Wednesday, June 1, 2011

Hanya Satu..


"Irwana pandang kanan. Nampaknya, kelas dia ! Irwana senyum.
Senyuman yang bisa mencairkan hati semua lelaki. Irwana memandang sehingga kelibat Zairul hilang. Dia menarik nafas. Nadya di sebelah menyiku.
"Bukan main happy lagi ye," ujar Nadya.

"Mestilah! Kalau kau, aku rasa dah lama pengsan kot,"
"Jahatnya, tak baik,"
Mereka ketawa bersama – sama. Tidak berapa lama kemudian, Pn. Ani masuk. Irwana kaku. Nadya mengerutkan dahinya.

"Habis! Aku lupa nak bawa buku Matematik! Aaah …" kata Irwana.
"Kau biar betul. Atau kau saja je tipu?" Nadya meminta kepastian.
"Hah, Irwana! Mana buku latihan Matematik yang saya suruh hantar semalam?" soal Pn. Ani, tegas.

Irwana tunduk. Habislah aku. Malulah aku kalau kena berdiri depan kelas. Oh, no! Please jangan! Harap – harap cikgu kasi can kat aku. Lain kali aku takkan buat lagi!

"Tak bawa? Lupa? Sudah, saya tak mahu dengar apa – apa lagi! Pergi berdiri di depan! Semasa saya mengajar, telinga buka… jangan khayal," tegas Pn. Ani.

Irwana angguk. Dia dapat merasakan banyak darah yang mengalir ke mukanya. Arghh!! Tolonglah, janganlah Zairul lalu depan kelas. Ya Allah, selamatkanlah maruahku ini. Arghh!

Irwana mengeluh. Nadya hanya tersenyum manis. Dia amat memahami perangai sahabat baiknya itu. Nakal, lasak, tapi pandai. Pelik! Itulah keistimewaan Irwana. Pelajar aliran Sains Tulen itu. Ramai pelajar lelaki yang tergila – gilakan dia tetapi satu pun dia tak pandang. Hanya Zairul yang dia suka!

"Ana, aku peliklah tengok kau ni," Nadya memandang tepat mata Irwana.

"Apa yang pelik?" soal Irwana.
"Kau masih sukakan Zairul. Dah lama, Ana," kata Nadya.
"So, what's the problem?" soal Irwana lagi.
"Aku kesian tengok kau ni. Kau suka dia, tapi dia langsung… "
"Nad! Please okey? Jangan cakap macam ni. Aku sedih,"

Nadya diam. Dia tahu Irwana berharap agar Zairul menyukainya. Pelik juga. Irwana lawa, sweet, ketinggiannya boleh tahan. Pandai, kreatif, aktif dan peramah. Olahragawati sekolah tiga tahun berturut – turut. Apa yang kurang lagi? Entah perempuan macam manalah yang Zairul suka. Ana pun satu. Berlambak lagi jantan lain yang sukakan dia, tergila – gilakan dia tapi dia buat muka seposen je. Hampeh.

Irwana bersiul. Dia menjeling ke arah Nadya. Dia tahu Nadya tidak suka dia bersiul sebab tak baik. Memang tak baik pun. Bersiul ni macam panggil setan. Eii, teringatkan hal itu Irwana diam.

"Ana, kenapa kau tak pilih je orang lain? Ramai yang sukakan kau,"
"Diorang tak ikhlas," jawab Irwana, ringkas.
"Mana engkau tahu? Entah – entah diorang betul – betul ikhlas,"

"Aku tahu sebab semua surat, bunga dan entah apa – apa lagi yang aku terima semuanya daripada orang yang aku tak kenal, tak rapat. Ada seorang tu, dia cuba pegang tangan aku. Tak ke bangang tu? Buat malu kaum je," kata Irwana.

Nadya angkat tangan. Surrender. Sampai bila – bila pun takkan habis kalau cakap pasal benda ni dengan Ana. Hish, aku pun tak tau kenapa ler aku ambil berat sangat pasal dia. Aku ada pak we. Takkan nak paksa dia berpak we seperti aku.

"Aku ikhlas sayangkan Zai. Aku sukakan dia. Aku tahu dia tak berapa handsome tapi penampilannya cukup untuk membuatkan aku tertarik kepadanya. Aku harap kau faham. Aku paling suka time dia main bola. Sweetlah dia tu," kata Irwana lagi.

Nadya senyum. Dia tahu Irwana ikhlas sayangkan Zairul. Pernah sekali tu, pasal Zairul dia kena marah dengan En. Hakim, guru displin. Dia tolong back up Zairul tapi kena marah sama. Irwana kata dia puas dapat tolong Zairul walaupun kena marah. Nadya mengeluh.

"Eh, dah sampailah rumah aku. Macam mana boleh tak sedar? Nad, jom lepak rumah aku kejap. Parents aku balik minggu depan. Yang ada ***a abang aku je. Dia tu sibuk dengan gitar dia,"ajak Irwana.

"Sorrylah Nad. Hari ni aku dah janji nak temankan kakakku pergi shopping. Esok ajelah aku lepak. Okey? Sorry Ana. Aku balik dulu," Nadya senyum. Dia tahu Irwana frust tapi nak buat macam mana, dah janji.

"It's okay. Bye, bye! Hati – hati jalan tu," kata Irwana.

Syafiq berhenti memetik gitar. Dia memandang adiknya. Apsal ni? Muram je. Biasanya mesti bising, perli – perli orang. Nak tegur ke tak nak? Kantoi kalau dia sembur aku. Tapi, risau jugak aku tengok dia ni.

"Ana, muram je. Kenapa ni?""Tak de apa – apalah bang. Ana ***a penat je. Yelah, balik sekolah jalan kaki. Ada abang kat rumah pun bukan nak tolong ambik!" ujar Irwana. Memang aku pening memikirkan problem aku. Patut ke aku cakap kat abang?

"Hei, mulalah nak sindir – sindir ni. Nyesal abang tegur tau,"

"Yalah, suka hati abanglah!" Irwana menjeling.
Syafiq diam. Dia dapat merasakan ada kelainan dari cara Irwana bercakap. Marah ke dia aku kata macam tu? Eh, takkanlah dia ni ambik hati kot. Syafiq duduk. Dia pegang bahu adik kesayangannya.

"Abang tahu Ana ada problem. Apa problemnya? Beritahu abang. Kalau boleh, abang akan tolong. Hmm?" ujar Syafiq.
"Ana… Ana memang ada problem. Tapi, bukannya teruk pun… "
"Yang kecik kalau dipendam boleh jadi teruk, Ana," pintas Syafiq.

Irwana diam. Dia menarik nafas dalam – dalam. Ya! Aku harus beritahu abang aku pasal ni. Kalau tidak, aku yang merana. But, I know it's not a big deal. Kalau abang ketawa, macam mana? Ah…!

"Abang, Ana ada suka member Ana tu. Ana sayang sangat dia. Dia baik. Tapi, dia tak tahu Ana suka dia. Ana dapat tahu yang dia sukakan seseorang. Tapi, Ana tak tahu siapa."
"Then?"
"Ana sedihlah bang. Abang mesti tahu. Abang mesti sayangkan Kak Misha kan?"

"Ada kena - mengena dengan Misha ke hal Ana ni?"
"Tak de. Tapi, member Ana adik kawan abang."
"Adik kawan abang yang mana satu pulak ni? Cuba Ana jelaskan dengan terang. Janganlah nak berteka – teki pulak.""Zairul tu!"

"Zairul?! Adik Zulkifli? Oh, abang faham. Em, dia memang baik. Pandai. Tapi, apa masalah Ana?" Irwana mengeluh. Abang ni… faham ke sengaja buat tak faham? Aku pun satu, terus terang ajelah. Buat apa nak malu, abang sendiri.

"Ana sayang dia, Ana suka dia. Abang tolonglah jadi spy Ana. Kan abang selalu lepak kat rumah dia. Apa dia buat, macam mana dengan dia, okay ke dia, baik ke… Ana nak segala maklumat tentang dia. Okay?" jelas Irwana.

Syafiq angguk.

"Sejak bila Ana suka dia?" soal Syafiq.
"Sejak Ana Form Two. Dia Form Three."

"Lamanya! Macam mana Ana boleh tahan ni? Kalau abang, no way!"

"Alaa, abang lelaki. Senanglah, kalau abang suka kat sesiapa, abang boleh ngorat terus ambik jadi awek. Ana ni perempuan, lainlah. " Irwana memuncungkan bibirnya. Bangang betul abang ni!

"Okay, abang faham. Dah, jom keluar makan. Pergi mandi dulu. Busuk ni. Nanti Zairul lari padan muka."

Irwana gelak. Boleh tahan jugak abang ni. He, he, he. Aku pun harap aku tak tepuk sebelah tangan. Tapi, ah … biarlah! Irwana mencapai tuala mandinya yang berwarna peach itu.

"Woi! Asal engkau gatal sangat ni?!" Syukri terus menumbuk muka Zairul. Zairul pejam mata, menahan kesakitan.

"Syuk! Rileklah. Asal nak marah dia lak? Diakan member kita. Lagipun, bukan dia yang kacau awek kau! Budak – budak lepak!" celah Amin.

"Bodoh engkau! Orang dah tumbuk baru nak cakap! Bengkek lah korang ni!" tengking Syukri. Syukri memang cepat marah tak tentu pasal.

Zairul merenung tajam mata Syukri. Dia bengang. Apa – apa hal pasal awek dia mesti aku kena. Ingat aku terliur sangat ke dengan si Sheila tu? Dahlah jalan macam itik, pakai mekap tebal 10 inci. Em, nak cover jerawat dialah tu. Eleh, setakat pompuan macam tu, lagi perfect dia tu. Sial!

Syukri terus pergi. Dia menyumpah – nyumpah Amin. Buat malu aku je. Aku pun satu. Asal tak selidik dulu? Ini tidak terus membuta tumbuk si Zairul. Ceh! Ahh, mampus dialah! Syukri terus menyumpah – nyumpah dirinya.

Irwana kaku. Dia tidak dapat berkata apa – apa. Dia bengang dengan abangnya. Dia tak sangka abangnya akan akan mengajak Zairul datang ke rumah.

"Hai Ana," sapa Zairul.
"Hai, Zai," Irwana membalas. Dia gelisah. Malu.

Zairul senyum.
"Eh, korang dua dari tadi berdiri kat situ. Apa – apa hal pun marilah duduk sini," kata Syafiq sambil tersenyum.
"Ana, jomlah duduk. Tak penat ke diri macam ni?" Zairul tersenyum.
"Tak penat pun. Jom duduklah," balas Irwana.

Irwana diam. Zairul pun diam. Syafiq dan Zulkifli senyum – senyum. Memang ini plan diorang berdua. Zulkifli tahu Zairul ada menaruh hati pada Irwana. Tetapi, Zairul ni jenis yang study. So, dia tak fikirkan sangat hal – hal macam ni.

"Zai, tadi Zai cakap kat abang Zai ada nak cakap something kat Ana. Apa bendanya? Dari tadi diam je korang dua ni," ujar Zulkilfi.

"Zai lupalah,"
Irwana memandang Zairul dengan ekor matanya. Dia senyum. Syafiq ketawa kecil. Dia tahu Irwana ada banyak perkara nak cerita.
"Eh, aku laparlah. Zul, engkau tolong aku masak. Amacam? Aku dengar kau tere memasak!"

"Okay juga,"
Setelah Syafiq dan Zulkifli menghilang, Zairul mendekati Irwana. Inilah peluang aku. Aku mesti cuba berterus terang dengan Irwana. Tapi, kalau dia tak sukakan aku macam mana? Belum cuba belum tahu. Zulkifli menarik nafas.

"Ana, macam mana study? Okay ke?"

"Hem, okaylah. Tension tu tensionlah jugak tapi nak buat macam mana. Kenalah belajarkan," Irwana senyum. Cakaplah cepat. Lambat – lambat pula.

"Ana …" "Em?" Hati Irwana berdebar – debar.

"Zai …" Argh! Lidah ni, keras pulak.

"Apa dia, Zai? Penting ke?"

Zairul diam. Dia tidak berani bertentang mata dengan Irwana. Aisey, asal aku ni? Malu pulak. Jatuh maruah aku. Syafiq dan Zulkifli sudah lama memasang telinga di sebalik pintu.

"Zai …" Zairul diam.

"Apa dia, Zai?" ujar Irwana.

"Zai sukakan Ana!"
Irwana kaku. Jantungnya berdegup kencang. Zairul tunduk. Syafiq dan Zulkifli sengih. Akhirnya, berjaya juga Zairul meluahkannya. Syafiq dan Zulkifli pulak yang melebih – lebih excited.
"Ana … Ana sukakan Zai?" tanya Zairul.

Irwana angguk. Dia tersenyum. Dia puas kerana dapat membuat pengakuan di hadapan Zairul sendiri. Tiba – tiba , Syafiq datang. Syafiq sengaja buat – buat ketawa.

"Baguslah kalau korang dah mengaku. Abang excited betul dapat tahu adik abang dah ada orang nak jaga …" kata Syafiq.

"Abang ni …"
"Yalah Abang Fiq! Bising je. Lepas Zai habis belajar, Zai masuk meminang Ana. Terus nikah… okay?" sampuk Zairul.

Mereka ketawa beramai – ramai.

Nadya terjaga dari tidurnya. Dia seperti orang yang ketakutan. Dia mencapai kain selimutnya. Muka dan lehernya berpeluh – peluh. Dia menarik nafas. Ya Allah! Apakah ianya hanya satu mimpi atau satu kenyataan yang bakal terjadi?

Tuk! Tuk! Nadya berpaling. Dia mencari – cari jam locengnya. Dah pukul 8.30 pagi. Ya Allah. Peningnya kepala aku. Nadya bangun dengan perlahan – lahan. Tangan kanannya memulas tombol pintunya.

"Nadya? Kenapa ni? Mak dengar Nadya menjerit panggil nama Hadri. Kenapa Nadya?" tanya Pn. Fatin sambil mengusap rambut anak bongsunya.

"Nad… Nad mimpi buruk," ujar Nadya.

Pn. Fatin mengangguk. Dia memimpin Nadya ke katil. Dia duduk di sisi Nadya sambil memeluk Nadya. Nadya merehatkan kepalanya di atas bahu Pn. Fatin.

"Nad, ceritalah pada mak. Apa yang Nadya mimpi?"

"Nadya mimpi Hadri kena pukul. Dia… dia…" Nadya memejam matanya. Hadri dibunuh mak!

"Kenapa dengan Hadri, Nadya?" tanya Pn. Fatin.
"Dia kena bunuh," ujar Nadya perlahan.
Pn. Fatin diam. Dia memeluk Nadya dengan erat. Bahu Nadya digosok perlahan – lahan. Nadya mula menangis. Dia sangat menyayangi Hadri.

"Nad, banyak – banyaklah berdoa. Ingatkan Allah. Ini ***a satu mimpi sahaja. Janganlah Nad ingat yang bukan – bukan. Em, Nad pergilah mandi. Tadi Hadri call, dia nak ambik Nad pergi jalan – jalan," kata Pn. Fatin, cuba memujuk anaknya.

Nadya mengangguk.
Mak, kakak ada?"

"Kak Ira pergi rumah Abang Syed," jawab Pn. Fatin.
"Dah, cepat pergi mandi. Mak dah sediakan breakfast untuk Nad,"

Nadya tersenyum.

Setengah jam kemudian, Hadri muncul dengan kereta Corolanya. Dia tersenyum memandang Hadri. Hadri berumur 19 tahun dan belajar di USM. Maklumlah tak lama lagi bakal menjadi seorang doktor. Nadya membuka pintu kereta hadapan kereta Hadri. Dia menghenyakkan punggungnya ke atas kusyen lembut itu.
Hai, lewat bangun hari ni? Abang call pukul 7.30 belum bangun lagi? Biasanya Nad bangun awal. Macam mana boleh terlajak tidur hari ni?" ujar Hadri sambil tersengih.

"Entahlah. Pening kepala Nad sebab bangun lewat. Nad memang tak boleh bangun lewat. Sure pening kepala,"

"Nad okay ke? Kalau pening, kita cancel lah dulu. Esok masih ada," Hadri gelak kecil. Nadya senyum.

Nadya mencapai tangan Hadri. Dia mengusap tangan Hadri dengan lembut. Hadri memandang Nadya sekilas. Hairan?!

"Kenapa dengan Nad ni?" tanya Hadri.

"Nad sayang abang," Nadya senyum, menawan. Hadri semakin kehairanan. Biasanya Nad paling susah nak sebut tiga perkataan tu. Kenapa hari ni?

"Nad, kenapa ni? Berterus terang dengan abang,"

"Ala, abang ni. Nad sayang abang pun salah ke? Jomlah pergi makan. Nad ***a minum air je tadi. Lepas tu kita gi jalan – jalan,"

"Oka ylah," kata Hadri seraya menekan minyak. Lepas makan ni, aku mesti tanya dia. Dia macam berselindung dengan aku. Atau dia dah tahu hal aku?

"Nad sayang abang," ucap Nadya sekali lagi dan sekali lagi Hadri kehairanan. Aku mesti tanya Hadri!

Hari ni Zairul datang ke rumah Irwana. Nak studylah katakan. Syafiq tak kisah. Katanya, bakal adik ipar abang!

Irwana pagi – pagi lagi dah bangun. Nak kemas rumah sebab petang nanti Zairul datang. Siap spray perfume lagi tu. Syafiq yang sememangnya anti-perfume mendengus.

"Ish, tak payahlah taruk perfume. Nanti Ana ajelah yang pakai perfume. Abang tak sukalah perfume – perfume ni. Pening kepala," Syafiq merungut.

"Abang, tak pelah. Sekali je Ana spray. Bukannya selalu. Kan Zai nak datang hari ni, so Ana kenalah bersihkan rumah. Agar tampak ceria!" Irwana tergelak.

"Ana ni! Kan dia dah selalu datang rumah kita. Sebelum tu Ana tak kemaskan rumah pun. Biasa je. Asalkan korang bahagia cukuplah," kata Syafiq. Irwana hanya tersenyum.

"Ana nak belajar betul – betul. Zai kan pandai. Ana nak jadik pandai macam dia. Baru padan!"

"Udahlah tu. Ana belajarlah betul – betul. Pasal nanti tahun depan Ana kenalah study sorang – sorang. Zai tak de,"

"Ana boleh mintak Zai datang rumah," Irwana menjelirkan lidahnya. Syafiq hanya tersengih dan mengaru kepalanya yang tak gatal tu.

"Abang! Kenapa abang belasah dia? Abang kan dah tahu dia tu samseng. Jahat! Nanti, kalau abang kena belasah dengan diorang, macam mana?" kata Nadya sambil menangis teresak – esak.

"Abang tak tahanlah, Nad. Abang benci diorang kacau abang. Takkan abang nak biarkan aje. Nanti diorang panggil abang lembiklah, dayuslah. Abang tak suka!" Hadri cuba untuk memprotes.

"Tapi, abang cubalah beritahu dia. Jangan kacau abang," kata Nadya.

"Tak payah. Diorang bukan jenis manusia yang boleh bawak berbincang. Buang masa je, Nad," balas Hadri. Nadya mengesat air matanya. Dia tunduk kepala. Apa yang harus aku buat? Nadya memandang muka Hadri.

"Nad takut abang…. abang.." Nadya menggeleng kepalanya.

"Nad takut abang mati?" ujar Hadri sambil tersenyum.

"Abang! Jangan cakap macam tu! Nad tak nak kehilangan abang. Nad sayang abang!" Nadya menggenggam tangan Hadri, erat. Hadri hanya mampu tersenyum. Mereka berdua diam seketika. Nadya masih menggenggam tangan Hadri.

"Bang, apa yang diorang nak daripada abang?" tanya Nadya.

"Hah! Tak… diorang saja kacau abang. Tak de kerja…"
"Apa diorang nak, bang?!" ulang Nadya sekali lagi. Suaranya agak kasar sedikit. Hadri menundukkan kepalanya. Dia mengusap rambutnya.

"Diorang nak 10 ribu! Abang pun tak tahu apsal tiba – tiba dia buat macam tu. Abang tahu, dah banyak student lain yang kena. Abang tak sangka kena kat abang. Nak mintak duit daripada parents abang, takut diorang syak apa – apa. Abang tak nak besarkan perkara ni," jelas Hadri.

 "Tapi, nyawa abang mungkin terancam. Abang jangan bimbang. Nad akan cuba ikhtiarkan untuk abang. Nad tahu siapa yang dapat tolong abang," ujar Nadya sambil tersenyum. Hadri hilang kata – kata.

Nadya merenung beg di atas ribanya. Dia mengeluh. Harap – harap, lepas ni diorang tak kacau Hadri lagi.

Syed di sebelah memandang Nadya sekilas.

"Nad, biar abang temankan Nad pergi carik diorang. Diorang tu budak – budak jahat. Tak boleh percaya sangat. Tapi, kalau diorang ganggu Hadri lagi, abang akan report polis. Biar padan muka diorang,"

Nadya hanya mengangguk. Sepuluh minit kemudian, mereka pun sampai ke tempat tersebut. Nadya memimpin tangan Syed. Syed meninjau keadaan sekeliling. Beg yang berisi duit dipeluk dengan kemas oleh Nadya.
"Mana diorang ni, bang?" Nadya mula gelisah.
"Nad, jangan bimbang. Abang ada," kata Syed, cuba untuk mententeramkan Nadya.

"Hah! Datang pun. Bagus, korang memang tepati janji. Mana duitnya?" kata pemuda berbaju biru itu dengan lantang.

"Ada di sini," kata Syed.
" Kalau tak caya, kau boleh kira sendiri." Nasib baik lima orang je. Mujurlah tak ramai.
"Arif! Pergi kira," arah pemuda berbaju biru itu.
Pemuda yang dipanggil Arif tadi mendekati Nadya. Syed memerhati Arif. Muda – muda dah buat kerja gini. Gila! Nadya menghulurkan beg duit itu dan memandang Arif sekilas. Arif tersenyum. Cun giler awek ni. Buat jadik awek aku, best jugak!

"Aie! Semua cukup," Bagus! Dah, jom blah!" kata Aie lalu berpaling pergi."Tunggu!!" jerit Nadya.
"Hah, apa lagi?""Aku nak kau orang jangan ganggu Hadri lagi," kata Nadya.

"Oh, jadi kau ni awek dialah? Kalau kau jadik awek aku bagus jugak!" kata Aie dan disambut dengan gelak tawa rakan – rakannya.

"Hoi! Kau jangan nak biadap! Aku kenal ketua korang sapa. Jadi, jangan nak tunjuk lagak depan adik aku!" tengking Syed.

Aie terdiam. Suasana menjadi hening. Tiada gelak tawa atau kata – kata. Nadya terkejut dengan kata – kata Syed. Dia memandang Syed tetapi Syed langsung tidak memandang Nadya.
"Kalau aku nak, aku boleh beritahu ketua korang. Mampuslah korang!" gertak Syed.
"Kau…kau tipu! Tak mungkin kau kenal ketua kitorang!" Aie sudah mula resah.

"Kalau kau tak percaya, cubalah. Tapi, pada masa tu korang dah terlewat. Korang dah mampus!" kata Syed lagi.

"Jadi, jangan kau orang kacau Hadri. Hadri tu bakal jadik sedara aku. Kalau kau berani kacau dia, kau akan terima padahnya!"
Baik…baiklah!" Mereka berlima terus cabut. Syed tersenyum.

"Abang, betul ke apa yang abang cakap tu?" tanya Nadya.

Syed hanya tersenyum. Kemudian, dia mengangguk. Nadya terkedu. What? Abang aku….abang ipar aku! Biar benar!!
"Jangan risaulah, Nad. Abang bukannya macam diorang. Ketua diorang tu pernah jadik kawan baik abang dulu,"

"Ha…Nad tak paham,"

"Lagi bagus Nad tak paham. Dah, hari ni Nad cakap kat Hadri, problem dia abang dah settlekan," kata Syed sambil tersenyum. Nadya mengangguk.

Irwana menguap. Buku Sainsnya ditolak ke tepi. Ah, bestnyer kalau dapat tido macam ni hari – hari. Bahagianya kalau tak payah study…
Tuk! Tuk!
Irwana terjaga. Kepalanya pening dan matanya berpinar. Ish, sapa pulak ni? Kacau daun betul ler. Orang tengah syok tido, ada pengacau lak! Irwana bangun dan memulas tombol pintunya.

"Hah, nak apa bang?" tanya Irwana acuh tak acuh.
"Mak panggil kau tu. Apsal tak dengar? Tido ka?"
"Abuden? Dah, tepi! Orang nak pergi ni," kata Irwana lalu menolak abangnya. Syafiq tersengih.

da apa mak?"
"Ana, macam mana kalau holiday tahun ni Ana masuk tuisyen?" kata Pn. Eliza sambil tersenyum.
"Aa… tuisyen? Tak naklah mak! Ana ingat Ana nak masuk kelas komputer. Err, Ana boleh buat revision sendiri mak. Ana tak sukalah pergi tuisyen,"

"Ana, tahun depan Ana SPM. Mak takut Ana tak dapat nak study. Iyelah, Ana kan busy dengan sports Ana…persatuan, kelab,"

"Mak, Ana boleh handle semua tu. Kalau mak tak caya, mak tengoklah results final exam Ana nanti," pujuk Irwana.

Kalau results Ana teruk, Ana pergi tuisyen."
"Baiklah, make sure Ana dapat straight A's!" Pn. Eliza mencium dahi anak bongsunya. Irwana tersenyum. Fuh! Nasib baik…

Irwana memandang abangnya. Syafiq menjelirkan lidahnya. Wek! Ngada betul! Tak pergi tuisyen. Irwana tersengih. Ala, jealous lah tuh. Ingat orang tak tau.

Dua hari lagi, keputusan SPM akan diumumkan. Irwana awal – awal lagi dah belanja Zairul makan. Dia dah sure Zairul akan lulus dan semua subjeknya dapat A. Zairul pulak, macam tak confident je. Gelabah.

"Ana, kalau Zai tak dapat semua A, macam mana?"

"Jangan risau. Zai kenalah yakin yang Zai akan dapat semua A. Kalau Zai tak yakin, macam mana?" kata Irwana, cuba meyakinkan Zairul.

"Percayalah pada Ana. Ana tahu, Zai mesti dapat semua A punya."
"Ish, Ana ni memang pandai pujuk Zai lah!" kata Zairul sambil mencuit pipi Irwana.
"Mestilah,"
Selepas makan, mereka berjalan di tepi pantai. Irwana bermain air. Dia memang suka pergi pantai sejak kecil lagi. Zairul hanya memandang Irwana. Dia tak de semangat untuk bersukaria sehinggalah mengetahui keputusan SPMnya.

"Zai! Jomlah kita main air. Janganlah asyik dok termenung je," ajak Irwana. Seluarnya dah basah sehingga ke paras lutut.

"Zai tak naklah. Penat," balas Zairul antara dengar dan tidak. Irwana berhenti bermain air. Dia berjalan menuju ke arah Zairul.

"Jangan pikir sangat pasal tu Zai. Insya Allah Zai akan dapat semua A. Zai dah berusaha, Insya Allah Zai dapat semua A. Tapi, kalau Zai tak dapat semua A, Zai kena terima. Itu mesti ada hikmah di sebaliknya," jelas Irwana.

ahlah, Ana. Zai takut Zai tak dapat masuk universiti. Nanti Zai nak kerja apa? Kalau tak de kerja, Zai tak leh nikah dengan Ana," Zairul berseloroh. Irwana tersenyum.

"Jangan bimbanglah, Zai. Ana akan tunggu Zai lamar Ana. Kalau Zai nak tahu, hanya Zai sorang yang Ana sayang. Ana akan tunggu Zai. Ingat tu Zai, hanya Zai sorang yang Ana harapkan. Jangan hampakan Ana," ujar Irwana tanpa memandang muka Zairul. Zairul tersenyum.

"Okay! Tunggu Zai tau!"

Beberapa tahun kemudian….

Nadya menuruni tangga dengan tergesa – gesa. Dia harus memberitahu kepada Irwana dengan secepat mungkin. Hadri sudah pun berada di dalam kereta.

"Bang, tolong hantar Nad ke rumah Irwana, speed tau," ujar Nadya.

"Okaylah, Nad. Kenapa ni Nad? Cuba beritahu abang. Penting benar ke tu?" tanya Hadri tanpa memandang Nadya.

"Penting! Zairul accident!""Hah! Bila?"
"Pagi tadi. Nad tak dapat nak beritahu Irwana sebab dia kerja. So, sekarang diorang tengah lunch. Sempatlah Nad nak beritahu,"

"Macam mana pulak dengan Zairul?" tanya Hadri lagi sambil memandang Nadya sekilas.
"Abang Syed cakap teruk jugak. Kebetulan abang Syed ada di tempat kejadian, jadi abang Syed bawak Zairul ke hospital," kata Nadya.

Hadri hanya mengangguk. Seketika kemudian, dia bersuara,

"Nad pun kenalah jaga kandungan Nad tu. Jangan bawak kereta laju – laju. Kalau tak larat, beritahu abang," Nadya ***a tersenyum.

Sepuluh minit kemudian, mereka pun tiba di Restoran Miza. Nadya turun dari kereta dengan tergesa – gesa. Hadri tidak turun. Dia ingin menunggu Nadya dalam kereta. Nadya mencari Irwana. Mana dia ni? Janganlah dia dah habis lunch.

"Eh, Nad! Kenapa ni? Menggelabah je," sapa Irwana tiba – tiba. Nadya menghembus nafas lega. Ada pun kau!

"Ana, I'm sorry Ana! I have to tell you this."
Amendenyer, Nad? Calm down. Duduk dulu, lepas tu baru cakap. Kang tak pasal – pasal sakit baby kat dalam tu," kata Irwana sambil tersengih. Nadya semakin serba salah.

Ana, jangan terkejut. Sabar ya, Ana. Aku nak beritahu kau ni, Zairul…"

Kenapa dengan dia?""He's accident!"

Irwana jatuh terduduk. Apa? Zai accident? Aku mimpi ke apa ni? Irwana mula menangis. Nadya mengangkat Irwana. Banyak mata tertumpu ke arah mereka berdua tetapi Nadya tidak peduli.

"Baik kau ambik cuti hari ni, kita ke hospital,"

"Ah…aku tak caya Nad!" Irwana memeluk Nadya dengan erat.
"Eh, kenapa ni, Ana?" tegur seorang perempuan yang memakai uniform sama dengan Irwana.
"Er, cik ni sapa?"

"Saya Nadya, kawan Ana. Cik pula siapa?" tanya Nadya setelah memperkenalkan diri.
"Saya Maya, rakan setugas dengan Ana,"
"Boleh tak Maya beritahu kepada ketua Maya, Ana nak ambik cuti. Emergency. Boleh?" Nadya tersenyum.
"Mungkin seminggu atau lebih lama lagi."
"Er, baiklah. Ana… aku pergi dulu, okay?"

Irwana hanya mampu mengangguk. Nadya memapah Irwana ke kereta. Hadri yang dari tadi duduk di dalam kereta keluar membantu Nadya memapah Irwana. Irwana masih menangis. Nadya memberi tanda isyarat kepada Hadri supaya tidak bertanya apa – apa. Irwana menekup mukanya.

Zai, kau tak boleh mati! Kau dah janji nak jadikan aku suri hidup kau! Kau kena tunaikan janji kau tu! Irwana teringat kata – kata Zairul.

"Ana, aku janji aku akan jadikan kau isteri aku. Tak kiralah, samada kau sakit ke, sihat ke, gemuk ke…"

"Zai! Apa yang kau merepek ni? Sudahlah, kalau Zai tak nak lamar Ana,"

"Eh, jangan merajuk. Sayang Ana, eeii. Masam nyer muka. Tak lawalah, cuba senyum sikit. Tak pun, sengih ker. Barulah kiut!"

Nyata Irwana tidak dapat memarahi Zairul. Akhirnya, dia ketawa. Zairul mencubit pipi Irwana sehingga merah dan akibatnya paha Zairul menjadi mangsa.

"Ana! Ana! Kita dah sampai dah,"

"Sampai dah? Maaf," Aku termenung rupanya.
Irwana terus berlari masuk ke dalam hospital. Kaunter pertanyaan adalah tempat pertama yang dia pergi. Nadya dan Hadri berjalan di belakang Irwana.

"Boleh saya tahu, dia mana wad Mohd. Zairul b. Mohd. Zukri?" tanya Irwana.

"En. Zairul ditempatkan di wad ICU 15 di tingkat 3," balas jururawat muda itu sambil tersenyum. Irwana mengangguk. Irwana berpaling ke arah Nadya.

"Nad! Aku pergi dulu! Thanks for the ride, Hadri!" ucap Irwana sambil tersenyum tawar. Air matanya masih deras mengalir.

"Kesian Ana…" "Bersabarlah , Nad. Insya Allah Zai akan selamat," kata Hadri lalu mengucup dahi isterinya.
"Nad nak naik?"Nadya menggelengkan kepalanya. Biarlah Irwana bersendirian dengan Zairul.

Irwana bergegas mencari bilik ICU. Seorang doktor lelaki keluar dari sebuah bilik. Dengan segera Irwana mendapatkan doktor lelaki itu.

Doktor! Mana Mohd. Zairul Mohd. Zukri?" tanya Irwana dengan linangan air mata yang tidak pernah berhenti dari mengalir.

"Cik ni siapa?" tanya doktor muda itu.
"Saya Irwana, tunang dia!"
"Encik Zairul dalam keadaan tenat. Saya harap Cik Irwana bersabar. Buat masa ini…."

"Saya nak tengok dia!" pintas Irwana.

"Cik…""Saya nak tengok dia! Takkan saya tak boleh masuk? Jenguk sekejap pun jadilah. Tolonglah, doktor…" Irwana terus merayu. Tangisannya semakin menjadi-jadi.

"Idris, bagilah dia tengok Zairul.""Abang Syed." Irwana memandang Syed dengan terkejut.

"Hm, kalau gitu bolehlah. Mari saya tunjukkan biliknya," ujar doktor lelaki yang dipanggil Idris itu. Irwana memandang Syed.
Pergilah. Abang tunggu Ana kat sini." Syed tersenyum.
"Cik Irwana boleh masuk. Jangan lama sangat ya."

Irwana hanya menganggukkan kepala. Dia merapati Zairul. Idris keluar dari bilik itu, membiarkan Irwana bersendirian dengan Zairul. Irwana merenung Zairul dari kepala hingga ke hujung kaki. Teruk! Irwana mengusap tangan Zairul.
"Zai…"

Keadaan Zairul agak teruk. Kepalanya berbalut dan tangan kanannya luka teruk. Pipinya seperti dirobek. Matanya tertutup rapat. Hati Irwana semakin sayu. Dia menangis tersedu-sedu di sebelah Zairul. Tiba-tiba, bahunya disentuh. Irwana berpaling.

"Cik, saya rasa elok kalau cik keluar. Tenangkan diri. Insya Allah, Zairul pasti sembuh. Dia ***a perlukan rehat yang secukupnya. Kalau Zairul tahu yang cik menangis, mesti dia bimbang. Saya cadangkan Cik Irwana ambik angin kat luar. Berserah pada Allah." Idris tersenyum di sebelahnya.

"Saya tak nak kehilangan Zairul. Dia dah janji nak kahwin dengan saya!" Irwana kembali menangis.

"Zairul takkan mungkir janji." Balas Idris.

"Mari kita keluar. Abang Syed tunggu cik kat luar tu."

Irwana melangkah longlai. Dia memandang Zairul sekilas. Tiada reaksi. Hanya hembusan nafas lemah sahaja yang kedengaran. Irwana menekup mukanya. Syed merenung Irwana yang kesedihan. Dia merangkul bahu Irwana dengan lembut.

"Ana, abang hantar Ana balik ya?"

"Em…" "Idris, aku balik dulu. Kalau ada apa-apa perkembangan, beritahu aku." Pesan Syed sebelum beredar.

"Jangan bimbang. Kau mintalah Nadya nasihatkan dia. Diorang tu kawan baik kan? Irwana tu nampak kecewa sangat."

"Aku tahu."

Dalam perjalanan ke rumah Irwana, mereka berdua masing-masing membisu. Syed tidak berani untuk bertanya dengan lebih lanjut. Lagipun, dia sudah tahu jawapan yang akan diberikan oleh Irwana.

"Abang Syed. Zairul akan selamat ke?"
"Insya Allah. Ana kenalah banyak-banyak bersabar. Minta doa daripada Allah. Kalau ada rezeki, sembuhlah dia." Syed tersenyum tawar.

"Dahlah, Ana janganlah nangis lagi. Zai mesti tak suka tengok Ana camni. Nanti, abang beritahu Ana kalau Zairul dah sedar. Hah, dah sampai dah rumah Ana ni."

"Terima kasih…" Irwana menutup pintu kereta Syed. Syed senyum.
"Syed! Kau panggil Ana datang hospital sekarang!"
"Zairul dah sedar?"

A'ah! Tadi, diorang call aku. Syed, aku tunggu kau kat hospital. Cepat tau!"

KLIK!
Syed terus ke rumah Irwana. Ketika itu, Irwana sedang tidur. Lebih kurang pukul 3 petang. Pn. Eliza membuka pintu untuk Syed. Syafiq ada bersama.

"Kenapa?" tanya Syafiq.
"Panggil Ana! Cepat!" tegas Syed.

Syafiq naik ke tingkat atas dengan tergesa-gesa. Kenapa ni? Syafiq memulas tombol pintu bilik adiknya. Mujur tak kunci! Irwana sedang nyenyak tidur.

"Ana! Bangun Ana!"
"Hmm, kenapa bang?" Irwana menguap.
"Cepat, turun!" Syafiq menarik tangan Irwana. Irwana hampir terjatuh dari katil.
"Abang! Kejaplah. Ana nak cuci muka dulu."

Syafiq turun bersama-sama Irwana. Wajah Irwana berubah tatkala menatap wajah Syed. Kenapa ni? Kecoh je. Janganlah berita buruk…! Syed segera menarik lengan Irwana yang masih terkulat-kulat.

"Mak cik, izinkan saya bawa Irwana ke hospital." Pinta Syed.
"Ah, ya…ya!"
Syed memecut kereta dengan laju. Irwana tergamam buat seketika. Dia masih terkejut dengan kedatangan Syed.

Kenapa? Ada apa-apa yang terjadi?" tanya Irwana.
"Zairul dah sedar."
"Dia dah sedar?" ujar Irwana separuh menjerit. Syed mengangguk sambil tersenyum.

"Syukur…"
Mereka sampai di hospital lima belas minit kemudian. Idris setia menanti di luar bilik ICU. Wajahnya kelihatan ceria sedikit. Mungkin gembira dengan keadaan Zairul yang semakin pulih.

"Boleh saya masuk?" tanya Irwana , ceria.
"Dipersilakan." Idris tersenyum.

Irwana masuk ke dalam bilik ICU. Idris dan Syed menunggu di luar, memberi ruang kepada Irwana dan Zairul bersendirian. Pada mulanya, Irwana tidak yakin untuk bersemuka dengan Zairul. Zai… Dia takut untuk menatap wajah Zairul yang penuh dengan penderitaan.

"Zai…"
Tiada respon. Mata Zairul tertutup rapat. Irwana menggenggam tangan Zairul dengan kemas. Dia mengusap pipi Zairul. Zai, bangunlah. Ana dah sampai. Irwana mengucup tangan Zairul.

"Zai, bangunlah." Ujar Irwana lembut."Ana ada di sini."

Tiba-tiba, jari-jemari Zairul membalas genggaman tangan Irwana. Hati Irwana berbunga riang. Zai, please! Open your eyes. I really miss you. Bibir Zairul bergerak-gerak, cuba memanggil nama Irwana.

A…na…" Zairul membuka matanya. Dia merenung wajah Irwana, lemah.
"A…na…"

"Syy, Zai tak boleh cakap banyak. Zai masih sakit. Zai tau, Ana gembira tengok Zai dah buka mata." Irwana tersenyum.

"Ana rindukan Zai. Kalau Zai dah sembuh nanti, kita gi jalan-jalan tepi pantai. Ana belanja Zai makan ikan bakar?"

"Jan…ji…? A…na?" Zairul cuba tersenyum.

"Ana janji."

Irwana tersenyum lebar. Hatinya sungguh gembira melihat Zairul. Walaupun Zairul tak dapat bercakap banyak, dia gembira. Asalkan Zairul sedar, dia pasti gembira. Dia bersyukur kerana Tuhan mengembalikan Zairul kepadanya.

"Ana, esok Zai akan datang rumah Ana…Zai nak pinang Ana," ucap Zairul sambil tersenyum.

"Betul ke Zai? Tak sabar Ana nak tunggu Zai," kata Irwana sambil tergelak kecil.

"Janganlah risau. Tak lama lagi kita nikahlah. Tak payah sanding – sanding. Lagipun, Zai tak suka bersanding. Asalkan dah nikah, cukuplah," ujar Zairul.

"No problem. Zai pun bukannya muda lagi. He, he,"
"Sapa kata. Zai ni sentiasa muda. Lelakikan. Lainlah kalau Ana…"

Satu cubitan mengena di lengan Zairul. Zairul hanya tersengih. Mereka berbual sambil bergelak ketawa sehingga penat. Dan, Irwana sangat gembira mendengar kata – kata Zairul pada hari itu.

"Tahniah, Ana,"
"Tahniah," Irwana hanya mampu tersenyum sambil mengucap kata terima kasih kepada saudara mara dan kawan – kawannya. Dia sangat gembira pada hari itu dan tak sangka hari yang telah lama dinanti – nanti itu tiba.

"Tahniah, Ana. Wah, berseri kau hari ni," puji Nadya dengan perutnya yang semakin membesar.

"Terima kasih , Nad. Ala, kau pun dulu apa kurangnya dengan Hadri tu. Macam mana dengan baby kat dalam ni? Lagi berapa bulan?" tanya Irwana sambil mengusap perut Nadya.

"Lagi 2 bulan, keluarlah dia. Baby ucapkan tahniah kat kau jugak," kata Nadya sambil tergelak kecil.

"Wah, nakalnya mak baby ni," balas Irwana balik.

Sedang mereka berbual, Zairul datang merapati Irwana sambil tersengih. Irwana hanya tersenyum malu.

"Hah, korang dah kahwin. Zai kenalah jaga Ana baik – baik. Kalau tak, siaplah!" usik Nadya.

"Termakbul jugaklah impian kau ye, Ana. Dah bertahun kau nantikan si Zai ni, at last jadik milik kau."

"Apa kau ni! Pecah rahsia aku,"

Mereka bertiga ketawa bersama – sama. Jamuan yang diadakan secara sederhana itu berakhir juga. Zairul, Irwana dan Hadri membantu mengemaskan meja dan pinggan mangkuk. Maklumlah, ramai sanak saudara mereka yang datang. Setelah siap mengemas, Nadya dan Hadri meminta diri untuk pulang.

"Habislah kau malam ni, Ana," bisik Nadya sambil tersenyum.

"Apa pulak aku, dialah yang habis," balas Irwana.
Hah, apa lagi ni. Tak habis – habis berbisik," sapa Zairul.
Biasalah, Zai. Pompuan…" sampuk Hadri.

Irwana masuk ke dalam bilik air. Badannya berpeluh kerana mengemas tadi. Haa, sejuknyer air. Bestnyer. Kalau hari – hari macam ni, penatler aku. Hehe. Irwana siap mengelap tubuhnya yang basah. Dia menyarung baju tidurnya yang dihadiahkan oleh Zairul semalam. Cantik baju ni. Padan dengan aku. Colour peach. Pandai Zai pilih. Irwana tersenyum sendirian.

"Apasal tersenyum sorang – sorang ni. Ingat Zai ke?" tegur Zairul sambil memeluk isterinya dari belakang.
"Mana ada, Ana teringatkan orang jauhlah," balas Irwana sambil tergelak kecil.
"Ooh, Ana ada orang lain yer?" Zairul terus mengangkat Irwana.
"Eh, apa ni?"

"Ana akan kena dengan Zai!" ujar Zairul sambil tersengih. Irwana menjelirkan lidahnya.
Dan, pada malam itu tercipta sejarah yang paling bermakna buat Irwana. Irwanalah orang yang paling gembira…begitu juga Zairul.

Tiga bulan kemudian, Irwana disahkan mengandung. Zairul terjerit – jerit kegembiraan. Maklumlah, tak lama lagi dia akan bergelar ayah. Nadya pula selamat melahirkan anaknya. Anak perempuan.

"Wah, cepatnya kau dah pregnant yer!" perli Nadya.

Irwana hanya tersipu – sipu."Comel anak kau ni. Sapa nama dia?" tanya Irwana.
"Nur Adlina,""Nice name! Aku nak dukung, boleh?"

"Nah, pegang baik – baik. Tak lama lagi, kau akan ada baby sendiri. Kalau lelaki, boleh ler jodohkan anak kita. Kalau perempuan, nampaknya jadik bestfriends lah diorang…iyelah macam kita berdua ni," kata Nadya.

Irwana hanya tersenyum. Dia mencium pipi halus Adlina. Tiba – tiba Zairul datang. Dia mengucup dahi Irwana.

"Eii, comelnyer," puji Zairul."Mestilah, tengoklah anak sapa," Nadya sengih.

"Tak pe, kita tengok anak sapa lagi comel," balas Zairul.

Mereka ketawa bersama – sama. Zairul memang kaki mengusik sejak kahwin dengan Irwana. Ada – ada saja yang ingin diusiknya. Tak kisahlah, Nadya ke Irwana ke, semua diusiknya. Sampai mak bapak dan mentua dia sekali. Zairul memang happy go lucky, lebih – lebih lagi sejak Irwana mengandung. Dan, pastilah hidup mereka bahagia…"

No comments: