Tuesday, September 1, 2015

Aku Yg Dihimpit Rasa


Dari gurau gurauan menjadi reality kehidupan. Dari rapat menjadi renggang. Dari rindu menjadi benci. Inilah kehidupan.
Kerana ingin membantu seorg yg bernama teman akhirnya memakan diri sendiri..akhirnya dipersalahkan...

Teman,
Kerana kepercayaan dan atas dasar sahabat aku bertindak demikian. Supaya kau mendapat kehidupan lebih baik dn sempurna seperti yg diimpikan.
Kerana kekecewaan kau dulu membuatkan aku merasa kau memerlukan seseorg yg lebih ikhlas dan benar2 menyayangimu. Kerana kau sering meluahkan
keraguan kau padanya membuatkan aku bertindak untuk membantu.Tapi kerana terlalu berterus terang akhirnya mamakan diri aku sendiri. Kau telah memutuskan
tali siraturrahim kami yg telah terjalin lama.

Kawan,
Maafkan aku kerana tersilap langkah hingga membuatkan kau amat terasa hati dan pedih. Niat ku utk membantu kaum ku tapi ….
Maafkan aku kawan. Tiada lagi curahan luahanmu, tiada lagi celoteh egomu, tiada lagi yg mendengar ceritaku…
Mungkin kini kau semakin matang dan serius dalam mengejar cinta dan cita cita. Tapi aku tidak pernah lupa MATLAMATMU masa pertama kali kau
kukenalkan padanya. Itu yg membuatkan aku takut dihimpit rasa bersalah jika permainan ini terus terusan menjadi permainan duniawai yg membuatkan
akan ada insan yg pedih sakit dan terlupa suatu hari nanti. Maafkan aku kerana menghilangkan kepercayaanmu.

Teman/Kawan
Semuanya tak seperti dulu dan takkan pulih seperti dulu kerana hati aku juga terluka. Rasanya masih byk yang perlu aku huraikan tapi cukuplah disini . Aku doakan semoga kita semua sentiasa dalam lindungan Allah dan moga bhgia selamanya dgn jalan kita kita pilih…aamiin.

Mawar_Ungu Milikku

No comments: