Wednesday, June 1, 2011

Selamanya..Ep2

Baguslah kalau macam tu, lelaki tu memang hebat. Sekarang you rasakan dari I pula."terduduk Azman apabila Aisyah ‘menghadiahkannya’ buku lima. Dia menjerit kesakitan.


Rizman yang menjadi pemerhati sejak dari tadi tidak dapat menahan ketawanya. Lucu dia melihat wajah Azman yang kalah. Selama ini lelaki itu megah dengan perangai playboynya. Hari ini dia kalah dengan wanita yang hatinya dilukai oleh dirinya sendiri.

"Hei Riz, apa yang kau buat dekat sini. Habis muka aku kau belasah."tengking Azman. Sakit hatinya mendengar ketawa sinis Rizman yang kuat mengetuk gegendang telinganya.

"You tak layak tengking dia. Baik you balik sekarang sebelum I panggil pak guard kat luar tu." Aisyah menengkingnya kembali.

"Jaga you Rizman, I pasti balas dendam."ugut Azman. Dia berlalu keluar meninggalkan ruang tamu dengan perasaan dendam yang mendalam.

"Baru kau tahu Aisyah ni bukan perempuan yang mudah dibuli."jerit Rizman. Dia gembira kerana Aisyah sudah memutuskan hubungannya dengan Azman.

"Riz, bila you pergi belasah Si Azman tu."tanya Aisyah sebaik saja Azman hilang dari pandangannya.

"Actually, I ekori you semalam. Sakit hati I tengok you menangis, tahu tak? Lepas you pergi dari rumah tu, apa lagi I serbu masuk dan belasah Si Azman tu cukup-cukup. Baru puas hati I."kata Rizman dengan megah. Aisyah mencapai tangan Rizman dan mengusapnya perlahan.

"Mesti tangan you sakit. Kenapa you sanggup buat semua ni untuk I. Setelah apa yang I dah buat dekat you, you masih lagi sanggup tolong I." Mata Aisyah mula digenangi air mata. Dia malu dengan Rizman. Dia benar-benar malu.

"Eisya, selama 26 tahun I hidup ni, I sentiasa lindungi you sejak 20 tahun yang lalu. Pedih hati I bila melihat air mata you yang jatuh disebabkan kesedihan dan bukannya kegembiraan. Silap I kerana terlalu mengambil berat tentang you, memang silap."

Aisyah terkejut mendengar pengakuan Rizman. Di mananya silap lelaki itu selama ini dia pun tidak tahu.

"Mana yang silap Riz? Selama ini you jaga I, you lindung I. Mana silapnya Riz." Air mata Aiyah sudah jatuh membasahi pipi.

"Itulah silap I, kerana terlalu melindungi you, I tak dapat lepaskan you pergi Eisya. I tak mampu."ujar Rizman sambil menyeka air matanya yang jatuh berlinang.

Terharu Aisyah mendengar ucapan Rizman. Hatinya seperti terubat kembali. Dia mula yakin perasaannya terhadap Rizman bukan lagi perasaan yang wujud di dalam ikatan persahabatan tetapi lebih dari itu. Cuma dia tidak berani mengakuinya lagi.

PERASAAN sayang Aisyah terhadap Rizman semakin mendalam. Rizman pula menjadi semakin romantik. Aisyah mula yakin dengan perasaannya. Hatinya kuat mengatakan bahawa Rizman adalah lelaki yang terbaik diciptakan untuknya. Malam ini dia ingin berterus terang kepada Rizman. Rizman adalah segala-segala baginya dan dia tidak dapat hidup tanpa lelaki itu.

Deringan dari telefon bimbitnya mengejutkannya. Pantas jarinya mencapai telefon. Nama Rizman tertera di skrin telefon menggembirakan hatinya. Dia menekan butang hijau.


"Hello Riz, you kat mana?"tanya Aisyah tidak sabar.

"Maaf, ini Cik Aisyah ke?" Aisyah terkejut mendengar suara lain. Bukan Rizman yang menelefonnya. Hatinya hampa.

"Ya, saya." Dia memjawab acuh tak acuh.

"Kami dari pihak polis ingin memberitahu Cik bahawa Encik Rizman kini berada di hospital." Telefon bimbit yang dipegang terlepas dari tangannya sebaik saja mendengar berita tersebut.

AISYAH berlari-lari memasuki ruang hospital. Hatinya berasa tidak tenang. Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata polis itu.

"Kami menjumpai Encik Rizman terlantar di lorong sunyi. Telefon bimbitnya tertera nama Cik, jadi kami cuba menghubunginya."

"Apa yang terjadi sebenarnya, Encik?" Aisyah tidak dapat menahan tangisnya.

"Encik Rizman telah ditikam oleh sekumpulan lelaki. Cik jangan risau, kami telah menangkap penjenayah tersebut."

"Siapa dia?"

"Penjenayah tersebut bernama Mohd Azman serta tiga orang rakannya yang lain." Terkejut Aisyah apabila mendengar nama itu disebut. Perasaan marahnya terhadap lelaki itu muncul kembali.

"Encik, Rizman dekat mana sekarang?" Aisyah menyeka air matanya. Kenapa mesti lelaki itu ditimpa musibah saat cintanya sedang kembang berputik?

"Dia sekarang berada di Hospital Besar Kuala Lumpur. Keadaannya agak kritikal kerana ditikam sebanyak 6 kali." Mengucap Aisyah apabila mendengarnya. Ya Allah, janganlah Kau ambilnya pergi dari sisi ku. Selamatkanlah dia Ya Allah. Doa Aisyah.

"Maaf, boleh saya tahu di mana bilik pesakit yang bernama Rizman?"tanya Aisyah cemas sebaik saja tiba di kaunter pertanyaan.

"Dia berada di wad kecemasan. Boleh saya tahu apa hubungan awak dengan pesakit?"sampuk satu suara. Pantas Aisyah menoleh dan melihat seorang doktor lelaki sedang berdiri di belakangnya.

"Saya ahli keluarganya. Doktor, tolong bawa saya jumpa dia. Tolonglah."rayu Aisyah.

"Dia masih tidak sedarkan diri lagi. Saya benarkan awak berjumpa dengannya."

"Terima kasih, doktor. Terima kasih." Dia memanjatkan kesyukuran. Sekurang-kurangnya dia tahu Rizman tidak meninggalkan dirinya lagi.Aisyah mengintai Rizman dari luar melalui cermin kaca di pintu biliknya.

Pilu hatinya melihat wayar-wayar yang berselirat di tubuh Rizman. Dia tidak dapat menahan tangisnya.

"Masuklah." Doktor itu memanggilnya. Menggigil kakinya untuk melangkah masuk. Tidak sanggup dia melihat luka-luka di tubuh itu namun dikuatkan juga semangatnya. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Rizman.

Dicapainya tangan sejuk Rizman dan digenggam erat. Air matanya tidak dapat ditahan lagi.

"Riz, bangun Riz. Eisya dah datang. Riz tak mahu lihat wajah Eisya?" Bisik Aisyah dengan harapan lelaki itu akan membuka matanya. Hatinya hampa apabila tiada sebarang reaksi yang diberikan. Doktor itu keluar meninggalkan Aisyah sendirian.


"Riz tahu tak, yang selama ini Eisya hargai segala pengorban yang Riz buat untuk Eisya. Eisya tak tahu macam mana hendak membalasnya. Bangunlah Riz, Eisya nak melihat Rizman yang sanggup melindungi Eisya, yang sanggup melakukan apa saja untuk Eisya."ujar Aisyah lembut sambil membelai rambut Rizman.

"Tapi bukan semua itu yang Eisya harapkan Riz. Selama 20 tahun Riz berada di sisi Eisya, ingin Eisya balas dengan sepanjang hayat berada di sisi Riz. Kenapa semua ini terjadi di saat Eisya sudi menyerahkan hati Eisya pada Riz? Kenapa?" Aisyah menggenggam erat tangan Rizman. Direnungnya wajah pucat itu sedalam-dalamnya. Dia menundukkan wajahnya dan mengucup tangan itu.

"Eisya cintakan Riz. Terlalu cinta."bisik Eisya. Dia tidak dapat menyembunyikan perasaan sayangnya lagi. Aisyah terkejut apabila terasa tangannya digenggam lembut. Pantas dia mengangkat wajahnya. Dia melihat Rizman sedang tersenyum lesu ke arahnya. Syukurlah, lelaki itu sudah membuka matanya.

"Alhamdulillah Riz, you dah sedar juga akhirnya."gembira dia melihat lelaki itu sedang tersenyum padanya.

"Betul ke apa yang Eisya cakap tadi? Eisya cintakan Riz dan sanggup hidup sepanjang hayat bersama Riz?"soal Rizman.

Aisyah terkejut mendengar soalan Rizman. Mukanya sudah berubah merah. Rupanya lelaki itu mendengar kata-katanya. Dia tertunduk malu.

"Betul ke?" Rizman bertanya sekali lagi. Dia hanya menganggukkan kepalanya. Hati Rizman melonjak kegembiraan mendengar pengakuan Aisyah. Cintanya terbalas juga akhirnya.

"Riz tak akan memberikan janji-janji manis tetapi Riz akan cuba sedaya upaya untuk membahagiakan Eisya. Eisya sanggup temankan Riz selamanya?" tanya Rizman cuba menduga.

"Eisya sanggup serahkan segalanya pada Riz. Selamanya Eisya cintakan Riz."ucap Aisyah malu-malu. Dia merebahkan kepalanya di atas dada Rizman. Lelaki itu menjerit kesakitan.

"Riz, kenapa? Sakit ke?"tanya Aisyah cemas.

"Eisya baring dekat dengan luka Riz. Sakitlah." Rizman ketawa melihat wajah cemas Aisyah. Gadis itu benar-benar sudah jatuh cinta kepadanya.

"Kalau nak baring kat dada Riz, tunggulah sampai kita kahwin."usik Rizman. Aisyah tertunduk malu. Rizman menggenggam erat tangan Aisyah.

"Eisya, I love you." Terluah juga ungkapan tersebut.

"Me too. Forever." Rizman tersenyum mendengarnya.Kesakitan yang dialaminya bagai tidak terasa lagi. Yang dirasakan hanya perasaan bahagia yang bakal menjelma. Semoga percintaan yang baru dibina berkekalan selamanya. Insyaallah.

-TAMAT-

No comments: