiada siapa yang guna. Kalaulah perjalanan mereka sehala tentu aja dia menghantar Shafina tapi kampungnya nun di Perlis. Dah diusulkan kepada Shafina supaya menyewa teksi pun gadis itu tak mahu juga. Takut pula katanya. Firza menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Wajah keruh Shafina ditatap lagi.

"Tak apalah, kita balik dulu fikir macam mana nak buat. Dah, jom kita pergi cari tempat nak berbuka. Dah pukul 6.00 petang. Tempat ni pun dah makin sesak. Jom" Firza menarik tangan Shafina.

Sepanjang berada di dalam kereta Shafina diam saja. Firza menggelengkan kepala. Itulah kalau buat keputusan awal-awalkan senang. Rungutnya dalam hati saja tak mahu diluahkan bimbang pula Shafina merajuk.

"Kita nak makan kat mana ni?" soal Shafina tiba-tiba.

"Aku ingatkan mulut tu dah kena kunci. Dari tadi dok diam aku pun naik rimas" Shafina tersenyum mendengar bebelan Firza.

"Aku rasa nak makan masakan kampung la hari ni…." Firza tersenyum.

"Ha, ni aku nak bawak kau pergi restoran Chef Ismail le ni. Restoran Rebung, amacam? Orait?" kata Firza girang.

" Ok"
Sesampainya di restoran itu, jam sudah menghampiri 7.00 petang. Mujur juga masih adalagi tempat kosong. Sejurus selepas azan berkumandang mereka berbuka puasa dengan penuh selera.
"Ayam kampung tadi tu best betullah" kata Firza sebaik keluar dari restoran untuk menuju ke surau.

"Kata nak boikot?" Shafina tersenyum perli.
"Ayam kampung tak apa..tak ada kena mengena dengan ayam bandar" jawab Firza sambil ketawa.
"Ayam bandar? Ada-ada je kau ni.."

Eh, Firza…Fina" serentak kedua gadis itu menoleh.

"Buka puasa kat sini ke?"

A'ah, Abang Shafiq pun berbuka kat sini juga? Tak nampak pun tadi" ujar Firza.

"Abang dok kat ceruk sana dengan officemate. Nak balik dah ke?" soal Shafiq.

"Tak, nak pergi surau depan tu, solat maghrib dulu. Lepas ni nak pergi Jalan Tuanku Abdul Rahman" laju saja Firza memberitahu rancangan mereka. Shafina mengetap bibir geram.

'Abang pun nak pergi solat juga ni..jomlah" Shafiq berjalan mendahului mereka berdua.

Ketika menuruni tangga surau setelah selesai solat Shafina terkejut melihat Shafiq sudah menunggu mereka. Shafiq mengajak mereka minum-minum sambil berbual. Cepat saja Firza menyetujuinya.

"Memang sengaja nak berbuka kat luar ke hari ni?" tanya Shafiq selepas menghirup sedikit Nescafe panasnya.

"Tadi pergi pekeliling cari tiket" sahut Firza.

"Cari tiket?" soal Shafiq seraya memandang ke arah Shafina. Shafina mengangguk.

"Ni lah minah ni last minute baru nak cari tiket, mana nak dapat lagi. Sold out!. Tak tahu nak balik dengan apa..suruh bawak kereta Firza dia tak mahu, takut pulak katanya. Suruh naik teksi pun penakut gak..kalau ada flight pergi kampung dia tu kita dah suruh dia naik, Abang Shafiq.." Firza membebel. Dalam hati Shafina nak tergelak juga melihat mulut Firza yang dari tadi tak reti diam. Shafiq tergelak kecil.

"Tak pelah, besok nak try cari tiket keretapi" kata Shafina selamba.

"Buat apa susah-susah, kenapa tak contact saya? Bukanke kita sekampung? Boleh balik sekali" Shafiq mengusulkan cadangan.

"Ha'ah, apsal lah tak terfikir dari semalam nak call Abang..ish yelah Fina balik dengan Abang Shafiq je lah.." Shafina serba salah. Hatinya meronta nak balik tetapi perasaannya segan pula. Takkanlah nak tumpang orang yang baru kenal?

"Eh, tak pelah..-" kata-katanya terhenti bila Shafiq terus menyampuk.

"Tak apa..Fina fikir dulu, bila-bila call aje saya. Saya balik petang sehari sebelum raya sebab tak dapat cuti awal" terang Shafiq. Akhirnya Shafina mengangguk.

"Lega, sekurang-kurang tak adalah kawan kita ni malam karang menangis sorang-sorang…" Firza ketawa. Kaki Firza ditendangnya kuat tetapi tanpa sangka dia tersalah tendang pula.

Aduh" Shafiq tertunduk mengurut kaki.

"Aa..sorry.. sorry… sorry" hampir terjerit dia dibuatnya.

"It's okey" Shafiq tersenyum geli hati. Garang jugak rupanya.

Firza yang menyedari kejadian itu menghamburkan ketawa.

"Ha, padan muka kau, tu lah berdosa dengan aku..haha" Merah padam muka Shafina dibuatnya. Malu…macam mana boleh tertendang kaki dia pulak ni..aduh mana nak letak muka ni..menyorok bawah meja boleh tak?

No comments: