"Mulai hari ini saya nak tengok awak pakai pakaian yang sepatutnya ke office, kalau tak tahu awak boleh minta dari Rita Etika Berpakaian, faham?" Eiii… Kay rasa nak gigit-gigit saja pen pemberian Boy. Nasib baik aku bersabar banyak hari nie.. kalau tak.. Kay membelek baju kurung milik Odah yang dipinjamnya. Selama seminggu ini dia terpaksa menurut kehendak hati boss intan payung, intan berlian beruang kutub tu. Celaka betul! Kay teringat-ingat lagi peristiwa minggu lepas. Peristiwa yang merampas hak dan prinsipnya selama ini.
"Awak masuk sekejap ke bilik saya," Arahan dari gagang telefon itu membuatkan Kay membelek diri. Sambil kaki melangkah sambil itu dia cuba menyemak di dalam kepala kot-kot ada salah dan silap. Seingatnya dia melakukan semua kerja dengan baik. Minit-minit mesyuarat Lembaga Kewangan Syarikat pun sudah 70% siap. Lagipun dia yang memberi tempoh sampai minggu depan.
Dulu awak study kat mana?" Belum sempat Kay memberi salam soalan itu dah terpacul dari mulutnya.
"DeMonfort,"
"Ohh.. sekarang nie awak kat mana?"
"pejabat Encik Amal lah,"
"Malaysia kan?" Kay merenungnya sambil mengangguk pendek.
"Mulai hari ini saya tak mahu lihat awak pakai ikut suka hati awak macam yang awak pakai hari nie," Kay terbeliak.
"Tapi Encik Amal saya pakai macam nie sebab senang nak ke site," Kay cuba membantah.
"Sini banyak juga engineer perempuan tapi mereka masih boleh pakai baju kurung.. " Kay terpaku. Memanglah si Hasanah dan Julia selalu berbaju kurung kerana mereka memang begitu dari dulu. Tambahan pula mereka jarang ke site. Si Hasanah sedang mengandung 6 bulan dan Julia pula lebih senang menguruskan hal di pejabat melalui telefon sahaja. Kalau ada apa-apa masalah dia lebih senang meminta Kay ke lokasi pembinaan.
"You la pegi Kay… sekurang-kurangnya you boleh belajar.." dan Kay memang tak kisah kalau Julia atau Hasanah meminta kerjasama darinya. Mereka juga senior yang baik dan selalu membantu. Lagipun Kay memang suka berada di site daripada terperap di office.
"Kay.." Rita sudah tercegat di hadapannya sambil menghulur file.
"Beruang kutub tu nak apa lagi Rita?" soal Kay bosan. Rita tertawa kecil. Sejak dua bulan mereka sebumbung tak pernah sekali Kay menyebut nama Pengarah yang baru. Lebih-lebih lagi baru-baru ini Kay diarah bertukar rupa.
"Dia suruh ikut format yang betul.. " Kay menarik muka masam. Dia ingat aku nie apa? Kadang-kadang mahu saja dia memprotes pada beruang kutub itu. Memang tak logik tugas menaip dan menyiapkan minit mesyuarat yang langsung tak ada kena mengena dengannya. Kay Cuma masuk untuk menyerahkan laporan Pembinaan Kondominium Qursiah alih-alih tugas itu diserahkan kepadanya memandangkan waktu itu setiausaha mesyuarat terpaksa pulang kerana ada kecemasan. Memang dasar beruang kutub! Malah, sejak Tuan Haji Ariff bersara hidup Kay sudah tidak sebebas dulu. Dulu dia bebas untuk memakai apa sahaja, bila-bila masa sahaja dia boleh berada di office tapi kerana Tuan Haji Ariff tidak terlalu protokol orangnya. Asalkan kerja siap, pandai menjaga nama baik syarikat sudah cukup buatnya. Tambahan pula memang masa Kay lebih banyak di site. Tuan Haji Ariff juga amat mengambil berat tentang diri Kay dan menganggapnya seperti anak sendiri. Tapi sejak beruang kutub itu datang menggantikan tempat ayahnya segala-galanya bagai dirampas.
"Kan saya dah buat ikut format?" soal Kay tak puas hati. Rita Cuma mengangkat bahu.
"Dia nak awak ikut format macam Encik Kenny buat.. contohnya awak boleh dapatkan di bilik fail.. minta kat abang Awang," Rita mengangkat kening dan tersenyum.
"Rita, awak tak ada simpan copy ke?" Rita menggeleng.
"Sekarang nie kan dah dekat pukul 5.00, Abang Awang mesti dah balik," Rita senyum lagi.
"Encik Amal kalau boleh nak esok siap, sebab the next meeting may be this coming Thursday." What? Kay menjeling kalendar. Hari ni dah Rabu. Gila ke apa.. dah la minit nie tebal nak mampus!
"Habis tu?"
"Esok dia nak tengok minit nie Kay," Rita seakan bersimpati.
"Aku balik dulu ye.. bye," Rita melangkah keluar dari biliknya.
Kay mengomel kecil. Itu salah ini salah.. lain kali buat sendiri! Tak pun kenapa tak minta saja Puan Zubaidah buatkan? Bukankah dia Setiausaha Mesyuarat hari itu?
Kay melepaskan keluhan. Laporan yang dia kira sudah terbaik itu dibelek. Jam di dinding menunjukkan pukul 5.30 petang. Hmm.. balik sekarang pun tak guna.. jalan mesti jammed punya.. Mana aku nak tengok contoh format baru? Kenny tu mesti dah balik. Orang di Bahagian Operasi selalu balik on time, nak nak pulak awal bulan macam nie…cepat jer lesapnya!
"Daripada termenung macam tu, kan lebih baik awak balik saja?" Kusmangat!! Kay terperanjat beruk. Makhluk yang berdiri di depan biliknya tersenyum menyindir. Eii.. sakit mata. Seboleh-boleh dia tak mahu menatap muka pak cik seorang nie. Apasal dia tak balik lagi?
"Encik Amal, saya tak faham kenapa Encik Amal tak setuju dengan minit yang saya dah buat ni. Bukan ke Encik Amal juga yang suruh saya buat ikut format terbaru?" Walaupun tak kuasa nak menatap wajah orang yang paling tak disukai tapi Kay memaksa diri. Nanti dikatakan biadab pula kalau muka dialih ke dinding.
"Format tu tak sesuai, so saya nak ikut format Encik Kenny buat,"
"Boleh saya tau macammana bentuk format tu?" soal Kay.
"Itu usaha sendiri. Kalau tidak baik saya buat semua tu sendiri.." Beruang kutub itu berlalu dengan egonya. Eleh!! Berlagak!!
"Baru balik Kay?" sapa Kak Long bila melihat Kay merebahkan badan di atas kerusi empuk. Jam sudah menunjukkan pukul 9.30 malam.
"Dah makan?" soal Kak Long dan Kay mengangguk.
"Makan kat mana tadi?" soal Kak Long lagi.
"Office," jawab Kay ringkas.
"Office?"
"Ye kat office.." Jawab Kay sambil mencapai remote. Channel ditukar. Kak Long menggeleng kepala. Dia meneliti tubuh Kay yang meniarap di atas kerusi. Selama ini memang payah nak melihat Kay menyarung baju kurung ke tubuh. Memang sejak kecil lagi Kay lebih gemar berseluar. Rambut juga jangan mimpi hendak mencecah bahu. Cepat saja dia menyorong tangan meminta duit dari arwah ayah minta duit untuk ke kedai gunting.
"Kak Long dah beli baju kurung yang Kay pesan semalam?" soal Kay.
"Err.. dah tapi, baju kurung tak de saiz la Kay.. semua XL, " Kak Long bingkas bangun dan mencapai bungkusan yang diletakkan di atas meja.
"Habis tu?"
"Kak Long beli kebaya, boleh?"
"Apa?" Kay terjerit. Aduiii … kebaya pulak!!! Seumur hidup tak pernah dia memakai kebaya kenapa kali ini Kak Long beli pulak?
"Ala apa nie Kak Long?? Kak Long nak bunuh Kay ke?" Kay mengerut muka. Kak Long senyum.
"Ala boleh la.. dah tak de choice.. kak Long sempat pergi butik Arena nie jer.."
"Ngape tak cari kat Semua House? Ala yang murah-murah pun tak apa.." Kay menepuk dahi. Kak Long tertawa lagi.
"Ala nanti pinjam aje la baju Kak Long.."
"Mana boleh.. Kak Long kan pendek.. ni beruang kutub tu la punya pasal!!!" Kay menumbuk mini kusyen.
"Kau nie Kay.. tak habis-habis nak mengata si Amal tu.."
"Arrrgghh.. jangan sebut nama dia.. mendidih tahi telinga aku!"
"Kay.. kan mak pesan jangan benci sangat.. nanti jadi suka siapa yang susah? Kak Long jugak yang susah…" Kak Long dan Odah saling tersenyum.
"Ha ah Kay.. nanti apa yang terjadi pada Kak Long kau nie terjadi kat kau pulak.." sampuk Odah.
"Ala.. perempuan bodoh je yang tergila-gila kat beruang tu.. dah la! Kay nak mandilah!" Kay bangun dan mengendong plastik itu ke bilik. Baju kebaya Kota Bharu berwarna merah bata itu direnung lama. Gila, takkan aku nak pakai baju nie esok? Dah la esok kena pegi site! Kay merebahkan badan di atas katil. Amal.. Mohd Amal.. anak lelaki Tuan Haji Arif yang banyak memusnahkan hidupnya. Argghh.. dari kecil sampai la sekarang tidak ada seorang pun yang berani menegur cara penampilannya. Baik di sekolah mahupun di universiti dahulu. Pun sejak berkhidmat di syarikat Tuan Haji Ariff 4 bulan yang lalu, tiada masalah tentang penampilannya. Tetapi sejak Tuan Besar Mohd. Amal datang menggantikan ayahnya hidup Kay dirasakan seperti dalam penjara. Argghh!! Bencinya!!
Kay membetulkan duduknya sewaktu mengadap boss. Encik Shariff dan Shamsul menjeling-jeling sambil tersenyum. Kay mencebik tanda protes.
"Kalau yang ini macammana Shamsul?" soal Amal sambil menunjukkan sesuatu pada pelan.
"Hah? Err.. apa dia Encik Amal?" Shamsul menggelabah seketika membuatkan Kay tersenyum. Padan muka, main mata lagi dengan aku..
"Saya tanya apa pendapat awak kalau jenis yang ini kita tukarkan dengan material yang bermutu sikit.." ulang Amal.
"Err.. apa pendapat you Kay?"
"Kay? Kan nama dia Khusyairah, " Tegur Amal. Kay mengigit bibir. Dia buat dah..
"Err.." Shamsul merenungnya serba salah.
"Panggil nama dia dengan betul.."
"Tapi semua orang memanggil saya Kay sejak sekolah rendah lagi Encik Amal," potong Kay lembut.
"Sekarang nie awak bukan budak sekolah rendah lagi.." kata-katanya membuatkan Kay terpukul.
"Kalau nak jadi budak sekolah rendah awak boleh bungkus then balik semula ke zaman tu.." Mak aiii… ini dah lebih..!!! Shamsul dan Shariff tergelak kecil.
"Err.. you all nak tengok tapak tu pukul berapa?" soal Amal.
"Kejap lagi Encik Amal.."
"Okey you all boleh pergi sekarang.." Pehh…!!! Lega.. Kay lah orang pertama yang bangun bila mendengar arahan begitu.
"Kecuali Khusyairah.. awak tunggu.." Kay terbeliak. Shariff dan Shamsul Cuma berpandangan sebelum keluar dari bilik.
"Kerja yang saya suruh buat semalam tu dah siap?" soalnya. Kay mengangguk, padahal dia minta si Julia Typist kat Human Resource Department yang buatkan.
"Bagus! Nah ambil yang ini pula.. awak tolong retype.. buat format yang sama, esok pagi-pagi saya nak awak beri pada saya balik, faham?" Kay merenung wajah handsome itu lama.
"Encik Amal, bukan ke kerja-kerja retype report ni kerja secretary atau typist?" soalnya dengan rasa geram.
"So, engineer tak boleh buat semua tu la?" soalnya kembali sambil tersenyum sinis.
"Saya boleh buat semua tu tapi ini bukan bidang tugas saya.."
"Saya boss di sini.. jadi saya berhak arahkan awak buat apa saja.. awak boleh keluar sekarang.." Kay menggigit bibir. Nasib baik la kau ni anak big boss.. kalau tak dah lama kaki tangan aku ni naik ke atas meja kau! Dengan geram dia mengambil dua buah report yang terletak di hujung meja dan keluar dari bilik itu. Laju langkahnya menuju ke lif. Tiba di tingkat yang dituju dia mara ke bilik. Benci! Benci! Kay mengurut dada yang sedang membara macam api itu. Sejak dia wujud dalam pejabat ini semuanya serba berubah. Pertama sekali, bab pakaian.. kerana dialah aku terpaksa pakai benda-bende leceh ni! Itu tak apa lagi.. tapi bab cerewetnya memang tak boleh lawan. Tak pasal-pasal jer ari tu dia suruh Kay masuk meeting ambil minute.. gila! Dan sekarang ni pula.. nampaknya dia semakin suka tengok aku 24 jam kat dalam office. Tengoklah tadi.. elok-elok kami dah plan nak melawat ke tapak pembinaan kilang tiba-tiba je dia suruh aku buat kerja-kerja bodoh ni. Padahal bukan ada apa pun yang nak dibetulkan. Sengaja dia nak kenakan aku!! Nasib baik aku pikir aku ni makan gaji dengan kau.. kalau tidak jangan haraplah aku nak ikut cakap kau tu! Mak dan abah aku pun tak cerewet macam kau! Kay berpusing-pusing di atas kerusi sambil menatap siling. Apa aku nak buat ni? Macammana caranya aku nak ajar dia? Orang sombong dan berlagak tu mesti diajar!
"Hah!! Mana nak siap kerja kalau asyik tengok ke atas.. karang runtuh pulak siling tu.." Kusmangat!!! Kay bingkas bangun. Beruang kutub sedang merenungnya lama. Rupanya dari tadi lagi dia nampak apa yang Kay buat.
"Sudah.. ada nampak Rita?" soalnya. Kay menggeleng. Takkan setiausaha sendiri tak tahu ke mana hilangnya!
"Saya dah lambat nie.. cepat ambil beg awak.. ikut saya.."
"Kenapa?" soal Kay dengan rasa bosan.
"Lunch!" Apa? Ajak aku lunch? Amal sudah pun berlalu menuju ke ruang legar mendapatkan lif. Alamak.. Kay dengan berat mencapai beg tangan di dalam laci….
YA TUHAN… betulkah apa yang aku lihat ini? Adakah mataku tak berdusta???
"Ehemmm!!!" batuk Amal itu membuatkan Kay tersedar. Sekali lagi dia terpegun bila jejaka yang berdiri di hadapannya itu melemparkan senyuman paling manis.
"Siapa ni Mal? Ini ke secretary kau?" soalnya sambil mata tak lepas menatap Kay yang kelihatan langsing memakai kebaya pendek. Hmm.. tak silap aku pakai lawa-lawa hari ni.. rupa-rupanya nak jumpa prince charming!!
"Bukan.. ini assistant paling junior .. kat tempat aku.."
"Cantiknya…." Pemuda itu tersenyum nakal membuatkan Kay malu dipuji begitu. Alah mak.. iye ke anak mak ni cantik? Kalau Kay tahu awal-awal lagi Kay pakai macam ni..
"Cantik, memang cantik.. tapi kalau pakai tudung lagi cantik.." Adussss… Kay menjeling Amal yang selamba berkata-kata. Bikin panas betul beruang gila isim ni! Pemuda itu tergelak melihat adegan jeling menjeling antara mereka.
"Kau tak nak kenalkan aku ke?" soal pemuda itu lagi. Nak! Nak! Cepatlah kenalkan kita orang! Kay berbisik sendiri.
"Sorry la.. kau ada mulut kan? Kau tanya la dia sendiri.. tapi.. kalau kau kenal dia pun kau mesti menyesal.." Amal berlalu selamba mengambil makanan. Kay memandangnya dengan seribu perasaan yang berapi. Ceh!! Memang pendengki punya manusia! Tadi konon-konon ajak aku lunch.. rupanya aku ni bidan terjun je! Sepatutnya si Rita yang kena ikut dia jumpa klien dari Perancis tu. Sekali, si Rita sakit perut pula.. terus dia ajak aku sebagai ganti. Konon-konon terasa bertuah la juga dapat merasa masakan Perancis nanti. Tapi last minute klien bangang tu pegi cancel lak. Ada hal lain. Si Amal kedekut ni apa lagi.. terus ajak aku makan kat tempat lain. Dia nak cari nasi katanya. Okey la tu.. mesti kat hotel ke.. restoren ekslusif ker.. rupa-rupanya.. kat Medan Mara!!! Arggghhh!!
"Saya Adam.., kawan satu course dengan Amal masa di London dulu.." Adam memperkenalkan diri. Kay kembali tersenyum. Nasib baik la ada kau wahai si kacak!
"Saya Khusyairah.. panggil Kay jer.." Adam mengangguk.
"Sedap nama tu.. sama dengan nama mak saya.. jemput duduk Kay," pelawanya sambil menarik sebuah kerusi. Mak aii.. gentlemannyer!!!! Tak pernah seumur hidup Kay dilayan begitu. Seronok juga rupanya jadi orang perempuan ni..
"So.. dah lama kerja dengan Amal?" soal Adam.
"Kerja dengan dia baru lagi… baru masuk dua bulan.. tak tahan la.." jawapan Kay itu membuatkan Adam ketawa besar. Amal.. siapa tak kenal. Cerewet.. memilih.. cakap dia aja yang betul..
"Tapi dia baik.. percayalah.. nanti lama-lama you tahu la siapa Amal sebenarnya.." What? Lama-lama? Sorry la Encik Adam.. cukup bulan depan aku nak hantar notis berhenti kerja.. Tak kuasa aku nak duduk celah ketiak masam dia tu!
"Err.. sorry la mengganggu ye.. kalau iye pun dah syok sangat berbual.. pergi la ambil makanan dulu.. aku risau kan kau Adam.. kau tu ada gastrik.. si Kucai ni kalau tak makan pon tak apa.." Apa??? Dia panggil aku Kucai??
"Kau orang ni lawaklah!!" Adam bergegar-gegar satu badan menahan tawa. Kay rasa moodnya yang berkobar-kobar tadi dah hilang entah ke mana. Wajah selamba Amal dijeling geram. Tahulah aku ni baru belajar nak jadi perempuan idaman kau! Dari atas sampai bawah kena ikut taste kau.. tapi janganlah pula rosakkan perasaan yang baru berputik ni bodoh!
"Jom Kay, kita pilih makanan.." pelawa Adam. Hmm.. kau ni memang best la! Dengan sombong Kay bangun meninggalkan Amal yang Cuma menjeling sambil menyuap nasi.
KAY tersenyum panjang sambil memintal-pintal bucu sarung bantal. Kehandsomanmu.. Ketawamu.. Matamu yang redup.. Hidungmu yang mancung.. Rambutmu yang lurus…Keningmu yang seksi.. Bibirmu yang ramah…
"Woiii!!!!" Mak kau!!!! Kay terperanjat beruk bila tiba-tiba satu makhluk melantun ke atas katilnya. Odah ketawa terkekeh-kekeh melihat muka Kay yang macam kena letupan bom ikan.
"Kau ni Odah.. kalau masuk tu tak beri salam tak boleh ke?" soal Kay geram. Baru aku nak berangan dan membayangkan kehandsoman Adam.. dah dia datang menyibuk.
"Ada orang telefon kau.." ala.. sapa pulak yang telefon ni??
"Lelaki ke perempuan.." soal Kay lagi.
"Tah.. suara macam macho jer.. " Apa? Macho? Jangan-jangan Adam! Tadi aku ada bagi no telefon rumah sebab dia yang minta. Nombor Handset pun aku kasi sekali.. heheh..Kay melompat dari katil dan melangkah keluar dari bilik. Meja telefon yang comel diterkam.
"Hello Adam…"
"Amboi.. dah tak reti nak bagi salam?" Alamak!!! Abah aku!!
"Err.. assalamualaikum bah.. sihat? Mak mana? Atuk ada datang rumah bah? Lembu kita yang sakit dulu dah okey bah?" Kay menggaru kepala yang tidak gatal. Mampus aku.. si Odah dah tertawa lucu di balik langsir. Cis!! Kau kenakan aku rupanya!!
"Along kamu mana ni?" eh.. abah nie.. orang tanya dia , dia tanya kita balik pulak!
"Keluar makan dengan Abang Mie.. kenapa bah?" soal Kay lagi.
"Minggu depan balik kampung iye Kay? Abah nak buat kenduri sikit.. cakap dengan along kamu. Kalau dapat baliklah lama sikit. Boleh tolong mak kamu ni.." suara abah kembali lembut.
"InsyaAllah abah.." jawab Kay sopan.
"Jaga diri elok-elok.. jangan buat perangai tak senonoh.. kerja baik-baik jaga hati ketua.. dan satu lagi.. bawa-bawa belajar pakai baju orang perempuan.. ingat tu?" Kay tergelak kecil. Buat lawak pulak abah aku ni. Tak payah abah risau.. sekarang nie dah ada sorang pakcik yang dah buat Kay sengsara kat sini bah!
"Okey la bah.. Kay nak mandi ni.."
"Apa? Baru nak mandi? Dah sembahyang maghrib ke belum?" soal abah terperanjat. Errkk…
"Dah.. tadi dah sembahyang.." Ciss!! Kantoi lak aku ngan abah!!
"Okey la ye Abah? Bye.. assalamualaikum…" cepat-cepat gagang diletak. Tak larat nak dengar abah bersyarah dalam telefon lama-lama! Ces.. mana si Odah ni.. kenakan aku rupanya!!
"Woii… pompuan tak basuh berak..! Kau kenakan aku ye?" Odah Cuma tertawa sambil mengunyah maggie.
"Kau ni kenapa.. sejak balik petang tadi bukan main lagi kau terlentok sana terlentok sini.. pandang tv senyum.. tengok dinding senyum.. gila ke demam?" soal Odah. Kay tersenyum lagi.. kau tahu tak hari ni aku bertemu dengan jejaka yang handsome gila.. yang macho gila.. yang baik giler.. yang gentleman giler… tapi! Si Amal busuk hati tu memang dengki kat aku! Kay mengetab bibir. Teringat kata-kata berbisa dari Amal siang tadi.."kalau nak cari perempuan, cari yang betul-betul ada sifat perempuan iaitu.. kelembutan.. bukan macam jantan!!" Kay rasa nak bakar aje mulut lelaki itu. Di kepalanya kini tertera sesuatu.. yes.. nanti kau akan tahu langit tinggi rendah Amal..
RIETA senyum bila melihat jambangan bunga mawar sebanyak 3 kuntum itu tidak lagi dibakul ampahkan oleh Amal. Akhirnya dia terima juga kehadiran mawar-mawar itu!
"Kenapa awak berdiri macam tugu negara tu Rieta?" soal Amal bila melihat setiausahanya tersenyum-senyum. Orang suruh ambil dictation dia pergi tersengih merenung bunga yang terletak elok dalam vase.
"Err.. tak ada apa Encik Amal.." Rieta suspen melihat wajah serius bossnya. Huh.. harap muka je hensem.. tapi kedekut senyum! Dia tahu Amal serius orangnya. Bukan senang nak dibawa bergurau.. silap-silap nanti tak pasal-pasal kena buang kerja. Berbeza dengan ayahnya dulu. Tuan Haji lebih cool dan suka berjenaka. Dan salah seorang pekerja favourite Tuan Haji Ariff ialah Kay. Kay memang pandai mengambil hati orang tua. Walaupun kurang manis kerana suka berpakaian lelaki tapi Kay seorang pekerja yang ringan tulang dan amat menghormati senior. Tapi sejak anak bujangnya menggantikan tempat sementara Tuan Haji pergi bercuti di luar negeri.. segalanya sudah berubah.
Tapi hari ini, apa pula mimpi si Amal menerima kunjungan mawar ini? Sebelum ini sudah lima kali bunga itu datang dan kesemuanya menjadi penghuni bakul sampahnya. Sayang betul.. bunga seindah itu tempatnya di dalam bakul sampah..
"Rita.. awak keluar dulu, panggilkan Khusyairah sekarang.." tanpa mengangkat muka Amal memberi arahan. Kay lagi!! Rieta melangkah ke mejanya di luar. Baru saja dia nak mendail tiba-tiba seorang gadis berkebaya labuh warna merah jambu datang ke arahnya.
Sambung
No comments:
Post a Comment