Tuesday, January 27, 2015

Curang - Part 1


Part 1

“Hmm, mane abang ni tak balik-balik lagi ni?” Fathia menunggu suaminya pulang sejak petang tadi. “Dah pukul 1 pagi dah ni.” Fathia mengeluh pelahan. Dia betul-betul sunyi apabila ketiadaan suaminya. Kalau lah ada anak.

Sudah 2 tahun mereka berkahwin, mereka belum tiada rezeki untuk menimang cahaya mata. Ibu mentuanya selalu menghina dirinya. Kata dirinya mandul tidak boleh mengandung. Bukan dia nak, dia pun inginkan seorang anak. Tapi belum ada rezeki. Fathia hanya mampu berdoa. Tanpa dia meminta, air mata mengalir pelahan-lahan di pipi gebu milik Fathia. Dia terlelap di atas sofa.
_______________________________________________________________________________

Kereta BMW milik Hakimi memasuki perkarangan rumah banglo miliknya. Dia mengeluh. Kalau lah ada anak. Tidak perlu dia balik lewat macam ni.
Hakimi membuka pintu rumahnya. Alangkah terkejut apabila terpandang isterinya sedang nyenyak tidur di atas sofa. ‘Mesti Fathia tunggu aku balik.’ Hakimi melangkah perlahan-lahan menuju ke arah Fathia. Tidak mahu Fathia terjaga.

Hakimi duduk di tepi sofa lalu mengelus perlahan rambut milik Fathia. ‘Sayang, abang mintak maaf. Abang sayangkan sayang. Abang tak nak sayang menderita lagi sebab anak.’ Hakimi mengucup lembut bibir mungil milik isterinya.

Fathia terjaga. Terkejut dia melihat suaminya di hadapan dia. “Eh, abang dah lama abang balik? Mintak maaf. Thia terlelap tadi masa tunggu abang. Lewat abang balik. Banyak kerja?” Fathia menyalami tangan Hakimi.

Hakimi sebak dengan layanan Fathia. Kalau lah Fathia tahu apa yang dia sudah lakukan terhadap isterinya, adakah Fathia akan tinggalkan dia? Fathia terlalu baik untuk di lakukan seperti itu. Fathia jaga makan pakai dia. Layanan Fathia tidak pernah cacat celanya. Semuanya sempurna. Cuma, dia inginkan seorang anak. Anak dari benihnya. 

“Hey, abang kenapa ni? Abang penat? Abang dah makan? Thia ada masak makanan kegemaraan abang. Abang nak makan? Thia panaskan. Abang pergi mandi dulu. Lepas tu kita makan.”

“Abang dah makan tadi dengan kawan abang. Thia tak makan lagi?”

Terkejut Fathia. Dia menunggu suaminya untuk makan bersama. Sudah lama dia tidak makan bersama suaminya. Suaminya selalu outstation. Hmm. Fathia menggelengkan kepalanya. “Belum, Thia ingatkan nak makan dengan abang hari ni. Thia dah lama tak makan dengan abang.”

Hakimi rasa bersalah apabila terpandang wajah isterinya yang berubah kelihatan mendung. 

“Dah berapa kali abang cakap. Kalau Thia nak makan Thia makan jangan tunggu abang. Nanti sakit siapa yang susah? Abang juga.” 

Terkejut Fathia mendengar suara suaminya yang tinggi. Suaminya tidak pernah meninggikan suaranya. Fathia cuba menahan air mata yang ingin mengalir. Dia menunduk kan wajahnya.

“Thia mintak maaf. Sepatutnya Thia call abang dulu. Hmm, Thia mengantuk. Thia tidur dulu. Selamat malam.” Laju Fathia bangun dari sofa lalu memanjat tangga. Sampai di bilik tidurnya, air mata yang ditahan laju keluar dari matanya.

‘Arghhh! Bodohnya aku. Yang aku pergi tengking isteri aku tu kenapa?! Dia tunggu aku nak makan sama-sama tapi aku pergi marah-marah dia plak. Mesti dia terasa dengan aku.’
____________________________________________________________________________

Hakimi menapak ke bilik tidurnya. Dia terpandang susuk tubuh Fathia terbaring di atas katil mereka. Dah sebulan dia tidak ‘bersama’ Fathia. Bukannya Fathia tidak mahu tapi dia sendiri tidak mahu. ‘Arhh. Kalau bersama pun bukannya dapat anak. Tetap tak jugak.’ Dia menghempas pintu biliknya lalu menuju ke bilik tetamu. Dia mahu tidur di bilik tetamu.

Fathia menangis teresak-esak. ‘Sampai hati abang. Dah sebulan kita tak tidur bersama. Abang dah berubah. Abang dah tak macam dulu.’ Fathia memeluk erat batal Hakimi. Bagaikan dia memeluk Hakimi. Dia betul-betul rindukan Hakimi.
____________________________________________________________________________

Keesokkan hari, Fathia bertemu dengan kawan baiknya, Suraya. Mereka makan tengah hari bersama kerana Hakimi tidak akan pulang pada tengah hari itu.

“Su, aku dah tak tahu nak buat apa lagi. Bukannya aku yang mintak tak nak  anak. Tapi belum ada rezeki lagi. Kimi betul-betul dah berubah sekarang.” 

Suraya menarik tanga sahabatnya lalu mengelus lembut tangan itu.

“Thia, kau kena banyak bersabar. Mesti Kimi ada masalah dekat pejabat.”

“Masalah pejabat? Kitorang dah berjanji. Masalah pejabat tak akan  buat balik kat rumah. Dulu, masalah pejabat jugak, tapi dia tetap layan aku dengan baik. Tapi sekarang, jangan kan nak ‘bersama’ aku, tidur sekatil pun dah tak nak.”

Terkejut Suraya mendengar. “Are you serious?” “Yes, I’m. Dah nak dekat sebulan dah kitorang tak tidur sekatil. Dia selalu tidur dalam bilik tetamu. Aku rindukan dia. Aku tak nak kehilangan dia. Aku dah tak ada siapa-siapa lagi kecuali dia. Mama dan papa dah lama tinggalkan aku.”

“Kau sabar, Thia. Satu hari nanti, Allah akan makbulkan doa kau, Thia. Kau banyakkan berdoa. InsyaAllah, Allah akan bantu kau. Kau  jangan nangis macam ni, dah tak cute dah aku tengok. Lap air mata kau tu.” Suraya menghulurkan tisu kepada Fathia. ‘Kesian kau Thia. Kimi tak patut buat kau macam ni.’

“Oh ya, next week, aku nak kenalkan kau dekat fiancĂ©e aku.”

“Fiancee? Kau dah bertunang? Bila? Sampai hati tak beritahu aku.” Terkejut Fathia mendengar.

“Kitorang baru lagi bertunang. Tunang pun tiba-tiba. Aku tak sempat nak jemput kau dengan kawan-kawan yang lain. Family aku je yang tahu. And kau sorang je kawan aku yang tahu. Aku tunang dah dekat sebulan dah.”

“Oh really? Siapa tunang kau? Congratulations, Su. Handsome tak tunang kau? Dia atau suami aku lagi yang handsome?” Fathia mengangkat kedua-dua belah keningnya.

“Eh, kau ingat tak Haris yang aku cerita kat kau dulu. Haris yang kitorang putus sebab dia nak kat orang lain. Btw, aku tak pernah jumpa suami kau pun. Macam mana aku nak tahu. Nanti aku kenalkan kau. Next week. Kau jangan tak datang pulak. Kita jumpa kat sini jugak.” Suraya begitu bersemangat untuk perkenalkan tunangnya kepada Fathia.

“Ooo. Haris yang tu. Dah tu kekasih dia macam mana? Okey, aku janji. Kat sini, next week. Okey. Aku happy bila kau happy, Su.”

“Kekasih dia aku tak tahu. Tapi dia cakap, dorang dah berpisah dah.”

“ooo.” Fathia hanya menganggukan kepalanya saja.
____________________________________________________________________________

Fathia tersenyum melihat kereta BMW milik suaminya terparking di bawah porch rumahnya.

“Assalamualaikum.”

“Lewat Thia balik.” Tiada secalit senyuman pun di wajah Hakimi. Yang ada wajah yang masam.

“Thia kan dah beritahu abang, Thia pergi jumpa kawan Thia. Kebetulan dia ada kat KL.” Fathia melabuhkan punggungnya di sebelah suaminya. Dia mengucup pipi suaminya. Lama. Dia betul-betul rindukan suaminya.

Hakimi bangun dari kedudukan lalu berjalan menuju ke dapur. Fathia kecewa dengan layanan dingin Hakimi. Fathia mengekori Hakimi ke dapur.

“Abang, next week Thia nak keluar dengan kawan Thia, boleh?” Fathia sedikit takut kerana Hakimi masih dalam keadaan marah.

“Pergilah. Next week abang tak ada. Outstation.” Hakimi menuangkan air ke dalam gelas.

“Berapa hari abang nak pergi?” ‘Abang nak tinggalkan Thia lagi?’ Fathia mengeluh pelahan.

“Ermm, maybe 3 days.”

“Ooo. Nanti Thia kemaskan pakaian abang.”

“Abang nak keluar sekejap. Nak jumpa kawan.” Belum sempat Fathia membalas percakapan Hakimi, hakimi telah menghilangkan diri di dalam kereta.
Setitik air mata turun laju dari pipi gebu Fathia. “Abang, Thia rindukan abang.”
____________________________________________________________________________

Fathia rasa kepalanya di hempap batu. Sakit sangat. Hari ni, Suraya nak kenalkan tunang dia kat Fathia. Dan, kelmarin Hakimi pergi outstation. Hm, terpaksa pergi klinik laa jawabnya.

Fathia cuba bangun untuk ke bilik air dengan berhati-hati. Selesai mandi Fathia bersiap untuk pergi ke klinik. Dia sudah tidak tahan dengan sakit yang di hadapinya.
____________________________________________________________________________

“Tahniah, puan. Puan mengandung 3 minggu.” Fathia terkejut mendengar ucapan dari mulut doctor muda di hadapannya. “Men..gan..dung?” Air mata Fathia mengalir perlahan. Akhirnya, Allah makbulkan doanya.

“Ya, puan. Boleh saya berjumpa dengan suami puan?”

“Suami? Maaf, suami saya outstation.”

“Ooo. Kalau macam tu. Temu janji seterusnya, saya nak jumpa dengan dia, ya puan.”

“InsyaAllah.”

Setelah mendengar penerangan dari doctor muda itu, Fathia segera menelefon suaminya, tetapi panggilan tidak di jawab. ‘Meeting kot’
Fathiah memandu kereta dengan berhati-hati. Dia menuju ke café tempat dia berjanji dengan Suraya.
____________________________________________________________________________

“Suraya!” Fathia memeluk Suraya dengan gembira.

“Kau kenapa ni, Thia? Hakimi marahkan kau lagi ke?” Terkejut Suraya apabila melihat Fathia menangis di dalam pelukannya.

“Tak.” Fathia melepaskan pelukannya.

“Habis tu?” Suraya mengerutkan dahinya.

“I’m pregnant!” Lalu Fathia memeluk Suraya. Bertapa gembiranya dia.

“Alhamdulillah! Thia, akhirnya Allah makbulkan doa kau! Dah berapa bulan?”

“3 weeks” sambil menunjukkan 3 jarinya.

“Aku tumpang gembira. Nanti aku dapat anak buah baru. So, hubby kau dah tahu?”

Fathia mengeluh perlahan. “Dia outstation.”

“Kau tak call dia?”

“Tak angkat. Busy kot. Nanti la aku call dia. So, where is your fiancĂ©e?” Fathia 
menukar topic. Tidak mahu pertemuan mereka bertukar menjadi hambar.

“Haris tengah cari parking. Nanti dia datang.”

Semasa Fathia dan Suraya berbual, seorang lelaki datang menegur mereka.

“Sayang?”


Fathia terkejut. Dia kenal dengan suara garau itu. Fathia mengangkat wajahnya. Lalu wajah lelaki itu di pandangnya. ‘Abang!’


Bersambung...


KISAH BENAR - Abg telephone sapa tu ?


Ruang legar sekitar bangunan pelajar semakin lengang. Sejak loceng dibunyikan menandakan berakhir waktu  kelas malam, kesemua pelajar mula bertumpu ke dewan makan. Ada yang ke kantin dan yang selebihnya kembali ke asrama masing2. Tidak ramai yang ada di sana melainkan beberapa orang pelajar sahaja yang sedang menunggu giliran untuk menggunakan telefon awam. Telefon itu sahajalah yang masih berfungsi cuma tidak tahu sampai bila usianya.

Azim mengira baki syiling yang ada. Sejak mula mengenali Diana, dia terpaksa mengumpul syiling sehari demi sehari. Almaklumlah peraturan asramanya menghalang untuk dia membawa telefon bimbit. Biasalah orang baru berjinak2 nak bercinta, semuanya sanggup diredah. Apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan kekasih hatinya itu.

Sesekali Azim menjenguk ke luar tingkap biliknya, dari jauh kelihatan tinggal dua orang sahaja yang masih menunggu di hadapan telefon tersebut. Nak dikatakan dekat, taklah jugak. Adalah dalam 300 meter dari blok asramanya. Azim keluar sesekali matanya memerhati sekeliling, takut2 tindakannya itu disedari warden yang bertugas. Jam ditangannya menunjukkan hampir pukul 11.30 malam dan warden melarang keras pelajar2 berada di blok bangunan pelajar. Mungkin tak mahu ditangkap sumbang mahram.. mungkin..

Angin malam yang bertiup sepoi2 sesekali menggigit tulang belulangnya dari luar. Dari tadi cuaca malam semakin memekat, tiada kelihatan bintang di langit menandakan hujan bakal turun bila2 masa sahaja dari sekarang. Azim mempercepatkan langkahnya, bukan sekadar untuk merebut giliran menggunakan telefon tetapi datang suatu perasaan bimbang. Bimbang tentang apa? Biasalah duduk di asrama, acapkali dimomokkkan dengan kisah2 angker yang tak tahu di mana tahap kesahihannya. Dia tak peduli, dibutakan segala rasa dan ketakutan.. tumpuannya hanya matlamat asal. Pergi jahanam segala cerita!

Hanya langkahnya yang kedengaran berdecit2 tatkala melalui kawasan berlopak. Dia baru melintasi kawasan  sunyi, sisi bangunan pelajar. Dia tak berani memandang sembarangan, matanya hanya tertumpu pada pelajar akhir yang baru meletakkan gagang telefon. Hujan mulai turun renyai2, suasana sekitar kawasan semakin kabur. Yang tinggal hanya dia seorang sahaja di situ.. ya, Azim seorang sahaja.


Bangunan pelajar sunyi sepi, tak banyak lampu dibuka. Hanya penjuru2 bangunan sahaja yang dibuka lampunya. Tapi tak membantu sama sekali kerana cahayanya cukup malap. Kawasan legar depan dewan cukup gelap. Sesekali macam terdengar suara kucing, bunyi cengkerik dan katak.. tapi Azim langsung tak mengendahkannya. Dia lantas menjatuhkan syiling dalam slot dan mendail nombor kekasihnya.

Rancak dia berborak, sedar tak sedar loceng jam berbunyi menandakan tepat jam 12 tengah malam. Dia pasti dalam suasana hujan sebegini, warden sudah mula tarik selimut.. apatahlagi jaga yang meronda. Sempat la dia menghabiskan syiling yang berbaki dalam 70 sen sahaja lagi. Kantin sudah lama gelap dan lampu di blok asrama semakin kurang.

Antara sedar atau tidak, tatkala Azim melemparkan pandangan pada hujung lorong di hadapan dewan dia terlihat kelibat sesuatu yang tegak berdiri, berendoi2 ke kiri dan ke kanan. Sangat jauh, tak jelas pada pandangannya tapi dia pasti ada sesuatu di situ. Matanya kembali pada telefon, masih ada baki 40 sen di situ. Hatinya tiba2 berdebar bila melihat kelibat itu seakan2 bergerak menghampiri lokasinya, berendoi2 kiri dan ke kanan. Apakah bendanya itu?

Dahi Azim mula dibasahi peluh, baki 20 sen padanya terlalu lama. Suaranya pun tenggelam timbul, dadanya berombak. Suara kekasihnya di talian tidak lagi diendahkannya. Nak letak, boleh bawak bergaduh. Nak tak nak ditunggu juga sehingga habis baki yang ada. Dalam keadaan takut2 alang, Azim mengerling ke kanan.. tiada?? Benda itu tiada lagi di situ. Dia tak berani nak kata apa2, salah cakap buruk padah. Tapi dalam kotak fikirannya hanya fikir itu.. 'benda itu'!

Dalam kalut2 dia mengintai kiri dan kanan, tiba2 ada satu suara menyapanya dari belakang. 'Abang telefon siapa tu?'. Azim menoleh ke belakang. Berderau darahnya naik ke kepala tatkala melihat ada sesuatu yang berdiri di belakangnya, tak tahu sejak bila. Susuk seolah2 seperti wanita separuh umur, tidak berapa jelas rupanya tapi kelihatan pucat kurus. Rambutnya panjang paras pinggang, dan paling menakutkan mulutnya.. menyeringai lebar hingga ke pipi. Dia berendoi2 ke kiri dan ke kanan..

Azim tergamam, mulutnya terkumat kamit entah apa yang dibacanya. Akhir sekali dia berjaya membaca ayat Kursi. Malang sekali apa yang cuba dibacanya.. diikut juga oleh makhluk berkenaan sehingga tamat. Azim tak tahu apa lagi yang mampu dilakukannya. Kakinya terasa lemah sebelum matanya menjadi semakin kabur.. gelap.

Sehari sebelum..

'Ceh ko cerita apa ni? Apasal la pelik sangat hantu ko ni. Berendoi2? Dah macam buaian plak', ujar Azim kepada Muiz. Muiz dan yang lain diam, tersentak dek kerana kecabulan mulut Azim. Cerita Muiz terbantut di situ

Azim bangun meninggalkan bilik dengan pandangan sinis. Padanya itu semua cerita karut, tak pernah dia dengar cerita sebegitu sejak dia menjejakkan kaki di asrama tersebut.

'Korang tengoklah nanti, kalau dia muncul.. aku bakar sahaja dia dengan ayat Kursi. Hey ini Azim laa'

Mereka diam seribu bahasa, ditinggalkan Azim dengan ayat angkuhnya..

Kini..

Kehilangan Azim menjadi tanda tanya. Ada yang menyangka dia keluar secara haram malah ada yang mengatakan dia pulang bermalam. Sesiapa sahaja boleh andaikan tetapi tiada siapa tahu apa sebenarnya yang berlaku pada dirinya..


Di laman sosial Facebook tiada lagi insan bernama Diana Al Attas di situ.. Dia lenyap tanpa kesan, lenyap pada tarikh yang sama Azim hilang..

Lawak - 1



Pelik Pelik
Sejak mula berkahwin, Maria sering bertanyakan tentang kisah silam suaminya. "Bagitau la I, dah berapa ramai perempuan yang You bawak tidur?" tanya Maria. "Sayang..." kata suaminya, "kalau I bagitau You, You gerenti akan marah punya." "Tak... I janji tak marah," rayu Maria. "Baiklah... kalau You dah desak sangat," jawab suaminya, "Hmmm... satu... dua... tiga... empat... You... enam... tujuh... orang gaji kita... lapan..."

Dot Pi Dot Mai.
Salman (bukan nama betul) pulang dari kerja satu petang dan terdengar suara isterinya dalam bilik mengerang. Dia berlari naik ke bilik dan melihat isterinya terlantar di katil berpeluh tanpa pakaian. "Kenapa ni sayang?" tanya Salman. "I diserang sakit jantung", jawab isterinya. Salman berlari ke bawah untuk menalipon doktor tapi belum sempat dia talipon, anaknya yang berumur 5 tahun berlari datang dan berkata, "Papa, acik Lan ada bawah katil ayah tak pakai suar." Salman mula naik angin dan naik semula ke biliknya. Memang betul Roslan(pun bukan nama betul) jiran mereka ada di bawah katil tanpa pakaian. Salman menarik Roslan keluar dan berkata, "Lahanat kau Lan, isteri aku kena sakit jantung. Kau pulak cuba menakutkan anak aku ye?"  

Siapa Ini?
Seorang lelaki menalipon hospital untuk memberitahu yang isterinya nak bersalin. Dan jururawat hospital menjawab talipon lelaki tersebut. Lelaki: "Hello... tolong saya sebab isteri saya nak bersalin!" Jururawat: "Sila bertenang... ini anaknya yang pertama ke?" Lelaki: "Apa la punya bangang... ni laki dia la!" Jururawat: "Erkkk..."

Malu Sesangat.
Seorang wanita muda telah ter'bersalin' di dalam sebuah lif. Dier pun malu macam nak giler dan tak mahu kuar dari lif itu. Pihak pengurusan bangunan pun memanggil polis, bomba dan psychologist untuk pujuk dier keluar. Psychologist tu pun cakap ler, "Cik... keluar lah... aper nak dimalukan... perkara biase jer nih." Wanita muda yang terbersalin itu pun menjawab, "Tak mau, tak mau, saya malu." Psychologist itu menambah, "Alah cik... tahun lepas saya ader 1 kes lagi teruk... pompuan tu beranak dalam longkang!!" Mendengarkan kata-kata Psychologist tu jer, wanita muda tu terus meraung bagai nak giler lalu berkata, "Yang tu pun saya gak, uhwaaa..!!!"

Telur
JAMAL ke kedai untuk membeli telur yang dipesan ibunya. Ketika berdiri di tepi jalan, dua buah kereta tiba-tiba berlanggar di hadapannya. Dia terkejut dan kaku di situ sehingga polis dan ambulans tiba. Setelah mangsa dikeluarkan, Jamal berlari pulang dan terlupa membeli telur. Jamal dengan penuh minat menceritakan kemalangan itu pada ibunya. "Dahsyat bu, kakinya tercabut dan terpelanting ke seberang jalan. Tangannya pulak putus, kepala pecah, perut terburai... Tiba-tiba ibunya mencelah, "Telurnya mana?" Jamal menjawab, "Err.... Mal tak tau pulak ke mana tercampaknya!"

Untuk apa kamu datang kesini?
"Hei, kamu yang berdiri di belakang," tegur pensyarah "Cuba sebutkan individu yang terlibat dalam Perjanjian Badang!" "Maaf, saya tidak tahu.. encik" "Apa? tidak tahu? Baiklah, kalau begitu sebutkan saja tahun berapa perjanjian itu ditandatangani?" "Maaf, saya tidak tahu juga, encik.." "tidak tahu sama sekali? Maklumat itu kan sudah saya berikan untuk dibaca minggu lalu. Jadi untuk apa kamu datang ke sini kalau tidak tahu?" "Mahu memeriksa kabel lampu ini, encik.. Saya petugas TNB"

Kemalangan jalanraya
Pada suatu hari, ada sebuah kereta yang dipandu terhoyong hayang melanggar tinga lampu dan terbalik.. Kesemua penumpangnya yang terdiri dari seorang lelaki tua.. seorang wanita tua.. dan dua orang anak kecil.. luka parah tak berdaya. Hanya seekor monyet yang merupakan binatang peliharaan keluarga.. masih sihat tanpa sedikit lukapun Pihak polis kebingungan melihat kejadian itu... lalu dia memutuskan untuk menyoal saja pada si monyet untuk memperoleh keterangan mengenai kejadian tersebut.. Polis : "Monyet.. apa yang terjadi sebenarnya?" Si monyet kemudian merebahkan dirinya dalam keadaan terbalik beberapa kali. Polis : "Oh... kereta terbalik beberapa kali... jadi apa yang dilakukan oleh lelaki tua itu?" Si monyet menirukan gerakan mabuk sambil mengayakan minum arak.. Polis : "Oh... lelaki itu sedang mabuk masa memandu.... dan bagaimana pulak wanita tua itu? anak-anak juga buat apa?" Si monyet menirukan posisi orang tidur.. kemudian bergerak-gerak spt orang sedang bertengkar. "Oh... okey.. saya dah faham.. wanita tua itu tido dan anak2nya bertengkar dalam kereta.. dan kamu sendiri pula buat apa monyet?" Dan... si monyet kemudian menirukan gaya memandu

Buah Durian
Samdol pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian... lalu dia menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan... Samdol : "Bang harga durian ini berapa?" Org Asli : "yang ini.. sepopit sebiji" Samdol kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu.. lalu Samdol buat2 tahu dan cuba menawarinya.. Samdol : "Bang.. Boleh kurang sikit tak"? Orang Asli : "Boleh aje, nak kurang berape? Samdol : "Lahupa.. boleh ya!" Penjual orang asli itu kebingungan.. lalu bertanya pada Samdol.. Orang Asli : "Lahupa itu berapa?" Samdol : "Cakap dulu.. Sepopit itu berapa?"

Pemilik pisau lipat
Suatu hari di tengah hutan.. ketika para pelajar sebuah universiti sedang melakukan penyelidikan terhadap tumbuhan hutan... Seorang pelajar senior yang juga merupakan pemimpin kepada rombongan itu berjumpa dengan sebuah pisau lipat di atas tanah. Menurut peraturan yang telah ditetapkan semasa membuat penyelidikan didalam hutan.. sesiapa yang meninggalkan barang penyelidikan didalam perjalanan akan dihukum. Lalu pelajar Senior itu dengan mengambil pisau lipat dan menghimpunkan semua pelajar untuk tujuan menghukum mana-mana siswa yang telah lalai meninggalkan pisau lipatnya. "Siapa yang merasa kehilangan pisau lipat di tengah perjalanan tadi?" tanya pelajar senior itu.. Tak ada seorang pun yang berani mengaku.. Kemudian pelajar senior itu menambah.. "Ayuh cepat.. mengaku aje la,. lagipun sebenarnya saya sudah tahu siapa pemilik pisau lipat ini kerana namanya terukir di sini.. Tapi saya inginkan kejujuran kamu semua untuk mengaku!" Masih tidak ada jawaban dari para pelajar lain.. "Kerana tidak ada yang dengan jujur mahu mengakui kesalahannya maka saya akan panggil namanya?!!!" Pelajar2 masih lagi diam. Akhirnya pelajar senior itu tidak dapat bersabar lagi.. lalu diambilnya pisau lipat tadi kemudian dengan lantang dia menyebut nama pemilik pisau itu... "STAINLESS STEEL cepat keluar...!!!"

KISAH PENGEMIS TUA DI DEPAN KAMPUS UITM
Seorang mahasiswa sedang asyik berbicara dengan seorang pengemis tua di depan kampus UITM. Mahasiswa : Sudah lama mengemis di sini pakcik? Pengemis : Ya... lebih kurang sudah 8 tahun , nak Mahasiswa : Wah, sudah lama juga ya pakcik..sehari biasanya dapat berapa pakcik? Pengemis : Paling sedikit RM50.00 nak .. Mahasiswa : Banyak juga ya pakcik Pengemis : Bolehlah nak, untuk keluarga... Mahasiswa : Ehhhh.....keluarga ada di mana? Pengemis : Anak pakcik semuanya ada 3 orang, yang pertama ada di Universiti Putra Malaysia di Selangor, yang kedua ada di Universiti Utara Malaysia di Kedah dan yang ketiga di Universiti Sains Malaysia di Penang... Mahasiswa : Subhanallah, hebat-hebat keluarga pakcik ni...boleh tahan juga yerrr.. Eh..Anak pakcik tu semuanya masih kuliah? Pengemis : tak arrrrrr....semuanya mengemis seperti pakcik.... *Perrggghhhhhhhhh!!! Hampehhhhhh

Sekolah
Jam sudahpun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salam masih lagi berdengkur. Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.
Ibu: Salam? Salam? bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.
Salam: Alah emak? Salam tidak mahu pergi ke sekolah!
Ibu: Apa, tidak mahu pergi sekolah?! Baik. Salam berikan emak dua sebab mengapa Salam tidak mahu ke sekolah.
Salam: Semua murid-murid tidak suka Salam. Guru-guru di sekolah pun tidak suka pada Salam!
Ibu: Itu bukan alasan bagi Salam untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!
Salam: Baiklah, sekarang emak pula berikan Salam dua sebab mengapa Salam mesti pergi ke sekolah.
Ibu: Eh? eh? bertuah punya anak! Salam dengar baik-baik, pertama Salam sudah berusia lima puluh tahun. Kedua Salam PENGETUA SEKOLAH!!!

Dua orang kaya dan pemandunya
Suatu hari ada dua orang kaya sedang duduk di cafe, sambil menggosip pemandunya.
Orang kaya I : " Hei, kau tau tak, pemandu aku ini bodohnya setengah mampus ! Kalau kau tak percaya cuba lihat nie." Terus dia panggil pemandunya si King Kong " King Kong, ini 10 ringgit, pergi ke kedai kereta, dan belikan aku Mercedez." King Kong pun menjawab dengan sopan, " Yes Sir !! Right A way !!" Dengan pantas terus ke kedai kereta. Orang kaya I itu beritahu ke temannya, " Nampak? Apa aku cakap.... dia buat betul-betul"
Orang kaya II : " Haha.... itu belum apa-apa, kau nak tengok, pemandu aku lagi teruk dari itu. Biar aku tunjukkan pada kau." Terus orang kaya II memanggil pemandunya Rambo. " Rambo, pergi ke rumah aku, cuba lihat sama ada aku ada kat rumah ke tidak ?" Rambo: " Yes Sir !! Right A Way !!" dan dia terus cabut ke rumah tuannya. Orang kaya II beritahu kepada temannya tadi, " Nampak apa yang aku cakapkan ? Dia tak ada otak untuk berfikir, mana boleh aku ada di dua tempat yang berbeza dalam satu masa. Tdak berapa lama kemudian, kedua pemandu itu bertemu di jalan,
King Kong : " Ehh you know, my boss is very stupid laaaahhh. Dia kasih aku 10 ringgit dan suruh aku beli mercedez di kedai kereta, mana boleh ?? Kau kan tahu sekarang kan hari minggu. Semua kedai kereta tutup!!"
Rambo : " Kau fikir boss kau stupid ha ? boss aku lagi stupid!! Masa dia suruh aku balik rumah lihat, apakah dia ada di rumah..... Padahal dia kan boleh check sendiri telefon je la kan.

Timbang
Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer. Seorang gadis dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer menjawab: "47 kg!" Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer menjawab: "52 kg!" Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer mengeluarkan jawapan: "Tolong naik sorang-sorang.. jangan ramai-ramai!" 
  

Monday, January 19, 2015

Cerita Puteri2 Aku Dec14-Jan15 - Check up 6 Bulan

Assalamualaikum….cerita hari ini.

Ellisya dah masuk 6 Bulan pada 11/1/2015.
Alhamdulillah dah besaq putri bongsu tomey mama ni. Dan pandai memberontak juga. Paling dia x suka bila orang ambil hp dari tangan dia masa dia tgk ralit tonton video kartun kesukaan dia @pun  acah dia nak  angkat mudian letak balik..siap nanggeh ngan tahan hujung kaki sambal angkat punggung/badan hempas balik..ayoyo. sudah pandai  bebai….


Lani kerap menerap kalau x bagi nerap mula nk mengamuk. Meniarap smpai letih terus lena…kesiannnn

Dan pandai jalan guna baby walker…hehe padahal meyuluq merangkak pun x boleh lagi…
Masa pi cucuk 6 bulan...demam. kesian smpai 2x pi spital. Tapi Tumbesaran..alhamdulillah.

Lahir 1 Bulan 2 Bulan 3 Bulan 4 Bulan 5 Bulan 6 Bulan
Berat 3.6kg 4.2kg 4.9kg 5.6kg 6.0kg 6.4kg 7.0kg
Panjang 49cm 53cm 54cm 58cm 61cm 64cm 66cm
Lilit Kepala 35cm 37cm 38cm 39cm 40cm 41cm 41cm
BMI 13.9 14.9 16.8 16.9 16.2 15.5 16.3

Peace....hehe

  ada saja gelagat yg mencuit ati kami

Bawa pi Pej Pos tesco, bagi kertas tu takut dia bosan, dia pegang kertas tu punya belek2 x lepas sampai la terlena still kertas kat tangan dia...minat membaca ni ! hehe

************************************************************
Ni Cerita Puteri Sulung & Puteri Tengah Pulak. Yg Sulung dan masuk asrama balik ..kan buka sekolah. Terasa sunyi plak rumah kalau tidak riuh ngan dia..tengkaq ngan adk dia dan x dak sunyi haishhhh

 Along SyaSya

yang bawa ni plak Kak Ngah. asyik selfie saja smpai semua hp dlm umah penuh pic dia ja..pening2.

Angah Syanie

~ mcm tu la gelagat anak2 nk membesaq ~