Thursday, November 21, 2013

Senyumanmu Igauanku



 “YESS..yes..yes..selesai juga reja aku hari ni,aku dah tak sabaq nak keluar pi beli barang ni,..apa yang aku nak beli ya..ermm…”  Shikin berfikir seketika,sambil tu Shikin  pandang kakaknya  yang baru habis mengemas,petang ni petang khamis jadi kedai di tutup awal,Shikin bekerja sementara di kedai kakaknya untuk mencari pengalaman kerja.
“Apa lagi tu..jom cepat..balik,.”
“Alaa kak..Shikin tak mau balik lagi..Shikin ingat nak pi kedai sat,dekat simpang tu ja,boleh la kak.?”
Shikin pura-pura merenggek pohon simpati,memang tiada barang yang penting ingin  di beli,kebetulan hari ini kakaknya memberi gajinya yang pertama,seronok sangat bila dapat pegang duit hasil titik peluh sendiri,Shikin pun sebenarnya tidak tahu apa yang ingin di beli cuma yang ada di fikirannya sekarang adalah sesuatu yang boleh di simpan sebagai kenangan.
“Ya la,tapi pi sat ja tau..haa,..bawa motor tu elok-elok sikit,jangan dok cilok sana cilok sini pulak,..bawa motor ngalahkan orang jantan.”
Dalam memberi izin sempat juga kak Tipah memberi amaran padanya,Shikin hanya mampu memberi senyuman sumbing buat kakaknya itu,tapi dalam hati Shikin berkata sendiri.-tak best la kak Tipah oii bawa pelan-pelan-.
Shikin mula membelok ke simpang menuju pasaraya,entah dari mana tanpa di sedarinya dua buah motosikal yang di pandu laju oleh dua orang remaja berselisih dengannya,terpempam Shikin seketika,dalam keadaan terkejut itu Shikin hilang kawalan dan motosikalnya terbalik di tepi jalan,betul-betul dengan dua buah gerai yang menjual burger.
“Hantu punya Mat Rempit..nyaris-nyaris aku mati terkejut,nasib baik aku ni muda lagi,buatnya aku ni ada sakit jantung,tak sempat aku nak mengucap,terus gol tang ni ja.”
Sempat lagi Shikin membebel,walaupun dua remaja tadi sudah lesap entah ke mana.Penjual burger yang sedang memerhatikan kejadian itu datang  untuk membantu mengangkat motosikal Shikin.
“Adik..lain kali kalau nak membelokkan motor ni,jangan la pulas minyak,slow la dikk,hang ni tak sayang nyawa ka,ingat.. masa naik motor tu ingat orang yang tersayang”
Salah seorang penjual burger yang lebih tua membebel pada Shikin,Shikin termalu sendiri,merah padam juga mukanya di tegur begitu,sempat lagi Shikin memandang di sekeliling,ya Allah ramainya orang yang sedang memerhatikan aku.
“Eee..depa ni dok tengok-tengok apa tak tau..depa ingat ni pesta ka apa?”  Shikin melepaskan geramnya pada orang sekeliling pula,penjual burger yang lebih muda terdengar ungkapannya sebentar tadi tersenyum,terpegun Shikin seketika,..aduyaii..hensemnya mamat ni,kata hati Shikin.

Shikin menongkat motosikalnya ditepi rumah,bibirnya masih tersenyum,entah kenapa selepas insiden tadi dia rasa teramat lucu,biarpun dia’malu gilerr’ macam budak-budak remaja selalu sebut tu tapi dia rasa kelakar la pula,tapi dalam tu dia juga rasa bahagia,hatinya berbunga riang.-.Alahai sapa la agaknya nama mamat hensem tu noo..teringin jugak aku nak tau nama dia,kalau la tak dak pak cik penyibuk tu tadi,tentu aku dah tanya nama dia tadi-
“Ooii..tu awat? Dah sewel ka pa? Dok sengeh sorang-sorang?”
Alamak!..kantoi lagi aku..
“Tak dak pa la kak Tipah,tadi Shikin tengok orang accident kat pekan nu.”
“Hang ni manusia ka pa? Ada pulak tengok accident pun dok sengeh sorang-sorang macam kerang busuk?”
Aduhh..banyak songeh pulak Kak Tipah ni,apa aku nak jawab ni,ligat Shikin berfikir alasan  yang paling munasabah untuk diberikan pada kakaknya itu.
“Apanya tak sengeh kak,lawak gilerr wa cakap lu..terbabas tepi jalan..dah tu siap dapat ceramah free lagi.” Sengihan Shikin semakin melebar,mahu saja di lepaskan tawanya itu.
“Hahh..ni hang tengok orang accident ka hang yang accident?”
Shikin terpana,masuk perangkap lagi aku,pandai pula kak Tipah ni serkap jarang,tepat pada sasaran,tapi..alah biarkanlah kak Tipah dengan tanda tanyanya itu,selamba ja Shikin berlalu dari situ.Kak Tipah buat muka garang,tekaannya mungkin mengena kerana sebagai seorang kakak yang paling rapat dengan Shikin dia sudah memahami sangat sikap adiknya yang tak pandai menipu itu,kalau dia tak menjawab maka benarlah telahannya.
..................................................................................................................


     “SHIKIN..tolong kak Tipah sat,tu ada pelanggan tu,tolong tanya sat depa nak minum apa.” Kak Tipah mengarahkan Shikin,akur dengan permintaan kakaknya itu Shikin ke depan kedai.
“Nak order apa..minum?. makan?”. Selamba Shikin menyoal dua pemuda di hadapannya.
“Apa yang ada?” pemuda-pemuda itu menyoal balas.
“Macam-macam ada,mee goreng,rebus,bandung,bihun goreng,sup,hailam..” dengan penuh perasaan Shikin menerangkan.
“Okey..kalau macam tu bagi kami Pizza,KFC,Mc Donald..Ayamas..” sambil senyum-senyum salah seorang dari pemuda itu menjawab manakala salah seorang lagi hanya memandang Shikin tanpa kata.
“Maafkan saya, encik berdua ni dah silap masuk kedai,semua benda-benda yang encik nak tu tak  dak di sini.” Shikin dah mula hangin satu badan,tapi di control suaranya itu,mukanya dah memerah menahan marah.
“Tadi cakap macam-macam ada.” Pemuda tadi berbalas kata dengan Shikin,kedua orang pemuda itu saling berpandangan dan melemparkan senyuman,Shikin dah mula bercekak pinggang dan menaikkan lengan bajunya lagak orang yang mahu bergaduh,kesabarannya hanyalah senipis kulit bawang,baginya dua pemuda itu sudah biadap padanya,kalau nak bergurau pun biarlah bertempat.
-ohh…korang nak berloyar buruk dengan aku ya..tak pa..tak pa- bisik Shikin didalam hatinya.
“Memang..memang..macam-macam ada dikedai ni..tunggu sat noo..aku nak ambik yang paling special untuk korang berdua.” Sehabis Shikin berkata begitu Shikin berlalu ke belakang kedai,di capainya jag minuman dan di masukkan dengan ais dan air.Dengan lajunya air berais itu di bawa ke depan kedai,dengan senyuman yang paling selamba dan ayu Shikin terus menyiram kedua pemuda itu.
“Amacam..sedap dak? Ni la makanan paling ‘special’ di sini.” Shikin tergelak dengan perbuatannya sendiri,tadi dua pemuda itu menguji kesabarannya,sekarang giliran dia pula berbuat perkara yang sama.
"Padam muka hampa..nak buat lawak bodo sangat dengan aku" Shikin berkata perlahan lebih untuk dirinya sendiri.
“Astafirullah..Shikinnn..apa hang dah buat ni?” Kak Tipah muncul dihadapan kedai,Shikin buat selamba ayu sambil tersenyum,dua pemuda tadi sudah benggang,habis basah di kerjakan Shikin.

Hari ini hati Shikin puas kerana dapat mengenakan dua orang pemuda-pemuda itu,biar pun dia tak mengenali mereka tapi dia seakan merasa salah seorang darinya pernah di temuinya,tapi dia terlupa pula di mana mereka pernah bertemu,mungkin salah seorang dari pelanggan tetap kakaknya barangkali.
Kak Tipah ada urusan jadi kedai di tutup awal hari ini,Shikin yang sendirian dirumah merasa teramat boring.Hendak membaca novel,kebanyakan novel-novel kepunyaannya dah beberapa kali di khatam membacanya,nak dengar lagu,asyik-asyik lagu yang sama saja.
“Apa aku nak buat hari ni,takkan nak melangut ja dirumah ni..”Shikin berbisik sendiri.
“Ahaa..aku ada satu idea”
Shikin terus berlari ke bilik air,membersihkan diri,solat asar dan bersiap,Shikin mengenakan pakaian formalnya,berseluar jean biru dan bertshirt lengan panjang biru muda serta bertudung putih,Nampak santai dan ringkas.Hajatnya nak jalan-jalan di Alor Setar,mencari novel-novel terhangat di kedai buku kegemarannya Popular Book Store,sambil tu bolehlah jalan-jalan sambil cuci mata,daripada melepak saja dirumah yang amat membosankan dirinya.
………………………………………………………………………………………………………


        PEKAN  Rabu Alor Setar sudah terkenal satu Malaysia dengan berbagai  jenis barang makanannya,kebanyakan orang luar yang datang ke Kedah menjadikan Pekan Rabu sebagai destinasi utama apabila datang ke Alor Setar.Shikin berpusing-pusing di tempat letak kenderaan di Pekan Rabu untuk mencari tempat yang sesuai untuk meletakkan motosikalnya.
"Ramai pula orang hari ni..ada apa ya?". Shikin berkata pada dirinya sendiri sambil meninjau keadaan sekeliling.Akhirnya dapat juga Shikin tempat meletakkan motosikalnya.
“Assalammualaikum.” Sapa seorang lelaki pada Shikin.
Shikin tak segera menjawab tapi memandang lelaki itu dengan penuh tanda tanya.
-Macam nak kenai ja mamat ni- Shikin bermonolog dalam hati,wajahnya nampak seperti berfikir sesuatu.
“Awak tak kenal saya ker?” Lelaki itu memandang Shikin dan melemparkan senyuman.
Shikin terpegun,macam pernah tengok mamat ni tapi aku tak pasti pula,tapi senyuman tu macam seseorang  yang..
“Awak ingat tak hari tu awak jatuh motosikal depan gerai burger sepupu saya,lepas tu pagi tadi awak siram saya dan adik sepupu saya di kedai makan..ingat tak?”

Wajah Shikin yang putih gebu itu tiba-tiba bertukar menjadi merah,baru dia tersedar dan pasti siapa lelaki itu,tapi dari cara lelaki itu bercakap dia mungkin bukan orang sini.
“Hai.. saya Harris..awak Shikin kan?” Harris menghulurkan tangannya untuk bersalaman,Shikin hanya memandang saja tanpa tergerak untuk menyambut huluran tangan Harris itu,Harris hanya tersenyum dan menarik kembali huluran tangannya.
“Ok..saya faham..bukan mahram tak boleh bersalam.”
“Faham tak pa.” Shikin masih buat muka selamba biar pun dalam hatinya berdegup kencang,setiap kali Harris tersenyum Shikin rasa terpegun,lesung pipitnya yang dalam itu begitu menarik perhatian Shikin.Penampilan Harris juga telah mengetarkan hati perempuannya,Harris yang berkulit kuning langsat,tinggi dan berkumis nipis itu begitu segak dengan gayanya berbaju T –Shirt biru muda dan berseluar jeans,nampak kemas dan rapi.


Shikin melangkahkan kakinya dan ingin berlalu menuju destinasinya,tapi baru beberapa langkah Harris menahannya,melihat wajah Harris yang kelihatan serba salah Shikin tiba-tiba dilanda perasaan lucu,mimik muka Harris yang sedikit berkerut  dan serius itu membuat Shikin tertanya-tanya.
~Apa hal la pulak mamat ni?~ fikir Shikin.
“Err..boleh tanya sikit Shikin? Tu pun kalau Shikin tak keberatan?”
“Tanyalah.”
“Jangan marah noo..birthday Shikin bila?”
“Lahhh..nak tanya birthday pun nak marah,awat tanya nak bagi hadiah ka?”
“Boleh juga kalau Shikin sudi menerimanya.”
“Ermm..30 febuari..saya tunggu hadiah awak,tu pun sebab awak dah berjanji,bukan saya yang nak pun” Shikin tersenyum sebaik habis berkata-kata,dalam hatinya sekadar menguji sama ada lelaki di depannya boleh memahami maksud sebenarnya.
“Ohh..jadi birthday awak esok la,kebetulan ni..jom la awak ikut saya,awak pilih ja apa yang awak nak nanti saya belikan.” Harris pura-pura bendul.
“Apa pulak..nak kena pilih sendiri,awak nak kasi,bagi ja la,apa pun.” Syikin nak ketawa dengan lawaknya sendiri,Fikirnya Harris dah terkena dengan helahnya,lantak hang la mamat oii..bengap juga noo..mana la mai orang ni..esokkan dah 1 mac,fikir Shikin.
“Mungkin awak ni orang yang paling bertuah dalam duniakan.”
“Awat pulak?” Shikin bertanya lurus.
“Ya la,orang yang lahir 29 februari pun sambut birthday 4 tahun sekali ja..awak pulak boleh sambut 30 febuari.” Harris tertawa,direnungnya wajah ayu di depannya,ternyata wajah Shikin berubah tapi sebentar kemudian Shikin turut ketawa sama.
“Ooo..saya ingatkan awak tak perasan tadi.”
“Nakal juga awak ni kan..tu sengaja nak kenakan saya la tu?” seloroh Harris.
“Awak lagi nakal,macam-macam helah awak cari untuk menyembang dengan saya,dah la saya kena pergi ni,kalau awak nak jumpa saya lagi,tentu awak tahukan mana nak cari saya lagi.”
“Boleh ker kita jumpa lagi? Kalau saya pergi kedai lagi awak janji jangan siram dengan ais lagi..sejuk la.” Harris menyeringai ketawa bila ingat kejadian pagi tadi,memang salah mereka,mulanya dia dan Amir sepupunya itu hanya berpakat untuk menyakat Shikin saja,tak sangka pula mereka akan dapat mandian percuma di pagi hari.
Shikin juga ketawa bila ingat kejadian pagi tadi,teruk juga dia di leter oleh kak Tipah,tapi biasalah Shikin dengan kak Tipah tu memang akrab sejak kecil lagi,Shikin tak pernah ambil hati pun.Akhirnya Shikin dan Harris berpisah juga.Mungkin hari-hari seterusnya  akan menjadikan hari-hari mereka lebih bermakna.
Seminggu berlalu selepas perkenalan Shikin dengan Harris.Sekiranya ada masa terluang Harris akan datang  ke kedai kak Tipah untuk berbual dengan Shikin,kadang-kadang datang seorang dan kadang-kadang berdua dengan adik sepupunya Amir hinggakan kak Tipah sendiri sudah terbiasa dengan kedatangan mereka.Harris sebenarnya  bercuti di Kedah di rumah bapa saudaranya,menurut Harris hari Shikin terjatuh motosikal hari tu kebetulan Harris sedang membantu abang sepupunya Amri di gerai burger itu.
Harris berasal dari Sabak Bernam dan masih menuntut di salah sebuah Institut Pengajian Tinggi KUIS (Kolej Universiti Islam Selangor).Hari ini adalah hari terakhir Harris di Kedah,jadi dia memgambil peluang itu dan datang ke kedai Kak Tipah untuk mengucapkan selamat tinggal pada Shikin.
“Shikin..Harris datang ni nak bagi tau Shikin sesuatu.” Harris memulakan bicaranya selepas Shikin datang padanya untuk mengambil pesanan,
“Bagi tau ja la..macam tak biasa pulak.” Shikin bersuara dalam nada gurauan,selalunya apa yang nak di ucapkan Harris tak pernah pula dia nak minta izin dari Shikin,ni lain macam pula gayanya.
“Selepas ni tentu Harris akan selalu rindukan Shikin.” Luah Harris bernada sedikit sedih.
“Ya la tu..bukannya jauh mana pun..rindu mai ja la,sejak bila pula awak malu nak mai kedai ni.” Shikin masih tersenyum dan masih tidak memahami maksud sebenar Harris.
“Esok Harris dah nak pulang ke Sabak..nu Sabak Bernam dok lambai-lambai Harris dah..balik la..balik la..” Sengaja Harris bernada lucu untuk mententeramkan hatinya sendiri,sukar juga untuknya mengucapkan selamat tinggal pada gadis yang telah menawan hatinya ini.
“Ohh..ya ka..kesian kak Tipah selepas ni hilanglah sorang pelanggan tetap dia.” Shikin melemparkan senyuman pada Harris sebaik habis berkata-kata,sedangkan hatinya dah jadi kacau didalam,tak dapat lagi la aku nak tengok teruna pujaan hati,bisik Shikin didalam hatinya,
“Awak macam mana? Tentu suka kan kalau saya dah tak ada nanti..? Kalau saya nak minta sesuatu boleh tak sebelum pergi?” Harris merenung Shikin.
Shikin tiba-tiba bangun dari tempat duduk,perbualan mereka terganggu kerana ada pelanggan yang datang,selesai melayan pelanggan Shikin datang kembali ke meja Harris.
“Awak cakap apa tadi? Nak minta sesuatu? Apa tu?".  Bertalu-talu soalan Shikin pada Harris.
“Yupp..nak minta hati awak..”. Meledak ketawa Harris sebaik ayat terakhir di luahkan.
“Taklah..nak minta no handphone awak,boleh?”. sepantas kilat Harris membetulkan ayatnya bila dilihat muka Shikin sudah memerah,walau pun sebenarnya itu juga ayat yang ingin diungkapkannya
…………………………………………………………………………………………………………

Hari berlalu,minggu berakhir dan bulan pun berganti,sejak Harris pulang ke Sabak Bernam Shikin ternanti-nantikan perkhabaran dari Harris tapi ternyata penantian Shikin sia-sia belaka.Harris seolah-olah telah lenyap di telan bumi,no handphone yang di beri Shikin pada Harris pun ternyata tak di manfaatkan pun,sekali pun Harris tak pernah menghubungi Shikin.

Penantian satu penyeksaan,itulah yang selalu di bisikkan Shikin pada dirinya sendiri,saat rindunya bertandang pada Harris terasa kerinduan itu begitu menyesakkan dadanya,begitu memedihkan jiwanya dan begitu menyakitkan hatinya.Senyuman Harris masih lagi terbayang,gurau tawa Harris tak pernah mahu hilang,sentiasa terbayang siang dan malam.
~Harris..mengapa mesti adanya cinta di hati andai aku di lukai?.Mengapa mesti adanya sayang andai aku di tinggalkan?.Mengapa harus ada rindu andai kau tak pernah peduli hati dan perasaan ini?.Harris mengapa kau mesti hadir untuk mengisi kekosongan hati ini dan kemudian kau terus pergi tanpa khabar berita.Aku yang menyintaimu dalam diam rasa amat terseksa bila kerinduan,rinduku begitu amat menyeksakan,kenapa rasa cinta ini begitu memilukan? Kenapa? Kenapa? Dulu bila aku lihat orang lain bercinta aku rasa mereka pasti bahagia,rupa-rupanya cinta adalah air mata.

Shikin menutup dairinya,air matanya yang merembes keluar tiba-tiba di sapu perlahan,ke mana menghilangnya Shikin yang brutal dan selamba,hilang sudah segala keceriaannya bila bersendirian,hanya kenangan bersama Harris yang Shikin punyai.
~Harris..kenapa hang buat aku macam ni,kalau aku tahu akan jadi macam ni sungguh takkan aku serahkan hatiku,tapi apa yang boleh aku buat,hati ini memang milik aku tapi kau dah curinya dalam diam.~Shikin bermonolog sendirian.
Rindunya aku saat ini.
Rindu padamu kasih.
Puas ku cuba menghubungimu.
Namun kau diam membisu.
Apa salahnya diri ini,
Kau seksakan hidupku.
Pergimu tikaku memerlukan kasih dan sayang.

Berkumandangnya lagu dari kumpulan Arrow ‘haruskah kita berpisah’ membuatkan air mata Shikin bercucuran,sedih benar hatinya,lebih-lebih lagi bila mendengar chorus lagu tersebut,Begitu hebatnya derita bila mencintai dan merindui.
…………………………………………………………………………………………………………

1 tahun kemudian..

       Hati Shikin telah terubat,dia kembali ceria,sekarang dia sedang menunggu lamaran kerja yang di pohonnya beberapa hari lalu.Shikin ingin pergi jauh dari daerah ini,daerah yang memberi seribu kenangan  bersama Harris.Shikin ingin mengubati hatinya yang terluka kerana cinta yang tak pernah di pinta,biar pun hadirnya Harris pernah memberikan bahagia buat dirinya,tapi luka yang ditinggalkan juga begitu dalam.

Hatiku hatimu..menjadi satu cinta
Kurasa hadirmu menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir..

Bergemanya irama dan lagu itu Shikin tahu ada panggilan yang sedang menunggu untuk disambut,Shikin segera mendapatkan handphonenya,di telitinya no si pemanggil.
“Ahh..sapa pulak ni..tak dak nama pulak?” Shikin berbelah bahagi untuk menyambut panggilan tersebut.
Irama dan lagu terus terhenti tapi sesaat kemudian berbunyi lagi,Shikin terus menekan butang hijau dan memberi salam.
“Assalammualaikum”
“Waalaikummussalam..Shikin ker  ni?” Suara seorang lelaki di hujung talian,Shikin cuba mengecam suara tersebut tapi dia tak dapat meneka siapa si pemanggil.
“Ya Shikin ni,..Sapa tu?”
“Shikin tak kenal saya lagi?” Si pemanggil masih berteka –teki,Shikin dah mula meradang.
“Ni..kalau hang  tak mau bagi tau sapa hang,..maap noo,aku tak dak masa nak layan.”
“Garangnya Shikin,orang rindukan dia,sampai hati cakap macam tu.”
“Ehh..hang ni sapa? Nak rindu-rindu kat aku..blahh la weii…” Sifat brutal Shikin datang lagi,memang Shikin pantang kalau ada lelaki yang mempermainkan perasaannya,rindu konon,kata Shikin dalam hati.Shikin ingin mematikan talian,malas melayan lagi.
“Shikin..ni Harris..Shikin apa kahabar?” Tiba-tiba Shikin menangkap suara si pemanggil,duppp..jantung Shikin berdebar kencang,mengapa kau mesti hadir di saat aku mahu melupakanmu,Shikin berbisik sendiri.
“Harris? Harris mana? Ramai Harris dalam dunia ni?” Shikin pura-pura dungu,mendengar nama Harris saja Shikin sudah terbayang wajah dan senyumannya,tapi hadirnya Harris untuk kali kedua pasti akan lebih meremukkan hatinya yang pernah terluka.
“Shikin..takkan Shikin sudah lupa,Harris Hj Dasuki..Shikin dah lupa pada Harris? Sampainya hati.” Suara Harris bergetar di hujung talian,ada nada sedih di hujung suaranya.
“Laa..weii..hang ka? Hidup lagi hang? Aku ingat dah arwah dahh..” Shikin sengaja bersuara ceria untuk menyedapkan hatinya sendiri,dalam masa yang sama air matanya sudah mula bergenang,di sapunya perlahan,dalam ceria ada sendu yang cuba di tahan..Ya Allah..apakah lagi ini,mengapa dia harus hadir di saat aku sudah melupakannya,rintih Shikin didalam hati.
“Kenapa Shikin cakap macam tu? Sampainya hati Shikin?” Rajuk bunyinya suara Harris.
“Mana la tau..lepas balik Sabak ritu..hang teruih ghaib..lesap tanpa berita..hang ambik no nset aku ritu hang buat koleksi ka?” Shikin terus bagi ayat power,memang ayat itulah yang terpendam di hatinya selama ini.
“Maaflah Shikin bukan Harris sengaja tak hubungi Shikin..tapi..Harris sibuk sangat dengan study,kebetulan tahun tu tahun akhir Harris,jadi Harris kena tumpukan betul-betul,lepas habis belajar senang sikit nak dapatkan kerja,lepas tu kumpul duit untuk lamar Shikin.” Panjang lebar Harris memberikan penjelasannya,di hujung ayat suara Harris bertukar ceria.
“Macam tak logik langsung alasan hang ni,tapi apa-apa pun,hang tak payah la susah payah sebab aku pun sedang tunggu lamaran sekarang ni,tapi bukan lamaran hang la.”Shikin tersenyum sendiri.
“Apa Shikin? Awak dah nak kahwin ker? Dengan siapa Shikin?” Ada getar di akhir ayat.Shikin garu kepalanya yang tak gatal,suara Harris tadi membuat dia terasa lucu,ingin ketawa rasanya tak patut sangat,sengaja menduga Harris, Shikin terus memasang perangkap untuk mengenakan Harris lagi,barulah berbaloi penantiannya selama ini.
“Ada la..buat apa nak bagi tau kat awak..awak bukannya sapa-sapa pun.” Shikin cuba menduga Harris,untuk melihat reaksi yang seterusnya.
“Ya la..betul la tu..siapalah saya ini pada awakkan? Hidung tak mancung pipi yang tersorong-sorong,bagai gagak di rimba tapi nakkan merak di kayangan.” Rajuk Harris bersuara sayu tapi sebaliknya dengan Shikin,dia ketawa berdekah-dekah mendengarkan perkataan Harris itu.
“Tentu awak lulus cemerlangkan,habis semua peribahasa awak kaut,..”Ketawa Shikin masih belum reda,Harris..Harris..lawak juga hang ni noo..monolog Shikin lebih pada dirinya sendiri.
…………………………………………………………………………………………………………………….


         SEMENJAK  Shikin menerima panggilan dari Harris hidupnya kembali berseri,bunga-bunga cinta pun mekar kembali di laman hati,setiap hari ada saja pesanan ringkas yang di hantar Harris,kadang-kadang naik rimas juga Shikin.Lamaran kerja yang Shikin pohon pun sudah di terima.Minggu hadapan Shikin di arahkan untuk melaporkan diri,tapi Shikin belum  membuat sebarang keputusan sama ada mahu pergi atau tidak,keizinan dari ayah dan emaknya di kampung juga perlu.Sedang Shikin mengemaskan beg pakaiannya untuk pulang ke kampung nada handphonenya berbunyi.

Sejakku bertemu dengan dirimu
Hatiku menjadi semakin rindu
Tak dapat nak disembunyikan lagi perasaan ini
Kekasih..aku telah jatuh cinta
Padamu..hanyalah yang aku puja

Bergemanya lagu dari kumpulan Arrow ‘tuju-tuju rindu’ Shikin sudah tahu siapa pemanggilnya.Cewahhh,.. Shikin ni sudah tukar lagu ring tune nampaknya mengikut emosi semasa,segera Shikin mencapai handphonenya dan menjawab panggilan.
“Assalammualaikum.”
“Waalaikummussalam Shikin..Harris tak menganggukan?” Terdengar suara Harris yang ceria.
“Menganggu jugak..Shikin tengah pack baju ni..nak balik kampung..dah rindu la dengan mak dan ayah..lagi pun Shikin nak balik bincang pasal lamaran tu.” Panjang lebar Shikin berceloteh tanpa di pinta.
“Shikin dah buat keputusan muktamad kerr?” Sayu saja suara Harris.
“Keputusan apa pulak?” Shikin masih tidak mengerti.
“Pasal lamaran tu la..Shikin nak terima ker?” Harris menyoal balas.
“Tak tau lagi..tu yang nak balik kampung..bincang dengan mak dan ayah dulu.”
“Boleh Harris tau siapa pemuda bertuah tu?” Harris masih tak puas hati,hatinya di tikam duka.
“Apa yang awak dok melalut ni? Pemuda mana pulak?”
“Lahh..yang lamar Shikin tu la.Siapa lagi.” Sehabis kata-kata Harris Shikin dah ketawa,gelihati.
“Bila masa pula saya cakap saya ni di lamar orang,saya di lamar kerja la,ni dah sampai suratnya,permohonan saya dah di terima,minggu depan dah kena lapor diri.” Shikin memberi penjelasan,ketawanya juga masih bersisa,lucu benar bila mengingati bahawa dirinya sudah di lamar orang,minah brutal macam Shikin ni ada ka orang nak berkenan di buat menantu.
“Shikinnn..kenapa awak buat saya macam ni?” Terdengar jeritan Harris di hujung  talian.
“Ehh..buat apa pulak?” Shikin pura-pura tak faham namun tawanya masih bersisa.
“Awak ni memang suka sangat kenakan sayakan?  Suka la tu,dah boleh buat saya gabra.” Harris meluahkan isi hatinya.
“Apa kes pulak awak nak gabra-gabra ni? Cer ceta sikit.” Shikin dah mula berlembut hati,hilang segala bahasa kasarnya selama ini.
“Awak tahukan saya sukakan awak,sayangkan awak?”
“Ehh..ya ka? Tak tau pun..betul ka?". Shikin pura-pura dungu.

“Ya la Shikin sayang,saya sukakan awak,sayangkan awak,cintakan awak..puas hati?” Harris hilang sabar melayan kerenah Shikin,tanpa sedar Harris meluahkan isi hatinya,Shikin hanya tersenyum di hujung talian,hatinya berbunga riang,akhirnya cinta yang di sulam selama ini bersambut jua.
………………………………………………………………………………………….


Renjis-renjis di pilis di tepungilah tawar
Hai beras pulut di renjis di sirami si air mawar
Cewahhhh,..
Shikin bernyanyi riang,seronok dan teruja,apa taknya,Harris baru menghubunginya rombongan merisik akan tiba.Pengkhabaran itu telah di beritahu pada kedua ibubapanya dan mereka tidak pula membantah,seluruh keluarga merestuinya biar pun yang bakal datang tu nun jauh di Selangor sana.

“Amboi-amboi..anak dara ni,syok menyanyi sampai tak tengok kiri kanan dah..belum nak kawin lagi,depa tu baru nak masuk minang..ntah jadi mai ntah dak tu.” Kak Tipah yang asyik memerhatikan Shikin sejak tadi mencelah kegembiraan Shikin.

“Ishh..kak Tipah ni..mulut capoi betoi..kena depa tak jadi mai satgi,jenuh cek.” Shikin memasamkan mukanya,konon nak protes la tu.
“Awatnya? Kalau depa tak jadi mai hang nak reyau tak berlagu ka? Tak pa,tak pa..satgi hang boleh la pasang lagu-lagu yang hang dok dengar selalu tu,lagu apa? Jiwang karat orang la dok pangge?” Kak Tipah menambahkan asam garam dalam bebelannya,kadang-kadang dia pun heran dengan Shikin,kononnya brutal tapi lagu jiwa-jiwa juga yang di layannya hari-hari.

              **************************************************************************

     HARI  yang di tunggu-tunggu akhirnya tiba juga,hari ini sahlah Shikin sebagai tunangan Harris,biarpun baru bertunang tapi Shikin berpuas hati.Penantiannya bakal berakhir jua,menurut ibunya pihak laki-laki tak mahu tunggu lama-lama,tak manis bertunang lama-lama kata mereka,biarlah majlis perkahwinan di percepatkan,benda baik tak elok di tangguh-tangguh.Shikin dan keluarga pun tiada bantahan.Shikin gembira sangat dan Shikin berjanji pada dirinya sendiri akan membuang semua sikap brutalnya selama ini dan akan menjadi isteri yang solehah untuk Harris.Sayangnya pada Harris semakin mengunung tinggi.
~Salam,sayang apa khabar? Sihat? Abang rindu la?~  Ada mesej dari Harris,Shikin segera membalasnya.
~Sihat..awak sihat?~ Mesej berbalas,rasa janggal pula untuk menulis abang,Shikin masih ber’awak dan ber’saya dengan Harris.
~Sihat juga..Sayang tak rindukan abang kerr?~ Mesej Harris di baca laju,Shikin jadi binggung untuk meluahkan perasaannya,nak mengaku malu pula.
~Ermm..ada kot..sikit-sikit~ Akhirnya Shikin terpaksa berdalih,lain di hatinya lain yang di tulis,hakikatnya hati Shikin begitu amat merindui Harris,lebih-lebih lagi senyuman Harris yang menjadi igaauannya selama ini.
~Sikit  jer rindunya..abang rindukan Shikin banyak sangat,tak terbilang rasanya~ Shikin tersenyum riang.
~I love you sayang~ menyusul lagi mesej dari Harris.
~I love you too abang~ Akhirnya Shikin meluahkan juga ayat keramat itu,dia menunggu dengan debaran respon Harris yang seterusnya.
~Keluar jugakan isi hati sayang tu,kenapa payah sangat nak mengaku?~ Laju ja Shikin membacanya.
~Hihihi..malu la..Shikin ni kan brutal..~
~Sekarang tak brutal lagi kan?~
~Tak lagi,untuk abang Shikin janji akan jadi baik dan solehah,yang penting abang kena la bimbing Shikin selalu kalau Shikin buat sebarang kesalahan~ Shikin buat pengakuan yang jujur dari hatinya.

Kebahagiaan kini menanti mereka di gerbang perkahwinan,Shikin berazam untuk membahagiakan
Harris,dengan kasih sayang mereka Shikin pasti kebahagiaan akan jadi milik mereka,biarpun Shikin tahu asam garam berumahtangga,sedangkan lidah lagi tergigit,apa pula suami isteri.Itulah pepatah orang tua-tua,dengan sifat bertolak ansur dan saling memahami rumahtangga pasti aman dan damai,sifat keegoan terhadap pasangan harus ditolak ke tepi.


                              ************TAMMAT*************************

No comments: