Wednesday, June 1, 2011

Selamanya...Ep1

AISYAH menyusuri pantai seorang diri. Hatinya benar-benar terluka. Angin yang bertiup lembut tidak dapat mengubatinya. Parut yang ditinggalkan menyebabkan hatinya menjadi tawar untuk menerima mana-mana lelaki lagi.


Dia terduduk menangis mengenangkan nasib yang menimpa dirinya. Tiada siapa yang mendengar tangisannya dan merasai penderitaannya. Dia menanggung semuanya seorang diri. Kenapa dia selalu kalah kepada seorang insan yang bernama lelaki? Kenapa dia terlalu bodoh hingga menyerahkan seluruh jiwa raganya dalam satu hubungan percintaan yang tidak pasti penghujungnya? Kenapa?

Tiada lelakikah yang diciptakan untuk terus setia kepadanya? Kenapa mesti lelaki yang ditemuinya sering mempermainkan cintanya? Dadanya terasa sebak. Saat ini dia mula menyalahkan takdir Tuhan. Dia memeluk lututnya menahan sedih.

"HAI, sayang sedang buat apa? Eisya rindulah." Dia berbaring sambil memintal-mintal rambutnya yang lurus.

"Man tengah menonton bola ni. Boleh Eisya call nanti. Man letak telefon dulu."pantas talian telefon dimatikan. Aisyah berasa kecewa. Rindunya sudah menggunung tinggi. Kebelakangan ini Azman selalu saja melarikan diri daripadanya. Mungkin kesibukan yang dialami lelaki tersebut menyebabkan mereka berdua jarang bersama.

"Bosanlah, keluar jalan-jalan pun best juga. Pergi rumah Azmanlah." Dia bingkas turun dari katil dan menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Setelah selesai memakai tudung, dia mencapai kunci kereta yang terletak berhampiran meja solek.

"Eisya, nak ke mana?"teguran itu mengejutkannya yang sedang menuruni tangga. Dia kenal benar dengan suara itu. Pantas dia menoleh.

"Riz, apa yang you buat kat sini? Bila sampai?" bertubi-tubi soalan yang diajukan kepada teman baiknya. Rizman adalah teman sepermainannya sejak kecil lagi. Dialah tempat Aisyah meluahkan perasaannya. Rizman adalah pendengar setianya.

"Baru sampai. You nak ke mana berpakaian cantik macam ni?"

"I nak pergi rumah Azman. You ikutlah sekali temankan I."pujuk Aisyah. Naik turun dada Rizman mendengar nama Azman disebut.

"Eisya, kan I dah cakap Azman tu hanya permainkan you. Kenapa you tak nak dengar cakap I." Nada suaranya mula tinggi. Geram melihat sikap Aisyah yang tidak mendengar nasihatnya.

"Hei Riz, kenapa dengan you ni? Sejak I couple dengan Azman, you selalu mengata dia. I yakin dia tidak sama dengan lelaki-lelaki yang I kenal dulu."bentak Aisyah. Dia sudah tidak tahan mendengar Rizman bercakap buruk tentang Azman.


"I buat semua ini demi kebaikan you. I tak nak you kecewa lagi."

"Itu semua alasan you. Sebenarnya you cemburu dengan Azman sebab ramai perempuan tergila-gila kat dia dan bukannya kat you."

"Tak ada perempuan yang tergila-gilakan kat I?" Rizman ketawa terbahak-bahak mendengar kata-kata Aisyah. Aisyah seperti tersedar apa yang telah diucapkannya. Dia menelan air liur.

Rizman adalah lelaki paling kacak di universitinya. Jika dibandingkan dengan lelaki-lelaki kacak dari seluruh dunia, dia yakin Rizman akan mengalahkan mereka semua.

Wajahnya cukup sempurna. Tiada cacat celanya. Hampir beratus-ratus surat cinta yang diterimanya dalam sehari tetapi semuanya tidak dilayan. Rizman mempunyai peribadi yang mulia. Dia tidak pernah mengambil kesempatan terhadap perempuan-perempuan yang meminatinya.

"Eisya dengar sini, I dah beritahu you macam mana perangai Azman. Keputusannya terserah dekat you. Jangan datang cari I bila you kecewa nanti." Rizman mengangkat jari telunjuknya.

Aisyah menelan air liur mendengar ugutan lelaki itu. Hatinya mula resah memikirkan bagaimana kehidupannya tanpa Rizman. ‘Aisyah, kau kena kuat. Jangan bergantung pada Rizman lagi.’ Hatinya menjerit.

"Okey, I tak kan cari you lagi and you don’t care about me anymore."jerit Aisyah. Dia melihat lelaki itu pergi meninggalkannya.

"TAK guna punya Rizman. Bukan nak sokong aku, pergi matilah kau." Aisyah menyumpah seranah.

Dia melihat banyak kereta di hadapan rumah Azman. Dia melangkah masuk ke perkarangan rumah dan berhenti di hadapan pintu sambil membetulkan tudungnya. Bunyi riuh jelas kedengaran di luar rumah. Tangannya memegang tombol pintu dan memulasnya perlahan.

Diintainya dari ruang pintu yang sedikit terbuka. Jelas nampak di matanya Azman sedang bercumbuan dengan seorang perempuan yang berpakaian seksi. Dia beristighfar melihat kelakuan Azman.

Pantas dia menoleh ke belakang. Maksiat sedang berlaku di dalam banglo dua tingkat itu.

"Man, kau tak ajak girlfriend kau datang ke?" Aisyah mula memasang telinga.

"Eisya, dia tu bosanlah. Pegang tangan sikit pun tak boleh. Hei, korang ada bawa duit tak? Aku dah menang pertaruhan." Azman mula ketawa.

"Hebatlah kau ni Man. Dapat kau ayat awek tu."

"Hei, ini Azmanlah. Semua perempuan tergilakan kat aku. Perempuan macam Aisyah itu senang saja nak tunduk kat kaki aku."ujar Azman sambil menepuk dadanya.

Aisyah menekup mulutnya. Terkejut dia mendengarnya. Hatinya bagai dicucuk-cucuk kaca yang tajam. Pedih dan menyakitkan. Dia tidak mahu dikesani oleh Azman. Sesuatu yang buruk mungkin terjadi kepadanya jika terus berada di situ.

Pantas kakinya melangkah keluar meninggalkan perkarangan tersebut.Dia memandu kereta tanpa hala tuju. Pandangannya terasa kabur dan pipinya terasa hangat. Air mata sudah mengalir keluar membasahi pipi. Hatinya terluka mengenangkan dirinya dijadikan taruhan dalam sebuah ikatan percintaan.


Wajah Rizman bermain di ruang matanya. Dia perlukan lelaki itu di saat ini. Pertengkaran yang berlaku sebentar tadi menghalang niatnya untuk berjumpa dengan Rizman. Aisyah terus memandu membawa hatinya yang luka.

AISYAH terus menangisi nasibnya. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan. Fikirannya benar-benar buntu. Saat ini dia hanya inginkan pujukan dan nasihat Rizman. Lelaki itu telah meninggalkannya kerana sikapnya yang angkuh. Dia terkejut apabila terasa pelukan erat dibelakangnya. Namun bau wangian yang menusuk hidungnya benar-benar menggembirakan hatinya.

Pantas dia menoleh dan mendakap erat Rizman. Dia menangis teresak-esak di dada lelaki itu. Matanya dipejam serapat mungkin dan kehangatan yang menjalar ditubuhnya sedikit sebanyak menenangkannya.

"Menangislah sepuasnya. Luahkan segala perasaan yang terpendam."pujuk Rizman.

"Riz, dia permainkan I. I terlalu bodoh sehingga tak percayakan you. I bodoh Riz, sangat bodoh." Rizman melonggarkan pelukannya. Ditatapnya wajah Aisyah sedalam-dalamnya.

"Jangan cakap macam tu, Eisya tak bodoh. Semua ini bukan salah Eisya, Azman yang sebenarnya yang salah. Dia bukan lelaki yang sesuai untuk Eisya. Pasti ada lelaki yang terbaik untuk Eisya."

"I dah tak mampu nak serahkan jiwa I dekat mana-mana lelaki lagi Riz, I tak mampu."tangis Aisyah.

"Pasti ada lelaki yang terbaik buat you, pasti." Rizman memeluk Aisyah erat. Berharap gadis itu dapat mencari ketenangan di dalam pelukannya.

MATA Aisyah membengkak akibat menangis semalam. Hatinya menjadi lebih tenang. Dia menerima hakikat bahawa Azman bukan untuknya tetapi hatinya tidak mampu lagi menerima lelaki lain. Dia memasuki bilik air dan membasuh wajah bersihnya. Kemudian perlahan kakinya melangkah menuruni anak tangga.

"Good morning!!" Aisyah tersentak mendengar sapaan tersebut. Terbeliak matanya melihat Rizman sedang memakai apron. Matanya beralih pula ke arah meja makan. Sarapan untuknya telah sedia dihidangkan.

"Riz, apa yang you buat kat sini?" tergelak Aisyah melihat lelaki itu memakai apron. Kekacakan lelaki itu tidak sedikit pun berkurangan malah boleh memenangi ketegori suami pilihan wanita.

"Hari ini auntie benarkan I sediakan sarapan untuk you. Cepat turun, I masakkan special untuk you." Rizman sudah menarik tangannya. Tuala kecil yang tersangkut di bahu Rizman terjatuh dan Aisyah terpijaknya tanpa disedari.

Aisyah terjatuh di atas badan Rizman. Hidung mereka hampir bertemu. Wajah Aisyah berubah merah. Dia ingin bangun tetapi Rizman menariknya semula. Mereka berdua bertentang mata.

Aisyah menatap lama anak mata lelaki itu yang berwarna coklat. Seperti ada sesuatu yang menarik dirinya untuk menyelami ke dalam dasarnya. Penuh dengan perasaan kasih dan cinta. Hatinya berdebar tiba-tiba.


Saat ini hanya mata mereka saja yang berbicara. Terukir satu senyuman yang manis di bibir merah Aisyah. Dia mula membina angan-angan untuk hidup bersama Rizman.

Deheman yang kuat mengejutkan mereka berdua. Terbang segala angan-angan dan impian yang dibina sebentar tadi. Aisyah bingkas bangun dan membetulkan pakaiannya. Mak Jah yang baru menonton adegan tersebut hanya tersenyum.

"Eisya, Si Azman datang tu. Pergilah layan dia, mak cik buatkan air."ujar Mak Jah sambil menjeling Rizman yang masih lagi terbaring di atas lantai.

"Tak perlu Mak Jah, dia tak lama kat sini."halang Aisyah. Laju saja kakinya melangkah ke ruang tamu. Dia ingin menyelesaikan masalah mereka berdua secepat mungkin.

Rizman bingkas bangun dan mengekori Aisyah sehingga ke ruang tamu. Dia melihat Aisyah sedang berdiri membelakangi Azman.

‘Harap-harap Eisya tak tahu la.’desis hatinya.

"Azman, we need to talk. I tak dapat teruskan perhubungan kita lagi."ujar Aisyah tenang. Tiada lagi perasaan benci dan marah terhadap lelaki itu. Buat apa hendak menyeksa jiwa demi buaya darat macam Azman. Terkejut Azman mendengar permintaan Aisyah.

Dia bingkas bangun dari sofa dan berdiri di hadapan Aisyah. Terkejut Aisyah melihat wajah Azman yang lebam-lebam.

"Sayang, betul ke yang you dengan Si Rizman ada affair. Tell me the truth. Don’t do like this to me, I really really love you."pujuk Azman. Dia memegang bahu Aisyah tetapi pantas tangannya ditempis.

"Hei, don’t ever touch me again. Memang betul I ada hubungan dengan Rizman. Sekarang baru you rasa bagaimana perasaan seseorang itu apabila dipermainkan oleh orang yang dicintainya. You memang layak terima semua ini, bukan begitu?"sinis Aisyah.

"Sayang, apa yang you cakap ni? I ada buat salah ke?" Azman cuba meraih simpati.

"Memang you ada buat silap, sebab you la I dengan Rizman bergaduh. Sebab you la I menjadi seorang yang pentingkan diri, angkuh dan degil. Sebab you juga la I sudah tak percaya pada lelaki lagi. Semua ini salah you!!!"herdik Aisyah. Dadanya turun naik menahan marah. Kalau diikutkan hati, mahu saja dia membelasah lelaki itu.

"Eisya, Man masih tak faham lagi."

"You ingat I tak tahu yang selama ini you hanya permainkan cinta I saja. Sudah la Man, hentikanlah segalanya. I tak dapat teruskan perhubungan kita lagi. Kita tamatkannya di sini. You boleh pergi sekarang, I tak mahu tengok muka you lagi."

"Eisya, jangan macam ni lagi, I dah terima balasannya. You tengok muka I ni, habis lelaki tak guna tu belasah I."rayu Azman sambil menunjukkan kesan-kesan lebam di wajahnya. Berkerut dahi Aisyah memikirkan lelaki yang dimaksudkan oleh Azman.

No comments: