Bismillah..” Lafaz Safiyah. *Friend Request sent*
Safiyah tersenyum puas. Akhirnya, berjaya juga dia add akaun facebook lelaki yang telah berjaya mencuri hatinya untuk sekian lama.
“Lah, baru add ke?” Anuar yang merupakan seniornya di sekolah cuba mengusiknya.
“Sejak tahun lepas lagi saya sudah menjumpai akaun facebooknya, tetapi baru sekarang ada keberanian nak add. Hehe, ” terang Safiyah di akaun Twitternya pula. Dia tersengih. Melalui laman sosial Twitterlah, Segala rahsianya tentang lelaki yang diminatinya terbongkar tanpa sengaja.
Hampir dua jam Safiyah melayan nafsunya menghadap komputer untuk mengakses akaun laman sosialnya.
“Astaghfirullah..” keluh Safiyah apabila menyedari jam sudah menunjukkan sudah pukul 5.00 petang. Dah la belum solat asar lagi, bisik Safiyah dalam hati. Walaupun Safiyah gemar bertweet dan mengupdate status mengenai hal agama yang boleh mendekatkan diri kepada Ilahi, dia tidak terlepas daripada melakukan kesalahan tanpa dia sedari. Tanpa membuang masa, Safiyah mengambil air sembahyang lalu membentangkan sejadah. Ketika dia memakai telekung, dia melihat wajahnya di cermin. Anak rambutnya dibiarkan masuk ke dalam dengan kemas. Macam ini lah wajah aku ketika aku dikafankan. Safiyah bermonolog sendiri.
Kemudian, dia melepaskan ikatan rambutnya yang selalu disanggul.
“Ustaz Azhar Idrus pernah berkata bahawa melepaskan ikatan rambut ketika hendak mengerjakan solat ialah sunat bagi seorang perempuan.” Safiyah bercakap seorang diri di hadapan cermin.
“Aku mungkin bercakap seorang diri, tetapi aku percaya Allah sentiasa mendengar dan malaikat sentiasa merakam.” Sepotong ayat Al-Quran yang tergantung di dinding ditenung lama.
“Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat.” An-Nisaa [58]
Sebaik sahaja Safiyah menghabiskan bacaan doanya selepas solat, dia terus meletakkan kepalanya di atas sejadah seperti orang sedang bersujud. Wajahnya di raup .
“Ya Allah, mengantuknya hamba-Mu ini” Keluh safiyah. Menyesal juga dia online lama-lama. Bangun awal pagi setiap hari. Balik sudah petang. Masa yang terluang pula dia mencuri-curi untuk mengemaskini laman sosialnya.
Tok! Tok!
Tersedar Safiyah dari tidur-tidur ayamnya.
“Siap cepat. Jangan tidur. Malam nanti ada tuisyen” Sudah menjadi kebiasaan untuk ayahnya mempastikan anaknya supaya tidak tidur pada waktu yang sepatutnya dia ke tuisyen.
“Aaa…. Okey” balasnya ringkas. Kepenatan yang dia rasai menyebabkan dia menjatuhkan badannya ke katil. Kamera digital yang berada berdekatan katil dicapai. Kamera berwarna merah itu masih cantik dan tidak mempunyai calar. Laju tangan safiyah menekan button previous, previous dan previous. Rakaman video kawad kaki peringkat sekolah oleh crush yang dia rakam pada bulan lepas dilihat berulang-ulang kali.
“Ya Allah, kenapa dia sempurna?” soal Safiyah sendiri. Lelaki yang menjadi idamannya merupakan bekas pelajar tahfiz, mewakili peringkat sekolah untuk Tilawah Al-Quran dan mempunyai suara yang lunak apabila mengalunkan kalimah-kalimah suci serta mempunyai akhlak yang sangat terpuji. Safiyah salah seorang daripada berpuluh peminatnya. Seseorang yang meminatinya dalam diam.
Jam sudah menunjukkan pukul 6.00 petang. Kerana terlalu penat, Safiyah terlelap. Tok! Tok! Sekali lagi bilik tidurnya diketuk. Terdengar kalimah-kalimah suci yang memuji Allah dibacakan. Orang surau membaca Al-Quran menggunakan mikrofon. Safiyah tersedar dari tidurnya.
Allahu Akhbar! Bisik hati Safiyah. Waktu Maghrib sudah hampir. Tetapi badannya masih lemah. Seakan-akan ada batu di badannya. Seakan-akan ada tali yang mengikat tangan dan kakinya. Malas sungguh rasanya. Setelah membaca Ayat Kursi, dia diberi kekuatan untuk melawan pujukan syaitan itu. Lantas dia mengambil air sembahyang.
Alhamdulillah, solat fardhu maghrib dapat ditunaikan dengan khusyuk. Kemudian, dia bersiap untuk pergi ke tuisyen. Safiyah gemar mengenakan pakaian yang simple dan menutup aurat dengan sempurna. Memakai sarung kaki dan sarung tangan ialah menjadi kewajipan baginya. Selama dua jam dia di Kelas Tuisyen Cikgu Mariyam, Safiyah masih dapat memberikan tumpuan. Tetapi, apabila dia cuba mengulangkaji pelajaran di rumahnya, dia gagal. Kenapa? Wajah crushnya yang tersenyum terbayang-bayang dalam benak fikirannya.
Jam locengnya berbunyi dengan sangat kuat. Jarum jam sudah menunjukkan pukul 6.15 pagi. Allahu Rabbi! Sudah lewat ! Bisik hati Safiyah sedikit cemas. Dia bingkas bangun dari pembaringan. Pantas sekali dia mandi dan mempersiapkan diri untuk menghadap Ilahi. Dengan bertudung labuh dan berbaju kurung sekolah Safiyah bersalam tangan ibunya.
“Emak, tolong doakan dan redha tau?”
“Emak sentiasa doakan. Belajar elok-elok sayang,” tangan ibunya dikucup.
“Hai Safi!” tegur rakannya sebaik sahaja dia melangkah masuk ke sekolah. Safiyah membalasnya dengan senyuman dan lambaian tangan. Farihah yang merupakan teman akrabnya ialah tempat dia meluahkan perasaan suka dan duka. Tiba-tiba kelihatan Iskandar Zulkarnain berjalan di hadapan mereka berdua. Tangan safiyah disinggul Farihah.
“Your crush,” usik Farihah sambil tersengih-sengih. Jantung Safiyah berdegup dengan kencang.
“Butterfly in my stomach!” ujarnya sambil menutup muka dengan tapak tangannya.
“Eh, Haikal!” jari telunjuk Farihah ditunjukkkan ke arah seorang lelaki yang dimaksudkan. “Your ex-crush,” gurau Safiyah. Mereka berdua terketawa kecil.
Sudah pukul 2 petang. Safiyah baru sahaja selesai menunaikan solat fardhu Zohor. Button on yang ada di komputernya ditekan. Menjadi kelaziman baginya untuk online akaun facebook dan twitternya. Tiba-tiba matanya seakan bersinar. Terukir senyuman di bibirnya. Tertulis di skrin komputernya ‘Iskandar Zulkarnain accept you as a friend,’
Am I Dreaming? Dia da approve! bisiknya dalam hati.
Safiyah menulis sesuatu di wall lelaki tersebut yang tertera perkataan
“syukran :)” perkataan bahasa arab tersebut bermaksud terima kasih. Beberapa minit kemudian, di skrin komputernya tertulis;
‘Iskandar Zulkarnain likes your wall post’. Senyumannya semakin meleret.
‘Iskandar zulkarnain comment on your wall post’. Jantungnya berdegup dengan begitu laju. Gementarnya seperti hendak diijab kabulkan sahaja. Pantas jari Safiyah membuka notification. “Afwan :)” lelaki itu membalas ringkas. Safiyah meneruskan misinya untuk menjenguk profil crushnya itu.
Wah, statusnya banyak berunsurkan nasihat dan keagamaan. Kagum Safiyah melihatnya. Hampir kesemua statusnya ditekan button like. Hakikatnya dia bukan sahaja like statusnya, tetapi dia like tuan empunya badannya sekali. Dia tersenyum sendirian. Dalam hatinya, hanya terukir nama Iskandar Zulkarnain.
Beberapa tahun kemudian setelah peristiwa indah itu berlaku. Mereka semua meneruskan kehidupan dengan haluan masing-masing. Di sebuah hospital kerajaan yang maju, seorang lelaki datang dengan keadaan tergesa-gesa. Dia hanya berpakaian baju melayu lengkap. Kemudian, dia duduk di ruang menunggu. Kelihatannya seperti dia mencari seseorang.
Macam kenal sahaja, hati kecil Iskandar bersuara. Seorang gadis genit berbaju kurung biru, berkot putih, dan memakai kaca mata putih yang berada berdekatan diamatinya.
“Hani, pesakit di bilik ICU nombor 5 perlu ditukar ke bilik biasa, ya. Alhamdulillah, keadaan pesakit tersebut semakin baik,” suara Safiyah kedengaran jelas di corong telinga Iskandar. Jururawat di hadapannya hanya mengangguk perlahan tanda setuju.
“Baiklah, doktor” Safiyah membalasnya dengan senyuman. Iskandar dari tadi memerhatinya seakan terpukau dengan kecantikan semulajadi Safiyah. Walaupun, gadis pertengahan 20-an itu hanya mengenakan mekap yang nipis.
“Cantiknya..” terkeluar ayat itu dari mulut Iskandar.
Astaghfirullah! Aku tunangan orang, getus Iskandar sendirian. Safiyah yang perasan dengan tingkah laku Iskandar berasa curiga. Lantas dia menghampiri lelaki yang berkopiah tersebut.
Dup dap dup dap… Jantung Iskandar berdegup kencang dengan tiba-tiba.
“Kenapa pula aku yang gementar ni, ya Allah?”
“Saya Doktor Safiyah. Erm, ada apa-apa yang boleh saya bantu?” soal Safiyah sebaik sahaja dia berdiri tegak di hadapan seseorang lelaki yang pernah bertakhta di hatinya suatu ketika dahulu. Tangannya dimasukkan ke dalam poket kot putihnya itu. Tanda nama yang tentera ‘Dr.Safiyah’ dilekatkankan di dada bajunya.
“Erm, saya..” suaranya begitu mendatar. Belum sempat dia menghabiskan percakapannya, ada seorang gadis berlari-lari anak dari arah belakang Safiyah datang dengan tiba-tiba.
“Abang!” Seorang gadis berkulit cerah lingkungan awal 20-an datang menghampiri mereka berdua.
“Kenapa, Iman?” Iskandar berasa cemas apabila melihat gadis bertudung litup di hadapannya seperti menangisi sesuatu. Air jernih dari tubir mata Iman jatuh membasahi pipinya.
“Kak Yana..,”
“Kenapa?!”
“Mari!” tangan Iskandar ditarik sekuat hati menuju ke bilik ICU. Safiyah yang bingung cuma mengekori langkah mereka berdua.
“Jantung kak Yana berhenti berdegup… sebentar tadi,” terang Iman. Kelihatan seorang gadis terbaring kaku dan tidak sedarkan diri. Ketika itu gadis bernama Liyana itu seperti sedang tidur dengan lena sekali. Dia tidak sedikit pun menampakkan kesakitan di wajahnya dan dia terlalu tenang. Cuma banyak wayar-wayar yang berselirat di mulut dan hidung serta lengannya. Iskandar mengetap bibir, Safiyah yang dari tadi berdiam diri mula bersuara.
“Kalau boleh saya tahu, pesakit ini sakit apa?”
“Dia kemalangan,” sahut jururawat di situ sambil perbetulkan wayar-wayar yang berselirat. Liyana disuntik sejenis ubat di pergelangan tangannya. Walaupun dia tidak sedarkan diri, ianya pasti menyakitkan.
Mata Iskandar seakan berkaca. Selangkah demi selangkah dia menghampiri Liyana. Dia mengeluarkan buku kecil yang tentera perkataan surah Yaasin dari poket bajunya. “Bismillah…” Belum sempat menghabiskan ayat ketiga Surah Yaasin, Iskandar telah mengalirkan air matanya. Keadaan di situ sangat hiba dan sayu.
“Encik Iskandar Zulkarnain?” suara seorang doktor lelaki yang merawat Liyana datang menghampiri Iskandar cuba memecah kesunyian.
“Ya, saya,” balas Iskandar dan terus memberhentikan bacaannya. Mereka diminta keluar dari ruang bilik ICU itu. Safiyah sedikit tersentak mendengar nama itu. Jantungnya berdegup kencang. Dia sangat kenal dengan nama tersebut.
Crush! baru aku tahu siapa dia sebenarnya. Bisik hati safiyah.
“Isteri encik telah banyak kehilangan darah. Dia terlalu lemah”
Isteri? Ya Allah.. Safiyah bermonolog sedikit kecewa.
“Maksud doktor?” Iskandar seperti tidak sabar lagi untuk mengetahui cerita selanjutnya yang bakal keluar daripada mulut doktor itu. Dia gugup.
“Isteri encik berada dalam keadaan koma” jelas doktor itu.
“Dia bukan isteri saya lagi. Dia bakal isteri saya” suara Iskandar kedengaran sangat perlahan. “Oh, maafkan saya. Saya harap encik banyakkan bersabar dan terus berdoa kepada Allah. Allah pasti akan membantu” nasihat doktor itu sebelum meninggalkan mereka untuk kembali meneruskan kerjanya.
Safiyah mengamati wajah Iskandar dengan rasa belas kasihan. Iskandar menyambung bacaannya yang terberhenti sebentar tadi. Iman pula hanya melihat Liyana dari tingkap kaca sambil berharap bakal kakak iparnya itu cepat sembuh. Safiyah cuba mengingati semula kali terakhir dia melihat Iskandar. Sudah lama rasanya. Dahinya berkerut.
“Doktor..” tegur Iman.
“Ya, saya?” balas Safiyah.
“Kasihan kan abang saya?” soal Iman lagi. Mereka berdua duduk jauh sedikit dari tempat duduk Iskandar. Safiyah mengangguk perlahan.
“Abang saya seorang ustaz. Kak Yana pula seorang ustazah. Sesuai sangatkan. Walaupun mereka tidak betul-betul saling mengenali, perkahwinan mereka atas pilihan ibu bapa. Tetapi wujud ikatan kasih sayang antara mereka.” Cerita Iman sambil matanya merenung abangnya dari jauh. Sesekali matanya memandang tepat pada mata Safiyah.
“Seminggu lagi mereka akan bernikah. Itu hanya rancangan kami, tetapi Allah yang menentukan” sambungnya lagi.
“Saya rasa macam pernah nampak muka doktor la, tetapi tidak ingat” ujar Iman sambil menseka sisa air matanya.
“Saya pun!” balas Safiyah sambil menguntum senyuman.
“Umur doktor berapa tahun?”
“26 tahun,”
“oh, abang saya pula baru 27 tahun,” terang Iman tanpa Safiyah sempat bertanya.
“Doktor Safiyah,” tegur seorang jururawat tadi sambil memegang banyak dokumen. Lantas dia bangun dari bangku kerusi.
“Maaf lah, saya kena buat kerja dahulu. Masih ramai lagi pesakit perlu dirawat”
“Saya baru mencadang hendak berbual mesra lagi dengan akak… eh, maaf! Doktor Safiyah. Saya bukannya apa, saya sunyi. Lagipun, saya meminati bidang kedoktoran. Abang Iskandar hanya tahu tentang agama sahaja. Tak pun, bola!” luah Iman panjang lebar. Safiyah tersenyum sambil mempamerkan sebaris giginya yang bersih lalu bersalaman dengan Iman.
“Ada masa, kita berbual tau,” laju dia berjalan meninggalkan Iman yang tidak berjauhan dengan Iskandar.
Kalaulah aku mempunyai seorang kakak seperti dia, tentu best! bisik hati Iman.
“Dik, jom balik. Waktu Asar makin hamper,” Iskandar tiba-tiba muncul di hadapannya. Bayang-bayang Safiyah mulai hilang dari pandangan. Iman hanya mengangguk lemah sambil mata masih setia melihat Liyana terbaring kaku di bilik ICU.
* * * * * * *
“Macam mana keadaan Yana?” soal wanita tua kepada Iman dan Iskandar sebaik sahaja mereka melabuhkan punggung ke sofa. Iman hanya menggeleng kepala. Wanita yang sangat mereka kenali atau digelar ibu datang menghampiri mereka berdua sambil menghidangkan air teh. “Ibu nak pergi tengok Yana, tetapi ibu ada kuliah sebentar tadi.” terang wanita separuh abad itu. Mukanya seiras sekali dengan Iskandar. Mempunyai hidung mancung, bermata kecil dan berkulit cerah. “Tidak mengapa, ibu. Kami faham” pujuk Iskandar kerana memahami kerjaya ibunya sebagai seorang pensyarah di sebuah universiti.
“Bagaimana boleh kemalangan, Iman?” soal Puan Aisyah. Risau juga Puan Aisyah terhadap kejadian yang menimpa anak dan bakal menantunya itu.
“Ketika kami melintas jalan, tiba-tiba ada sebuah kereta yang merempuh kami. Iman terpelanting ke bahu jalan. Tetapi kak Yana terpelanting jauh. Nasib baik pemandu kereta itu mahu bertanggungjawab untuk menghantar kami ke hospital,” terang Iman panjang lebar. Air jenih mulai bertakung di tubir matanya. Iskandar hanya mendiamkan diri dan mendengar setiap butir kata-kata Iman itu. Rasa sebersalah menghantui dirinya kerana tidak menemani adik dan tunangnya untuk membeli barang keperluan perkahwinan mereka.
“Erm, lain kali berhati-hati,” pesan ibunya.
“Sudah takdir, tiada apa yang boleh menghalangya ibu,” balas Iman cuba membela diri. Air teh tadi dihirup perlahan. Masing-masing dengan lamunan yang jauh.
Safiyah mengetuk-ngetuk mejanya dengan pen bertalu-talu. Otaknya ligat berfikir. Macam tidak percaya sahaja bahawa dia dapat bertemu dengan crushnya setelah sekian lama tidak mendengar khabar. Selesai sahaja mengambil peperiksaan awam Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), Iskandar tidak lagi pernah muncul dalam hidupnya. Sesekali dia melihat perkembangan hidup Iskandar melalui laman sosial facebook. Tetapi ia tidak memadai langsung. Teman rapat Iskandar iaitu Anuar pun sudah lama terputus hubungan dengannya. Dengar cerita, Anuar sudah menjadi seorang jurutera yang berjaya.
“Amboi, jauhnya mengelamun!” usik seorang gadis berkulit hitam manis.
“Farihah!” geram pula rasanya. Farihah ketawa kecil melihat Safiyah yang seakan merajuk. “Hari sudah malam, kau tidak mahu pulang ke?” soal Farihah tanpa mempedulikan riak muka Safiyah yang berubah dengan tiba-tiba.
“Ada gas helium tak?” soal safiyah selamba.
“Eh, kau hendak buat apa?”
“Aku nak pulang rumah menaiki belon lah,”
“Aahhh, lawak!” Farihah menyinggul lengan Safiyah.
“Kau nak tumpang aku, bukan?” Tanya Fatihah kepada Safiyah. Tahu-tahu sahaja apa yang berada dalam fikiran teman rapatnya itu. Farihah mengangguk laju dan tersengih-sengih. Cepat-cepat mereka mengemas meja dan bersiap untuk pulang ke rumah.
“Boyfriend kau tidak ambilkan kau macam biasa ke? Selalunya kau pergi dan balik kerja menaiki kereta dengannya walaupun kita tinggal serumah,” perli Safiyah sebaik sahaja mereka berada di dalam kereta Myvi putihnya. Farihah memuncungkan mulut dengan dahinya yang berkerut.
“Buat muka comel?” perlinya lagi.
“Dia sibuk lah. Erm..” jawab Farihah. Radio Ikim dipasang kuat. Kalimah-kalimah suci Al-Quran kedengaran jelas melalui corong-corong radio. Tiba-tiba muka Iskandar terbayang-bayang di mindanya.
“Kau ingat lagi tak nama crush aku?” tanya Safiyah memecah kesunyian.
“Crush kau ada banyak. Yang mana satu?” gurau Farihah.
“Yang alim itu lah.” Farihah mengetuk-ngetuk kepalanya dengan jari telunjuknya sambil berfikir.
“Oh, Iskandar?” laju tekaan Fatihah.
“Bijak!” Senyuman Safiyah semakin menjadi-jadi.
“Guess what? Aku jumpa dia petang tadi” ujar Safiyah. Farihah membulatkan matanya, sedangkan matanya memang sudah cukup bulat seperti bola.
“Tetapi, dia sudah betunang.., ” Riak mukanya mula berubah.
“Kalau jodoh, tidak ke mana,” pujuk Farihah sambil merenung langit malam menerusi tingkap. “Tunang dia koma…” ujar Safiyah perlahan. Terkejut Farihah mendengarnya.
“Ada harapan untuk hidup, ke?”
“Erm, kalau aku cabut wayar-wayar yang berselirat dekat badan dia. Mungkinlah, mungkin…tidak panjang umur, hehe..”
“Eh, kejamnya kau!” Dia mencubit lengan rakannya itu.
“Haha, aku gurau sahaja. Aku tidak ada lah kejam sangat nak membunuh seorang ustazah” Safiyah membela diri. Sesekali dia melihat cermin belakang dan memandang Farihah.
“Ustazah? No wonder la,” Perbualan mereka berhenti begitu sahaja sehinggalah selamat sampai ke rumah.
Iskandar duduk di bangku luar sambil menghayati keindahan ciptaan Ilahi pada malam itu. Bintang-bintang berkelipan. Angin yang bertiup pada malam itu sungguh dingin. Senyuman dan wajah Safiyah seakan menari-nari di benak fikirannya.
“Iskandar ada masalah ke?” soal wanita yang paling dia sayangi. Ibunya datang dengan memakai tudung. Walaupun malam gelap gelita, jiran tetangga sudah tidur atau belum, aurat tetap dijaga dan dipelihara. Iskandar tersenyum melihat kehadiran ibunya itu.
“Iskandar pernah cerita kepada ibu, bukan? Tentang Iskandar ada mengerjakan solat istikharah sebanyak 7 kali sejak akhir-akhir ini. Pelik, kenapa bukan muka Liyana yang muncul? Muka orang lain la bu,” Iskandar menyusun setiap butir perkataannya supaya mudah difahami. Ibunya berkerut dahi.
“Iskandar rasa, Liyana bukan jodoh Iskandar ke?” Ibunya cuba mendapatkan kepastian.
“Iskandar serahkan pada takdir. Lagipun, ibu yang jodohkan Iskandar dengan Liyana” Ibunya masih bingung.
“Iskandar rasa Allah sudah memberi petunjuk kepada Iskandar melalui solat istikharah itu. Iskandar yakin , dia jodoh Iskandar” Iskandar kembali tersenyum. Iman yang perasan akan perbualan ibu dan abangnya cuba mengambil kesempatan untuk mencuri dengar.
“Siapa?” soal ibunya dengan teruja.
“Safiyah!”
“Siapa Safiyah?!” Terkejut juga ibu dan adiknya ketika mendengar nama itu disebut.
“Iskandar senior dia semasa dia di tingkatan 4. Iskandar tidak berapa kenal dengan dia sebab dia tidak suka bergaul dengan kaum Adam. Tetapi, Iskandar tertarik dengan akhlak dan sopan-santunnya. Dia juga seorang doctor,” jelasnya panjang lebar.
Nak sebut crush, takut ibu tidak faham pula. Bisik Iskandar dalam hati sambil tersengih-sengih. “Bagaimana pula dengan Yana?” ibunya seperti tidak setuju.
“Kalau jodoh, tidak ke mana” jawab Iskandar ringkas.
Kringg… Kring… Kring..
Iman berasa terkejut. Takut juga jika ketahuan dia mencuri dengar perbualan antara ibu dan abangnya itu. Pantas dia mencapai telefon rumahnya.
“Assalamualaikum. Oh, makcik Laila. Kenapa dengan kak Yana? Baiklah, kami datang sekarang!” Telefonnya diletak. Muka Iman seperti tidak keruan.
“Abang! Ibu! Kak Yana….” Jeritan Iman mencemaskan Puan Aisyah dan Iskandar yang sedang leka berbincang.
“Kenapa?” “Makcik Laila ada menefon memberitahu bahawa doktor meminta keluarga terdekat kak Yana untuk berkumpul di hospital. Hidupnya…hampir ke penghujung.” Air jernih mula bertakung di tubir mata Iman. Mereka lekas bersiap untuk pergi ke hospital. Sepanjang perjalanan, mulut Puan Aisyah dan Iman asyik terkumat-kamit membaca doa. Air mata yang jatuh berlinangan semakin deras.
Apa yang akan terjadi selepas ini, ya Allah? Keluh Iskandar. Kereta tersebut dipandu laju.
Sebaik sahaja mereka menjejakkan kaki ke hospital , Puan Laila yang merupakan ibu kepada Liyana terus mendapatkan Puan Aisyah. Puan Aisyah dipeluk erat.
“Kak syah.. Yana kak Syah..” menangis Puan Laila dengan teresak-esak. Puan Aisyah mengusap-usap bahu Puan Laila. Keadaan di hospital sangat riuh. Semua keluarga Liyana sudah berkumpul. Iskandar memberanikan langkahnya untuk melihat keadaan tunangnya di bilik ICU. Mereka membaca Surah Yaasin secara berjemaah. Degupan jantung Liyana semakin lemah. “Keadaan pesakit 50-50. Harapan untuk sembuh sangat tipis,” kata Doktor Sham sambil menepuk bahu Iskandar. Iskandar tidak kuat. Dia ingin bertemu Allah. Dia ingin meminta pertolongan dari-Nya. Iskandar melakukan solat hajat.
“Ya Allah, kau selamatkan lah dia. Aku mohon pada-Mu. Aku hanya hamba-Mu yang kerdil. Tidak terdaya hamba-Mu untuk menyelamatkannnya melainkan dengan izin-Mu,” tangannya disapu ke muka. Air mata mengalir lebat seperti hujan. Hatinya kembali tenang. Dengan lafaz Bismillah dia keluar dari ruang solat. Puan Aisyah datang menghampirinya. Matanya merah.
“Iskandar..”
“Kenapa bu?” Ibunya hanya menggelengkan kepala. Iskandar semakin cemas. Esakkan dan tangisan oleh keluarga Liyana kedengaran semakin kuat. Kelihatan sebuah stretcher ditolak keluar dari bilik ICU yang diatasnya ada nama Liyana.
“Kenapa doktor biarkan muka Liyana ditutup dengan kain? Macam mana dia nak bernafas? Dia perlukan oksigen. Ibu, jawab bu…” soal Iskandar bertubi-tubi. Puan Aisyah hanya mampu menangis. Iskandar memandang dengan kelihatan sangat sayu. Air jernih dari tubir matanya mula mengalir semula. Iman cuba mendapatkan abangnya itu.
“Abang, kak Yana sudah tiada. Sebelum sempat menghembuskan nafasnya yang terakhir, dia ada sebut nama abang,” terang Iman seperti tersekat-sekat. Iskandar teringat kata-kata Liyana ketika mereka baru bertunang.
“Saya bersyukur sangat dapat bertemu dengan lelaki macam awak. Memang saya impikan lelaki soleh seperti awak. Walaupun kita tidak pernah bercinta. Saya harap awak boleh terima saya seadanya. Tolong jadi imam dalam solat saya dan solat jenazah saya,” suara Liyana masih tergiang-giang di corong telinganya.
“Tetapi, adik.. lagi seminggu sepatutnya kami akan disatukan!” Iskandar tertunduk.
“Abang, kalau memang ini takdir yang Allah telah tentukan. Abang kena redha. Nanti arwah kak Yana tidak tenang..” pesan Iman yang baru berusia 21 tahun.
“Abang hendak melihat mayat Liyana” Iskandar mengaturkan langkah untuk ke bilik mayat. Terasa kepala dan badannya sangat berat. Akhirnya, dia rebah lalu jatuh.
“Iskandar!” Puan Aisyah cuba mendapatkan Iskandar yang sudah pengsan di atas lantai.
Badan terasa begitu lemah. Sedikit demi sedikit dia berusaha untuk membuka matanya. Suara yang memanggil namanya kedengaran samar-samar di telinganya. Ya Allah, aku di mana ni? Bisik Iskandar di dalam hati. “Abang iskandar.. abang iskandar…” suara yang sangat dia kenali masih taat memanggil namanya sejak malam semalam. “Iman?” Iman tersenyum melihat abangnya sudah sedarkan diri. Puan Aisyah yang duduk berdekatan dengan katil Iskandar tidak putus-putus membaca doa dan Surah Yaasin. Iskandar berasa sedikit tenang. Namun, dihatinya seperti ada parut luka yang masih terasa kepedihannya. “Arwah kak Yana sudah selamat dikebumikan.” Iman bersuara apabila melihat keadaan abangnya seperti hilang ingatan. Iskandar cuba mengingatkan semula apa yang telah terjadi pada malam semalam. Liyana sudah tiada.., keluh Iskandar. Suaranya begitu perlahan. Air jernih dari tubir matanya mulai membasahi pipi. Ibunya yang perasan dengan keadaan Iskandar yang masih dalam kesedihan datang menghampirinya. Tangan Iskandar diusap-usap. “Ibu, betul ke Liyana sudah dikebumikan?” soal Iskandar seperti berharap. Ibunya berasa sebersalah untuk menjawab pertanyaan itu. “Ya. Pagi tadi, arwah sudah selamat dikebumikan.” “Tetapi, Liyana ingin Iskandar yang menjadi imam dalam solat jenazahnya..” Iskandar menggenggam erat tangan ibunya. “Iskandar masih tidak sedarkan diri. Macam mana hendak menjadi imam? Arwah perlu dikebumikan dengan segera, nak” iskandar akur lalu mengesat air matanya. “Abang nak air? Bubur ke?” Iman berdiri tegak di hujung katil. Mata Iskandar tertumpu pada buku kecil yang dipegang Iman. “Abang nak air segelas dan buku Surah Yaasin.” Iskandar menunjukkan jari telunjuknya ke arah buku Surah Yaasin pemberian arwah Liyana kepada Iman. Lekas Iman menuangkan air masak ke dalam gelas lalu memberi buku tersebut kepada abangnya itu. Keadaan pada waktu itu sangat hiba. Ibu tidak berhenti-henti mengesat air matanya. Azan solat Asar sudah berkumandang. Mereka menunaikan solat fardhu Asar secara berjemaah.
Semasa melalui deretan bilik-bilik ICU, Safiyah berasa sedikit janggal. Kenapa bilik ni kosong? Bukan kah Liyana ditempatkan di sini semalam? Atau pun aku yang silap? Pelbagai persoalan bermain di fikiran Safiyah. “Hani!” Lantas dia menyapa jururawat yang ada di situ. “Pesakit yang ditempatkan di bilik ini, sudah sembuh ke?” Soal Safiyah sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah bilik ICU no.2. Jururawat itu hanya mengangkat kening.”Pesakit yang doktor maksudkan itu sudah meninggal dunia pada malam semalam.” Apabila mendengar penerangan daripada jururawat itu, jantungnya seperti hendak gugur sahaja. “Innalillah… Awak pasti ke pesakit itu sudah meninggal dunia?” “Jika doktor ingin melihat sijil kematiannya, saya boleh tunjukkan. Nama pesakit tersebut ialah Nur Liyana Ameer. Meninggal dunia setelah tersedar daripada koma.” “Ermm, okey terima kasih” Safiyah akhirnya akur. Kesian Iskandar, bisik hati Safiyah. “Doktor Safiyah.” Safiyah menoleh lalu melihat seorang gadis bertudung bawal berdiri di belakangnya. “Eh, Iman” Iman menghampirinya lalu memeluk Safiyah dengan erat. Safiyah sangat memahami perasaan gadis itu. “Bersabar, ya. Allah sedang merancang sesuatu yang terbaik untuk Iman sekeluarga” Pujuk Safiyah. “Doktor tahu apa yang telah terjadi pada malam semalam?” Safiyah mengangguk perlahan. “Doktor tahu apa yang telah terjadi pada abang Iskandar?” Safiyah hanya menggeleng. “Kenapa dengan Iskandar?” soal Safiyah ingin tahu. Lantas dia menarik lengan baju Safiyah menuju ke suatu tempat. Dia hanya mengekori langkah Iman dengan harapan dapat mengetahui keadaan sebenar Iskandar pada waktu itu.
Iskandar masih berehat di atas katil. Ibunya sudah tiada di situ.
“Abang Iskandar..” suara Iman kedengaran seperti berbisik. Matanya dicelik-celik.
“Ini bidadari ke?” soal Iskandar apabila menyedari Safiyah ada di hadapannya sambil tersenyum. Safiyah ketawa kecil.
“Ini bukan bidadari bang, ini isteri abang.” sahut Iman spontan. Muka Iskandar terus berubah menjadi merah padam. Senyuman Safiyah semakin meleret. Iskandar hanya diam membisu. Dia berasa gembira dan sedikit tenang dengan kehadiran Safiyah di situ. Entah mengapa, dia suka akan perasaan ini.
“Keadaan encik Iskandar sudah semakin baik ke?” Safiyah cuba mengambil berat terhadap lelaki yang berada di hadapannya itu.
“Alhamdulillah” Iskandar tersenyum. Iman yang berada di situ hanya tersengih-sengih.
“Doktor berbual lah dengan abang dahulu. Saya hendak keluar sebentar,” pinta Aunal.
“Eh, dik! Jangan tinggalkan abang di sini,” mohon Iskandar sedikit cemas.
“Saya kan ada,” Safiyah cuba menghampirinya.
“Baiklah, encik Iskandar. Saya beredar dahulu. Semoga cepat sembuh. Assalamualaikum.”
“Kan dah melepas, bang” ujar Iman sambil anak matanya memandang Safiyah yang berlalu pergi.
“Adik ada curi dengar perbualan abang dengan ibu, ya?” soal Iskandar dengan nada serius. Iman hanya terketawa kecil.
Berat sebenarnya hati Safiyah untuk pergi meninggalkan Iskandar dan Iman berdua. Tetapi dia lebih rela daripada ditinggalkan berduaan dengan Iskandar walaupun hanya untuk seketika.
“Tersenyum nampak?” sapa doktor Yusuf yang terserempak dengannya di jalanan. Safiyah hanya menunduk malu.
“Jom makan, nak? Saya belanja,” doktor Yusuf masih berusaha untuk memiliki hati Safiyah. “Erm, tidak mengapa lah,” dia cuba menolak dengan sopan.
“Berpuluh kali saya ajak. Awak suka menolak,”
“Saya hormat doktor Yusuf sebagai bos saya,”
“Awak tahu atau tidak saya suka pada awak?” terkedu safiyah mendengarnya. Selama ini dia hanya mendengar dari mulut orang sahaja bahawa doktor Yusuf ada menyimpan perasaan terhadapnya. Dia hanya menggelengkan kepala.
“Kalau macam itu, awak terima lah saya.”
“Terima macam mana?” muka Safiyah menjadi pucat.
“Awak jadi girlfriend saya, nak?” Safiyah mengangkat kening.
“Saya tidak suka bercinta. Melainkan ada hasrat untuk berkahwin”
“Baiklah. Awak bertunang dengan saya,” cadang doktor Yusuf yang masih berdiri tegak di hadapannya.
“Erm, tidak mahu lah,”
“Awak jadi isteri saya lah senang,” Safiyah hanya mampu mendiamkan diri.
“Kalau saya datang meminang, saya harap keluarga awak terima. Okey, selamat tinggal,” kata-kata doktor Yusuf itu benar-benar membuat Safiyah menjadi gelisah.
Kalau aku tolak pinangan kau, macam mana? Mesti keluarga kau kena menanggung malu, bukan? bisik hatinya sedikit geram. Doktor Yusuf hanya berlalu pergi begitu sahaja. Dia tersenyum sinis. Dapat juga dia meluahkan segalanya. Fikirannya semakin ligat memikirkan tentang perancangan untuk meminang gadis idamannya itu.
“Assalamualaikum, mak. Ada khabar gembira ni,” Doktor Yusuf mula mengatur langkah. Ibunya yang berada di kampung berjaya dihubungi.
Pada malam itu, Safiyah duduk di mejanya dengan fikiran yang sangar kusut. Kata-kata doktor Yusuf petang tadi benar-benar memeningkan kepalanya.
“Doktor Yusuf ni sakit ke apa?” soalnya terhadap Farihah yang sedang sibuk membelek-belek dokumen pesakit di ruang itu. Farihah hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.
“Kalau dia betul-betul datang meminang, macam mana?” soal Safiyah lagi.
“Manalah aku tahu.” jawab Farihah ringkas.
“Kau ambillah doktor Yusuf tu. Aku tidak mahu,” Safiyah masih tidak berpuas hati.
“Amboi, senangnya cakap. Alahai, apa salahnya jika kau terima dia? Dia baik orangnya.” Farihah pandang tepat ke arah mata Safiyah. Sesekali matanya memandang semula dan terus membelek dokumen-dokumen tadi.
“Aku tidak ada hati dan perasaan terhadap dia langsung,”
“Sebab hati dan perasaan kau ada terhadap Iskandar, bukan?” Farihah cuba menjeling nakal. “Mungkin!” Safiyah tersenyum.
Tok! Tok!
Pintu bilik doktor Safiyah diketuk.
“Masuk” izin Safiyah. Puan Aisyah, Iman dan Iskandar ada di depan pintu. Degupan jantung Safiyah menjadi kencang dengan tiba-tiba. Safiyah hanya mampu menghadiahkan senyuman untuk mereka. Farihah yang berada di situ terus bersalaman dengan Puan Aisyah dan Iman. “Jadi, awaklah doktor Safiyah?” soal Puan Aisyah dengan lembut.
“Ya, saya,” jawab Safiyah ringkas.
“Maafkan saya, doktor Safiyah. Ibu saya teringin sangat untuk berjumpa dengan doctor,” ujar Iskandar yang berasa sebersalah mengganggu mereka pada malam itu.
“Keadaan kesihatan saya sudah semakin membaik. Jadi, kami hendak pulang ke rumah,” sambungnya lagi.
“Oh, tidak mengapa,” Safiyah akur. Mungkin selepas ini dia tidak akan ada peluang untuk berjumpa dengan Iskandar lagi.
“Kalau saya ingin meminta nombor telefon dan alamat rumah doktor Safiyah, boleh? Nak simpan,” Iman mula bersuara. Safiyah menulis 10 digit nombor telefonnya dan alamat rumahnya dia atas sehelai kertas.
“Nah!” kertas tersebut diberikan kepada Iman.
“Jika ada jodoh, kita boleh berjumpa lagi” kata terakhir Iskandar sebelum meninggalkan Safiyah dan Farihah di situ. Safiyah menyambut pemergian mereka dengan senyuman , Tetapi di hatinya seperti hendak menangis sahaja.
“Mata kau berairlah, Safi” tegur farihah yang perasan dengan keadaan teman baiknya itu.
“Aku ingat dia jodoh aku, tetapi dia sudah tinggalkan aku la, Fari,” luah safiyah semasa mereka berada di dalam kereta untuk pulang ke rumah. Farihah terkedu dan tidak tahu untuk berkata apa-apa lagi.
Sebulan telah berlalu, sejak peristiwa itu berlaku. Tiba-tiba ibu Safiyah yang berada di kampung menghubunginya.
“Assalamualaikum Safiyah, tolong pulang ke kampung sekarang. Ada orang datang meminang,” pinta ibunya ringkas. Safiyah yang sedang seronok menonton televisyen pada hari minggu itu terpaksa bergegas pulang ke kampung halaman. Dua jam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Melaka membuatkan Safiyah tidak tentu arah.
Siapa pula yang datang meminang ni? Entah-entah doktor Yusuf! Teka safiyah. Kereta Myvinya dipandu laju. Sebaik sahaja sampai ke kampung halaman, rombongan yang datang meminang kelihatan ramai memenuhi rumah.
“Assalamualaikum, emak, ayah,” Kepulangan Safiyah sangat menggembirakan ibu bapanya. “Safi sudah ada teman istimewa, ya? Kenapa tidak beritahu kepada emak?” usik ibunya yang sangat merindui puteri bongsunya itu.
“Katanya, orang yang datang meminang ni bos Safi. Betul ke?” Safiyah hanya tersenyum kelat lalu bersalaman dengan ayahnya itu.
Pinangan dari doktor Yusuf rupanya! Tekaannya tepat. Ayahnya sangat ramah berbual dengan keluarga doktor Yusuf. Manakala, Safiyah dan ibunya berbincang di suatu bilik yang lain. “Emak, tolong tolak pinangan doktor Yusuf, boleh?” Safiyah hanya berterus terang. “Kenapa pula safi? Tak baik buat orang macam itu. Mereka datang dari jauh. Hanya sebab safi”
“Safi tidak sedia untuk semua ini. Tolong faham perasaan Safi..” Safiyah cuba meyakinkan ibunya itu.
“Baiklah, emak cuba cakap baik-baik dengan mereka bahawa Safi tolak pinangan mereka.” Kepala Safi diusap mesra. Safiyah mengganguk. Risau pula rasanya. Safiyah cuba meninjau dari celahan langsir. Ibunya kelihatan sangat tenang menerangkan hal sebenar kepada keluarga pihak doktor Yusuf. Akhirnya, rombongan meminang tersebut pulang dengan hampa. Cincin bersalut emas yang hendak diberikan kepada Safiyah dipulangkan semula. Safiyah boleh menarik nafas lega.
“Safi sudah ada pilihan sendiri ke?” soal ayahnya serta merta.
“Erm..,” lidah safiyah menjadi kelu untuk menjawab.
“Ayah malu dengan apa yang telah terjadi sebentar tadi,” luah ayahnya sedikit kesal.
“Maafkan Safi, ayah..” dia terus masuk ke dalam bilik tidurnya. Ibunya hanya mampu berdiam diri. Dia tahu perasaan yang dialami oleh puterinya itu.
Tiba-tiba Safiyah menerima satu pesanan ringkas dari nombor telefon yang tidak dikenali.
“Assalamualaikum, doktor Safiyah. Iman di sini,” -Iman-
Terus terbayang wajah Iman dan Iskandar. Dia tersenyum.
“Waalaikumussalam. Tidak perlu panggil doktor Safiyah. Panggil kak Safi sahaja ya,” -Safiyah-
“Okey kak Safi. Akak sibuk? Tengah buat kerja?” -Iman-
“Tak. Kak safi dekat kampung ni. “ -Safiyah-
“Oh, okey tak apalah kalau begitu. Assalamualaikum. Bye. -Iman-
Lah, terus bye? Aku baru nak tanya tentang Iskandar. Bisik hati safiyah sedikit kecewa. Telefon bimbitnya dicampak ke katil. Hatinya merindui seseorang. Seseorang yang bukan halal baginya. Astaghfirullah! Safiyah bermonolog.
Keesokan harinya, perkara sama telah berlaku.
“Safi! Ada orang datang meminang,” jerit ibunya. Kelam- kabut jadinya apabila rombongan meminang tersebut sudah ada di hadapan rumah mereka.
“Doktor Yusuf ke? Tidak berputus-asa langsung!” keluh Safiyah yang baru selesai menunaikan solat sunat Dhuha.
“Safi, mari keluar cepat.” pinta ibunya dari ruang tamu. Ayahnya berada di kebun.
“Sebentar, emak. Lima minit lagi Safi datang” sahut Safi yang masih bertelekung. Ini rombongan meminang kali kedua. Pinangan pertama sudah ditolak. Ayahnya kecewa. Justeru, Safiyah membuat keputusan untuk meminta pertolongan daripada Allah dengan melakukan solat istikharah. Selesai sahaja solat, wajah Iskandar sahaja yang muncul. Safiyah memberanikan diri untuk bertemu dengan keluarga pihak rombongan itu. Jantungnya berdegup dengan kencang. “Hai, kak Safi” seorang gadis yang sudah lama tidak dia bertemu telah menegurnya.
Iman! Bisik Safiyah dalam hati. Dia cuba menghampiri mereka. Mereka kelihatan sangat mesra dengan keluarganya.
“Sudi tak awak menjadi yang halal buat saya, doktor Safiyah?” suara dari seseorang yang dia kenali. Seseorang yang sangat dia rindui. Itu lah dia, Iskandar Zulkarnain!
“SubhanAllah..,” Safiyah seperti tidak percaya dengan apa yang telah berlaku pada saat itu. Air matanya mula mengalir.
Adakah aku sedang bermimpi, ya Allah? Safiyah bermonolog. Iman mula bersuara.
“Kalau jodoh, tidak ke mana,” Mereka tersenyum gembira.
Setelah bertunang untuk beberapa bulan, mereka sepakat untuk mendirikan masjid bersama. Mereka diijab kabulkan dengan suasana yang sangat meriah di sebuah masjid. Hanya dengan sekali lafaz, Iskandar Zulkarnain dan Nur Safiyah Radzi sah menjadi suami isteri.
“Awak nak tahu satu perkara?” Iskandar berbisik di telinga isterinya.
“Apa dia?” Tanya Safiyah yang teruja ingin tahu.
“I love you so much.” dahi isterinya dikucup mesra. Muka Safiyah menjadi merah padam.
“Awak nak tahu satu rahsia tak?” Tanya isterinya pula.
“Saya suka awak sejak dahulu lagi.” Safiyah cuba membuat pengakuan.
“Sudah lama saya tahulah.” ujar Iskandar sambil tersenyum.
“Macam mana awak boleh tahu?” soal Safiyah sedikit terkejut.
“Sebab saya pun suka awak sejak dahulu lagi. Sudah lama sangat saya pendam.” tangan isterinya digenggem erat. “Awak, I love you two three for five six seven eight nine ten.” Safiyah cuba bermanja.
“I love you infinity.” balas Iskandar dengan ikhlas.
No comments:
Post a Comment