Thursday, November 14, 2013

Syahdunya Kasihmu Yang Ku Rindu


MYRA masuk ke bilik pejabat Rizqin Fahimi dengan rasa sebal. Hatinya bergelodak perasaan marah.“Ada apa abang panggil Myra. Abang tak tahu ke Myra tengah banyak kerja!” Myra membentak tindakan Rizqin Fahimi. Sengaja pintu bilik itu dihempas kuat.
“Myra…Abang cuma nak cakap. Abang tak suka Myra berkawan rapat dengan si Remy tu.” Rizqin Fahimi cuba mengawal marahnya. Dia berbicara selembut mungkin.
“Apa hak abang nak halang Myra, huh. Lantaklah Myra nak kawan dengan siapa. Kenapa abang sibuk nak tentukan hidup Myra. Abang tu bukan abang kandung Myra pun. Kenapa abang yang sibuk. Myra tak suka.” Renungan tajam matanya menikam wajah Rizqin Fahimi. Dia tenyata marah. Nada suaranya tegang.
“Abang cuma jalankan tanggungjawab. Arwah Papa Myra yang minta abang jaga Myra. Abang sedar abang bukan abang kandung Myra pun. Tapi kita sekarang ni dah jadi satu keluarga.”
“Myra tak pernah mengaku yang abang ni keluarga Myra tau.“ Laju sahaja Myra meluncurkan kata-kata.
“Myra…” Rizqin Fahimi masih cuba berlembut walaupun nada suaranya sedikit tegang.
“Abang nak apa lagi ni. Abang tak payahlah berlakon baik dengan Myra. Myra tahu, semua apa yang abang nak abang dah dapat, kan. Abang dah dapat kuasa kat syarikat Papa Myra ni. Sepatutnya Myra yang akan gantikan tempat Papa ni. Bukan abang. Mesti abang dah buat sesuatu supaya arwah Papa Myra berikan kepimpinan utama pada abang, kan. Betul tak cakap Myra.” Myra memeluk tubuh. Sorotan matanya tajam menikam wajah Rizqin Fahimi di hadapannya. Jiwanya kini berkobar rasa marah. Benci dia pada lelaki itu membuak-buak.
“Myra jangan tuduh abang sebarangan. Abang tak pernah minta ni semua. Ini semua amanah arwah Papa Myra. Kalau Myra nak, abang bagi. Myra ambillah tempat abang ni. Abang tak kisah. Abang hanya jalankan tanggungjawab. Abang tak pernah minta semua ni Myra.Satu hari nanti kalau abang dah takde, tempat ni pasti akan jadi milik juga.Tapi Myra, satu je abang nak. Tolong hormat abang. Faham!!” Rizqin Fahimi juga kini mula menekan suaranya. Padanya Myra terlalu merendahkannya. Dia sedar siapa dirinya, tetapi dia kini dipertanggungjawabkan untuk memegang amanah. Ia bukan satu kerja yang mudah.
Myra tidak mengendahkan kata. Dia terus melangkah keluar.
******
MYRA menahan rasa hati. Hatinya bergelodak rasa benci dan marah pada Rizqin Fahimi.
“Abang….”
Huhhh…. Kalau tidak kerana arwah papanya, tiada langsung di hatinya untuk memanggil lelaki itu dengan gelaran abang. Di awal kehadiran lelaki itu di rumahnya dia hanya membahasakan aku-kau sahaja. Namun, papanya menegur caranya itu. Papanya memaksa dia memanggil lelaki itu sebagai abang dan isteri baru papanya itu sebagai ibu. Ini kerana umur Rizqin Fahimi lebih tua tiga tahun daripadanya. Dikala itu dia juga sangat marahkan papanya kerana memadukan Mamanya. Tegarnya Papa. Hakikatnya, Mama yang memberi keizinan, namun bukan senang untuk dia menerimanya.
Kehadiran Puan Mardiah, ibu tirinya mula diterima setelah dia melihat sendiri kesungguhan wanita itu yang sibuk menjaga Mamanya yang sakit. Dikala itu, hatinya terusik. Ibu Mardiah sangat menjaga Mama walaupun kini Papa sudah tiada. Benar kata orang.Tidak semua ibu tiri itu jahat. Namun, dia masih mengeraskan hati menerima kehadiran Rizqin Fahimi. Dia tidak suka lelaki itu.
Di pejabat, Rizqin Fahimi sering mendapat pujian bukan sahaja dari arwah papanya, malah dari rakan perniagaan yang lain. Sememangnya cara pengurusan Rizqin Fahimi sangat berkesan. Dia sangat komited dan profesional dengan kerjanya. Setahu Myra, Rizqin Fahimi bukanlah seorang yang berkelulusan tinggi pun.
“Myra nanti cuba belajar dengan abang Qin. Buat sesuatu keputusan tu, biarlah berhemah, bukan dengan emosi. Papa bukan sengaja nak puji Qin depan Myra, tetapi memang sejak Qin bantu papa, papa tengok perniagaan syarikat kita semakin berkembang. Projek-projek yang Qin uruskan semuanya berjaya. Alhamdulillah.” Terngiang-ngiang kata-kata arwah papanya dikala ini.
Myra menahan rasa hati. ‘Lagi…Lagi..Qin…Takde nama lain ke…’ Hatinya panas.
“Benciiiiiiiiiiiiiii….”
“Aku tak suka kauuuuuuuuuuuu….”
Myra membaling bantalnya ke dinding. Begitulah dia melepaskan rasa marahnya.
Dia kemudian turun ke bawah. Dia duduk di buaian di anjung rumah. Dia mengambil angin malam yang dingin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Nyaman. Ia sedikit sebanyak menyejukkan hatinya yang panas.
Dalam kelekaannya itu, Rizqin Fahimi datang menghampiri.
“Myra… Abang minta maaf berkenaan hal kat pejabat tadi.”
Serta merta hati Myra yang mula sejuk, panas kembali. Hatinya menjadi panas tatkala mendengar suara itu walaupun ia mengucapkan kata maaf.
“Abang jangan kacau Myra boleh tak. Tak boleh tengok orang senang betul.” Myra melemparkan kata. Di hatinya kembali terbuku rasa marah dan benci.“Myra tak suka abang…Myra tak suka abang, tau tak. Jangan muncul depan Myra. Abang faham tak!” Myra melempias kata.
“Myra…Kenapa Myra marah sangat dengan abang? Kenapa Myra benci sangat dengan abang? Apa salah abang pada Myra?” Rizqin Fahimi meminta satu jawapan. Selama ini dia terbelenggu dengan sikap Myra kepadanya.
“Abang fikirlah sendiri. Abang tau tak, abang dah rampas hak Myra kat rumah ni..Kat pejabat..Semua abang rampas.”
“Abang rampas apa, Myra? Cuba Myra cakap. Setahu abang, abang tak pernah rampas apa-apa dari Myra.”
“Abang tak tahu atau pura-pura tak tahu. Apa rancangan abang sebenarnya, huh.” Myra memulangkan soalan. “Abang boleh tipu Mama dengan Ibu, tapi dengan Myra…abang salah oranglah. Myra tahu, abang nak rampas semua harta arwah Papa Myra, kan?”
“Myra. Apa maksud Myra. Abang tiada langsung niat nak rampas harta Papa Myra. Arwah Papa yang pertanggungjawabkan pada abang? Arwah Papa bukan bagi semua pada abang. Myra juga ada hak.”
“Abang..Myra ada otaklah bang. Abang ingat ea. Abang takkan dapat semua tu selagi Myra hidup. Faham!!” Keras benar nada Myra Zaskia tika ini. Marahnya memuncak. Dia sempat menolak tubuh lelaki itu ke samping dan terus sahaja melangkah masuk ke rumah.
Rizqin Fahimi menggenggam padu buku limanya. Geram hatinya dituduh sebegitu rupa oleh Myra. ‘Myra…kau jangan jadikan aku orang jahat Myra.’ Rizqin Fahimi membuang nafas kasar. Di jiwanya juga berkobar rasa marah pada Myra Zaskia.
Dia duduk di buaian yang masih terhayun perlahan itu. Dia memeluk tubuh.Riak wajahnya kelat dan marah. Hatinya juga masih berkobar rasa marah. Nafas kasarnya dilepaskan. Selang beberapa detik waktu kemudian, dia tersenyum. Senyuman sinis yang tidak dimengertikan maksudnya. Mungkin, ada hasutan jahat telah meracun benaknya.
‘Myra…Myra…Kau ni bodoh. Kenapalah kau sengaja nak nyalakan api, Myra. Hmm…memang bodohlah kau. Kau terlalu ego, Myra. Kau merendahkan aku. Kau ingat aku nak sangat harta bapak kau ni. Aku bukan gila harta Myra. Kau silap.’ Rizqin Fahimi ketawa di dalam hati.‘ Aku akan tundukkan kau, Myra. Kita tengok nanti siapa yang menang. Kau atau aku…’ Rizqin Fahimi terus tersenyum lebar. Ada sekelumit rasa dendam di hatinya terhadap Myra Zaskia. ‘Kau tunggulah Myra…Kau tunggu. Saat itu pasti akan datang.’
******
MYRA awal-awal lagi sudah keluar ke pejabat. Dia sengaja keluar cepat kerana tidak mahu pergi bersama Rizqin Fahimi.
Rizqin Fahimi pergi agak lewat sedikit. Sengaja dia mengikut rentak Myra. Dia tahu Myra tidak mahu bertembung dengannya, bukan sahaja di rumah malah di pejabat juga. Cuma jika terlibat dengan mesyuarat lembaga, mereka akan bertemu muka dan terpaksa bertindak professional. Sebenarnya tiada masalah bagi Rizqin Fahimi. Hakikatnya dia ingin bemesra dan melayan Myra sebaiknya seperti adik, tetapi dia tidak mengerti sikap Myra yang terlalu membencinya.
“Qin…Ibu tengok keadaan Mama tak seperti biasa. Ibu nak bawa Mama pergi hospital.”
“Nak Qin hantar ke, bu.”
“Tak perlu Qin. Ibu minta Pak Mail je hantarkan.”
“Tapi Pak Mail belum sampai lagi ni. Takpe bu. Biar Qin hantar. Nanti kalau nak balik, baru ibu contact Pak Mail ye.”
Di hospital, Rizqin menguruskan apa yang sepatutnya. Seketika itu juga dia menerima panggilan telefon. Dia ada mesyuarat penting pada pagi itu. Dia sebenarnya telah terlupa.
“Ibu…Ma…Qin ada mesyuarat kat office. Qin pergi dulu ye. Nanti kalau ada apa-apa ibu contact Qin atau Myra ye.” Rizqin Fahimi beransur pergi. Sebelum itu dia sempat menyalami dan mencium tangan kedua-dua wanita itu.
“Mar…Akak tengok Qin tu baik je. Tapi, akak tak tahulah Mar. Kenapalah si Myra tu benci sangat dengan Qin. Akak sedih sangat.”
“Takpelah, kak. Mar rasa, Myra tu ada hak buat macam tu. Kami ni hanya menumpang kasih kat keluarga akak.”
“Mar…Jangan cakap macam tu Mar. Akak terima Mar dengan Qin. Sebab tu akak izinkan abang Harris kahwin dengan Mar. Tinggal dengan akak. Akak pun tak sangka, Mar sanggup jaga akak yang sakit ni. Walaupun abang Harris dah takde, akak tetap ada Mar. Akak tak rasa sunyi. Nak harapkan Myra…Akak pun tak tahulah, Mar.”
Tika itu air mata dua insan itu bergenang di mata. Mereka ditakdirkan bermadu dan madu yang mereka telan terasa begitu manis walaupun ada masanya tersedak juga. Keluarga mereka mampu bersatu. Namun cuma Myra yang masih mengeraskan hati untuk menerima kehadiran Razqin Fahimi sebagai sebahagian daripada keluarganya.
******
RIZQIN FAHIMI menerima panggilan daripada ibunya.
“Qin…Mama kena tahan dekat wad. Nanti, Qin beritahu Myra ye. Ibu tak dapat hubungi nombor Myra.” Ujar puan Mardiah di sebalik talian.
“Hah, apa? Kena tahan? Kenapa Ma?”
“Tekanan darah Mama tinggi sangat. Doktor nasihatkan Mama tinggal dulu di wad.”
“Okey, bu. Nanti Qin pergi tengok Mama.”
“Jangan lupa beritahu Myra.” Pesan ibunya lagi sebelum mematikan talian.
Rizqin Fahimi mencari Myra. Namun, malangnya setiausaha Myra menyatakan gadis itu telah keluar bersama Remy. Ke mana mereka pergi, dia tidak tahu.
‘Myra keluar dengan Remy.’ Terus sahaja dadanya berombak kencang. Geram.
Nombor Myra dihubungi, namun ia tidak di jawab. ‘Myra….Memang kau sengaja nak cari pasal dengan aku. Siaplah kau.’
Rizqin Fahimi akhirnya mengambil keputusan untuk terus ke hospital melawat Mama.
“Qin…Mana Myra?” Soal Mama Norlia sedikit kendur.
“Hmmm…Dia keluar dengan teman sekerja dia, Ma. Qin pun tak tahu ke mana? Qin telefon dia pun tak dapat.” Rizqin Fahimi sebenarnya serba salah untuk memberitahu.Kasihan dengan Mama.
“Apalah nak jadi dengan Myra ni.” Mama Norlia mengeluh sendiri. Riak wajahnya muram. “Qin. Nanti Qin tengok-tengokan Myra. Mama kena tahan dekat sini mungkin sampai esok. Ibu Qin teman Mama. Jadi, kat rumah tu tiada siapa.”
“Baik, Ma.”
“Qin baliklah. Kasihan Qin dah penat. Kalau Myra dah balik, jangan lupa beritahu dia ye.”
“Baik Ma..Ibu.”
*******
‘MYRA…Apa masalah kau sebenarnya ni, huh. Kau sengaja tak angkat phone sebab aku yang call kau. Kau tahu tak Mama kat hospital. Kau pula merayap entah ke mana. Kalau kau benci dengan aku sekalipun, tak nak beritahu ke mana kau pergi, aku tak kisah. Aku tahu, bila aku nak ambil tahu kau akan cakap aku kongkong hidup kau. Tapi sekurag-kurangnya beritahulah Mama atau Ibu.’ Rizqin Fahimi melepaskan rasa marah di dalam hati.
Dia kini telah sampai di rumah. Di garaj juga sudah terpakir kereta Toyota Vios milik Myra.
“Hmm..Dah balik pun kau ye. Mesti kau baru balik bersuka ria dengan Remy playboy tu. Myra..Myra..Memang kau bodoh terhegeh-hegeh kat Remy tu. Aku cakap kau tak nak dengar.”
Rizqin Fahimi terus meniti anak tangga menuju ke atas. Dia menuju ke bilik Myra. Kebetulan pintu tidak berkunci. Hmm..Memang nasib kaulah Myra.
Myra pada waktu itu baru selesai mandi. Maka tika itu dia hanya berkembankan tuala. Sebahagian tubuhnya, atas dan ke bawah paha jelas terdedah. Myra nyata terkejut dengan kemunculan Rizqin Fahimi di biliknya itu.
“Apa kau buat kat bilik kau, huh!” jerit Myra. Dia sudah mula takut.“Keluar kau…keluar…” jerit Myra sambil membaling bantal kepada lelaki itu.
“Myra…Myra….Nampaknya kau memang menantikan kehadiran aku ye, Myra.” Rizqin Fahimi kian menghampiri. Dia sudah ketawa. Ada bayangan gila sudah merantai jiwanya.
Myra sudah menarik kain cadar membalut tubuhnya. Tidak tegar dia membenarkan tubuhnya yang terdedah itu menjadi ratahan nafsu Rizqin Fahimi.
“Keluar..keluar…” arah Myra dengan jeritan yang agak nyaring.
“Jeritlah Myra…Kat rumah ni kita berdua je Myra.” Rizqin Fahimi ketawa lagi.
“Tolong jangan apa-apakan aku…Tolong…” Pinta Myra. Wajahnya sudah mula pucat. Dia sudah melihat wajah ‘gila’ Riqzin Fahimi.
“Myra sayang…Marilah dekat abang sayang…” Rizqin Fahimi semakin gila. Gila dengan nafsu yang mula merantainya.
Myra yang cuba berlari terjatuh sendiri kerana dia terpijak kain cadar yang meleret ke lantai. Peluang itu nyata memberi peluang besar kepada Rizqin Fahimi.
“Kesian….Myra jatuh ke?” Rizqin ketawa sinis. Tika itu dia sudah dapat memegang tangan Myra. Myra merentap tangannya. Namun, tangannya kembali di rentap kasar oleh Rizqin Fahimi. Tubuh Myra sudah berada dalam pelukannya.
“Tolong…Jangan apa-apakan aku…Tolong…” Pinta Myra dalam tangis. Da masih cuba meronta, namun tenaganya tidak mampu melawan pelukan kasar lelaki itu. “Abang…Tolong…abang…Jangan apa-apakan Myra…Abang…Tolong…”Myra terus menangis. Kini nasib dirinya ada pada Rizqin Fahimi.
Rizqin Fahimi ketawa berdekah-dekah.
“Myra..Myra….Myra minta tolong kat abang ke? Myra nak minta apa, sayang.” Rizqin sudah memeluk erat tubuh Myra. Wajahnya semakin dekat pada wajah Myra. Suaranya kini bertukar nada.
“Myra memang cantik. Abang suka. Tapi…Myra berhati busuk!” Rizqin melepaskan kata.Nadanya sudah seperti orang yang hilang pertimbangan diri.“Myra tuduh abang nak rampas harta Papa, kan. Hmm…Myra ingat abang nak sangat ke harta Papa Myra tu, huh.” Suara Rizqin tiba-tiba menjadi tegang. Dia mengambur kata kepada Myra.
“Myra..Myra…Myra nak tahu tak. Abang tak pernah minta tu semua tau. Tapi, Papa Myra yang beri. So…abang terima je.” Kini suaranya kembali beralun lembut dan perlahan. Dia kemudian ketawa. Dia kelihatannya seperti sudah hilang kewarasan akal.
“Myra yang ku sayang…Sekarang ni kan…Abang nak beri sesuatu pada Myra. Myra terima tak?” Rizqin Fahimi menyoal lembut. Dia berbisik di telinga Myra yang sudah berjaya di tawannya.
Myra menangis. “Abang …Jangan buat Myra macam ni bang…Tolong bang…Jangan….” Myra terus merintih dan masih cuba melepaskan diri dari cengkaman Riqzin Fahimi.
“Abang tanya Myra ni? Myra terima tak!” Tiba-tiba Rizqin kembali menekan suaranya. Dia membentak marah.
Myra menangis. “Tak…Tak…Myra tak nak terima.” Myra masih mahu menjawab.
“Bodohnya kau Myra. Hmm…Myra. Walaupun kau tak nak, aku tetap nak beri. Sama macam arwah Papa juga. Aku tak nak…tapi arwah Papa nak beri juga. Kau tahu tak apa aku nak kasi pada kau, huh.”
Myra menggeleng. Dia masih cuba meronta.
“First kiss aku untuk kau Myra. Aku sayang kau Myra. Nyatalah Riqzin Fahimi benar-benar gila saat ini. Dia sudah terjerat dengan hawa nafsu serakah. Myra berusaha meronta. Namun tubuh dan tangan sasa milik Rizqin Fahii tidak mampu di kesampingkan. Dia pasrah. Hanya air mata yang terus mengalir ke pipi.
“Myra…Kau tahu kan sekarang siapa yang menang…” Rizqin Fahimi ketawa puas hati.
******
MYRA bermuram diri di biliknya. Dia sedih dengan apa yang telah terjadi pada dirinya. Dia ingin memberitahu hal itu kepada Mamanya, tetapi terasa takut.
“Qin…Myra tu kenapa. Mama tengok sejak kebelakanagn ni dia muram je. Berkurung je kat dalam bilik tu.”
Rizqin Fahimi terdiam. Hatinya juga tidak tenang. Padanya biarlah dia berterus terang. Jika dia dibenci oleh Mama dan ibunya sendiri biarlah. Apa yang berlaku dia akan bertanggungjawab. Tika itu dia dikuasaI nafsu, dia tertewas. Dia mengaku kesilapannya. Seraya itu, Rizqin Fahimi terus merebahkan lututnya ke lantai.
“Ma…Ibu…Qin minta maaf…” pinta Rizqin Fahimi tiba-tiba.
Mama Norlia dan ibunya,puan Mardiah terkejut. Mereka saling berpadangan. Apa sebenarnya yang berlaku.
“Kenapa Qin?” Tanya Mama Norlia.
Rizqin Fahimi memandang tepat wajah Mama Norlia. Rasa bersalah menyelubungi diri. “Qin….Qin telah…” Begitu sukar untuk diperkatakan.
“Qin…Beritahu nak. Apa yang Qin dah buat.” Pinta ibunya, puan Mardiah.
“Qin..Qin dah nodai Myra.. Ma…Ibu.” Rizqin Fahimi tertunduk sambil menyeka permata jernih yang sudah hadir di tubir matanya. Hatinya juga menangis dengan keterlanjuran perbuatannya.
Mama Norlia dan puan Mardiah tersentak. Mereka saling berpandangan. Terkejut bukan kepalang. Ya Allah. Luluh hati kedua-dua wanita itu mendengar pengakuan Rizqin Fahimi.
“Qin…Be..be..tul ke..Qin…” Mama Norlia seakan tidak mampu untuk menghabiskan bicaranya itu.
“Qin..Qin minta maaf Ma…” Ujar Rizqin Fahimi sayu. “Qin..bersalah….”
Terus sahaja nafas Mama Norlia tercungap-cungap seperti terkena serangan jantung.Dia benar-benar terkejut. “Ya Allah…Ya Allah…” Ucapnya sambil mengurut dada.
Pang!! Satu tamparan kuat hinggap ke pipi Rizqin Fahimi.
“Sanggup Qin buat ibu dan Mama macam ni. Kamu dah menconteng arang ke muka ibu, Qin. Kamu sedar tak Myra tu siapa Qin.Kenapa Qin tergamak buat macam tu…”Jerit puan Mardiah. “Ibu malu Qin..Ibu malu…. ” Puan Mardiah kian beremosi. Dia tidak sangka sikap Rizqin Fahimi juga bagai binatang. Sanggup dia…..
“Qin minta maaf ibu. Qin tak boleh nak kawal perasaan Qin. Qin sayangkan Myra, bu.” Rizqin Fahimi memegang tangan ibunya meminta kemaafan.
Puan Mardiah menepis tangan itu kasar.
“Kalau Qin sayangkan Myra, kenapa Qin tergamak buat macam tu.. Qin. Qin dah hancurkan hati ibu. Hati Mama. Qin sedar tak apa yang Qin buat tu dosa.” Air mata puan Mardiah sudah laju berguguran. Tangannya yang di raih Rizqin Fahimi terus di rentap kasar. Dia kemudian menolak kuat tubuh Rizqin Fahimi sehingga tubuh itu terdorong ke belakang. Biarlah dia sendiri yang mengajar anak itu walaupun sebenarnya bukanlah anak kandungnya. Puan Mardiah tidak mampu menanggung rasa hati. Air matanya terus jatuh.
“Qin minta maaf bu…Qin minta maaf. Qin tahu Qin bersalah, bu.” Rizqin Fahimi juga sudah mengalirkan air mata sambil melutut di hadapan ibunya. Dia merayu.
“Pergi kau..Pergi…!!!” Jerit puan Mardiah dengan linangan air mata yang deras jatuh ke pipi. “Aku tiada anak macam kau..Aku tiada anak macam kau…Pergi!!” Puan Mardiah sudah terduduk. Hatinya hancur. “Aku tiada anak macam kau…Kau bukan anak aku!!” Berulang-ulang bicara itu diluahkan sambil ditemani air mata. “Kau bukan anak aku…..” Semakin lirih suaranya.
“Ibu..Maafkan Qin, bu. Tolong maafkan Qin, bu…” Pinta Rizqin Fahimi lagi. Dia masih merayu.
“Kalau betul Qin nak ibu maafkan Qin…Qin mintalah ampun kepada Allah. Mintalah maaf pada Myra dan juga Mama. Selagi mereka tak maafkan, ibu juga tak akan maafkan Qin!” Tegang juga suara puan Mardiah di kala ini. Dia terus bangun dan berlalu pergi. Hatinya remuk.Hancur berkecai. Selama ini, Rizqin Fahimi adalah yang terbaik pada pandangan matanya. Tapi kini…Sukar untuk dia menerima. Hatinya terus menangis.
“Bu, maafkan Qin bu….Tolong maafkan Qin…” Rintih Rizqin Fahimi.
Riqzin Fahimi merayu pula pada Mama. “Qin..Qin.. minta maaf Mama..Qin minta maaf.” Kini tangan Mama Norlia pula diciumnya bersama air mata hangat yang terus gugur ke pipi. “Qin bersalah, Ma…Qin bersalah…”
Mama Norlia masih terdiam seribu bahasa. Dia sedaya-upaya untuk menenangkan dirinya. Namun begitu, air matanya masih jua gugur ke pipi. Dia masih terkilan dengan apa yang berlaku.
Mama Norlia memegang kejap-kejap tangan itu. Tangan itu dielus perlahan. “Qin..Qin nikahilah Myra.” Mama Norlia bersuara kendur dan sebak. “Itulah jalan yang terbaik.”Mama Norlia membuat keputusan.
******
“MAMA…Myra tak nak, Ma.Myra tak nak kahwin dengan abang Qin.” Myra merayu pada mamanya.
“Myra…Myra jangan bantah cakap Mama. Walaupun Mama tahu apa yang telah Qin buat pada Myra, Mama tahu Qin boleh jaga Myra. Dia akan bertanggungjawab pada Myra.”
“Myra tak rela, Ma. Myra tak rela bersuamikan binatang macam dia tu.”
“Myra….Myra kena terima juga. Itulah yang terbaik. Biarlah hubungan kamu halal, Myra. Mama tahu kamu tak boleh nak maafkan Riqzin, tapi…halalkan hubungan kamu berdua. Jangan menambah dosa Myra. Dia terima kamu Myra. Kamu juga harus terima.Mama tidak mahu berita ini tersebar Myra. Nanti kita yang malu. Mama tahu..Qin takkan persiakan Myra.”
Myra terus berendam air mata. Hatinya tidak mampu menerima keputusan Mama. Kenapa Mama masih menyebelahi lelaki itu.
“Myra..Maafkan ibu.” Puan Mardiah sudah hadir menghampiri Myra.“Ibu yang bersalah kerana tidak dapat mendidik anak ibu dengan baik. Tapi…Ibu harap sangat Myra dapat terima pernikahan ini. Ini juga demi maruah Myra. Qin akan bertanggungjawab sepenuhnya pada Myra.” Lirih suara wanita itu menusuk pendengan dan hati Myra.
“Ibu….”
“Myra….Jika Myra tidak dapat menerima anak ibu, selagi itulah ibu akan rasa bersalah dengan Myra dan Mama. Juga pada arwah. Arwah Papa Myra sangat mengharapkan Qin menjaga Myra. Tapi…Ibu sedih sebab Qin telah kecewakan harapan arwah. Tapi sekurang-kurangnya, jika Myra terima pernikahan ini….” Air mata puan Mardiah sudah jatuh.
“Myra akan terima pernikahan ni, bu. Tapi…hati Myra tak mungkin dapat menerima abang.”
“Ibu faham, Myra..Ibu faham.” Mereka saling berpelukan berteman air mata.
Mereka akhirnya di satukan.
Hanya senyuman palsu terukir di bibir Myra Zaskia tatkala akad nikah terima sah dilafazkan Rizqin Fahimi. Hakikatnya hatinya sudah remuk dan hancur.
*****
RIZQIN FAHIMI sudah mengunci pintu bilik.
“Hai, Myra sayang. Akhirnya kita duduk berdua dalam bilik ni. Bestkan.” Rizqin Fahimi sudah ketawa.“Myra…Myra…Sekarang ni tiap-tiap hari Myra boleh peluk abang, kan sayang. Abang pun tiap-tiap hari boleh peluk Myra.” Rizqin Fahimi ketawa lagi. Dia kemudian menghampiri Myra yang memeruk diri di tepi katil. Dia tidak rela hidup bertemankan lelaki itu.
“Kenapa duduk kat tepi katil tu, sayang. Mehlah dekat sini atas katil dengan abang.” Rizqin Fahimi mengulas senyuman sinis.
“Pergi kau..Jantan tak guna. Tak guna. Kau jahat…Kau jahat…!” Myra menghambur kata dalam tangis.
“Ala..Myra sayang. Myra marah abang ke?” suara itu seakan menggoda manja.
“Pergi kau..Pergi…Aku benci tengok muka kau..Aku benci..!” Jerit Myra lagi. Dia terus menangis.
“Benci tu kan tandanya sayang, Myra.” Rizqin Fahimi berdekah lagi. “Tulah Myra. Abang buat baik dengan Myra..Myra kata abang jahat. Sekarang ni abang jadi jahat sikit, Myra kena terimalah. Myra..Myra…” Rizqin Fahimi berbicara sinis kepada Myra.
“Aku benci kau…Jangan kau dekat dengan aku.” Myra semakin marah apabila Rizqin Fahimi sengaja bermain-main dengan rambutnya. Tangan Rizqin Fahimi terus di tepis kasar.
Rizqin Fahimi kemudian turun dari katil dan duduk di sebelah Myra yang masih terpuruk di tepi katil. Dipandang wajah Myra yang kini sah bergelar isterinya. Namun, Myra segera memalingkan wajah. Benci menjalar hati.
“Myra…” Lembut Rizqin Fahimi memanggil setelah berdiam diri untuk beberapa ketika. Terus berubah intonasi suaranya. Tangan Myra cuba diraih, namun Myra segera menarik tangannya.
“Okey, abang faham.” Rizqin Fahimi akur. Dia juga tersandar di sisi katil. Lama juga dia berdiam diri duduk di sebelah Myra. Sebenarnya dia bukanlah ingin menyakiti hati Myra. Semakin dia berbuat begitu, hakikatnya hatinya juga terluka. Sakit.
“Myra..Abang nak minta maaf sangat dengan Myra. Abang bersalah dengan Myra. Abang menyesal apa yang abang dah buat pada Myra. Abang benar-benar minta maaf. Kini kita dah sah sebagai suami isteri, Myra. Apa yang telah berlaku tu, abang harap Myra dapat lupakan.” Rizqin Fahimi mengelus pula rambut Myra yang panjang mengurai itu. “Abang minta maaf…” Kendur suaranya menyatakan kemaafan dari hatinya.
“Myra takkan maafkan abang. Takkan…” Myra masih membentak. Hatinya terasa sakit dengan apa yang telah dilakukan kepada dirinya.
“Myra, please. Maafkan abang. Abang janji abang takkan persiakan Myra. Abang akan jaga Myra seperti mana abang berjanji dengan arwah papa Myra.” Suara itu bergetar menusuk pendengaran Myra Zaskia.
Myra hanya menggeleng. Hatinya begitu keras untuk menerima kata maaf dari Rizqin Fahimi, suaminya itu. Dia kini telah membekukan hatinya. Hatinya yang masih bernanar kebencian.
“Takpelah kalau Myra tak bolen nak maafkan abang. Abang tahu memang abang yang salah. Dahlah, Myra. Myra tidur ye. Tidur kat atas katil ni. Abang tak tidur dengan Myra.” Ujar Rizqin Fahimi seraya mengelus lembut pipi Myra. Namun, tangannya ditepis lagi.
“Tak perlu kau berlakon baik dengan aku Rizqin. Aku benci kau…Selamanya aku takkan maafkan kau.” Myra terus terpuruk dan menangis. Dia tidak rela apa yang telah di lakukan Rizqin Fahimi kepada dirinya walaupun kini ikatan mereka sudah sah sebagai suami isteri.
Riqin Fahimi akhirnya bangun dan menuju ke sofa. Sempat juga dia memandang Myra yang masih membekukan diri duduk di tepi katil. ‘Myra…Maafkan abang sebab abang dah lukakan hati Myra. Abang tahu abang bersalah.’
******
Keesokan paginya…
“Myra..Myra..” Rizqin Fahimi mengejutkan isterinya itu. Namun, Myra masih tidak sedar. Tak mungkin isterinya itu berpura-pura tidur. Diletakkan telapak tangannya ke dahi Myra. Panas. Myra demam. Terus dia menghubungi setiausahanya bahawa dia mengambil cuti kecemasan. Dia begitu risaukan keadaan Myra.
Di rumah, Rizqin Fahimi sendiri yang memasak bubur untuk Myra. Itu tanggungjawabnya.
“Myra… Makan bubur ni ye. Nanti Myra cepat sembuh.”
Myra memekakkan telinga. Dia tetap membekukan diri.
“Myra janganlah macam ni. Myra tak sihat. Myra kena makan. Biar abang suapkan.”
“Myra kata Myra tak nak. Abang faham tak!” Myra menekan suara. Dia membentak. Wajahnya memandang wajah Rizqin Fahimi. Dingin benar sikapnya.
“Abang minta maaf, Myra. Abang minta maaf. Kalau Myra tak nak maafkan abang sekalipun. Takpelah. Abang redha. Tapi Myra kena makan bubur ni. Myra kan tak sihat. Kalau tak nanti mama dengan ibu sedih. Myra tak sayang mama dengan ibu ke? Myra makan ye.” Rizqin Fahimi berbicara lembut. Cuba memujuk isterinya itu.
“Myra kata Myra tak nak..Tak naklah….Abang faham tak. Baik abang keluar sebelum Myra simbah bubur ni kat muka abang!!” Myra Zaskia terus melepaskan rasa marahya. Nampaknya kelembutan yang di tunjukkan Rizqin Fahimi membuatkan dia semakin berani untuk melawan. “Pergi..Aku kata pergi!!” Myra terus memukul-mukul tubuh sasa lelaki itu. “Pergiii……”
“Kalau Myra tak suka dengan abang pun, Myra janganlah seksa diri Myra sendiri. Abang sedar Myra. Memang abang yang salah. Tapi, masa yang berlalu tak boleh diulang Myra. Kalau boleh memang abang tak nak kenal Myra dalam hidup abang. Abang tak nak pun tinggal dalam keluarga Myra. Tapi…” Rizqin Fahimi hanya mampu menggeleng kepala.
“Dahlah Myra. Myra makanlah. Abang tinggalkan kat meja ni.” Suara Rizqin Fahimi berbaur sebak. Dia kemudian bangun meninggalkan Myra sendirian.
Hati Myra masih berlahar. Dia sempat menjeling tajam Rizqin Fahimi yang telah melangkah pergi. ‘Aku takkan maafkan kau..Takkan…Sampai mati pun aku takkan maafkan kau.’ Myra kini menangis lagi.
******
Seminggu kemudian…
Myra sudah bersiap dengan berpakaian blouse dan digandingkan dengan skirt separas bawah lutut bewarna hitam.
“Myra nak ke mana?”soal Rizqin Fahimi.
Myra tidak menjawab. Sebaliknya hanya jelingan sahaja hinggap ke wajah Rizqin Fahimi. Dia terus ke bawah menikmati sarapan bersama Mama dan Ibu.
“Myra nak pergi kerja ke?”soal Mama Norlia.
Myra mengangguk.
Seketika kemudian Rizqin Fahimi juga telah turun. Dia juga menikmati sarapan bersama.
“Myra pergi dengan abang ye.” Ujar Rizqin Fahimi.Namun Myra hanya membatukan diri. Wajah lelaki itu tidak dipandang.
“Myra…” tegur Mama Norlia.
“Hmm..Myra pergi dengan abang.” Perlahan sahaja Myra menjawab, acuh tidak acuh.Dia terpaksa akur kerana Mama. Di dalam hatinya hanya segunung benci yang ada untuk lelaki itu.
*****
“Kesian akak tengok Rizqin tu….” ujar Mama Norlia.
“Tak perlu kesian, kak. Biarlah. Biar dia rasa apa yang Myra rasa. Saya pun tak boleh nak maafkan dia, kak. Lagikan Myra.” Balas puan Mardiah. Dia masih marahkan anaknya itu.
Mama Norlia hanya mampu terdiam. Dia tahu hati Mardiah masih terluka.
*****
Di pejabat…
Sewaktu melewati pekerja-pekerjanya, Rizqin Fahimi sengaja menggenggam erat tangan Myra walaupun dia tahu isterinya itu tidak suka. Myra adalah haknya. Hak yang tidak boleh dipertikaikan. Myra pula hanya menahan rasa hati. Di pejabat dia terpaksa tunduk kepada Riqzin Fahimi apabila berhadapan dengan pekerja-pekerjanya. Di hatinya kekal terbuku rasa marah dan benci. Dia terpaksa juga merelakan dalam paksa tangannya terus berada di dalam genggaman Rizqin Fahimi.
Tindakan Rizqin Fahimi hanya seketika. Sekadar menunjukkan mereka punya jalinan yang mesra walau ia berlaku tanpa kerelaan isterinya. Dia kemudian pergi menuju ke bilik pejabatnya.
“Wah..Puan Myra. Tahniah puan. Maaf saya tak dapat datang majlis nikah puan hari tu.” Tegur Zarina, setiausahanya.
Myra tersenyum. Senyum yang mekar di bibir, namun di hatinya….ia mati.
“Suka sangat tengok puan dengan encik Rizqin. Sepadan. Patutlah sebelum nikah dulu encik Rizqin tu begitu menjaga puan. Rupanya, puan Myra buah hati dia. Kalau puan takde kat opis, mesti dia sibuk bertanya.” Zarina sempat mengusik.
Myra terpaksa juga mengutum senyum. Senyum sekadar menjaga maruah Riqzin dan dirinya sendiri. “Okey, Rina. I masuk bilik dulu ye.”
Di dalam bilik pejabatnya, Myra terus menyeka air matanya yang ingin gugur. Dia masih terasa sakit dan kecewa dengan apa yang telah terjadi pada dirinya. Haruskah dia menerima ucapan tahniah itu sedangkan hatinya sakit bagai terhiris sembilu.
******
Remy masuk tiba-tiba. Tika itu, Zarina tiada di tempatnya.
“Wah…Pengantin. Senyap-senyap belakang I, you dah kahwin dengan dia tu. Tak sangka. You kata you tak suka kat dia tu, tapi …hmm..you terima dia juga. Nampaknya I tertipu dengan you, Myra. Ke Sebenarnya you dah…” Remy sudah duduk tanpa dipelawa.
Myra nyata terkejut dengan butir bicara Remy. Sungguh lancang mulut lelaki itu berkata-kata. Nyata air mukanya berubah.
“Oppss..Sorry. You sensitif rupanya, Myra. Sekarang tubuh you dah jadi milik Rizqin tu.Hmm..Bertuah betul dia. I ni siapalah, kan.”
“Remy. Apa maksud you. Baik you keluar.” Nada suara Myra sudah sedikit menekan.Jahat benar mulut lelaki itu meluahkan bicara. Biadab.
“Well…You faham maksud I, kan.” Remy bangun dan kemudian datang menghampiri Myra.
“Sorry, Myra. Macamlah you tak kenal I, kan. I ni tak baik macam suami you.Well, I ada hadiah untuk you. You mesti nak, kan Myra. ” Lantas itu Remy cuba bertindak untuk mencium pipi Myra.
Myra tersentak.
“Zappp…” Pantas juga tangannya menepis tindakan Remy yang gila itu. Sempat juga tangannya menampar lelaki itu. “Persetan, kau. Keluar kau!” Myra menghambur kata. Membulat matanya.
“Hmm…You tampar I Myra. Sampai hati you.”Remy ketawa. “So funny. You kata you sayangkan I Myra. Kenapa you sanggup tampar I. Bukan ke you kata kita….”
“Stop it Remy. Keluar kau. Get out!” Wajah Myra sudah merah padam menahan marah. Hatinya kembali sakit.
“Kau bodoh Myra. Kau tengoklah apa yang aku akan buat pada kau. Just wait and see.“ Remy terus keluar dari bilik tersebut dan hati yang berbuku. Namun, dia masih menguntum senyum sinis pada Myra.
Myra terduduk di kerusinya. ‘Semua lelaki sama. Tak guna..Tak guna. Jahat…!!! Hatinya masih berkobar rasa marah. Tanpa sedar ada manik jernih yang gugur ke pipi.Hatinya sakit. Hatinya terseksa. Mengapa maruahnya ingin dipermainkan.
Air matanya segera diseka tatkala mendengar derapan tapak kaki yang kini mendatang. Dia terus tertunduk sepertinya sedang tekun membuat kerja. Begitu dia menahan rasa hati. Perit di hati, hanya dia yang menanggung.
Kreekk..
Pintu bilik pejabatnya di buka tiba-tiba.
Rizqin Fahimi sudah melangkah masuk dan duduk dibangku di hadapan Myra. Dia tidak bersuara sebaliknya hanya memerhatikan tingkah Myra. Myra pula tidak senang duduk. Dia tidak selesa. Namun, dia berpura-pura membuat kerja.Wajahnya terus tertunduk mengelak lelaki itu melihat matanya yang merah menahan tangis.
Rizqin Fahimi menguntum senyum kelat. Seketika kemudian, barulah dia bersuara. “Remy datang cari Myra ada apa?” Ada secarik rasa cemburu di hatinya, namun di pejabat dia akan berusaha untuk bertindak professional. Dia cuba untuk tidak menaruh syak yang bukan-bukan kepada isterinya itu.Lagipula dia tahu Remy sememangnya banyak berurusan dengan Myra berkenaan projek yang di jalankan.
“Takde apa. Hal kerja.” Myra menjawab acuh tidak acuh. Dia terus berpura-pura membuat kerja walaupun tiada langsung fokus ketika itu. Detak jantungnya sudah tidak keruan saat ini. Mindanya bermain khayalan. Andai Rizqin Fahimi terlihat apa yang berlaku tadi, apakah persepsi yang mungkin dibuat oleh lelaki itu. Adakah lelaki itu menganggap dirinya seorang perempuan yang tidak punya maruah.
“Betul ke?”
Myra hanya mengangguk.
“Okey. Tengahari nanti Myra lunch dengan abang ye.”
Myra menggeleng.
“Myra…”
“Myra tak nak!” Nadanya sedikit membentak.
“Please, Myra. Ni kat pejabat. Cuba Myra anggap abang ni rakan sekerja Myra.Tak salahkan abang nak ajak Myra makan sama.”
Myra mengetap bibir.
“Takpelah, Myra.” Rizqin Fahimi sedikit kecewa. Dia sudah bangun. Biarlah Myra dengan sikapnya.
“Myra lunch dengan abang.” Tiba-tiba Myra bersuara. Mengubah keputusan.
Rizqin Fahimi memandang Myra. “Abang tak paksa. Kalau Myra tak nak, takpe.”
Myra mengangguk walaupun sebenarnya hatinya tidak mahu. Dia sedar mata di luar akan melihat lebih-lebih lagi yang mengenali mereka. Jika ada yang tidak kena pada hubungan mereka,pasti ia akan menjadi buah mulut. Jadi, kerana itulah dia bersetuju walaupun hatinya yang merasa terluka.
Riqzin Fahimi menguntum senyum tawar sebelum berlalu pergi.
Myra hanya mampu menyeka air matanya yang telah pun gugur.
*****
Sewaktu di dalam lif, mereka mampu ‘menipu’ kemesraan mereka kepada yang lain. Namun hakikatnya, pedih merantai hati. Sampai di dalam kereta mereka terus senyap. Cuma Rizqin Fahimi yang cuba mencari kemesraan itu walaupun tahu bicaranya hanya di bawa angin. Myra masih mengeraskan hatinya. Hakikatnya, hatinya juga masih menangis mengenangkan perbuatan biadab Remy terhadapnya.
“Myra nangis ke?” Tanya Rizqin Fahimi lembut. Dia dapat merasakan sesuatu. Dia terperasankan mata isterinya itu yang merah.
Myra tidak menjawab. Pandangannya terus terarah keluar tingkap.
Rizqin Fahimi hanya mampu melepaskan keluhan nipis.
Myra hanya seperti patung yang tidak bernyawa yang bergelodak hatinya. Dia hanya mengikut atur langkah kaki Rizqin Fahimi di sampingnya.Tiada rasa di hatinya untuk berbicara dengan lelaki itu.Hatinya telah hancur. Rizqin Fahimi terpaksa juga mengerti walaupun hatinya terasa ingin marah. Biarlah dia mengalah pada Myra. Tika makan mereka juga seperti orang asing.
“Myra…Kalau tak suka pun, cuba cover sikit. Abang tak marah Myra. Tapi kalau kita kat luar cuba jangan tunjukkan sangat, okey. Abang mohon.” Rizqin Fahimi berbicara sebaiknya.
Myra masih berbuat tidak tahu.
“Myra..Please…”
“Abang jangan paksa Myra boleh tak.”Suara Myra tiba-tiba tegang.
“Kalau macam ni…kenapa Myra setuju nak keluar dengan abang tadi.” Renungan tajam Riqzin Fahimi jatuh pada Myra. Hatinya juga panas. Kesabarannya tercabar juga. “Dahlah, Myra. Abang tak nak gaduh dengan Myra.” Rizqin Fahimi akhirnya mengambil keputusan untuk tidak merumitkan keadaan. Dia terus makan tanpa mempedulikan Myra di hadapannya. Namun, hati lelakinya tidak mampu bertahan. Di pandang juga wajah isterinya itu. Wajah itu suram. Isterinya itu masih merenung kosong pada makanan yang berada dihidangannya.
“Myra makanlah…” tegur Rizqin Fahimi lembut. Dia sudah pun selesai makan.
Myra sepertinya baru tersedar. Dia segera menyeka tubir mata apabila terasa ada permata hangat yang bermukim di di hujung matanya itu. Seketika tadi mindanya terbang merawang akan kejadian yang berlaku di bilik pejabatnya tadi.Dia kemudian berusaha membuka seleranya. Namun, hanya sesuap dua yang mampu di telan.
“Myra okey ke?” tanya Rizqin Fahimi lembut. Dia risaukan keadaan Myra.
Myra seperti biasa tidak menjawab. Cuba mengeraskan hati sendiri.
*****
Rizqin Fahimi memimpin tangan Myra. Kelembutan tangan itu terasa keras dan kaku. Namun, dia tidak kisah. Sekurang-kurangnya, tangan Myra berada di dalam genggamannya.
Rizqin Fahimi sempat menyinggah kedai bunga. Sebenarnya, sudah lama dia teringin untuk membelikan jambangan bunga untuk Myra. Sudah dipegang jambangan bunga yang menjadi pilihan. Ia ingin djadikan hadiah untuk isterinya itu. Bunga itu akhirnya dibeli.
Dalam pada itu, dia terperasankan puan Wirda.
“Myra kena cover. Kat belakang tu ada Puan Wirda. Just terima bunga ni walaupun tak sudi.” Ujar Rizqin Fahimi perlahan. Myra terpaksa juga menerima dengan senyuman kelat sekadar melakonkan mesranya hubungan mereka. Tangan Myra diraih Rizqin Fahimi dan dipimpin mesra.‘Abang minta maaf, Myra..’ Hanya itu yang mampu dibicarakan dengan hatinya. Dia sedar tindakannya itu menyeksa hati isterinya sendiri.
‘Tidakkah kau faham apa yang aku rasa Rizqin. Apa yang kau ingin tunjukkan disebalik kepalsuan ini. Kau memperbodohkan hati dan perasaan aku Rizqin. Kau jahat. Mungkin kau ingat kau boleh menang dengan ini semua. Kau silap Qin.Kau silap.’ Hati Myra masih bergelodak rasa marah dalam kesedihan.
*****
Di rumah, Myra terus mencampak bunga itu ke lantai.
“Abang tahu Myra takkan terima apa yang abang beri.” Kendur sahaja suara Rizqin Fahimi tatkala mengambil jambangan bunga yang terbiar di lantai itu. Hatinya kecewa.
“Bunga hidup yang tidak dijaga pasti akan layu. Bila ia layu memang tampak tidak menarik. Tetapi walaupun ia layu, apabila ia kembali dijaga pasti ia akan mekar semula.” Rizqin Fahimi kemudian meletakkan jambangan bunga hidup itu ke dalam pasu yang berisi air.
‘Memang aku takkan terima apa yang kau beri Rizqin…Tak kan..Aku benci kau..Aku benci…’ Myra menghambur kata di hati tanpa suara. Dia kemudian terpuruk sendiri.
Rizqin Fahimi datang menghampiri. “Myra…” Rizqin Fahimi cuba memujuk. Dia tahu dia salah.
Myra memadang wajah Rizqin Fahimi. “Abang nak apa…Kan Myra dah kata..Jangan dekat dengan Myra. Abang faham tak!!” Myra mebentak. Tegang suaranya. Dia kemudian sudah bangun. Rizqin Fahimi ikut bangun.
“Myra…Abang minta maaf okey.”
“Myra takkan maafkan abang. Myra benci abang. Abang tahu tak. Abang pergi sana..Pergi!!” Jerit Myra lagi. Dia memukul pula tubuh Rizqin Fahimi. Kemudian, dengan sekuat kudrat yang ada dia menolak tubuh lelaki itu. “Pergi mati sana!!!”
Rizqin Fahimi tiba-tiba hilang keseimbangan tubuhnya.
Dushhh…
“Argghhh..” Rizqin Fahimi mengaduh kesakitan. Dia memegang kepalanya. Kepalanya sudah terhentak kuat di bucu meja solek. Beberapa barang dari atas meja termasuk sebotol minyak wangi berbotol kaca jatuh ke lantai. Mungkin kerana pada tika itu Rizqin Fahimi cuba mencari tempat untuk menahan tubuhnya.
Myra terkejut. Kaget.
Rizqin Fahimi sudah terlentang tidak sedarkan diri.
“Aa..abang…” Myra memanggil dalam nada ketakutan. Terasa badannya menggigil. “A..bang..” Digerakkan juga tubuh lelaki itu.
“Kenapa Myra..Kenapa?” Jerit Mama Norlia sewaktu tiba di muka pintu bilik itu. “Myra apa yang berlaku ni?” soal Mama Norlia agak cemas apabila dia melihat Rizqin Fahimi sudah terbaring di lantai. Dia terkejut apabila terdengar bunyi benda jatuh dari bilik Myra. Ibu Mardiah juga kini bersama mereka.
Myra tidak mampu menjawab. Dia menggeleng kepala. Dia masih terkejut. Wajahnya juga pucat.
“Qin…Qin…Bangun nak…” Panggil Mama Norlia. Digerakkan tubuh menantunya itu. Kepala Rizqin Fahimi juga di picit-picit perlahan.
“Ya, Allah. Darah ni Myra. Myra dah buat apa ni.” Mama Norlia agak terkejut lantas memandang wajah Myra. “Myra nak bunuh Qin ke?” tekan Mama Norlia.
Myra menggeleng. Dia takut. “Tak Ma..Tak…” Dia menafikan kata. Dia sudah menangis.
“Myra…Apa yang Myra dah buat. Cuba cakap…” Mama Norlia agak mendesak.
Myra tetap menggeleng. Pipinya sudah basah dengan air mata. Dia rasa takut. Dia terus memeluk tubuhnya yang terasa menggigil.
“Qin…Qin…bangun nak…”
Rizqin Fahimi mula sedar. Namun, wajahnya jelas menahan kesakitan. Tangannya terus memegang kepalanya yang terasa begitu sakit.
Mama Norlia membantunya untuk duduk. Rizqin Fahimi kelihatan begitu lemah. “Qin…Kenapa nak?” tanya Mama Norlia lagi.
Rizqin Fahimi hanya berdiam diri. Bibirnya juga pucat. Tubuhnya terasa begitu lemah. Dia kemudian memegang tangan Mama Norlia yang masih memicit-micit bahunya.
“Takpe, Ma. Qin dah okey.” Lemah sahaja suaranya. Begitu tidak bermaya. Dia meminta agar Mama Norlia tidak memicitnya lagi. Dia memejam mata beberapa kali. Masih menahan kesakitan di kepalanya.
“Qin..Kenapa nak?” tanya ibunya yang sejak tadi berdiam diri. Kemarahan pada sikap anaknya itu terpadam sedikit apabila melihat keadaan anaknya kini. Perasaan hatinya tidak senang tika ini.
“Myra… Cakap dengan Mama. Apa Myra dah buat?” tegang juga suara Mama Norlia meminta jawapan dari anaknya. Dia pasti, ia adalah gara-gara Myra.
Myra menangis. “Myra..Myra…” Dia tidak tahu mahu berbicara apa.
“Myra… tak buat apa-apa Ma. Sebenarnya.. Qin pitam. Tiba-tiba Qin rasa kepala ni berat sangat. Qin tak sempat nak paut.” Ujar Rizqin Fahimi lemah. Layu pandangan matanya memandang Myra yang sedang menangis. Kasihan melihat isterinya itu.
“Kita pergi hospital cepat. Kepala Qin tu berdarah. Mar..Mar beritahu dengan Pak Mail. Kita bawak Qin pergi hospital. Myra..Myra tolong pimpin Qin.”
Myra akur. Sebenarnya juga dia terasa takut jikalau tadi Rizqin Fahimi mati. Di papah juga Riqzin Fahimi keluar dari bilik itu bersama Mamanya. Dirasakan lelaki itu sengaja memberi alasan begitu untuk menyembunyikan hal yang sebenar daripada pengetahuan Mama.
*****
Di hospital…
Mama Norlia, Ibu Mardiah dan Pak Mail telah beredar pergi. Tinggal kini Myra dan Rizqin Fahimi.
Rizqin Fahimi kini terbaring di katilnya. Sesekali dia memegang kepalanya yang telah berbalut. Masih terasa sakit. Myra pula terduduk sepi di kerusi di sebelah katil Rizqin Fahimi. Dia merasa bersalah.
“Hmm..Kenapa Myra tak balik dengan Mama. Myra nak tunggu abang ke?” Rizqin Fahimi memandang wajah isterinya.“Myra nak balik..baliklah. Abang tak kisah. Abang lebih suka sorang-sorang. Mati pun nanti sorang juga Myra.” Agak berkias bicara Rizqin Fahimi seolah-olah menyuruh Myra pergi dari situ.
Myra mengangkat wajah. Dia memandang wajah Rizqin Fahimi. Apakah yang ingin diperkatakan oleh lelaki itu sebenarnya. “Apa maksud abang…”
Rizqin Fahimi memandang isterinya. Dia menguntum senyum. “Hmm..Takdelah. Takde apa-apa pun. Terima kasih sebab Myra sudi teman abang. Dahlah, Myra. Myra pergi tidur kat sofa tu. Takkan nak tidur dengan abang kat atas katil ni. Abang tak kisah.” Rizqin Fahimi mengukir senyum.
“Hmm.. Tapi, kalau Myra rasa nak balik rumah, abang tak kisah sebenarnya. Abang mesti dah boleh tidur lena sebab badan abang sekarang ada bau Myra.” Rizqin Fahimi ketawa. Kini badannya bau seharum semerbak dengan minyak wangi milik Myra. Ia gara-gara botol minyak wangi itu pecah ke lantai dan menyimbah tubuhnya.
Myra hanya terdiam.
“Hmm..Memang best kalau tetiba jadi macam ni. Kalau sakit baru ada orang sayang.”
“A..Apa maksud a..abang. Jadi.. ni…semua…” Myra sudah tidak mampu menghabiskan kata.
Rizqin Fahimi menjongket bahu. Dia kemudian menarik selimut hingga ke paras dada. “Okey, abang nak tidur.” Rizqin Fahimi sempat mengenyit mata. Dia kemudian mengalihkan pandangan mukanya daripada Myra.
Hati Myra rasa berbuku. Apakah Rizqin Fahimi sengaja ‘berlakon’ sebegitu untuk meraih simpatinya. Dalam masa yang sama, air mata Rizqin Fahimi jatuh ke pipi membasahi bantalnya.Dia tidak mampu menahan sebak di hatinya.
*****
“Myra…Kenapa sorang je. Qin mana? Belum boleh keluar wad ke?” tanya Mama Norlia sedikit kehairanan. Rasanya, keadaan menantunya itu bukannya teruk sangat. Takkan masih tidak dibenarkan pulang.
“Biarlah, Ma. Dia tak nak keluar. Dia kata nak rileks kat sana dua tiga hari.” Myra berbicara dengan nada marah di hati. Namun, secara zahirnya dia cuba berbicara sebaiknya dengan Mama.
“Kenapa pulak?”
“Entahlah, Ma. Mama pergilah tanya menantu Mama tu. Diakan menantu kesayangnya Mama.” Tiba-tiba nada suara Myra menjadi sedikit tegang. Perasaan marahnya terlepas juga walaupun cuba diselindung dengan Mamanya.Dia terus meniti anak tangga masuk ke bilik.
“Myra..Kenapa cakap macam tu.” Mama Norlia agak terkejut. Mengapa saat ini Myra masih mengeraskan hatinya untuk Rizqin Fahimi. Tidak tahukan Myra apa yang telah berlaku semalam. Mama Norlia hanya mampu melepaskan keluhan nipis.
Di bilik, Myra melepaskan kemarahannya.Dia teringat kata-kata Riqzin Fahimi tadi sewaktu dia masih berada di bilik wad lelaki iti di hospital.
“Abang malas nak balik. Abang nak lepak-lepak dulu kat hospital ni. Lagipun,abang tahu…Myra memang suka abang takde, kan. Betul tak?Ke..Myra yang rindu dengan abang sebenarnya. Cuma Myra taknak mengaku.Lepas ni abang kena buat-buat sakitlah baru boleh dapat perhatian Myra, kan.”
Hati Myra terus berkobar rasa marah. Bicara itu menyakitkan hatinya.
******
Beberapa hari kemudian…
Myra menerima satu kiriman gambar. Gambar itu adalah gambarnya. Dia terkejut. Dia jadi takut. Dia akhirnya menangis sendiri. Gambar itu adalah gambarnya ketika hadir di parti hari jadi kawannya semasa belajar di luar negara dahulu. Dia sendiri tidak pasti apa yang berlaku waktu itu. Dirasakan dirinya tidak mabuk. Tetapi, mungkin ada seseorang yang telah mencampurkan minumannya dengan dengan pil khayal. Ketika itu ada aksinya yang agak melampau telah dirakam. Di situ jugalah dia mengenali Remy dan Remy turut menyimpan rahsia itu. Myra rasa tertekan. Dia takut untuk mengingati peristiwa itu lagi. Dia akhirnya menelan pil tidur.
******
“Myra..Myra bangun Myra..” Rizqin Fahimi cuba mengejutkan isterinya itu. Namun, Myra tidak sedarkan diri. “Myra..Kenapa ni?” Rizqin Fahimi terus menggerakkan tubuh isterinya itu. Namun, malangnya ia masih tidak bertindak balas. Myra masih terlena. “Myra, kenapa ni Myra…?” Rizqin Fahimi semakin cemas.
Ada sesuatu yang telah ditemui di atas lantai. “Ya Allah..Myra. Kenapa buat macam ni sayang.” Rizqin Fahimi tahu isterinya telah menelan pil tidur. Entah berapa banyak dia tidak tahu. Terus di bawa isterinya ke hospital.
“Isteri encik kemungkinan berdepan dengan tekanan perasaan. Saya nasihatkan jangan biar dia rasa tertekan dan bermurung.Ia tidak baik untuk kesihatannya.” Pesan Dr. Corrina sebelum berlalu pergi.
“Myra..Kenapa Myra buat macam ni.” Rizqin Fahimi bersedih hati melihat Myra yang berwajah pucat lesi di atas katilnya.
“Myra, maafkan abang Myra. Abang tahu Myra buat semua ni sebab Myra benci dan marahkan abang. Kalau Myra bencikan abang sekalipun janganlah seksa diri Myra sendiri. Abang sedar Myra, Abang yang bersalah. Abang tak nak kehilangan Myra. Walaupun benci dan marah macam mana sekalipun Myra pada abang, abang akan tetap sayang Myra. Abang nak jaga Myra. Berilah abang peluang, Myra. Abang tak nak persiakan Myra.” Rizqin Fahimi mengelus lembut pipi isterinya itu. Dia biarkan jari-jarinya bermain di pipi Myra. Kemudian tangan Myra pula diraih. Dibawa ke bibir dan di kucup kasih. Ada air mata yang gugur dari kelopak matanya jatuh ke tangan Myra. Walaupun di benci, kasihnya tetap pada Myra.Dia setia menemani Myra yang masih terpejam matanya.
“Myra…Bangunlah sayang. Jangan tinggalkan abang…” Ujar Rizqin Fahimi sebelum matanya terpejam lena.
Tika itu Myra sudah sedar. Dia menangis sendiri. Rasa sebak mencengkam hatinya.
******
Myra berjalan longlai seorang diri membawa hati yang terpuruk sayu. Dia bermuram wajah. Sesekali kelihatan dia mengesat air matanya yang gugur. Dia menangisi nasib sendiri.
Dia melintasi sebuah bilik yang menempatkan kanak-kanak. Di sebalik pintu itu, dia melihat gembiranya kanak-kanak di situ bermain. Bibirnya mengukir senyum dalam rasa sebak. ‘Indahnya andai aku menjadi kanak-kanak semula.’ Air matanya dikesan dengan hujung baju.‘Adakah aku akan mendapat kegembiraan seperti ini lagi.’ Dia akhirnya masuk ke bilik itu. Dia ingin buang kesedihan hatinya.
*****
Rizqin Fahimi terkejut apabila Myra tiada di katilnya. Terus sahaja dia mencari isterinya. Dia terlihat akan kelibat Myra disebuah bilik yang menempatkan kanak-kanak. Kedengaran ada bunyi suara radio benyanyi.
Rizqin Fahimi masuk setelah diberi kebenaran. Dia telah mengenali penjaga di situ sebelum ini. Semalam dia juga berkesempatan bermain dengan kanak-kanak di situ. Mereka adalah kanak-kanak yang turut mendapat rawatan di hospital itu. Di usia muda, mereka terpaksa menanggung derita dengan penyakit yang dialami. Kasihan mereka. Itu semua kuasa Allah.
Rizqin Fahimi memerhati tingkah isterinya. Dia tersenyum sendiri. Isterinya itu sedang terleka menari bersama kanak-kanak mengikut rentak lagu ‘Chicken Dance.’ Sungguh comel.
Kegembiraan yang terpancar pada wajah isterinya itu membuatkan Rizqin Fahimi dilanda sebak. Mungkinkah selama ini kegembiraan isterinya itu mati lantaran kehadirannya. Sejak hari pertama kehadirannya di rumah keluarga Myra, di rasakan Myra tidak pernah gembira malah terus-terusan membencinya hingga ke hari ini. ‘Myra..Maafkan abang. Adakah abang yang meragut semua keceriaan dan kegembiraan Myra selama ini.’
Rizqin Fahimi akhirnya turut serta. Dia juga ingin menggembirakan hati sendiri. Mengusir lara di hati. Dia membuat gaya comel mengikut telatah kanak-kanak yang ada si situ bertemankan lagu ‘Chicken Dance’ yang masih berkumandang. Dia kemudian mendepakan tangan dan terbang bebas. Sepertinya bebas dari di belenggu sebarang masalah. Dia sengaja memilih posisi di belakang Myra.
Myra yang kebetulan berpusing, terkejut dengan kewujudan Rizqin Fahimi di belakangnya. Terukir juga senyum dan tawa isterinya itu. Mungkin dengan itu ia dapat membuang segala kesedihan yang bermukim di hati.
Hati Rizqin Fahimi terasa sayu. Senyuman dan tawa indah milik Myra terukir kepadanya. Dirasakan itu senyuman dan tawa ikhlas yang lahir dari hati isterinya, bukan diukir secara paksa. ‘Myra…Mungkinkah aku akan mampu melihat lagi kegembiraan kau seperti ini lagi.’ Rizqin Fahimi menahan rasa hati. Terasa matanya bergenang air mata.
Nyanyian lagu ‘Chicken Dance’ sudah habis. Mereka kini duduk berehat…
Mereka duduk bersama di dalam satu bulatan. Ada seorang kanak-kanak lelaki telah duduk di riba Rizqin Fahimi. Rizqin Fahimi nyata tidak kisah.
“Imi ni mesti nak duduk dengan abang,kan.” Ujar Rizqin mesra. Nyata mereka telah saling mengenali.
Rizqin kemudian bertanyakan nama mereka yang lain. Kesemuanya ada enam orang. Rasanya ada juga yang baru di kenalinya semalam dan sebelumnya.
“Eh, lupa pula. Ada lagi soranglah. Hmm…Acik..Acik ni siapa nama ek?” ujar Rizqin Fahimi sambil memandang Myra dengan segaris senyuman. Sempat juga dikenyitkan matanya pada Myra supaya memberi kerjasama. Dia tidak punya maksud lain. Niatnya untuk menggembirakann kanak-kanak di situ.
Myra tergamam dengan pertanyaan itu.
“Err…Acik ..Acik Myra…” Myra menjawab perlahan.
“Hmm..Comel nama acik ni, kan…” ujar Rizqin Fahimi.
“Comelll…” Jawab kanak-kanak berenam itu beramai-ramai.
“Abang suka kat acik Myra ea?” tanya salah seorang daripada kanak-kanak itu.
“Suka…Mestilah suka. Acikkan comel.” Jawab Riqzin Fahimi dengan gaya comelnya. Mereka yang lain bersorak gembira.
Myra terdiam. Dia memandang Rizqin Fahimi. Rizqin Fahimi pula berbuat tidak tahu.
“Nama abang siapa?” tanya salah seorang dari mereka. Mungkin, masih tidak mengenali lelaki itu atau lupa barangkali.
“Imi..Tolong jawab untuk abang.” Pinta Rizqin Fahimi.
“Abang King.” Jawab Fahimi.
“Bukan Kinglah, Imi. Abang Qin.”
“Haa…Abang Qin. Tapi Imi suka panggil abang King. Imi sayang abang King.” Fahimi ketawa.
*****
“Myra dah okey ke?” soal Rizqin Fahimi lembut kepada isterinya sewaktu mereka jalan beriringan masuk ke bilik wad yang menempatkan Myra.
Myra tidak menjawab. Dia tetap dengan dirinya.Sengaja tidak dipadang wajah lelaki itu. Sesampai di bilik, dia kemudian terus duduk terpuruk di atas katil menyelimuti diri.
Rizqin Fahimi mengerti. Dia tahu hati isterinya masih belum mahu menerimanya. Dia redha. “Mungkinkah akan hadir hari yang boleh melembutkan hati Myra untuk maafkan abang?”Rizqin Fahimi sekadar berbicara walaupun dia tahu akan jawapan yang bakal diberikan isterinya.
Myra hanya berdiam diri. Bicara lelaki itu hanya d angin lalu.
“Terpulang pada Myra sama ada nak maafkan abang atau tidak. Hati Myra, milik Myra. Tapi, andai satu hari abang mati, adakah Myra akan tetap tidak maafkan abang?”
Myra masih membisu. Namun, tika ini ada rasa yang mencucuk tangkai hatinya.
“Apa-apa pun terima kasih untuk hari ni Myra. Abang rasa hari ni hari yang istimewa untuk abang. Sebabnya….hari ni abang dapat tengok Myra senyum…Myra ketawa…Myra menari…Abang tahu Myra buat tu semua bukan kerana terpaksa sebab ada budak-budak tu. Abang tahu..itulah Myra inginkan. Okey, Myra. Abang pergi dulu ye. Abang ada kerja. Myra rehatlah. InsyaAllah esok abang akan jemput Myra.”
“Tak perlu. Myra tak perlukan abang.” Myra sengaja menekan suaranya, masih mengeraskan hati sendiri.
Rizqin Fahimi hanya mampu menggeleng kepala. Dia harus bersabar dengan sikap Myra.Dia akhirnya keluar.
Tika Rizqin Fahimi keluar, ada permata hangat yang jatuh ke pipi Myra. Hakikatnya, hatinya terusik dengan setiap bicara lelaki itu. Kemudian, dia bersendu sendiri sambil mengesat air matanya yang gugur.
******
Myra sudah kembali ke rumah.Di rumah juga dia bersikap murung. Kadang-kala dia menangis sendiri.
“Qin…Apa lagi yang Qin dah buat pada Myra. Qin tak kesiankan Myra ke? Sebab Qin…Myra masuk hospital. Sekarang ni Myra selalu menangis. Apa lagi yang Qin dah buat ni. Qin nak seksa Myra ke? Ingat Qin, kalau apa-apa terjadi pada Myra…Ibu takkan maafkan Qin!” Suara Puan Mardiah masih terngiang-ngiang di telinga.
Rizqin Fahimi menahan rasa hati. Dia rasa ingin menangis. Dia tahu sejak apa yang diperlakukan pada Myra, ibunya menjauh kasih dengannya. Dia rasa terluka. Dia tahu apa yang berlaku pada Myra memang salahnya. Dia sendiri juga rasa terseksa. Tetapi dia lebih terseksa kerana ibunya juga menjeruk hati dengannya. “Ya Allah. Kuatkanlah hatiku, Ya Allah. Aku kasihkan mereka, Ya Allah.” Dia kemudian meraup muka mencari kekuatan hati. Rizqin Fahimi mendekatkan diri pada Maha Pencipta. Pada Allah jua dia meminta. Dia juga memohon agar dosanya diampunkan. Sesungguhnya, hanya kepada Allah dia mengharap.
Selepas solat Taubat dan Tahajjud, Rizqin Fahimi mendekati Myra yang telah tertidur. Dikucup dahi isterinya itu. “Myra…Maafkan abang sayang. Maafkan abang…” Air matanya jatuh ke wajah Myra. Dia sebak.
Myra tersedar apabila terasa ada mutiara hangat yang jatuh ke wajahnya. Bicara itu juga didengar sayu. Namun, dia hanya mendiamkan diri. Terasa sebak menendang dadanya. Hatinya menangis lagi. Air matanya perlahan-lahan gugur ke pipi.
******
Myra kini kembali ke pejabat. Dia berusaha menyibukkan dirinya dengan kerja. Namun, dia tidak mampu. Fikirannya masih lagi mengingati kepada kiriman gambar yang diterima sebelum ini. Dia masih rasa tertekan. Dia takut sendiri. Kini, hatinya terpalit rasa bersalah mengenangkan Rizqin Fahimi. Lelaki itu terus-terusan menyalahkan diri dan meminta maaf atas perbuatan lalu, sedangkan apa yang menimpa dirinya kini di luar pengetahuan lelaki itu. Oleh kerana itu, dia tidak mampu untuk menyembunyikan kesedihan hatinya. Kini, apabila setiap kali dia melihat Rizqin Fahimi hatinya dicengkam rasa sebak yang begitu hebat.
Pintunya tiba-tiba di ketuk. Zarina masuk dan menyerahkan sepucuk surat bewarna putih bersaiz A4 di atas namanya.
Myra sudah rasa tidak sedap hati. Sampul itu kini di buka. Myra nyata terkejut melihat isi kandungan sampul tersebut. Hatinya mula bergulir rasa tidak tenang. Detak jantungnya semakin menendang kasar. Ada beberapa keping gambar yang nyata mengaibkan. Gambar itu dilihat satu persatu. Myra merasa seluruh tubuhnya menggigil.
Rizqin Fahimi mengetuk pintu lantas masuk ke bilik pejabat Myra. Myra tersentak. Dia segera menyembunyikan gambar dan sampul yang di terima tadi ke dalam laci.
“Kenapa Myra?” soal Rizqin Fahimi. Tingkahnya dapat di kesan oleh Rizqin Fahimi.
Myra hanya menggeleng kepala. Berbuat tidak tahu. Dia terus berpura-pura menyelak fail di hadapannya. Namun detak jantungnya sudah tidak keruan. Apakah reaksi lelaki itu jika melihat gambar-gambar yang baru diterimanya itu.
“Abang tengok muka Myra macam pucat je. Myra tak sihat ke?”
“Takdelah. Abang ada apa datang sini?” Myra sengaja mengeraskan sedikit nada bicaranya. Seolah-olah dia masih dengan dirinya yang kuat.
“Hmm..Takde apa. Kejap lagi kita ada meeting. Be professional okey. Jangan masam muka dengan abang tau. Abang keluar dulu.” Rizqin Fahimi memberi pesan. Dia kemudian melangkah pergi.
Myra terus menunduk wajah. Dia berusaha mencari kekuatan diri walhal hatinya sudah pun menangis. Dia rasa bersalah dengan suaminya.
Selepas selesai bermesyuarat, Myra terus pulang ke rumah. Dia memaklumkan kepada setiausahanya.
Di rumah, Mama Norlia dan puan Mardiah saling berpandangan apabila melihat kemunculan Myra.
“Myra rasa tak sihat Ma. Sebab tu Myra balik.” Ujar Myra lemah.
“Myra beritahu abang Qin tak?” Soal Mama Norlia.
Pertanyaan itu tidak dijawab. Myra terus sahaja naik meniti anak tangga masuk ke biliknya.Mama Norlia hanya mampu menggeleng kepala.
*****
Rizqin Fahimi pulang ke rumah. Dia risaukan keadaan Myra. Myra nampak tidak tidak bermaya di pejabat tadi. Sesampai di rumah, Rizqin Fahimi terlihat ibunya. Ibunya sedang memberi ikan makan di kolam. Dilupakan dulu tentang Myra. Dia kemudian menghampiri susuk tubuh wanita yang kini sudah meniti usia separuh abad itu.Ingin rasanya dipeluk dan dicium dengan kasih. Dia rindu. Terlalu rindu.Namun, untuk melakukan dirasakan tidak mungkin.
Apa yang telah dilakukan pada Myra, telah mengecewakan hati ibunya. Begitu terluka hati insan itu. Lantaran itu, ibu menjauhinya. Melihatnya juga tidak mahu. Sama seperti Myra. Apa yang dia tahu, selagi Myra tidak memaafkannya, selagi itulah ibunya juga tidak mahu memaafkannya.
“Ibu…Ibu dah makan?” Lembut suara itu beralun.
Puan Mardiah berdiam diri. Tidak dipandang wajah anaknya itu.
“Ibu..Qin minta maaf…” Rizqin Fahimi masih mengharap maaf dari ibunya itu. Begitu sayu suaranya.
Puan Mardiah masih berdiam diri.
“Ibu…”
“Kau bukan anak kau…Anak aku tak jahat…” Puan Mardiah meluah kata. Agak keras nadanya. Ia sebenarnya adalah luahan kekecewaan hati seorang ibu.
“Ibu…Qin anak ibu…” Rizqin Fahimi menahan sebak. Hatinya begitu terluka. Dia sedar siapa dirinya. Dia memang hanya anak angkat wanita itu. Tetapi, padanya wanita itulah ibunya.
“Kau bukan anak aku…. Kau bukan anak aku…Anak aku tak jahat…” Puan Mardiah mengulang lagi kata-kata itu. “Aku tak nak tengok muka kau. Ku bukan anak aku….”
“Bu…Qin anak ibu. Qin minta maaf, bu.” Pinta Rizqin Fahimi sambil cuba memegang tangan ibunya. Tanganya segera ditepis puan Mardiah.
Bicara Rizqin Fahimi tidak diendahkan. Puan Mardiah terus melangkah pergi. Dia masih tidak dapat memaafkan Rizqin Fahimi. Dia terlalu kecewa.
Rizqin Fahimi sudah mengalirkan air mata. ‘Ibu..Qin minta maaf, ibu. Qin dah hancurkan hati ibu.’Dia kemudian duduk dibuaian menenangkan hati. “Ya Allah.. Kuatkanlah hatiku ini. Aku inginkan ibuku.’
“Qin….” Satu suara lembut menyapa. Rizqin Fahimi berkalih pandang. Mama Norlia sudah duduk di sebelahnya. Dia telah melihat apa yang berlaku sedetik waktu tadi.
“Sabarlah, Qin. Ibu Qin masih kecewa. Qin doa ye. Mama juga sentiasa doakan untuk Qin. Apa yang dah lepas tu, jangan diingat Qin.”
“Terima kasih, Ma.” Riqzin Fahimi terharu dengan kasih Mama. Mama menerimanya. “Qin,naik dulu Ma. Qin nak tengok Myra.”
“Ma minta maaf fasal Myra..” Mama Norlia mengharap pengertian.
“Takpe Ma. Myra tanggungjawab Qin.” Rizqin Fahimi akhirnya bangkit dan masuk ke rumah.
Mama Norlia menyeka air mata. ‘Myra..Lembutkanlah hatimu untuk terima suamimu, nak. Kasihnya hanya pada kamu.Janganlah persiakan kasihnya.’ Sebenarnya sudah banyak kali dia memujuk Myra. Namun, Myra tetap mengeraskan hati.
*****
Myra masih melihat gambar-gambar yang diterimanya tadi. Dia menangis dalam sendu sendiri. Dia takut. Terasa tubuhnya menggigil. Gambar itu adalah gambar dia dan seseorang bersama dalam keadaan yang sungguh mengaibkan. Dia tidak melakukannya. Tidak…Itu bukan dia…Dia tidak pernah melakukannya. Mungkinkah ia berlaku sewaktu dia tidak sedarkan diri semasa di dalam parti itu?Dia hanya mampu menangis.
Satu mesej di terima.
+ Hai, dear. Seronok tak tengok gambar yang I kirimkan…I dah pass kat suami you…Kalau dia buang you, bawaklah diri you pada I.
Myra terus menangis. Mesej itu terus dipadam. Dia jadi takut. Dia pasti ini semua angkara Remy.
Myra tidak tahu berbuat apa. Dia terus menangis sambil memegang kepalanya dengan kedua-dua tangan. “Tak..Bukan aku….Bukan aku…”Myra meratap nasib sendiri.Dia rasa tertekan. Dia menangis.
Tatkala Rizqin Fahimi masuk ke bilik, dia terus berusaha mengeraskan hati walhal hatinya begitu terseksa. Air matanya segera dikeringkan.
Rizqin Fahimi mendapatkan Myra. Walaupun isterinya itu bersikap dingin dengannya, dia akan cuba sedaya upaya untuk memberikan kasih kepada permaisurinya itu.Dibuang kesedihan hatinya seketika tadi mengenangkan ibu. Kini, dia perlu berhadapan dengan Myra.
“Myra…Myra okey tak ni? Myra tak sihat ke? Nak pergi klinik?” lembut suara itu menyapa di telinga.
Myra menggeleng kepala.
Rizqin Fahimi memandang isterinya. Seraya itu, dia rasa sebak. “Myra..Abang minta maaf. Abang tak sanggup tengok Myra macam ni. Abang sedar abang yang bersalah Myra. Abang jahat. Kalau Myra nak hukum abang, hukumlah Myra. Biar Myra puas. Tapi jangan macam ni Myra. Jangan seksa diri Myra. Jangan buat Mama dan Ibu sedih.”
*****
Malam itu, apabila melihat Myra sudah tenang, Rizqin Fahimi kembali mendekati Myra.
“Myra…“ Panggilnya lembut. Myra tetap dengan caranya. Tidak memandang wajah lelaki itu.
“Sebenarnya, abang dah lama nak kasi barang ni pada Myra. Abang harap pemberian ni, Myra tak buang,” ujar Rizqin Fahimi.“Myra terima ye.”
“Abang tahu, Myra takkan terima apa yang abang beri. Tapi yang ni..Abang nak sangat Myra terima. Kalau Myra taknak maafkan abang, abang redha. Tapi, apa yang abang beri ni abang harap sangat Myra tak tolak.” Lembut suara Rizqin Fahimi menusuk ke hati.
Myra menerima jua pemberian itu. Dia mengeluarkan isi beg tersebut. Ada sehelai jubah bercorak bunga bewarna merah jambu, ada baju kurung dan ada juga beberapa helai kain tudung.Tika ini air matanya sudah bertakung dikelopak mata.Tetapi, ia tetap ditahan.
“Abang tak pernah lihat Myra pakai baju macam ni selama ni. Sebab tu abang belikan. Abang nak sangat tengok Myra pakai pakaian macam ni. Walaupun Myra masih tak boleh nak terima abang, itu tak bermakna abang akan lepaskan tanggungjawab abang pada Myra. Myralah orang yang patut abang jaga sebaiknya. Menjaga hati Myra…Diri Myra….Abang tak nak seksa Myra. Takkan. Abang takkan buat macam tu. Apa yang dah lepas tu, abang tak boleh nak buat apa. Abang cuma minta kemaafan dari Myra.”
“Abang bukanlah orang yang baik Myra. Abang sedar. Apa yang abang buat pada Myra kekal menghantui abang. Abang tak nak terus berdosa Myra sedangkan abang memang banyak dosa. Jadi lepas ni, abang tak nak terus berdosa sebab membiarkan Myra tanpa dijaga. Sebab tu mulai hari ni, abang nak Myra belajar pakai ni semua. Myra pasti sayang diri Myra, kan. Abang juga sayangkan Myra. Abang harap Myra faham. Myra bantulah abang untuk mendapat pahala. Myra juga dapat pahala. Bolehkan Myra?” Lembut dan syahdu suara itu menerjah cuping telinga Myra walaupun nadanya berbaur sebak di dada.
Myra memandang juga wajah Riqzin Fahimi. Tika itu kelopak matanya kian memberat dengan linangan air mata. Tulusnya kasih yang ditunjukkan lelaki itu membuatkan dia benar-benar rasa bersalah.
“Abang buat semua ni sebab abang sayangkan Myra. Tanggungjawab abang besar pada Myra. Myra tolong abang ye. Sebelum apa-apa terjadi kat abang. Please…” Kelopak mata Rizqin Fahimi kini bergenang air mata.
Myra hanya terdiam tanpa suara. Dia menahan sebak yang semakin hebat menendang dada.
“Myra…Untuk satu hari ni, kan…..dan kalau boleh..Hmm..Untuk hari-hari seterusnya…Hmm..Boleh tak Myra ada dekat dengan abang. Boleh tak kita jalani hidup yang biasa. Abang nak Myra buat apa yang abang minta. Abang nak Myra dapat pahala sebab taat dengan abang. Boleh,kan Myra?”
Myra memandang wajah Rizqin Fahimi dengan pandangan mata yang sayu.Namun dia tidak memberi jawapan. Ditahankan sahaja hatinya.
“Takpelah, Myra. Mungkin bukan sekarang. Abang tak boleh nak paksa Myra.” Rizqin Fahimi akhirnya bangun dan meninggalkan Myra seorang diri. Dia keluar dari bilik.
Myra sudah tidak mampu menanggung bebanan di hatinya. Dia menangis terisak-isak. “Abang..Maafkan Myra…” Dia terus bersendu.
******
Pagi ini Myra menerima lagi sampul yang sama. Namun ia di alamatkan di rumah. Dia sudah tidak mampu untuk bertahan lagi.
Rizqin Fahimi tiba-tiba masuk ke bilik.
Myra terkejut. Gambar-gambar yang berada di tangannya terlepas. Ia bertaburan di lantai. Dia segera mengutip gambar itu. Namun, Rizqin Fahimi sudah berada di hadapannya. Wajah Myra sudah pucat separuh mati.
Rizqin Fahimi mengutip gambar tersebut satu persatu. Dia melihat gambar-gambar tersebut. Kemudian memandang wajah Myra. Agak tegang riak wajahnya. Terasa juga nafasnya kasar.Myra sudah menggeleng kepala menafikan gambar-gambar itu.
“Myra tak macam tu bang….Myra tak buat tu semua….” Myra sudah menangis ketakutan. Dia memohon pengertian. Hatinya sudah tidak kuat.
Rizqin Fahimi kian mendekati. Myra pula semakin menganjak ke belakang sehingga dia sudah tersandar di dinding. “Myra tak macam tu bang…Tolong percaya Myra bang…” Ujar Myra dalam tangis.
Rizqin Fahimi kini berdiri betul-betul di hadapan Myra. Wajah Myra yang sedang menangis di renungnya. Dia kemudian memegang pipi Myra yang sudah basah dengan air mata.
“Myra..Mari sini dekat abang, sayang.” Panggil Rizqin Fahimi lembut. “Myra…” panggilnya lagi.
Myra menggeleng. Dia takut Rizqin Fahimi akan mengapa-apakannya.
“Myra… Sini dekat abang.” Panggil Rizqin Fahimi lagi. Dia kemudian meraih dan merapatkan tubuh isterinya yang sedang menangis itu ke dada. Myra masih terisak-isak menahan tangis. Dia membenarkan Rizqin Fahimi memeluknya saat ini. Dia masih terus menangis.
“Abang tolong percaya Myra…Myra tak macam tu…Myra tak buat tu semua…” Myra terus menangis. “Abang tolong percaya Myra…” pinta Myra lagi. Suaranya sudah tersekat-sekat menahan sendu. Dia melepaskan seluruh perasaan sedih di hatinya. Tika ini dia mengharapkan pengertian dari lelaki itu. Mengharap pengertian suami sendiri.
“Dah..Dah…Jangan nangis, sayang. Abang percaya Myra…Abang percaya Myra…” Ujar Rizqin Fahimi tenang sambil menggosok lembut bahu isterinya yang masih terhincut-hincut menangis. Dipujuk isterinya itu.
Myra semakin bersendu tatkala bicara itu singgah ke pendengarannya. Dia rasa sayu apabila Rizqin Fahimi masih bersikap tenang tatkala ini. Jika Rizqin Fahimi memintanya melutut padanya dia juga sanggup. Apa yang penting, lelaki itu mempercayainya.
“Abang…Myra tak macam tu bang…” tangisnya lagi. Bahunya masih lagi terhincut-hincut.
“Dah..Dahh..Jangan nangis. Nanti karang Mama dengan Ibu dengar macam mana.”Air mata Myra di lap dengan jari. “Dah…Dah..Lap air mata tu.” Ujar Rizqin Fahimi penuh pengertian. Dahi isterinya itu dikucup kasih.Tubuh Myra terus dipeluk erat. Dibiarkan Myra bertenang dalam pelukan kasihnya. Myra berasa hangat dalam pelukan suaminya. Lama juga keadaan mereka begitu.
“Cuba Myra cerita dengan abang. Apa sebenarnya yang berlaku?” Tenang sahaja Riqzin Fahimi mengatur bicara setelah dia melihat Myra sudah mula bertenang.
“Please Myra. Cerita dengan abang. Biar abang tahu cerita sebenar. Abang mengaku memang abang terkejut. Abang memang marah. Marah sangat. Sekarang ni pun abang rasa macam nak marah je. Kalau ikut hati abang…mungkin tangan abang dah hinggap ke pipi Myra. Tapi…abang tak nak hukum Myra tanpa abang tahu hal sebenar. Itu bukan cara abang. Myra ada hak. Myra kena berterus-terang dengan abang. Ini demi maruah Myra juga.”
Myra masih tidak bersuara. Dia masih menahan rasa sedih di hati.
Tangan Myra di raih lembut. “Kalau Myra tak nak cerita sekarang, tak mengapa. Abang yakin dengan Myra. Abang kenal Myra. Myra tak macam tu. Abang yakin Myra tak buat semua tu. Sebenarnya, abang ada terima gambar tu juga kat pejabat. Abang tak tahu nak cakap apa Myra bila tengok gambar tu. Rasa nak mengamuk pun ada. Tapi, abang terpaksa kawal diri abang. Bila abang masuk bilik abang lihat lihat Myra tengah menangis, abang tak sampai hati nak marah Myra. Sejak pertama kali abang lihat Myra menangis kerana perbuatan abang, abang rasa tak sanggup nak tengok Myra menangis lagi. Abang tahu Myra dah banyak kali menangis sebab abang. Sebenarnya abang cuba kuatkan hati sendiri untuk percaya Myra.”
Myra kian bersendu. Bicara suaminya itu benar-benar membuatkan hatinya dicengkam rasa sebak. Dia menangis lagi.
“Abang yakin ni semua angkara Remy. Sebab tu abang tak suka Myra rapat dengan Remy. Kalau berkenaan kerja abang boleh terima, tapi….” Rizqin Fahimi menggeleng. “Abang tak suka cara Remy tu. Abang bukan tuduh dia, tapi abang ada bukti. Dahlah, Myra. Myra jangan fikir lagi hal ni. Apa yang penting, abang percaya Myra.”
Myra terus menangis dalam pelukan suami sendiri. Memang lelaki itu yang telah menodainya, tetapi, kini ikatan mereka sah. Benarkah lelaki itu orang pertama yang menyentuhnya. Dia merasa takut apabila mengenangkan kembali gambar-gambar itu. Dia sebenarnya sudah berusaha menerima suratan itu. Dia kini milik suaminya yang sah. Hatinya rasa terpukul dengan kasih lelaki itu kepadanya. Betapa lelaki itu sangat menjaga dan cuba memahami dirinya walau kini dia berdepan dengan situasi yang berat. Lelaki itu masih setia dan mempercayainya. Kini dia sedar, dia bukanlah seorang isteri yang baik untuk Rizqin Fahimi walaupun dia terus-terusan menyalahkan lelaki itu angkara perbuatan lalu.
*****
Myra kini lebih banyak mendiamkan diri. Fikirannya masih mengingati gambar-gambar yang menunjukkan hinanya dirinya.Dia terasa dirinya jijik apabila mengingatkan kembali gambar-gambar itu. Dia menangis sendiri.Dia tidak sanggup menerimanya.
“Myra…” Panggil Rizqin Fahimi lembut.
Myra segera mengeringkan air mata.
“Boleh abang duduk dekat Myra.” Pinta Rizqin Fahimi yang nyata memahami rasa hati isterinya kini. Myra mengangguk memberi keizinan.
“Myra nak beritahu apa-apa ke dengan abang.” Riqzin Fahimi lebih senang bersikap terbuka. Dia sebenarnya dapat merasakan Myra ada menyembunyikan sesuatu darinya. Tetapi dia tidak mahu memaksa. Tangan isterinya diraih dengan lembut dan mesra. Diusap perlahan dengan jari-jemarinya. Myra hanya membiarkan.
“Aa..abang per..cayakan Myra, kan.” Myra berbicara dalam sebak. “Gambar tu…” Myra tidak mampu menahan rasa hati. Air matanya gugur lagi.
“Myra.. Jangan macam ni sayang.”
“Myra jijik…Myra jijik…bang.” Myra menangisi diri sendiri.
“Ya Allah, Myra. Kenapa cakap macam tu. Myra jangan diingatkan lagi gambar-gambar tu. Abang percaya Myra. Myra masih suci…sewaktu…” Rizqin Fahimi tidak dapat menghabiskan bicaranya. Dia sedar, dialah orang yang bertanggungjawab menyentuh Myra tanpa kerelaan gadis itu dan ia berlaku sebelum ikatan nikah mereka sah.Dia yang menodainya gadis itu.
“Abang minta maaf, Myra..Abang minta maaf…Abang yang bersalah..Kalau Myra cakap hal tu lagi, abang yang rasa terseksa Myra. Abang yang buat Myra….Abang yang sentuh Myra. Bukan orang lain. Myra tak jijik…Hanya abang yang sentuh Myra…”
“Abang…”
“Myra please. Jangan seksa abang macam ni. Jangan cakap pasal ni lagi Myra. Abang tak sanggup kalau Myra kata Myra jijik.” Air mata Rizqin Fahimi juga gugur ke pipi. “Maafkan abang Myra.” Rizqin Fahimi memeluk isterinya. Hatinya juga terseksa.
“Aa..bang…”
Myra akhirnya membuka cerita yang telah dirahsiakan.Kisah yang pernah terjadi dahulu. Dia sudah tertunduk.
Rizqin Fahimi hanya mampu menggeleng. “Past is past Myra. Abang tahu ia bukan salah Myra. Myra dianiaya.” Jari-jemarinya lembut menyeka air mata yang telah gugur di pipi Myra.
“Abang ada perkara nak beritahu sebenarnya. Pasal Remy.”
“Remy?”
“Hmm…Remy dah kena tangkap polis. Dia sebenarnya terlibat dengan sindiket pelacuran. Berkenaan gambar Myra tu juga perbuatan Remy. Abang ada upah penyiasat untuk awasi Remy dan kami bekerjasma dengan pihak polis. Nyata ia terbukti. Myra janganlah risau ye. Selamanya abang percayakan Myra.”
Myra kembali mengalirkan air mata.
“Dah. Jangan nangis lagi. Hmm…Myra…Nanti kita solat berjemaah ye.”
Myra mengangguk.
Selepas solat….
“Abang tak pernah dengar Myra mengaji.”
Myra terdiam membisu. Terpalit rasa sebak di hati.
“Myra nak mengaji sama dengan abang tak?” Senyuman kasih Rizqin Fahimi terukir untuk Myra.
Myra memandang wajah tulus suaminya. Dia kemudian mengangguk tanpa suara.
Rizqin Fahimi mengucap syukur kepada Allah. Hari ini bunga-bunga kebahagian mula melingkari hidupnya. Bunganya yang dijaga kian berseri semula. Rizqin Fahimi lantas memeluk isterinya. Myra menitiskan air mata. Belaian kasih suaminya hadir untuk dirinya.
‘Ya Allah. Mengapa baru kini ku sedar dia begitu istimewa bagiku. Mengapa dari awal dahulu aku membutakan hatiku untuk kasihnya yang istimewa ini. Ya Allah. Sungguh aku bersalah dan berdosa pada suamiku sendiri. Aku terus menyalahkannya pada perbuatan yang lalu sedangkan dia halal bagiku. Selama ini, aku menzalimi kasih suamiku sendiri, Ya Allah.’ Bicara itu hanya mampu terzahir di hati.
*****
“Myra..Abang nak minta sesuatu boleh?”
“Boleh.”
“Abang nak kita ambil gambar pakai baju pengantin. Posing kat tepi pantai ke? Ala-ala honeymoon. Boleh macam tu?”Suara Rizqin Fahimi berlunak manja.
“Taknaklah.”
“Sekali je. Bolehlah.”
Myra hanya berdiam diri.
“Takpelah. Takde faedah pun, kan. Abang saje je.” Nada Rizqin Fahimi seolah-olah merajuk.
“Diam.. tandanya setujulah.” Myra memberi jawapan dan mengukir senyum.
Rizqin Fahimi memandang isterinya. “Pandai gurau ea. Kenapalah dulu Myra tak macam ni. Kan best.”
“Myra minta maaf pasal yang lepas tu. Dulukan Myra tak suka abang.”Perlahan saja Myra berbicara. Dia kini melihat air mata suaminya jatuh gugur ke pipi. Dia rasa tersentuh. Tubuh suaminya dipeluk erat.
*****
“Myra….Nanti Myra take over mesyuarat ye.”
“Hah. Kenapa pulak.”
“Abang tak masuk pejabat hari ni. Ada urusan kat luar. So, Myra kena belajarlah. Lagipun, nanti abang nak serah semua kerja kat Myra. Fail semua ada kat bilik abang.”
“Alah. Kenapa serah kat Myra.”
“Aii.Taknak pulak. Dulukan, Myra yang nak. Sekarang ni abang nak bagi, kenapa tak nak pulak.”
“Abang perli Myra ea.”
“E’eh…Terasa ke? Abang penatlah Myra. Lepas ni abang boleh rileks. Pastu goyang kaki je. Acilahkan. Biar Myra pula tak over. Adilkan. Abang dah rasa, lepas ni Myra pulak. Abang tahu Myra boleh. Myrakan lebih pandai dari abang.”
“Abang perli Myra lagi ea.”
“A’ah. Memang pun.”
Myra terdiam. Mungkin Rizqin Fahimi masih menyimpan rasa terhadap kata-katanya dahulu.
“Sorry, sayangku. Gurau je. Hmm…Comellah tengok sayang pakai tudung ni. Kan cun. Isteri abang memang cun orangnya.” Ujar Rizqin Fahimi sambil mencubit manja kedua-kedua pipi gebu milik isterinya itu.
Myra menguntum senyum.
“Okey, jom kita pergi. Abang hantar Myra dulu.”
“Yes, my Imam.”
Rizqin Fahimi mengangguk. “Perkara yang lepas tu…Myra dah maafkan abang belum?”
“Dah. Dengan setulus hati. Kan dah cakap sebelum ni.” Myra mengukir senyum.
“Nak confirmation.Terima kasih banyak. Isteri abang memang baik. Hmm…Lagi satu nak tanya. Myra sayang abang tak?”
“Sayanglah. Rindu…Cinta…Hmm..Semualah. Ish, abang ni. Dahlah. Malas nak layan tau. Time ni nak beromantika pulak dia.” Myra menepuk manja bahu suaminya.
Sebelum keluar dari kereta…
“Jap..Myra nak beri first kiss kat abang.” Myra sempat mencium pipi Rizqin Fahimi.
Rizqin Fahimi ketawa. “Alahai. Dia cakap kat kita. Tapi dia yang nak. Gatal.Hmm..Myra kata first kiss, kan. Lambat betullah. Abang pulak nak kasi yang last kiss punya.” Ciuman kasih diberikan untuk isterinya itu. Syahdu bermukim di hati.“Dah, puan Myra. Karang nak, sambung kat rumah.”
“Eii..Abang ni.” Myra sempat memukul manja lengan suaminya itu.
“Epp, jap. Fokus dengan kerja ea. Jangan angau ingat abang. Kat pejabat kerja perlu diutamakan. Kalau kat rumah….ehem..ehem..lah ye.” Sempat Rizqin Fahimi bergurau.
Myra membuat muka. “Siapa ntah nak ingat kat dia.” Myra kemudian keluar dari kereta.
Rizqin Fahimi hanya memandang langkah isterinya. Myra menghentikan langkahnya. Sempat dia berpaling wajah melihat suaminya yang masih belum beredar. “Muahhh.” Sempat dia memberi flying kiss kepada suaminya itu.
Rizqin Fahimi membalas. Dia tersenyum. “You’re my great wife. Semoga kamu sentiasa di dalam lindungan Ilahi, sayangku.” Rizqin Fahimi juga akhirnya beredar.
******
“Selamat pagi puan Myra. Makin berseri-seri wajah puan sekarang ni. Hmm..Saya suka tengok puan sekarang ni. Ayu bertudung. Semua jenis tudung macam sesuai je dengan puan.” Puji Ameera setiausaha Rizqin Fahimi.
“Alahai, awak ni. Ni semua abang Qin yang belikan untuk saya tau. Bab-bab tudung ni serah aje pada dia je. Hmm…Awak pun kalau bertudung, rasanya lebih ayu dari saya, tau. Hurmmm..Meera. Mesyuarat nanti saya take over ye.”
“Oh, ye. Encik Rizqin dah beritahu saya. Mesyuaratnya jam 10 nanti.”
“Okey. Saya masuk dulu ye.” Myra kemudian melangkah masuk ke bilik Rizqin Fahimi.
Myra kini duduk di bilik pejabat Rizqin Fahimi. Fail di atas meja dibelek-belek seketika. Kemudian, laptop dari dalam laci dikeluarkan dan diletakan di atas meja. Ia dibuka. Namun ada password yang perlu diberikan.
‘Aduhai..Apa pula passwordnya.’ Bisik hati Myra. Dia kemudian mencuba password atas nama Rizqin, namun tidak berjaya. Dicuba lagi beberapa nama. Juga tidak berjaya. Dia malas untuk menghubungi Riqzin tika ini. Suaminya itu pasti sedang memandu. Dia akhirnya menaipkan namanya sendiri. Sekadar mencuba. Manalah tahu jika ia berjaya. ‘MYRAZASKIA.’ Nampaknya…. ia berhasil.
Paparan di skrin laptop terbentang wajahnya. Dia tersandar. Kemudian menguntum senyum sendiri. Terasa bangga juga gambarnya yang menjadi pilihan suaminya untuk diletakkan di paparan skrin.
Dia membuka ikon ‘Document’ dan terpaparlah di situ banyak folder yang dia sendiri tidak tahu apa isi kandungannya. Pastinya ia berkaitan kerja. Satu folder ‘Bingkisan Untuk Isteriku-Myra Zaskia.’ menarik perhatiannya untuk dibuka. Banyak juga kandungannya. Ada lagu dan video. Ada juga satu dokumen yang diberi nama ‘Aku Bukan Yang Terindah Untukmu’. Dokumen itu akhirnya dibuka. Entah mengapa tika itu terasa hatinya berdebar.
Coretan kata itu akhirnya dibaca.
Kasihku..Sayangku…Cintaku…
Hanya untukmu..
Namun ku tahu..
Kasihmu…Sayangmu..Cintamu…
Bukanlah untukku..
Kerana ku tahu…
Aku bukan yang terindah dalam hidupmu..
Begitu indah tertulis namamu di hatiku..
Begitu indah terukir wajahmu di bayanganku..
Namun ku tahu…
Tidak tertulis walau segaris namaku di hatimu..
Tidak terukir walau seraut wajahku di bayanganmu..
Kerana ku tahu..
Aku bukanlah yang terindah dalam hatimu..
Pintaku hanya satu duhai isteriku…
Maafkanlah kesalahan daku pada dirimu..
Walaupun ku tahu..
Aku bukanlah yang terindah di dalam hayatmu…
Dari hatiku…
Aku Bukan Yang Terindah Untukmu….
Coretan itu membuatkan hati Myra serta-merta dicengkam rasa sayu dan syahdu. Tanpa sedar, air matanya berguguran ke pipi. Ia dibiarkan jatuh tanpa diseka.
“Abang…” sayu suaranya memanggil.
Telefon bimbitnya kini berbunyi. Di tenangkan kembali hatinya dan diusir permata hangat yang gugur ke pipidengan hujung jari.
Talian bersambung.
“Puan Myra…En..cik…Riz…qin…” Tersekat-sekat suara di hujung talian memberitahu.
Berderau darah Myra tatkala mendengar perkhabaran itu. Dia sudah tidak mampu berkata-kata. Tubuhnya sudah terasa menggigil. “Tak…Tak……….Tak mungkin…”
*****
Myra sudah hadir ke hospital dengan bantuan Ameera. Mama dan Ibu juga sudah ada menanti bersama Pak Mail. Myra terasa lututnya lemah tatkala mendengar Rizqin Fahimi telah pun menghembuskan nafas terakhir. Dia dikatakan pengsan tiba-tiba semasa berada di pejabat peguamnya, Fariq…dan, apabila sampai di hospital dia sudah tidak mampu diselamatkan. Ajal dan maut itu urusan Allah. Ia sudah tertulis.
“A…bang..Kenapa tinggalkan Myra, bang.”Myra menangisi kehilangan Rizqin Fahimi. Apa yang terlihat di hadapannya kini adalah sekujur tubuh yang sduah tidak bernyawa.
Myra teringat kembali kata-kata akhir sebelum mereka berpisah beberapa jam yang lalu. “Hmm..First kiss. Lambat betul. Abang pulak nak kasi yang last kiss punya.” Kata-kata terngiang-ngiang di gegendang telinganya. Air matanya Myra terus laju berguguran tanpa dapat diempang. Sendunya semakin kuat. “Abang….Kenapa abang pergi. Abang kata abang nak jaga Myra. Abang tipu…Abang tipu Myra….”Semakin kuat tangisannya.
“Sudahlah, Myra. Jangan macam ni. Myra kena redha. Allah lebih sayangkan dia Myra.” Mama Norlia memujuk anaknya itu. Dia juga rasa kehilangan dengan pemergian Rizqin Fahimi. Dia juga sudah tidak mampu menahan sedih di hatinya.
Puan Mardiah juga sudah terpuruk dengan air mata. Dia tidak sangka anaknya itu kini telah pergi menghadap Ilahi. Teringat dia kata-kata akhir Riqzin Fahimi kepadanya beberapa hari lalu.
“Ibu…Ibu dah maafkan Qin belum.” Lirih suara anaknya itu hadir ke pendengarannya.
Puan Mardiah terkesima. Bicara itu nyata mengejutkannya.
“Ibu…Kalau Myra tak maafkan Qin…Ibu pun tak nak maafkan Qin juga ke?” pandangan mata Rizqin Fahimi yang jernih itu menikam hati tuanya. Puan Mardiah akhirnya memandang juga wajah Rizqin Fahimi.
“Ibu maafkan Qin, tak? Ibu, Qin nak minta maaf dengan ibu. Qin takut. Qin takut sangat kalau Qin mati..Qin tak dapat nak mengucap. Qin tahu, Qin dah banyak lukakan hati ibu. Ibu tahu tak, Qin sayang ibu sangat-sangat.” Suara nan sayu itu kian menebak tangkai hati puan Mardiah.
“Qin…Kenapa cakap macam tu nak.” Akhirnya puan Mardiah bersuara. “Selamanya ibu maafkan, Qin. Selamanya..Qin anak yang baik. Qin jaga ibu. Qin jaga Mama. Qin jaga Myra…Qin jaga amanah papa.” Ujar puan Mardiah sambil berteman air mata yang mula gugur. Anaknya itu akhirnya dipeluk erat. Hatinya tidak mampu untuk terus membenci anak itu kerana perbuatan lalu.Semakin laju air matanya gugur ke pipi. Terhincut-hincut tubuh tua itu menahan sendu.
“Abang..Jangan tinggalkan Myra, bang.” Suara Myra masih merintih sayu.
“Qin…Kenapa tinggalkan ibu, nak….” Puan Mardiah juga melepaskan tangis.
*****
Myra datang melawat seseorang.
“Acik Myra….” Panggil suara itu.
Panggilan suara manja itu membuatkan hati Myra terpalit rasa sebak. Ditahankan saja air matanya daripada gugur ke pipi.
“Acik….Abang King mana?” tanya Fahimi dalam suara yang sedikit serak.
Myra menguatkan hatinya. Sungguh sudah tidak tertahan air matanya ingin gugur.
“Acik…Abang King mana?” tanya Fahimi lagi.
“A..bang…King…Abang King ada kat hati Imi…Abang King pun ada kat hati…acik.”Begitu sukar Myra meluahkan kata.
Fahimi menggeleng. Dia tidak mengerti.
“Imi..rindu acik tak?” soal Myra dalam rasa sebak yang tertahan-tahan.
“Rindu….Rindu sangat. Acik Myra rindu Imi tak?”
Myra terdiam. Terasa panggilan rindu itu adalah milik Rizqin Fahimi kepadanya.
“Rindu…Acik pun.. rindu sangat dengan Imi.” Lantas itu Myra memeluk tubuh kecil Fahimi. Air matanya terus berguguran ke pipi. “Acik sayang Imi..Acik sayang Imi…” Myra sudah menangis.
Myra tidak menyangka bahawa Rizqin Fahimi telah menandatangani perjanjian pemindahan hati apabila dia sudah tiada. Dan… Dia juga baru tahu bahawa Fahimi anak kecil yang begitu mesra dengan suaminya itu adalah penerima hati Rizqin.
“Imi…..” panggilnya sayu.
Sebenarnya, Myra baru mengetahui kisah sebenar melalui doktor Isma.
Myra masih ingat apa yang berlaku. Dia yang menolak lelaki itu hingga kepala lelaki itu terhentak di bucu meja. Namun, Rizqin mengatakan bahawa dia pitam. Rupanya ketika itu Rizqin sudah menderita sakit barah otak. Ya Allah. Sungguh aku tidak tahu.
“Keadaan Rizqin agak kritikal selepas kepalanya tercedera dahulu. Sebenarnya, sebelum ini.. selepas puan Myra pulang dari menemaninya, dia telah jatuh pengsan. Saya tahu, waktu itu puan marahkan dia dengan kata-katanya. Sebenarnya, waktu itu dia menahan kesakitan. Namun, dia cuba menyembunyikannya. Dia tidak mahu orang lain tahu, bahawa dia sakit. Dia kata dia nak rileks kat hospital ni, kan? Sebenarnya waktu itu dia menerima rawatan di sini.”
“Jika dia berada di sini, dia suka melayan budak-budak bermain. Di situlah dia kenal Imi. Imi juga jadi manja dengannya. Sekarang, dia telah berikan hatinya untuk Imi agar Imi juga merasa bahagia. Dia memang sangat baik, Myra.”
“Saya tahu apa yang berlaku antara awak dan dia. Dia kata dia ingin bertahan sehingga awak dan ibu dapat memaafkan dia. Dia ingin lunaskan amanah arwah papa awak, Myra.Kamu sangat beruntung sebenarnya Myra. Dia memang lelaki terbaik yang pernah saya jumpa. Kita harus sedar Myra. Kita manusia. Manusia tak pernah lari dari membuat silap.” Ujar Doktor Isma sayu.
Myra hanya mampu mengalirkan air mata mendengar setiap butir bicara doktor muda itu. Selama ini, suaminya menanggung derita di hati. ‘Abang…Maafkan Myra.’
*****
“Rizqin Fahimi telah mewasiatkan harta miliknya kepada yang berhak. Sebahagiannya adalah untuk disumbangkan kepada badan kebajikan dan juga penduduk di bumi Palestin.” Itulah bicara yang disampaikan Fariq peguam Rizqin Fahimi.
“Harta itu milik Allah. Takkan bawa ke mati. Apa yang aku inginkan dosaku diampunkan. Amalanku diterima…dan kalau ditakdirkan Myra mengandungkan anakku, aku pohon dia dididik dengan baik agar aku beroleh doa dari anak yang soleh dan solehah.”
“Itulah antara kata-kata terakhir Riqzin sebelum dia mengadu sakit dada dan akhirnya pengsan.” Ujar Fariq lagi.
Myra melekapkan tangan ke dada. Begitu hebat sebak menendang dadanya. Bergenang kelopak matanya sebelum permata hangat itu gugur ke pipi. “Abang….Myra mengandungkan anak abang. Myra tak sempat berkongsi kegembiraan ini dengan abang. Myra janji, bang. Myra akan didik anak kita dengan baik.” Myra tidak mampu untuk menahan rasa hatinya. Dia menangis lagi.
*****
Kepimpinan syarikat kini diambil alih oleh Myra. Apabila mengenangkannya, kelopak mata Myra kembali berkaca. Dia teringat akan bicara Riqzin Fahimi dahulu. Tika itu dia melemparkan tuduhan bahawa lelaki merampas kuasa syarikat milik papanya.
“Myra jangan tuduh abang sebarangan. Abang tak pernah minta ni semua tau. Ini semua permintaan arwah Papa Myra. Kalau Myra nak, abang bagi. Myra ambillah tempat abang ni. Abang tak kisah. Abang hanya jalankan tanggungjawab. Abang tak pernah minta nak semua Myra. Satu hari nanti kalau abang dah takde, tempat ni pasti akan jadi milik juga.”
Myra tersandar. Dia menyeka tubir mata.
Myra memandang sayu wajah Riqzin Fahimi yang dijadikan sebagai latar paparan skrin laptopnya.Sejak Rizqin Fahimi tiada, hatinya seringkali merindukan lelaki itu. Andai nama lelaki itu disebut, mindanya akan terus mencari layaran kisah lalu. Pada tika itu hatinya akan terusik rasa sebak dan rasa bersalah. ‘Abang…Maafkan Myra. Myra rindukan abang.’ Hanya itu yang mampu diluahkan dari hatinya.
Dia kini membuka satu video yang dibuat khask untuknya. ~ Impian Kasih. Ia dinyanyikan sendiri oleh suaminya.
Wanita hiasan dunia
Seindah hiasan adalah wanita solehah
Yang akan membahagiakan syurga
Di dalam rumah tangga
Hanya itu yang ku inginkan
Dari insan yang amat kusayang
Terimalah seadanya
Akulah hiasan pelamin hidupmu

Myra menitiskan air mata tatkala melihat video itu. Video yang memperlihatkan wajahnya yang sudah bertudung.Wajahnya mereka tersenyum bahagia bersama busana pengantin seolah-olah baru dinikahkan. Itulah permintaan Rizqin Fahimi yang dipenuhi. Myra kemudian menaipkan sesuatu memenuhi layaran hatinya yang berduka.
Betapa inginku luahkan padamu suamiku…

Kasihku..Sayangku…Cintaku…
Hanya untukmu..
Betapa inginku luahkan padamu suamiku…
Begitu indah tertulis namamu di hatiku..
Begitu indah jua terukir wajahmu di bayanganku..
Maafkanlah kesalahan daku pada dirimu..suamiku..
Ku sedar
Aku bukanlah yang terindah di dalam hayatmu…
Betapa ku menangisi pemergianmu..
Betapa aku tidak rela membenarkanmu pergi..
Namun ku tahu…
DIA lebih menyayangimu..
Ingin ku katakan jua suamiku..
Akan ku kejar cinta DIA yang hakiki..
Terima kasih suamiku
Kerana mengajarku erti cinta yang sebenar…
Dari hatiku…
Aku yang Meridukan Syahdu Kasihmu…

“Abang….Myra sedar kini. Abang adalah anugerah yang terindah dalam hidup Myra. Terima kasih abang kerana menjaga Myra. Cinta abanglah penawar kalbu Myra. ” Perutnya kini diusap lembut. Di dalam rahimya itu sudah subur anugerah Allah. Itulah amanat suaminya yang pelu dijaga agar lahirnya nanti sebagai insan yang soleh dan solehah.
“Ya Allah..Ampunilah dosa suamiku. Tempatkanlah dia dikalangan orang yang beriman. Ya Allah…Terima kasih atas kurniaan kasihMu kepadaku…KasihMu yang begitu indah…Kerana ku tahu, KAU memiliki segala keindahan di dunia ini. Ampunkan hambaMu ini, Ya Allah. HambaMu yang kotor lagi berlumur dosa. Sesungguhnya, hambaMu ini mengharap kasihMu Ya Allah.”
Myra memejam mata sambil menitiskan air mata. Terasa kini bagai ada seseorang yang memeluknya dengan penuh kasih. Syhadu. Damai.
“Abang…Doakan Myra agar menjadi bidadari di syurga untuk abang.”Myra akhirnya bangun dan menuju ke bilik surau di pejabatnya. Dia menunaikan solat sunat Dhuha. Sebenarnya, itulah antara amalan yang diamalkan oleh arwah suaminya dahulu tika punya waktu senggang di kala mentari belum tegak mendongak ke langit. Memohon limpahan rezeki dari Allah S.W.T , Penguasa Langit dan Bumi Yang Maha Agung.

TAMAT
 


No comments: