Mia mengerling jam di dinding.Sudah jam 1 pagi namun kelibat suaminya masih belum kelihatan.Dia mengeluh perlahan.Sejak akhir-akhir ini suaminya amat sibuk.Dia bangun dari sofa untuk melangkah ke kamar tidurnya.Tidak lama kemudian dia mendengar pintu utama dikuak. “Abang dah balik ya.”Mia bergegas kepada suaminya. “Ya.Mia tunggu abang ke?”Syafiq bertanya perlahan.Wajah Mia ditenung lama.
“Tadi Mia tunggu abang.Tapi abang lambat sangat balik.Elok je Mia nak masuk bilik,abang dah balik.”Tutur Mia lembut. “Maaf ye sayang.Abang banyak kerja sangat di pejabat.”Syafiq serba salah.Dia kasihan
kepada isterinya.Bukan dia sengaja hendak balik lewat malam begitu. “Tak apa bang.Abang dah makan?”
“Dah tadi kat kafe pejabat.Sayang tak mengantuk lagi?”Syafiq bertanya sambil tangannya memeluk erat pinggang isterinya.
“Belum lagi..” “Jom kita duduk di sofa.”Syafiq menarik tangan isterinya. “Penat sangat ke bang?”Terbit rasa kasihan di hati Mia melihat wajah lesu suaminya.Tangannya lincah memicit-micit bahu Syafiq.
“Penatlah juga.Kerja tak habis-habis.”Syafiq memejamkan matanya menikmati urutan lembut Mia di bahunya.
“Abang janganlah paksa diri abang sangat.Kalau penat,rehat.Kerja tu boleh bungkan.”
“Abang tak suka tangguh-tangguh kerja.Sayang pun tahukan.Eh Ikin dah tidur ya?”
“Dah lama tadi.Dia tunggu abang sampai tertidur.”
“Kasihan anak abang tu..”Syafiq meleretkan kata-katanya.
“Kat mama dia tak kasihan ke?”Mia menduga.
“Kat mama dia lagi kasihan.Abang rindu sangat kat Mia.Yelah,pagi-pagi abang ke pejabat.Balik pula lewat.Tak sempat abang nak bermanja dengan isteri abang ni.”Syafiq mengusap-usap lembut leher Mia.
Mia senyum.Dia pun rindukan suaminya.Walaupun tinggal sebumbung,kadang-kadang dia berasa amat jauh dengan suaminya.Adakala tercalit juga perasaan curiga di hatinya.Dia takut suaminya mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain.Tapi sebelum perasaan curiga itu menyelubungi seluruh hatinya,dia pantas mengusir jauh prasaan curiga tersebut.Dia yakin dengan suaminya.Suaminya tidak pernah menipunya selama ini.
Mia..jangan prasangka terhadap abang ya.Abang balik lewat sebab kerja.Abang tak buat benda bukan-bukan di belakang Mia.Mia percayakan abangkan?” Syafiq seperti dapat menduga gelora di hati Mia.
“Mestilah Mia percayakan abang..”Mia mengucup lembut pipi suama. Syafiq tersenyum bahagia.Mia amat memahami dirinya.Bagi dirinya,Mia adalah seorang isteri yang sempurna.Makan pakainya tidak pernah terabai.Sungguh,dia amat menyayangi dan mencintai isterinya itu.Walaupun berjuta dugaan yang datang
melanda,cintanya terhadap Mia tetap teguh.
--------------------------------------
Mia memandang kesekeliling rumah.Hatinya kosong.Dia berasa amat sunyi.Waktu begini dia amat mengharapkan Syafiq berada di sisinya.Dia rindukan bisikan cinta Syafiq.Dia rindukan belaian mesra Syafiq.Dan dia rindukan segalanya tentang lelaki itu.Tapi walau sebanyak mana pun dia rindukan Syafiq,dia mengerti kerinduannya tidak akan terubat.Sejak Syafiq dinaikkan pangkat menjadi Pengarah Urusan,suaminya itu sudah tidak mempunyai banyak ruang untuknya dan juga untuk anak mereka.Sudah
lima tahun perkahwinan mereka dan sebelum ini dia tidak pernah berasa sunyi seperti ini. Dia mahukan rumahtangga mereka seperti dulu.Mia melepaskan nafasnya perlahan.
“Mama..papa mana?” Ikin yang baru berusia 4 tahun bertanya.
Pertanyaan Ikin mengejutkannya dari lamunan.Dia menatap wajah mulus Ikin.Rasa sedih menyerbu hatinya.Si kecil itu juga merindui papanya. “Papa kerja sayang..”Mia mengusap pipi tembam Ikin.
“Bila papa balik?”anak kecil itu rtanya lagi. Malam nanti papa balik.Kita tunggu papa sama-sama ya nanti.”Dia tahu Ikin juga rindukan Syafiq.Mana taknya,Syafiq ke pejabat ketika Ikin masih enak tidur.Dan ketika
Syafiq balik,Ikin sudah pun tidur. Ikin mengangguk seakan mengerti.Dia meneruskan bermain permainannya.
ia kembali mengelamun.Rasa bosan masih menguasai hatinya.Dia hendak berkerja tetapi Syafiq tegas melarangnya.Syafiq mahukan dia berada di rumah.Dan yang paling penting Syafiq mahu dia yang menjaga Ikin saban waktu.Kerana taatkan suami,dia mengikut kehendak Syafiq tanpa ragu.
--------------------------------------------
Syafiq mengurut-urut lehernya.Lenguhnya mula terasa.Dari tadi dia tekun menyiapkan tugasannya.Dia menarik nafas panjang lalu dihembus perlahan.Matanya melekat pada gambar berbingkai yang terletak elok di atas mejanya.Diambil gambar berbingkai tersebut.Bibirnya mengukir senyum.Gambar Mia yang sedang mendukung Ikin dipandang lama.Saat itu rindu kepada Mia menerjah sanubarinya.Dan dia tahu
isterinya itu juga merinduinya.Dia dapat merasakannya.
“Maafkan abang sayang.Abang tak dapat selalu temankan Mia.But I always love
u..”kata Syafiq sambil matanya masih tetap menatap gambar tersebut. Ketukan di pintu biliknya mengganggu emosinya ketika itu. “Masuk.”Syafiq sedikit menjerit.
“Hai Fiq.Busy ke?” Amran bertanya. agakla..”pendek jawapan Syafiq.
busy dengan gambar isteri kau tu ya?”Amran tersengih.Matanya mengerling bingkai gambar yang berada di tangan Syafiq. “I miss her so much..”luah Syafiq.
Amran ketawa.Kemudian dia mengeleng-ngelengkan kepalanya.“Fiq,kau tu dah lama kahwin.Tapi macam pengantin baru.Bukannya kau duduk jauh dengan isteri kau.”
“Memanglah.Semakin hari aku semakin rindukan dia,semakin cintakan dia.Walaupun
kami tinggal bersama,kami jarang berbicara.Kau pun tahukan,aku sibuk dengan
kerja.”
“Kau tu yang gila kerja Fiq.”Bidas Amran.
“Bukan gila kerja.Kerja yang selalu menghambat aku.Sampai aku dah tak boleh lari
dah.”Syafiq mengeluh perlahan.
“Hidup ni kena berkorban Fiq.Aku datang ni nak bagitahu kau,petang ni ada
mesyuarat.Jangan tak datang pula.”Amran berpesan sebelum melangkah keluar dari
bilik Syafiq.
Mesyuarat lagi? Syafiq mengeluh untuk kesekian kali.Dia baru bercadang untuk pulang
awal.Dia rindukan isteri dan anaknya.Tapi niatnya itu terpaksa dibatalkan.Dia melihat
jam di pergelangan tangannya.Sudah jam 4 petang.Dan dia tahu mesyuarat yang akan
berlangsung nanti sudah pasti akan lambat habis.Dan dia juga sudah pasti akan pulang
lewat.Syafiq mengeluh lagi,Saat itu wajah Mia dan Ikin datang silih berganti di ruang
mindanya.
--------------------------------------
Syafiq menapak ke dalam rumah.Rumahnya gelap.Hanya cahaya dari tv yang
menerangi ruang tamu rumahnya.Dia mencari kelibat isterinya.Dalam cahaya yang
samar dia melihat susuk tubuh isterinya yang berbaring di sofa.Perlahan-lahan dia
mendekati isterinya.Isterinya itu telah nyenyak tidur.Syafiq duduk di atas lantai betulbetul
berhadapan dengan isterinya.Tangan kanannya mengelus perlahan rambut
Mia.Wajah putih bersih Mia ditatap penuh minat.Dia terleka menatap wajah indah
milik isterinya.Wajah itu tetap cantik dan masih mampu mencairkan
hatinya.Hembusan nafas Mia dapat ditangkap oleh telinganya walaupun
perlahan.Syafiq menngucup lembut pipi Mia.Kasihnya terhadap Mia semakin
menggunung dari ke hari.Dan cintanya terhadap isterinya itu semakin bercambah dari
hari ke hari.Perlahan-lahan Syafiq mengangkat tubuh genit Mia.Dia tidak mahu
mengganggu lena isterinya.
“Abang dah lama balik?”Mia menggeliat kecil dalam rangkulan suaminya.
“Baru je.”Matanya melekat di wajah Mia.
“Kenapa tak kejutkan Mia.Susahkan abang je nak usung Mia.”Mia melingkarkan keduadua
tangannya di leher Syafiq.Bibirnya tersenyum manis.
“Abang tak nak kejutkan Mia tadi.Lena betul abang tengok Mia tidur.”Senyuman manis
Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com
Mia menggetarkan jiwa lelakinya.
Syafiq membaringkan Mia ke atas katil.Ditariknya comforter menyelimuti tubuh
Mia.Selepas itu dia duduk di birai katil bersebelahan dengan isterinya.Wajah Mia
ditenung tidak berkelip.
“I’m sorry honey..Abang balik lewat lagi.”Rasa bersalahnya membalut hati.
“Syyhh..tak payah minta maaf.Abang ada mesyuaratkan.Tak apa..Lagipun abang dah
call Mia bagitahu abang ada mesyuarat.”Mia menggenggam erat tangan suaminya.
“I love you so much sayang..”Syafiq berkata tiba-tiba.Ungkapan itu lahir ikhlas dari
dasar hatinya.
“I love you too..”Balas Mia.Dia megucup tangan suaminya.
“Mia tidur dulu ya.Abang nak jenguk Ikin kejap.Lepas tu abang nak mandi.”Selepas
berkata-kata,Syafiq mengucup bibir mungil Mia.
Mia hanya tersenyum dan mengangguk.
Syafiq membuka pintu bilik Ikin perlahan.Anak kecilnya itu sedang lena diulit
mimpi.Perlahan-lahan dia mencium dahi anaknya.Selepas itu diusap-usap kepala anak
kesayangannya itu.Bibirnya mengukir senyum.
“Maafkan papa sayang…”Bisiknya di telinga Ikin seolah-olah Ikin dapat mendengar
bicara yang tercetus dari bibirnya.
Ikin menggeliat.Terasa lenanya diganggu.Dengan pantas tangan Syafiq menepuk-nepuk
belakang anaknya.Dia menunggu sehingga anak kecil itu lena kembali.
-----------------------------
“Abang minta maaf.Abang tak boleh temankan Mia pergi kenduri tu hari ni.”Syafiq
serba salah untuk menuturkan ayat itu.Namun dia tiada pilihan.
“Kenapa bang?”Mia menyoal.Kecewa mula menguasai jiwanya.
“Abang ada meeting.Tadi baru abang dapat call.”
“Tapi semalam abang dah janji dengan Mia..”kata-katanya dileretkan.Mengharap
simpati dari suaminya.
Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com
“Abang minta maaf.Tiba-tiba hari ni ada meeting.Dan meeting tu penting.”Syafiq
menjelaskan.
“Mia ni tak pentinglah?”Tanya Mia tidak puas hati.Tangkai hatinya seperti ditarik-tarik
saat itu.Pedih di hati hanya tuhan saja yang tahu.
“Please sayang..Mia pun penting.Mia hidup abang..”Syafiq memeluk kejap bahu Mia.
Mia melepaskan diri dari pelukan Syafiq.Hatinya menjadi tawar.Dengan langkah yang
longlai dia menapak ke balkoni bilik.Angin dari luar menghembus wajahnya.Dia hanya
membiarkan.Mengharap angin dapat menyejukkan jiwanya yang sedikit membara
ketika itu.Sebak yang membuak di dadanya ditahan.Dia tidak mahu air matanya
tumpah.Dia harus kuat.
Syafiq mengeluh perlahan.Dia tahu isterinya sedang merajuk.Bukan sekali dua dia
mungkir janji terhadap isterinya tapi berkali-kali.dan setiap kali itulah Mia akan
memaafkannya.Bukan dia sengaja mungkir janji.Bukan dia sengaja mahu menyakiti
hati isterinya.Tubuh Mia yang membelakangi dirinya dipandang.Dia melangkah ke arah
Mia.
“Sayang..”Panggilnya lembut.Syafiq memeluk Mia dari belakang.
Mia hanya diam.Dia sudah malas mahu berkata-kata.Tangan Syafiq yang melingkar
kemas di pinggangnya dibiarkan.
“Sayang marah abang ya?” Syafiq mengucup lembut cuping telinga Mia.
“Mia dah tak larat nak marah-marah bang.Abang tu selalu busy.”Mia memaksa dirinya
untuk berkata-kata.
“Maafkan abang ya.Abang janji.Lepas projek di Sungai Buloh tu selesai,abang akan
temankan Mia.Sayang nak pergi mana pun abang ikut.”Syafiq memujuk.Bibirnya
dibenamkan ke leher isterinya.
“Abang selalu macam tu.Berjanji bagai nak rak,tapi asyik mungkir janji je.”Bidas Mia.
“Come on dear..Kali ni abang betul-betul janji.”Syafiq memalingkan tubuh Mia
mengadapnya.Wajah Mia masam mencuka.Tiada senyuman untuknya.
“Eloklah tu tunjuk muka masam kat suami.Tak nak masuk syurga ke?”Sakat Syafiq.
Mia hampir tergelak mendengar kata-kata Syafiq.Rajuknya sudah tidak
menjadi.Pantas tangannya menumbuk manja dada Syafiq.Suaminya itu memang
pandai memujuk.
“Macam tulah.Kan manis kalau senyum.Mia tahu tak senyuman Mia ni lah yang buat
Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com
abang tak lari kemana-mana.Abang setia dengan Mia je.”Syafiq mengusik.Dia lega
melihat Mia sudah boleh tersenyum.
“Mia pegang janji abang tadi tau.Kalau abang mungkir lagi,siap abang.”Mia mengugut.
“Iye..abang akan tunaikan janji abang tu.Eh si comel abang tu tengah tidur ya?”Syafiq
baru teringat akan Ikin.
“Tidur lagi.Ikin tu selagi tak pukul 10 tak bangunlah dia.”
Syafiq senyum.“Abang pergi dulu.Jaga diri baik-baik.Kunci semua pintu tau.”Pesan
Syafiq.
“Abang pun hati-hati,Jangan bawa laju sangat.”Mia menyalami tangan suaminya.
Syafiq mengangguk.Dia tunduk mengucup lembut dahi Mia.Syafiq melangkah menuju
ke pintu bilik.Sebelum menutup pintu bilik dia memandang isterinya.
“Mia tak pergi kenduri tu?”
“Mia pergi.Tunggu Ikin bangun dulu.Tak sampai hati nak kejutkan dia.”
“Jangan pergi lama sangat.I love you sayang…”Syafiq melambai isterinya.
Mia hanya mengeleng melihat tingkah suaminya.
-------------------------------
Mia memandang ke sekeliling restoran.Kelibat lelaki itu belum kelihatan.Dia
mengerling jam ditangannya.Dia mendengus perlahan.Lelaki itu sudah lewat 10
minit.Mia kembali menyedut air dari gelasnya.Air oren di dalam gelasnya sudah
tinggal separuh.
“Hai..sorry I’m late.”
Mia mendongak.Lelaki tu sedang tersenyum kepadanya.
“Duduklah.”Mia berkata pendek.
“Anak you mana?” Tanya lelaki itu.
“Ada kat rumah Mak Su dia.”Mia menjawab.
Lelaki itu meratah setiap inci wajah Mia.Wanita itu masih cantik walaupun sudah
Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com
bergelar seorang ibu.Sayang wanita itu bukan bergelar ibu kepada anaknya.
“Zam..please jangan tengok I macam tu.”Mia kurang selesa.Dia perasan mata Zamrul
tepat menikam wajahnya.
“Salah ke? I rindukan you.Dah lama I cari you.Dan sekarang baru I jumpa you.”Dalam
hatinya dia bersyukur kerana menghadiri majlis kenduri kawannya.Di majlis itulah dia
berjumpa dengan Mia kembali.Kekasih yang menghilang tanpa jejak enam tahun lalu.
“I isteri orang..”Mia mengingatkan statusnya kepada Zam.
“Yes,I know that.”Pantas Zamrul berkata.
“You dah kahwin?” Mia sekadar bertanya untuk menutup gelisah di jiwa.
“Belum..I tunggu you.Tapi I kecewa sebab you dah kahwin dengan orang lain.”Zam
berterus terang.Memang dia menunggu Mia selama ini.Tapi dia kecewa kerana Mia
sudah menjadi milik insan lain.Dan membuatkan dia lebih kecewa,Mia
meninggalkannya tanpa jejak.
“I minta maaf.You jangan ungkit kisah lama tu boleh tak?”Mia lemas dalam jiwanya
sendiri.Kisah silam antara dia dengan Zamrul sudah dilupakan sejak dia berkahwin
dengan Syafiq.Dan yang membuatkannya terus melupakan Zamrul adalah kerana kasih
sayang dan cinta Syafiq yang tidak bersempadan buatnya.
“I bukan nak mengungkit kisah silam kita.I cuma nak tahu kenapa you hilangkan diri
dari I macam tu je?” Zamrul inginkan jawapan.Jawapan kepada persoalan yang
menghuni benaknya selama 6 tahun.Dan Mia sahaja yang mempunyai jawapan kepada
persoalan itu.
“Kalau I tak nak bagitahu?”Mia sengaja menguji.Berat hatinya untuk mengorek semula
kisah lama yang sudah tertanam elok di sudut hatinya.
“Intan Damia..please..tell me..”Zamrul sudah merayu.Perasaannya meronta-ronta
ingin tahu.
“Sebab I kena kahwin dengan Syafiq.”Mudah sahaja jawapan Mia.
“Sebab tu you sanggup tinggalkan I?” Zamrul tidak puas hati mendengar jawapan
Mia.Mudahnya Mia melupakan cinta mereka semata-mata untuk berkahwin dengan
Syafiq.
“I tak ada pilihan lain.I terpaksa kahwin dengan dia.I tak tahu kami ditunangkan
semasa kecil.I tak sampai hati nak beritahu you pasal tu.”Mia membongkar semula
kisah lamanya.Rasa bersalahnya melingkari jiwanya.
Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com
“You patut bagitahu I.Kita boleh selesaikan masalah tu bersama.Ini tidak,you pergi
macam tu je,tak cakap apa-apa kat I.”
“Sudahlah Zam.I dah lupakan semua kisah kita.I sedikit pun tak menyesal kahwin
dengan Syafiq.I bahagia Zam..”
“You bahagia,tapi I? You kejam Mia.You bahagia tapi I menderita.You know how much
I love you right?” Keras suara Zam.Hatinya kembali ditoreh.Luka lama yang hampir
sembuh mula berdarah kembali.
“I minta maaf sangat-sangat.Bukan niat I nak kecewakan you.Please understand
me..”Mia menahan sebak yang perlahan-lahan menziarah hatinya.
“Sampai sekarang I masih cintakan you..”Zamrul melahirkan rasa hatinya yang tetap
tidak berubah.Cintanya terhadap Mia masih melekat kemas di hati.
Mia menatap wajah Zamrul.Lelaki itu masih seperti dulu.Masih tampan seperti dulu
dan tiada apa yang berubah tentang lelaki itu.Saat mata Zamrul bertembung pandang
dengan matanya entah kenapa jantungnya memainkan irama kencang.Irama sama
yang pernah dimainkan oleh hatinya 6 tahun lalu ketika dia bersama lelaki itu.Dia
tunduk.Dia kalah dengan renungan mata Zamrul.Terasa panahan tajam mata Zamrul
meresap masuk ke dalam sanubarinya.Sedang asyik mindanya memutar kembali
rakaman kisah silamnya dengan Zamrul,wajah Syafiq menari-nari di tubir matanya.Dia
mengucap panjang,sedar hatinya curang saat itu.
“I balik dulu.I takut anak I menangis ditinggalkan lama-lama sangat.”Mia rasa itulah
alasan terbaik untuk dia mengundur diri.
Zamrul mengangguk.Pedih di hatinya di tahan.Dia memandang sayu langkah
Mia.Wanita itu bukan lagi miliknya..
---------------------------------
Mia memandang Syafiq yang sedang lena tidur di sebelahnya.Wajah suaminya amat
tenang ketika tidur.Kadang-kadang dengkuran halus Syafiq jelas kedengaran di
telinganya.Dia melihat jam loceng di sisi katil.Sudah jam 2 pagi namun matanya masih
segar.Entah mengapa sejak dia bertemu kembali dengan Zamrul,dia sukar menidurkan
matanya.Ingatan terhadap lelaki itu semakin kuat mengetuk pintu hatinya.Perlahanlahan
dia bangun dari katil.Kakinya diatur ke arah balkoni bilik.Sebaik sahaja dia
membuka jendela balkoni,angin pagi terus menerpa tubuhnya.Kesejukan mula
membalut dirinya.Pantas dia memeluk tubuh.Matanya memandang ke arah luar.Hanya
kegelapan malam yang dijamu matanya.Dia mengeluh perlahan.Kenangan silam antara
dia dengan Zamrul kembali menerjah memori ingatannya.Dia menutup mata cuba
mengusir jauh kenangan tersebut.Kenangan indah yang diakhiri dengan perpisahan itu
cukup merobek hatinya.Hatinya sudah tiada buat insan yang bernama Ahmad
Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com
Zamrul.Dia telah menyerahkan seluruh hatinya kepada suaminya.Dan suaminya hanya
berhak yang menjadi pemilik hatinya.Namun mengapa saat itu wajah Zamrul sukar
dikikis dari ingatannya?
“Sayang..”
Mia tersentak dari lamunannya yang panjang.Terasa hangat tubuh suaminya melekap
di badannya.
“Ya bang..”Mia turut memeluk suaminya.
“Kenapa tak tidur lagi ni?”Syafiq sedikit hairan.Biasanya waktu begini isterinya itu
sudah enak dibuai mimpi.
“Mia tak mengantuk..”Jujur jawapannya.
“Mia berangan pasal abang ya..”Syafiq menyakat.
Mia diam.Dia berasa bersalah yang amat sangat.Tidak patut seorang isteri memikirkan
lelaki lain selain suaminya.Tapi dia?
“Abang rindukan Mia.Abang rasa kita dah jauh sikit.Salah abang sebab selalu tiada
masa dengan Mia dan Ikin.”Syafiq menyalahkan dirinya.Tuntutan kerja
membuatkannya dia alpa terhadap rumahtangganya.
“Abang kerja bukan buat benda tak elokkan.Mia tidak kisah.”Tidak kisah? Betulkah dia
tidak kisah? Setiap saat dia amat mengharapkan Syafiq berada di sisinya.Tapi dia
hanya pendamkan keinginannya itu.
“Terima kasih sebab memahami abang.”Syafiq mengucup kedua-dua belah pipi Mia.
Mia senyum.Ya,dia memahami suaminya.Tetapi Syafiq? Fahamkah Syafiq yang jiwanya
menjerit sunyi setiap hari?
“Jom tidur bang.nanti lewat pula abang pergi kerja esok.”Mia melangkah ke katil tapi
ditahan oleh Syafiq.Mia mengangkat kening tanda tidak mengerti.
“Temankan abang kejap.Abang tak puas lagi dengan Mia.Bukan senang kita boleh
berdua macam ni.”
“Baiklah bang.”Mia kembali ke dalam pelukan suaminya.
Bibir Syafiq mengukir senyum indah.Damai hatinya bersama isterinya saat itu.Sungguh
dia rindukan saat-saat indah bersama isterinya.Tangannya membelai lembut wajah
Mia.Haruman mewangi dari rambut Mia sedikit sebanyak membuatkan hati lelakinya
resah.Isteri yang dinikahinya 5 tahun lalu masih bisa membuatkan tiang imannya
Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com
bergegar.Tubuh Mia dipeluk erat.
----------------------------
“I balik dulu ya.”
“Takkan you dah nak balik.Awal lagi ni.”Terasa berat hatinya ingin melepaskan Mia
pulang.
“Dah lama kita keluar.”Mia tidak senang duduk.
“Sabarlah sayang.Kita pergi tengok wayang dulu nak?”Ajak Zamrul.
“You ni..Jomlah balik.”
“Bukan senang nak keluar dengan you tau tak.Banyak je alasan you.Anak you
demamlah,you tengah masaklah.Tak larat I nak dengar tau tak?”
Mia tergelak.Alasan-alasan itu memang sengaja direkanya.Dia ragu-ragu untuk keluar
dengan Zamrul.Tapi hari itu dia menerima ajakan Zamrul.Dia sudah bosan terkurung
di rumah.Dia sudah bosan dengan kesepiannya.Dia juga sudah jemu dengan
kesunyiannya.Dan ternyata rasa sunyinya hilang apabila bersama Zamrul.Lelaki itu
pandai membeli hati sunyinya.
“Macam mana kalau orang nampak? I tak nak Syafiq tahu nanti.”Mia cemas sendiri.Dia
takut tingkah lakunya dapat dihidu Syafiq.
“Kita tak buat benda salahkan.Kita keluar jalan-jalan je.”Tutur Zamrul ingin
meyakinkan Mia.
Tak salah? Tak salahkah seorang isteri keluar dengan lelaki lain? Itupun tanpa
pengetahuan dan keizinan suaminya.
“Lain kali lah kita keluar.”
“No..jom temankan I tengok wayang.”Zamrul menarik perlahan tangan Mia.
Mia tiada pilihan.Akhirnya kakinya mengikut rentak kaki Zamrul.Rasa bersalah yang
berkumpul di jiwanya ditolak sejauh mungkin.
------------------------------------
Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com
‘Abang balik lambat hari ni.Jangan tunggu abang.I miss you..’
Sms ringkas dari Syafiq dipandang lama.Hatinya tidak lagi memberontak.Dia sudah
tidak kisah jika Syafiq pulang lewat.Kini dia sudah mempunyai teman di kala dirinya
dihempap kesunyian.Zamrul..lelaki itu saban hari tanpa jemu menjadi peneman
kesepiannya.Malah dia tidak betah jika tidak berhubung dengan Zamrul.Lelaki itu
begitu bijak mencorakkan warna ceria di jiwanya.Lelaki itu juga cerdik mengusir duka
dan lara dari sudut hati gelapnya.Bunyi telefon bimbitnya menarik perhatiannya.Sms
yang baru diterima dibaca.
‘I tunggu di tempat biasa.’
Sms dari Zamrul membuatkan jiwanya segar.Membuatkan hatinya mekar
membunga.Layanan Zamrul membuatkannya lupa tentang status dirinya.Dan Zamrul
sendiri pun tidak pernah mengingatkannya tentang itu.Dia bingkas bangun menuju ke
bilik untuk bersiap.
“Sampai bila kita macam ni?”
“Maksud you?” Darahnya terasa deras mengalir.
“Yelah.Takkan hubungan kita tak ada penghujung.”Zamrul merenung Mia tidak
berkelip.
“Memang hubungan kita tak ada penghujung Zam.Jangan mengharap pada yang tak
pasti.”Mia berasa tidak senang dengan apa yang dituturkan oleh Zamrul.
“Tak boleh ke kita bersama?”Zamrul masih mengharap.
“I dah kahwin Zam.”Walaupun masih tercalit sedikit cinta dihatinya untuk
Zamrul,mustahil untuk dia bersama lelaki itu.Tapi dia mengakui sayangnya pada lelaki
itu semakin bercambah.
“Tinggalkan suami you.” Lancar sahaja kata-kata tersebut tercetus dari bibir Zamrul.
“I sayangkan rumahtangga I.”
“You tak sayangkan I?” Tanya Zamrul.
Pertanyaan Zamrul membuatkan Mia tersentak.Pantas wajahnya ditundukkan.
“Jawab Mia..Jujur dengan I..”Tangan Zamrul menyentuh dagu Mia.Perlahan-lahan
wajah Mia didongakkan.
Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com
“I akui.Sejak you hadir semula dalam hidup I memang I gembira.I dah tak rasa
sunyi.Sayang I pada you tak pernah hilang sejak 6 tahun lepas.Tapi sayang tu I dah
simpan kemas dalam kotak hati I.Dan kalau boleh I tak nak bukanya lagi.” Mia berkata
jujur.Baginya tiada apa yang perlu disembunyikan daripada Zamarul.
“Tapi I tahu ia dah terbuka sedikit demi sedikit kan?” soal Zamrul menduga hati Mia.
“Walaupun terbuka,I akan tutup kembali.”Tegas suara Mia.
“I tahu susah you nak padamkan cinta kita dulu.”
“Ya..tapi I dah cuba yang terbaik untuk melupakan kisah cinta kita dulu.”
“Tapi you masih tak dapat lupakannya kan?” Zamrul menduga lagi.Dia ingin mengorek
isi hati Mia.
“Sudahlah Zamrul.”Dia takut jika hatinya sekali lagi tunduk pada cinta Zamrul.Lelaki
itu masih menghuni di sudut hatinya.
`You fikirlah dulu.I tak akan desak you.”
Perlukah dia berfikir? Bukankah dia bahagia bersama Syafiq? Syafiq adalah suami yang
terbaik untuknya.Tapi kenapa saat itu hatinya meronta ingin bersama Zamrul?
--------------------------------
Syafiq pulang awal hari itu.Dia memandang Mia yang leka menonton tv.Isterinya itu
sudah tidak lagi meyambutnya seperti biasa.Perubahan sikap isterinya sejak
kebelakangan ini menyesakkan dadanya.Merajukkah Mia? Syafiq menghampiri
isterinya.
“Khusyuknya sayang abang ni.”Syafiq melabuhkan punggungnya di sebelah Mia.
“Eh abang.Mia tak perasan abang balik tadi.”
“Tak apa.Sebab hari ni abang balik awal kan? Tu yang tak perasan.”Syafiq
melentokkan kepalanya ke bahu Mia.Dia rindu untuk bermanja dengan isterinya.
Mia kekok.Sudah lama suaminya tidak bermanja dengan dirinya.Dia gelisah.Selama ini
memang kemesraan dari Syafiq yang diingininya.Tapi malam itu kemesraan Syafiq
membuatkan dirinya lemas.
“Kenapa diam saja? Merajuk dengan abang ya?”Syafiq mencuit hidung Mia.
Merajuk?Dia sudah tidak kuasa hendak merajuk.Hatinya tawar saat itu.Tingkah Syafiq
Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com
yang romanti tidak dapat membeli hatinya.
“Tak lah.Mia okey je..”Mendatar suaranya.
“Jangan merajuk,nanti lekas tua.”Syafiq menyakat.Bibirnya bermain-main di leher
Mia.
“Sayang..”panggil Syafiq lembut.
“Ada apa bang?”
“Erm layan abang malam ni boleh?” Keinginan untuk bersama isterinya semakin kuat
menarik nafsunya.
“Err Mia mengantuklah abang.Lain kali ya.Mia masuk tidur dulu ya.”Mia melepaskan
pelukan Syafiq dan terus menuju ke bilik.Dia tidak tahu mengapa mulutnya menolak
walaupun hatinya menjerit mahu bersama Syafiq.
Syafiq memandang lesu langkah isterinya.Selama 5 tahun perkahwinan mereka,ini kali
pertama Mia menolak keinginannya.Hatinya berdetik hairan.
-------------------------
Zamrul diam menanti bicara daripada Mia.Wanita itu hanya diam seribu bahasa.Seksa
jiwanya menanti kata Mia.
“Macam mana?”
“I takkan tinggalkan Syafiq.”Muktamad keputusan Mia.
“Please Mia..”Zamrul tidak senang duduk.
“I keliru Zam..”Mia menundukkan wajahnya.
“I tahu masih ada cinta you untuk I kan.”
Mia hanya diam.Dia sudah kehilangan kata-kata.Berdepan dengan Zamrul membuatkan
dia lemah.Lemah dek kisah cinta silam yang masih menghantui jiwanya.
Zamrul menggenggam erat tangan Mia.Mia hanya membiarkan.Siapa pilihannya
sebenar? Mengapa Zamrul hadir dalam hidupnya saat dia kesepian? Dan kesepian itu
adalah punca dia memulakan kembali hubungannya dengan Zamrul.
Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com
Syafiq berpaling untuk melangkah.Adegan yang dilihat tadi benar-benar menguji
hatinya.Matanya telah menjawab segala persoalan yang bermain di mindanya.Kini dia
tahu mengapa sikap Mia terhadap dirinya berubah.Mia telah merobek segala isi
hatinya.Hatinya benar-benar telah kosong ketika itu.Dia mengucap panjang
meredakan amarah yang meledak di jiwanya.Isteri..tegarnya dirimu..
------------------------------------
Mia mendukung Ikin yang sudah lena tidur.Pintu kereta ditutup perlahan.Kakinya
diatur ke dalam rumah.Dengan sebelah tangannya,Mia terkial-kial cuba membuka
pintu rumah.Tiba-tiba dia tersentak kerana pintu dibuka dari dalam.
“Abang..”sapanya perlahan.Dia tidak menyangka yang Syafiq akan pulang awal hari
itu.
“Dari mana?” Syafiq bertanya ringkas.
“Tadi jumpa kawan.Lepas tu ambil Ikin dari rumah Mak Su dia.”
“Mia letak Ikin dalam bilik dulu.Abang ada benda nak cakap dengan Mia.”Syafiq
menuju ke sofa di ruang tamu.
Mia hanya mengangguk,akur dengan kata-kata suaminya.Dia cemas tiba-tiba.Perkara
apakah yang ingin diberitahu Syafiq kepadanya? Mindanya tidak dapat memproses
jawapan kepada persoalan yang berlegar di benaknya.
“Abang..ada apa?” soalnya.Dia duduk di atas sofa berhadapan dengan Syafiq.Wajah
suaminya ditenung lama.
“Mia cintakan dia?” Syafiq bertanya tiba-tiba.
Mia terkedu.Soalan apakah itu?
“Abang nampak semuanya tadi.Jawab soalan abang.”
“Apa maksud abang ni?” Mia berpura-pura tidak faham.
“Lelaki yang berpegangan tangan dengan Mia di restoran Bayu petang tadi.Mia
cintakan dia?” Syafiq menyoal buat kali kedua.
Dia tidak menyangka kedatangannya ke restoran Bayu petang tadi akan membongkar
kecurangan isterinya.Dari jauh dia melihat tangan Mia erat dalam genggaman lelaki
yang tidak dikenalinya.Dan pada masa itu hanya tuhan saja yang tahu betapa
kecewanya dia.Segunung kepercayaan yang diberikan kepada Mia runtuh berkecai
Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com
menindas hatinya.
“Abang..maafkan Mia.Kami cuma kawan.”Mia mendekati suaminya.Dia melutut di kaki
Syafiq.
“Kawan ke macam tu Mia? Sampai pegang-pegang tangan.”Syafiq bersuara
perlahan.Semangatnya entah terbang kemana.
“Mia tiada apa-apa dengan dia bang.Trust me..”rayu Mia.
“Abang tengok Mia gembira bersama dia.Kalau Mia cintakan dia,abang akan lepaskan
Mia..”Berat hati Syafiq melafazkan kata-kata itu.Namun digagahkan jua hatinya.
Mia mendongak mencari wajah Syafiq.Kemudian dia mengeleng berkali-kali.
“Apa abang cakap ni?”Dia tidak percaya dengan apa yang didengarinya tadi.
“Mia sunyikan hidup dengan abang.Abang sibuk dengan kerja sampai abang abaikan
rumahtangga kita.”Syafiq menyalahkan dirinya sendiri.
“Tidak bang.Mia yang salah.Mia ikutkan sangat rasa sunyi yang merajai hati Mia.Mia
lupa menjaga status Mia sebagai isteri abang.Maafkan Mia..”Mia mula
teresak.Sungguh,dia menyesal akan perbuatannya.Dia sedar cinta dan sayangnya
hanya untuk Syafiq.Namun dia alpa dengan keceriaan yang diberikan oleh Zamrul
sehingga dia lupa akan kasihnya terhadap suaminya itu.
“Abang tak salahkan Mia..”Tenang Syafiq berkata.Wajahnya tidak menunjukkan
sebarang riak.Marah jauh sekali.
“Jangan cakap macam tu bang.Abang marahlah Mia.Abang pukullah Mia.”Dia memeluk
erat kaki Syafiq.Ketenangan wajah suaminya seakan mengguris-guris hatinya.
“Abang tak akan pukul isteri abang.Mia pun tahukan betapa abang sayangkan
Mia.Abang cintakan Mia seikhlas hati abang.Tak sangka pula begini
jadinya..”Dipandang sayu wajah isterinya.Air matanya ditahan supaya tidak gugur.
“Mia tak sengaja buat abang macam ni.Mia sunyi bang bila abang pergi kerja.Dia cuma
peneman Mia je.Abang,maafkan Mia..”Semakin kuat tangisannya.Rasa bersalahnya
semakin menebal.
“Abang maafkan.Tapi hati abang ni luka berdarah.Abang akan pergi dari hidup Mia
sementara waktu.Abang nak tenangkan diri.Abang takut kasih abang terhadap Mia
akan bertukar menjadi benci jika abang tak pergi dari sini.Dan jika dalam masa
pemergiaan abang ni,Mia memilih dia,abang pasrah.Sepanjang ketiaadaan abang
nanti,abang izinkan Mia kemana-mana sahaja tidak kira dengan siapa.”Syafiq
bangun.Ditariknya nafas perlahan untuk mengumpul kekuatan.Terasa seluas lautan
Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com
cintanya terhadap Mia sudah kering.
“Abang,jangan tinggalkan Mia.Tolonglah bang..”Mia turut bangun.Dia memaut kuat
lengan suaminya.
“Mia jangan risau tentang duit belanja.Abang akan masukkan duit belanja untuk Mia
dan Ikin ke dalam akaun Mia.”Syafiq meneruskan kata-katanya tanpa mempedulikan
rayuan Mia.Hatinya yang luka lebih diutamakan.
“Abang….”Mia sudah mula mengonggoi.
“Jaga diri Mia.Dan jaga anak kita baik-baik.”Syafiq mengambil kunci kereta dan terus
meluru keluar.
Mia terduduk di atas lantai.Esakannya hiba kedengaran.Adakah ini pengakhiran istana
cintanya dengan Syafiq? Kerana kesilapannya,rumahtangga bahagianya menuju
keretakan.
-----------------------------------
“Ikin rindukan papa tak?”Mia memeluk erat Ikin.
“Rindu.”Jawab Ikin ringkas.
Mia senyum.Pipi Ikin dicium lama.Sedikit tersentuh hatinya mendengar jawapan
Ikin.Dia juga rindukan Syafiq.Sudah tiga bulan Syafiq menghilangkan diri.Sepanjang
tempoh itu Syafiq tidak pernah menghubunginya.Sudah puas dia menjejaki Syafiq
namun dia hampa.Setiap hari dia berdoa agar Syafiq akan pulang semula ke sisinya
membina semula teratak cinta mereka yang hampir roboh
.Zamrul? Lelaki itu sudah dibuang terus dari kamus hidupnya.Dia telah memberi kata
putus kepada Zamrul bahawa dia akan setia dengan Syafiq.Dan lelaki itu akur dengan
kehendaknya.Lelaki itu sudah tidak mengganggu hidupnya.
“Mama,papa mana?”Pertanyaan Ikin menamatkan lamunannya.
Mia senyum hambar.Pertanyaan itu sudah lali di telinganya.
“Papa kerja sayang..”bohongnya.
“Lambat lagi ke papa balik?” Anak kecilnya itu juga tahu erti kerinduan.
“Sabar ya sayang.Nanti-nanti papa balik.Kita sama-sama tunggu papa ya?” Ikin
memujuk.Rambut Ikin dibelai lembut.
Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com
Dia sendiri tidak pasti bila Syafiq akan pulang.Namun dia yakin suaminya itu akang
kembali jua satu hari nanti.Bilakah hari itu? Dia sendiri pun tidak tahu.Yang pasti dia
menghitung hari menanti kepulangan Syafiq.Setiap detik yang berlalu penuh dengan
harapan.
-----------------------------
Syafiq leka memerhatikan hujan yang turun.Jendela yang sedikit terbuka
diluaskan.Titisan-titisan hujan itu bagaikan rindunya kepada Mia.Rindu yang tidak
pernah padam dari bara hatinya.Kedinginan malam itu tidak dapat memadamkan api
rindunya.Sihatkah isteri dan anaknya? Dia sendiri tidak tahu.Setiap hari dia menahan
hatinya daripada menghubungi Mia.
“Kalau dah rindu sangat baliklah.”Amran tiba-tiba bersuara dari belakang.
“Kau dah nak halau aku ke? Maaflah menumpang di rumah kau lama sangat.”
“Bukan tu maksud aku.Aku tau kau rindukan isteri dan anak kau.jangan ikutkan sangat
kata hati tu.”Amran tahu isi hatinya sahabatnya itu.
“Tapi Am..”Syafiq tidak menghabiskan kata-katanya.Sudah sembuhkan luka di
hatinya?
“Setiap orang lakukan kesilapan.Mia bukan sengaja kan.Dia cuma rasa sunyi sebab tu
dia keluar dengan lelaki tu.Aku yakin cintanya hanya pada kau.”Amran menepuknepuk
lembut bahu Syafiq.
Benarkah kata Amran? Benarkah cinta Mia hanya untuknya? Kalau benar megapa Mia
sanggup curang kepadanya?
“Kau masih cintakan isteri kau? Soal Amran.
“Dia wanita pertama dan terakhir yang aku cintai.Sebab tulah aku terluka sangat Am
bila dia buat aku macam tu.Aku rasa macam tak dihargai.Sedangkan aku dah tuangkan
semua kasih sayang aku untuk dia.”Syafiq melahirkan rasa kecewanya.
“Aku pasti Mia sudah menyesal dengan perbuatannya.Dia banyak kali call aku tanya
pasal kau.Nasib baik mulut aku ni tak terlepas cakap kau kat rumah aku.”Dia berharap
kata-katanya dapat melembutkan hati Syafiq.
Syafiq hanya diam memikirkan kata-kata Amran.Kata-kata Amran ada juga
betulnya.Otaknya sudah penat berfikir.Pandangannya dilontarkan kembali ke luar
jendela.Titisan hujan masih lagi turun tidak berhenti.Seperti rindunya kepada Mia
Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com
yang tidak pernah terhenti..
----------------------------------
Mia berlari-lari menuju ke pintu utama.Ketukan bertalu-talu menganggu dia dari terus
memasak.Dibukanya pintu dengan pantas.Mia menggosok-goso matanya.Dia tidak
percaya dengan apa yang dilihatnya.
“Ini abang sayang..”Syafiq senyum.Lukanya telah diusir jauh.
Mia terus memeluk suaminya.Penantiannya tidak sia-sia.Air mata gembira merembes
di pipinya.
“Maafkan abang sebab lama sangat tinggalkan Mia dan Ikin.”Syafiq mencumbui wajah
Mia.Kerinduannya terubat kini.
“Mia tahu abang akan balik juga.”Katanya dalam esakan.
“Dah-dah jangan menangis.Kan abang dah balik ni.”Syafiq mengusap lembut belakang
Mia.Dia sedar kasihnya terhadap isterinya tidak pernah berubah.
“Mia rindukan abang..”Pelukannya dikemaskan.
“Abang pun..”Terasa bahagia di hatinya.
“Abang janji jangan tinggalkan Mia lagi..”Dia tidak sanggup kehilangan suaminya
sekali lagi.
“Abang janji.Ni dengan senduk ni nak buat apa” Syafiq menjeling senduk di tangan
kanan Mia.
“Mia tengah masaklah bang.”Mia tergelak.Dia baru perasan senduk masih di
tangannya.
“Sayang masak apa?”
“Masak asam pedas kegemaran abang.”Jawab Mia berserta senyuman.
“Mia macam tau-tau je abang nk balik hari ni.”Sakat Syafiq.
“Mia hari-hari masak asam pedas.Sebab Mia tak tahu abang balik bila.Mia nak bila
abang balik je,Mia hidangkan lauk kesukaan abang.Dan hari ini adalah hari yang Mia
tunggu-tunggu bang.”Ujar Mia tulus.
Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com
Syafiq sebak mendengar bicara isterinya.Sekali lagi Mia ditarik ke dalam pelukannya.
“Terima kasih sayang…”
“Papa!!”Ikin berlari-lari mendapatkan Syafiq.
“Anak papa sihat?” Syafiq mendukung Ikin.Pipi Ikin dikucupnya.Kemudian tangannya
menggeletek anak kecilnya itu.
Mia tersenyum melihat tingkah dua insan kesayangannya.Di dalam hati dia berdoa
agar kebahagiaan itu akan kekal menjadi miliknya.Dan dia tidak akan sesekali
mengulangi perbuatannya.Dia merenung lama wajah suaminya.Terasa cintanya
terhadap Syafiq semakin kuat membakar jiwanya.Suami..terima kasih atas kasihmu.
-TamaT
Tuesday, June 14, 2011
Friday, June 3, 2011
Cinta Sejati
Di keheningan pagi raya, kelihatan seorang lelaki sedang membongkok membersihkan sebuah kubur yang kelihatan agak lama. Walaupun kelihatan agak usang, kubur tersebut bersih dan terjaga rapi. Tanpa menghiraukan sesiapa, lelaki itu terus sibuk sambil tangannya yang kasar pantas mencabut rumput-rumput liar yang tumbuh di sekitar kubur tersebut.
Setitik demi setitik air mata suam kelihatan menitis mengalir turun menuruni pipinya. Setelah selesai kubur tersebut dibersihkan, lelaki tersebut duduk bersila sambil membaca Yasin dan doa dipanjatkan. Selesai membaca Yasin, dicapainya bekas air berisi rendaman bunga mawar lalu dicurahkan ke atas batu nisan sambil tangannya menyapu-nyapu bersih batu nisan tersebut. “Zura, Selamat Hari Raya sayang. Abang datang lagi hari ni, macam biasa. Abang masih lagi sayangkan Zura dan abang akan sayangkan Zura hingga ke akhir hayat abang” lelaki tersebut tiba-tiba bersuara, sayu. Lelaki tersebut menarik nafas panjang. Matanya yang berair itu memandang ke arah batu nisan di kuburan itu dengan pandangan yang kosong.
Fikiran beliau mengimbau ke suatu masa sepuluh tahun yang lepas.
Sepuluh tahun lalu
Tangan Zack menggenggam erat tangan Azura bagaikan tidak akan dilepaskannya. Keadaan Terminal Bas Putra yang penuh sesak dengan orang dan dalam keadaan tolak-menolak itu bagaikan tidak dapat menguraikan pasangan kekasih itu. Mata Zack merenung tajam ke mata Azura. “Abang, kenapa pandang Zura macam tu?” Zack hanya tersenyum. “Abang rasa berat hati untuk lepaskan Zura. Terasa macam abang tak akan dapat jumpa Zura lagi” jawab Zack.
“Jangan cakap macam tu, Zura balik kampung sekejap aje. Hari raya ke-5, Zura balik semula ke KL. Abang jangan risau la.”
Zack hanya tersenyum sahaja mendengar jawapan kekasihnya. Tangannya makin erat menggenggam tangan Azura.
“Tapi, abang janji, jangan lupakan Zura tau.” Azura berkata pada Zack sambil tersenyum.
“Abang janji sayang.” jawab Zack sambil tangannya makin erat menggenggam tangan Azura.
Tiba-tiba kedengaran suara dari pembesar suara mengumumkan ketibaan bas memasuki terminal. Zack segera memimpin tangan Azura menuju ke bas yang berhenti di hadapan sekali sambil tangannya yang sebelah lagi menjinjing beg pakaian Azura. Tertera pada tingkap bas tersebut ‘No. 5 KL-KB’. Zack membaca pada tiket di tangannya. Memang sah inilah bas yang perlu Azura naiki. Kaki Zack melangkah naik ke tangga bas sambil memandu Azura menuju ke tempat duduk. Kelihatan seorang perempuan tua sedang duduk bersebelahan dengan tempat duduk Azura. Zack tersenyum lega. “Nasib baik makcik ni yang duduk sebelah awek aku, kalau lelaki, kenalah aku ikut Zura balik sekali,” bisik hati Zack. Zack segera memberi salam pada perempuan tua tersebut.
“Makcik, ni awek saya, Zura. Dia duduk sebelah makcik. Mintak makcik tolong tengok-tengokkan dia ye” sapa Zack. Azura dengan segera menghulurkan tangan pada makcik itu sambil memperkenalkan diri.
“Eloklah tu nak. Sekurang-kurangnya ada juga teman makcik berbual. Sila duduk nak,” jawab makcik tersebut sambil tersenyum.
Setelah meletakkan beg Azura, Zack segera turun dari bas sambil diekori oleh Azura dari belakang. “Zura, bas dah nak bergerak. Abangpun tak boleh lama di sini. Bila Zura sampai kampung nanti, kirim salam abang pada mak dan ayah Zura. Jangan lupa pada adik Zura juga tau,” pesan Zack.
“Baiklah abang. Abangpun sama tau, kirim salam sayang Zura pada mak dan ayah abang,” jawab Azura kembali. Enjin bas tiba-tiba dihidupkan. Azura memandang ke arah Zack. Dengan cepat Azura memegang dan terus mencium tangan Zack. “Abang, Zura pergi dulu ye. Ingat pesan Zura tadi. Jangan lupakan Zura ye. Zura sayangkan abang.” Kata Azura sambil tersenyum. Zack hanya memandang ke arah Azura. Tangan Azura digengam erat. Perlahan-lahan Zack melepaskan sebuah ciuman pada dahi Azura. Muka Azura tiba-tiba menjadi merah. Azura tersipu-sipu malu. “ Zura, walau apapun terjadi, abang tetap sayangkan Zura hingga ke akhir hayat abang. Zura ingat kata-kata abang tu ye.” Azura hanya menganggukkan kepala sambil linangan air mata bergenang di matanya. “Zura akan ingat abang sampai bila-bila. Zura pergi dulu bang. Janji jangan lupakan Zura ye” jawab Azura sambil menarik tangannya dari tangan Zack yang bagaikan tidak mahu melepaskan tangan Azura dan terus melangkah masuk ke dalam perut bas.
Pintu bas ditutup sambil bas tersebut bergerak perlahan-lahan keluar dari terminal sambil diperhatikan oleh Zack hingga hilang dari pandangan mata. Zack berdiri tegak bagaikan mengelamun. “Kenapa hatiku bagaikan ada sesuatu yang tak kena?” bisik hatinya sambil kakinya melangkah pergi ke ruang letak motorsikal. Setelah mengenakan topi keledar, Zack terus menunggang motorsikalnya keluar dari Terminal Bas Putra menuju ke rumah.
Keadaan ibukota malam itu bagaikan pesta dengan lampu berkilauan di kiri kanan jalan. Tapi hati Zack direnggut risau mengenang apa yang tak pasti.
Di rumah Zack, lampu pelita bergemerlapan menanti ketibaan Aidilfitri. Zack pula berehat di luar rumah setelah penat membantu ibubapanya menyiapkan persiapan hari raya. Kelihatan kanak-kanak bising sambil bermain bunga api. Zack hanya memandang dengan pandangan kosong. Keriuhan kanak-kanak langsung tidak menarik perhatiannya. Hatinya yang tadi penuh kerisauan mula berdebar-debar bagai ada sesuatu yang akan berlaku. Zack bangun dan terus masuk ke rumah menuju ke biliknya. Tanpa berlengah, dia ke bilik air mengambil wuduk. Sejadah di bentangkan dan Zack terus menunaikan solat sunat sebelum masuk tidur. Namun Zack tidak boleh tidur.
Fikirannya melayang memikirkan Azura sahaja. Walaupun matanya tak mahu pejam, dipaksakan juga hingga terlelap. Pagi esoknya, Zack terbangun setelah azan Subuh berkemumandang. Setelah menunaikan solat Subuh, Zack ke dapur membantu ibunya menyiapkan juadah untuk hari raya. Setelah itu, dia bersama-sama ayahnya ke masjid menunaikan solat sunat Aidilfitri. Di rumah, setelah menjamu selera dan bermaaf-maafan, Zack termenung sambil merenung ke luar rumah melihat kanak-kanak gembira berhari raya. Tiba-tiba telefon bimbit Zack berbunyi. Zack mengambil telefonnya dan merenung ke arah telefonnya.
“Panggilan jauh. Dari Kelantan.” Bisik Zack. “Hello. Assalamualaikum” jawab Zack.
“Waalaikumsalam. Abang Zack ye?” balas pemanggil itu. “Ini adik Zura, Mira,” pemanggil memperkenalkan diri dalam nada yang tersekat-sekat. “Abang Zack, Mira minta maaf mengganggu, tapi Mira nak beritahu Abang Zack, yang kak Zura dah tiada…… Bas kak Zura kemalangan malam tadi masa baru sampai ke Kota Bharu.” Kata Mira dengan nada yang tersedu-sedu. “Insyaallah, petang selepas asar ni nak dikebumikan” sambung Mira singkat.
Zack hanya tersentak. Pandangannya kabur dan terus gelap. Kakinya bagaikan tak dapat lagi nak menampung berat badannya. Dengan cepat Zack duduk di sofa. Nafas Zack tersekat-sekat dan dadanya berombak kuat. Air matanya mula berlinang menitis membasahi pipi. Telefon bimbitnya terlepas dari tangan. “Astaghfirullahalazim. Ya Allah Ya Tuhanku,” hanya itu sahaja suara yang keluar dari bibir Zack. Melihatkan keadaan Zack, ibu Zack menerpa ke arah anak sulungnya. “Mak, Zura dah tak de, mak. Zura dah meninggal. Kemalangan bas pagi tadi” beritahu Zack dengan suara yang tersekat-sekat.
Ibu Zack hanya dapat menarik nafas sambil terduduk di sebelah anaknya. Tiada suara yang keluar dari bibirnya, hanya air mata bercucuran membasahi pipi tuanya.“Mak, ayah, Zack minta izin untuk pergi ke Kelantan, hari ini juga.” pinta Zack pada ibubapanya.
“Baiklah Zack, kau bawa kereta ayah,” jawab ayah Zack.
“Tak pelah ayah, Zack pergi dengan motor Zack. Zack lebih selesa,” jawab Zack.
“Baiklah Zack. Tapi hati-hati,” pesan ayah Zack.
Mendengar keizinan yang di beri, Zack segera berlari menuju ke biliknya untuk bersiap. Motornya sudah gagah tersedia menunggu untuk ditunggang. Motorsikal Yamaha RD 350 YPVS pemberian ayahnya itu banyak mengimbau kenangan antaranya dengan Azura. Dengan sekali tendangan sahaja, enjin motorsikal Zack mengaum garang dan terus meluncur keluar melalui pintu pagar rumah sambil di perhatikan oleh ibubapa Zack. Perjalanan jauh tidak menjadi masalah pada Zack kerana sebagai ahli kelab motor, beliau banyak kali melakukan konvoi ke lokasi-lokasi yang jauh. Motorsikalnya juga diselenggara dengan baik membuat perjalanan berjalan lancar.
Tepat jam 5 petang, Zack tiba di rumah Azura. Deruman enjin motorsikal Zack menarik perhatian orang ramai yang berada di rumah Azura. Melihatkan Zack datang, Mira segera meminta ayahnya membawa Zack masuk. Zack terus menerpa ke arah ayah Azura sambil mencium tangan ayah Azura. Dengan linangan air mata, ayah Azura memeluk Zack. “Zura dah tak ada Zack,” kata ayah Zura. “Mari tengok dia,” ajak ayah Azura.
Perlahan-lahan Zack melangkah menuju ke atas rumah Azura. Dari pintu rumah, kelihatan sekujur tubuh ditutupi kain batik sambil dikelilingi orang-orang sambil membaca Yasin. Kelihatan ibu Azura berteleku di sisi tubuh Azura sambil teresak-esak. “Maknya, ini Zack. Tolong bukakan tutup muka Zura tu.” Kata ayah Azura. Ibu Azura memandang ke arah Zack sambil linangan air matanya makin mencurah-curah keluar. Tangannya perlahan-lahan membuka kain batik yang menutupi muka Azura. Zack menanti dengan hati yang berdebar-debar.
Setelah kain batik di selak, terserlahlah wajah Azura, kekasihnya yang amat dicintainya. Walaupun rohnya sudah tiada, wajah Azura tetap ayu, tetap cantik. Tanpa dapat ditahan, air mata Zack berlinang keluar membasahi pipi dan juga lantai. Zack membacakan Al-Fatihah dan doa untuk kekasih tercintanya. Keadaan menjadi sepi. Kesayuan mula terasa pada yang hadir. Mira hanya dapat menutup mukanya dengan telapak tangannya sambil teresak-esak.
Jenazah Azura di alihkan ke dalam pengusung. Zack memegang kayu pengusung yang di hadapan sekali. Perlahan-lahan pengusung dimasukkan ke dalam van jenazah. Setelah van jenazah meninggalkan rumah menuju ke tanah perkuburan, hujan mulai turun. Setelah selesai upacara pengkebumian, Zack meminta izin dari ayah Azura untuk bertafakur seketika. Tinggallah Zack seorang diri melutut di sisi kubur Azura. Hujan lebat membasahi bumi tidak di hiraukan. Linangan air mata Zack masih tidak berhenti.
“Zura, abang minta maaf jika abang ada buat salah dan silap pada Zura,” kata Zack dengan tersedu-sedu. “Abang sangkakan hubungan kita akan berakhir sebagai suami isteri, tapi takdir menentukan segala-galanya. Abang tak boleh melawan takdir sayang,” sambung Zack. “Abang pernah berjanji untuk menyayangi Zura hingga ke akhir hayat abang, dan abang akan tepati janji abang itu, walaupun Zura tiada lagi di sisi abang. Bagi abang, Zuralah kekasih abang yang pertama dan yang terakhir.”
Linangan air mata dan sedu Zack makin bertambah. Tangannya menggenggam kuat tanah kubur Azura. “Abang berjanji, abang akan tetap sayangkan Zura dan abang takkan lupakan Zura hingga ke akhir hayat abang,” kata Zack sambil berdiri. Perlahan-lahan Zack mengatur langkah longlai meninggalkan tanah perkuburan dalam hujan yang makin mencurah-curah.
Masa sekarang
Kicauan burung menghentikan lamunannya. Haripun sudah menjelang tengahari. “Zura, abang balik dulu Zura. Jauh lagi perjalanan abang ke Kuala Lumpur. Motor kitapun abang masih guna lagi. Masih boleh bawa abang berjumpa Zura hari ini. Macam manapun, abang tetap sayangkan Zura hingga ke hembusan nafas abang yang terakhir. Zura ingat tu ye sayang.” Kata Zack dengan lembut. Tangannya menabur bunga-bunga yang dipotong rapi ke atas kubur Azura. Setelah itu Zack bangun sambil mengemaskan barang-barang dan menuju ke arah motornya. Walaupun sudah sepuluh tahun berlalu, motorsikal pemberian arwah ayah Zack masih kukuh lagi.
Perlahan-lahan Zack menunggang motornya meninggalkan pusara kekasih tercintanya. Ketika Zack keluar dari simpang tanah perkuburan, tiba-tiba sebuah kereta dengan laju keluar dari selekoh dan terus merempuh Zack tanpa sempat mengelak. Zack tercampak jauh. Darah memercik membasahi motor Zack. Tubuh Zack terbaring di atas jalan raya. Matanya memandang ke arah langit sambil mulutnya terkumat-kamit mengucap dua kalimah syahadah. Pandangannya mulai kabur, kemudian kelam, kelam dan terus gelap. Nafas Zack berombak deras, kemudian perlahan dan perlahan. Apa yang kelihatan di anak matanya hanyalah raut wajah ayu Azura ketika dia mencium dahi Azura sepuluh tahun yang lepas.
Setelah ambulan tiba, Zack disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, tidak jauh dari kubur Azura. Akhirnya Zack dapat mengotakan janjinya iaitu untuk menyayangi kekasihnya, Azura, hingga ke hembusan nafasnya yang terakhir.

Zuriat
“Kalau abang nak kahwin lagi, kahwinlah bang. Ina izinkan. Ina tahu abang rindukan suara tangisan anak-anak. Maafkan Ina bang kerana masih tak mampu memberikan abang zuriat.”
Suasana di Taman Tasik Shah Alam begitu mendamaikan. Angin petang bertiup sepoi-sepi bahasa membelai lembut wajahnya. Petang yang reduh ini, Ikbal sendirian sahaja tanpa ditemani oleh isterinya. Kebiasaannya Ina akan menemaninya. Selepas berlari-lari anak mengelilingi tasik, mereka akan duduk dikerusi yang tersedia berhampiran pada permainan kanak-kanak. Hari ini Ina agak keberatan mengikutnya atas alasan tidak sedap badan.
Penat berlari, Ikbal berhenti rihat di sebuah berhampiran taman permainan kanak-kanak yang sememangnya tersedia di taman tasik itu. Arman halakan pandanganya ke arah sekumpul anak-anak kecil yang sedang bermain-main riang. Gelak ketawa anak-anak begitu menghiburkan hatinya Begitu leka sekali dia memerhati. Dia tersenyum sendiri melihat gelagat dan keletahan anak-anak itu. Si montel yang berbadan sedikit besar dilihatnya berebut-rebut adiknya barangkali untuk duduk di atas buaian yang hanya sau saja kosong. Ada yang leka bermain jongkang jongkit. Ada yang bermain panjat-panjat alat gelonsor.
Matanya tiba-tiba tersorot ke arah sepasang suami isteri yang masih muda sedang bermain-main bersama sepasang anak mereka yang perempuan mungkin baru berusia satu tahun dan yang seorang lagi lelaki yang mungkin baru berusia dua tahun. Terbit rasa cemburu di hatinya bila melihat pasangan suami isteri bersama-sama anak-anak mereka bermain riang sekali.
Suara Ina masih terngiang-ngiang di telinganya. Tidak mudah bagi seorang isteri membuat keputusan untuk berkongsi kasih seorang suami bersama wanita lain. Rasa belas dan kasih pada isterinya tidak memungkin dia mudah mengambil keputusan yang amat berat ini
Telah lapan tahun mereka berkongsi hidup melayari bahtera perkahwinan. Perkahwinan yang membahagiakan. Namun ada kesunyian di hati mereka. Rumah mereka sunyi dari suara anak-anak. Mereka teramat rindukan suara tangis dan ketawa anak-anak yang terlahir dari darah daging mereka berdua. Namun hingga ke hari ini mereka masih gagal.
Ikbal sedar, perkahwinannya dengan Ina adalah pilihan hatinya sendiri. Mereka bertemu sewaktu menuntut di universiti. Walau pun pilihannya itu tidak direstui oleh kedua ibubapanya tapi berkat ketabahan menghadapi segala ujian dan dugaan, akhirnya berjaya juga mereka jinjang pelamin memeterai cinta untuk sehidup semati. Akhirnya kedua ibubapanya memberikan restu walau agak keberatan ke atas perkahwinan mereka.
Ina, isterinya yang amat tabah. Dia amat bersyukur kerana Ina begitu sabar menghadapi kerenah ibunya yang sedari awal telah mempunyai gadis pilihan hatinya sendiri untuk dijodohkan dengan Ikbal. Berkat kesabaran dan doa yang selalu dipanjatkan kepada Maha pencipta, akhirnya Ina mula diterima sebagai menantu oleh kedua orang tuanya.
“Abang kahwin sajalah dengan Rahimah. Ibu pasti setuju. Sekurang-kurangnya tercapai hajat hati ibu abang untuk bermenantukan Rahimah. Dugaan ini mungkin khifarat atas perkahwinan kita yang telah melukakan hati ibu abang. ”
Dia terkenangkan Rahimah, gadis yang pernah menjadi pilihan ibunya. Gadis ini masih lagi belum berkahwin, malah gadis ini memang bersedia untuk menjadi isteri keduanya. Gadis ini datang dari keluarga yang ramai iaitu tujuh orang adik beradik. Pasti gadis ini mampu memberikannya zuriat. Walau pun isterinya mengizinkan untuk dia berkahwin lagi satu, bukan mudah untuk membuat keputusan. Bagaimana kalau setelah mengahwini Rahimah, dia masih gagal mendapatkan zuriat.
Bukan dia dan Ina tidak pernah berusaha. Pelbagai ikthiar telah dibuat dari berjumpa doktor hinggalah bertemu dengan pengamal tradisional pun, masih juga gagal. Malah ujian yang dijalankan di klinik juga menyatakan dia dan ina tidak bermasalah, namun masih juga tidak mendatangkan apa-apa hasil.
Umurnya kini sudah tiga puluh lima tahun dan Ina pula sudah tiga puluh tiga tahun. Rakan-rakan sebaya mereka dalam usia begini ada yang telah mempunyai empat orang anak. Malah rakan-rakan dia mereka yang berkahwin kemudian darinya juga telah mempunyai beberapa orang anak.
Mereka sudah tidak punya banyak masa lagi. Mungkin dengan cara berkahwin lagi satu, dia akan mendapatkan zuriat yang diingini. Sudah tidak lagi mampu dia menerima sindiran dan dijadikan bahan gurauan serta usikan dari sanak saudara dan kawan-kawan
”Bila matinya anak adam itu, maka terputuslah ia dengan dunia ini kecuali tiga perkara, ilmu yang ditinggalkan, amal jariahnya dan doa dari anak-anak yang soleh.”
”Doa dari anak yang soleh!” Bisiknya perlahan, teringat kata-kata seorang Ustaz yang sering memberi ceramah agama di pejabatnya. Dia perlukan anak-anak yang akan mendoakannya apabila ia mati nanti.
Ditekupkan mukanya. Keresahan jellas tergambar di wajahnya. Dia sayangkan ina, tapi isterinya masih belum mampu menghadiahkan cahaya matanya. Dia perlu anak untuk menyambungkan keturunannya dan mendoakannya waktu kematiannya.
”Rahimah?”
**
“ Mana Ina, dia tak ikut datang.“ Soal ibu sebaik Ikbal menyalami tangan dan mencium pipi ibunya.
"Saya datang seorang sahaja." Jawab ikbal, segera melabuhkan punggungnya ke atas kerusi kayu rotan yang berkusyen biru.
”Kamu kelihatan resah sahaja?” Soal ibu.
Ikbal hanya tersenyum sambil mengelengkan kepala. Namun riak di matanya jelas membayangkan keresahan yang mendalam seperti ingin segera diluahkan kepada ibunya. Namun masih belum mampu dia mengeluarkan kata-kata.
Dilihat wajah ibu yang duduk dihadapannya tenang sekali sambil mengait sehelai baju bayi yang separuh siap. Kerusi kayu rotan sesekali berbunyi bilik ibu mengerakkan badannya. Seingat dia kerusi ini telah ada semenjak dia dibangku sekolah menengah lagi, sudah terlalu lama. Namun kerusi ini kerusi kesayangan ibunya, pernah dia ingin membelikan satu set kerusi yang baru menggantikan kerusi kayu rotan tua itu, tapi ibunya menolak.
”Ayahmu ke surau, sebentar lagi pulanglah dia.” Terang ibu bila melihat mata Ikbal melilau seolah-olah mencari sesuatu.
”Sejak setahun lalu, ibu sering saja mengait benang menyiapkan baju bayi. Ikbal rasa bersalah kerana kami belum lagi mampu menghadiah cucu-cucu yang ayah dan ibu lama nantikan.” Ungkap Ikbal perlahan. Ada rasa bersalah yang terrbit dihatinya.
Ibu berhenti mengait. Baju yang masih belum siap tu diletakan ke atas meja. Cermin mata yang sedang dipakai segera dibuka. Dahi seakan berkerut. Wajah Ikbal dipandang tepat. Ibu seakan sedang mengumpulkan kata-kata.
”Dahulu, ibu dan ayah lama menunggu kedatangan kamu dengan pelbagai ikhtiar. Kami tidak pernah berputus asa dan sentiasa berbaik sangka dan redha dengan apa yang Allah takdirkan untuk kami. Akhirnya selepas menunggu selama sebelas tahun, akhirnya Allah menganugerahkan kamu kepada kami. Kami bersyukur kerana penantian itu, akhirnya Allah memberikan kami seorang, itulah kamu.” Jelas ibunya sambil mengesat akhir mata yang tiba-tiba mengalir.
”Kamu dilahirkan dengan segala kesusahan yang perlu ibu dan ayah tanggung. Malah ibu terpaksa menjalani pembedahan untuk melahirkan kamu. Ibu pasti Allah akan menganugerahkan juga zuriat untuk kamu berdua.” Jjelas ibu lagi.
Ibu segera mencapai kembali baju bayi yang sedang dikait tadi dan cermin matanya lantas segera menyambungkan kerja mengait itu semula.
”Maaf bu, kerana itulah, Ikbal tak mahu lagi ibu bersedih hati?” Berhati-hati Ikbal mengeluarkan kata-kata sambil direnung wajah ibunya.
”Apa maksud mu ikbal?” Tiba-tiba ibu menyoal agak keras. Bagai dapat menangkap sesuatu yang ingin Ikbal sampaikan.
”Ibu, Ikbal ingin berkahwin lagi.” Jawab Ikbal yang tersentak dengan terjahan keras ibunya tadi.
Ibunya tergaman, tidak mengangkal itu yang ingin diperkatakan Ikbal. Ada riak kemarahan di mata ibunya.
“Ibu tidak benarkan kau berkahwin lagi! Tidak sama sekali! Belum ada dalam salasilah keluarga kita berkahwin dari satu. Ibu tak setuju! Ayahnya mu juga tidak akan setuju!” bentak ibu keras.
Ikbal hanya diam membisu. Kata-kata ibunya kata-kata keramat. Membantah pasti akan menimbulkan kemarahan yang berpanjangan. Tiada daya untuk menentang kata-kata ibunya. Terlihat jelas api kemarahan di mata ibunya. Dia tidak mahu lagi mengulangi ceriita yang sama seaktu ingin menikahi Ina.
“Tidak bolehkah kamu bersabar sedikit dengan ujian Allah ini! Kalau ibu dan ayah sendiri masih mampu bersabar menantu kelahiran cucu kami, kenapa kamu tidak boleh? Bukankah kamu berdua telah disahkan oleh doktor mampu menghasilkan zuriat. Cuma belum rezeki kamu berdua lagi. Banyakkan berdoa kepada Allah moga disegerakan. Ibu dan ayah juga sentiasa mendoakan untuk kamu berdua!” ibunya keras menuturkan kata-kata bagai satu arahan yang perlu dia patuhi.
Suasana tiba-tiba hening. Hanya terdengar bunyi kipas angin yang berputa-putar ligat. Namun lembut hembusan angin yang terhasil dari putaran kipas itu tidak mampu menyejukkan hati keduanya, Ikbal dan ibunya. Minuman sejuk yang sedari tadi terhidang di atas meja itu jugak masih belum terjamah.
“Ina dah izinkan ikbal berkahwin lagi satu mak. Ikbal tak pernah memaksa. Rahimah pun telah bersetuju. Bukankah Rahimah dulu pernah ibu cadangkan menjadi isteri Ikbal” Jelas Ikbal mengharapkan ibunya memahami.
”Ibu, ikbal akan teruskan juga perkahwinan ini. Ikbal dah tak sanggup menunggu lagi!”
Ibunya diam, tidak lagi menyambung kata-kata. Baju bayi yang terhenti dikait disambung semula. Ibunya seolah enggan lagi meneruskan perbincangan. Tumpuan dialihkan kepada sulamannya. Ada kekesalan di hati ibu Ikbal atas kedegilan Ikbal.
**
Majlis pernikahan itu akan bermula jam 9.00 malam, sebaik sahaja selepas solat isyak. Majlis yang akan diadakan di rumah ibubapa Rahimah yang hanya kira-kira 200 meter sahaja dari masjid. Hanya sanak saudara terdekat sahaja yang dijemput.
Ikbal yang kelihatan segak lengkap berpakaian baju melayu putih, bersongkok hitam dan bersamping kain sutera hitam menanti dengan tenang kehadiran tok kadi. Wajahnya sesekali kelihatan resah. Beberapa titis peluh mengalir perlahan di pipinya segera dilapkan dengan sekeping tuala kecil. Ada debaran didadanya. Sesekali dia melihat jam ditangannya.
Nun di satu sudut, Ina isterinya dengan rela ingin mengikuti majlis pernikahan ini, awalnya telah dinasihat agak berada sahaja di rumah kerana kesihatan fizikal dan emosinya agak terganggu tapi masih berkeras untuk turut sama menyaksikan majlis pernikahan suaminya. Walau pun sebagai seorang wanita pedih hatinya untuk menerima kenyataan itu, namun kasihnya pada Ikbal direlakankan juga.
Rahimah yang telah bersiap dengan berpakain baju kurung dan tudung putih bersiap didalam bilik menanti saat bersejarah. Dia pasrah kalau takdirnya akan bertemu jodohnya dengan suami orang, dia terima sahaja. Lagi pun isteri Ikbal sendiri telah memeberikan persetujuan. Dia memang mencintai Ikbal sejak mereka masih kecil lagi. Malangnya apabila dewasa Ikbal memlih Ina sebagai isteri. Tiada penyesalan di hatinya menerima ikbal mejadi suami.
Saat ditunggu tiba, Tok kadi dan pembantunya tiba lalu mengambil ruang lapang di tengah-tengah ruang. Ikbal duduk bersila di hadapan Tok kadi. Ayah Rahimah sebagai wali di sebelah kanan Tok Kadi. Rahimah dengan diiringi pengapitnya keluar dari biliknya lalu duduk di sebelah Ikbal.
Tok kadi membelek beberapa dokumen di hadapannya. Majlis pernikahan akan dimulakan. Suasana sepi. Para hadirin semuanya memberikan tumpuan kepada upacara pernikahan yang akan bermula pada bila-bila masa.
”Abang Ikbal, kak Ina pengsan!” Tiba-tiba satu suara terdengar dari penjuru rumah.
Ikbal tersentak lalu berpaling. Dilihatnya Ina terbujur kaku di sudut rumah. Hanya nafasnya saja kelihatan turun naik. Berapa orang tetamu yang hadir segera memberikan bantuan. Ikbal bangun dalam keadaan tergesa-gesa terus menuju ke arah isterinya yang sedang terbaring kaku. Segera dipegang tangan isterinya, terasa amat panas sejuk sekali. Denyut nadi Ina juga perlahan. Degupan jantungnya juga mula perlahan. Baju Ina dibasahi peluh yang mencurah.
Ikbal cemas. Sejak seminggu yang lalu Ina sering mengadu badannya tidak sihat dan sering muntah-muntah, tapi bila diajak berjumpa doktor Ina enggan, katanya sakit biasa sahaja. Kali ini Ina pengsan, segera Ina dipangku lalu dibawah keluar menuju ke kereta. Adik lelakinya telah tersedia didalam kereta
”Terus sahaja ke hospital!”
**
Sejak Ina masuk ke wad kecemasan, Ikbal hanya dibenar menunggu di luar sahaja. Dia ditemani oleh adik lelakinya serta ayah dan ibunya yang tiba sepuluh minit kemudian. Ikbal agak keresahan. Jam di tangannya menunjukan telah setengah jam masa berlalu, masih belum ada berita tentang isterinya yang sedang dirawat. Begitu perlahan rasanya masa begerak. Walau pun beberapa orang jururawat kelihatan keluar masuk wad kecemasan itu, masih tiada lagi berita tentang isterinya. Ayah dan ibunya berusaha menenangkannya.
Sesekali direnungnya sekeping gambar yang tergantung didinding ruang menunggu itu. Gambar seorang anak yang sedang disusui oleh ibunya. Alangkah beruntungnya dia kalau mempunyai anak dari dagingnya sendiri.
”Encik Ikbal, doktor nak jumpa sekarang!” namanya tiba-tiba dipanggil oleh seoang jururawat yang keluar dari wad kecemasan itu.
Ikbal bergegas masuk ke wad kecemasan. Terlihat isterinya terbaring kelesuan di katil. Seorang lelaki yang berpakaian serba putih berdiri di sisi isterinya. Masih muda orangnya mungkin dalam lingkangan usia tiga puluhan.
”Saya suami dia!” Kata Ikbal sambil tangannya menunjuk ke arah isterinya yang sedang terbaring. Dilihat mata isterinya terpejam. Mungkin terlena kepenatan.
”Saya Doktor Halim, doktor yang memeriksa isteri encik Ikbal.” Sapa doktor muda tu sambil mengulurkan tangannya.
Tangan doktor muda itu disambut erat. Dia merenung ke wajah doktor yang sentiasa tersenyum itu dengan penuh harapan.
”Bagaimana isteri saya doktor? Apa sakitnya?” Tergesa-gesa Ikbal menyoal doktor muda itu. Tangan doktor itu masih digenggam erat tidak dilepaskan sedari tadi.
Doktor Halim masih lagi tersenyum sambil sebelah tangannya lagi menepuk bahu ikbal berrtalu-talu.
”Tahniah, anda bakal menjadi seorang bapa. Isteri anda mengidap sindrom kehamilan! Ini perkara biasa terjadi kepada wanita yang pertama kali hamil. Kandungannya telah berusia dua bulan setengah. Tahniah!” Jawab Doktor Halim.
Ikbal tersentak, bagaikan tidak percaya. Dia bakal menjadi seorang ayah. Segera dia mendapatkan isterinya. Direnung dalam-dalam wajah isterinya yang masih terbaring kelesuan. Wajahnya isterinya agak pucat dan keletihan. Kelu lidahnya untuk berkata-kata. Namun Isterinya tetap menghadiahkannya senyum. Senyuman yang paling manis rasanya
Digenggamnya tangan Ina erat-erat seolah tidak mahu lagi dilepaskan. Segera dahi isterinya dikucup sebagai tanda terima kasih.
”Bang, maafkan Ina kerana mengganggu majli pernikahan abang!” Tiba-tiba isterinya bersuara memecah kesunyian. ”Pergilah selesaikan dahulu majlis pernikahan tu!”
”Majlis pernikahan itu dah selesai” Jawab Ikbal.
”Bila?” Balas Ina.
”Lapan tahun dahulu! Tiada lagi majlis pernikahan yang baru!” jawab Ikbal gembira.
Terima kasih tuhan, doanya telah dimakbulkan.

Al Fatihah
Masih terbayang senyumannya saat kali pertama dia kutemu.
"Awak Shahira kan ?"pertanyaannya kusambut dengan senyuman ikhlas.
"Assalamualaikum" , tuturnya lagi. Dan aku masih terenyum.
"Awk ni memang suka senyum ye?".pertanyaannya membuat aku ketawa. Sebenarnya senyuman itu sekadar untuk menutup malu. Itulah kali pertama dia kutemui.
"Waalaikummussalam awak…ya, saya shahira".
"Dapat jugak saya dengar suara awak ye. Ingatkan hari ni saya kene cakap orang2 "..
Boleh tahan orangnya, miliki senyum yang manis juga mata yang cantik..kelakar orangnya..itulah kesimpulan awal yang dapat kubuat pertama kali bertemunya..
Dia hadir saat aku kesepian, lawaknya sering buat aku tersenyum. Aku tahu ada sesuatu yang tersirat jauh disudut hatinya..
"Maafkan aku Fahmi, hatiku telah dimiliki. Jangan kau sakitkan dirimu hanya disebabkan aku yang tak tahu menghargai". Tapi dia tetap dia.
"Takpe Sya, aku tetap disini untuk engkau. Jangan dihalang, kerana aku berhak menyanyagi sesiapa yang aku ingini. Jangan terlalu kejam pada aku shahira."
"Aku terpaksa menjadi kejam kerana aku sayangkan kau Fahmi. Aku tak nak kau sakit"
" Itu pilihan aku sya dan kau tak perlu bimbang. Aku tahu setakat mana kemampuanku. Kau boleh datang bila kau perlukan aku dan pergi bila-bila yang kau mahu sya. Aku tak kisah, Cuma jangan jauhkan diri dari aku. Aku tak sanggup",
Tak ku sangka Fahmi, hati mu tak selembut senyuman dan matamu.
Tanpa aku sendiri sedari, sudah lebih setahun perkenalan kami. Aku masih disini, meneruskan perjuangan yang entah mana penghujungnya manakala dia sudah mampu tersenyum senang diatas kerusi empuk. Luarannya telah jauh berubah berbanding dia yang dulu tapi hatinya masih sekeras dulu.
"Sya, malam ni aku jmput kau ye. Kita kuar makan, nak?"
"Kau tahu apa jawapan aku kan mi?"
"Ye, tapi aku akan terus bertanya. Kau buat ape tu?"masih ada ketawa dihujung ucapnya walau pelawaannya tak pernah ku terima.. Dan pastinya itu bukanlah kali pertama tapi sudah beratus kali ku kira. Begitu sabar kau melayan kerenahku wahai sahabat…
Hari ni aku menagis lg. tak prnah jemukah dia menyakiti hati aku. Gembira kah dia melihat aku sedih? Banggakah dia melihat air mata ini mengalir kerana dia?? Dia terlalu kejam. Tapi kenapa dia masih ku sayang. Adakah aku yg bodoh. Menyintai org yg tak pernah tahu menghargai dan mengabaikan orang yang menghargai.. aku kah yang bodoh…Ya Allah. Bantulah hambaMu ini, berikanlah aku secebis kekuatan untuk ku tabah menghadapi semua ini. Dan berikanlah aku petunjuk agar aku tahu apa yang perlu aku lakukan. Aku terlalu lemah tanpa bantuanMu Ya Allah.
"Kau menangis lagi sya?" aku hanya diam dan terus diankan..
Dia cukup mengenali aku walau hanya denagan satu mesej. Malah dia terlalu memahami .Tapi apakan daya, hatiku hanya satu.
"Cukup la Sya, aku tak sanggup lihat kau menangis. Air matamu terlalu mahal untuk dibazirkan pada manusia yang tak pernah tahu menghargai".
"Tapi inilah aku Fahmi, insan yang kau kenal hampir 2 tahun. Kau lebih mengenali aku kan ?" terdengar keluhan lemah dicorong handsetku..
"Ya Sya, aku tahu. Teruskan pejuangan mu. Anggaplah aku sebagai sebatang pokok di tepi jalan. Yang boleh kau singgah berteduh bila kau kepenatan dan pergi bila-bila yang engkau inginkan. Aku tetap disini" air mataku semakin laju. Aku memang tak layak untuk insan sebaikmu Fahmi.
"Dia minta izin aku untuk duakan aku Mi"esakan ku semakin kuat.
"Ape!" tinggi skali nada suaranya.
"Dia memang melampau Sya. Kenapa kau bodoh sangat?" aku terkedu. Tersentak dan tak mmpu bersuara. Mungkin tahap kesabarannya telah memunjak.
"Maafkan aku Sya, aku geram. Marah. Kenapa biakan dirimu disakiti sebegitu skali Sya. Aku begitu tak layak kah untuk kau?kenapa biakan dia lakukan sesuka hatinya. Kenapa kau seksa dirimu? Aku kecewa Sya, lebih kecewa dari saat kau tolak cintaku."
" Maafkan aku Fahmi, kita sama. Seperti mana kau sanggup sakiti dirimu untuk aku, begitu jugalah aku Mi. aku tiada jawapan lain. Maafkan aku."
Genap hari ini, sudah sebulan aku tak dia hubungi. Bukan satu malah sudah beratus kukira Mesej dan panggilanku tak dibalas. Agaknya dia sedang bergembira dengan teman barunya dan aku terus menanti dan menanti. Lamunan ku tersentak bila handset ku brlagu.
"Waalaikummussalam Mi" hapanku hampa. Kukira dia yang memanggil
"Selamat Hari Lahir Sya" hanya dia yang mengingati. Hanya dia yang menghargai. Dan malam itu aku tidur bertemankan air mata lagi.
"Takpe Sya, walau abangg rapat dengan dia abang takkan tinggalkn sya. Itu janji abang." Itulah janjinya suatu masa dulu. Alasannya, dia telah banyak menyentuh gadis itu, dan sebagai lelaki yang bertanggungjawab mana munngkin dia boleh memutuskan hubungan mereka. Aku malas malah dah terlalu penat untuk bertengkar. Cukuplah, kurelai apa shja yang dia inginkan.Aku bukan terlalu bodoh untuk biakn diriku disakiti sebegitu skali tapi pada pandanganku, walau takku izinkan dia tetap juga bersama perempuan itu. Dari dia melakukan sesuatu dibelakang aku, bialah kuterima smua itu. Sekarang janji hanya tinggal janji. Sibuk benarkah dia?
"Sya, kita keluar ye?esok aku akan balik kampung. Aku tahu kau akan tolak tapi skali ini aku mintak sangat. Boleh ye?" kali ini bersungguh benar ajaknnnya walau berkali ku menolak. Takpe la, dia telah banyak membantuku. Akhirnya pelawaannya ku terima..
"Terima kasih Sya, kau tahu betapa gembiranya aku" masih ku dengar girangnya suara Fahmi. Dapat ku bayangkan senyuman lebar dibibirnya..
Dia datang menjemputku. Dengan t-shirt berlengan panjang beserta jeans. Kulihat dia tetap bergaya. Simple tapi menarik ditambah pula dengan senyuman yang tak lekang dibibrnya. Jikalau aku temuimu dahulu sebelum dia, pasti kuhargaimu sepenuh hatiku Fahmi. Setengah hari kuluangkan masa bersamanya. Aku betul-terhibur. kulihat dia terlalu gembira dan aku senag dengannya. Sebelum melangkah keluar dari keretanya satu kotak hadiah berserta surat dihulurkan.
"kau tahu aku sayangkan kau kan Shahira"lembut suara itu mengetuk gegendang telingaku dan terus menusuk jantungku. Mata itu ku pangdang, sayu balasannya berbeza dari saat dia menjemputku td. Aku senyum dan menganguk perlahan.
"Jikalau ditakdirkan Nya aku milikmu, aku akan menjadi milikmu Fahmi" luahan ikhlas dari hatiku untuk insan yang telah terlalu banyak berkorban untukku.
************ ********* ********
Rantai pemberiannya masih dileherku. Lipatan surat itu kubuka lagi
Syahira…
Terima kasih kerana akhirnya kau sudi menerima pelawaan ku. Kau tahu semalaman aku tak mmpu melelapkan mata. Betapa aku tidak sabar menunggu kedatangan hari esok. Kau tahu Sya, aku sendiri tak mengerti mengapa aku terlalu menyayangi mu. Mungkin benar katamu. Seperti mana kau yang tak pernah jemu menunggu kasih dari dia yang tak pernah menghargai, begitu jualah aku yang tak pernah jemu mengharapkan secebis kasih darimu walau mungkin aku tahu aku takkan dapat merasainya.
Tapi aku bahagia Sya, walau sekadar penemanmu disaat kau disakiti aku tetap bersyukur. Sekurang-kurangnya aku masih diperlukan. Terima kasih Shahira, kehadiranmu terlalu bermakna menggantikan ibuku. Ingat pesanku Sya, kau carilah kekuatan untuk kau lebih cekal menghadapi liku hidupmu. Aku bimbang kalau-kalau pohonku ini tidak lagi dapat menjadi tempatmu berteduh. Aku takut kalau-kalau aku tak mampu lagi memimjamkan bahu ini untuk kau basahkan dengan air mata.
Sesunnguhny pecayalah Sya, mana mungkin aku sanggup biakan insan kesayangan ku bersendirian tapi takdir Tuhan siapa menyangka. Aku terlalu menyangimu Sya, aku harap kau juga harus belajar untuk menyangi dirimu. Di belakang dia ada kamu, dibelakangmu ada aku tapi dibelakangku tiada siapa. Aku terus berdiri teguh di sini pun hanya keranamu. Supaya aku dapat menahanmu dari jatuh, supaya kau tidak pernah merasa keseorangan menghadapi hidup ini. Yang pasti aku tahu kau gadis cekal Shahira. Aku sendiri belum pasti dapat menjadi secekalmu. Cukuplah setakat ini. Pangjang benar aku berceloteh. Aku betu-betul tak sabar menunggu esok Sya.
Ikhlas dari aku,
MOHD FAHMI
Air mataku terus mengalir laju. Hari ini, 28 ogos 2008 genaplah setahun pemergiannya. Mungkin dia terlalu baik untuk insan seperti aku. Aku masih Shahira yang dulu. Tapi Fahmi, kau tahu aku semakin kuat. Mungkin kerana aku tidak lagi punyai kamu untuk berteduh dan bersandar. Kemalangan yang meragut nyawamu itu terlalu ngeri untuk kubayangkan. Aku lah insan bodoh yang tak pernah tahu menghargai kasih sayangmu Fahmi. Maafkan aku..maafkan aku..
Aku..
Ingin mengapai awan,
membelah pelangi,
memeluk bulan,
menggapai matahari..
Namun..
Aku cuma insan biasa
yang hanya mampu menganyam mimpi,
yang hanya mampu melakar angan,
yang hanya mampu menitik rasa,
yang hanya mampu membait impian
kerana..
aku sekadar insan..
AL FATIHAH
********************************************************************************

Disini Ada Cinta - Ep3 (Akhir)
BAU daging bakar yang dipanggang benar-benar membuka selera. Kay mengambil sehiris, mencecahnya ke dalam air asam.
"Sedap?" Soal Adam. Kay mengangguk.
"Sebab tu I selalu ke sini.. " Ohh.. Kay senyum.
"Kay.. you sudi tak jadi girlfriend I?" soalnya tiba-tiba. Alamak.. Kay senyum lagi.
"Kenapa you tanya?" soal Kay. cakaplah.." pinta Adam. "how about u?" soal Kay pula.
"I.." Abang… " Adam kepucatan. Gadis yang berambut separas bahu itu tersenyum. Entah dari mana datangnya dia mereka tak sedar.
"Nora.. Nora buat apa kat sini?" soal Adam gugup. Kay kehairanan. Aikk.. kenapa pula ni?
"Siapa ni bang? Dari tadi lagi Nora perhati..cakaplah bang.." desak gadis itu lagi. "Ini.. ini.. "
"Ini perempuan yang abang suka tu kan? Selama ni betul la apa yang orang kata pasal abang! Abang curang!!" Pantas tangan Nora mencapai jus lobak dan menyimbah ke arah Kay. Kay tak sempat mengelak dan seluruh muka dan dadanya sudah basah.
"Nora..!" Adam memegang kepala. Kay tergamam.
"Siapa ni bang? Cakap??" desak Nora. Suasana di restoran itu mula tegang. Pelanggan-pelanggan lain sudah mula memberi perhatian ke arah mereka.
" Dia tunang I Nora.." Satu suara tiba-tiba menyampuk. Amal sudah tercegat di sebelah Kay. Tanpa dipinta selamba dia meletakkan tangan memeluk bahu Kay. Kay tergamam. Dalam hati memang geram.. tapi hati dia lebih sakit melihat dua makhluk di hadapannya sekarang ini. Adam hilang machonya bila Nora tiba-tiba muncul! Tak guna punya jantan!!
"Ha.. tunang Amal, Kay…"
"Apa?" Nora menekup mulut. Seraya itu dia mengambil napkin membantu Kay mengelap baju yang sudah basah.
"Sorry.. I tak sengaja sorry.." pintanya kesal.
"I Nora, tunang Adam.. I minta maaf.. Amal.. sorry.." pintanya lagi.
Kay diam tak terkata-kata. Pada Adam dia merenung tajam membuatkan Adam mula tak senang duduk. Amal selamba menarik kerusi dan menolong menjamah hidangan yang masih belum terusik sepenuhnya.
"Nora.. kan abang dah kata.. abang Cuma sayangkan Nora.. " pujuk Adam.
"Ye Nora.. betul tu.." sampuk Amal.. antara perli atau apa, Adam tak pasti.
"Err.. Mal.. aku pulang balik tunang kau.. aku pergi dulu.. sorry ye Kay.. bye.." Adam bangun dan berlalu memimpin Nora pergi dari situ. Kay tergamam lagi. Tak percaya apa yang berlaku sebentar tadi.
"Kan saya dah cakap dulu.. " Amal merenung wajah Kay. Kay tidak menjawab. Tangannya masih tekun mengesat baju yang sudah kotor. Tiba-tiba dia terasa malu yang amat sangat. Dan tiba-tiba juga dia rasa Amal memang sengaja ingin menyaksikan kegagalannya dalam membina satu hubungan. Airmata tiba-tiba terasa menitik. Tanpa menanti Kay bangun dan meninggalkan Amal yang cuma tenang melihatnya berlalu pergi….
Mak menggeleng kepala melihat Kay mengutip kaca yang berderai di atas lantai. Apa kena anak aku ni? Bisiknya sendiri. Sudahlah terkejut melihat dia balik memakai baju kurung semalam belum hilang lagi. Perangainya juga sudah banyak berubah. Pendiam tak tentu arah pula dia kali ini. Kena sampuk dek jembalang tanah ke?
"Kay ambilkan piring bekas nenas mak tu.." pintanya bila Kay selesai mengutip serpihan kaca. Kay patuh. Seketika kemudian dia membawa sebesen besar taugeh yang sudah dibuang akar.
"MasyaAllah budak ni.. " mak menggeleng kepala.
"Nape mak?" soal Kay.
"Mak mintak nenas tu.. yang kau ambil taugeh ni kenapa?" Ohh.. Kay menggaru kepala yang tidak gatal. Along turut tersenyum melihat Kay. Kantoi ngan mak! Padan muka!
"Kamu ni kenapa Kay? Sakit? Sakit apa?" soal mak.
"Sakit orang muda mak.." sampuk along selamba. Kay mula menjeling geram. Jangan nak pandai-pandai bukak cerita.. kang aku bakar gambar tunang kau kang.. Along tertawa sambil menjelir lidah.
"Kay.." mak senyum. Kay menoleh. Tangannya lincah membasuh beras.
"Mak suka tengok anak mak sorang ni dah berubah. Dah pandai pakai baju kurung.. dah pandai melawa.."
"mana taknye mak.. ada imej consultant tak bertauliah yang ajar itu ini.." jawab Kay sambil menjeling along. Along senyum. Aku ke.. atau si Amal tu?
"Mak rasa memang sesuai sangatlah.. macam pinang dibelah dua la.." Aik.. Kay merenung emak. Sejak bila pulak mak aku ni masuk pertandingan pantun ni?
"Iyelah.. hidup kita sebagai manusia ni Allah jadikan berpasang-pasangan..kalau bulan dengan bintang.. kalau hujan dengan panas.. kalau siang dengan malam..kalau bunga ada kumbangnya.." Amboi… Kay rasa nak tergelak.
"Mak.. mak ni nak cakap apa sebenarnya.. nak cakap pasal cuaca dunia semakin panas ke.. nak cakap pasal bunga?" Kay sudah mula tertawa bersama along.
"mak nak cakap hal kamu tu la!" Alamak.. Kay tersenyum. Dia duduk di sebelah Along. Biarpun sebaya tapi Along jelas kelihatan lebih matang dari Kay.
"Kakak kamu tu dah bertunang.. jadi.. mak rasa.. Kay pun patut ikut jejak langkah Along.." Apa?? Kay rasa macam nak tercekik.
"Mak ni kalau boleh nak tengok dua-dua anak mak ni bersanding sama.." Kay tergelak lucu.
"Mak.. takkan la kami ni kembar, semua kena sama.." Kay menggeleng kepala..
"Iye la.. anak perempuan mak dua aje.. kalau dua-dua kawin lega mak.. tak ada la mak ni nak risau sangat…" Kay senyum.
"Kalau ada orang merisik Kay.. Kay nak tak?"
"Soalan mak tu macam dah ada orang gitu-gitu jer.." Along mengerut kening. Mak senyum.
"Orang ni datang dari keluarga baik-baik. Dah lama kami rancang perkara ni.. " Mak memandang Kay.
"Kay dah ada buah hati ke?" Kay tunduk. Jari-jari runcingnya ligat menguis-kuis alas meja. Buah hati? Hati Kay ni baru je remuk mak. Kay dah tersilap menyayangi orang.. rupa-rupanya orang tu dah ada tunang! Along merenung Kay. Dia turut merasa pedih yang terukir di hati kembarnya. Sabarlah dik..
"Fikir la dulu.. kalau dah habis fikir bagi tahu mak.. kalau Kay nak jumpa orangnya pun boleh.. tapi fikirlah dulu.." mak menepuk belakangnya, membuatkan Kay tersenyum.
RITA merenung gadis di hadapannya tak bekelip. Betul ke aku tak salah orang ni? Dia menenyeh biji mata.. untuk memastikan dia tak tersalah pandang.
"Apa ni? Tak pernah tengok orang ke?" soal Kay sambil tersenyum.
"Apa dah jadi dengan kau ni Kay?" soal Rita sambil meletakkan surat-surat untuk tindakan Kay. Kay sengih lagi. Jambangan-jambangan bunga mawar yang layu di atas meja disusun elok di belakang. Seminggu dia cuti mawar-mawar itu terbiar di atas meja. Dan, yang paling segar diletak dalam vase besar. Terima kasih banyak pada orang yang baik hati mengirim bunga. Lain kali bagi lagi berdozen-dozen!
"jadi orang la.. nak berubah jadi baik pun tak boleh ke?" soal Kay kembali. Rita rasa tersindir.
"Kenapa kau tak balik lagi?" soal Kay sambil menaip sesuatu di komputer.
"Aku saja lalu sini.. tak tau kau dah masuk kerja hari ni.. kata nak cuti dua minggu.." jelas Rita.
"Saja.. bosan pulak aku duduk kat rumah.. " jawab Kay.
"So, aku balik dulu la Kay.. boyfriend aku dah tunggu kat bawah.. err.. ikhlas aku cakap.. cantiknya kau.." Kay senyum bila Rita memuji begitu. Rita keluar dari bilik. Suasana di pejabat kembali sunyi. Memang semua terkejut melihat kemunculannya hari itu. Masing-masing ingat dia pekerja baru. Kelakarnya.. tapi syukurlah.. bermula daripada arahan gila si Amal aku dah berubah sampai ke tahap ini. Kadang-kadang betul juga kata kak Suraya. Biarpun arahan tu nampak tak logik.. tapi untuk kebaikan.. tak salah kalau kita akur.. hmm… minta-mintalah si beruang kutub tak perli aku lagi lepas ni. Sakit telinga bila dia asyik kata aku ni macam jantan. Dan minta-minta.. lepas ni mulutnya yang macam murai tu terkunci rapat-rapat bila melihat imej baru aku ini… tapi.. mesti ada tujuan dia dera aku macam tu. Aku tengok si Tina secretary Encik Adnan di HR Dept. tu melayu juga.. berdarah jawa lagi.. tapi selamba je pakai skirt singkat.. tak kena marah pun! Ahh.. lantaklah.. yang penting aku buat ni bukan pasal dia.. tapi kerana kesedaran aku sendiri. Dah puas 24 tahun aku hanyut dalam dunia gila-gila.. sampai aku tak ada identiti sendiri. Nak kata perempuan tapi macam lelaki.. nak kata lelaki bulan-bulan ada bendera merah juga! Dia mula rasa boring. Pantas tangan pergi ke Real Jukebox. Kemudian dia klik pada lagu yang baru didownload tengah hari tadi. Orang tak ada ni boleh la menyanyi hiburkan hati..
'm not looking for someone to talk to
I've got my friend, I'm more than ok
I've got ore than a girl could wish for
I live my dreams but it's not all they say
Still I believe I'm missing something real
I need someone who really sees me
Don't wanna wake up alone anymore
Still believing you'll walk through my door
All I need is to know it's for sure
Then I'll give.. all the love in the world
I've often wondered if love's an illusion
Just to get you through the loneliest days
I can't criticize it
I have no hestitation
My imagination just stole me away
Still I believe
I'm missing something real
I need someone who really sees me
Don't wake up alone anymore

All I needi is to know it's for sure

Love's for a lifetime not for a moment'
So how could I throw it away
Yeah I'm only human
And nights grow colder
With no one to love me that way
Yeah.. I need someone who really sees me..
And I won't wake up alone anymore

You'll reach for me and I'll know it's for sure
Then I'll give.. all the love in the world..
Amal tak jadi untuk mengganggu gadis itu menyanyi. Dia jadi gamam melihat gadis bertudung hijau itu di dalam bilik Kay. Mulanya memang dia nak menyergah. Anak dara apa melalak sorang-sorang di sini? Tapi, saat matanya jatuh melihat ke wajah itu dia jadi serba salah. Memang perasaan ini sudah mula wujud setelah melihat air mata gadis itu jatuh semasa peristiwa di restoren itu terjadi. Dan Amal mula terasa amat bersalah. Memang dia tahu perangai playboy Adam.. tapi sengaja dia nak mengenakan si Kay. Memang niatnya supaya Kay sedar.. di jiwanya masih bernaluri perempuan.. yang ingin dimanja dan dikasihi. Lagipun, dalam banyak-banyak staff, yang seorang ni memang suka memberontak. Maklumlah.. masa dengan abah dulu naik lemak. Abah memang jenis tak kisah. Tapi dengan aku jangan main-main. Bukan dia tak tahu gelaran istimewa diberikan Kay untuknya. Si beruang kutub! Orang handsome macho macam aku dikata beruang kutub. Sebagai balasan, padan muka kau kena jadi perempuan! Hari pertama dia datang kerja dengan baju kurung warna merah kalau tak silap. Penampilan pertama memang kurang memuaskan. Baju merah, kasut warna hijau tua.. bawak pula beg sandang. Memang menjatuhkan maruah baju kurung! Namun lama kelamaan dia dah mula memakai kebaya. Pertama kali dia berkebaya masa aku bawa jumpa Adamlah! Tak sangka lawa juga minah tomboy ni.. dia sendiri terpesona sewaktu Kay melangkah ke dalam pejabat. Baju itu menampakkan susuk tubuhnya yang lampai. Tapi, tak boleh dipuji.. nanti menjadi riak. Dan hari ini tuhan seperti ingin menduga hatinya yang mula bergoyah. Kay tersangat ayu dan manis bila mengenakan tudung rupanya. Dan Amal terus memerhati dari jauh tanpa Kay sedari sedikitpun…
MESYUARAT berakhir setelah 3 jam bersidang. Kay menguap beberapa kali. Dia memeriksa handset yang dioffkan sejak dari pagi tadi. Wahh.. banyaknya pesanan suara! Pesanan pertama.. huh!! Adam??!! Ciss.. pegi mampus! Bisik hatinya sendiri. Kemudian, pesanan Kak Suraya.. hmm.. dia ajak pergi ke rumahnya petang esok. Kena return call. Kemudian .. alamak.. ni dari kampung! Kay segera menyorok di belakang pintu bilik meeting sambil tangan lincah mendail nombor rumah.
"Hello.. "
"Asalamualaikum mak! Kenapa telefon Kay?" soal Kay.
"Amboii.. telefon anak sendiri dah tak boleh?" usik mak membuatkan Kay tertawa.
"Tak adalah mak.. "
"Macammana?" soal mak.
"Macammana apa mak?" soal Kay balik.
"Jawapan hari tu.. dah dua minggu dah ni.. pihak lelaki dah sibuk bertanya.. jangan biar orang tunggu lama-lama Kay.." Hmm.. Kay mengeluh.
"Oh ya.. semalam mak cik Sarimah telefon mak.. dia suruh Kay telefon dia.. ada hal mustahak nak cakap.. ambil nombor telefon ni.... " Kay pantas mencatit sesuatu di kertas yang dibawa ke dalam meeting tadi.
"Ni nombor telefon rumah dia ke ni mak?"
"Hmm.. telefonlah.. kalau Kay nak puas hati. Mak dan abah dah tengok orangnya.. kami dah berkenan.." Kay mengangkat kening. Mak dengan abah ni macam dia pulak yang nak kawin!
"Err.. okey la mak..nanti la Kay telefon.. err.. Siapa nama dia mak?"
"Amirul, "
"Ohh.. Amirul.." Kay senyum.
"Ehemmm!!!" Opocot!! Kay cepat-cepat menyimpan handset. Amal sedang merenung di belakang. Apa lagi la salah aku.. takkan bercakap dengan mak sendiri pun tak boleh..
"Saya nak awak ikut Samsul jemput Encik Mokhtar dari Sudan kat KLIA sekarang...." Eiii… Kay mengurut dadanya. Sabarkanlah hati aku nie ya tuhan!!!
"KAK .. boleh tolong Kay tak?"
"tolong apa?" soal Suraya.
"Tolong telefon orang ni.."
"Kenapa?"
"Err.. macam nie.. mak dan abah kat kampung berkenan kat orang nie.. tapi Kay tak pernah jumpa.. so, akak menyamar jadi Kay boleh?" pinta Kay.
"Ohh.. kenapa Kay tak cakap sendiri?"
"Takutlah.. tak pe la. Akak Cuma tanya dia sama ada dia nak jumpa Kay tu jer.. boleh?" pinta Kay lagi.
"emm… okey.. insyaAllah.. apa namanya?"
"Amirul, ni nombor telefon, 70865443,"
"Okey.. akak cubalah.."
"Okey.. thanks kak!" Kay senyum sambil menyimpan kembali telefon bimbit.
Entah kenapa rasa di dada berdebar lain macam. Dan dia paling surprise dengan satu berita. Si Amal nak bertunang!! Heh.. ada perasaan jugak kau dekat perempuan ye? Kay tersenyum sendiri. Siapa lagi yang bawa cerita kalau bukan si Rita. Lagipun.. seronok apa dapat korek rahsia boss. Boss yang kerek pulak tu. Dengar cerita pilihan keluarga. Bagus.. anak yang patuh pada orang tua.. Kay tersenyum sambil merenung jambangan mawar yang tiba lagi pagi tadi. Teringin sangat dia nak tahu siapa pengirimnya. Tapi sayang.. dia tak pernah terserempak dengan si penghantar bunga. Biasanya kak Mona receptionist yang mengambilnya. Dan sejak sebulan ini Cuma dia dengan si beruang kutub saja yang dikunjungi bunga setiap hari. Hmm.. diam tak diam kopak jugak la RM aku dua tiga ratus untuk bunga je.. jangan-jangan.. dia dah tahu aku punya kerja! Ishhh takkan la.. Kak Suraya takkan bocor rahsia punya! Lagipun si Rita tak pernah pula cerita boss dia tu pergi sibuk2 cari address kedai bunga tu.. maknanya dia suka la tu.. hehehe.. padan muka kau! Ego sangat! Tapi.. Kay mengurut dagu. Kalau tak kerana dia aku tak mungkin berubah begini! Dan dia akui.. Amallah yang banyak mengubah hidupnya. Dia patut berterima kasih pada Amal kerana membuka matanya selama ini. Dan kalau tidak kerana Amal, tentu dia terlanjur jauh mencintai Adam!
Ring! Ring! Telefon di meja berdering nyaring. Pantas gagang itu disambar.
"Hello.." "Hello Kay.. Kak Suraya nie.. problem Kay settle.."
Wah.. cepatnya kak.. macammana?"
"Err.. akak Cuma dapat cakap dengan mak dia aje la Kay.. tapi tak ada masalah.. mak dia kata petang nie Kay boleh datang ke rumah. Dia orang tunggu.."
"Okey .. terima kasih kak.. tapi Kay takutlah kak.. akak temankan Kay boleh tak? Lagipun Kay tak ada kereta.."
"Emm.. "
"Please kak.. Kay seramlah kak…" pinta Kay.
"Okey.. nanti lepas office Kay datang kedai akak, okey?"
"Okey! Thanks kak.." Kay senyum. Tapi dalam hati dia terasa begitu berdebar sekali.
HONDA City warna biru milik Suraya membelok masuk ke sebuah banglo di lorong ketiga. Mak aii… Kay terpegun sendiri.
"Betul ke ini rumahnya kak?" soal Kay. Suraya senyum.
"Pasti sangat Kay.. jom kita turun.." Suraya keluar dari perut kereta dan membuka pintu pagar. Kay mengekor di belakang takut-takut. Segala jenis selawat dan doa dibacanya. Dalam perjalanan tadi macam-macam pesanan mak di corong telefon. Salam.. lepas tu cium tangan. Jaga adab bercakap.. jangan cakap bukan-bukan.. aduii.. banyaknya pantang larang!
"Masuk Kay.. " Ehh.. Kay pelik. Kak Suraya ni buat rumah ni macam rumah sendiri aje.. seketika kemudian seorang wanita bertudung kuning pinang masak muncul.
"Ohh.. inilah dia orangnya.." Kay senyum, tunduk mencium tangan wanita itu. Seketika tubuhnya dipeluk dan kedua pipi dikucup membuatkan Kay rasa tenang. Kelembutan wanita itu menghilangkan segala kerisauannya. Kalau emak dah sebaik ini, anak nya mungkin serupa juga!
"Duduklah nak.. kejap lagi turunlah Amirul. Dia tengah sembahyang tadi.." Wah.. Kay lagi rasa gementar. Kak Suraya yang duduk di kerusi di depannya Cuma tersenyum tak putus-putus. Tak lama kemudian seorang lelaki turun, Cuma berkain pelekat dan berbaju melayu sahaja.
"Ini dia ayah kak Suraya.. abah, ni la Khusyairah.." Kay menghulur tangan untuk bersalaman tapi.. Eh.. macam pernah kulihat lelaki ini..
"Tuan Haji??" Kali ini debar makin menjadi-jadi. Macammana pulak aku boleh ada kat rumah boss aku ni?
"Kay.. amacam? Sihat?" soal Tuan Haji Ariff selamba. Kanak-kanak perempuan yang comel di sisi kak Suraya tersenyum manja.
"Mama.. mama.. tadi nenek kata mama nak bawak balik mak ngah.. " Mama? Kay pandang kak Suraya tak percaya.
"Kak Sue.."
"Sayang.. pergi panggil pak ngah turun.. kata pada dia nenek dengan atuk dah tunggu lama kat bawah ni.." Tanpa memperdulikan renungan Kay Suraya mengarah anaknya itu memanggil teruna yang masih di bilik.
"Kak Suraya Kay tak faham.." bisiknya. Macammana aku nak faham. Kalau ke sini.. siapa lagi yang ada di rumah kalau bukan si beruang tu! Alamak.. tapi..
"Kejap lagi Kay fahamlah.." balas Suraya bersahaja.
"Assalam.." Kay menoleh. Apa? Automatik dia berdiri bila melihat siapa yang muncul bersama anak Suraya tadi.
"Encik Amal!" Suraya menghampiri Kay.
"Sebenarnya.. Amal ni adik kakak.. dia ni la Amal Amirul.. "
"Jadi selama ni Kak Sue dah tahulah?" soal Kay. Suraya mengangguk. Aduh.. malunya aku!! Kay tunduk. Tak berani nak bertentang mata dengan keluarga itu.
"Jangan rasa apa-apa Kay.. semua ni family planning.. biasalah.. untuk kebahagiaan bersama.." usik Tuan Haji sambil tersenyum dan bangun. Sempat dia mencuit isterinya mengajak ke dapur.
"Mak masuk dulu ye.. berkenal-kenallah.." wanita itu masuk ke dalam.
"Mal pun tak faham kak long.." Amal turut merenung Suraya.
"Mal.. kan Amal pernah cerita tentang gadis idaman Amal yang degil sangat tu .. sekarang dia dah ada di depan mata.."
"Gadis idaman?" soal Kay pula.
"Ya.. dah lama Amal sukakan Kay.. tapi Kay yang tak faham. Jadi, kakak tolong sambungkan ikatan ni. Bila Kay kirim bunga pada Amal.. akak pula bertindak kirimkan bunga pada Kay pula. Kay sukakan Amir yang menghantar bunga tu kan? So, inilah Amir yang Kay cari-cari selama ini.." Kay tak tahu di mana nak sorok muka yang dah tebal.
Amal tersenyum. Cis.. mati-mati aku ingatkan kau dah nak kawin dengan orang lain. Macam nak hancur rasa hati sewaktu diberitahu Rita kau dah nak bertunang. Kecewa hati aku ni macam orang gila tau tak? Kerana itu bila mak telefon tadi beritahu Putri nak datang aku setuju aja. Lantaklah siapa asalkan aku boleh lupakan kau dari hidup aku.. tapi tak sangka..
"Sekarang.. segalanya dah terungkai.. Amal.. Kay dah ada di depan kau sekarang.. cakaplah apa yang rasa nak cakap selama ni.." Kak Suraya berlalu masuk ke dapur. Kay menarik nafas.
"Err.. kenapa awak diam je?"
"Saya minta maaf Encik Amal.. memang mula-mula saya kenakan encik Amal dengan mengirim bunga tu.. tapi sebenarnya.. saya .. saya.."
"Khusyairah.. saya pun nak minta maaf… selama ni saya tak bermaksud nak aniaya awak.. Cuma saya tak tahu macammana nak cakap saya suka kat awak.. saya pun, memang mula2 saya nak kenakan awak dengan si Adam tu.. tapi bila saya tengok awak menangis.. awak kecewa.. saya rasa saya yang bertanggungjawab.. dan masa tu saya sedar yang selama ni saya benar-benar sukakan awak.."
"Tapi encik terima juga bunga-bunga tu.. kalau encik sukakan saya sorang tentu encik tak terima bunga-bunga tu.."
"Sebab awak pun terima bunga juga.. saya pun tahu cemburu.." jawapan Amal itu membuatkan Kay tergelak.
"Err.. bila nama awak jadi Putri pulak?" soal Amal ingin tahu..
"macam encik Amal jugak.. nama penuh saya Khusyairah Putri.. tapi dulukan saya brutal.. putri tu saya selalu ignore.." jawab Kay. Amal senyum. Apa-apalah Kay..
"Jom.." pelawanya sambil tersenyum.
"Jom kemana?" soal Kay hairan. Kan mereka dah di dalam rumah sekarang..
"Jom kawin.." Amal tergelak mengusik.
"Amboii.. gatal nye!!" keduanya tergelak sama.
Di balik langsir Suraya dan maknya saling berpandangan.. alhamdulillah… tak lama lagi rumah ini akan menerima menantu lagi!!
All I need is to know it's for sure.. then I'll give.. all the love in the world.

Subscribe to:
Posts (Atom)