Arghh!! Rasa nak menjerit sekuat-kuatnya untuk melepaskan rasa geram dan benci yang bersarang di hati,Upacara akad nikah hampir selesai. Kedengaran Tok kadi sedang menyatakan kepada pengantin lelaki.Sebentar lagi giliran upacara membatalkan air sembahyang pula. Aku masih tidak tahu siapa suamiku! Arghhh siapa agaknya suami aku ek? Malang lah nasib kau wahai “suami”…Aku akan buat kau derita dan paksa kau ceraikan aku!... Yang aku tahu nama suami aku Afiq Haziq…nama sedap juga… hope muka pun NOT BAD lah kan!! Arghh Syafiza Ada hati lah kau kannnn… hatiku kini remuk dek perbuatan ibuku yang memaksaku kahwin. Aku tidak tahulah , aku boleh memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri atau tidak kerana aku masih belum bersedia!Tak selesa betul . Kalau ikutkan hati nak je aku pakai jeans dan T-shirt longgar supaya masuk angin sikit..aku memandang pakaian akad nikah yang dipilih ibu ..rimas betul! Ibu suka sangat paksa buat benda yang aku tak suka, pakaian yang sendat berwarna putih campur krim membaluti tubuhku..Lihat lah sekarang aku terpaksa berkahwin pula! Geramnyaaaaaaaa…..Naik kebas kaki bila lah nak habis majlis ini aku nak balik! Dah sejam aku duduk bersimpuh macam ini..agak lama aku tak duduk seayu ini..biasalah aku kan kasar mana betah nak duduk ayu ayu bagai!..Wajahku masam mencuka tanpa secalit senyuman aku hadiahkan pada ibuku. Seketika kemudian, pengantin lelaki yang lengkap berbaju melayu dan bersamping menghampiriku diiringi oleh sanak-saudara sebelah lelaki. Err..kenapa rasa berdebar-debar pulak ni. Rasa segan pula bila diri menjadi tontonan ramai.Rasa macam nak sorok sahaja muka dalam bantal..tapi sekarang dalam masjid, Mana pula aku nak cari bantal.. arghh tension gila!” Fizz, senyum la sikit..,hulur tangan , orang nak sarung cincin!” bisik ibuku perlahan tetapi tegas. Aku hanya tersenyum hambar. Dengan hati yang geram tambah dengan kemalasan berganda- ganda aku menghulurkan tangan. Cincin disarungkan dijari manisku..Aku salam suamiku dan terus mendongak untuk melihat lelaki yang telah sah menjadi suamiku…..“Hey!!! Kau Budak Pink!!” Semua terkejut bila aku dengan spontan menjerit terkejut. Biar betul! Suami aku budak pink tu ke??? Tidak mungkin! Oh Tidak!!! Ibu!!!! Fizz tak nak dia jadi suami Fizz!!! Jerit aku seperti orang kena sampuk hantu pada ibu…Pandangan aku tiba-tiba gelap dan aku pengsan…..************* 3 Bulan Lalu“Bagi balik fail saya, Tolong lah saya bagi awak apa-apa sahaja, Tapi tolong jangan ganggu saya Please” merayu budak lelaki yang lengkap berkemeja PINK! Dan seluar slack hitam..“Kau senyap!! Pondan Pink!”Gelak setan seorang dari 6 orang yang sedang mengurumuni lelaki tersebut, Mereka melambung-lambung buku dan fail milik lelaki itu sambil mentertawakannya… Hati aku yang melihat keadaan itu apa lagi panas lah kan. Dah lah selama 3 hari ini aku pusing –pusing satu Kuala Lumpur ini cari kerja…tapi satu habuk pun tarak… yang paling aku bengang tiada syarikat nak ambil aku kerja sebab bidang yang aku minta itu orang lelaki sahaja yang buat.. habis tu aku tak boleh buat ke..mentang –mentang aku perempuan ingat semua perempuan semua lemah ke!? Ini lah masanya aku nak lepaskan geram dengan menumbuk-numbuk sekumpulan lelaki yang sedang seronok buli lelaki Pink ini …seronok ye!? Panas hatiku kembali memuncak. Ish, ni kes buli ni! Tak guna punya orang! Tanpa berfikir panjang aku terus menuju ke arah kumpulan itu dengan berjalan ala-ala samseng jalanan.” Hoi Jantan!! Tak malu ke buli orang yang lemah-lemah ini , Tak kan badan besar macam gajah lawan dengan mamat Pink ini je?” Aku ketawa sinis pada sekumpulan yang berpakaian macam orang tak ada rumah..mungkin tak mandi kot…Ketawa aku telah membuatkan mereka terkejut dan terdiam seketika . Mereka memandang pelik kepadaku. ….” Hey Korang tengok ada tomboy cun lah …Hey tomboy nak selamatkan kekasih hati kau ke….kesian kau kan dengan mamat pink ini pun kau selera” Sinis kata-kata salah seorang daripada mereka yang agak gendut. Aku memandang tajam kepadanya . Muka dah macam bapak orang ..Perangai kalahkan setan!“Woi!! Korang tak payah nak kurang ajar sangat lahh..meh kalau korang anak jantan..lawan lah dengan aku cepat!”pantang betul atok nenek aku orang kurang ajar ini..lagi –lagi yang macam ala-ala samseng jalanan yang bodoh-bodoh je aku tengok!“Hamboi! Garangnya minah tomboy ini…”Kata salah seorang samseng dan menghampiri aku , sepantas kilat kepala lututku menghentam celah kangkangnya…Ambik!! Kau !!“Auwwww!!!” Lelaki itu terjerit nyaring dan kemudian terloncat-loncat sambil memegang tempat yang aku hentam tadi. Padan muka!.Jangan main-main dengan aku.Aku bekas ratu taekwando universiti!! Kan dah kena FREE-FREE je ….Selepas ketua mereka kena hentam dengan aku apalagi anak-anak buah dia menyerang aku serentak… Dengan sekuat tenaga aku memukul dan menendang mereka menggunakan teknik taekwando yang aku pelajari ketika di kampus dulu. Akhirnya semua terbaring lesu dengan lebam di sana-sini ..Puas hati kau… tu lah nak tunjuk samseng sangat dengan aku kan? Hey ini aku lah Syafiza!!! No one boleh tumpaskan aku!!“Korang tak puas hati lagi ke!!?”Tengking aku!....aku On jer….kalau diorang masih tak puas rasa sakit…“Maaf..Maaf! Jangan pukul kitaorang lagi” rayu lelaki gemuk yang sudah teruk aku belasah sambil mengatup kedua-dua belah tangan seolah-olah sedang meminta ampun. Aku gelak tengok gelagat samseng tak beberapa nak samseng ini.. Ceh, ingatkan gagah perkasa sangat! Harapkan badan je besar tapi lembik!.“So korang tunggu apa lagi!?Berambuslah nak aku debik lagi ke?”Aku memandang tajam pada samseng-samseng jalanan …Serentak dengan itu, mereka lintang pukang lari Huh! Tahu pun takut .Puas hati aku dapat belasah orang hari ni. Lepas sikit rasa geram di hati ni sebab tak dapat –dapat kerja! Puas sangat!” Hebatlah! Awak!!” Aku tersentak apabila lelaki yang kena buli tadi memujiku tiba-tiba. Owh, baru perasan pasal mamat ni. Aku memerhatikan dia dari atas ke bawah . Rambutnya lurus yang disikat kemas dengan sedikit rambut menutupi hampir seluruh dahinya dengan cermin mata besar dan berbingkai hitam penuh tergantung di hidungnya, kemeja dan seluar slack yang agak sendat membaluti tubuhnya Erk? Nerd ke??? Aku mencebik. Patutla lembik!” Hurmm..kau ni lelaki kan?” Tanyaku sinis.” Ye saya..saya lelaki..kenapa bertanya begitu?” Aku menahan gelak mendengar ayatnya yang macam orang lama - lama punya dialog je.sengal mamat pink nie….hahaha” Kau lelaki ke? Asal kau tak lawan je diorg tadi..weyh kalau kau memang lelaki buat lah cara lelaki! Tak kan orang nak buli kau, kau diam je! Jangan jadi lembik la bro..Fight la sikit…!” Terkejut mamat pink ini bila aku herdik macam tu..sahaja aku buat begitu bagi dia sedar sikit!...” Tetapi awak, mama saya kata, jangan cari gaduh dengan orang dan kena selalu bersabar kalau ada apa-apa yang berlaku..”alahai mamat nie ….errr ..anak mak rupanya..patutla pengecut!“kalau ye pun…bertempatlah dengar nasihat MAMA kau itu… kau patutnya lawan..bukan kau biarkan macam tadi okay?! Jangan jadi BENGAP sangat!”Sekali lagi budak pink tu terkejut mendengar herdikan kasarku.Matanya terkebil-kebil. Nampak macam blurr je. Hish tak faham bahasa ke budak ni. Kritikal juga tahap nerd dia ni, sampai bahasa pasar pun tak faham!“Dah lah budak pink! Aku nak balik” Rengusku.Malas hendak melayan budak blurr ni. Aku terus mengorak langkah meninggalkan dia tercengang di situ“Awak,nanti! Hurmmm Terima kasih selamatkan saya..Terima kasih sangat” katanya sambil tersenyum malu. Erk! Kontrol comel la pulak ke budak pink nie?? Geli lahhh!!“Bila masa aku selamatkan kau nie?Tak ada masa aku nak selamatkan orang lelaki lembik macam kau ini”sengaja aku menjegilkan mata kepadanya. Wajahnya berkerut seperti takut melihat renungan tajamku .Hish,macam tu pun takut ke? Apa la….Aku meneruskan langkah ..aku dah lah penat sehari suntuk pusing –pusing cari kerja! Aku nak balik dan rehat …” Kejap awak, saya nak tahu nama awak?” Soalnya dengan takut-takut.” pehal pula kau nak tahu nama aku!? Tak penting!” jawabku kasar tanpa berpaling kepadanya.” Tapi itu penting bagi saya, mana lah tahu nanti terserempak dengan awak kat luar sana, so saya tahu lah nama awak kan".. aku berhenti melangkah dan menoleh kepadanya. Hamboi panjang betul jawapan budak pink ini! Err……“Yelah yelah nama aku Fizz…”aku jawab dengan malas…..” Salam perkenalan Fizz..nama saya Afiq Haziq, orang panggil saya Afiq” jawabnya denganmanis terukir di bibirnya. Manis jugak dia ni senyum errkkk..pehal aku puji budak pink ini! Arghh dah gila keeeee…errr…” Ok Encik Afiq Haziq, Aku ni sebenarnya tak da masa nak bermesra alam dengan kau sekarang …apa kata kau balik , pergi ambil kursus taekwando latih diri kau jadi kuat sikit. Jangan jadi manja sangat! Malu sikit dengan aku..Aku pergi dulu!” Tanpa mendengar jawapan daripadanya aku terus melajukan langkah meninggalkannya terkebil -kebil di situ.************* Sambungan SELEPAS FIZZ PENGSAN************” Awak…Awak..Awak..bangun..” Aku terasa pening sangat, Aku cuba membuka mata perlahan-lahan apabila namaku dipanggil berulang kali. Kelihatan samar-samar wajah lelaki sedang merenungku. Rambutku diusap lembut.Semakin lama,wajah lelaki semakin jelas kelihatan dan serentak dengan itu aku terus terbangun.” Kau jangan berani sentuh aku!! Aku pukul kau kang!” Tengkingku dengan tiba-tiba. Dia terkebil-kebil. Mulutnya sedikit ternganga.“Tapi saya suami awak, suami yang sah untuk awak..hurmm”Hati aku tiba –tiba mendidih bila dengar perkataan SUAMI!!! ..aku tak percaya sekarang aku Isteri orang dan paling buat aku bagai nak gila MAMAT PINK ini Suami aku!!“Wait!!! Kau dengar sini ye mamat lembik arghhh lantak lah ape pun nama kau! Kau itu hanya suami ATAS KERTAS..Untuk pengetahuan kau! Aku tak pernah ada hati nak kahwin dengan kau!, Sebab aku kahwin dengan kau pun kerana ibu aku! Ibu aku yang paksa aku kau tahu tak!?” Aku mengherdik dia..Dia terdiam, Aku tak boleh terima semua ini….aku tak boleh terima…..“Okay, Fizz jangan bimbang, saya tak kan sentuh Fizz tanpa izin dan kerelaan dari Fizz”Dia senyum dekat aku…huh! Biar betul mamat ini! Tak kan sedikit pun tak terasa hati dengan kata-kata aku tadi… Mamat ini betul ke tak? Tak kan aku kahwin dengan orang gila kot! Oh tidakkk.Ibu!! ini ke lelaki yang Ibu kata boleh jaga Fizz…. Alahai Ibu!! Dia nak jaga diri sendiri pun susah ini nak jaga Fizz…errr ………..” Awak jangan lah pandang saya macam tu..malu lah,” kata-katanya membuatkan aku tergelak… apasal aku rasa suami aku ini perangai macam perempuan, malu-malu kucing pula tetapi dia masih mengekalkan identiti lelakinya….errr Fizz jangan PUJI dia!!! Pehal aku nieeeeee…” Eleh bukan luak pun aku pandang kau…Suka hati aku lah nak pandang siapa pun!,” rengusku.” Mesti sebab saya ini hensem sangat kan, sebab itu awak pandang macam nak telan saya hidup –hidup kan?' katanya sambil tersengih macam kerang busuk.Aku mencebik.” Perasa + santan betul juga kau ini kan!!” Kataku kasar.”Okay lah Encik Afiq Haziq memandangkan kita bakal duduk serumah dan dah jadi suami isteri, So aku cadangkan kita berdua bahagi tugas masing-masing..okay tak? “Aku senyum penuh nakal , dalam otak aku mamat ini memang senang dibuli …haha” Tugas masing- masing yang macam mana tu awak?” Dia mengerutkan kening sambil memandang tepat ke muka aku..Tengok tu, budak ni memang betul-betul blurr la..kena cakap satu-satu.Its okay lah …at least aku bolehlah mengambil kesempatan ke atasnya nanti.Hehe..“okay macam ini lah, Tugas memasak untuk kita berdua tak kira lah pagi, dan malam. Tengahari tak payah kot sebab kita dua bekerja kan, mengemas rumah setiap hujung minggu, Basuh baju, basuh toilet semua dan akhir sekali basuh kereta aku sekali okay! ” Terangku panjang lebar yang bunyinya seperti satu arahan yang mesti dipatuhi..Afiq hanya terkebil-kebil sambil membilang jarinya dan mulutnya terkumat kamit menghafal kata-kataku…haha padan muka kau nak sangat kahwin dengan aku kan..Rasakan!! HAHA” Okay! Saya faham semuanya . so ada 5 tugas ? Banyak ..hurmm so apa tugas awak pula?” Dia tanya ku dengan pelik, Yelah dia 5 tugas dan hampir kerja sepatutnya aku yang buat dia yang kena ambil alih..” Tugas aku adalah, memastikan rumah kita selamat dari ancaman musuh!” Lagakku macam seorang ketua polis negara la pulak.errr Dia hanya senyum pada aku……” So macam mana? Setuju?” Aku takut juga mamat pink yang baru jadi suami aku ini, tak setuju err...” Saya setuju!” Dia setuju tanpa banyak soal, agak pelik pada pandanganku.Dia langsung tidak melatah dengan keputusanku…Lantaklah asalkan aku boleh buli dia haha…“satu lagi sebelum aku lupa! Aku nak bilik asing –asing..hurmm maksud aku bilik tidur kita berdua asing-asing aku tak nak tidur dengan kau okay! Tak rela aku~~”Tengok je mamat ini lembik entah-entah err Fizz stop it with ur dirty mind!“Tapi kita kan suami isteri tak kan nak tidur asing-asing nanti apa orang kata?”Dia tidak setuju dengan cadangan aku nak bilik asing-asing…“Okay lah lagipun aku yakin kau tak kan berani sentuh aku kan?”Dia hanya mengangguk .. aku pun tak kisah dia tidur sekatil dengan aku pun..Berani lah dia nak buat bukan –bukan dengan aku..memang aku debik dia sampai koma …” Okay..so..deal!” Kataku sambil menghalakan ibu jariku kepadanya .” Deal!” Dia turut menyentuh ibu jarinya ke ibu jariku. Aku tersenyum penuh makna dan dia tersenyum manis seperti biasa.” Tugas tu, kita kena start sekarang ke?”” Tak lah, nanti kita pindah kat rumah yang mak bagi kat aku, kau boleh start tugas kau,” jawabku ringkas.Dia hanya mengangguk setuju. Ibuku ada menghadiahkan sebuah rumah teres dua tingkat yang sedikit jauh dari rumah kami sempena perkahwinanku . Kini aku masih berada di rumah ibuku.************Seperti biasa aku bangun awal pagi untuk ke tempat kerja, sebenarnya ada faedah juga aku kahwin dengan Afiq ini, aku dapat kerja pun sebab pertolongan Afiq, dia ada kenala yang boleh bagi aku kerja dalam bidang yang aku minat ,Memang tak sia –sia aku kahwin dengan mamat pink ni..Terima kasih pada ibuku lah sebab paksa aku kahwin dengan Afiq haziq HAHA“Awak ,dah bangun?”aku di sapa oleh Afiq.. seperti biasa setiap pagi dia akan buatkan sarapan untuk aku dan dia, yang paling best setiap kali sarapan dia rumah dia memang masak yang sedap, aku pelik betul dia ini, pandai betul masak..kalah ibuku.. opsss aku lupa pula, dia kan anak mama.. HAHA.. entah –entah masa dia kecik-kecik selalu ikut mama pergi pasar then tolong mama kat dapur….patutlah anak mama, lembik pula itu..mak mak rupanya ….huh!” Heh kau ni kalau bagi salam dulu boleh tak? Terkejut aku tau..,” aku merengus geram .“Maafkan saya..saya tak sengaja" Asyik maaf..maaf..maaf je! Naik muak aku.“Kau pergi mana hah? Aku cari tadi tak jumpa pun!”Aku memarahinya lagi..hampir setiap hari aku memarahi Afiq, tapi dia hanya tersenyum macam kerang busuk..tak da perasaan ke apa mamat nie..geram betul aku..“saya pergi sidai baju, bukan semalam awak suruh saya baju awak walaupun tengah malam? Hah?”Jawabnya lembut seperti biasa dan sengaja dia tekankan perkataan tengah malam itu, Jatuh kesian pula aku dengan Afiq ini, Tengah- tengah malam aku paksa dia basuh baju..err tidak jangan nak kasihan sangat Fizz! Dia yang setuju buat semua ini …Lantak dia lah huh!.“Yang kau ini kalau aku suruh terjun bangunan ,kau buat juga ke? ”Tanya aku dengan kasar“Apa maksud Fizz? Hah?“Jawabnya sambil buat muka blurr err. Benci betul aku kalau aku cakap orang tak faham, Aku guna bahasa Alien ke? Sampai mamat pink ini tak faham!“Haish,!dah lah! Malas aku nak layan mamat blurr macam kau ini. Makan lah yang kau tengok aku makan itu pehal!?”Aku perasan dari tadi Afiq asyik pandang aku makan je, Lama-lama macam ini malu juga kot! Huh! Sahaja je mamat ini bagi hati aku tak keruan ekk? Pehal pulak hati tak keruan ini Fizz!! Cepat –cepat aku terus makan malas nak tengok Afiq lagi….err..!“Okay saya makan, Sedapkan saya masak?” Dia senyum sambil dan tanpa membuang masa dia terus menjamah roti sandwich dan kuih donat yang telah tersedia di atas meja .“Perasan! Ingat sedap sangat ke..”Merengus aku…huhTengok senyum lagi…Murah sangat senyuman betul dia ini ….sikit –sikit senyum ….Ingat comel ke! huh....Gila~~"Awak..kalau saya nak tanya sikit boleh?” Dia kelihatan seperti takut-takut.“Kau nak tanya apa? Tanya jelah..,” jawabku tegas. Dia ingin membuka mulut tetapi seolah-olah tidak berani untuk menuturkannya.Aku benci betul lah dengan orang pengecut! Err“Tak ada apa-apa lah… Kalau saya tanya nanti awak marah saya lagi..”Jawabnya lembut” Kau ni apasal penakut sangat hah? Dengan aku pun nak takut?Kau jangan bagi aku naik angin!” Aku membentak keras.Geram melihat kelembutan yang terpancar dari dirinya.Tak padan dengan laki tapi pengecut!! Bodoh betul! Huh!“Hurm tengok belum cakap lagi awak dah marah –marah macam ini, kalau cakap entah-entah awak debik saya sampai koma 4 bulan kot”Panjang lebar terangnya, Hamboi ingat aku ini suka-suka je nak pukul anak orang ke! Huh!Aku ada otak lah ….“Dah-dah..kau nak tanya apa tadi, cepatlah aku tak da masa nak layan soalan-soalan yang bodoh okay!..Aku harap kau tanya soalan yang masuk akal tau!” Bentak aku, err kalau aku layan mamat ini lama-lama boleh ting tong otak aku! Dan boleh jangkit penyakit blurr dia huh!“Saya nak tanya , Awak memang tak suka pakai baju kurung ke? Saya selalu tengok awak pakai macam ni je tiap-tiap hari ,macam lelaki pulak. Saya rasa kalau awak pakai baju kurung lagi manis, sebab awak tu perempuan..,” Tersedak aku, Segera aku mencapai air teh yang terdapat di atas meja.Berani dia tanya soalan ini pada aku! Telinga aku terasa panas, hati aku mula mendidih, mamat ini! Haish!!“sejak bila kau prihatin sangat dengan pakaian aku ini!? Suka hati aku lah nak ! pakai baju apa pun..Baju kurung leceh kau tahu tak..kau tak pernah pakai sebab itu kau tak tahu kan!? Kau tak payah nak pandai-pandai nak tegur pakaian aku!” Tengkingku. Dia terdiam . Aku menarik nafas dalam-dalam untuk menahan geram. Aku pantang ditegur soal pakaian walaupun oleh ibu aku sendiri.“Awak maaf, saya tak bermaksud nak buat awak kecil hati dan marah sampai macam ini,maaf maaf ,,hurmm ”Ungkapan maaf dari dia buat hati aku sejuk sikit, sikit jelah …..“Okay aku maafkan kau kali ini, tapi lain kali aku tak tahu lah boleh maafkan ke tak, tengok –tengok kau dah ada dalam ICU” Ugut aku pada Afiq…” Baiklah..saya janji saya tak kan ungkit lagi soal ni..,” pipi dan telinganya kelihatan memerah.Mungkin menahan sabar dengan kerenahku.Cehh!! Dia tak takut dengan ugutan aku ke…huh!“Okay aku pergi dulu, Bye…jangan lupa masak malam nanti okay!”Pesan aku dengan tegas….sebelum keluar dari rumah..“Baiklah awak, Saya faham”Dia mengeluh, Proteskah dia? Lantaklah ..Kisah apa aku dengan dia ….*************“Ibu!...Buat apa kat sini”terkejut aku dengan kedatangan ibu kerumah aku… aku memandang Afiq dengan harapan dia beri penjelasan..namun dia hanya tertunduk sahaja..dah kenapa budak ini, selalunya dia yang paling kepoh kalau ibu datang…“Ibu datang lawat anak menantu pun kena bagitahu dulu ke Fizz”Sinis sahaja suara ibuku…“Bukan macam itu lah Ibu, Boleh lah Fizz masak untuk Ibu kalau tahu awal Ibu nak datang rumah…Kan sayang?”Aku terus memaut lengan Afiq, Gila lah kalau Ibu tahu aku buli Afiq tak ke nahas aku kena parang dengan Ibu nanti huh!..Afiq hanya diamkan diri, aku mengecilkan mata sambil merenung kearah Afiq, Dah kenapa ini mamat lembik ini….“Kamu tak payah nak berlakon lagi Fizz, Ibu dah tahu semuanya, Apa nak jadi dengan kamu ini Fizz, dari bujang sampai kahwin, Tak pandai-pandai nak buat kerja rumah sendiri kan, Ada kah patut harapkan suami kamu yang buat kerja rumah, Apa yang sebenarnya main dalam otak kamu ini Syafiza!!”Ibu menengking ku depan Afiq, Ya Allah malunya, Ibu bocorkan rahsia aku depan mamat lembik ini,Apa ibu ini!... Berdesing telingaku mendengar hentaman kata-kata dari ibuku. Aku memandang geram pada Afiq. Kurang asam punya mamat Pink!!, sesuka hati dia mengadu kat Ibu aku buli dia…..arghhhh!!.“Ibu, Ibu jangan salahkan Fizz, Afiq yang nak buat semua ini, lagipun Afiq dah biasa …”Afiq menyampuk .Mungkin memahami maksud jelingan tajamku terhadapnya sebentar tadi….“Kamu jangan nak sebelah bini kamu ini Afiq, Ibu tahu apa yang di buat pada kamu, Dia buli kamu kan. Dia suruh kamu basuh, memasak semuakan!....Fizz Ibu tak pernah ajar anak ibu derhaka pada suami, kenapa kamu jadi begini Fizz, mana silapnya Ibu didik kamu dulu Fizz”Marah betul ibu dengan Aku, marah sungguh sehingga merah padam muka Ibu ….“Apa yang derhakanya Ibu, Lagipun Afiq yang setuju dengan semua ini…. Fizz tak paksa dia okay!”Marah aku, sesuka Ibu nak tuduh aku bukan-bukan arghh geramnya!“Tengok! Dah pandai menjawab …Ibu mahu Fizz berhenti kerja!, Jaga makan minum suami, Bukan suami yang jaga makan minum Kamu!, Kamu suami ke Afiq yang suami,.. Berubahlah Fizz, Ibu ingat bila kamu dah berlaki ini , semua akan berubah, tapi semuanya sama sahaja Ibu tengok, makin menjadi- jadi perangai kasar kamu, Tengok ini berpakaian lelaki …Ya Allah Fizz ingat tuhan Fizz, Ubah sikit pakaian kamu tu. Kamu tu bukan jantan Syafiza oit!!..kamu tu perempuan..perempuan! Kamu tak malu dengan jiran-jiran ke?!” Hatiku semakin panas mendengar bebelan ibuku yang benar-benar menghinaku. Sampai hati ibuku menghina anak dia sendiri tetapi menantu dibela.Aku merengus geram.” Ibu!! Dulu Ibu yang paksa Fizz kahwin dengan mamat lembik ini kan!! Fizz dah cakap berulang ulang kali, Fizz tak nak kahwin dengan dia! Ibu paksa jugak!. So, sekarang jangan salahkan Fizz kalau dah jadi macam ni.Fizz dah besar bukan budak –budak tadika lagi lah Ibu! Fizz boleh atur masa depan Fizz sendiri huh!! Ibu fikir Fizz nak sangat ke kahwin dengan mamat lembik ini! Dahla lembik, pengecut pulak tuh! Sebab tu senang kena buli dengan bini! Entah-entah dia ni pondan!”“Pang!!!!!” Satu tamparan hebat mengenai pipiku sebaik sahaja aku habis mengungkapkan kata-kata itu. Aku terkesima….“Mak tak pernah ajar kamu kurang ajar Fizz!!, Apa salah Afiq pada kamu, sehingga kamu sanggup kata begitu pada dia! Huh!!, Ibu mahu kamu minta maaf dengan suami kamu sekarang!!” Sebak ibuku menuturkan kata-kata. Dia benar-benar kecewa dengan diriku. Air mataku turut tumpah. Arghh..sebab keterlanjuran kata –kata aku, aku telah buat Ibu kecewa….Ibu terus pulang ke rumah dalam keadaan marah, dan aku Cuma menghantar Ibu dengan air mata….Afiq segera memelukku bagi menenangkan hati aku yang sakit … Aku membalas pelukkan Afiq dengan erat…aku perlukan dia buat masa ini … menyesal aku buat Ibu marah… hurmmm“Awak, Jangan menangis please”Afiq segera menyeka airmata aku yang semakin deras membasahi pipi, Aku hanya diam dan membiarkan diperlakukan sebegitu, lembut sahaja suara Afiq memujuk aku, Ya Allah berdosanya aku derhaka pada suami aku ini.. Hanya esakkan semakin kuat yang aku berikan pada Afiq, berat mulut aku ingin meminta maaf, egonya aku Ya Allah ….*************Selepas kejadian malam itu, Aku dan Afiq semakin akrab , Aku selalu tolong dia buat kerja rumah sama-sama, Kalau dia memasak aku kemas rumah, Kalau dia mengemas, Aku tak masak pun haha, aku mana tahu masak, tapi Afiq selalu paksa aku belajar memasak…Tak suka betul kemudian dia suruh aku berubah, Pergi kerja pakai baju kurung dan paling dia suka aku sudah bertudung..dia kata manis sangat macam gula-gula kapas, Tergelak aku bila dia kata macam tu, so aku pun suruh dia belajar pertahankan diri, Tak kan aku bini dia nak selamatkan dia setiap sekali dia dalam susah! Huh~…Dan sejak kejadian itu juga aku tidur dalam bilik berasingan dari Afiq, Bukannya apa sejak kebelakangan ini hati aku macam khianat aku je..lagi-lagi selepas Afiq peluk aku hari tu..err tak betah!! aku duduk satu bilik dengan dia lagi~~“Bosan betul lah hari minggu ini…. Hurmm kalau kacau Afiq okay kot haha”Aku terus ke bilik Afiq…."“Afiq..ohhh Afiq…”Panggil ku dengan lembut, Sejak dah baik ini aku dah tak cakap kasar-kasar dengan Afiq, Biasalah aku kan perempuan err…..geli betul kadang-kadang bila tengok berubahan aku ini, Drastik sangat kot ….bila aku tanya Afiq yang aku ini macam tak ikhlas sahaja nak berubah,Dia hanya tahu senyum, senyum dan senyum, kerja Afiq senyum je..err panas je hati aku tengok dia senyum macam kerang tak beberapa busuk itu….“Awak, saya dalam toilet ini,Tengah basuh toilet, Awak nak apa Fizz?”Sayup-sayup kedengaran suara Afiq dalam tandas, Aku tengah bosan tahap nak terjun KLCC ini, best juga kalau dapat kenakan Afiq..“Kat sini kau rupanya, hurmm basuh Tandas ek? Rajin betul kau”Puji aku..padahal tak ikhlas pun sebab niat aku nak dia cuci tandas aku sekali haha“Hey, Fizz jangan masuk lah lantai licin ”Belum sempat dia melarang ,lantai licin membuatkan aku tergelincir dan terjatuh ke belakang namun Afiq lebih pantas menyambutku . Aku tergamam melihat wajahnya begitu dekat dengan wajahku. Kerana rasa tidak keruan aku menolak tubuhnya untuk menjarakkan wajahku darinya namun dia masih sempat menyambutku tetapi kali ini matanya pula berada dalam pandanganku.Aku terkedu seketika. Dia juga begitu.Terkebil-kebil melihatku.Apa sudah berlaku? Baru aku sedar yang bibirnya menjamah bibirku.Arghhhh aku menjerit sambil memukul dada Afiq….. tetiba Airmata aku mengalir,..“Awak, sakit lah..sakit!”Dia menahan tangan aku dari memukulnya lagi, mata kami berdua bertaut, Secara mengejut Afiq, mencium mata aku…..aku hanya berdiam…“Awak ..Awak”Afiq memanggil aku sambil tangannya menyapu lembut pipi aku yang dah dibasahi Airmata tadi,…Aku hanya memandangnya dengan tajam dan bangun berlari ke dalam bilik…“Awak.awak,,,,,saya minta maaf, saya tak sengaja…tolong buka pintu ini Fizz..please..” Aku rasa macam tak percaya dengan apa yang berlaku tadi… arghhh aku tak tentu hara dalam bilik kejap, bangun kejap duduk atas katil…..Aku sentuh bibir aku yang dinodai oleh Afiq tadi….rasa nak menangis lagi…. Pehal aku nak nangis ini..Afiq berhak kot buat macam itu..gatal juga aku ini ..err..arghhhh!! Aku segera buka pintu bilik…“Hurmm, tak pelah..kau tak sengaja kan….dah lahh lupakan okay!”Aku menutup pintu dengan kasar meninggalkan Afiq yang sedang terkebil –kebil di luar bilik aku….Baik aku lupakan semua ini…hati aku ini dah mula ada perasaan aneh..aku sendiri pun tak boleh nak gambarkan ..huh! …sengal betul….*************“Kenapa pula remote ini tak boleh guna ini…”beberapa kali aku menekan-nekan butang merah untuk membuka TV tapi tak boleh juga…. Bateri habis kot…hurmmmm..time aku nak layan TV ..bateri habis pula adoi!!.... Tanpa berfikir panjang aku terus ke tingkat atas untuk ke bilik Afiq.Mungkin Afiq ada bateri lebih…aku masuk ke biliknya Ketika aku masuk ke biliknya, dia baru keluar dari bilik air dengan hanya bertuala. Dia tergaman melihat aku.Aku pula terkejut melihat keadaanya lantas aku berpaling ke arah lain .Ya Allah malunya aku…time macam ini baru nak mandi ke mamat ini…melihat tubuhnya yang sasa tanpa dibaluti baju. Membuatkan Pipiku terasa panas. Alamak..salah masa la pula aku masuk kali ini…..oh tidak…. Fizz tahan Fizz..jangan panik..err…“Fizz , hurmm kenapa masuk bilik saya?” Soalnya lembut. Jantungku mula berdegup kencang.Tidak sanggup berhadapan dengannya ketika ini…Ya Allah kenapa ini, tak kan aku..arghhhhhhhhhhhhhhh,,,tak mungkin kot…tapi…huh!“tak da apa-apa..maaf masuk bilik kau tanpa izin..aku keluar dulu..” kataku tanpa melihat ke arahnya. Aku terus berlalu dari situ namun tiba-tiba terasa ada tangan yang memaut lenganku.. alahai….jangan goda aku Afiq..tolong Afiq…..Dengan spontan aku berpaling. Aku seperti kehilangan kata apabila melihat Afiq betul –betul berada dekat denganku.Aku terpaku. Hatiku semakin tidak keruan apabila melihat wajah sebenarnya tanpa cermin mata besar dan rambut yang masih kusut selepas mandi. Hensemnya!!!! Macam Cho Kyuhyun lah…Ahli kumpulan Korea yang aku minat Super junior itu…Afiq macam dia! …Afiq kau buat aku gila tahu tak!! Bencinyaaa….hati ini pun satu pehal nak dengup kencang bagai..marah aku pada diri sendiri..” Awak mesti nak minta tolong saya kan? Kalau tak ,awak tak kan masuk bilik saya..,” aku kembali ke alam nyata mendengar pertanyaannya….“err sebenarnya..aku nak pinjam handphone kau ..err”Aku terus lupa apa yang sebenarnya nak ambil dalam bilik Afiq, tetiba otak aku bagi idea yang bernas ..bernas ke? Lantaklah..yang penting aku nak selamatkan diri.” Owh..boleh je..duduklah dulu..,by the way kenapa nak pinjam handphone saya, nak telefon boyfriend ye” sambil pelawanya kemudian berjalan ke arah meja tulisnya lalu mengambil Handphone miliknya dan serah kepada aku... Dadaku terasa sesak apabila melihat dadanya yang bidang..apa lagi bila melihat senyumannya yang memukau.Ya Allah kenapa dengan aku ni ? Kenapa mesti aku rasa begini?“Terima kasih.err tak lah aku nak telefon Ibu, lama tak telefon ibu, Rindu lah”Tipu aku, err kejadahnya aku nak telefon boyfriend kalau kau still suami aku yang sah! Sengal lah..tapi aku tak payah cari boyfriend lah sebab kau kan suami aku…..nak je aku kata macam ini kat dia..tapi aku hanya luah dalam hati jelah ..huhu…“Maaflah, saya gurau je, tak kan awak ada Boyfriend kot.saya kan suami awak”Gelak dia pada aku, Afiq duduk sebelah aku sambil tangannya meraih tangan aku dengan lembut dia katakan dia nak bawa aku balik jumpa Ibuku, Aku hanya mendiamkan diri…..lalu aku mengangguk tanda setuju..Dia hanya tersenyum melihat aku …aku just arghhhh tunduk tak sanggup nak memandang wajah dia…” Lain kali datang la melawat bilik saya lagi..saya suka kalau awak ada kat sini,” katanya selamba.Matanya merenungku dalam.Aku menelan air liur, air liur aku rasa pahit huh!... Kenapa suara dia romantis semacam je? Alahai,,,Afiq boleh jatuh jantung aku kau buat…..” Buuaatt apaa aku nak lawat bilik kau lagi…apa-apa pun Terima kasih..sebab nak bawa aku balik jumpa ibu, aku keluar dulu okay..” Aku menjawab tanpa memandangnya… Aku tidak boleh lama di situ kerana nafasku semakin lama semakin tidak stabil ketika berhadapan dengannya! Aku terus berlari meninggalkan biliknya segera…“Awak, hari ini awak bawa kereta okay..”Afiq mengenyitkan mata pada aku, Aku hanya memandangnya acuh tak acuh, bukannya apa, aku khuatir hati aku jahat pada aku lagi….err“Pehal pulak aku nak bawa? Kau lah bawa…malas lah aku penat…”Jelas aku padanya, Adakah aku isteri kena bawa kereta, suami apa mamat nie….Aku mencebik“Tapi saya tak sihat lah awak….demam ” Dia buat muka seakan lemah..huh! Ngada betul lah….“Tak da..tak da… kau drive, cepatlah aku tak sabar nak jumpa Ibu ini..”Aku terus masuk dalam perut kereta.. Akhirnya Afiq akur dan menghidupkan enjin kereta ….Aku tersenyum puas…tapi sebenarnya dalam hati aku jatuh kesian, memang dia demam pun tapi aku ini keras kepala betul lah nak bertolak ansur…err nasib kau lah Afiq dapat bini keras kepala macam eden ni..HAHASepanjang perjalanan kami hanya berdiam diri.Aku tidak tahu nak borak apa dengannya . Dari tubir mataku, aku perasan yang dia seperti tak larat nak drive,,dalam hati aku risau kalau tetiba dia terpengsan ke, tak fasal- fasal aku dan dia arwah pula…“Hey, kau okay tak ini, aku tengok kau macam tak larat je drive, kau berhenti at tepi , aku ganti kau drive okay…?”Tanya aku, bimbang aku tentang kesihatan dia dan keselamatan kami,…aku meminta Afiq hentikan kenderaan di bahu jalan, biar aku yang drive….“Tak pe lah Fizz, Afiq okay je…jangan risau okay” Tangannya menggenggam erat jari –jemari aku dengan kemas… aku terkejut lalu cuba melepaskan tautan jari aku dan dia, Namun dia pantas mengeratkan lagi tautan tangan kami…akhirnya aku rela juga dan membalas tautan itu….“Awak, sayang saya tak?”Aku memandangnya dengan aneh, dah kenapa pula tanya aku soalan –soalan cepumas macam ni…Aku hanya mendiamkan diri tanpa menjawab soalan Afiq..“sayang lah tu kan kan’Afiq tersenyum ceria bila aku tak menjawab apa-apa..adoi pelik betul lah dia ini….“bila masa aku cakap sayang pada kau!?” Eeehh tak tahu malu betul lah….“Alaa awak diam maknanya awak sayang saya lah… betul kan Fizz awak sayang saya?”Tanyanya penuh yakin sambil matanya masih memandang jalan raya“err… aku tak tahulah, hurmmm” Aku mengeluh …“Apa yang awak tak tahu Fizz?” Tanya dia dengan nada yang lembut, romantisnya suara dia… dah lah hensem gila!! Sejak aku paksa dia berubah cara pakaian , perghh ini lah hasilnya Cho kyuhyun versi malaysia aku.. aku suka tengok mata dan bibir dia ..gatal betul , lantaklah suami aku juga bukan orang lain kot ..huh!“Aku, tak tahu lah aku sayang kau ke belum”perghhhh luah juga isi hati aku yang terpendam ini..aku tak tahulah sayang dia ke tak ..aku keliru omputih kata “confuse”cehh nak juga omputihnyaaa….“okay saya akan buat Fizz cakap I love you pada Saya… ”Gelak dia .. err I love you? Tak mungkin kot“kau jangan nak buat lawak lahh… tak kuasa nak cakap perkataan itu geli lahh”Aku teringin nak cakap tapi malu sebenarnya, Malu ke ego wahai Fizz…huhuAfiq: Okay, we'll wait and see. bajetspeakingFizz: Okay fine. nakbajetspeakingjugakkAfiq: Sekarang awak cakap, "Ayam masak lemak cili api."Fizz: Ayam masak lemak cili api.Afiq: Cakap, "Katak pandai lompat."Fizz: Katak pandai lompat.Afiq: Berapa umur awak?Fizz: 24 tahun.pehal kau ini errr….Afiq: Yeah, saya dah berjaya buat awak beritahu umur awak!!!Fizz: Ehh, bukan ke tadi kau cakap yang kau nak buat aku cakap "I LOVE YOU" dekat kau?Afiq: Awak dah cakap pun… HAHAFizz: Grrr, benci betul!Arghhh jahat betul lahhh mana adil , dia tipu aku…err aku cubit lengan dia kuat-kuat padan muka…“Awak.awak, sakitlah….tak kesian ke dengan suami awak ini, dah lah demam, kena pukul pulak dengan isteri..sedihnya”Dia buat muka kesian dia err..ingat comel ke..memang comel pun heee… Aku suruh dia berhenti tepi jalan…..“Nak buat apa berhenti ini awak. Awak jangan kata nak halau saya dari kereta ini” Cuak mukanya bila aku paksa dia berhentikan kereta… haha kelakarlah suami aku ini.. comel pula tu hihi…Afiq akhirnya ikut juga permintaan aku…..“Saya nak minta maaf kat awak, selalu sangat saya kasar dengan awak,, saya kurang ajar dengan awak Afiq, saya selalu buli awak, saya derhaka dengan awak,,, saya maki hamun awak…jahatnya saya dengan awak, selama kita bernikah ini” Aku menangis depan suamiku, aku buang semua ego aku, aku nak minta keampunan dia…. Aku cium kedua-dua tangan dia dengan lembut….aku nak jadi isteri yang di redha Afiq.. bukan isteri yang derhaka.. esakkan aku semakin keras bunyinya….“Awak, cakap apa ini sayang, saya tak pernah ambil hati dengan awak lah, semua kata –kata awak semuanya saya simpan elok-elok dalam hati, Tak kan sesekali saya kesal memiliki awak sebagai isteri saya Syafiza “ Afiq senyum melihat aku, aku tersentak dengan jawabnya, Ya Allah baiknya Afiq suamiku, kenapa lah selama ini aku buta menilai Afiq,,, yang aku tahu kata dia lembik , lembik, lembik! Aku menyesal…“Tapi saya dah banyak kali buat awak sakit…..”Belum sempat aku meneruskan kata….Afiq pantas meletakkan jari telunjuknya di bibir ku,….“hush hush Awak.. jangan kata apa-apa, saya tak mahu dengar apa-apa yang buat awak makin rasa serba salah….saya tak nak sayang saya sedih ..saya tak suka”“Saya Sayang awak Afiq Haziq!” aku memeluk Afiq dengan erat, Aku tak nak kehilangan dia , Biar lah orang nak kata suami aku lembik ke apa ke..yang penting aku bahagia dengan Afiq…“Sayang awak jugak Nor Syafiza Abdullah! Sayang awak sangat-sangat!”Dia meleraikan pelukkan kami ….aku dan dia masing –masing seperti jatuh cinta, memang jatuh cinta pun!! Nak sahaja aku jerit saat ini betapa gembiranya hati aku!...“Sayang, Nak tahu satu rahsia tak?”Tanya dia lembut pada aku, aku terkebil –kebil memandang matanya mencari anak mata dia ….“Sayang jangan lah pandang macam tu malu lah”Tergelak aku bila dia kata begitu, masih lagi ada sifat malu-malu kucing dia haha..“Rahsia apa?”Tanya aku serius, Sahaja aku nak tengok reaksi dia…“Alaaa jangan lah serius macam itu sayang, takut tau….”HAHA tahu takut, aku berikan senyuman manis pada Afiq, kemudian dia memicit hidung ku, katanya aku nakal suka buat dia gelabah , Alahai sweetnya cubit hidung aku haha. bila masa mamat lembik ini bertukar jadi mat Romeo err …..“Cakaplah cepat..Rahsia awak itu….”Tak sabar pula nak tahu ….Rahsia kerajaan suami aku ini haha“Sebenarnya sayalah yang suruh mama saya pinang awak. Semenjak awak selamatkan saya hari tu, saya dah mula jatuh sayang kat awak. Saya nak hidup bersama awak sehingga ke akhir hayat saya..saya cintakan awak Fizz, Saya harap awak tak marah “.Lidahku kelu. Aku sungguh terharu. Tidak sangka rupa-rupanya dia sudah lama mempunyai perasaan terhadapku, tak sangka sungguh… Ya Allah terima kasih berikan aku suami sebaik Afiq Haziq.Rupanya Afiq seorang yang punyai perasaan Cuma aku sahaja yang tak melayan Afiq dengan baik… hurmm Aku sungguh menyesal!“Awak…hurmmmm”aku tak dapat meneruskan kata- kata lagi..aku kembali menangis…….“Maaf awak sebab tak bagitahu awak hal sebenar…awak mesti dah benci saya kan..”Katanya seperti menyesal membuat aku menangis…..aku sejak dah berubah ke asal jadi perempuan asyik nak menangis je… maybe dah berjangkit sifat lembut hati Afiq pada aku kot…. Err..“Awak cukuplah, jangan cakap lagi…saya maafkan awak..sayang saya hanya untuk Afiq Haziq…. I love you so much!!” Aku tak sanggup nak dengar kata maaf dari dia…. Aku yakin aku sayang dia!! Sangat-sangat , Aku memeluk dia sekali lagi…lama cukup lama…. Sehingga aku dapat rasa kucupan mesra pada dahi ku… bahagianya rasa…….**************Aku sedang menggosok perlahan perutku yang memboyot yang berusia 5 bulan.Ya Allah terima kasih kerana berikan Aku dan Afiq zuriat….Semakin hari cintaku semakin mekar semekar hatiku apabila bersama Afiq Haziq Aku cukup bahagia di sampingnya. Baru aku tahu yang Afiq memang romantik sangat! Aku tersenyum sendirian apabila memikirkan kehidupanku kini.Peristiwa aku ditampar ibu kerana kurang ajar dengan Afiq suami ku sendiri, Saat aku kantoi tertangkap oleh Afiq dalam bilik tidur dia..dan paling aku mengamit memori, adalah,saat aku meluahkan rasa sayang aku kepada seorang lelaki yang bernama AFIQ HAZIQ.di situ lah titik permulaan kebahagiaan rumahtangga kami. ….. Ini lah Cerita aku ..Cerita Cinta Si Kasar
Friday, November 8, 2013
Cinta SiKasar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment