Thursday, June 2, 2011

Kepulangan Di Aidilfitri - Ep1

"Tahun ni macam mana? Nak ikut aku tak?" Shafina mengeluh.


"Entahlah.." jawabnya acuh tak acuh" Firza mengerutkan dahinya. Dah kenapa pula dia ni! Nak raya kat kl lagi ke?

"Kalau tak ikut aku, kau nak pergi mana raya nanti? Takkan nak duduk kl lagi kot?" soal Firza bertubi-tubi. Tangannya masih ligat mengemaskan barang-barang yang baru dibeli dari pasar tadi.

Shafina bangun membuang pandangan keluar tingkap dapur. Hatinya gundah gulana. Sudah hampir lima tahun dia tidak pernah lagi pulang ke kampung halamannya. Semuanya kerana gara-gara peristiwa itu walau bagaimanapun saban bulan dia tak pernah lupa menghulurkan duit untuk kedua orang tuanya. Setiap bulan pasti dia memasukkan sejumlah wang kedalam akaun Abah. Mujur juga dia masih menyimpan slip pengeluaran duit dalam akaun BSN ayahnya sewaktu menemaninya mengeluarkan wang pencen lama dulu.

"Fina, kau ni kenapa? Lately dalam seminggu ni kau muram aje apsal? Pulak tu asyik mengeluh aje, hairan aku. Kalau ada apa-apa masalah cerita dekat aku" Firza mendekati sahabatnya dan memeluk erat bahunya.

"Aku….aku rasa nak balik kampunglah tahun ni..tapi aku takut. Ayah aku…ah..entahlah aku buntulah. Kebelakangan ni aku asyik termimpikan mereka berdua aje.." Firza mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Aku rasa kau baliklah, dah 5 tahun kau jadi pelarian ni Fina. Dah lama tentu ayah kau tak marah lagi. Kesian mak ayah kau tentu diaorang rindukan anak diaorang yang degil tak terbendung ni.." ujar Firza bergurau namun tiada secalit senyuman pun di wajah Shafina.

"Aku rasa bersalah sangat sebab tu tak berani nak balik..kau pun tahukan. Sejak ayah halau aku keluar dari rumah dan tak mengaku aku ni anaknya aku terus bawa diri dan tak pernah balik lagi. Kau rasa mereka boleh terima aku lagi ke?" airmatanya sudah bergenang di kelopak mata hanya tunggu masa untuk gugur.

"InsyaAllah Fina" Firza memegang erat tangan Shafina untuk memberikannya lebih kekuatan.

"Kau seorang saja anak mereka Fina, dah lama sangat rajuk kau ni. Tiap tahun pun aku suruh kau balik tapi kau tak nak. Baliklah…"

"Tengoklah macam mana nanti…." Firza menggelengkan kepalanya. Kau ni memang degil!

"Terpulanglah, eh malam ni berbuka nak masak apa? kita ada sotong, udang, ketam, daging dengan ikan. Engkau nak makan apa hari ni?" Firza mengubah tajuk perbualan dia tak mahu Shafina sentiasa diburu rasa tertekan.

"Ayam kau tak beli ke?" soalan Shafina membuatkan Firza mencebikkan bibirnya.

"Tak, malas nak beli dalam seminggu dua. Harganya bukan main lagi asyik berubah je sejak bulan puasa ni. Suka-suka hati je diaorang nak naik nak turunkan harga. Apa salahnya sesekali kita cuba boikot sikit, ajar sikit diaorang ni!" ujar Firza dengan nada geram. Telefon bimbitnya kedengaran menjerit nyaring. Firza pantas mengangkatnya.

"Assalamualaikum Along, ya..aa'aah ada ni…apa? nak berbuka kat sini? Eh..eh boleh..apa ingat orang orang tak boleh masak ke?..hehehe….ajak Qayyum sekali? Ok lah nanti Firza call dia…abang datang dengan Kak Arina kan? kawan sekali? Oklah..so see you…waalaikumusalam" Fiza menekan butang off pada telefon bimbitnya.

"Kenapa?" Shafina mengangkat kening meminta penjelasan.

"Along, semalam dia balik dari kampung, mak ada kirim barang nak hantar sini. So dia nak berbuka dengan kita,. Dia nak jumpa Qayyum sekali. Ermm..kita ada 4 orang tetamu hari ni..kena masak special sikitlah" Firza membuka peti ais meneliti barang-barang yang perlu dikeluarkan.

"Empat? Siapa lagi?"
"Along, Kak Rina, Qayyum dan kawan along. Ha, empat oranglah. Dah meh tolong aku fikir nak masak apa untuk berbuka ni?" Shafina terus mendekati Firza.

"Ok macam ni kita masak ketam masak cili api, daging goreng, sambal udang dengan sup sayur campur. Amacam?" Shafina memberi cadangan.

"Yes! Kau memang full of idea lah kawan. Tapi tang gulai lemak tu kau masak ye..aku tak pandailah.." Firza tersengih-sengih.

"Tak pandai kena belajar. Nanti kalau dah kahwin dengan si Qayyum tu dia minta makan macam-macam..baru kau tahu" Shafina mengeluarkan daging.

"Apa susah aku telefonlah kau minta resepi" Firza ketawa.

"Ha, sebut pasal Qayyum, kau dah call dia belum?" Firza pantas menepuk dahi.

"Ya Allah, nasib baik kau ingatkan" pantas dia mengambil telefon.

Shafina menggeleng saja melihat gelagat temannya itu. Dia sudah arif benar dengan tingkah laku Firza. Mereka bersahabat sejak dari menuntut di Universiti lagi. Di sana juga mereka mengenali Qayyum. Dari bersahabat kini temannya itu sudahpun bertunang. Tahun depan bakal melangsungkan perkahwinan pula, dan dia masih lagi sendiri. Sejak melukakan hati kedua orang tuanya dengan menolak pinangan keluarga Rizal beberapa tahun lepas dia seolah tak mahu memikirkan tentang itu lagi. Seketika fikirannya melayang pada peristiwa lima tahun lalu.

*******************************************************************
5 tahun lalu..
"Abah, Fina tak nak kahwin dengan dia!!!"

"Abah tak kira aku dah terima pinangan keluarga dia, dua bulan lagi kau akan bernikah dengan Rizal, suka atau tak abah dah berjanji sejak dulu lagi dengan Haji Kassim yang Rizal akan jadi suami kamu!"

"Tapi bah.."

"Tak ada tapi-tapi, ikut aje apa kata abah!" Shafina terpaku ditengking ayahnya.

Petang itu tanpa membuang masa dia terus ke rumah Rizal yang terletak tidak berapa jauh dari rumahnya. Perhitungan perlu dibuat. Hatinya geram bila mengingatkan tentang Rizal. Dia tak mahu menyerahkan jiwa dan raganya untuk lelaki yang telah banyak merosakkan hati gadis-gadis lain. Bukan dia tak kenal siapa Rizal, mereka belajar di sekolah yang sama dan juga di takdirkan belajar di Universiti yang sama.

Segala perilaku Rizal, cerita tentang kasanova itu dia simpan kemas dalam hatinya tetapi apabila mendengar saranan abah beberapa hari lalu dia jadi tak senang duduk. Shafina yakin semua ini tentunya atas usul Rizal sendiri. Sedari dulu lagi dia giat menggodanya cuma Shafina sahaja tak mahu melayan.

"Assalamualaikum…Assalamualaikum…" Shafina memberi salam. Agak kuat sambil matanya melingas memerhatikan rumah Rizal dari luar.

"Waalaikumusalam..eh Fina, meh masuk dulu. Makcik kat dapur ni ha.." Shafina tersentak. Dilihatnya Hajah Ramlah sedang melambaikan tangannya. Hendak tak hendak dia bergerak juga.

"Makcik, saya datang ni nak jumpa Rizal, dia ada?" tanya Shafina tanpa berselindung. Shafina tahu kedatangannya dengan kasar pasti mengundang tanda tanya di hati Hajah Ramlah.

"Ada, marilah masuk dulu minum-minum air" Hajah Ramlah masih mengajak bakal menantunya.

"Tak apalah makcik, sekejap aje ni" Hajah Ramlah yang mengerti terus naik ke atas memanggil anak bujangnya yang baru saja pulang dari menamatkan pengajiannya.

"Hai Fina, malam tadi mimpikan saya ke?" gurauan Rizal membuatkan Shafina semakin meluat.

"Tak ada masa mimpikan kau! Aku nak jumpa kau esok tapi bukan kat sini tapi kat pekan. Penting!. Aku tunggu kau depan maybank pukul 10 pagi"

"Kenapa? Nak cakap kat sini pun boleh..jom lah masuk dulu minum-minum" Rizal masih tersenyum-senyum.

"Aku nak cakap tu aje…ok aku balik dulu. Makcik saya balik dulu" Shafina melaung seraya terus mengangkat kakinya tanpa menoleh walaupun namanya dipanggil Rizal beberapa kali.

Esoknya seawal pagi dia sudah bersiap, mujur emak tidak banyak bertanya apabila dia katakan mahu ke pekan mencari buku. Abah pula awal-awal sudah keluar kemana perginya dia tak tahu.

Jam hampir menunjukkan ke angka 10 pagi, namun bayang Rizal masih juga tidak kelihatan. Hampir jam 10.30 pagi baru dia ternampak sebuah proton bewarna hitam berhenti betul-betul berhadapan tempat dia menunggu. Hatinya semakin geram dan menyampah. Dah janji pukul 10 tapi 10.30 baru nak muncul!. Matanya menjeling Rizal sekilas. Rizal keluar dari kereta, memang tidak dapat dinafikan dia seorang yang kacak. Tetapi kacak saja tidak cukup untuk menjamin kebahagian hidup. Shafina sudah masak benar dengan sikap lelaki kasanova yang memang terkenal di Universiti itu.

"hai, lama tunggu?" sapa Rizal tetapi Shafina mendiamkan diri saja malas hendak melayan.

"Kita ke warung tu, aku ada hal nak cakap sikit!" Shafina mendahului Rizal untuk melintas jalan tetapi secepat kilat tangannya disambar Rizal dari belakang.

"Eh apa ni?" Shafina menyentap kuat pergelangan tangannya. Hatinya geram panas membara.

"Alah aku tolong pimpin tangan kau lintas jalan aje" jawab Rizal selamba menambahkan sakit hati Shafina.

"Kau jangan samakan aku dengan girlfriend-girlfriend kau yang lain!" keras suaranya memberi amaran ketika mereka mula duduk di gerai makan itu. Amarannya hanya dibalas dengan senyuman sinis.

"Aku tak nak buang masa, aku ajak jumpa kat luar sebab tak mahu kita bercakap pasal benda ni kat rumah" Shafina menarik nafas dalam-dalam.

"Aku tak nak kahwin dengan kau dan aku mintak supaya kau batalkan rancangan perkahwinan kita!" walau dengan nada perlahan suara Shafina penuh ketegasan.

"Kenapa?" soal Rizal pendek.
"Kau sendiri pun faham kenapa!" Shafina geram. Siapalah yang hendak memperjudikan nasib mengahwini seseorang yang sudah jelas sifat peribadinya. Huh dasar buaya tembaga!

"Aku tak boleh nak cakap apa-apa, ini semua kerja orang tua kita. Lagipun apasalahnya kahwin dengan aku?" mata nakalnya tak lepas-lepas daripada memerhatikan wajah ayu si gadis pujaan.

"Aku tetap dengan keputusan aku! Aku takkan kahwin dengan lelaki macam kau. Kau ingat aku tak kenal Syarifah, Nurul, Ashikin, Liza ah ramai lagilah malas aku nak sebut. Asal saja ada freshie baru engkau yang jadi hantu menyambar!

Lagipun tentu kau masih ingat dengan kawan baik aku Surinakan? Kerana engkau dia jadi macam tu. Kerana engkau juga dia jadi tak semangat nak teruskan pengajian akhirnya? Kena tendang dari U. engkau sukalah kan? aku takkan sekali-kali lupa!" Shafina menggengam kedua belah tangannya.

"Jangan salahkan aku. dia yang syok sendiri siapa suruh" selamba saja Rizal menjawab soalan Shafina yang bertubi-tubi. Merah padam wajah Shafina menahan rasa marah.

"Syok sendiri kata kau? Kalau tak kau…" Shafina tidak jadi meneruskan kata-katanya. Lama dia terdiam sebelum memulakan bicaranya semula.

"Aku datang sini bukan nak bincang pasal tu semua. Aku cuma nak kau beritahu pada mak ayah kau yang kita tak boleh berkahwin!"

"Aku tak boleh buat apa-apa, kalau kau nak batalkan kau beritahu sendiri pada mak ayah kau dan mak ayah aku sendiri!" Rizal berlalu pergi.

"Kau jangan nak cabar aku Rizal!" desis hati kecilnya.

Pulang saja ke rumah dia terus memerap di dalam bilik. Hatinya jadi libang libu memikirkan jalan penyelesaian. Hendak mengadu pada emak, tak boleh kerana emaknya memang menyokong penuh keputusan abah. Semua orang tak percayakan dia. Semua orang dalam rumahnya ini menyanjung Rizal. Bila dia mula bercerita keburukan Rizal ada saja alasan yang menyangkalnya. Satu cara saja yang difikirkannya dari tadi tapi cukup beranikah hendak bertentang mata dengan Haji Kassim dan Hajah Ramlah?. Hendak tak hendak aku kena pergi juga!

Shafina nekad, beberapa minggu sebelum rombongan mereka sampai dia terlebih dahulu muncul di hadapan rumah mereka. Hajah Ramlah menjemputnya naik kerumah. Haji Kassim yang pada ketika itu turut berada di beranda rumah turut terkejut menerima kedatangannya. Rizal saja yang tidak ada. Ah peduli apa dia ada atau tak yang penting misi aku mesti di laksanakan hari ini juga.

"Maaf pakcik, makcik saya tahu kedatangan saya ni menganggu tapi saya tak boleh menunggu lagi hal ni perlu diselesaikan cepat" jantungnya tak henti-henti berdegup kencang.

"Kenapa ni Shafina? Macam ada masalah besar aje?" soal Hajah Ramlah.

Biar saya berterus terang saja. Sebenarnya saya tak nak kahwin dengan Rizal. Tolonglah jangan paksa saya" katanya separuh merayu membuatkan mereka berdua berpandangan sesama mereka.

"Tapi kenapa? Kata Rizal kamu berdua memang dah bercinta dekat U tu? Lagipun persiapan dah hampir siap. Kamu ni dah gila agaknya…." soal Hajah Ramlah agak kuat. Haji Kassim menepuk bahu isterinya supaya bersabar.

"Rizal bohong! Kami tak pernah bercinta. Saya tak mahu berkahwin dengan dia sebab dia..dia..dia kaki perempuan..hidupnya dah…." tersekat-sekat suaranya. Sebenarnya dia tak mahu menceritakan perihal buruk Rizal tetapi dia terpaksa demi untuk masa depan dia sanggup.

"Huh dah kau tak nak kan dia, kau katalah dia macam-macam kan?" tempelak Hajah Ramlah tanpa sempat dia menerangkan sebabnya.

"Maafkan saya makcik, pakcik tolonglah faham..dia mesti bertanggungjawab pada kawan saya!"

"Shafina!!! Kurang ajar punya anak. Sanggup kau malukan aku ye?" Shafina tersentak tanpa sempat dia menerangkan sebabnya. Degupan jantungnya terhenti apabila melihat abah di hadapan muka pintu dengan wajah bengis. Di belakangnya Rizal sedang tersenyum sinis.

Balik!" Shafina rasa lututnya semakin lemah hendak berdiri pun tak mampu lagi. Hatinya kecut mendengar jeritan abah.

"Aku kata balik, balik!!!. Degil ya!" abah menampar pipi Shafina sekuat hati. Terpelanting dia kebelakang dan abah terus mengheret tubuhnya. Airmata Shafina berderai sakitnya bukan kepalang tetapi dia tak berani hendak berkata apa-apa.

"Anak kurang ajar. Aku tak sangka kau malukan aku dengan mak kau sampai macam ni!" tubuh Shafina di tolak masuk ke dalam kereta.

"Sabar Safuan, tak baik buat anak kau macam tu" Haji Kassim meluru ke arah abah.

"Sabar kata Haji? Taulah saya nak mengajar dia balik nanti!" abah terus menghamburkan amarahnya di dalam kereta. Sebaik saja sampai sekali lagi tubuhnya diheret hingga ke rumah. Emak yang terkejut melihat keadaan diri Shafina terus menerpa ke arahnya.

"Kenapa ni bang?" Shafina menangis teresak-esak.

"Awak tanya anak awak sendiri. Dia bukan anak saya, anak saya takkan sanggup memalukan mak bapak dia sendiri!" sekali lagi Shafina tersentak.

"Abah…sampai hati abah cakap Fina macam tu.." hatinya merintih.

"Sampai hati? engkau lagi smapai hati malukan kami!" abah menamparnya sekali lagi. marah sungguh abah petang itu. Wajahnya merah padam menahan rasa malu berhadapan dengan Haji Kassim sekeluarga tadi.

"Abang???" emak mengoncang bahu abah minta penjelasan.

"Anak awak tu pergi rumah Hj Kassim dan batalkan sendiri perkahwinan dia. Anak jenis apa tu. Mana saya nak letak muka saya ni lagi Munah??" emak terjelepuk disisi abah. Shafina mengagahkan juga dirinya menghampiri emak.

"Mak ampunkan Fina, bukan Fina sengaja nak buat macam tu Fina terpaksa mak…" tangan emak cuba diraihnya tetapi emak pantas mengelak.

"Sampai hati kau buat kami macam ni Fina…" emak menangis. Hatinya sedih mana hendak diletakkan mukanya lagi. Tentu saja orang kampung tak berhenti-henti mengata. Berita perkahwinan anaknya sudah tercanai. Mujur juga tetamu masih belum dijemput tetapi ah..orang kampung, tentu saja berita itu sudah heboh diperkatakan mereka.

"Aku tak mahu tengok muka kau lagi. kau bukan anak aku. berambus dari rumah aku!!" abah menolak dirinya.

"Abah………..abah jangan buat Fina macam ni. Ampunkan Fina, ampunkan Fina. Fina sanggup ikut kata ayah..Fina sanggup…" Shafina melutut di kaki abah.

"Kau ingat senang? Dah kau ludah lepas tu kau nak jilat balik? Ingat Hj Kassim sekeluarga tu nak terima penghinaan ni?" abah terus-terusan menghamburkan marahnya. Emak hanya menangis tak henti-henti.

Malam itu adalah malam yang paling sepi dalam hidup Shafina. Tak pernah dia sesunyi itu. Abah buat tak tahu saja di depan televisyen manakala emak hanya terperap dalam rumah. Shafina kembali masuk kebilik setelah pelawaan makan untuk abah dan emak hanya di sambut dingin.

Setelah berfikir panjang, malam itu jam dua pagi dia mengemas apa yang patut termasuk semua sijil-sijilnya. Alamat Firza, teman sekampusnya yang tinggal di Kuala Lumpur itu turut dibawanya. Hatinya nekad, dia perlu keluar dari kampung itu. Shafina menangis lagi. Matanya sudah bengkak, bibir yang pecah akibat ditampar berulang kali petang tadi diusapnya lembut. Jam lima pagi dia keluar dari rumah. ditinggalkannya sepucuk surat untuk emak dan abah. Hanya linangan air mata saja yang mengiringi kepergiannya.

No comments: