Rasyid menyusun karipap yang baru dibelinya sambil menjeling Raha di sebelahnya. Lincah anak gadisnya itu membuat air bandung. Dalam beberapa minit sahaja, air bandung itu siap. Raha meletakkan jag yang berisi air bandung itu di atas dulang beserta 6 cawan gelas. 5 cawan gelas bewarna biru dan 1 cawan gelas berwarna merah jambu. Raha tersenyum manis sambil melihat abahnya. Dah Siap!
Walaupun tanpa Mak Jah, pembantu rumahnya yang tengah bercuti itu. Anak gadisnya itu tahu mengemas rumah dan memasak. Itu semua sudah diajar oleh Mak Jah sejak dari kecil lagi. Kata Raha, sebagai perempuan. Dia kenalah tahu buat kerja-kerja rumah ni. Takkan nak harap Mak Jah aje. Rasyid tersenyum bangga.
“Biar abah bawa dulang tu. Kamu bawa karipap ni.” Arah Rasyid sambil menyerahkan pinggan tu kepada Raha.
Raha mengangguk dan mengambil pinggan tu lantas melangkah ke ruang tamu. Kelihatan abang-abangnya dan adik-adik kembarnya duduk disitu sambil menonton filem Avenger. Petang sabtu macam ni memang aktiviti mereka sekeluarga untuk menonton filem bersama-sama.
Raha meletakkan pinggan yang berisi karipap itu di atas meja. Manakala Rahim, abang sulungnya menyambut dulang dari abah dan meletakkannya di atas meja juga. Adik-adik kembarnya, Rahman dan Rahmat bangun dari pembaringan dan duduk dihadapannya sambil tersengih-sengih.
Baru saja Rahman hendak mengambil karipap di pinggan, Raha pukul perlahan tapak tangan Rahman.
“50 sen seketul.” Gurau Raha dengan muka serius. Bibirnya menahan senyuman yang bakal memekar. Lucu dengan riak muka adiknya itu.
“Kejamnya! Takkan ini pun akak nak charge. Kedekut! Mak tipah jual 30 sen aje. Cekik darah la akak ni.” Rungut Rahman dengan muka mencebik.
“Mahal tak mahal. Bayar dulu baru makan. Takkan nak makan secara FOC (Free of charge)!.” Sambung Raha sambil menuang air bandung tu di cawan.
Rasyid yang melihat hanya tersenyum. Rahim dan Rafiq yang duduk bersebelahan hanya menumpukan perhatian pada screen TV Plasma. Tidak mengambil kira dengan gelagat adik-adik diaorang yang sememangnya suka bergurau dan menyakat antara satu sama lain.
Tiba-tiba Rasyid ketawa kuat di hadapan mereka. Terus saja Raha dan Rahman berpandangan di antara satu sama lain. Apa yang lucu? Mereka berdua menoleh ke arah screen TV Plasma.
Babak Ironman tengah berlawan dengan Thor. Itu pun lucu ke? Kening mereka terangkat. Hairan…
Tetapi, terus saja mereka terlopong apabila melihat Rahmat tengah berbaring dengan tangan kiri menongkat kepala dan tangan kanan memegang karipap. Selamba sahaja dia menyuap karipap tu dimulutnya.
“Sejak bila Rahmat ambil karipap tu?.” Soal Rahman sambil melihat Raha.
Raha mengongket bahu. Tak tahu.
“Lapar! Takde masa nak layan drama tak bertauliah akak dan Rahman tu.” Tiba-tiba Rahmat bersuara sambil tersengih.
Mereka yang ada kat situ tergelak sakan. Lucu dengan gelagat Rahmat yang spontan itu.
Rasyid hanya tergeleng-geleng sambil tersenyum. Walaupun ketiadaan isteri yang tercinta disisi, Dia tidak pernah lupa dan tetap menjalankan tanggungjawabnya. Dialah yang menjaga dan mengasuh anak-anaknya itu hingga besar panjang dan menjadi insan yang dia banggakan. Baginya, anak-anaknya adalah semangat dan pendorong bagi dirinya untuk menempuhi hidup ini.
Mohd. Rahim, anak sulungnya dan berumur 27 tahun. Seorang arkitek dan telah mewarisi perniagaannya sejak 2 tahun yang lalu. Mohd. Rafiq, anaknya yang kedua dan berumur 25 tahun. Seorang engineer. Rahadatul ‘Aisy @ Raha, satu-satunya anak perempuannya dan masih lagi menuntut di University di Kuala Lumpur ini. Mohd. Rahman dan Mohd. Rahmat, masih lagi bersekolah dan akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun hadapan.
Dia renung gambar arwah isterinya yang tergantung di dinding atas TV Plasma itu. Seolah-olah isterinya itu tersenyum melihat dirinya. Dia tersenyum lagi. Dia akan menjaga anak-anaknya itu hingga nafas yang terakhir. Itulah janjinya pada arwah isterinya.
*---------------------------------*
Setelah mengemas rumah dan menyapu di laman dan belakang rumah. Raha membersihkan diri. Terasa segar. Dia mengenakan seluar track dan t-shirt putih yang bercorak mickey mouse di hadapannya. Kemudian dia mengambil novel keluaran Penulisan2u di rak yang terdapat di sudut kanan dalam biliknya. Novel yang baru dibelinya itu dibelek lagi sambil tersenyum. Kaca matanya dibetulkan. Rambut para bahu itu hanya dibiar lepas. Cuti-cuti hujung minggu macam ni lebih baik diisi dengan membaca novel. Malas nak keluar. Dia tersengih habis!
Tanpa membuang masa, dia melangkah turun dan menuju ke ruang tamu. Kosong. Keningnya terangkat. Abahnya yang sedang membaca surat khabar di sofa dipandang.
“Abah, Abang Rahim kat mana? Tadi Raha tengok abang di ruang tamu ni.” Soal Raha sambil duduk dengan selamba di sofa tiga serangkai itu. Hairan. Sebab kelibat abang sulungnya itu tidak kelihatan. Walaupun sebentar tadi abang sulungnya itu tengah menonton kat situ.
“Abang kamu keluar. Katanya nak jumpa kawan kejap.” Jawab Rasyid sambil tersenyum. Anak gadisnya itu direnung.
Raha hanya mengangguk lalu membuka halaman novel itu. Tetapi terhenti apabila terdengar derapan kaki menuruni tangga.
“Abah…Rafiq keluar kejap ye? Nak jalan dengan kawan.” Pinta Rafiq yang baru turun dari tingkat atas. Dia membetulkan rambutnya sambil bersiul-siul. Kunci kereta di bakul kecil diambil sambil memutar-mutarkannya dengan jari telunjuk.
Raha tersengih.
“Nak jumpa kawan ke? Ataupun Kak Ana...” Tanya Raha sambil tersengih habis. Abang keduanya itu dipandang dengan lirikan mata nakal.
Rafiq mencebik pada Raha. Terus saja dia bagi pengepal penumbuk dan tunjuk pada Raha. Raha hanya tergelak-gelak kat situ.
“Kirim salam dengan Kak Ana. Balik nanti jangan lupa bawa ole-ole ye?.” Pesan Raha sambil tersengih-sengih lagi. Kali ni lebih lebar.
“Emm. Baiklah cik adikku sayang! Nanti abang sampaikan…Jangan risau, nanti abang bawakan sekali kedai tu ke sini.” Ejek Rafiq ambil mengenakan kasut.
“Naa kan…Nak keluar dengan Kak Ana! Kantoi! Kecik hati Kak Ana kalau dia tahu abang anggap dia kawan aje.” Balas Raha lagi sambil menutup mukanya dengan novel. Disebalik buku novel itu, dia boleh tengok muka abangnya yang tengah bengang.
“Abah, boleh tak sumpat mulut adik dengan surat khabar tu?! Mengejek aje kerja dia ni. Okey lah, Rafiq jalan dulu. Kang lambat pulak…Bye, adikku ‘terrrrrbenc…sayang!’.” Rafiq menjeling pada Raha sebelum hilang dibalik pintu.
Raha hanya buat muka selamba dan tersenyum sinis.
Rasyid hanya menggeleng-gelangkan kepalanya dengan gelagat anaknya itu. Dia melihat Raha yang sudah berbaring sambil membaca novel.
“Raha tak keluar ke?.” Tanya Rasyid. Hairan sebab anak gadisnya itu hanya duduk kat rumah aje. Abang-abang dan adik-adik kembarnya dah keluar bersama kawan masing-masing. Biasalah, hujung minggu macam ni. Melepak dengan kengkawan adalah perkara biasa bagi anak mudi sekarang ini.
Raha melihat abahnya. Dia tersenyum lebar.
“Kalau Raha keluar. Abah takde kawan kat rumah ni. Biarlah Raha temankan abah.” Jawab Raha sambil tersengih.
Rasyid terkedu kemudian tersenyum. Terharu dengan kata-kata anak gadisnya itu.
“Hish, abah tak apa-apalah. Abah bukannya budak-budak nak berteman. Tak bosan ke duduk kat rumah ni aje?.” Soal Rasyid sambil melipat surat khabar dan meletakkannya di atas meja.
“Taklah. Tak bosan pun. Ada novel.” Balas Raha lagi sambil tersengih habis.
Rasyid hanya tersengih sama. Control TV Plasma di atas meja diambil lalu ditekannya punat yang bewarna hijau. Dia memilih untuk menonton discovery channel dan menyandar dengan selesa.
Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi kereta memasuki perkarangan rumah. Rasyid dan Raha berpandangan satu sama lain.
“Cepatnya Abang Rahim balik.” Kata Raha sambil melihat abahnya.
“Barangkali sekejap aje pertemuan dengan kawan dia tu...” Duga Rasyid sama.
Raha kembali berbaring dan menyambung pembacaannya.
“Assalamualaikum.” Ucap Rahim yang berada dimuka pintu.
“Waalaikummussalam.” Sahut Rasyid dan Raha serentak.
“Ada tamu abah. Kawan Rahim masa belajar kat London hari tu.” Kata Rahim sambil mempelawa kawannya itu masuk.
Rasyid berdiri manakala Raha bangun dari pembaringan. Mereka berdua melihat ke muka pintu. Kelihatan seorang pemuda tersenyum sambil menyalam Rasyid yang sudah berdiri di muka pintu itu. Buat seketika, pandangan Raha dan pemuda itu bertembung. Raha menghulurkan senyuman manis kemudian melangkah ke dapur. Ingin menjerang air.
Rasyid mempelawa pemuda yang bernama Akil Firdaus itu masuk. Mereka bertiga berbual di sofa dan tidak lama kemudian Raha muncul dengan dulang. 3 cawan air Nescafe dihidang dan diletakkan di hadapan abahnya. Rahim dan Akil Firdaus. Kawan abangnya itu. Kemudian melangkah ke dapur semula dan mengambil balang biskut yang beraneka jenis yang terletak di atas rak. Khas untuk tetamu yang datang bertandang ke rumah.
Apabila selesai meletakkan balang biskut itu di tengah-tengah meja, Raha segera berlalu keluar ke halaman rumah bersama dengan novel. Memberi peluang pada abah, Rahim dan Akil Firdaus itu untuk berbual. Dia duduk di kerusi yang terdapat di luar rumah. Matanya tertumpu pada kereta Toyota Camry bewarna putih di belakang kereta abangnya itu. Barangkali milik kawan abangnya itu. Fikir Raha…
Raha menyelak halaman pada page yang ditanda itu. Menyambung semula bacaannya yang tertangguh sebentar tadi.
“Adik.” Panggil Rafiq yang sudah duduk bersebelahan Raha.
Raha yang tengah syok membaca novel itu terkejut lantas mengurut dada.
“Kurrr semangat!….Abang ni! Nasib baik tak luruh jantung ni. Buat terkejut aje!.” Rungut Raha sambil menumbuk lengan abangnya.
Rahim hanya tersengih kat situ.
“Macam ni…Sebenarnya kalau kawan abang tu lunch bersama-sama kita tengah hari ni. Bolehkan? Abang malaslah nak keluar lagi. Sekurang-kurangnya biarlah Akil merasa masakan kat rumah juga. Adik boleh masak sesuatu yang special tak?” Tanya Rahim sambil memandang adiknya itu.
Kening Raha terangkat. Kemudian tersenyum…
“Tiada masalah! Kawan abang kawan Raha jugak. Tapi, upah Chocolate Cadbury. Tak nak petak kecik.
Nak yang besar. Boleh kan?.” Balas Raha sambil mengangkat-gangkat keningnya dengan senyuman nakal.
Rahim menggeleng-geleng.
“Iya la. Chocolate aje kan. Ditanggung beres!.” Sambung Rahim sambil mencubit pipi Raha. Raha hanya tergelak manja kat situ.
*---------------------------------*
Raha duduk di sofa sambil mengunyah keropok Potato Chips yang berada di tangannya. Sesekali matanya ke arah screen TV Plasma. Menonton penuh syahdu pada drama Korea yang romantik itu. Tetapi, ketenangannya terganggu apabila 4 mata memandangnya dengan serius. Dia menoleh ke sebelahnya. Abang Rahim dan Rafiqnya merenung dia sampai tak terkebil-kebil mata tu!
“Kenapa? Nak ke?.” Soal Raha tulus. Barangkali diaorang nak Potato Chips ni. Soalnya dalam hati.
Rahim menggeleng dan mengeluh halus. Rafiq pulak ketawa kuat…
“Ada apa dengan adik ni sampai dia terpikat habis?.” Soal Rafiq. Tapi pantas dia pekup mulut dan tersengih habis…
Kening Raha terangkat. Bingung.
“Abang tanya, ada apa dengan perempuan tu sampai lelaki ni terpikat habis?.” Soal Rafiq sambil menuding ke arah screen TV. Dia menghembus nafas lega apabila Raha menjelaskannya padahal dia bukannya minat pun nonton drama ni. Huh, nasib baik Raha tak faham!
Rasyid yang duduk di sofa hadapan hanya melihat anak gadisnya itu dan mengeluh halus. Boleh tahan jugak penangan Raha ni!…Dia tersenyum.
*---------------------------------*
Rasyid menyambut salaman tangan Raha. “Hati-hati. Jangan balik lewat sangat.” Pesan Rasyid pada Raha yang hanya tersenyum.
“Okey abah. Raha pergi dulu ya. Assalamualaikum.” Ucap Raha sambil menutup pintu kereta Fortuner itu.
Rasyid hanya tersenyum dan kereta Fortuner itu bergerak perlahan. Dia melambaikan tangannya pada abahnya yang beransur hilang dari pandangannya.
Raha berjalan memasuki bangunan Suria KLCC dengan langkah santai. Dia baru saja habis kuliah. Nasib baik kuliahnya habis pukul 3:00 petang. Lagipun dia dah merancang untuk mencari bahan bacaan dan rujukan di Kinokuniya Book Store pada petang ini. Sesudah membelek dan berpuas hati dengan buku rujukan itu, Raha ke kaunter pembayaran.
Selesai saja membuat pembayaran, Raha berjalan-jalan sebentar sambil window shopping.
“Raha?.” Panggil satu suara dari arah belakang.
Raha menoleh. Kelihatan Akil Firdaus sedang memandangnya dengan senyuman di bibir. Raha terkedu. Eh, inikan kawan Abang Rahim…Bisiknya dalam hati.
Semasa Akil Firdaus bertandang ke rumahnya tempoh hari. Dia hanya menadah telinga dan mendiamkan diri mendengar perbualan mereka bertiga. Hanya bertentang mata apabila Akil Firdaus balik dan menyalam tangannya.
“Abang Akil ke?…” Balas Raha berbudi bahasa.
Akil Firdaus tersenyum. Dia merenung Raha di hadapannya. Penampilan Raha yang manis membuatkan dia hampir tidak mengenalinya. Walaupun simple tapi manis pada pandangan matanya. Baju kurung bewarna biru muda serta lace hitam dileher dan dihujung lengan dan hanya memakai kasut flat. Beg sandang dibelakang badan serta buku ditangan. Rambut pula hanya dibiar lepas dan hanya memakai reben hitam bersesuaian dengan kaca mata bingkai hitam itu. Comel! Dia tersenyum…
“Sendiri aje ke?.” Soal Akil Firdaus sambil melihat sekeliling. Kemudian melihat Raha di hadapannya.
Raha mengangguk sambil tersenyum. Dia meneliti Akil Firdaus dari balik kaca matanya. Handsome! Memang diakui bahawa Akil Firdaus lebih handsome dari Abang Rahimnya. Berkulit putih serta senyuman yang menawan itu. Mata dia pulak sepet sikit. Ada darah campuran ke? Fikir Raha.
“Okey la. Raha nak balik dah ni. Assalamualaikum.” Pamit Raha. Terasa kekok jugak apabila berdepan dengan Akil Firdaus itu.
“Eh, Sekejap. Raha balik dengan siapa? Kalau tak, biar Abang Akil hantar.” Pelawa Akil Firdaus serius sambil melihat jam di pergelangan tangannya.
Raha terpempan. Hah? Biar betul?
“Tak. Takpelah. Raha naik teksi aje. Apa-apapun terima kasih ye…” Tolak Raha sopan.
“Takpe Raha. Lagipun kebetulan Abang Akil ada hal kat Jalan Ampang tu. Sekali bolehlah Abang Akil hantar Raha balik. Lebih selamat.” Kata Akil Firdaus serius. Selepas itu tersenyum sambil melihat Raha di hadapannya.
“Tapi…” Gumam Raha.
“Rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari. Itu kata-kata pelakon pujaan Abang Akil. Arwah Tan Sri Datuk Amar Dr. P. Ramlee dalam filem beliau ‘Madu Tiga’. Betulkan?...” Pintas Akil Firdaus sambil senyum meleret.
Nampak nakal senyuman itu pada pandangan Raha. Raha tergelak kecil. Boleh tahan jugak Akil Firdaus ni. Biarpun lama di luar negara. Dia boleh ingat kata-kata dalam filem ‘Madu Tiga’ tu. Pujinya dalam hati.
Raha mengeluh halus. “Baiklah.” Ucap Raha sambil tersenyum.
*---------------------------------*
Raha menutup pintu pagar rumah. Kelibat kereta Akil Firdaus sudah hilang dari pandangannya. Dia masuk ke dalam rumah. Kelihatan abahnya baru saja keluar dari bilik sembahyang.
“Awal balik…Raha naik teksi ke?.” Tanya Rasyid pada anaknya itu.
“Ummm…Tak abah. Kebetulan Raha terjumpa dengan kawan abang Rahim tu. Abang Akil yang hantar Raha balik tadi.” Jawab Raha sambil meletakkan buku rujukannya di atas meja.
Rasyid tersenyum dalam hati…Cepatnya dia bertindak! Dah macam perangai aku aje masa muda-muda dulu. Bisik Rasyid.
“Hermmm…Eloklah tu.” Ujar Rasyid sambil tersenyum.
Raha yang duduk di sofa berasa hairan. Biasanya abahnya jenis yang bertanya itu dan ini. Akan menasihatinya agar jangan mempercayai orang yang baru dikenali. Dia mengerut dahi. Agaknya sebab Abang Rahim dah lama kenal dengan Akil Firdaus ke? Itu sebab abahnya tak risau dan siap tersenyum lagi…Fikirnya dalam hati.
*---------------------------------*
Sejak kebelakangan ini, Raha selalu saja terserempak dengan Akil Firdaus. Asal dia keluar berjalan dengan Abang Rahim atau Rafiqnya. Pasti Kelibat Akil Firdaus kelihatan. Tak pun, apabila dia berjalan sendiri dan ke kedai buku kegemarannya itu, Kinokuniya. Pasti dia terserempak dengan Akil Firdaus lagi. Tapi, baginya itu hanya kebetulan sahaja! Pasti!
Raha merenung bakul yang berisi chocolate Cadbury yang kini dalam pangkuannya. Dah tu, siap berbalut plastik dan ada reben lagi. Dia terkejut habis!
“Abang Rahim biar betul. Raha minta yang petak besar aje. Yang sampai sebakul ni buat apa? Abang ada buat salah kat Raha ke? Sampai sogok macam ni sekali.” Tanya Raha sambil melihat abang sulungnya yang kini duduk di hadapan itu. Sesudah aje makan malam tadi. Dia dan adik-adik kembarnya duduk di ruang tamu sambil menonton drama Indonesia. Tiba-tiba, abangnya itu meletakkan bakul di atas pangkuannya sambil tersengih.
“Mana ada. Ada-ada ajelah adik ni. Bukan abang yang bagi. Tapi seseorang. Time abang pergi cari chocolate tu. Orang tu ada sekali. Akhirnya, dia yang tolong beli dan siap pesan pada abang lagi. Kalau adik tolak. Cakap aje macam ni : Rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari. Jadi, terima ajelah. Lagipun itu pemberian hadiah sebab pelawa dia lunch kat sini hari tu.” Terang Rahim sambil tersengih-sengih. Siap kening terangkat-angkat!
Raha terkedu kat situ. Dia ingat ayat itu. Akil Firdaus!
“Tapi, Raha tak boleh terima. Lagipun hari tu, Raha minta dengan abang aje. Bukan dengan dia.” Bangkang Raha sambil meletakkan bakul tu di atas meja.
Rahman dan Rahmat dah sibuk membelek-belek bakul tu sambil tersengih-sengih.
“Agaknya Abang Akil ada hati kot dengan akak ni? ” Ayat power-mower tu keluar dari mulut Rahman. Rahmat di sebelah terangguk-angguk macam burung belatuk.
Terus mata Raha terbeliak. Apa kes Akil Firdaus tu ada hati kat dia?! Tak mungkin!
“Raha terima ajelah. Ikhlas dari dia…Tak baik menolak pemberian orang. Jangan lupa ucap terima kasih kat Akil nanti.” Kata Rasyid yang tiba-tiba muncul dan duduk bersebelahan Raha.
Raha menoleh ke arah abahnya yang tersenyum manis pada dia. Dia mengeluh dan kemudian mengangguk. Apa-apapun, jika ada pertemuan di masa akan datang. Dia akan ingat pesanan abahnya itu.
*---------------------------------*
Bukan di masa akan datang! Tapi, pertemuan itu berlaku keesokkan harinya apabila Raha dan Rafiq keluar lunch bersama-sama. Habis saja kuliah sebelah pagi. Abang keduanya itu datang menjemputnya dan membawanya ke sebuah restaurant yang terkenal dengan makanan seafood.
“Adik…Abang nak ke tandas kejap. Pesan aje apa-apa. Citarasa kita sama.” Arah Rafiq sambil tersengih dan berlalu pergi.
Raha hanya mengangguk sambil mengeleng-gelengkan kepalanya. Sesudah saja memesan makanan. Raha melemparkan pandangan sekitar restaurant ini. Ala-ala tropika. Cantik!
Tiba-tiba pandangannya bertembung dengan seseorang. Akil Firdaus! Bukan itu sahaja. Akil Firdaus turut melihat ke arahnya sambil tersenyum. Raha hanya mampu tersenyum sama. Entahlah, rasanya mukanya dah pun merah...Malu sebab bertembung dengan Akil Firdaus! Padahal dia belum bersedia dengan pertemuan ini.
Tidak lama kemudian. Raha melihat abang keduanya itu bersalaman dengan Akil Firdaus dan teman Akil Firdaus yang duduk semeja dengannya. Eh, diaorang kenal ke? Bisik hati Raha. Hairan.
“Abang Rafiq kenal ke dengan Abang Akil tu?.” Tanya Raha pada abangnya itu. Rafiq menghirup minumannya dan melihat Raha. Dia tersengih…
“Dah lama kenal. Dia salah satu client penting abang. Lagipun dia kawan Abang Rahim. Selalu jugak terserempak dengan dia kalau lepak-lepak dengan Abang Rahim.” Jawab Rafiq.
Raha hanya mengangguk lantas melemparkan pandangannya lagi ke arah Aril Firdaus. Tetapi, entah macam mana…Mata mereka bertembung sekali lagi! Raha cepat-cepat melarikan pandangannya. Dia ketap bibir. Kantoi!
Selesai saja membayar bil makanan dan minuman. Raha ikut langkah abangnya keluar dari restaurant itu. Dia tidak lagi melihat ke arah meja Akil Firdaus. Cukuplah dengan pandangan mata itu. Pandangan itu buat dia rasa semacam!
Rafiq mengarahnya tunggu di depan restaurant sahaja kerana kereta yang diparkir agak jauh dari situ. Raha hanya tersengih dan menunggu ketibaan abangnya disitu.
“Raha.” Panggilan itu membuat Raha menoleh. Dia kenal suara itu.
Raha tergamam. Akil Firdaus melihatnya dengan pandangan yang sukar ditafsir dengan akal fikirannya. Dia gelabah di situ!
“Uh…Lupa nak cakap. Pasal chocolate tu…” Belum sempat dia nak habiskan ayatnya. Kereta abangnya muncul.
“Raha ambil kad ni. Mesej Abang Akil tentang apa yang Raha nak cakap tu. Abang Akil tunggu…” Kata Akil Firdaus sambil tersenyum penuh makna. Dia menyerahkan sekeping kad yang tertera namanya dan nombor telephone sekali pada Raha.
Raha menyambutnya. Raha menahan debaran didada…
Selepas meminta diri. Raha berlalu dengan satu perasaan halus yang mula hadir pada dirinya. Apakah perasaan itu?
*---------------------------------*
Rasyid merenung Raha yang tengah mengelamun kat situ. Apa kena dengan anak gadisnya ini? Soalnya dalam hati.
Sejak balik dari kuliah petang tadi. Raha hanya berdiam diri. Tak banyak bercakap seperti selalunya. Biasanya, anak gadisnya itu yang banyak berbual dan bertanya itu-ini. Tapi, bukan hari ini. Senyap!
Tetapi, yang pasti mungkin ini berkenaan dengan pemuda itu! Dia tersenyum dan berlalu ke bilik sembahyang.
Rahman dan Rahmat berdiri di sisi kanan dan kiri Raha. Mereka turut bingung dengan gaya kakak diaorang ini. Kepala yang tak gatal digaru.
“Oooo kak. Tak habis-habis lagi ke nak mengelamun tu…” Bisik Rahman kuat di telinga Raha.
Raha tersedar. Dia pandang kanan dan kiri. Rahman dan Rahmat dengan riak muka bingung diaorang. Dia tersengih.
“Sorry. Eh, tolong akak cuci pinggan ya?.” Kalut Raha sambil tersenyum sumbing.
“Ek elleh, dah memang tugas kami malam ni. Kakak lupa ke?.” Balas Rahmat. Pelik.
Raha terkejut. Hish, apa kena dengan aku ni? Soalnya dalam hati. Lantas dia tepuk dahi.
“Lupa pulak. Okey la, akak naik atas dulu. Kemas mana-mana yang patut ye…Selamat malam.” Ucap Raha sambil tergelak kecil. Dengan pantas dia berlalu dan naik ke tingkat atas.
Rahman dan Rahmat pandang-memandang kemudian mengangkat bahu. Tak tahu apa kena dengan kakak diaorang itu!
Di dalam bilik. Raha mengambil air wuduk dan menunaikan solat Isyak. Usai saja menunaikannya. Buku rujukan di atas meja dibuka dan mencari sesuatu. Kad yang terselit di tengah-tengah buku itu diambil dan direnung. Gara-gara memikirkan kewajaran dia untuk menghantar mesej pada Akil Firdaus. Dia mengelamun habis!
Raha mengeluh. Lantas merebahkan badannya ke tilam sambil memeluk bantal. Dia mengiring ke kiri dan mengambil handphone di atas meja kecil bersebelahan katilnya itu. Nak mesej ke? Dia berguling kiri ke kanan. Kanan ke kiri. Dah macam orang sasau!
Dia tidak suka dengan perasaan yang dialami sekarang ini!
*---------------------------------*
Akil Firdaus merenung Iphone ditangannya. No message! Dia mengeluh…Jam ditepinya dikerling. Dah masuk pukul 10:00 malam.
Dia yang berbaring di katil hanya merenung siling dengan perasaan berbaur. Dia ketawa kecil dan kemudian tersenyum sinis. Rasanya Raha tidak mempunyai perasaan sepertinya…Satu-satunya gadis yang boleh buat dia jatuh cinta pandang pertama!
*---------------------------------*
Raha terkocoh-kocoh memakai kasut flatnya. Dia dah lambat! Ini semua gara-gara memikirkan samaada nak mesej Akil Firdaus ataupun tak. Tapi, akhirnya…dia tertidur!
Dia serba salah. Tapi, apa-apapun. Kata-kata itu akan diwakilkan pada Abang Rahimnya nanti. Sebelum turun dari kereta. Raha pandang abangnya.
“Abang, kalau abang jumpa Abang Akil. Sampaikan ucapan terima kasih Raha atas pemberian chocolate tu ye...” Pinta Raha lantas menutup pintu kereta.
Rahim terkebil-kebil disitu. Aik, diaorang tak bemesej ke semalam? Bisik hati kecil Rahim. Bingung. Rafiq beritahu dia yang Raha terserempak Akil kat restaurant tengah hari kelmarin. Siap Akil bagi kad nama lagi. Kenapa tak hantar mesej kat Akil Firdaus aje?!
*---------------------------------*
Hari-hari seterusnya. Kehidupan Raha seperti biasa. Cuma ada sesuatu yang berlaku pada dirinya. Sejak kebelakangan ini, rasa serba salah dan menyesal bersatu dalam dirinya. Serba salah sebab tidak menghantar pesanan ringkas pada Akil Firdaus. Padahal Akil Firdaus ada mengatakan bahawa dia akan menunggunya. Lepas tu, dia menyesal. Kenapalah dia tak berani nak mesej pada malam itu? Kini, dia nak mesej tapi malu. Abangnya pulak bertegas yang dia kena sampaikan ucapan tu sendiri pada Akil Firdaus. Tak boleh hantar wakil. Tak ikhlas katanya….Ewah, abang dia dah pandai bersandiwara!
Hujung minggu itu, Abang-abangnya mengajak dia ke Genting Highlands. Bersama-sama dengan Kak Ana. Adik-adik kembarnya tak dapat ikut sebab ada program dengan kengkawan yang lain. Dia hanya memakai jeans serta t-shirt. Lepas tu, memakai sweater kat luar dan kasut flat. Rambut dibiar lepas dan rambut hadapan dipin ke belakang. Simple!
Apabila sampai kat sana. Dia mengikut abang-abangnya bermain dan berseronok. Kak Ana yang sporting membuatkan Raha terlupa buat seketika pada perasaannya yang tengah keliru itu. Tidak lama kemudian, Abang Rafiqnya meminta diri. Katanya nak dating dengan Kak Ana. Berdua. Lepas tu Abang Rahimnya pula nak jumpa kawan yang kebetulan datang ke sini juga.
Semasa Raha berjalan mengharungi pengunjung yang ramai itu, dia terlanggar seseorang dan menyebabkan dia terdorong ke belakang. Nasib baik ada tangan yang menghalang. Kalau tidak, pasti dia jatuh terduduk!
Raha menyangkakan bahawa Abang Rafiqnya yang menahan badannya dari belakang. Tetapi, apabila dia menoleh. Zup, dia nak jatuh pengsan!
Dia terkaku di situ. Orang yang berada di hadapannya adalah Akil Firdaus. Melihat dia dengan wajah serius. Abangnya hanya muncul selepas itu. Rupa-rupanya kawan yang dimaksudkan oleh abangnya itu adalah Akil Firdaus!
Tetapi pelik, Akil Firdaus hanya melihat dia tanpa segaris senyuman. Hanya bercakap dan bersembang pada abangnya sahaja. Apabila melihatkan abangnya dan Akil Firdaus serta 2 orang rakan abangnya yang turut datang ke tempat ini berbual di sebuah café yang terbuka. Dia meminta izin pada abangnya untuk bersiar-siar dan meninjau-ninjau keadaan sekeliling. Abangnya itu memesan agar jangan pergi jauh dari café ini. Takut tersesat. Dia hanya mengangguk dan berlalu pergi.
Sebenarnya, dia tidak betah untuk duduk disitu. Terasa asing dan pelik!
Raha mengambil keputusan untuk mengikut laluan ke kawasan tapak permainan. Dia lebih suka melihat para pengunjung yang datang bermain di situ. Jalan punya jalan. Dia berpaling. Alamak, dia dah sesat! Dia berputar kembali pada laluan yang dilaluinya sebentar tadi. Tapi dia terlupa laluan mana yang dia ikut. Dia menyeluk saku sweater kat hadapan. Nak call abangnya. Tetapi, tiada! Raha mengeluh halus kerana merasakan nasib dia yang malang sangat hari ini. Pasti handphonenya tertinggal kat café. Sebentar tadi, dia ada gunakan handphone itu untuk bermesej dengan abahnya.
Dia mencari tempat duduk. Jauh dari tempat yang sesak dengan pengunjung. Terasa kakinya lenguh sebab berjalan ke sana ke mari. Dia duduk sambil mengenggam jari-jemarinya. Dalam fikirannya. Pasti abangnya akan jumpa dia kat sini! Dia menunggu dan terus menunggu. Tetapi , apabila merasakan yang seminit itu bagaikan 10 minit aje. Mata dia dah berair. Dia buka kaca matanya. Ingin menahan airmata yang ingin mengalir. Dahlah sejuk, sesat pulak! Keluh hati Raha. Sedih!
“Raha!.” Jerit satu suara. Dia kenal suara itu. Airmatanya dah tak dapat di tahan. Akhirnya mengalir…
Terasa tangannya digenggam erat. Pandangannya kabur sebab kaca matanya berada di pangkuannya. Dia seka airmatanya menggunakan tangan kiri. Tangan kanannya masih berada dalam genggaman dia. Dia yang bernama Akil Firdaus!
“Raha okey ke?.” Tanya Akil Firdaus yang mencangkung di hadapannya.
Raha hanya mengangguk.
“Nasib baik Abang Akil lihat arah mana Raha ikut dari café tu tadi.” Akil Firdaus tarik nafas lega.
Raha terkejut. Eh, dia perhatikan ke? Kalau begitu, kenapa tak tegur masa mula-mula jumpa dia tadi? Soal Raha. Tetapi soalan tu hanya dalam fikiran aje. Tak terluah!
“Sorry. Buat susah aje. Raha tak apa-apa.” Balasnya sambil memakai semula kaca matanya. Dia renung Akil Firdaus di hadapannya. Kali ini Akil Firdaus melihatnya dengan senyuman manis. Dia tunduk. Perasaan malu menguasai diri. Dia bertambah malu apabila tangannya turut erat mengenggam tangan Akil Firdaus. Sepertimana tangan Akil Firdaus tidak mahu melepaskan genggaman tangannya.
“Raha…Abang Akil minta maaf sebab tidak mempedulikan Raha sebentar tadi. Abang Akil tahu yang Raha terasa dengan kelakuan abang tadi. Abang Akil minta maaf sekali lagi…”
Raha menggelengkan kepalanya. Kemudian melihat Akil Firdaus dengan pandangan sayu.
“Raha nak cakap sesuatu. Raha nak ucap terima kasih sebab chocolate Cadbury tempoh hari tu. Juga terima kasih sebab jumpa Raha kat sini. Abang Akil tak salah apa-apa.” Ucap Raha sambil tersenyum. Lega sebab apa yang nak disampaikan pada Akil Firdaus dah tertunai.
Afiq Khairul hanya diam di situ. Dia genggam tangan Raha dan tersenyum.
“Raha tak mesej Abang Akil hari tu bukan sebab Raha tak suka berkawan dengan Abang Akil. Tapi, Raha malu. Itu aje.” Sambung Raha lagi sambil tersenyum.
Kawan? Akil Firdaus mengurut tengkuknya. Pantas saja dia berdiri dan tunduk sedikit mendekati Raha. Topi sweeter di belakang Raha ditarik lalu dipakaikan pada kepala Rahaa. Dia tunduk dan berbisik hampir pada telinga Raha itu.
“Jangan senyum macam tu! Ia boleh buat Abang Akil terus jatuh cinta dan takkan mampu nak tekan break nanti. Jangan salahkan Abang Akil jikalau selepas ini Abang Akil akan lakukan apa sahaja untuk buat Raha jatuh cinta dengan abang!” Sesudah berkata macam tu. Akil Firdaus menjarakkan diri. Dia lemparkan senyuman yang paling manis buat Raha.
Raha terkedu di situ. Dah terkedu, terkaku pulak tu! Dia tunduk menekur lantai. Aku mimpi ke?!!!
*---------------------------------*
Rasyid merenung Raha yang tersenyum-senyum sendiri. Entah apa yang disenyumkan…Sejak kebelakangan ini, dia perhatikan yang anak gadisnya itu sudah pandai berlari naik ke atas bilik apabila ada panggilan masuk. Tak nak bagi dengarlah tu! Huh, dia tersengih. Macamlah dia tidak tahu panggilan itu dari siapa. Dia tersengih habis!
“Abah, macam mana abah jatuh cinta pada umi?.” Tanya Raha dengan tiba-tiba.
Rasyid terbatuk dan tersembur air Nescafe yang berada di dalam mulutnya. Lantas Raha menghulurkan tisu pada abahnya. Kening Raha terangkat. Dia salah tanya soalan ke?
“Kenapa Raha tiba-tiba tanya soalan ni?.” Soal Rasyid tanpa menjawab soalan Raha. Pelik.
“Um…Takde apa-apa. Saja.” Gelabah Raha sambil membuka lembaran demi lembaran pada majalah ditangannya.
Rasyid tersenyum dalam hati.
“Abah jatuh cinta macam tu aje. Kali pertama abah nampak umi kamu. Abah tahu, umi kamu adalah jodoh abah. Bak kata orang. Jatuh cinta pandang pertama! Walaupun disaat itu umi bencikan abah sangat-sangat! Tapi, abah tak putus asa. Abah berusaha untuk buat dia jatuh cinta pada abah. Akhirnya, lahirlah kamu di dunia ini. Bukti cinta antara abah dan umi kamu.” Jelas Rasyid sambil tersenyum. Mengingati kenangan itu buat dia terasa bahagia.
Raha turut tersenyum.
“Adakah perasaan jatuh cinta tu macam ni? Berdebar-debar apabila dekat dengan dia, gelabah habis la kata kan…Lepas tu, asyik teringatkan dia aje. Time makan, mandi, tidur pun boleh ingat wajah orang tu. Lagi, apabila kita dekat dengan orang tu. Kita rasa selamat…” Ujar Raha sambil tersenyum dan melihat abahnya.
Itulah penyakit yang dialaminya sekarang ini. Rasa kasih dan sayang yang sudah memekar pada insan yang bernama Akil Firdaus!
Rasyid duduk menegak dan memandang tepat pada Raha.
“Kamu ada suka kat seseorang ke?.” Soalan maut tu keluar dari mulut Rasyid. Rasyid menahan senyum sambil melihat anak gadisnya itu.
Raha terkejut. Dia gelabah lagi kat situ. Macam mana nak cakap dengan abah ni? Fikir Raha. Lagipun, ini adalah first time dalam hidupnya. Merasai perasaan seperti itu.
Rasyid tersenyum lagi dalam hati. Dari gelagat anaknya sejak kebelakangan ini. Dia tahu…Anak gadisku jatuh cinta! Bisiknya dalam hati.
“Abah tak larang kamu bercinta. Tapi kena ingat. Jaga diri dan jaga maruah. Bercinta biar berpada-pada. Lagipun abah tengok Akil Firdaus tu baik orangnya.” Kata Rasyid sambil mengambil semula surat khabar yang dilipat sebentar tadi.
Raha yang menadah telinga terlopong habis! Macam mana abahnya boleh tahu ni!
“Bagitahu kat Akil Firdaus. Abah suka dengan keberanian dia. Lain kali, jemput dia datang lunch ataupun dinner kat sini lagi.” Sambung Rasyid lagi sambil tersengih di balik surat khabar itu.
*---------------------------------*
Raha berfikir tentang apa yang abahnya cakap tempoh hari. Dia lihat Akil Firdaus yang berdiri di sebelah sambil tersenyum melihat dirinya. Hari ini, selepas saja kuliahnya habis. Akil Firdaus menjemputnya di kampus. Nak lunch bersama-sama. Selepas saja lunch bersama, semasa menuju ke tempat letak kereta…
“Abang ada buat sesuatu ke? Sebab abah cakap yang dia suka dengan keberanian Abang Akil…” Soal Raha sambil mendongak dan melihat Akil Firdaus disebelahnya.
Lama Akil Firdaus berfikir. Kemudiannya dia tersengih lebar.
“Ooo. Pasal yang itu…Sebenarnya, uncle dan Rahim dah tahu sejak dari mula lagi yang abang dah jatuh cinta dengan anak dan adik diaorang yang comel ni…” Jelas Akil Firdaus sambil mencuit hidung Raha sedikit. Terus Raha mencebik...Akil Firdaus tergelak kat situ.
“Masa abang pandang aje Raha hari tu. Perasaan abang lain. Tak sama seperti yang sebelumnya. Kali ini lagi hebat dan ia membuatkan abang bernekad dan berazam untuk mendekati Raha. Tapi, abang bertaruh dengan diri abang. Jika Raha punya perasaan yang sama dengan abang. Abang rasakan yang dunia ini adalah milik abang. Jika tidak, abang akan undur diri. Takkan nak paksa anak orang untuk terima diri abang ni. Hidung tak mancung, pipi pulak yang tersorong-sorong…” Sambung Akil Firdaus.
Raha di sebelah tergelak kecil.
“Seminggu selepas abang datang lunch ke rumah hari tu. Abang ke rumah Raha semula dan berjumpa dengan uncle, Rahim dan Rafiq. Masa tu Raha kat kampus lagi. Abang bagitahu yang abang serius dan ingin melamar Raha…” Akil Firdaus menoleh dan melihat Raha yang terkaku di situ.
Raha terlopong. Melamar??? Patutlah gelagat abah dan abang-abangnya pelik semacam!
“Angau. Itulah diri abang disaat itu. Gila bayang pada orang yang hanya jumpa dan bertentang mata sekali aje! Tapi, uncle bagitahu kat abang. Katanya biarlah keputusan itu dari tangan Raha. Lagipun ianya terlalu cepat. Tak nak kenal-kenal dulu ke? Rahim pula perli abang. Dia kata abang ni gelojoh. Tak sabar-sabar! Rafiq pulak ketawakan abang. Dia cakap, first time jumpa orang yang seberani abang!...” Jelas Akil Firdaus sambil berdiri di hadapan Raha. Tangan Raha diambil dan digenggam erat.
“Sebab tu la, Raha asyik terserempak dengan abang aje. Abang dapat maklumat dari spy abang. Kemana Raha pergi. Diaorang report kat abang. Jadi, abang pun mulakan misi abang untuk mendekati Raha. Sekaligus nak pikat Raha yang buat nothing aje pada abang ni. Gila. Raha boleh katakan itu pada abang. Tapi gila itu bersebab. Gila kerana jatuh cinta pada Raha...” Ucap Akil Firdaus dengan nada romantik.
Raha merenung ke dalam mata Akil Firdaus. Sinar keikhlasan terpancar pada sinar mata itu. Dia tunduk dan merenung jari-jemarinya yang berada dalam genggaman Akil Firdaus. Terasa dirinya adalah orang yang paling bahagia sekali…
Patutlah abahnya dan abang-abangnya tak bersuara dan setuju habis jika ia berkenaan dengan Akil Firdaus. Rupa-rupanya. Ini sandiwara diaorang. Raha ketap bibir…Terasa diri dipermainkan!
“Tapi, Raha tak suka dengan abang pun. Minta maaf ya…” Bisik Raha perlahan.
Akil Firdaus terkesima. Dia pandang Raha dengan dahi berkerut.
“Raha…” Akil Firdaus terdiam. Tangannya mengenggam erat jari-jemari Raha. Adakah dia sudah tersilap tafsir dengan tingkah dan pandangan Raha pada dia sejak kebelakangan ini?!
“Raha cuma kangen dan cinta bangat sama abang!...” Bisik Raha dengan loghat Indonesia sambil tersenyum nakal.
Akil Firdaus tersenyum lebar lantas menarik bahu Raha ke arahnya. Ingin mendakap Raha. Tetapi, dengan pantas Raha menghalang. Akil Firdaus tersedar. Dia meraup muka dan segera menarik tangan Raha.
“Esok abang hantar rombongan ke rumah. Kalau lama-lama. Abang takut tak dapat kawal diri…” Ujar Akil Firdaus serius.
Raha tersenyum bahagia.
“Apa-apapun, terima kasih sebab sudi terima abang. I love you...” Ucap Akil Firdaus romantik.
“Kasih diterima…I love you kot?.” Balas Raha nakal.
Akil Firdaus ketawa dan kemudian tersenyum bahagia. Begitu juga dengan Raha. Moga kebahagian ini kekal bersama mereka hingga ke hujung nyawa. Amin….
No comments:
Post a Comment