Wednesday, May 8, 2013
Alhamdulillah, syukur pada-Mu Ya Allah. ‘ hello akak ,anis dapat 8A SPM akak .’ Aku kongsi kegembiraanku dengan kakak-kakakku. Merekalah yang banyak memberi semangat dan dorongan untukku berjaya. Sejak ibu dan ayahku meninggal 3 tahun yang lalu, banyak perkara yang harus aku lalui sendiri. Untung juga ada adik-beradik ni, dapat jugak aku menagih kasih sayang dari mereka. Tak banyak sedikit pun jadilah. Mereka semua pun ada keluarga masing-masing. Tinggallah aku sendiri meneruskan hidup dan hala tuju untuk masa depanku sendiri.
‘Anis , kau dapat berapa Anis?’tanya Nabila sahabat Anis Natasha sejak sekolah rendah lagi.
‘Engkau Bella kalau tak tanya result aku memang tak sahkan. Alhamdulillah aku dapat semua A Bella. Engkau pun samakan?’usik Anis.
‘Tahniah Anis. Eh, macam mana kau boleh tahu result aku ni! Tak adil betul la. Ni mesti Aiman yang bagitahu nih. Tak boleh simpan rahsia betullah mamat ni,’marah Bella kepada Aiman kekasih hatinya yang melaporkan keputusan SPM Bella kepada Anis.
‘Alahai, pakwe kau jugakkan. Dengan aku pun kau nak rahsia jugak ker,’sakat Anis kepada Bella.
‘Mana ada aku gurau jelah. Pasal result ni takpalah. Jangan benda lain yang dia report kat kau sudah’.
Mataku melilau-lilau mencari kelibat Farid. Dia tak datang ambil keputusan SPM dia ke hari ni? Ke dia lupa? Mesej aku pun dia tak balas. Dah 2 bulan dia tak balas mesej aku. Aku dah lama tak tengok Farid sejak dari tamat peperiksaan SPM sehinggalah sekarang. Rindu juga aku nak melihat wajahnya. Tapi dia tak rindukan aku ke? Adakah hubungan aku dengannya tamat selepas berakhirnya zaman persekolahan? Kenapa Bella dan Aiman masih kekal bersama? Dia memang tak pernah serius dengan perhubungan ini. Memang silap aku kerana mengharapkan kasih sayang seorang lelaki namun hanya belas kasihan yang diberikan kepada diri yang bergelar anak yatim piatu ini. Kalau betullah dia tidak inginkan perhubungan ini diteruskan maka aku akan tutup cerita lama dan buka buku baru. Selamat tinggal Farid.
Samaada aku ingin meneruskan pelajaranku dengan diploma atau masuk kolej matrikulasi. Fikiran aku masih buntu. Bella pun belum buat keputusan lagi. Takkanlah aku nak ikut kawan kot. Ini masa depan aku. Kakak-kakakku suruh ambil bidang perguruan tapi aku tak minat. Aku lebih minat kearah kejuruteraan. Lastly, aku ambil keputusan nak masuk kolej matrukilasi dulu lepastu baru sambung ijazah dalam bidang kejuruteraan.
Aku menyebarkan berita gembira ini kepada seluruh keluarga ibu saudaraku. Memang patut aku mengucapkan terima kasih kepada keluarga itu kerana sejak pemergian kedua ibu bapaku, aku menumpang tempat berteduh dan berlindung dengan keluarga Acik Salmah. Rumah peninggalan keluargaku telah disewakan. Manakala kakak-kakakku telah menetap di ibu kota. Hanya ada cuti sahaja meraka berpeluang pulang ke alor gajah melawat aku dan sanak saudara yang masih ada. Acik salmah dan sekeluarga memang baik orangnya. Dia telah mengagap aku serta kakak-kakakku seperti anaknya sendiri. Acik salmah dan pakcik man serta anaknya dua orang lagi iaitu abang kimi dan farah memang sangat peramah dan mulia. Insya-Allah jika diberikan rezeki akanku balas jasa baik mereka itu. Abang kimi dan farah memang layan aku macam adik dan kakak sendiri. Itulah yang membuatkan aku hilang rasa segan bila bersama mereka. Abang kimi 2 tahun lebih tua dari aku manakala farah pula baru di tingkatan 4. Oleh itu, aku akan berikan segala buku rujukan dan ulangkajiku kepada farah memandangkan dia sealiran denganku. Abang kimi kini melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran. Memang cita-cita abang kimi tu sejak dari kecil lagi suka sangat main doktor-doktor dengan aku dan budak-budak lain lagi.
Cuma tinggal seminggu sahaja lagi untuk membuat persiapan sebelum aku menjejakkan kaki ke Kolej Matrikulasi Perak. Nampaknya jaranglah aku akan pulang ke kampong selepas ini. Antara Melaka dengan Perak dan Selangor dengan Perak, lebih baik aku balik Selangor rumah kakak-kakakku. Bolehlah aku rapat-rapat lagi dengan anak-anak buahku. Kali ini mungkin Acik salmah dan Pak cik Man yang hantar aku ke kolej memandangan kakak aku tidak dapat ambil cuti untuk menguruskan aku. Nasib baik ada mereka. Barang-barang keperluan aku tidak perlu dirisaukan sebab semua perbelanjaan aku ditanggung dengan duit pencen ayah aku. Duit sewa rumah pulak kakak-kakakku jadikan sebagai duit tabungan kami adik-beradik. Walaubagaimanapun aku terkilan sebab emak dan ayah aku tidak dapat merasakan sebuah kejayaan dari anak bongsunya ini. Semoga emak dan ayah bersemadi dengan aman. Amin.
Aku tahu Bella dan Aiman ingin meneruskan pengajian di institusi yang sama. Mereka mahu mengambil Diploma Perundangan di UiTM. Aku suka tengok mereka bersama. Sangat padan dan secocok. Walaupun usia masih muda mereka tetap dengan pendirian mereka untuk merancang sendiri masa depan mereka. Ibu bapa mereka pun tidak menghalang dengan perhubungan. Cuma selalu diingatkan agar batas pergaulan harus dijaga. Selama aku bersama mereka pun tidak ada perkara pelik yang mereka lakukan melainkan berkawan dengan ikhlas. Hanya nasib aku sahaja yang tidak setuah mereka. Berkawan dengan Farid lepas tu aku dilupakan. Tahulah dia tu anak korporat. Tak payahlah mempermainkan perasaan aku macam ni. Hamper dua tahun aku dan Farid berkawan. Belajar pun bersama. Malah dia lagi bagus dari aku dalam pelajaran. Akhir sekali lupakan aku macam itu saja. Lantak kau la Farid.
‘Paginya Anis siap. Nak kemana hari nih?’tanya Acik salmah.
‘Anis nak ke hospital hari ni Acik. Ada temujanji dengan doktor nak buat pemeriksaan kesihatan. Pergi awal dapat balik awal nanti. Anis pergi dulu ye acik. assalamualaikum,’jawab anis sambil meminta izin ke hospital.
‘waalaikumussalam. Baik-baik bawak kereta tu,’acik salmah menjawab salam.
Aku sekarang ini lebih senang hendak kemana-mana dengan kereta Viva biru peninggalan ayah aku. Lepas SPM aku terus ambil kelas memandu. Bagi aku senang untuk lulus sebab aku dah boleh memandu sebelum masuk kelas memandu lagi. Ini semua tunjuk ajar Farid Dan Abang Kimi. Farid lagi. Tak habis-habis dengan kau Farid. Farid memang seorang lelaki yang baik sewaktu kami berkenalan dua tahun yang lalu. Mula-mula aku agak takut untuk mendekati Farid sebab Farid boleh dikatakan seorang lelaki idaman setiap wanita. Wajahnya yang seakan pelakon airil zafrel dengan kulit cerah kuning langsat. Kadang-kadang menjadi imam surau sekolah kami. Gadis mana yang tak terpikat dengan wajah tampannya itu. Aku dikira bernasib baik sebab dapat mengenal isi hati Farid. Walaupun 5 tahun di sekolah yang sama namun di tingkatan 4 aku baru mengenalinya. Disaat diri aku putus harapan untuk meneruskan hidup sejak kemalangan yang mengerikan antara aku dan emak ayah aku sewaktu pulang dari kuala lumpur. Hanya aku saja yang terselamat akibat tercampak keluar dari kereta manakala emak dan ayah aku terperangkap di dalam kereta yang terbakar. Bayangkan emak dan ayah aku mati dalam keadaan rentong. Aku yang terselamat ini terlantar di hospital. Aku hanya mendapat semangat dari keluarga terdekat serta rakan-rakan sekelas. Namun farid setiap petang singgah menjenguk aku di hospital sambil menceritakan apa yang dipelajari di dalam kelas. Dia tahu aku masih di dalam trauma namun dia tetap bagi semangat supaya aku teruskan pelajaran. Lama kelamaan aku mula menyukai farid. Tidak lama kemudian farid berterus terang kepada aku tentang perasaannya itu. Dia merasakan perasaan apabila berkawan dengan aku lain dari berkawan dengan pelajar perempuan yang lain. Kami pun meneruskan persahabatan kami dengan ikhlas. Tapi sekarang tiada khabar berita dari Farid lagi. Aku harap dia masih lagi hidup.
Aku tersedar dari lamunan. Nombor giliran aku dah dipanggil untuk masuk ke bilik doktor. Tepat 2.30 petang aku selesaikan pemeriksaan kesihatan aku. Semua ini keperluan untuk masuk ke matrik atau ipt. Sebelum balik aku singgah ke rumah Bella untuk menjemput keluarganya datang ke rumah sebab acik salmah ingin membuat kenduri doa selamat dn tahlil sempena aku menyambung pengajian dan juga untuk arwah emak ayah aku.
‘Assalamualaikum,’Anis memberi salam sambil megetuk daun pintu Bella.
‘Waalaikumussalam. Eh, anis! Kenapa kau tak cakap yang kau nak datang? Jemput lah masuk. Anis kau dah makan ke? Jom lah makan sekali,’pelawa Bella.
‘ Eh, langkah kanan aku hari ni! Boleh la. Aku tak makan lagi hari ni. Baru balik dari checkup,’balas Anis.
Selepas selesai makan aku memberitahu hajat utama aku untuk mempelawa Bella sekeluarga ke rumah cik salmah.
‘Ingat tau malam jumaat ni datang rumah acik salmah aku. Kau tu Bella datang la awal sikit. Pesan kat Aiman suruh datang sekali tau,’ pesan Anis sebelum meninggalkan rumah bella.
‘yalah aku ingat. Kau jangan la risau. Baik-baik bawak kereta tu,’ pesan Bella pula sambil lambai-lambai tangan.
Aku bertanya pada diriku patutkah aku mengajak Farid datang ke rumah malam ini. Biarlah aku mengajaknya melalui mesej saja. Datang ataupun tidak itu tanggungjawab dia. Yang penting semua persiapan untuk malam ini sudah hamper siap. Tapi sayangnya kakak-kakakku tidak dapat pulang sebab anak-anak mereka masih bersekolah untuk hari esok. Hanya kiriman salam dan sayang menerusi telefon saja yang dapat disampaikan. Kata Acik Salmah tidak mengapalah. Asalkan dia ingat tanggungjawabnya sebagai kakak sudah. Aku betul-betul perlukan Acik salmah sebagai pengganti emak untuk aku lepaskan rinduku padanya. Setiap malam aku tidak akan lupa untuk memeluk erat tubuh Acik salmah sebagaimana aku lakukan setiap malam kepada emak. Kini setiap malam itu jugalah aku menitiskan air mata kerinduan. Paling aku sedih apabila tiada lagi kemaafan di pagi hari raya dari emak dan ayah namun kubur menjadi destinasi dimana tempat untuk aku adik-beradik berkumpul untuk mensedekahan ayat-ayat suci Al Quran kepada emak dan ayah. Tipu kalau aku cakap aku cukup kuat untuk menanggung kesedihan ini keseorangan. Farid tetap disisi aku untuk menceriakan hati aku setiap menjelang raya melainkan Bella dan Aiman.
Malam ini aku cantik berbaju kurung dan bersanggul rapi beralaskan sehelai selendang hitam. Ramai makcik-makcik di kampung yang kukenal mengucapkan tahniah sambil menghulurkan sampul raya berisikan duit. Memang adat orang melayu akan memberikan sedekah kepada anak-anak yang akan pergi menyabung pelajaran mereka. Orang kata sedekah untuk orang yang nak menuntut ilmu ini berkatnya berpanjangan. Orang lelaki sedang membaca tahlil diruang tamu manakala pihak wanita pula sedang siapkan hidangan untuk tetamu. Aku dibantu oleh Bella dan beberapa rakan sekelas aku mengangkat hidangan ke dulang.
Sudah sahaja selesai bertahlil orang lelaki akan mengangkat dulang dari dapur. Nasib baik ada Aiman, Syahrul dan Abang kimi. Bolehlah mereka ulang-alik mengangkat dulang itu. Kalau pakcik-pakcik yang buat kerja itu agak kesianlah kat mereka nanti. Tetiba aku melihat kelibat Farid masuk ke ruang dapur. Agak terkejut aku seketika.
‘Anis kau ajak farid ke malam ni,’tanya Bella.
‘Aku ada mesej dia petang tadi. Saja cuba nasib manalah tahu dia nak reply mesej aku ke. Tapi dia tak balas pun. Aku pun tak tahu la yang dia datang malam ni,’jelas Anis.
Aku sedih. Tanpa khabar berita tiba-tiba muncul dirumah aku. Apa alasan dia sebenarnya.Aku teruskan kerja aku di dapur. Masih banyak perkara yang aku perlu selesaikan kat dapur ini daripada fikirkan kau Farid.
Orang kampong dah ramai yang pulang. Jadi aku bolehlah mengangkat pinggan mangkuk di ruang tamu.
‘Anis, Farid nak jumpa kau,’nyata Aiman.
‘Eh,dia takda mulut ke nak cakap sendiri! At least, mesej ke,’balas Anis.
‘Farid cakap kau nampak sibuk je kat dapur. So, dia pesan kat aku suruh bagitahu kau. Pergilah. Dia tunggu kat dalam kereta tu,’ gesa Aiman.
‘Yalah. Tapi kau jangan balik lagi sebelum semua ini belum selesai. Kau tolonglah acik salmah. Takpa abang kimi ada,’ nyata Anis.
Ya Allah memang banyak miscall dan mesej dari Farid. Dah tahu kita sibuk nak jugak talipon. Ingat talipon berkepit 24 jam dengan aku ke. Aku menghampiri kereta Lancer mitshubishi milik Farid. Untunglah keluarga kaya. Muda-muda lagi dah pakai kereta besar-besar. Aku nih setakat viva emak ayah aku punya je.
Aku mengetuk cermin kereta dia. Lalu farid menurunkan cermin kereta dia.
‘Masuklah,’kata farid.
‘Masuk u cakap. Nak buat ape?’tanya Anis.
‘Masuk jela,’paksa farid dengan tenang.
‘Yalah-yalah,’Anis mematuhi kehendak farid.
Aku yang agak terkejut dengan reaksi farid masih tertanya-tanya kenapa dia bersikap dingin sedemikian. Jarang sekali dia menunjukkan dinginnya itu kepada aku. Melainkan dia betul-betul mempunyai masalah. Aku cepat-cepat masuk ke dalam kereta dan duduk disebelah Farid. Lalu farid menghidupkan enjin kereta.
‘Eh, u nak bawa I pergi mana pulak ni! U tahukan I kena kemas-kemas kat rumah,’Anis cemas dengan kelakuan Farid.
Aku tanya nak pergi mana kau tak jawab. Dahlah dua tiga bulan tak dengar khabar langsung. Tiba-tiba malam ni macam nak bawa aku lari jer.
Farid, u nak bawak I pergi mana ni. I tanya u jawab la. Dahlah 2- 3 bulan I duk mesej u. u langsung tak balas. Tetiba malam ni muncul kat rumah i. pastu macam nak bawa lari I pulak tu.
Aku tanya dia tetap tak jawab. Kau ingat aku cakap dengan tunggul ker. Aku senyap je lepastu. Malas aku nak cakap. Yalah aku tanya langsung dia tak balas. Entah nak bawak aku ke mana tak tahulah. Yang aku tahu jalan tu nak ke rumah dia. Jangan bawak aku jumpa keluarga dia sudahlah. Aku dah agak dah taman ni jugak dia nak berhenti. Dah la depan tu sikit rumah dia.
Kenapa u bawak I kat taman ni. Gelap tau. Nantikan apa pulak orang ingak kita buat. Sejak kita kawan tak pernah u buat macam ni kat i. u ni kenapa? Bila I tanya u tak balas. Okay, fine. Biar I cakap sorang-sorang. I dah taknak ambil peduli pasal u lagi. Suka hati u la u nak buat apa lepas ni. Nak cari perempuan lain pun cari la. I nak move on dengan studies i. kita dah tak ada apa-apa lagi.
U cantik malam ni.
So.
I rindu kat u Tasha.
Hmmm. I pun rindu nak dengar orang panggil I tasha. Tapi rindu I kat orang tuh dah lama berkubur tau. Dah tak da guna rindu kat orang yang tak hargai kita ni. Semua masalah u I dah tak nak ambil tahu dah.
Tasha u dengarlah sini apa yang I nak cakap.
Takpa. Tak perlu explain lagi. Penjelasan u tu dah tak penting dah. Sekarang u hantar I balik. Itu je yang I nak sekarang.
Tiba-tiba ada orang luar ketuk cermin pintu kereta farid. Hati aku dah lain macam dah ketika itu. Aku berharap sangat perkara-perkara buruk tidak berlaku. Aku buka pintu kereta. Aku lihat pakcik-pakcik yang seakan pencegah maksiat di depan mata aku. Jantung aku berdegup kencang. Mulut aku terkunci. Aku takut disalah anggap akan perbuatan kami berdua-duaan di tempat gelap. Yang aku dengar hanyalah suara farid yang petah bercakap daripada membisu seketika tadi. Memberi penjelasan yang mungkin dianggap tidak masuk akal oleh mereka.
‘Encik kami tak buat apa-apa encik. Kami hanya borak-borak jer,’jelas farid.
Awak berdua boleh ikut kami ke balai. Nanti boleh jelaskan kat sana.
Ya Allah farid apa dah u buat ni. U tahu tak sekarang ini kita dah kena apa. Kena tangkap tahu tak. Apa I nak jawab dengan family I nanti.
Kita tak salah tasha. U jangan risau ehh. Its gonna be alright .
Okay sekarang ni saya nak awak berdua talipon mak bapak masing-masing.
Hahh kena call family ke. Macam mana ni farid. I taknak family I tahu. Kesian Acik I nanti.
I call papa dengan mama I jap.
Aku takut. Aku takut kalau semua orang tahu. Aku malu dengan Acik. Aku malu dengan kakak aku. Aku malu dengan kawan-kawan aku. Dah la malam ini tahlil emak dan ayah aku. Aku tak patut berdua-duaan dengan farid. Tapi aku terpaksa beritahu Bella dengan Acik sebab aku dah tak boleh nak berfikir sendiri. Akhirnya aku menalifon Bella. Tidak lama kemudian keluarga Farid sampai. Memang balai itu tidak jauh dari kediaman mereka.
‘Farid apa dah berlaku ni?’tanya papa farid. Mama farid juga ada di sebelah papanya.
Farid kena tangkap papa. Tapi farid tak buat pape. Farid berani sumpah pa. Cuma silap farid berada ditempat yang gelap bersama tasha. Tapi farid tak buat perkara yang tak senonoh pa. percayalah. Kan tasha?
Ya uncle, aunty. Tasha dengan farid tak da buat papa pun. Kitorang just borak-borak je. Percayalah uncle, aunty.
Papa bukan taknak percaya. Tapi kamu tahu kan berada ditempat yang gelap hanya berdua tak dapat membuktikan yang kamu tak bersalah. Macam-macam perkara boleh berlaku. Hanya syaitan dan Allah saja saksi kamu ketika itu. Papa cukup kesal dengan kamu farid. Masih kurangkah ilmu agama yang diberikan kepada kamu farid sehingga tak dapat membezakan yang mana salah dan betul. Tasha kamu talipon keluarga kamu sekarang juga.
Acik , pak man, anis buat apa-apa dengan farid. Percayalah. Maafkan anis acik. Anis tak patut keluar malam ni tanpa beritahu acik.
Acik , pak man, farid minta maaf sebab membawa tasha keluar tanpa meminta kebenaran acik.
Kenapa anis buat acik dengan pak man macam ni. Tak cukupkah kebebasan yang acik beri selama ini. Acik bagi kamu tentukan masa depan kamu sebab acik percaya kamu bijak uruskannya. Acik ta percaya anis buat acik macam ni. Acik malu dengan kelakuan anis. Acik malu dengan emak ayah anis. Acik malu dengan kakak-kakak anis. Nanti mereka ingat Acik da rosakkan anak bongsu mereka.
Aku hanya mampu menangis. Aku telah menjatuhkan air muka saudaraku sendiri. Aku kesal dengan tidakan aku sendiri. Aku kesal dengan farid kerana dia patut sedar yang berdua-duaan ditempat yang gelap boleh menimbulkan fitnah.
‘Macam nilah kak salmah. Saya rasa kita patut nikahkan mereka ni berdua. Dah tahap wajib nikah da kalu dalam islam ni. Kalau dibiarkan nanti macam-macam boleh jadi,’ kata mama farid.
Malam itu aku terkejut sekali dengan penyataan mama farid. Mama farid menyuruh farid menikahi aku. Aku nampak reaksi farid yang tengah kebingungan. Apakah aku salah dengar ayat itu.
‘Apa aunty? Kawin? Tapi kami tak buat apa-apa aunty,’jelas Anis.
Tak apa anis. Aunty terima anis seadanya. Aunty tak nak maruah kedua-dua pihak tercemar. Betulkan abang? Lagipun mama tak nak dengar lagi orang kampong cerita yang bukan-bukan pasal kamu berdua. Tak elok kehulu kehilir bawak anak dara orang.
Kalau Zah dah cakap macam tu abang terima sajalah. Macammana dengan pihak pakman? Setuju tak kalau kita satukan mereka berdua ini?
Saya hanya ikut jalan yang terbaik sahaja. Baik dari encik baik la dari kami sekeluarga. Lagipun kami hanya penjaga Anis Natasha ni. Tak boleh nak tergesa-gesa sangat. Anis nih masih ada adik-beradik lagi. Perkara macam ni kena bincang dulu disebabkan saya wali terdekatnya.
‘Kami serahkan kepada pakman sebagai walinya. Kami boleh sediakan semua persiapan. Mungkin esok lusa kita langsungkan. Baiklah pihak jabatan encik kami akan selesaikan masalah budak berdua ni sendiri. Kami taknak keruhkan keadaan lagi sebab tu kami nak selesaikannya sendiri. Terima kasih ya,’ kata papa farid kepada pakman serta pihak jabatan agama islam.
Kejap-kejap, apa semua nih? Kenapa semua nak satukan kami. Kami tak ada apa-apa. Kami Cuma berkawan je. Farid kenapa u senyap je. U patutnya bangkang cadangan mama dan papa u nak satukan kita. Semua nih mengarut je la.
Anis tak baik cakap macam tu. Minta maaf kat aunty dengan uncle tu. Mereka fikirkan ni sajalah jalan terbaik untuk anis dan farid.
Maaf aunty, uncle. Tapi…
Anis tak payah minta maaf aunty faham perasaan anis. Anis jangan risau aunty dengan uncle akan layan anis macam anak kami sendiri. Sekarang kita perlu jaga nama baik keluarga anis dan keluarga aunty juga.
Tasha u jangan risau ya. Kita ikut je apa orang tua kita suruh. Mungkin jodoh kita dah sampai.
Jodoh kepala hotak kau. Sampai hati kau farid buat aku macam ni. Aku takkan maafkan kau. Sampai hujung nyawa aku sekalipun. Kau sengaja nak perangkap aku kan farid. Kenapalah aku patut kenal kau. Nampak je baik nampak je alim tapi hati …
Acik anis minta maaf acik. Anis tak buat perkara yang haram pun.
Habis duduk ditempat yang gelap berdua-duaan tu halallah. Macamni lah anis kita tanya pendapat kakak-kakak anis dulu. Lepas tu baru kita buat keputusan.
Acik tahu tak kalau anis dijodohkan sekarang dengan farid anis tak dapat masuk matrik acik. Tak kan anis kena batalkan niat anis nak masuk matrik. Itulah satu-satunya peluang anis.
Kalau aku tolak matrik habis cita-cita aku nak jadi jurutera. Aku terpaksa terima UiTM dengan kos perakaunan. Bukan aku tak minat cuma sekarang ini minat aku lebih kepada bidang kejuruteraan. Semalam acik salmah dah telefon kakak aku. Acik menceritakan segalanya apa yang berlaku semalam. Kakak kesal dengan sikap aku. Yang paling aku sakit hati kakak setuju kalau aku disatukan cepat-cepat. Aku dah tak tahu apa yang patut aku lakukan lagi. Acik minta no telefon keluarga farid. Aku bagi no farid kepada acik. Aku taknak cakap apa-apa dengan farid. Buat sakit hati je. Beribu panggilan yang dia aku tak jawab. Masa aku cari dia dulu dia tak jawab. Sekarang rasalah perasaan aku macammana. Aku kena jumpa dengan Bella hari ini. Aku dah tak tahan lagi nak pendam sorang diri.
Bella hari ini kau sibuk ke? Aku nak datang rumah kau ni.
Datangla.
Bella masih belum tahu cerita yang sebenarnya. Semalam aku ingat dia datang bersama acik aku tapi acik aku suruh bella balik sebab malam dah lewat sangat. Jadi hari ini aku ke rumah Bella untuk meluahkan isi hati aku yang terpendam ni.
Assalamualaikum bella.
Walaikumussalam. Masuk la. Mak ayah aku tak da. Diorang da pegi kerja.
Bella tolong aku bella. Semalam aku dengan farid kena tanggap.
Ya Allah. Kau biar betul anis. Betul-betul kena tangkap ke ni ? dengan pihak jabatan agama islam ?
Ya lah. Aku dengan farid. Farid berhentikan kereta kat taman yang dekat dengan rumah dia tu tapi tempat tu betul-betul gelap. Aku marah la kat farid kenapa nak berhenti kat sini. Nantikan apa-apa yang jadi susah nanti. Kitorang tak buat apa-apa pun. Dalam kereta tu aku sorang-sorang je yang cakap. Pastu si farid tu membisu je. Aku tak tahu apa masalah dia tu. Tetiba ada orang ketuk cermin kereta farid. Aku dah tak boleh nak cakap apa dah. Time tu la farid banyak cakap.
Ya Allah anis. Teruknya kau kena. Aku percaya kau anis. Kau takkan buat perkara yang bukan-bukan dengan farid kan.
Bella memang tak lah aku nak buat benda-benda yang tak elok dengan farid. Memang farid pun tak sedikit pun sentuh aku semalam. Cuma silap farid yang berhentikan kereta kat situ.
Habistu macammana sekarangni?
Semalam family farid datang balai dan kau tahukan acik dengan pakman aku datang balai jugak. Bincang punya bincang akhir sekali mama farid nak aku jadi menantu dia. Semua orang duk pakat setuju. Termasuklah kakak aku. Sekarang ni aku dah pening kepala macammana aku nak hadapi semua ni dengan nak masuk matrik dua hari lagi.
Kawin anis? Dengan farid? Mama farid suruh kau kawin? Biar betul anis. Bertuahnya kau. Kau patut terima anis. Bagi aku ini perkara kecil je. Keluarga farid dengan senang hati dah terima kau. Farid tu anak tunggal. Keluarganya pulak alim la jugak. Memang patutla kena kawin kalau dah kena tangkap muat macamni.
Apa yang kau merepek ni bella. Aku takkan kawin dengan dia la. Bukan sekarang dan mungkin bukan dengan farid.
Eleh bukannya aku tak tahu yang kau tu sayang sangat-sangat kat farid.
I tu dulu la bella. Sekarang ni aku dah malas nak layan si farid tu. Banyak benda yang aku tak tahu pasal dia ni.
Hahh itu la sebab kau kena setuju kawin dengan dia.
Kau berhenti cakap yang bukan-bukan boleh tak.
Dah kenyataan yang lambat laun kalau semua orang dah setuju kau kena kawin dengan dia jugak kan. Aku rasa farid tu ok la. Adalah sebabnya tu dia menyepikan diri berbulan-bulan.
Kau macam tahu something je Bella. Aiman ada cerita apa-apa ke kat kau. Ke farid cerita kat aiman?
Aiman adalah cerita kat aku sebelum ni. Tapi dia taknak aku bagitahu kau. Aiman nak biar farid sendiri yang cerita kat kau. Aiman taknak aku masuk campur hal korang ni. Alah farid dengan aiman kan bestfriend. Diorang tahu lebih lah dari kita nih. Tadi pun aiman call aku dia cerita yang kau tak angkat panggilan dia. Dia risau gila kot. Aku pun tak paham sangat tadi sebab baru sekarang kau datang cerita kat aku , aku paham la kenapa dia macam tu.
Kalau nak cakap sendiri cakap je la semalam. Ini duk terhegeh-hegeh sampai dah tertangkap dulu. Menyakitkan hati betullah dia ni. Takpa lah bella. Aku balik dulu. Nanti apa-apa hal aku bagitahu kau.
Okay la. Nak kawin jangan lupa jemput aku tau.
Kawin la sangatkan.
Aku tak tahu kemana harus aku tuju. Nak jumpa farid memang rasa malu tak tahu mana nak sorok muka ni. Balik rumah je la. Hari pun dah petang.
Aku pelik kenapa kereta- kereta mewah ada depan rumah acik aku ni. Mungkin saudara yang aku tak kenal atau kawan-kawan abang kimi. Aku melangkah masuk ke dalam rumah. Aku terkejut melihat mama dan papa farid serta orang-orang yang tak pernah aku kenali. Macam rombongan nak masuk meminang. Masuk meminang?
Assalamualaikum.
Waalaikummussalam. Anis, anis masuk bilik dulu ya.
Kenapa pula aku kena masuk bilik. Mungkin aku tak patut balik tadi. Tiba-tiba pintu bilik ditolak. Aku lihat mama farid dengan acik masuk ke dalam dengan sebuah kotak cincin. Sah diorang nak masuk meminang aku.
Anis mama nak cakap sikit ni.
Mama? Aunty membahasakan dirinya mama.
Ada apa aunty?
Tak payahlah aunty. Panggil mama ya. Nanti kena panggil mama jugak. Sebenarnya tujuan mama sekeluarga datang sini hari ini nak masuk meminang anis. Mama harap sangat anis jadi menantu mama. Mama bukannya tak kenal anis. Mama kenal sangat. Farid selalu cerita pasal anis sebelum ni. Anis pun selalu datang beraya rumah mama kan. Jadi mama terima anis jadi menantu mama. Mama juga harap anis lupakan apa yang berlaku semalam. Anggaplah kes semalam tak pernah berlaku. Sebab mama taknak saudara mama yang lain tu tahu. Ya nak.
Tapi mama. Anis ada cita-cita. Anis nak masuk kolej. Kalau anis kawin pihak kolej takkan terima pelajar yang status berkahwin. Lagipun kitorang masih belajar lagi mama. Kitorang tak bekerja. Macammana nak kawin.
Mama tahu pasal kolej tu. Farid ada cerita kat mama. Mama harap anis masuk sajalah ipt yang anis dapat tu. Ataupun kalau anis nak jugak kejar cita-cita anis, mama boleh hantar anis ke oversea.
Ehh takpa mama. Tak payah macam tu sekali. Entahlah anis pun tak tahu nak buat macam mana lagi.
Farid tak bagitahu ke yang farid akan take over syarikat papa dia. Sebab tulah mama tak risau sangat sebab farid boleh sara anis lepas dia tamat khususnya di Indonesia nanti.
Banyak benda yang aku tak tahu tentang farid. Dia tak pernah pulak cakap pasal take over syarikat ayah dia. Yang pasal Indonesia ni pun aku tak tahu. Bila masa pula dia pegi Indonesia. Mama dia cakap dia boleh sara aku. Maknanya dia akan bekerjalah. Anak orang kaya ni macam-macam boleh buat lah. Baru 18 tahun dah nak take over syarikat bapak. Akhir sekali aku terpaksa akur dengan permintaan mama farid. Sebentuk cincin belah rotan dah pun tersarung di jari manis aku. 2 hari dari sekarang akan berlangsung majlis pernikahan aku dan farid. Semua persiapan diuruskan oleh mama farid. Maknanya aku kawin free-free je dengan farid. Tapi silap la, kau ingat aku nak bagi free-free je diri aku ni kat kau farid. Tengok kaki la.
Hari ini mama farid akan menjemput aku ke butik baju pengantin. Dia nak aku pilih sendiri baju pengantin aku. Katanya majlis yang berlangsung adalah majlis akad nikah dan majlis persandingan di rumah aku. Yang majlis menyambut menantu itu nanti akan dibincanagkan kemudian. Mama farid taknak majlis ini terlalu ala kadar. Dia nak semuanya dilaksanakan walaupun waktunya singkat. Biarlah dihadiri saudara-mara terdekat asalkan semuanya sempurna dimata mama. Aku hairan kenapa farid tak ikut sekali sedangkan dia tulah pengantin lelaki aku.
‘mama, farid tak ikut sekali ke?’tanya Anis.
Anis tak tahu ke. Semalam farid dah terbang ke Indonesia semula.
Semula? Maksud mama?
La Anis tak tahu ke selama ni dia sedang khusus di Indonesia. Lepas farid habis exam papa dia terus hantar farid ke sana. Farid balik ni pun sebab aiman bagitahu yang anis nak buat kenduri doa selamat. Mama call farid pastu dia pulak beria-ria nak balik. Selama ini dia nak balik kena sekat kat papa dia. Yang ni pulak papa dia bagi kebenaran. Sayang bakal menantu katanya.
Habis tu akad nikah macam mana?
Dia ada exam hari ni. Lepas exam dia balik la semula ke Malaysia.
Macammanala aku nak tahu semua tu. Panggilan dia pun aku tak angkat inikan pula mesej dia lagi aku tak buka. Keluarga farid terlalu baik. Tak sepatutnya aku menjadi sebahagian daripada mereka. Ada perempuan yang lebih baik lagi daripada aku. Baju pengantin ini tak patut aku sarung sebab ianya terlalu cantik perempuan biasa macam aku ni.
Tengok anis. Wah , cantiknya bakal menantu mama ni. Kulit putih pakaian cantik pun kalah ni. Adik nanti carikan tudung krim yang seakan-akan sama dengan warna baju ni ya.
Cantik ke mama? Terima kasih. Anis macam tak percaya yang anis akan berkahwin dalam usia muda macam ni.
Takpa lah anis. Jodoh anis dah sampai. Anis kena terima.
Anis nak ucapkan terima kasih sangat kat mama sebab mama sudi terima anis seadanya dalam keadaan apa jua sekalipun. Anis harap mama dapat anggap anis macam anak mama sendiri dan anis akan anggap mama macam ibu anis sendiri.
Aku tak dapat menahan sebak dihati dengan keikhlasan mama farid terhadap aku. Aku peluk cium erat mama farid seolah-olah aku memohon restu dari ibu aku sendiri. Mak maafkan anis jika anis dah menyakitkan hati mak. Mama farid hantar aku pulang. Katanya dia tak sabar nak jumpa malam esok.
Acik salmah sedang menyiapkan hantaran walaupun sumbangan itu diberikan oleh mama farid, acik nak tambah-tambah lagi apa-apa yang patut ada. Aku kesiankan acik salmah sebab dia kena hadapi semua ini. kata acik dia dah boleh terima keadaan disebabkan keluarga farid yang terlalu baik itu. Bahkan hidangan untuk tetamu juga mama farid tempahkan katering. Aku dah cerita semuanya kat bella. Dia dah jangka yang aku akan berkahwin dengan farid. Bella dan aiman akan bantu aku dalam majlis perkahwinan kami ini. Dan langkah aku seterusnya adalah menguruskan hal mengenai pengajian aku. Aku harus memberi maklum balas kepada pihak kolej menyatakan aku tarik diri dari melanjutkan pelajaran ke matrikulasi. Aku harus melaporkan diri awal bulan 7 di Uitm sri iskandar dalam jurusan perakaunan. Sayang sekali aku tidak satu kampus dengan Bella dan Aiman kerana jurusan yang berbeza.
Tanggal 28 April hari yang sepatutnya acik salmah dan pak man menghantar aku melaporkan diri ke matrik bertukar yang mana hari itu aku akan diijabkabulkan dengan farid. Seorang wanita sepatutnya begitu gembira disaat mereka akan disatukan dengan pasangan mereka tetapi aku tidak merasakan perasaan demikian. Usia yang muda sepatutnya dipenuhi dengan detik-detik indah bersama kawan-kawan bukan dengan suami. Aku memang tak suka perkahwinan di usia muda. Namun bila kita tidak cuba untuk mengelak benda itu datang pada kita. Sepasang persalinan pengantin yang disulami manik-manik yang indah aku sarungkan. Aku dibantu oleh bella untuk mendandan diriku ini. Dibena fikiran aku ini aku masih tak percaya yang aku akan diijabkabulkan selepas isyak nanti. Hanya salah seorang sahaja kakak aku yang dapat pulang pada saat-saat akhir ini. Yang pasti mereka tak pernah ingin menyisihkan aku. Sejak pagi tadi mereka tak putus-putus menelefon aku untuk memberikan semangat. Mereka juga akur dengan takdir yang berlaku terhadap aku.
Wah cantiknya adik akak ni. Bella memang pandai dandan orang. Naik seri wajah adik akak ni.
Ya ke akak. Tapi anis tak rasa apa pun. Anis rasa semua ini hanya topeng, plastik semata-mata.
Kenapa pula cakap macam tu.
Sebab anis tak salah akak. Anis tak patut kawin. Anis muda lagi. Anis nak kejar impian anis. Anis rasa macam sia-sia je usaha anis untuk dapat 8 A hari tu.
Anis, tak baik cakap macam tu. Mungkin anis tak bersalah tapi anis tak boleh nak menyalahkan takdir yang jodoh anis dah sampai.
Semua orang cakap macam tu. Jodoh dah sampai. Tapi semua orang tak tahu perasaan anis bila benda yang tak sepatutnya terjadi itu berlaku. Anis yang tanggung semua ni.
Dahlah anis. Aku nak kau percaya yang semua ini kehendak Allah. Bukan dari siapa-siapa. Aku dah dandan kau cantik-cantik ni jangan pulak kau rosakkan pulak.
Ya bella. Thanks sangat-sangat sebab kau selalu ada disisi aku untuk support aku. Kau lah teman aku sepanjang hayat.
Tapi aku dah tak boleh temankan kau tidur. Sebab farid yang akan temankan kau tidur lepas ni. Mudah-mudahan aku dapat la timang anak kau nanti. Jangan lama-lama ya.
Bella kau tak patut buat aku macam ni. Apa cakap pasal anak-anak ni. Aku takkan tidur dengan dia la.
Suka hati engkau la anis.
Boleh pulak bella sebut-sebut pasal anak. Kau ingat senang-senang aku akan jatuh kat tangan farid. Memang tak la. Acik menyuruh aku bersiap sedia untuk keluar dari bilik. Katanya rombongan pengantin lelaki telah sampai. Aku melihat ramai sanak-saudara yang datang. Mesti diorang pelik kenapa aku kawin dengan tiba-tiba. Malas aku nak fikir pasal diorang. Aku duduk di hujung ruang tamu atas alas pelapik pengantin yang dikelilingi sanak saudara. Yang pasti kakak dan bella harus sentiasa disisi aku. Acik sibuk melayang tetamu manakala anak perempuannya, farah sibuk dibahagian dapur. Aku terharu dengan kebaikan mereka. Sebahagian daripada rombongan lelaki telah naik ke dalam rumah. Aku melihat kelibat orang tua farid yang menghantar senyuman ke arah aku. Aku membalas balik senyuman manis ke arah mereka. Tetiba senyuman manisku terhenti apabila farid muncul di dalam rumah itu. Walau dia segak sekalipun dengan baju melayu teluk belanga tu sedikit pun aku tak hairan. Mama farid datang dekat ke arah aku dan menghulurkan salam. Aku menyambut tangannya dengan mesra. Acik pun ada di sekeliling aku bagi memulakan majlis.
Anis segak betul bakal laki engkau.
Bella sudah-sudah la kau mengusik aku.
Aku cakap betul la. Bukan tipu.
Mana aiman kau?
Entah la dia tu. Katanya ada kerja kat rumah. Kalau sempat dia datang la.
Alamak pak imam dah sampai. Habislah aku.
Engkau ni anis tak habis-habis nak takut. Bukan imam tu yang jadi laki kau. Laki kau tu imam muda punya. Senyumlah sikit. Dari tadi farid tu pusing belakang nak tengok bakal isteri dia.
Baiklah kalau semuanya sudah ada mari kita mulakan majlis akad nikahnya.
Mereka mula berjabat tangan.
Aku nikahkan dikau mohd farid bin mohd ghazali dengan anis Natasha binti abd Rahim dengan mas kahwin sebanyak rm500 ringgit tunai.
Aku terima nikahnya anis Natasha binti abd Rahim dengan mas kahwin sebanyak rm500 ringgit tunai.
Sahkan saksi ? Sah-sah. Amin.
Pak imam mula membacakan doa. Kini aku sah bergelar isteri farid yang berwalikan pak man dan bersaksikan orang lelaki disekeliling pak imam. Kini acara pembatalan air sembahyang berlangsung. Farid datang dekat ke arah aku. Acik menghulurkan sebentuk cincin lelaki kepada aku untuk disarungkan kejari farid.
Farid meminta aku menhulurkan jari aku. Farid menyarungkan sebentuk cincin bertatahkan berlian ke jari manis aku. Cincin ini macam pernah aku lihat. Ya aku pernah melihatnya ketika aku dan farid berjalan-jalan di pusat beli-belah dan aku berhenti dihadapan sebuah kedai emas dan melihat cincin-cincin yang dipamerkan di dalam kotak cermin. Dan aku berhajatkan cincin itu berada dijariku suatu hari nanti. Aku terhenti dari lamunan. Tiba masanya untuk aku menyarungkan cincin ke jari manis farid. Pertama kali aku menyentuh tangannya dan kemudian aku salam cium tangannya.
Dia meminta untuk mengucup dahiku. Lalu aku tunduk kepadanya. Seolah-olah pada saat itu tugas aku sebagai isteri sudah berjalan. Aku tak dapat menolak apabila berada dikhalayak umum. Masa itu la pulak sesi fotografi paling lama dijalankan. Aku ni penat tunduk dia tu sedap-sedap dapat kucup dahi aku.
Aku dan farid mula bersalam-salaman dengan kedua-dua orang tua kami termasuk kakak, acik dan pakman selaku penjaga aku selama ini. Kini selesailah tugas acik dan pakman selepas melepaskan tanggungjawab mereka kepada farid. Farid menerima tanggungjawab itu sebagai suami aku.
Selepas selesai majlis akad nikah, para tetamu dijemput untuk menjamu selera.
Sayang, mama ajak kita makan sekali dengan diorang tu. Jom lah.
Apa u ni sayang-sayang? Tak payah nak sayang sangat lah. Gelilah.
Tak baik buat muka macam tu kat suami. Jomlah. Kalau u tak nak makan u teman I makan. I tak makan lagi hari ni. I baru sampai dari indon petang tadi. U, jomlah.
Yalah-yalah. Aishh makan pun nak suruh teman ke. Makan sendiri la.
Selepas selesai makan para tetamu masing-masing mula menyusul pulang. Disebabkan majlis persandingan akan diadakan pada keesokan harinya jadi semua perlu berehat awal. Aku mengucapkan terima kasih kepada bella kerana sudi menemani dan mendandani aku pada hari ini. Esok aku tetap perlukan perkhidmatan bella jadi biarlah dia menggunakan masa untu dirinya pula.
Yang u ni taknak balik lagi ke?
Buat apa I nak balik. Isteri I ada kat sini kan.
Mana boleh. U tak boleh tidur sini la. Bilik ni tak sesuai dengan u. tengoklah sendiri katil single kot.
Takpa lah u boleh tidur bawah.
What, I pulak yang kena tidur bawah?
Habis tu. Mama dah bawakan baju I, so maknanya dia suruh I tidur sini la.
Mana boleh macam tu. U ingat tau yang kita ni is nothing. No relation between us. Since u leave me.
Siapa cakap kita taka da apa-apa dan bila masa pulak I tinggalkan u. u ni dah penat sangat ni. Takpa la u rehat dulu. U tidur atas I tidur bawah je. Malam ni kita rehat dulu.
Apa maksud kau yang kita rehat dulu malam ni. Macamla malam-malam lain tak boleh rehat. Kau tetap jugak nak tidur satu bilik dengan aku kan. Memang gatallah kau ni farid.
Nah selimut. Setakat I boleh berperikemanusiaan lagi dengan u tau. Tapi kalau u buat yang bukan-bukan nahas u I kerjakan nanti.
Thanks sayang. Tak payah la nak sayang-sayang. Alah sayang tu pun nak marah. Makin marah makin comel pulak isteri abang.
Ehh u ingat sikit kita ni sebaya tau. Tak payah nak abang-abang sangat. Dah tidur lagi bagus. Yalah. I tutupkan lampu ya.
Tak payah tutup. Orang tu bukan boleh percaya sangat. Marah lagi.
Tasha. Tasha. Tasha u dah tidur ke. Tasha. Tasha.Apa lagi encik farid? I nak tanya u. u ingat tak cincin yang kita tengok dekat mall dulu tu. Sama tak dengan cincin yang u pakai sekarang tu? Entah I tak ingat. U tipukan. I tengok reaksi u masa I pakaikan cincin tu kat jari u , u macam ingat something. Cantikkan cincin tu.
Mana ada I ingat apa-apa. Ya memang tak dinafikan cincin ni cantik. Masa tu I fikir yang kalau I jual balik cincin ni dua tiga cincin lagi I boleh beli ni. Bukan setakat cincin, gelang rantai semua I boleh beli. Ya ke? Macamlah boleh percaya sangat u ni. Nah ambik balik cincin u nih. Eh, tasha janganlah macam I gurau je lah. Pakailah balik cincin tu sayang. Please. Dah. Malas I nak layan u. tidur la bagus. Malam itu aku letak cincin yang farid sarung dijari aku di atas meja. Aku berpura-pura tidur sebab nak layan dia bercakap.
Azan subuh berkumandang. Aku terjaga dari tidurku. Aku ingin bangun untuk menunaikan solat seperti biasa. Tetapi tak seperti biasa juga sebab sekarang aku dah bergelar isteri. Aku terlihat cincin yang kutanggalkan semalam. Aku sarungkan balik kejari manisku. Aku bangun kemudian aku lihat selimut yang kuberikan semalam terlipat rapi. Mata aku mencari-cari dimana kelibat farid. Aku menunaikan solat terlebih dahulu. Aku keluar dari bilik. Aku lihat acik dah ada didapur ingin menyiapkan juadah sarapan. Aku bertanya kepada acik jika ada ternampak kelibat farid.
Acik ada nampak farid tak? Ke farid dah balik?
Taklah. Farid, pakman dengan abang kimi kau ke masjid. Pakman yang ajak semalam. Itu yang farid siap awal tu.
Owhh ya ke. ingatkan dah balik. Kalau dah balik lagi bagus. Anis seganlah ada orang lelaki tidur dalam bilik anis. Dah tu tak selesa pulak tu tidur dengan tudung. Anis suruh dia balik rumah tapi dia taknak. Anis suruh dia tidur je kat bawah.
Apa anis ni. Dengan sendiri pun nak segan. Dah tak ada aurat dah dengan suami isteri. Dah tu kenapa suruh dia tidur atas lantai. Tak baik anis layan suami macam tu. Nanti dapat dosa tak pasal-pasal. Alah biarlah. Nasib baik katil single. Kalau katil saiz queen anis rela tidur bawah je. Apa-apa sajalah engkau anis. Mari tolong acik tumis ikan bilis nih. Farid tadi cakap teringin nak makan nasi lemak katanya. Alah kalau dia nak makan cari je la sendiri. Sibuk suruh orang buatkan.
Dah. Tak payah nak banyak cakap. Basuh ikan bilis tu dulu. Yalah-yalah.
Aku menyiapkan hidangan sarapan pagi sementara acik sedang mempersiapkan diri. Aku menghidangkan makanan diatas meja. Bunyi kereta dari luar menandakan mereka telah pulang dari masjid. Jam menunjukkan 8.30 pagi. Jika pakman balik dari masjid waktu begini tandanya dimasjid tadi ada tazkirah pagi. Acik biasa juga kejutkan aku kemasjid untuk mendengarkan tazkirah. Aku cepat-cepat masuk ke bilik untuk menyarung tudung dikepala. Walaupun aku dah biasa tidak bertudung dihadapan abang kimi namun aku masih kekok apabila dihadapan farid.
Assalamualaikum..Waalaikummussalam. U ni buat I terkejut je. Nak masuk ketuk la pintu dulu.
Ya. Maafkan I ehh. Macammana semalam tidur nyenyak ke? Ada orang tu tidur mati semalam. Kita selimutkan dia pun dia tak rasa pape. Dah la tidur buas.
Ehh, apa u cakap ni hahh. Jangan nak mengarut boleh tak. Suka hati la I nak tidur macammana pun. Ada I kisah.
Marah je dari semalam u ni.
Marah I pada u bukan dari semalam je tau tak. Dah lama I rasa nak marah kat u. u sedap hati je diamkan diri. Mana I tak marah.
U dah la tu. Yang lepas biarlah lepas. I tak sengaja buat semua ni. I tertinggal phone masa I nak ke airport untuk ke Indonesia and before tu I tak sempat nak bagitahu u hal sebenar.
Dah tu call la I dari sana. Mesej ke. Bukan susah pun.
Macammana I nak call u sedangkan I tak ingat no u.
What, u tak ingat no girlfriend u sendiri. Apa u ni.
Yalah. Mana I nak ingat dah kalau u baru tukar no baru. I tak sempat nak hafal no u. sorry tasha. I tak pernah berniat nak melukakan hati u. nak berpisah dengan u jauh sekali tak. I sayangkan u percayalah.
Sampai hati u buat I macam ni. I lupakan cita-cita i. I setuju kawin dengan u pun sebab mama u. I bukan tak sayang u. tapi I cuba lupakan u sebab I rasa diri I dipermainkan. I nak mulakan hidup baru. Tetiba u muncul malam tu. Dan malam tu jugak terjadinya macam-macam hal. I tak tahu nak buat apa.
Sorry tasha. I tak tahu semua tu akan terjadi. Malam tu pun I bawa u keluar sebab I betul-betul rindukan u.
Sudahlah. Benda dah nak jadi. So macammana dengan result u hari tu. U dapat masuk tak asasi uia tu?
Thanks tasha sebab u dapat terima semua ni. Result I not bad. Bagus macammana pun dapat masuk asasi ke tak I tetap kena amik alih company papa I jugak.
Untunglah muda-muda lagi dah handle syarikat sendiri. Ehh I dapat terima semua ni tak bermaksud I dapat terima u tau. Kita mana boleh teruskan life kita macam suami isteri. Kita 18 years old baru. No way. I nak studylah.
So u takkan berpisah dengan I lah. Yes, yes. Akhirnya doa I Allah makbulkan jugak. I risau gila kalau u minta cerai lepas kita kawin.
Tak payah la cakap pasal cerai I pun cerdik juga la. Takkan la I nak lepaskan lelaki yang akan mewarisi harta bapak dia.
Hahh?
U cuak ehh. Haha. Ehh I bukannya mata duitan la. Lantak u la u nak buat apa dengan duit papa u tu. I taknak masuk campur dalam urusan business papa u tu. Dah pergi lah makan tu. Penat je I masak pagi-pagi. hahh u masak ehh. Dah lama I tak rasa masakan u. jomlah makan sekali. Taknak lah. U kalau nak makan sendiri. Tak payah la nak menyusahkan I ni. And then jangan lupa pulak balik rumah u tu. Petang ni ada majlis lagi tau. Okay.
Malam itu majlis persandingan kami berjalan dengan lancar. Aku yang memakai busana pengantin dengan rona warna merah jambu pastel sesuai dengan kulit cerah aku. Farid juga tampak lebih kemas dan tampan dengan suit pengantin itu. Ramai juga sanak saudara yang datang memeriahkan majlis persandingan kami walaupun semua persiapan dilakukan dalam sekelip mata. Malah ramai juga yang tak sangka jodoh aku diusia muda. Ramai yang tertanya-tanya mengapa rancangan perkahwinan kami dirahsiakan. Tup-tup dapat undangan kawin. Aku dengan keluarga acik salmah pekakkan telinga saja. Katanya kalau dah jodoh takkan kemana. Dan aku telah buat keputusan bahawa aku terima takdir yang telah ditetapkan oleh Allah SWT dan aku akan terima farid seadanya sebagai suami aku.
Cantiknya kau anis. Sama padan dengan farid. Untunglah korang dapat kawin. Kalau aku ajak si bella ni kawin mahu ke tidak si bella ni.
Aiman, first time aku dengar kau cakap aku cantik. Thanks aiman. Kaulah laki yang pernah puji aku selama ini.
Ehh elok sikit I pun hari-hari puji u cantik tau. Ahhh tak dengar tak dengar. Ehh apa yang gaduh-gaduh ni si pengatin hoi. Ni ha aiman ajak kau kawin. Nak tak?
Choi. Siapa cakap macam tu? Aiman? Siapa nak kawin dengan awak ha. Tak da siapa yang nak tau. Takpa takpa lau awak cakap macam tu dekat u nanti ramai lagi perempuan yang saya boleh pilih tau. Haa cubalah kalau berani. Nanti awak takkan jumpa dengan saya lagi tau.
Sudah-sudah la. Korang pulak yang gaduhnya. Aku dengan tasha tak macam korang. Masa korang panjang lagi. Kena study dulu. Jangan jadi macam aku ni kena teruskan legasi family aku. Dan jugak kena bina keluarga sendiri pulak tu. Nasib baik dengan tasha. Kenapa? U pun nak cari perempuan lain jugak la tuh. Pergilah cari bini nombor dua tu I nak study. Taklah sayang. I setia tunggu u. Wow korang dah berbaik ehh. Tahniahlah korang. apa-apapun selamat pengantin baru dan korang dapat jalani kehidupan dengan sempurna. Betul tu. Jangan lupa kitorang pula. Kalau kitorang ajak lepak-lepak tu sudi-sudikanlah.
Aku dengan farid takkan lupa koranglah. Kita still boleh together macam biasakan. Tapi korang jangan sedih pula sebab aku akan bawa tasha pergi honeymoon. Esok malam kitorang akan berangkat ke Indonesia jer. Alah ini pakej dalam khusus kau la tu.
Bila masa pula aku nak pergi honeymoon dengan dia. Dia ni buat keputusan tak pernah nak bincang dengan aku lah. Farid memang macam tu suka buat keputusan sendiri. Dari dulu lagi pernah sekali dia buat macam tu masa cuti sekolah dia ada ajak aku pergi kuala lumpur dengan family dia untuk kenduri sepupu dia. Datang rumah minta izin acik aku nak keluar dengan family sekali. Aku ingatkan nak pergi jalan-jalan jer. Pakaian biasa-biasa je la. Tiba-tiba nak naik kereta tu mama dia tegur pulak. Terpaksa pergi naik tukar pakai buju kurung. Aku pula yang kena. Farid tu yang tak cakap awal-awal. Suka sangat buat orang kalut. Ini satu lagi pasal nak pergi indon ni satu bendapun tak cakap apa-apa.
Farid, u tidur sini ke malam ni?
Kenapa? Tak boleh ke I nak stay dengan wife i? Siapa cakap tak boleh. U cakap esok u nak balik indon. So takkan lah kita tak nak jumpa mama dengan papa u?
Awal pagi esok kita baliklah rumah i. pukul 10 malam esok waktu flight kita. Pergi awal sikitlah. Rasanya mama dengan papa yang hantar kot.
So betullah yang I kena ikut sekali esok? Yalah. U kan my wife. Mesti la kena ikut sekali. U kan farid selalu keputusan sendiri. Kenapa I kena ikut u. I kan nak sambung study kat sini.
U ikut I kejap je. Nanti bila dah dekat tarikh nak masuk u I hantarlah u balik. Anggap saja kita ni pergi travel. Boleh tak kalau I tak ikut. I boleh jaga mama u.
Tak boleh. Mama yang bagi cadangan untuk I bawa u tinggal dengan I ddekat indon. So I ikut je la. Mama pun dah minta izin acik u yang I nak bawak u pergi indon tu.
Habis tu u je yang tak nak bagitau i. u suka rahsiakan dari i. macam mana I nak tahu semua benda. Secara matangnya I nak cakap kita hidup sebagai suami isteri kena terus terang, bincang apa yang patut, percaya satu sama lain. I believe u as a husband. I yakin u akan take responsible for anythings happen. So tolonglah lain kali bincang or share apa yang patut. Kitakan hidup suami isteri sekarang. I percaya u, u percaya i. I sayang u, u janganlah suka-suka tinggalkan i.
Sebab I sayanglah I bawa u sekali stay dengan i. sorry sayang for everythings happened before this. I tak sempat nak cakap kat u. ok lain kali I takkan buat macam tu dah. Ok. I janji. Janji tau. Ya janji sayang.
So I kena kemas barang I la nak bawa pergi indon? Yalah. Tak payah la bawak banyak sangat. Nanti kat sana kita shopping ehh. Shopping? Tapi I tak banyak duit bulan ni. Apa guna ada husband sekarang. Mulai sekarang I akan tanggung makan pakai u. itu kan tugas suami. Duit yang u ada tu simpanlah. Nanti tak payah buat pinjaman dah. Hemmm, takpa ke u tanggung i. tak payah lah susah. Mana boleh macam tu. Isteri tanggungan suami. Okaylah. Lupa pula u kan anak orang kaya. Ehh salah anggap pula. I gurau je la. Papa yang pesan. I kena ada rasa tanggungjawab. So lepas habis khusus ni gaji I akan up sikit.
Okay. Takpa lah u rasa macam tu. Kita kena sepakat la. Takkan u sorang je nak tanggung i. takpa asalkan I dah ada backup sendiri. Esoklah I kemas barang I, I penat sangatlah. Satu hari melayan tetamu hari ni. Thanks sayang sebab sudi terima i. I yang patut cakap terima kasih sebab u terima I seadanya. U setia dengan i. walaupun I hampir-hampir giveup dengan u. but u still ingat i. tak kisah lah u tak cakap apa-apa pun tapi hati u still ada i.
I takkan tinggalkan u dah lepas ni. Sebab I betul-betul tak dapat tahan rindukan u.
Rindu erk kat i. I pun rindu u. so jom kita tidur. So I boleh tidur sekatil dengan u lah. Kalaulah muat. Itulah kalau u balik rumah mama u kan selesa sikit.
Tak pa ini pun dah cukup okay. I dapat stay dengan u. kalau I balik rumah nanti tak senang duduk pulak. Sapa tak senang duduk? U lah. Hah I pulak. Padahal u taknak ngaku. Dah tidur. U jangan buat pape pulak kat i. kan I tolak u sampai jatuh. Ya. I tak buat pape. I tahu u tak ready lagi. Thanks farid sebab faham i. Its okay.
Goodnight. Maafkan I atas dosa-dosa yang I lakukan selama ini… Goodnight too.
No comments:
Post a Comment