Tapi hari ini, apa pula mimpi si Amal menerima kunjungan mawar ini? Sebelum ini sudah lima kali bunga itu datang dan kesemuanya menjadi penghuni bakul sampahnya. Sayang betul.. bunga seindah itu tempatnya di dalam bakul sampah..
"Rita.. awak keluar dulu, panggilkan Khusyairah sekarang.." tanpa mengangkat muka Amal memberi arahan. Kay lagi!! Rieta melangkah ke mejanya di luar. Baru saja dia nak mendail tiba-tiba seorang gadis berkebaya labuh warna merah jambu datang ke arahnya.
"Panjang umur.. boss nak jumpa sekarang.." Kay mengangkat kening. Memang aku dah agak dah.. dengan sopan dia merapati pintu bilik boss yang garang macam harimau tu.
"Masuk!" Kay masuk dan duduk di kerusi di hadapan Amal. Matanya menjeling ke arah bunga mawar yang tertenggek elok di dalam vase. Dalam hati dia tergelak gila babi. Hahahaha.. padan muka.. akhirnya kau masuk juga perangkap aku!!
"Awak boleh tolong saya tak?" soal Amal.
tolong apa Encik Amal?"
"Tolong jangan mengata saya dalam hati.." errr… Kay menelan air liur. Ada ilmu ke dia ni boleh baca hati orang, walaupun tanpa menatap wajah aku yang dah semakin cantik ni?
"Kenapa Encik Amal nak jumpa saya?" soal Kay berani.
"Ayah saya kirim salam.." Ohh.. Kay senyum. Mesti dia tak sangka ayah dia kenal aku. Hmm.. ayah kau tu lebih bagus dari kau. Walaupun dah tua tapi perangai boleh ngam dengan aku tau?? Tak macam kau ni.. macam apa tah..
"Baru kirim salam dah senyum macam dapat bonus dua bulan gaji?" Aduss.. Kay menarik nafas. Sabar aje la aku dengan beruang ni..
"Err.. pukul 10 nanti awak stand by.. ikut saya pergi jumpa Encik Borhan kat KLCC.. bawa sekali list syarikat-syarikat yang berkaitan dengan projek empangan tu.. " Kay angguk. Hmm.. seronoknya aku! Makan free lagi. Untung-untung Adam ada sama! Kay tersenyum kecil membuatkan Amal menjeling.
"Kenapa?" soalnya, lantas menjeling ke arah mawar di hujung meja.
"Boleh saya keluar sekarang Encik Amal?" pinta Kay dan Amal mengangguk. Kay senyum lagi sambil menjeling ke arah mawar yang sudah mula diberi martabat menghiasi meja lelaki ego itu…
" I REALLY ADMIRE U AMAL!" Kay sengih lagi sambil mengisi gam pada sampul kecil itu. Kemudian dia menghulurkan duit kepada pemilik kedai bunga. Puan Suraya senyum.
"Macam kenal je orang nie.." Apa? Kay sengih.
"Kenapa.. dia ni selalu ke dapat bunga kak?" soal Kay. Jambang rose sebanyak 7 kuntum itu dibelek. Hmmm.. nak kenakan kau tak pasal-pasal duit aku terbang hari hari! Tapi tak apa.. ini saja caranya aku nak mengajar kau!
"Address adik?"
"Err.. kak.. saya ni peminat dia.. tak boleh bagi tahu.." Puan Suraya tersenyum mengangguk faham. Kay senyum lagi. Peminat betul saya ni kak.. tak lama lagi ada orang patah hati!
"Biasalah dik.. sekarang ni orang perempuan kena advance betul tak?" Puan Suraya tertawa kecil. Kay mengangguk.
"Akak dulu masa nak kenal husband akak.. kawan rapat tolong usahakan.. berkesan!" Kay sengih lagi. Kelakar pulak tokei kedai bunga ni!
"Apa kawan akak buat?" soal Kay berminat. Manalah tahu kalau-kalau boleh tackle si Adam tu! Hehehe.. tak malunya aku!
"Kalau nak tahu rahsia kenalah bagi pengerasnya.." Puan Suraya berseloroh. Kay tergelak.
"Adik nie.. umur berapa sekarang?" soal wanita bertudung biru itu.
"Err… nak masuk 25 kak.."
"Iye ke? Ingat baru 22.." Kay senyum.. biasalah kak.. natural beauty.. saya ni tak reti nak pakai bahan-bahan kosmetik nak menjahanamkan muka.. pakai kebaya ni pun baru belajar.. dan siapa lagi kalau bukan jejaka yang saya nak kenakan sekarang ni punya hal!
"Tak apa.. mula-mula macam ni la.. kasi bunga.. kasi kad.. lelaki ni.. sekeras mana pun dia mesti cair juga kalau dapat benda-benda macam ni.."
"heheh.. bukan lelaki saja kak.. saya ni sepanjang hayat tak pernah dapat bunga!" jawab Kay jujur. Puan Suraya tersenyum.
"Bohonglah!"
"Betul.. buat dosa je saya tipu akak.. er… kak, okey la yek.. dah lewat ni.. saya nak balik office dulu.. nanti saya datang lagi.. bye!" Kay melambai pendek sebelum keluar dari kedai bunga tersebut. Hatinya kian menguntum bila plan demi plan tersusun cermat di kepala..
KAY ternganga. Betul ke aku tak salah bilik ni? Dia melangkah perlahan-lahan menghampiri meja. Sejambak bunga mawar merah dan sekotak coklat menghiasi mejanya.. mak aii.. segera kad kecil itu dicapai. Aik.. Cuma tulis "Hi! Good morning.." saja?
"Ehem!! Ehemmm!!" Anis sudah tersengih di luar bilik. Matanya nakal merenung wajah Kay.
"Hi.. belum sampai sebulan tukar imej dah ada secret admirer?" perlinya sambil menghampiri meja Kay. Kay sengih.
"Dia tak mention pun siapa.." beritahu Kay lagi.
"woww.." Kay senyum.. mawar di jambangan dicium lembut.. emm wangi...
"Manalah tahu.. orang tu macho gile.." Anis senyum lagi. Kay angkat bahu.
Jam sudah menunjukkan pukul 11.50. Kenapa lambat sangat waktu beredar hari ini? Sedangkan sudah macam-macam kerja aku buat. Sebaik saja keluar dari office Amal tadi dia tekun menyiapkan beberapa kerja yang terbengkalai. Selesai dia sempat ke Account Department menyerahkan senarai syarikat-syarikat pembekal untuk diaudit. Kemudian dia pergi ke bank untuk memasukkan beberapa ratus duit untuk adik di MRSM Kuantan. Kemudian tak lupa dia singgah di Sue's Galery, kedai menjual bunga yang baru beroperasi tak jauh dari bank.
"Eh.. Kay.. kau tau tak sekarang nie.. boss hensem tu..hari-hari dapat bunga.." beritahu Anis excited.
"Iye? Ada juga orang nak sedekah bunga kat dia tu? Dah la sombong bukan main.." Kay menjuih bibir.
"Ishh.. kau nie.. walaupun dia tu kerek sikit.. tapi handsome tau.."
"Bukan boleh bahagia Anis kalau muka lawa.. tapi perangai menyiksa jiwa.. apa.. kau suka ke kat dia?" Anis tersengih malu.
"Sukalah jugak.. tapi kalau Encik Amal tu peramah sikit.. lagi suka.."
"Sampai mati la.. kau kawin cerai kawin cerai 4 keturunan pun belum tentu dapat.."
"Kau ni! Ada ke doakan aku macam tu.." Anis menarik muka. Kay tertawa.
"tak malu nak mengorat boss.." ejek Kay sambil mencapai handbag Bonia, milik along. Hehehe..
"Ehh.. nak ke mana ni?"
"Pergi makan,"
"Hii.. sejak bila ada boyfriend ni??" soal Anis pelik.
"Bukan dengan boyfriend.." Kay membetulkan rambut yang pendek sebelum melangkah keluar.
"Habis tu siapa?" soal Anis ingin tahu.
"Dengan beruang kutub.." jawapan Kay itu membuatkan Anis tertawa dan menggeleng kepala. Kay.. Kay.. jangan benci sangat.. nanti beruang kutub jadi cinta hati!
"KAU agak-agak.. siapa yang kasi bunga ni Odah?" soal Kay hairan. Jambangan bunga mawar yang diletak elok di depan pintu pagar di belek. Odah mengangkat bahu. Dia pantas mencapai bantal peluk. Mereka bergelimpangan di atas katil dalam bilik.
"Ala.. ada la mamat-mamat tak ada mata minat kat kau tu.."
"Amboii.. mulut kau.. ingat muka aku ni tak der value ker?" Odah tertawa melekek. Kay menguntum senyum. Jambangan bunga itu dibelai-belai. Pelik betul.. kat office dia kasi.. kat rumah pun dia kasi lagi! Mesti dia ni dah kenal sangat aku.. kalau tak takkan alamat rumah dia boleh dapat!
"kau tau Odah.. tak pernah aku dapat bunga macam nie seumur hidup.."
"So.. terharulah?" sindir Odah. Dia mencabut sekuntum dan diselit di celah telinga.
"Entah-entah abang polis depan rumah kita ni kot?" Isshhh.. !! Kay mengerut kening. Mustahil. Baru bulan lepas abang polis tu bergaduh dengan aku! Puncanya kucing si Odah berak atas seat motor besar dia. Si Odah ni pun satu.. bela kucing pandai..pas tu tak reti jaga..
"Takkan la.. "
"Habis tu.. takkan bai jual kain yang suka borak ngan kau tu!" Kay mencekak pinggang.
"Amboi kau ni Odah.. kalau yang buruk-buruk.. yang sememeh-sememeh je taram kat aku ye?? Tak boleh cari yang hensem sikit ke?" soal Kay bengang. Odah tertawa lagi.
"Nah amik kau!" Kay menonyoh kepala Odah dengan bantal.
"Ishh!! Apa ni! Abih la masker aku ni!" Odah menepis bantal dari terkena mukanya yang bertepek bancuhan masker warna hijau.
"Kau ni tepek masker hari-hari.. muka.. macam kawah gunung berapi jugak.." Kay sengih.
"Ehh.. mulut tu..kawah kawah pun ada admirer tahu.." Odah menjuih bibir.
"apa saja la korang berdua ni.." Along tiba-tiba muncul.
"Ni.. Kay ni pelik sejak dapat roses tu Along, sudah seperti kera mendapat bunga.." Odah ni!! Bantal di tangan ditekup ke kepala Odah. Keduanya bergumpal mesra di atas katil membuatkan Along tersenyum.
"Abih la masker aku…" Keluh Odah. Kay tertawa..
"along rasa siapa yang kasi bunga tu?"
"Mana la along tahu.. entah entah.. si Amal tak?" Apa? Ptuii Ptuii! Kay mencampak jambangan mawar itu ke tepi.
"Amboi.. benci betul nampaknya.." Odah menjeling.
"Ahh.. tak mungkin la.. dia tu mana ada perasaan. Dah tu buta hati.. buta perut.. segala-galanya buta la.. orang macam dia tu mana tahu berbunga-bunga nie.. perintah orang tu reti la.." jawapan Kay membuatkan Along tersenyum.
"Selalunya.. orang yang kita benci sangaaattt tu laaa yang kita dapat.."
"Puhh.. amin.. masin mulut along!" Odah cepat-cepat menadah tangan.
"Eh.. apa kau aminkan????" sekali lagi bantal dicapai dan tubuh Odah yang agak berisi itu dibalun bertalu-talu. Along tertawa melihat gelagat adik dan teman sepejabatnya itu. Tiba-tiba tawa mereka mati bila lagu MyLove kedengaran. Along cepat-cepat mencapai handset nokianya.
"Hello.. emm.. awak kat mana ni?.. iye?..Saya?.. emm dah..!! Tadi lagi.. apa?.. emm.. hehehe.. saya? Emm.. betul.. tak tipu.. rindu jugak..." Along tersengih-sengih dan bangun meninggalkan bilik itu. Kay dan Odah saling berpandangan. Alangkah syoknya kalau seperti along!! Kay baring di atas katil semula begitu juga Odah. Masing-masing tersenyum merenung siling.. sama membayangkan kebahagiaan yang Along kecapi saat ini. Itu la.. dulu jangan sesiapa berani sebut nama Suhaimi depan along. Alamatnya hari yang elok boleh bertukar ribut taufan! Tambahan pulak abang Mie tak hansem mana.. dah la hitam.. suka bertekak pulak tu! Itu cerita along la. Tragedi pertama mencetus perkenalan mereka semasa berebut teksi di Klang. Masa tu masing-masing nak kejar masa ke Puduraya. Maklumlah nak balik raya… sudahnya dua-dua ketinggalan bas. Apa lagi, sambil melalak along telefon abah di kampung beritahu terlepas bas, sedangkan esok sudah raya. Masa tu Kay masih di United Kingdom. Panik jugalah abah, tak pernah dalam sejarah anak sulungnya itu tak balik beraya, sedangkan KL dan Raub bukanlah jauh mana. Nak dijadikan cerita, tengah kalut-kalut bertekak menyalahkan sesama sendiri kawan abang Mie offer tumpangkan mereka sampai ke Bentung sebab dia dalam perjalanan ke Kuantan. Along masa tu nekad aje. Alang-alang dah terlepas bas, biar dia sama-sama bertanggungjawab.
Tiba di Bentung hari sudah hampir berbuka. Abang Mie juga yang mencari makanan untuk berbuka puasa. Dan, dia juga susah payah menghantar along balik selamat ke rumah. Yang ajaibnya.. tiba-tiba Abang Mie mesra dengan mak. Adik-adik yang lain juga bukan main gemar melayan Abang Mie. Itu la orang kata.. nak tackle anak, tackle mak bapak dia dulu. Lama jugalah keadaan itu berlalu. Dekat setahun, barulah along boleh terima Abang Mie. Itu pun lepas abang Mie tak jemu-jemu mengayat. Hantar kadlah.. hantar bungalah.. hantar coklat la.. kan bagus kalau aku pun macam tu?? Tapi.. ahh.. menyesal betul selama ni tak dengar nasihat mak dan abah. Sebenarnya aku bukan nak jadi macam ni. Nak buat macammana.. sejak kecil lagi kawan-kawan semua lelaki. Jadi, sampai ke besarlah aku terikut dengan cara mereka. Lagipun aku ni atlit sekolah. Apa saja acara aku tak masuk.. Cuma bola jaring je aku tak pernah cuba. Sebabnya.. aku ni terlalu ganazzz.. hehehhe..
"Odah.. kan ke best kalau sekarang ni kita macam along kan.." Kay tersenyum sambil menoleh ke arah Odah. Tapi ceh!!! Hampeh punya kawan! Ingatkan sama-sama menganyam angan, rupanya sudah jauh bermimpi sampai meleleh air liur basi!!
KAY terkaku di depan pintu bilik. Sejambak mawar merah lagi hari ini. Bunga yang semalam belum lagi layu, sudah datang bunga yang baru? Kay senyum.
"kepada sesiapa yang murah hati hantar bunga.. terima kasih.. hantar la selori pulak esok.." Kay bercakap seorang sambil membelek jambangan mawar itu.
"Love's for a lifetime not for a moment so how could I throw it away.. - Amir – " Wow.. hari ini dia kenalkan nama! Kay senyum lagi. Apa yang dia nak dari aku nie.. cinta? Chiii sehhh..
"Amboi.. patutlah bilik nie berseri-seri.. ada bunga lagi.." Anis, si makcik sebok datang menjengah. Kay senyum.
"Hi.. baju baru?" soal Anis melihat Kay menyarung sepasang kurung sutera warna merah jambu.
"Hei.. meh sini, tengok ni.." Kay menunjukkan kad yang kelima diterima sejak jambangan bunga datang setiap hari ke mejanya.
"Hmm.. Amir? Wah.. dia dah kenalkan diri.. bila pulak dia nak menjelma..?" Anis tersenyum.
"aku pelik nie.. poem nie.. " Kay mengeluarkan kad-kad yang diterima sebelum ini..
"Don't wanna wake up alone anymore.. still believing you'll walk through my door.. all I need is to know it's for sure.. then I'll give .. all the love in the world…. Emm…" Anis mengerut dahi.
"Ha.. ni bukan poem nie.. ini lagu la apa la kau ni!" Kay mengangkat kening.. lagu?
"Apa maksud dia kasi semua ni?"
"Mana la aku tahu.... nama dia pun dah diberitahu.. jadi.. pandai-pandailah.." Anis menasihatkan.
"Err.. aku amik satu ye? " panjang tangannya mencapai sekuntum dan berlari keluar. Ceh.. sejak seminggu ini memang tiap-tiap pagi Anis mengunjungi biliknya. Apa lagi kalau bukan nak curi satu tangkai bunga aku ni! Kay senyum.
"Hai Kay.. orang di sana tu pun dapat bunga.. kau pun dapat bunga.." entah bila Rita datang dia sendiri tak perasan. Kay tersengih sendiri.
"apa dia Rita?" soal Kay.
"Encik Amal kat sana pun sama macam kau.. terima bunga.. dah seminggu dah kau tau.. hi.. siapa la gadis misteri tu.."
"Iye ke gadis.. entah-entah.. maknyah tak? " Kay tertawa melekek.
"amboi.. kau .. kalau belakang dia.. " Rita menggeleng kepala. Bunga mawar yang diterima Kay turut dibelek. Cantik.. tapi..
"Err… Kay.. kalau tak silap aku, gubahan bunga ni serupa yang Encik Amal terima.."
"ahh.. mana boleh sama.. "
"betul.. aku cam riben nie.. memang sama.."
"Eh Rita, kau ingat riben macam nie satu kedai je ke ada?" Huh.. sungguh tak logik..
"tapi gubahan nie serupa betul.. jangan-jangan.." Rita merenung Kay lama.
"Jangan-jangan apa?"
"Penghantar bunga ni dari orang yang sama kot?" Apa? Ceh!! Kan ke bunga yang Amal terima tu aku yang punya kerja.. takkan aku nak hantar bunga pada diri sendiri kot..
"Merepek la kau ni Rita.. kat KL nie bersepah-sepah kedai bunga tau? Bunga ros.. bunga kekwa? Bunga untuk orang mati pun ada tau.." Rita angkat bahu. Orang cakap tak percaya! Aku tahulah sebab aku dah biasa dengan semua ni! Lain la kau tu.. baru nak belajar jadi perempuan tulen dah kerek semacam!
Deringan telefon mengganggu perbualan mereka. Kay memandang Rita. Alamak..beruang kutub memanggil ke?
"Hello," Hi Kay.." Kay menutup mulut. Adam!! "Hi.. lama tak dengar berita.." Rita angkat punggung bila Kay sudah mengenyit mata, isyarat tidak mahu diganggu.
"I baru balik outstation.. I nak ajak you keluar.. kita lunch?"
"emm.. bila?"
"Today.. I ambil you," Emm.. Kay menyelak-helaian demi helaian plannernya. Free.. free..yes!!
"Emm… okey!"
"Okey.. bye," Talian telefon terputus. Kay senyum penuh erti. Adammm…
HARI ini seperti biasa bunga lagi menghias meja. Kay senyum. Diapun dah tak kuasa nak fikir siapa yang jadi secret admirernya. Kalau dia betul-betul ikhlas, suatu hari nanti pasti dia akan muncul memperkenalkan diri. Lagipun sekarang ini dia semakin rapat dengan Adam. Hmm.. seronoknya bila diri disayangi.. Adam memang romantik dan kini Kay rasa kebahagiaan seperti along akan dikecapi tak lama lagi.
"Hello sayang.." Kay dah senyum saat suara itu singgah di telinga.
"Awak kat mana ni?"
"Kat site.. emm.. lunch ni I datang ambil you, okey?"
"Okey! I boleh aja.." Kay dah tersenyum gembira.
"Okey… nanti I ambil you.. bye.." Gagang telefon diletak. Kay tersenyum sendiri.
"Ada pun awak, ada meeting tergempar, tiada yang tidak berkecuali.." Puan Zuraidah muncul sambil mengepit fail.
"Apa puan? Tapi saya.."
"Boss yang keluarkan memo, tak percaya pergi baca kat board, I tolong beritahu saja.." Ala.. leceh.. Kay memusing-pusing pen di jarinya. Mesti ada yang tak kena tu. Kalau tak takkan semua kena masuk meeting. Biasalah.. harimau garang tu nak marah orang ajelah tu! Bingkas dia bangun mencapai sebatang pen dan fail menuju ke bilik mesyuarat..
Ada sesiapa nak jawab, kenapa bekalan tak cukup? Kenapa tiba-tiba pihak pelabur menarik balik perjanjian??" Amal merenung seluruh tulang belakang organisasi projek pembinaan Empangan Hidro itu. Masing-masing membisu seribu bahasa. Kay memusing-pusing pen di jari. Dan matanya resah merenung jam. Alamak.. dah hampir pukul satu..Tritt!! Tritt! Tritt! Ops!!
"Siapa pula yang gatal onkan handset tu?" Soal Amal. Seluruh mata merenung Kay. Cis! Handset yang terlupa dioff tadi dioffkan segera. Kay Cuma tunduk merenung kertas yang diconteng-conteng.
"Semua boleh keluar sekarang! Saya nak team yang bertanggungjawab atas projek ini buat satu siasatan.. by hook or by crook semua report mesti sampai ke meja saya Isnin depan, faham?" Amal memberi arahan dan segera keluar dari bilik meeting. Fuhhh.. masing-masing mengeluh lega. Tak pernah Encik Amal marah-marah begini.. Kay segera keluar dari bilik meeting dan bergegas ke biliknya. Dia cepat mencapai wallet dan handbag. Dia perlu segera turun kerana Adam sudah menanti lebih dua jam di lobby bangunan. Untuk masuk ke dalam pejabat dia perlukan pass pekerja.
"Khusyairah! Nanti dulu.." Langkah Kay mati. Dia tak jadi menekan butang lif. Amal mara menghampirinya bersama kepilan-kepilan file.
"Awak ikut saya ke Account Department, sekarang!" Arahnya. Kay rasa semangatnya terbang.
"Sekarang lunch hour.."
"This is an order!" Amal masuk ke dalam lif. Kay merenungnya dengan penuh rasa meluat. Salah orang lain aku pula yang kena! Dan dia tiada pilihan… langkahnya diatur masuk ke dalam lif.
"Awak nak janji lunch dengan siapa?" soal Amal sewaktu di dalam lif. Kali ini suaranya sudah lembut. Kasihan pula melihat wajah masam Khusyairah. Kay tak menjawab. Bukan urusan awak! Dan dalam hati dia menyumpah sendiri.. memang beruang tak ada hati perut!
"DON'T wanna wake up alone anymore.. still believing u'll walk through my door.. all I need is to know it's for sure.. then I'll give.. all the love in the world.." Amal tersenyum sambil menghayati CD lagu yang sedang berkumandang di dalam keretanya. Hari ini bukan saja dapat bunga.. tapi dapat CD sekali.. Amal senyum. Honda Preludenya dibelok masuk ke dalam garaj.
"Pak Ngah! Pak Ngah!" anak buahnya yang comel datang menyambut. Amal masuk ke dalam sambil mendukung Mursyidah. Amal senyum sambil menyalami umi dan abah. Kak Long yang sedang menyediakan hidangan petang tersenyum.
"Macammana kerja di pejabat?" soal abah.
Hmm.. boleh la abah.."
"Macammana dengan cadangan umi semalam?" soalan itu membuatkan Amal tersenyum.
"Sungguh ke abah dan umi berkenan?"
"Dia bukan orang lain.. anak saudara sepupu umi juga.." Amal mengeluh lagi.
"Mana-mana yang elok pada abah dan umi la.. Amal ikut saja apa yang baik, Amal masuk dulu abah, umi," Amal meminta diri.
Tiba di kamarnya dia merebahkan badan. Satu keluhan berat dilepaskan. Wajah ayu Aisha terbayang-bayang di ruang mata. Kelembutan Aisha membuatkan dia tak mampu melupakan gadis itu. Demi kerana cintanya pada Aisha dia langsung membujang hingga ke hari ini. Tapi hari ini dia tidak dapat berdalih lagi. Permintaan umi dan abah untuk menjodohkan dia dengan Putri tak dapat ditolak lagi. Kononnya nak merapatkan kembali hubungan kekeluargaan yang sekian lama terpisah. Lagipun Kak Long juga memberitahu.. Putri tak kurang cantiknya. Tentu mudah untuk jatuh sayang padanya. Ahh.. orang senanglah bercakap.. yang menghadapinya nanti, aku ni…
"KAK.. kay pelik la kak.. sejak Kay kasi bunga kat mamat beruang garang tu.. selama itulah Kay pun terima bunga dari somebody.." Kay mengusapkan mawar yang masih kudup itu ke pipinya.
"Hmm.. petanda baik.. ada orang sukakan Kay la tu.." Suraya tersenyum. Kay turut tersenyum.
"Tapi Kak.. macammana kalau Kay cari siapa orangnya?" soal Kay. Sejak dua minggu ini mereka menjadi semakin rapat. Apa lagi Kay memang melanggan bunga-bunganya untuk dikirimkan pada Amal. Suraya mencucuk bunga baby brush terakhir pada gubahannya.
"Cantik tak?" soalnya dan Kay mengangguk. Ala kalau tak cantik pun tak apa.. bukan aku nak kasi boyfriend!
"Apa Kay tanya tadi?" soal Suraya.
"patut ke Kay cari siapa orangnya?" ulang Kay lagi.
"Terpulang.. tapi kalau nak seronok tunggulah sampai dia yang call," Suraya mengenyit mata. Kay senyum lagi.
"Kak.. boleh Kay tanya sikit tak?"
"Tanyalah.. banyak pon tak apa.. bukan kena bayar.."
"Sejak bila akak pakai tudung?" soal Kay.
"Ohh.. sejak tamat ITM.. akak kawin terus pakai tudung.." Kay mengangguk faham. Entah kenapa dia amat suka melihat cara Suraya. Penuh kelembutan. Cantik dan sangat menawan.
"Agak-agak.. kalau Kay pakai tudung.. cantik tak?" soal Kay malu-malu. Hmm.. hari tu dia keluar dengan Adam, Adam ada memuji pelayan yang bertudung di restoren itu. Cantik katanya.
"Ni.. mesti kerana boyfriend ni.." usik Suraya.
"Tak ada la kak.. Cuma Kay rasa.. kita perlu berubah.. selama ni pun Kay tak seperti yang akak tengok ni.. dulu Kay pergi kerja pakai jeans.. pakai kemeja.. tapi sejak beruang ni datang.. Kay terpaksa pakai kebaya macam nie.." Kay menggigit bibir.
"Kay.. Kay tak rasa bersalah ke permainkan orang?" soal Suraya.
"Bersalah jugak.. tapi kalau dengan Amal ni.. sikit pun tak!" jawab Kay. Suraya menggeleng kepala.
"Anda pasti?" soal Suraya mengusik. Kay senyum.
"Kalau dia jatuh hati kat Kay, Kay belanja akak nasi minyak.." usik kay.
"Okey la kak.. dah lama Kay kat sini. Kay balik dulu.." Suraya mengangguk dan melihat gadis tinggi lampai berkebaya hijau itu keluar dari kedainya.
"KAY, Encik Amal nak jumpa, Sekarang," suara Rita di corong telefon kedengaran. Kay menepuk meja geram. Apa lagi yang orang tua ni nak?? Kay melangkah malas menuju ke bilik boss. Amal sedang menanti dengan tenang.
"Duduk," Kay menurut. Amal bangun dan menutup pintu bilik. Alamak.. apasal pulak dia tutup pintu? Seram jugak aku.. Kay bertenang selagi boleh.
"Saya nak tanya sikit ni.. soalan personal.." Amal memandang Kay tepat.
"Apa dia Encik Amal?"
"Dah berapa kali awak keluar dengan Adam?" Amboiii… ni dah nak menyibuk tepi kain aku nie..
"Itu hal personal saya Encik Amal.. Encik tak perlu ambil tahu.." jawab Kay.
"Khusyairah, saya tak kisah kalau awak keluar dengan lelaki lain.. tapi saya nasihatkan awak jangan keluar dengan Adam lagi.." wahh wahh.. siap warning tu!
"Terima kasih tapi Encik Amal, Encik tak ada hak untuk mengatur personal life saya.." Kay segera bangun dan menuju ke pintu.
"Khusyairah, saya buat begini demi kebaikan awak.. terpulang.. saya kenal Adam macammana.." Kay terus memulas tombol pintu. Ceh.. kenapa dia ni tak habis-habis nak memusnahkan hidup aku? Kay berjalan laju menuju ke bilik. Jambangan besar mawar merah yang diterima pagi tadi menghiasi meja. Nasib baik aku dapat bunga dari peminat aku ni.. kalau tak memang aku tak boleh nak kawal marah ini. Kerja-kerja yang terbengkalai tadi diteruskan. Hmm.. kenapa si Amal tu macam berdendam dengan aku? Bukan aku pergi kacau hidup dia.. tapi dia yang banyak campur tangan dalam hidup aku. Penampilan aku dulu dia tak suka, aku dah ubah. Aku turut kehendak hati perut dia tu walaupun hati aku tak rela sebenarnya. Hari ini dah nak tentukan dengan siapa aku boleh dan tak boleh berkawan pulak.. ini sudah lebihh…
"Hello Kay.." Adam?? Kay dah tersenyum lebar melihat lelaki yang sedang tersenyum.
"Jom.. lunch.." pelawa Adam. Sambil itu dia menjeling pada jambangan mawar merah di atas meja.
"Dari siapa?" soalnya. Kay tidak menjawab sebaliknya terus mencapai handbag.
"Jom, kita lunch.." dan Kay terus meninggalkan pejabat walaupun jam baru pukul 11.20 pagi…
Friday, June 3, 2011
Thursday, June 2, 2011
Disini Ada Cinta - Ep1
"Mulai hari ini saya nak tengok awak pakai pakaian yang sepatutnya ke office, kalau tak tahu awak boleh minta dari Rita Etika Berpakaian, faham?" Eiii… Kay rasa nak gigit-gigit saja pen pemberian Boy. Nasib baik aku bersabar banyak hari nie.. kalau tak.. Kay membelek baju kurung milik Odah yang dipinjamnya. Selama seminggu ini dia terpaksa menurut kehendak hati boss intan payung, intan berlian beruang kutub tu. Celaka betul! Kay teringat-ingat lagi peristiwa minggu lepas. Peristiwa yang merampas hak dan prinsipnya selama ini.
"Awak masuk sekejap ke bilik saya," Arahan dari gagang telefon itu membuatkan Kay membelek diri. Sambil kaki melangkah sambil itu dia cuba menyemak di dalam kepala kot-kot ada salah dan silap. Seingatnya dia melakukan semua kerja dengan baik. Minit-minit mesyuarat Lembaga Kewangan Syarikat pun sudah 70% siap. Lagipun dia yang memberi tempoh sampai minggu depan.
Dulu awak study kat mana?" Belum sempat Kay memberi salam soalan itu dah terpacul dari mulutnya.
"DeMonfort,"
"Ohh.. sekarang nie awak kat mana?"
"pejabat Encik Amal lah,"
"Malaysia kan?" Kay merenungnya sambil mengangguk pendek.
"Mulai hari ini saya tak mahu lihat awak pakai ikut suka hati awak macam yang awak pakai hari nie," Kay terbeliak.
"Tapi Encik Amal saya pakai macam nie sebab senang nak ke site," Kay cuba membantah.
"Sini banyak juga engineer perempuan tapi mereka masih boleh pakai baju kurung.. " Kay terpaku. Memanglah si Hasanah dan Julia selalu berbaju kurung kerana mereka memang begitu dari dulu. Tambahan pula mereka jarang ke site. Si Hasanah sedang mengandung 6 bulan dan Julia pula lebih senang menguruskan hal di pejabat melalui telefon sahaja. Kalau ada apa-apa masalah dia lebih senang meminta Kay ke lokasi pembinaan.
"You la pegi Kay… sekurang-kurangnya you boleh belajar.." dan Kay memang tak kisah kalau Julia atau Hasanah meminta kerjasama darinya. Mereka juga senior yang baik dan selalu membantu. Lagipun Kay memang suka berada di site daripada terperap di office.
"Kay.." Rita sudah tercegat di hadapannya sambil menghulur file.
"Beruang kutub tu nak apa lagi Rita?" soal Kay bosan. Rita tertawa kecil. Sejak dua bulan mereka sebumbung tak pernah sekali Kay menyebut nama Pengarah yang baru. Lebih-lebih lagi baru-baru ini Kay diarah bertukar rupa.
"Dia suruh ikut format yang betul.. " Kay menarik muka masam. Dia ingat aku nie apa? Kadang-kadang mahu saja dia memprotes pada beruang kutub itu. Memang tak logik tugas menaip dan menyiapkan minit mesyuarat yang langsung tak ada kena mengena dengannya. Kay Cuma masuk untuk menyerahkan laporan Pembinaan Kondominium Qursiah alih-alih tugas itu diserahkan kepadanya memandangkan waktu itu setiausaha mesyuarat terpaksa pulang kerana ada kecemasan. Memang dasar beruang kutub! Malah, sejak Tuan Haji Ariff bersara hidup Kay sudah tidak sebebas dulu. Dulu dia bebas untuk memakai apa sahaja, bila-bila masa sahaja dia boleh berada di office tapi kerana Tuan Haji Ariff tidak terlalu protokol orangnya. Asalkan kerja siap, pandai menjaga nama baik syarikat sudah cukup buatnya. Tambahan pula memang masa Kay lebih banyak di site. Tuan Haji Ariff juga amat mengambil berat tentang diri Kay dan menganggapnya seperti anak sendiri. Tapi sejak beruang kutub itu datang menggantikan tempat ayahnya segala-galanya bagai dirampas.
"Kan saya dah buat ikut format?" soal Kay tak puas hati. Rita Cuma mengangkat bahu.
"Dia nak awak ikut format macam Encik Kenny buat.. contohnya awak boleh dapatkan di bilik fail.. minta kat abang Awang," Rita mengangkat kening dan tersenyum.
"Rita, awak tak ada simpan copy ke?" Rita menggeleng.
"Sekarang nie kan dah dekat pukul 5.00, Abang Awang mesti dah balik," Rita senyum lagi.
"Encik Amal kalau boleh nak esok siap, sebab the next meeting may be this coming Thursday." What? Kay menjeling kalendar. Hari ni dah Rabu. Gila ke apa.. dah la minit nie tebal nak mampus!
"Habis tu?"
"Esok dia nak tengok minit nie Kay," Rita seakan bersimpati.
"Aku balik dulu ye.. bye," Rita melangkah keluar dari biliknya.
Kay mengomel kecil. Itu salah ini salah.. lain kali buat sendiri! Tak pun kenapa tak minta saja Puan Zubaidah buatkan? Bukankah dia Setiausaha Mesyuarat hari itu?
Kay melepaskan keluhan. Laporan yang dia kira sudah terbaik itu dibelek. Jam di dinding menunjukkan pukul 5.30 petang. Hmm.. balik sekarang pun tak guna.. jalan mesti jammed punya.. Mana aku nak tengok contoh format baru? Kenny tu mesti dah balik. Orang di Bahagian Operasi selalu balik on time, nak nak pulak awal bulan macam nie…cepat jer lesapnya!
"Daripada termenung macam tu, kan lebih baik awak balik saja?" Kusmangat!! Kay terperanjat beruk. Makhluk yang berdiri di depan biliknya tersenyum menyindir. Eii.. sakit mata. Seboleh-boleh dia tak mahu menatap muka pak cik seorang nie. Apasal dia tak balik lagi?
"Encik Amal, saya tak faham kenapa Encik Amal tak setuju dengan minit yang saya dah buat ni. Bukan ke Encik Amal juga yang suruh saya buat ikut format terbaru?" Walaupun tak kuasa nak menatap wajah orang yang paling tak disukai tapi Kay memaksa diri. Nanti dikatakan biadab pula kalau muka dialih ke dinding.
"Format tu tak sesuai, so saya nak ikut format Encik Kenny buat,"
"Boleh saya tau macammana bentuk format tu?" soal Kay.
"Itu usaha sendiri. Kalau tidak baik saya buat semua tu sendiri.." Beruang kutub itu berlalu dengan egonya. Eleh!! Berlagak!!
"Baru balik Kay?" sapa Kak Long bila melihat Kay merebahkan badan di atas kerusi empuk. Jam sudah menunjukkan pukul 9.30 malam.
"Dah makan?" soal Kak Long dan Kay mengangguk.
"Makan kat mana tadi?" soal Kak Long lagi.
"Office," jawab Kay ringkas.
"Office?"
"Ye kat office.." Jawab Kay sambil mencapai remote. Channel ditukar. Kak Long menggeleng kepala. Dia meneliti tubuh Kay yang meniarap di atas kerusi. Selama ini memang payah nak melihat Kay menyarung baju kurung ke tubuh. Memang sejak kecil lagi Kay lebih gemar berseluar. Rambut juga jangan mimpi hendak mencecah bahu. Cepat saja dia menyorong tangan meminta duit dari arwah ayah minta duit untuk ke kedai gunting.
"Kak Long dah beli baju kurung yang Kay pesan semalam?" soal Kay.
"Err.. dah tapi, baju kurung tak de saiz la Kay.. semua XL, " Kak Long bingkas bangun dan mencapai bungkusan yang diletakkan di atas meja.
"Habis tu?"
"Kak Long beli kebaya, boleh?"
"Apa?" Kay terjerit. Aduiii … kebaya pulak!!! Seumur hidup tak pernah dia memakai kebaya kenapa kali ini Kak Long beli pulak?
"Ala apa nie Kak Long?? Kak Long nak bunuh Kay ke?" Kay mengerut muka. Kak Long senyum.
"Ala boleh la.. dah tak de choice.. kak Long sempat pergi butik Arena nie jer.."
"Ngape tak cari kat Semua House? Ala yang murah-murah pun tak apa.." Kay menepuk dahi. Kak Long tertawa lagi.
"Ala nanti pinjam aje la baju Kak Long.."
"Mana boleh.. Kak Long kan pendek.. ni beruang kutub tu la punya pasal!!!" Kay menumbuk mini kusyen.
"Kau nie Kay.. tak habis-habis nak mengata si Amal tu.."
"Arrrgghh.. jangan sebut nama dia.. mendidih tahi telinga aku!"
"Kay.. kan mak pesan jangan benci sangat.. nanti jadi suka siapa yang susah? Kak Long jugak yang susah…" Kak Long dan Odah saling tersenyum.
"Ha ah Kay.. nanti apa yang terjadi pada Kak Long kau nie terjadi kat kau pulak.." sampuk Odah.
"Ala.. perempuan bodoh je yang tergila-gila kat beruang tu.. dah la! Kay nak mandilah!" Kay bangun dan mengendong plastik itu ke bilik. Baju kebaya Kota Bharu berwarna merah bata itu direnung lama. Gila, takkan aku nak pakai baju nie esok? Dah la esok kena pegi site! Kay merebahkan badan di atas katil. Amal.. Mohd Amal.. anak lelaki Tuan Haji Arif yang banyak memusnahkan hidupnya. Argghh.. dari kecil sampai la sekarang tidak ada seorang pun yang berani menegur cara penampilannya. Baik di sekolah mahupun di universiti dahulu. Pun sejak berkhidmat di syarikat Tuan Haji Ariff 4 bulan yang lalu, tiada masalah tentang penampilannya. Tetapi sejak Tuan Besar Mohd. Amal datang menggantikan ayahnya hidup Kay dirasakan seperti dalam penjara. Argghh!! Bencinya!!
Kay membetulkan duduknya sewaktu mengadap boss. Encik Shariff dan Shamsul menjeling-jeling sambil tersenyum. Kay mencebik tanda protes.
"Kalau yang ini macammana Shamsul?" soal Amal sambil menunjukkan sesuatu pada pelan.
"Hah? Err.. apa dia Encik Amal?" Shamsul menggelabah seketika membuatkan Kay tersenyum. Padan muka, main mata lagi dengan aku..
"Saya tanya apa pendapat awak kalau jenis yang ini kita tukarkan dengan material yang bermutu sikit.." ulang Amal.
"Err.. apa pendapat you Kay?"
"Kay? Kan nama dia Khusyairah, " Tegur Amal. Kay mengigit bibir. Dia buat dah..
"Err.." Shamsul merenungnya serba salah.
"Panggil nama dia dengan betul.."
"Tapi semua orang memanggil saya Kay sejak sekolah rendah lagi Encik Amal," potong Kay lembut.
"Sekarang nie awak bukan budak sekolah rendah lagi.." kata-katanya membuatkan Kay terpukul.
"Kalau nak jadi budak sekolah rendah awak boleh bungkus then balik semula ke zaman tu.." Mak aiii… ini dah lebih..!!! Shamsul dan Shariff tergelak kecil.
"Err.. you all nak tengok tapak tu pukul berapa?" soal Amal.
"Kejap lagi Encik Amal.."
"Okey you all boleh pergi sekarang.." Pehh…!!! Lega.. Kay lah orang pertama yang bangun bila mendengar arahan begitu.
"Kecuali Khusyairah.. awak tunggu.." Kay terbeliak. Shariff dan Shamsul Cuma berpandangan sebelum keluar dari bilik.
"Kerja yang saya suruh buat semalam tu dah siap?" soalnya. Kay mengangguk, padahal dia minta si Julia Typist kat Human Resource Department yang buatkan.
"Bagus! Nah ambil yang ini pula.. awak tolong retype.. buat format yang sama, esok pagi-pagi saya nak awak beri pada saya balik, faham?" Kay merenung wajah handsome itu lama.
"Encik Amal, bukan ke kerja-kerja retype report ni kerja secretary atau typist?" soalnya dengan rasa geram.
"So, engineer tak boleh buat semua tu la?" soalnya kembali sambil tersenyum sinis.
"Saya boleh buat semua tu tapi ini bukan bidang tugas saya.."
"Saya boss di sini.. jadi saya berhak arahkan awak buat apa saja.. awak boleh keluar sekarang.." Kay menggigit bibir. Nasib baik la kau ni anak big boss.. kalau tak dah lama kaki tangan aku ni naik ke atas meja kau! Dengan geram dia mengambil dua buah report yang terletak di hujung meja dan keluar dari bilik itu. Laju langkahnya menuju ke lif. Tiba di tingkat yang dituju dia mara ke bilik. Benci! Benci! Kay mengurut dada yang sedang membara macam api itu. Sejak dia wujud dalam pejabat ini semuanya serba berubah. Pertama sekali, bab pakaian.. kerana dialah aku terpaksa pakai benda-bende leceh ni! Itu tak apa lagi.. tapi bab cerewetnya memang tak boleh lawan. Tak pasal-pasal jer ari tu dia suruh Kay masuk meeting ambil minute.. gila! Dan sekarang ni pula.. nampaknya dia semakin suka tengok aku 24 jam kat dalam office. Tengoklah tadi.. elok-elok kami dah plan nak melawat ke tapak pembinaan kilang tiba-tiba je dia suruh aku buat kerja-kerja bodoh ni. Padahal bukan ada apa pun yang nak dibetulkan. Sengaja dia nak kenakan aku!! Nasib baik aku pikir aku ni makan gaji dengan kau.. kalau tidak jangan haraplah aku nak ikut cakap kau tu! Mak dan abah aku pun tak cerewet macam kau! Kay berpusing-pusing di atas kerusi sambil menatap siling. Apa aku nak buat ni? Macammana caranya aku nak ajar dia? Orang sombong dan berlagak tu mesti diajar!
"Hah!! Mana nak siap kerja kalau asyik tengok ke atas.. karang runtuh pulak siling tu.." Kusmangat!!! Kay bingkas bangun. Beruang kutub sedang merenungnya lama. Rupanya dari tadi lagi dia nampak apa yang Kay buat.
"Sudah.. ada nampak Rita?" soalnya. Kay menggeleng. Takkan setiausaha sendiri tak tahu ke mana hilangnya!
"Saya dah lambat nie.. cepat ambil beg awak.. ikut saya.."
"Kenapa?" soal Kay dengan rasa bosan.
"Lunch!" Apa? Ajak aku lunch? Amal sudah pun berlalu menuju ke ruang legar mendapatkan lif. Alamak.. Kay dengan berat mencapai beg tangan di dalam laci….
YA TUHAN… betulkah apa yang aku lihat ini? Adakah mataku tak berdusta???
"Ehemmm!!!" batuk Amal itu membuatkan Kay tersedar. Sekali lagi dia terpegun bila jejaka yang berdiri di hadapannya itu melemparkan senyuman paling manis.
"Siapa ni Mal? Ini ke secretary kau?" soalnya sambil mata tak lepas menatap Kay yang kelihatan langsing memakai kebaya pendek. Hmm.. tak silap aku pakai lawa-lawa hari ni.. rupa-rupanya nak jumpa prince charming!!
"Bukan.. ini assistant paling junior .. kat tempat aku.."
"Cantiknya…." Pemuda itu tersenyum nakal membuatkan Kay malu dipuji begitu. Alah mak.. iye ke anak mak ni cantik? Kalau Kay tahu awal-awal lagi Kay pakai macam ni..
"Cantik, memang cantik.. tapi kalau pakai tudung lagi cantik.." Adussss… Kay menjeling Amal yang selamba berkata-kata. Bikin panas betul beruang gila isim ni! Pemuda itu tergelak melihat adegan jeling menjeling antara mereka.
"Kau tak nak kenalkan aku ke?" soal pemuda itu lagi. Nak! Nak! Cepatlah kenalkan kita orang! Kay berbisik sendiri.
"Sorry la.. kau ada mulut kan? Kau tanya la dia sendiri.. tapi.. kalau kau kenal dia pun kau mesti menyesal.." Amal berlalu selamba mengambil makanan. Kay memandangnya dengan seribu perasaan yang berapi. Ceh!! Memang pendengki punya manusia! Tadi konon-konon ajak aku lunch.. rupanya aku ni bidan terjun je! Sepatutnya si Rita yang kena ikut dia jumpa klien dari Perancis tu. Sekali, si Rita sakit perut pula.. terus dia ajak aku sebagai ganti. Konon-konon terasa bertuah la juga dapat merasa masakan Perancis nanti. Tapi last minute klien bangang tu pegi cancel lak. Ada hal lain. Si Amal kedekut ni apa lagi.. terus ajak aku makan kat tempat lain. Dia nak cari nasi katanya. Okey la tu.. mesti kat hotel ke.. restoren ekslusif ker.. rupa-rupanya.. kat Medan Mara!!! Arggghhh!!
"Saya Adam.., kawan satu course dengan Amal masa di London dulu.." Adam memperkenalkan diri. Kay kembali tersenyum. Nasib baik la ada kau wahai si kacak!
"Saya Khusyairah.. panggil Kay jer.." Adam mengangguk.
"Sedap nama tu.. sama dengan nama mak saya.. jemput duduk Kay," pelawanya sambil menarik sebuah kerusi. Mak aii.. gentlemannyer!!!! Tak pernah seumur hidup Kay dilayan begitu. Seronok juga rupanya jadi orang perempuan ni..
"So.. dah lama kerja dengan Amal?" soal Adam.
"Kerja dengan dia baru lagi… baru masuk dua bulan.. tak tahan la.." jawapan Kay itu membuatkan Adam ketawa besar. Amal.. siapa tak kenal. Cerewet.. memilih.. cakap dia aja yang betul..
"Tapi dia baik.. percayalah.. nanti lama-lama you tahu la siapa Amal sebenarnya.." What? Lama-lama? Sorry la Encik Adam.. cukup bulan depan aku nak hantar notis berhenti kerja.. Tak kuasa aku nak duduk celah ketiak masam dia tu!
"Err.. sorry la mengganggu ye.. kalau iye pun dah syok sangat berbual.. pergi la ambil makanan dulu.. aku risau kan kau Adam.. kau tu ada gastrik.. si Kucai ni kalau tak makan pon tak apa.." Apa??? Dia panggil aku Kucai??
"Kau orang ni lawaklah!!" Adam bergegar-gegar satu badan menahan tawa. Kay rasa moodnya yang berkobar-kobar tadi dah hilang entah ke mana. Wajah selamba Amal dijeling geram. Tahulah aku ni baru belajar nak jadi perempuan idaman kau! Dari atas sampai bawah kena ikut taste kau.. tapi janganlah pula rosakkan perasaan yang baru berputik ni bodoh!
"Jom Kay, kita pilih makanan.." pelawa Adam. Hmm.. kau ni memang best la! Dengan sombong Kay bangun meninggalkan Amal yang Cuma menjeling sambil menyuap nasi.
KAY tersenyum panjang sambil memintal-pintal bucu sarung bantal. Kehandsomanmu.. Ketawamu.. Matamu yang redup.. Hidungmu yang mancung.. Rambutmu yang lurus…Keningmu yang seksi.. Bibirmu yang ramah…
"Woiii!!!!" Mak kau!!!! Kay terperanjat beruk bila tiba-tiba satu makhluk melantun ke atas katilnya. Odah ketawa terkekeh-kekeh melihat muka Kay yang macam kena letupan bom ikan.
"Kau ni Odah.. kalau masuk tu tak beri salam tak boleh ke?" soal Kay geram. Baru aku nak berangan dan membayangkan kehandsoman Adam.. dah dia datang menyibuk.
"Ada orang telefon kau.." ala.. sapa pulak yang telefon ni??
"Lelaki ke perempuan.." soal Kay lagi.
"Tah.. suara macam macho jer.. " Apa? Macho? Jangan-jangan Adam! Tadi aku ada bagi no telefon rumah sebab dia yang minta. Nombor Handset pun aku kasi sekali.. heheh..Kay melompat dari katil dan melangkah keluar dari bilik. Meja telefon yang comel diterkam.
"Hello Adam…"
"Amboi.. dah tak reti nak bagi salam?" Alamak!!! Abah aku!!
"Err.. assalamualaikum bah.. sihat? Mak mana? Atuk ada datang rumah bah? Lembu kita yang sakit dulu dah okey bah?" Kay menggaru kepala yang tidak gatal. Mampus aku.. si Odah dah tertawa lucu di balik langsir. Cis!! Kau kenakan aku rupanya!!
"Along kamu mana ni?" eh.. abah nie.. orang tanya dia , dia tanya kita balik pulak!
"Keluar makan dengan Abang Mie.. kenapa bah?" soal Kay lagi.
"Minggu depan balik kampung iye Kay? Abah nak buat kenduri sikit.. cakap dengan along kamu. Kalau dapat baliklah lama sikit. Boleh tolong mak kamu ni.." suara abah kembali lembut.
"InsyaAllah abah.." jawab Kay sopan.
"Jaga diri elok-elok.. jangan buat perangai tak senonoh.. kerja baik-baik jaga hati ketua.. dan satu lagi.. bawa-bawa belajar pakai baju orang perempuan.. ingat tu?" Kay tergelak kecil. Buat lawak pulak abah aku ni. Tak payah abah risau.. sekarang nie dah ada sorang pakcik yang dah buat Kay sengsara kat sini bah!
"Okey la bah.. Kay nak mandi ni.."
"Apa? Baru nak mandi? Dah sembahyang maghrib ke belum?" soal abah terperanjat. Errkk…
"Dah.. tadi dah sembahyang.." Ciss!! Kantoi lak aku ngan abah!!
"Okey la ye Abah? Bye.. assalamualaikum…" cepat-cepat gagang diletak. Tak larat nak dengar abah bersyarah dalam telefon lama-lama! Ces.. mana si Odah ni.. kenakan aku rupanya!!
"Woii… pompuan tak basuh berak..! Kau kenakan aku ye?" Odah Cuma tertawa sambil mengunyah maggie.
"Kau ni kenapa.. sejak balik petang tadi bukan main lagi kau terlentok sana terlentok sini.. pandang tv senyum.. tengok dinding senyum.. gila ke demam?" soal Odah. Kay tersenyum lagi.. kau tahu tak hari ni aku bertemu dengan jejaka yang handsome gila.. yang macho gila.. yang baik giler.. yang gentleman giler… tapi! Si Amal busuk hati tu memang dengki kat aku! Kay mengetab bibir. Teringat kata-kata berbisa dari Amal siang tadi.."kalau nak cari perempuan, cari yang betul-betul ada sifat perempuan iaitu.. kelembutan.. bukan macam jantan!!" Kay rasa nak bakar aje mulut lelaki itu. Di kepalanya kini tertera sesuatu.. yes.. nanti kau akan tahu langit tinggi rendah Amal..
RIETA senyum bila melihat jambangan bunga mawar sebanyak 3 kuntum itu tidak lagi dibakul ampahkan oleh Amal. Akhirnya dia terima juga kehadiran mawar-mawar itu!
"Kenapa awak berdiri macam tugu negara tu Rieta?" soal Amal bila melihat setiausahanya tersenyum-senyum. Orang suruh ambil dictation dia pergi tersengih merenung bunga yang terletak elok dalam vase.
"Err.. tak ada apa Encik Amal.." Rieta suspen melihat wajah serius bossnya. Huh.. harap muka je hensem.. tapi kedekut senyum! Dia tahu Amal serius orangnya. Bukan senang nak dibawa bergurau.. silap-silap nanti tak pasal-pasal kena buang kerja. Berbeza dengan ayahnya dulu. Tuan Haji lebih cool dan suka berjenaka. Dan salah seorang pekerja favourite Tuan Haji Ariff ialah Kay. Kay memang pandai mengambil hati orang tua. Walaupun kurang manis kerana suka berpakaian lelaki tapi Kay seorang pekerja yang ringan tulang dan amat menghormati senior. Tapi sejak anak bujangnya menggantikan tempat sementara Tuan Haji pergi bercuti di luar negeri.. segalanya sudah berubah.
Tapi hari ini, apa pula mimpi si Amal menerima kunjungan mawar ini? Sebelum ini sudah lima kali bunga itu datang dan kesemuanya menjadi penghuni bakul sampahnya. Sayang betul.. bunga seindah itu tempatnya di dalam bakul sampah..
"Rita.. awak keluar dulu, panggilkan Khusyairah sekarang.." tanpa mengangkat muka Amal memberi arahan. Kay lagi!! Rieta melangkah ke mejanya di luar. Baru saja dia nak mendail tiba-tiba seorang gadis berkebaya labuh warna merah jambu datang ke arahnya.
Sambung

Mimpi Seorang Isteri
Pada suatu pagi ketika bangun dari tidur, seorang isteri berkata pada suaminya, "Tadi malam Ayang bermimpi Abang menghadiahkan Ayang set barang kemas berlian di hari Valentine ini. Apa pendapat Abang mengenai mimpi Ayang?".
"Ayang pasti akan mengetahuinya malam ini jugak" jawab suaminya sambil membisik manja. Malam itu si suami memberikan kepada isterinya sebuah bungkusan hadiah.
Dengan hati berdebar-debar penuh rasa seksaited (s@#$ally excited) si isteri tersebut membuka bungkusan hadiah itu perlahan lahan dan isi bungkusan hadiah tersebut adalah sebuah buku yang berjudul: "Jenis-jenis Mimpi dan Maksudnya"...

Di Klinik
Satu hari di klinik swasta... Kudut datang berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan sakit belakang.
Doktor: Apa hang dah buat dgn belakang hang ni?
Kudut: Saya keje syif malam. Bila saya balik umah saya kat tingkat 3 pagi tadi, saya dengar bunyi bising kat dlm bilik tido saya. Saya saspex ader org dah tido dgn bini saya. Saya tgk pintu balkoni saya terbuka. Saya berlari ke situ, jenguk ke bwh dan nampak sorang lelaki kelam-kabut lari sambil pakai baju dan seluar dia... pas tu saya trus angkat peti ais saya dan campak kat lelaki tu. Tu yg sakit belakang sampai skrg ni, doktor.
Tetiba, Chet meluru masuk ke bilik rawatan. Keadaan Chet nampak serius seolah-olah baru lepas dilanggar kereta,
Doktor: Uih! Pesakit yg saya tgh periksa ni nampak teruk. Tapi hang lagi dasyat aku tgk... apa dah jadi?
Chet: Saya dah lama menganggur. Ari ni ari pertama keje baru saya. Tapi saya lupa set alarm semalam dan pagi ni saya dah terlambat. Tgh saya berlari ke stesen bas sambil pakai baju dan suar saya, tetiba je ada sebijik peti ais hinggap kat belakang saya, doktor!
Kemudian, Chot masuk ke bilik doktor tadi. Keadaan Chot lagi teruk daripada Chet dan Kudut. Doktor terkezut bewak...
Doktor: Hang pesal lak ni?
Chot: Saya ada kat dlm satu peti ais. Tetiba jer ader org campak peti ais tu ke bwh dari tingkat 3, doktor!!!

Cintaku..Cintamu Jua
“Wei, apa duk termenung ni? Tak de kerja ke?” Aku tiba-tiba je di tegur oleh seseorang. Tegas dan sedikit kuat, memeranjatkan aku. Lantas lamunanku mati disitu.
“Maaf. Puan… Laa hai, ko ke? Ingat lady boss tadi. Apa hal sergah-sergah orang ni, hah!” gerutuku. Geram dengan sikap Asyikin yang suka sangat menegurku tanpa memberi salam.
“Heh, salahkan orang pula. Yang ko tu, angan-angankan sapa? Putera kayangan ke? Sampai dah tiba waktu lunch pun tak sedar.”
Alamak malunya. Aku sebenarnya sedikit gusar. Ada-ada je benda yang menganggu concentration aku. “Oh ya ke? Tak perasanlah pula. Masa tu cepat sangatlah hari ni. Ko lapar tak?”
“Mestilah. Tengok perut aku dah bising ni. Ko tak dengar ke?”
“Dengar… Dengar….,” jawabku sambil ketawa kecil. Geli hati dengan sikap kawanku yang seorang ni. Asyikin ni kalau bab makan, first class. Tak payah jemput. Laju je. Tapi body dia tetap maintain. Macam aku ni taklah kurus sangat. Berisi juga. Tapi, kalau nak kata gemuk pun tak juga. Boleh tahanlah. Sesuai dengan ketinggianku.
Aku sebenarnya sedikit terganggu memikirkan hal yang mak aku ungkitkan pagi tadi. Aku belum lagi tergerak hati nak mendirikan rumah tangga. Aku sendiri pun tak berapa pasti sebabnya. Tapilah kan, menurut firasat sahabat karibku, aku ni mungkin fobia terhadap alam perkahwinan. Betul ke? Entahlah. Yang aku tahu, aku tak nak kahwin mahupun mencari calon buat masa terdekat ni. Aku lebih selesa bersendirian, melayani perasaan sendiri. Aku ni tak suka cari masalah.
“Alhamdullilah, kenyang sungguh aku hari ni. Terima kasih, cik Shafinaz Suzanna kerana susah-susah belanja aku makan,” omong Asyikin sambil mengeliat malas. Tiada lagi ruang kosong untuk diisi. Aku hanya menggeleng melihat telatah Asyikin. Tak pernah nak berubah. Macam ni macam mana nak jadi isteri orang.
“Kasihmu aku terima. Apa nak buat, kan?” balasku sambil mencapai gelas yang berisi teh o’ ais, minuman kegemaranku. Begitulah kami dua sahabat menghabiskan masa lunch kami. Selain itu, kami juga berkongsi menyewa bilik yang sama; nak kurangkan sikit perbelanjaan. Maklumlah, kami ni anak dagang. Datang ke KL, semata-mata untuk mencari rezeki. Jadi, tiada gunanya memikirkan soal jodoh.
Pada malam harinya, Asyikin tergesa-gesa bersiap. Aku nak juga tahu. Rupanya, dia ada janji temu dengan tunangnya yang kebetulan akan berada di KL untuk satu minggu berturut-turut. Katanya ada conference penting di Putrajaya. Nampak gayanya, kenalah aku teman diri sendiri malam ni. Malasnya aku nak turun pergi makan sorang-sorang. Tak bestlah. Kalau ada Asyikin, boleh juga kami sembang-sembang sementara menunggu pesanan kami. Tapi, apa nak buat. Tak kan aku nak halang member aku tu berjumpa dengan bakal suaminya. Tak manislah pula. Nak ikut sama nanti dikatakan kacau daun pula.
“Pak, bagi saya nasi putih campur tom yam pedas.Untuk sorang ya.”
“Siap. Minum apa, dik?”
“Emmm…. Sirap limau, pak.”
“Ok. Tunggu sebentar ya.” Aku mengangguk sambil menghadiahkan sekuntum senyuman buat Pak Mail. Aku memang selalu makan kat sini. Sedap! Aku duduk di meja yang paling hujung sekali. Ramai sangat pelanggan Pak Mail. Tak cukup tempat pula. Akhirnya, pesanan aku tiba. Sedang aku sibuk melayani hidangan, tiba-tiba aku disapa oleh seseorang.
“Hai.” Suara seorang lelaki! Tersirau darahku. Aku perlahan-lahan mengangkat sedikit kepalaku. Siapa pula mamat ni? Tak pernah pun aku jumpa sebelum ni. Macam mana ni? Nak jawab ke tak? Aku confused.
“Cik adik, boleh saya tumpang duduk kat meja ni? Tak de tempat lain,” pintanya lembut. Ceh! Aku ni kenapalah lekas benar gabrah. Macam-macam yang aku fikirkan. Aku tidak menjawab, sebaliknya hanya mengangguk. Tanda setuju.
“Thanks.”
Peliklah mamat sekor ni. Meja, kerusi ni bukan aku punya. Tempat awam. Kira okeylah tu dia dah minta kebenaran. Tapi kenapa nak ucap terima kasih pula. Aku sedikit kekok meneruskan santapanku. Sebelum ni aku tak pernah duduk makan semeja dengan mana-mana lelaki pun. Tak cukup dengan tu, mamat ni tenung aku macam nak telan aku hidup-hidup je. Entah apa masalah dia. Aku ni memang pandai cover. Aku sikit pun tak layan. Aku pura-pura seperti tidak perasaan diri aku diperhatikan. Nasi kat pinggan aku ni bila nak habis…. rasa macam banyak pula. nak buang sayanglah pula. Aku memang sejak kecil lagi dah dididik supaya tidak merugikan makanan. Nangis nasi tu nanti.
“Cik, awak ada masalah ke?” tiba-tiba mamat terlebih sopan tu tanya aku. Sibuk je. “Kenapa, muka aku ni nampak macam ada masalah ke?” balasku, tapi dalam hati jelah. Tak berani nak tembak kat lelaki tu. Bukannya aku kenal dia pun. Tak pasal-pasal kena lenting pula. Aku memandang tepat wajah mamat kat depan aku tu. Kali ni, dia pula macam tak selesa. Tahu pun. Macam tu jugalah aku pun rasa bila orang tengok aku tanpa berkelip mata. Rasakan sekarang. Balas dendam ni.
“Awak tak selesa ke?” sekali lagi aku diajukan pertanyaan. Dia ni tak nak mengaku kalah. Dah tahu aku tak nak jawab, tapi masih juga mencuba. Aku ni pun teruk juga perangai. Orang tu bukannya tanya benda yang bukan-bukan. Aku menarik nafas panjang sebelum menjawab pertanyaan lelaki tersebut.
“Taklah. Saya okey je.”
“Kalau awak feel not comfortable, saya boleh cari table lain.”
“Hiskkkk, tak pelah. Saya tak kisah. Lagipun saya dah nak balik ni,” jawabku sambil tersenyum kelat. Dia membalas senyumanku, semanis madu. Kacak juga mamat kat depan aku ni. Tapi, pujianku ini tiada niat lain. Ikhlas. Apa salahnya kalau sekali-sekala kita puji seseorang yang memang berhak mendapatkannya. Akhirnya, aku mengatur langkah menuju ke apartment dengan ditemani oleh bebola mata lelaki tadi. Dia ingat aku tak nampak. Aku bukannya buta cik abang oii.
“Comelnya gadis tu. Macam anak patung. Cute sangat. Melepaslah pula,” bisik hati kecil Shahmir Shazlan. “Moga-moga aku diketemukan sekali lagi dengan dia. Aku pasti akan cuba-cuba berkenalan dengan dia. Walaupun aku tahu aku perlu bekerja keras untuk merapatinya. Dia bukan gadis sebarangan. Aku dapat rasa sangat kemuliaan diri gadis itu. Dan sedikit sombong.”
Hari-hari berikutnya berjalan seperti biasa. Aku bahagia menjalankan kewajipanku sebagai seorang Personal Financial Executive, di Maybank bersama-sama dengan Asyikin. Walaupun kadang-kadang tu aku ada juga kena marah dengan lady boss, Pn. Martini Sulaiman.
“Finaz, Pn. Mar panggil ko.”
“Panggil aku. Ko tau ke apa sebabnya Syikin?”
“Manalah aku tahu. Cepat pergi. Nanti lenting pula orang tua tu,” bisik Asyikin. Aku pula serba tak kena jadinya. Apa lagi aku dah buat ni? Aku perlahan-lahan menghampiri bilik pejabat Pn. Martini. Aku dijemput masuk. Suaranya lembut. Tak ada tanda dia tengah angin. Aku melangkah masuk. Ada oranglah pula kat situ, bersama-sama dengan Pn. Martini.
“Assalammuallaikum, Pn. Mar panggil saya ke?”
“Waalaikummussalam. Ya! Sila duduk sebentar. Ada hal sikit saya nak bincang dengan awak.” Aku memang dah blur. Tak faham apa yang tengah berlaku kat situ. Lebih-lebih lagi bila terpandang lelaki separuh umur yang duduk kat situ. Dia tersengih-sengih memandangku. Kenapa pula pak cik ni? Dah gila ke? Heh! Tak baik aku kata macam tu.
“Pn. Mar, saya ada buat silap lagi ke?” soalku. Aku memang dah tak boleh sabar lagi.
“Taklah. Sebelum tu kenalkan suami saya, Dato’ Sulaiman.”
“Apa khabar, Dato.” Aku menegurnya.
“Sihat. Tak yahlah berdato’ dengan saya. Panggil je abah.” Eh! Kenal pun tidak. Tiba-tiba suruh panggil abah. Memang peliklah.
“Shafinaz, sebenarnya kami berdua ni ada niat panggil awak ke sini. Kami nak lamar awak untuk anak tunggal kami. Sudi tak?” terang Pn. Martini. Aku dah terpana mendengar isi hati bos aku tu. Mana mungkin. Aku tak kenal anak dia. Aku perlu mengambil keputusan yang berpihak kepadaku sendiri.
“Pn. Mar, Dato, saya minta maaf banyak-banyak sangat. Saya tak dapat terima lamaran ni. Saya belum bersedia lagi. Maaf ya.”
“Tak pelah, Shafinaz. Kami tak memaksa. Tapi, diharapkan awak fikir-fikirkan pinangan ni ya. Kami berkenan sangat dengan awak. Kami yakin, begitu juga dengan anak kami nanti.”
Kenapalah aku selalu sangat didatangi masalah yang sama. Asyik-asyik kahwin. Aku tahulah sekarang ni aku dah capai 25 tahun. Tapi, itu tak bermakna aku kena jugak kahwin kan. Macam kat luar tu, ingat semua bila dah capai umur 23 tahun tu terus je kahwin ke. Ni zaman moden. Ada banyak lagi benda nak buat.
Aku ceritakan pada Asyikin apa yang Pn. Martini cakapkan siang tadi sebaik sahaja tiba di rumah sewa. Dia apa lagi… gelakkan aku. Entah apa yang lucunya. Aku pun tak tahu. Aku sedikit tersinggung.
“Terima jelah. Keluarga kaya-raya mereka tu. Ko boleh hidup senang.”
“Wei, ko ni… aku tak pernah pandang harta tau.”
“Taklah, itu bukan maksud aku sebenarnya. Itu hanya sampingan. Aku tak suruh ko kahwin sekarang juga. Tunang dulu. At least taklah kau tu jadi anak dara tua nanti. Dah ada calon. Bila-bila pun boleh kahwin.”
“Kenapa tak ada yang faham perasaan aku ya? Aku belum jumpa orang yang aku cintai. Aku tak boleh pakai kahwin je. Tak bercinta pun tak pe. Yang penting aku kenal hati budi dia. Itu dah cukup,” terangku panjang lebar. Asyikin terdiam mendengar kata-kataku. Mungkin dia diimpit rasa bersalah kot. Aku akhirnya mengambil keputusan untuk tidur je. Malas aku nak keluar makan. Tak lapar pun. Asyikin tak pula datang mengangguku. Aku tak dapat tidur. Dah cuba paksa pun. Jauh dilubuk hatiku tiba-tiba semacam perasaan terbit. Aku tidak dapat katakan dengan pastinya apakah perasaan itu. Gemuruh tak tentu pasal. Jangan-jangan ada perkara yang tak diingini nak berlaku kot. Hisk! Minta sangat dijauhkan. Aku tak sanggup nak menghadapinya. Jiwa aku ni bukannya kuat. Dahlah tu cepat sangat sensitifnya. Nanti tak pasal-pasal aku meraung kat tengah jalan pula. Manakala si Shahmir Shazlan pula bagaikan pungguk rindukan bulan pula. Lama juga dia duduk terpacak kat kedai makan Pak Mail. Menunggu kehadiran bidadari malam.
Seperti biasa, aku hujung-hujung minggu macam ni suka sangat menghabiskan masa di taman bunga. Rasa seronok hati bila tengok kemekaran bunga-bungaan yang tersenyum manis menyambut salam daripada mentari. Biasanya Asyikin tidak turut serta. Jauh katanya. Sebenarnya itu hanya alasan. Dia tu tak suka duduk kat taman macam orang bodoh. Aku suka. Tak kisahlah walaupun seorang diri. Sedang aku leka menghayati setiap kuntum bunga-bungaan disitu, aku dihampiri oleh seseorang. Aku segera menoleh. Pantas. Memeranjatkan si tuan punya badan.
“Cik adik ni, buat saya terkejut je. Kuss semangat. Nasib tak de sakit jantung. Kalau tak, alamatnya masuk hospitallah.”
“Maaf. Tak sengaja,” jawabku spontan. Aku tak berniat nak takutkan orang. Kalau orang tu dah takut tu bukanlah salah aku.
“Dimaafkan. Sorang je ke?”
“Ya,” jawabku ringkas. Dia tulah mamat yang aku jumpa kat gerai makan tempoh hari. Macam mana dia boleh ada kat sini? Jangan dia ekori aku dahlah. Ceh! Pandai-pandai je tuduh orang. Perasaan nak mampus.
“Ingat kat apa tu, awak?”
“Ahhh??? Tak ada apa-apalah. Cuma.. Emmm… just leave it.” Aku pun tak tahu apa yang aku merepek. Buat malu je. Tak pasal-pasal dia ingat aku mengelamun ingat kat pak we.
“Siapa nama awak? Boleh berkenalan tak? Harap sangat awak sudilah terima salam persahabatan saya. Ikhlas ni.”
“Emmm…” aku mengambil masa sejenak untuk fikir-fikirkannya. Tapi, lepas tu aku pun menjawab, “Boleh. Apa salahnya. Nama saya Shafinaz Suzanna. Awak?” soalku kembali setelah memperkenalkan diri. Dah adat, kenalah tanya balik.
“Sedap nama tu. Saya suka. Saya panggi awak Inaz ya. Nama saya Shahmir Shazlan. Ikut suka Inazlah nak panggil apa. Saya tak kisah.” Dia tersenyum manis. Kacak dan segak juga lelaki kat depan aku ni. Tak de cacatnya. Perfect! Terpikatlah pula aku. Nampak gaya macam anak orang-orang kaya je. Tapi budi bahasa dia memang tinggi. Tak berlagaklah katakan. Macam ni bolehlah jadi kawan aku. Aku pun bukannya ada kawan lelaki. Apa salahnya kalau ada seorang.
“Kalau macam tu saya panggil awak… awak jelah ya…” jawabku sambil mengaru-garu kepalaku yang bertudung kemas. Ini menyebabkan Shazlan tergelak kecil. Dia masih lagi merenung wajahku tanpa sedikit pun mengalih pandang ke arah lain. Aku semakin gelisah. Mungkin dia dah dapat rasa perubahan pada wajahku. Segera dia mengalih ke arah pasangan couples yang ada kat situ. Keadaan senyap seketika. Aku kematian akal. Tak tahu nak cakap apa dengan dia. Aku tak pernah berkawan dengan kaum adam sebelum ni.
“Inaz, saya rasa macam nak bagitahu perkara sebenar kat awak.” Shazlan tiba-tiba memecahkan kesunyian.
“Apa bendanya?” soalku tenang. Tapi dalam hati, tuhan je yang tahu. Dub dab dub dab bunyi degupan jantungku.
“Sebenarnya saya ekori Inaz,” katanya jujur.
“Oh! Patutlah awak boleh ada kat sini ya.”
“Bukan tu je. Kawan Inaz, Asyikin tu kenalan saya sejak kat U lagi. Dia tu junior saya yang paling rapat. Lagipun tunang dia tu kawan saya. Kami satu campus. Dia yang bagitahu saya Inaz kat sini.”
“Asyikin punya kerjalah ya ni. Tak pe. Sabar. Nanti saya ketuk kepala dia.” Aku geram sangat dengan Syikin sekarang ni. Dia asyik-asyik nak kenakan aku. Dia tahu aku cepat sangat gabrah bila berduaan dengan seorang lelaki. Tapi, masih juga cari jalan. Memang nak kena budak ni. Kurang asam betullah…. Namun aku pendamkan ajalah amarahku. Kalau bukan kerana Asyikin aku tak mungkin mempunyai sahabat sekacak Shazlan.
Begitulah saban hari perhubungan kami semakin akrab. Aku selalu juga keluar berduaan dengan Shazlan tapi ketempat-tempat khalayak ramailah. Mana boleh pilih tempat yang tersorok. Kang kena tangkap basah baru tau. Tak pasal-pasal dapat kahwin free. Minta dijauhkan. Dan aku memang tak nafikan budak Shazlan ni memang baik orangnya. Cuma… aku kurang pasti kenapa dia beriya benar nak kawan dengan aku. Tapi, taklah pula aku tanya dia. Nanti memalukan aku sendiri pula. Sehinggalah suatu hari tu, ketika kami lepak kat tempat yang biasa aku kunjungi setiap hari ahad, Shazlan memulakan bicaranya.
“Inaz cantik.”
“Apa?” aku binggung sikit. Ni apasal pula tiba-tiba puji aku. Ada udang disebalik mee ke…?
“Ya! Inaz cantik macam patung barbie kat shopping complex tu.”
“Merepeklah.”
“Tak. Sumpah.”
“Tak baik main sumpah-sumpah.”
“Ok. Tapi, memang Inaz cantik sehingga menganggu tidur Shazlan.”
“Gila.”
“Inaz masih tak dapat agak lagi ke?”
“Agak apa benda? Saya tak fahamlah.”
“Saya serius nak berkawan dengan Inaz.”
“Yalah, kan saya dah terima salam persahabatan awak. Kalau tak saya dah lama blah tau. Tak kan keluar ngan awak. Sebab awak kawan sayalah, saya sanggup teman awak.”
“Tak. Bukan tu. Maksud saya…. saya nak lebih dari pertalian persahabatan.”
“Maksud awak?” Aku mula rasa gugup. Sekarang baru aku tahu kenapa sejak beberapa bulan lepas selalu benar fikiranku melayang jauh tanpa sebab. Aku seperti hilang keruan. Rupanya aku bakal berdepanan dengan bala baru. Punca utamanya kawanku sendiri. Siap dia! Aku cekik dia hidup-hidup.
“Saya cintakan Inaz,” luah Shahmir Shazlan jujur. Dia memang tak dapat nak sorok lagi. Dia dah jatuh hati pada Shafinaz sejak pertemuan mereka yang pertama lagi. Dan dia bertambah gembira apabila terlihat Shafinaz bersama dengan Asyikin kat Jusco beberapa bulan lepas iaitu dua hari sebelum pertemuan keduanya. Dia yakin dapat memiliki Shafinaz jika bersungguh-sungguh memasang niat.
“Apa? Cintakan saya? Saya tak nak.”
“Kenapa?”
“Tiada niat nak jatuh cinta.”
“Yalah, kenapa?”
“Tiada sebab.”
“Tapi saya yakin; cintaku, cintamu juga.”
“Jangan perasan.”
“Kenapa, Inaz takut rahsia hati Inaz terbongkar ke?”
“Malas saya nak layan awak.”
“Ego Inaz tak bertempat tau.”
“Saya nak balik. Selamat tinggal.”
“Sebelum tu. Inaz dengar dulu apa saya nak kata. Saya ikhlas nak bernikah dengan Inaz. Malahan saya dah minta mama dan papa lamarkan Inaz untuk saya. Rasanya sampailah mereka kat kampung Inaz malam ni.” Aku terbeliak. Gila ke lelaki ni. Aku ingatkan dia main-main je. Saja nak gurau dengan aku. Tak sangkalah pula dia serius macam ni. Aku tahu benar perangai mak dan abah aku. Mesti mereka terima punya kalau dah ada yang merisik. Mereka memang pernah beritahu aku. Kerana kalau nak harapkan aku, alamatnya tumbuh janggutlah.
“Awak ni biul ke?”
“Ya, sejak bertemu dengan Inaz saya dah jadi biul.” Aku dah tak dapat nak tahan lagi. Aku gelak. Tetapi, kemudiannya, aku sedar silapku.
“Opssss… maaf. Saya dah tak dapat kawal.”
“Tak kisahlah. As long as Inaz sudi terima saya. Jangan buat saya merayu-rayu depan orang ramai kat sini tau. Saya ni tak tahu malu.”
“Mengaku pun yang awak tu tak tahu malu.”
“Jangan ubah topik. Inaz terima cinta saya atau tak? Kata putus. Kalau tak… saya janji tak kan ganggu Inaz lagi. Tak kan datang cari pun. Kalau itu yang Inaz nak. Kat luar tu banyak lagi bunga. Saya sunting je mana-mana yang nak kat saya.” Kini, suara Shazlan sedikit tegas.
“Hai macam tak ikhlas je.”
“Memang ikhlas. Tapi kalau orang tu dah tak sudi takkan saya nak terhegeh-hegeh nak kat dia kan. Lebih baik cari yang lain. Saya ni berfikiran praktikal sikit.” Aku serba-salah. Bila otak kata tolak je lamaran tu, hati pula kata jangan buat kerja bodoh. Bukan senang nak dapat lamaran yang baik. Tengok gaya nampak sangat yang Shazlan tu baik orangnya. Tak pernah pun mengambil kesempatan sepanjang berkawan dengan dia.
“Saya ada pilihan lain tak?” Ceh! Apa punya soalan aku tanya. Macam orang tak betul pula. Ada-ada jelah aku ni. Kalau nak katakan jelah nak. Ni tak… Pandai-pandai nak putar-belit pula.
“Kalau saya kata tak ada.”
“Emmm…”
“Terimalah saya. Saya janji akan bahagiakan Inaz buat selama-lamanya. Sebelum ni pun saya tak pernah memiliki mahupun dimiliki. Inaz cinta pertama saya. Dan yang pastinya cinta terakhir saya juga,” luah Shazlan sambil tiba-tiba je melutut depan aku. Aku terharu. Aku pun suka juga dengan dia. Cara dia, cara gentelmen. Memang ciri-ciri yang aku idami. Ingat nak jual mahal sikit tapi tak jadilah pula. Balik-balik aku yang malu.
“Eh! Apa ni? Bangun cepat. Orang semua tengok kita je.”
“Fuyooooo… romantiknya brother. Baru nak pikat ke? Teruskan. Kami sokong ni,” jerit salah seorang daripada pasangan yang ada situ. Aku dah merah muka ni. Kulit pun dah tebal semacam.
“Sudikan Inaz menjadi permaisuri saya?” bisik Shazlan sambil menghulurkan sebentuk cincin berlian yang memang cantik sangat. Bukan aku je, sesiapa pun bila dilamar sebegitu sekali, sure boleh cair punya. Perlahan-lahan aku mengangguk.
“Hurrayyyyyy!!!!!!” jerit Shazlan. Hampir nak roboh taman bunga tersebut. Memang tak tahu malu dia ni. Pasangan kekasih yang lain-lain bertepuk tangan. Macam filem hindustan pula jadinya. Buat malu je. Memang betul kata Shazlan. Dia tak tahu malu.
Akhirnya, majlis Ijab-kabulku bersama Shazlan diadakan dengan begitu meriah sekali. Lagi satu berita yang mengejutkanku. Hari tu aku tolak pinangan Pn. Martini dan Dato’Sulaiman. Balik-balik mereka juga yang jadi mertuaku. Mana aku tahu Shazlanlah anak mereka. Tapi, itulah takdir. Jodoh dan pertemuan, ajal dan maut semuanya di tangan tuhan. Kini, aku sudah pun bergelar isteri kepada Shazlan, beberapa jam lepas. Pejam celik dah pun selesai majlis perkahwinan.
“Ayang, abang gembira sangat hari ni. Abang dah ada ayang kat sisi abang. Mestilah gembira kan?” usik Shazlan. Aku faham benar disebalik maksud ayat tu.
“Malas nak layanlah. Inaz nak turun bawah jab. Tolong mak kemas-kemas sikit.” Aku sebenarnya nak larikan diri. Sebabnya… tahu-tahulah bila suami isteri baru nak bermanja. Aku sebenarnya malu. Yalah! Mak dan ayah mertuaku ada kat bawah. Aku pun sedap-sedap berkasih dengan suami kat bilik. Apa fikir mereka nanti. Tak ke ingat aku ni tak sabar. Tapi, belum pun aku sempat melangkah keluar, dah pun ditarik oleh Shazlan.
“Tunggulah ayang. Yang tu esok pun boleh buat. Mama dah pun masuk tidur. Jom duk sebelah abang.” Aku akur. Isteri soleha katakan. Mesti dengar cakap suami punya. Tak nak cari dosa.
“Awak… ehhhh… abang… apasal semacam je perangai abang ni?”
“Hisk… tak baik tau cakap macam tu. Hari ni malam pengantin kita. Mestilah ada feeling tertentu,” sambungnya sambil mencuit pipiku. Aku dah agak pun.
Aku dan Shazlan telah memulakan hari pertama kami dengan penuh kasih-sayang. Moga-moga perhubungan kami kekal abadi.
-TAMAT-

Subscribe to:
Posts (Atom)