Wednesday, July 28, 2010

Rahsia Hatiku - Aruah Mak Besaq

Hari ini 26/7/2010 Bersamaan 14 Syaaban.

(351216-07-5410) -Kanser Usus

Aku dikejutkan dengan berita kematian Mak Besaq. Innalilahiwainnailaihirrohjiunn. Mak Besaq ada lah isteri pertama abah aku.

Aku balik keja awai terus ke surau. Syukur aku sempat melihat aruah buat kali terakhir. Aku, suami dan anak2 sempat utk menabur bunga dan mengiringi doa untuknya. Walaupun aku cuba kuatkan diri namun aku lemah untuk mengawal dari tertumpahnya air mata aku. Aku terkilan kerana kerana saat akhir aruah sakit aku tidak sempat menjengahnya dirumah atau di hospital.Namun begitu aku bangga kerana aku masih berpeluang memeluk, menyium, membancuh susu, menolong membawanya ke tandas serta pernah menolong menukar pampersnya semasa di hospital.

Tapi itu semua masih tidak dapat membalas jasa aruah yang pernah menjaga aku sedari aku kecil.

Penderitaan yang kau tanggung dah berakhir. Pergilah dengan tenang.


Mak Besaq,
Ampunilah segala dosa2 ku , halalkan makan minumku dan halalkan lah segala penat lelah mu yang pernah menjaga aku. Aku doakan semoga segala dosa2 aruah diampunkan dan pada semua halakan makan minumnya dunia dan akhirat dan semoga aruah ditempatkan bersama dengan orang2 yang beriman..amin.

Segala jasa dan budimu akan ku kenang hingga ke akhir hayat ku.

Aku dan Mak Besaq (Dalam Kenangan)

Syanie(anak aku) dan Tok Munah (Dalam Kenangan)

Mama aku dan Mak Besaq (Dalam Kenangan)

Hasil Nukilan : Mawar_Ungu

2 comments:

ct_rosmiera @SePaT-rOnGgEnG said...

Hai kawanku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada
kesenangan duniawi sahaja.


semoga rohnya dicucuri rahmat Allah.Amin.

Mawar_Ungu said...

Thanks Ros atas nasihat tu.