Thursday, April 17, 2014

KETERUJAAN YG MENGUSIK JIWA.

15/4/2014 - Aku pi check-up kat MH. Doc ada Tanya sebab apa tunggu sampai lepas 15 tahun jarak baru nk mengandung balik. ?? Mcm mana nk jawab pun x tau. Sebenarnya aku dah tk pikir pun nak preg lagi tapi ada byk sebab yang buat aku trima dan teruja dgn kandungan ni. Salah satu sebabnya ialah :

Aku tahu aku preg masa bulan DEC 2013. Sebelum tu dlm bulan JUNE(6/6/2013)  abg ipar aku meninggal dunia akibat Runtuhan Jambatan Ke2 Pulau Pinang. Kematian Abg ipar mmg beri impak yg besar utk kami terutamanya suami aku. Kerana Arwah byk membantu kami. Aku mmg takut, risau, sedih bila dapat panggilan dari adk aku bgtau suami aku pengsan masa buat pengecaman mayat sebaik saja mayat dikeluarkan dari timbunan batu/besi yg runtuh tu dan dah di hantaq ke Hospital Besar Pulau Pinang. MasyaAllah apa yg dah jadi ni. Aku yg dari Jelutong terus tuju ke GH.
Abg hampir rebah tidak sedarkan diri sewaktu buat pengecaman mayat.
Abg pengsan dan di bawa ke Hospital Besar Pulau Pinang
Keadaan di tempat kejadian. Kereta Mangsa Arwah Tajudin B Zainal Abidin

Abgg,
Abg tahu tak , sampai saja kat Spital, syg nmpak kak Pah(biras) dan anak2nya turun dari Van Polis yang bawa mayat arwah. Syg dah kaku. Terlupa kejab ngan abg. Lepas syg tenangkan kak Pah barulah syg teringat abg. Syg terus meluru masuk ke kaunter. Rupanya abg dah berada dlm bilik kecemasan yg penuh dengan wire2 dibadan abg. Syg rasa lemah masa tu. X tahu nk menanggis kat sapa, tak tahu nk peluk sapa dan tak tahu nk cakap apa. Syg rasa lemah sgt tgk keadaan abg masa tu.Yg syg tahu hanyalah menanggis sambil peluk abg. TIba2 syg rasa takut kehilangan abg.

Syg panggil nama abg tapi abg masih pejamkan mata. Syg tahu abg dah sedar tapi keadaan abg sgt lemah masa tu. Abg hanya mampu baring dan pejam mata sambil air mata abg tak berhenti mengalir. Syg x pernah hadapi situasi mcm ni sebelum ni. Syg jadi takut. Bilik tu dk dibenarkan masuk ramai2 jadi hanya syg sorang saja bersama abg sedangkan anak2 kita setia menunggu di ruang menunggu dengan kerisauan dlm tanggisan.. Ya Allah apa yg harus aku buat masa ? Doc suruh syg terus bagi semangat kat abg wlaupun abg x bagi respon. BIla abg tersedar abg terus meracau bgtau yg arwah panggil abg. Abg cakap arwah tengah tahan sakit. Arwah sakit….syg tau abg dapat rasakan mcm mana arwah menahan kesakitan disaat ajalnya. Ya Allah smoga arwah tempatkan di kalangan org2 yg beriman…amin.

Abg,
Masih ingt tak kata2 syg pada abg masa abg baring dgn wire penuh dibadan. Dalam bilik tu penuh dgn bunyi mesin yg berfungsi membuatkan syg rasa bilik tu amat menakutkan. Abg terbaring sorang di situ sambil mengalirkan air mata. Syg faham kesedihan dan kesakitan yg abg alami ketika itu.  Disaat itu juga syg bisikkan ditelinga abg yg abg perlu kuat kerana abg masih mempunyai syg dan anak2. Kerana kami tidak akan tinggalkan abg sndirian. Syg nmpak abg jadi lemah walaupun abg dah sedar kerana arwah adalah satu2 nya insan yang paling rapat dan selalu berada disisi abg bila abg dlm kesusahan dan arwah lah yg abg ada selain kami. Pada arwah lah abg selalu mengadu dan berkongsi masalah. Tapi abg, yg pergi tetap pergi. Kita yg hidup perlu teruskan kerana masih byk tanggungjawab yg perlu kita uruskan.

Walaupun kejadian tu berlaku dalam bulan 6(JUNE) tapi impak benda tu berlarutan hingga berbulan bulan. Abg x seceria dulu. Abg sentiasa rasa kosong walaupun kami ada disisi. Abg tetap rasa kehilangan yg amat. Lebih sedih abg di masukkan ke Hospital selama seminggu membuatkan abg tidak dapat berada disisi jenazah sewaktu hari pengkebumian arwah. Syg tahu abg terkilan sgt. Sebolehnya syg nak abg kuat dan tabah hadapi saat2 mcm ni. Sehingga selepas 3 bulan barulah kita temui kekuatan utk ziarah kubur arwah. Kalau tak silap dlm bulan 9( SEPT13). Sekali lagi minitik air mata kita sekeluarga bila berdepan dgn situasi mcm tu.  Masih terbayang kecerian dan lawak jenaka arwah yg selalu mengusik anak dan gelak ketawa arwah meskpun kehidupan arwah juga penuh dengan kisah suka dan duka. Tapi Arwah pandai menyimpan kisah duka dan masalahnya jauh dari kita. Syg x mampu berada lama disitu.  Syg biarkan abg sorang bersama arwah utk abg luahkan segala apa yg terbuku dihati abg sekaligus utk sedekahkan doa untuknya.

Lepas balik dari tanah perkuburan, syg faham abg masih rindukan arwah. Syg jadi susah hati kerana abg asyik cakap benda2 yg remeh temeh menjadi punca utk kita bertengkar. Bagi syg satu sebab ja..abg rasa kosong, dan kehilangan. Hingga abg terlupa yg abg masih ada kami disisi abg. Maafkan syg, kdg syg rasa kecil ati dgn sikap abg. Abg akan mengamuk pada hal2 yg remeh dan selalu ungkit yg abg ni dah x dak sapa2. Masa Arwah mak abg meninggal pun abg tak  jadi macam ni padahal abg pun terlalu sygkan arwah mak. Kmudian baru yg ingt balik..sebaik kita balik dari Kelantan selepas perkebumian awrah mak, abg juga moody. Tapi dgn kuasa Allah seminggu selepas tu syg disahkan mengandung. Abg terus berubah dari murung menjadi ceria balik. Abg dah boleh menerima benda ni semua sebgai 1 hikmah. Alhamdulilah.

Jadi bila syg dapat tahu yang syg mengandung tanpa dirancang..syg rasa ini adalah Anugerah Allah utk kita terutama utk abg. Jadi syg terima berita ni dgn gembira dan x sabar nk bgtau abg masa tu. Syg pasti dan yakin abg akan rasa gembira dgn berita ni. Dulu Puteri sulung kita menjadi teman sewaktu abg kehilangan Arwah mak. Skrg InsyaAllah anak ke-3 kita pula akan mengantikan ruang kosong dlm hidup abg sejak arwah pergi. Sejak abg dapat tahu syg preg, abg berubah ceria. Abg selalu sebut yg baby ni yg akan teman abg nanti. Syg dapat nmpak keceriaan yg terpancar di wajah abg. Abg berubah dan nampak abg semakin dapat menerima kehilangan arwah. Abg, meskipun arwah jauh dari kita tapi dia tetap berada didalam hati kita selamanya…..

Skrg usia kandungan syg dah masuk 26 minggu. X lama lagi kita akan bakal menerima insan baru dlm hidup kita. Syukur Alhamdulilah. Semua yg berlaku pada kita selama ni ada hikmahnya yg kita x nmpak sebelum ni. InsyaAllah, Syg sanggup hadapi segala ketakutan, kepayahan, kesulitan & kesakitan untuk baby kita. Smga dia menjadi anak yg soleh , berakhlak dan berilmu dunia dan akhirat..Dan juga semoga hubungan diantara kita semakin teguh dan bhgia hingga ke JANNAH….aminn.

Hasil Nurkilan ;
Mawar_Ungu

2 comments:

Zai Zamree said...

wuwuwuwu....sedey...

amin...moga semuanya dipermudahkan

Mawar_Ungu said...

MMg sedey dan menyayat ati..tapi kena Redha. Dah lepas pun...