Wednesday, December 22, 2010

Adakah Cinta Itu Semudah Ku Sangka ( Part 3 )-LAST

Bab 8
“What!!!”jerit Farish dan Adrean...Aku dan Farah tersentak ....apabila kami menoleh mereka berada dibelakang kami...aku seperti kehilangan kata-kata...Farah pergi ke Adrean lalu Adrean menenangkan Farah...“Ina...kenapa...kenapa Ina tak beritahu Ris...adakah Ris ni lansung tak bermakna buat diri
Ina...sehingga Ina sanggup merahsiakan hal yang amat besar seperti ini....”ujar Farish serius...

“Ris....maafkan Ina...Ina tak bermaksud untuk membuat Ris rasa macam tuh....Ris amat bermakna
bagi diri ini sejak dahulu lagi...Ris jangan laa kata macam tuh..Ina sayang sangat dekat Ris...Ina
tak nak Ris risau tentang Ina...”ujarku sambil menangis teresak-esak...lantas Farish memelukku...aku menangis dipangkuannya...

“Ina...minggu depan Ris hantar mama dan papa yer...kita bertunang...lepas tuh Ris ambil cuti untuk 2 bulan dari papa....kita pergi US......”ujar Farish...belum sempat aku berkata apa-apa Farish menutup mulut ku..
“Ris tak peduli....walauapapun yang terjadi Ina tetap akan jadik milik Ris”ujar Farish tegas...
Farah yang dari tadi menangis terpegun mendengar kata-kata Farish...aku pula dari sedu-sedan
terus mengalirkan air mata.....
***
"Fuiyoo... ramainya yang datang mak!" laungku dari depan. Tak jawab pun mak ni, sibuklah tu! Aku juga yang kena jaga bahagian depan ni. Kena layan tetamu pula tu! Aiseh, lupa pula. Ni kan kenduri untuk aku! Haruslah aku yang kendalikan. Petang itu aku mengenakan baju kurung hijau yang simple dan dipadankan dengan sehelai selendang labuh yang kupakai ala-ala kadar asalkan menutup aurat cukuplah. Majlis yang berlangsung dimulakan dengan bacaan doa selamat. Semuanya berjalan lancar dan sempurna seperti yang dirancangkan sebelum ini.Tetamu-tetamu yang datang kelihatan gembira dan menyambut baik jemputan mama...

Alhamdulillah.Setelah majlis selesai dan setelah siap berkemas semuanya...
“Hai sayang...”ujar Farish...“Hai Ris...”jawabku “Bukan Ris tapi abang..ok sayang...”ujar Farish...
“Er...Ri...abang...hrmm pergi laa depan...sembang dengan abah ke mama kee...yang abang nak
duk kat sini gak nape...orang nak basuh pinggan laa...jangan laa cebok...”ujar ku lembut...
“Ala...bukan selalu pun dapat tengok permaisuri abang ni buat keje...” “Ish...suka hati abang laa...aduhhh”aku mengerang kecil sambil menekan perutku...“Ina....jom kita ke rumah Farah sebelum orang lain perasan...”lantas Farish memberitahu Farah...

Ina..bila kita nak pergi US...?”tanya Farah kepada ku setelah aku berehat di rumahnya...
“Hurmm...tanya laa abang Ris...aku tak tahu...aku nak uruskan dia tak kasi...so tanya laa dia”
ujarku sambil menunding jadi ke arah Farish...“Hehhehe...abang bukan apa sayang...abang tak suka laa tengok sayang penat..”ujar Farish ..tersenyum sumbing...

“Hurmm...Farah...bila ko dengan Rean pulak??aku tengok parents dia pon dan macam suka dekat ko je bila rean kenalkan ko dengan diorang..aku teringin nak tgk korang bersanding atas pelamin ...sebelum itu ...”lantas Farish menekup mulutku....aku menggigit manje tangannya ..tanda memprotes..
 
Ape abang ni..” “Abang tak suka laa sayang cakap macam tuh...” “Ina cakap ape...Ina cuma nak cakap yang Ina nak tengok diaorang kawin sebelum Ina kawin...hahahah....apa la abang ni..”seloroh itu aku pun ketawa...“Hish...suka buat orang gelabah laa sayang niii..”ujar Farish tersenyum girang...

********************************************************************************
Setelah setahun berada di US..ketika aku sedang menjalani rawatan Farishlah orang yang paling banyak memberi semangat kepadaku...walaupun sakitnya bukan kepalang tetapi aku tetap cuba menyembunyikannya ..kin kehidupanku menjadi lebih bahagia kerana kini aku tidak lagi mengidap
penyakit itu...ketika bulan kedua aku berada di sana... Fauzan telahpun dinikahkan dengan teman
wanitanya iaitu Fazilah....aku tidak dapat pulang untuk menghadiri tetapi Farah pulang untuk tidak
menimbulkan rasa sangsi keluarga Fraish dan keluargaku...Farish pula tetap berkeras untuk
menemaniku.....setelah pulang....ahli keluargaku amat hairan kerana aku berada disana ... mereka
bertanya macam-macam tapi aku tidak menjawabnya....begitu juga dengan ahli keluarga
Farishh...akhirnya Farish telah membongkar rahsia ku....aku tidak berasa marah walau sedikitpun
kerana sekarang aku telah sihat...walaupun aku dileteri oleh keluargaku dan keluarga Farish akan
tetapi aku tetap sentiasa menyayangi Farish...Farah pula ditunangkan dengan Adrean semasa aku
menjalani rawatan disana...kini aku akan pulang ke Malaysia...

"Ina...abang Ris!!!...Selamat pulang.....!!!" Jeritan dari seorang perempuan begitu kuat kedengaran....walaupun terminal ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dibanjiri
oleh ribuan manusia aku masih boleh mengecam suara tersebut.

"Farah!!!...." dia membalas ketika melihat kelibat kawannya di celah ribuan manusia.
Aku dan Farah saling berpelukan....ketika itu tiada kata yang dapat diucapkan...hanya terasa sebak
di dada dan kesyahduan mula terasa di hati...aku menarik nafasnya dalam-dalam....aku memeluk
Farah.. dengan erat sekali...

"Ko sihat?" soal Farah.....aku hanya mengangguk...“Jom...kita balik...lepas aku balik rumah jumpa family aku.... aku nak pergi rumah mama dengan papa abang Ris....Jom abang”Farish hanya mengikutku....
********************************************************************************
“Sayang ....dah setahun kita bersama....kita kawin nak??”soal Farish kepadaku...
“Tak mau...Ina tak mau ...hehhe nanti kita asyik bertelagah aja macam dulu.." rungut aku lagi dalam pada itu aku bergurau sahaja.

“Itu..dulu sekarang lain....abang harap Ina ikhlas menerima abang.....keikhlasan hati amat penting untuk mencapai kebahagiaan....itukan pendirian Ina?"ujar Farish..aku hanya menjelirkan lidah ke arah Farish..

“Tak..nak...sape nak kawin dengan abang...” “Baiklah kalau itu yang Ina mahu...lepas kita balik ni ....abang nak berbincang dengan mama dan abah Ina....”ujar Farish serius...aku memandang Farish dengan dahu yang berkerut... “Apa yang abang nak bincangkan dengan mereka...”

“Tentang hubungan kita...”lalu Farish menarik tangan ku ..untuk membawa ku pulang.aku tergamam...adakah dia mahu memutuskan hanya kerana aku bergurau...

“Er...abang...Ina...hanya bergurau...”ujarku tanda kesal..“Tapi abang tidak...”aku terkesima dengan kata-katanya...oh tidak....ketika itu Adrean dan Farah berada di rumahku...
“Makcik...Pakcik...saya hendak menamatkan pertunangan saya dengan Nur Amelina Nawwiyah...”
itulah kata-kata Farish yang membuta mulut mama dan abah terlongo...aku juga terkesima....lalu
melelehkan air mata...Farah yang dari tadi berada di sisi Adrean datang memelukku....
“Apa....??Farish hendak menamatkan pertunangan dengan Ina...??kenapa???apa yang tak kena???”
soal abah kehairanan...

“Tak ada apa yang tak kena...makcik ...pakcik...” “Kalau tak ada apa-apa...kenapa tiba-tiba hendak menamatkan pertunangan...?”soal abah...Kerana tidak sanggup untuk mendengarnya lagi aku terus menarik Farah...kelihatan semua orang terkejut dengan tindakanku...Lalu Farah terus membawa aku keluar dari perkarangan rumahku...Farish kulihat menjerit memanggikku...

“Ina!!!!!”“Farah bawak aku pergi dari sini...aku nakkan ketenangan...”ujarku dalam sedu sedan...ketika di
dalam kereta “Ina...apa yang terjadi sebenarnya ni...kenapa abang Ris nak...”soal Farah...
Aku tidak menjawab...terus merenung ke arah luar...aku menangis semahu-mahunya.
“Farah...kita pergi Cameron Highland....aku nak duduk dekat sana dalam 2 minggu....”...
Setelah sampai di hotel....malam itu aku berperang dengan perasaaan aku sendiri..semuanya salah
aku....kalau aku tidak bergurau mungkin semua ini tidak akan terjadi....aku terlena sebentar dan
segera terjaga...dari petang aku tidak menjamah seulas nasi pun...seleraku tertutup sama
sekali...Farah cuba memujukku tetapi aku tetap tidak mahu....setelah lewat malam...aku cuba
melelapkan mataku tetapi tidak juga mahu pejam....Ku lihat lagi 2 jam subuh akan menjelma....aku
menghempas badanku ke kiri dan kekanan kerana terasa badan aku begitu lemah sekali....

“Ina...jom kita pergi jalan-jalan....” ‘Farah...ko jangan beritahu sesiapa yang kita ada dekat sini ya..”ujarku..Farah hanya mengganguk.
Walaupun badan aku terlalu lesu...tetapi aku cuba juga mengagahkan diri untuk menemani
Farah...Farah tidak banyak cakap mungkin kerana wajah ku yang muram ketika itu....Waktu makan
tengah hari...Farah memaksa aku untuk menemaninya pergi Jusco di Ipoh dan makan
disitu....kerana aku tidak sarapan pagi...dengan malas aku membuntuti Farah sesampai di kereta
aku tertidur...setelah sampai aku ikut Farah ke restoran..
“Ina...jangan laa sedih ...muka ko pucat lah..ko ok ke??”soal Farah..aku masih diam...
“Ko nak makan apa?”Farah bertanya kerana bimbang melihat aku ...
‘Apa-apa ...pun boleh...”aku menjawab lesu...

Aku makan dengan perlahan sekali...bagai tidak berdaya untuk menyuap nasi masuk ke dalam
mulutku...tapi aku memaksa diriku juga kerana tidak mahu Farah bimbang...Farah yang
memerhatikan aku dengan perasaan gelisah kerana bimbang dengan perubahan aku sejak aku
datang ke sini...

“Farah...aku tak ada selera laa..”aku mengerutkan keningku....aku rasa perutku memulas...tekakku
loya...mata juga mula berkunang-kunang..

“Jom kita naik Cameron balik.....”Farah melihatku gelisah...
“Farah...aku tak larat nak jalan...”aku memaut tangan Farah....
“Kenapa ni Ina...”Farah bimbang melihat keadaan aku yang sedang menekan perut...
“Aduh!!sakitnya...Farahh tolong aku...”aku terduduk di simen restoran...


“Mengapa ni?”beberapa orang datang bertanya mengerumuniku...lalu mereka bertanya..“Dia...sakit..”ujar Farah dalam gugup..Aku tidak dapat tahan lagi..terus termuntah disitu....“Darah.!!!...??”Farah terkejut apabila melihat muntah ku bercampur darah..aku juga turut terkejut...

“Aduh...!”aku menekan perutku kerana sakitnya seperti ditusuk dengan benda tajam...
“Bawa saja dia ke hospital”ujar seorang wanita dalam lingkungan 40 an...

“Ya..saya akan bawa dia....tolong jaga dia sekejap...saya nak pergi ambil kereta...”Farah yang
gugup bergerak pantas...
Aku dibawa ke hospital...setelah itu aku tidak tahu apa yang berlaku...apabila aku tersedar...aku melihat botol air tergantung di sebelah kanannya...aku mencuba untuk mengangkat tangan tetapi tidak berdaya kerana tusukan jarum pada tangan sebelah kananku yang menyalurkan air ke dalam badan...aku memandang sekeliling...kelihatan keluargaku dan keluarga Farish temasuk Farish juga berada disitu..kelihatan wajahnya gelisan.....lalu aku memalingkan mukaku kerana lain.......Wajah mama muram...matanya berkaca-kaca kerana menahan air mata supaya tidak tertumpah... “Ina..”mama memegang tangan kiriku dengan erat...

“Mama...”aku berkata denagn perlahan sekali...perutku masih terasa sakit...
“Jangan banyak cakap sayang...Ina sakit...”nada mama dengan begitu sedih sekali...
Aku terkebil melihat wajah mama....aku ingin bertanya suatu perkara tapi aku pendamkan dahulu
kerana aku rasa badanku begitu lemah sekali....seorang juruwat datang menghampiriu...lalu dia
menyuruhku menelan 3 biji pil..2 berwarna putih..dan 1 berwarna kuning..dengan payah aku
menelan ubat itu..beberapa minit kemudian aku terlena....
********************************************************************************

Bab 9
Tiga hari aku terlantar di hospital aku telah menerima beberapa suntikan dan menelan beberapa biji pil...tetapi aku tidak lagi menerima bantuan air yang dimasukkan melalui urat darahku...sejak aku
terlantar di hospital...setiap hari Farish datang melawatku..tetapi aku dan dia tidak berbual..hari ini

Farish kelihatan membawa sejambak bunga..
“Macam mana keadaan Ina hari ni?”Farish bertanya sebaik sahaja dia meletakkan sejambak bunga
mawar merah dan putih di meja...

“Abang....dah laa...tak payah laa abang datang melawat Ina lagi...lagi pun kita tidak lagi
mpunyai apa-apa ikatan..jangan lah susahkan diri abang untuk menjaga Ina”ujarku sambil
menitiskan air mata..“Ina..sebenarnya..”
“Tak per lah abang...pergilah balik..lagipun Ina tahu semuanya salah Ina...”
Aku merebahkan badanku...terasa kepala ku berdenyut-denyut...aku terbatuk kecil...tekakku loya
...aku hendak muntah tetapi aku cuba menahan..ketika itu mama datang ..
“Mama...Ina rasa nak muntah...tolong ambilkan bekas muntah tuh..”aku berkata perlahan...
Mama menghulurkan bekas muntah kepada aku...aku termuntah...Farish berasa lega kerana
muntahku tidak lagi mengandungi darah...seorang jururawat datang menghampiriku..
“Muntah lagi??”jururawat itu beratnya sambil mengurut belakangku...Farish dan mama kelihatan
termangu melihat muka ku yang semakin pucat dan nafasku agak kencang kerana mungkin rasa
penat oleh sebab terlalu kerap muntah tadi..“Bawa bertenang...jangan terlalu banyak bercakap”ujar jururawat itu yang kemudiannya berlalu..Setelah genap 5 hari aku pun pulih dan keluar dari hospital....tetapi aku tidak terus pulang ke rumah ..kerana Farish ingin berjumpa dengan aku....dia mengatakan ia alah hal antara hidup dan mati...lalu aku pun....pegi ke taman bunga yang sering kali aku pergi bersama Farish suatu ketika dahulu...

“Hihihi…” Eh!..macam suara perempuan!! langkahku terhenti...aku rasa tak sedap hati.....takkan
bawak awek kot!...Ah..orang lain kot......aku menyedapkan hati dan menghampiri tempat itu... aku
tergamam tak dapat berkata-kata....gadis itu dengan penuh mengada-ngada memeluk leher
Farish....setelah menyedari aku berdiri tidak jauh dari situ Farish cepat-cepat mendapatkan aku.
“Ini ke hal hidup dan mati abang?” soalku.... mata dah bergenang di birai mata....sakit hati aku
melihat Farish masih mampu tersenyum....tapi senyumannya mati bila melihat ada air jernih terjun
dari kelopak mataku. “Ina...sayang dah salah sangka ni” “Ina tahu ini yang abang inginkan sangat betul tak??kalau benar abang tak sukakan Ina tak perlu nak tunjuk depan Ina macam ni...Ina pun tak pernah mengharapkan yang abang akan jadi milik Ina”

“Ina....cuba dengar dulu penjelasan abang” pintanya. "Dah terang dan jelas kan ?..hah ! ambik balik hak abang ! Cincin dijari manis kulucutkan dan ku campak ke tubuhnya.
“Ina!!” Tanpa menoleh lagi aku berlari pulang. Aku benci Farishl!!!lalu aku terus pulang ke rumah...
Setelah aku masuk kedalam rumah kulihat rumahku barang-barang..aku kehairanan....lantas aku
pergi ke bilikku...kelihatan tok berada didalam bilik ku..aku berasa sangat gembira...lalu aku
bertanya kepada mama..

“Mama nak buat ape semua barang-barang ni” “Untuk hantaran kenduri Ina dengan Ris lah......”
“Bukan dia haritu nak menamatkan pertunangan kitaorang...habis hukum apa dia pakai ..lpas putus
tunang kawin...”

“Dia nak menamatkan pertunangan dengan sebuah perkahwinan laa sayang...tulah...lainkali dengar
bagi habis...”

Lalu aku menarik mama dan abah turun ..keluar ke halaman rumah...“Ina dah beritahu parents Farish yang Ina tak nak kawin dengan dia...”“Apa yang dah jadi nii...Ina?” soal abah penuh lembut...aku angkat muka.
“Apa yang dah terjadilah abah!” jawabku ringkas. “Tahu tak apa yang kau dah buat ni?” soal mama pulak....aku cuma buat muka sardin.

“Petang tadi kelam kabut pakcik Fakrulrazi dengan makcik Farhana datang ke sini tanyakan hal
siang tadi...” abah menggeleng kepala, bingung. “Dia yang cari pasal dulu...sakit kan hati orang..tak serius..”
“Kalau si Farish tu tak serius takkan sampai kau berdua bertunang Ina ooii..” mama bersuara.
“Apa yang kurangnya...Farish tu? Pelajaran ada..rupa ada..setaraf dengan kita..kau tengok
tu..umur belum lagi masuk 30 dah ada macam-macam..agama pun alhamdulillah..bahagia hidup
kau dunia akhirat..ingat senang ke nak dapat budak baik macam Farish tu?” amboi...beriya-iya
benar abah puji bakal menantu nampak!.

“Ina tak nak kawin dengan dia” “Kenapa dulu tak cakap awal-awal???kan mama tanya dulu masa dia orang merisik kau..kenapa masa tu tak cakap terus terang tak sukakan dia?”
“Dulu ingat tak jadi macam ni..”“Dah tu?” “Tolonglah mama...abah...Ina betul-betul dah tawar hati kat dia..” pintaku. “Jangan nak malukan abah..Ina... abah tak mahu timbul masalah macam ni..ni abah tak suka ..”
warning abah.

“Kan abah kau ni pantang undur belakang..bak kata Slam tu..Tak Mungkin Berpaling..” Hai, boleh
tahan jugak mama aku ni..aku sengih. “Like father like doughter...Ina pun tak mungkin berpaling jugak mama” “Eh...budak ni!!!” mama membeliakkan matanya....biarlah...yang nak kawin aku...bukan dia orang.
Sukalah aku punya decision!

“Sudahlah tu ..cakap banyak pun tak guna” mama dah pandang muka abah cemas...aku pulak tersenyum macam dapat duit satu juta...tentu abah tak mahu memanjangkan cerita....cinta tak  boleh dipaksa..kawin pun tak boleh dipaksa..dah aku tak mahu...so kenalah terima. Macam ni la  abah yang understanding!

“Nanti dulu bang....saya belum habis lagi ni..apa kesalahan Farish sampai kau tak nak kat dia?”
“Ina tak suka dia....tu je ..Ina rasa tak boleh hidup dengan dia..”jawabku ringkas kerana tidak
mahu memanjangkan cerita...

“Kalau iye pun tak suka ikut la adat..kita ni orang melayu...orang kita kaya dengan adat..” mama
menggeleng kepala.
Ikut  adatlah ni..Ina bagitahu kat mama..abah..nanti mama dengan abah cakaplah kat keluarga dia!”

“Amboi..pandai sangat mengajar orang tua..” tegur abah setelah sekian lama membisu.

“Anak abah kan..mestilah pandai..” Saja aku menyakat abah. “Hai ..lemah akal saya cakap dengan anak awak ni..” “Kau ni memalukan mama dengan abah aje tau ina???kejap nak kejap tak nak..lepas tu main ikut
sedap hati je bertindak..”

“Betullah apa yang Ina buat ni mama..”“Betul kau kata!!?...yang kau pergi baling cincin tunang kau tu siapa suruh?...macam tu ke pulangkan pemberian orang?”soal mama geram.
“Mana ada..” jawabku slow sambil mengurut-urut jari manisku yang telah kosong...mama menjeling tajam.
“Habis...yang kau campak dekat taman bunga tadi tu apa?”
“Tu..itu bukan cincin tunang..tu cincin yang mama kasi hari tu..Ina silap buang..”“Apa?silap?betul bukan cincin tunang?”soal mama bertalu-talu....aku angguk sikit. “Jadi, cincin tunang tu ada lagilah?”aku mengangguk terpaksa membuatkan mama dan abah tersenyum lega.

“Tapi mama abah..Ina tetap dengan keputusan Ina..” kata kata ku itu membuatkan mama dan abah terdiam. Abah mengurut kepala bingung. Aku cuma buat dek sambil menoleh ke arah bilik. “Kenapalah dengan kau ni Ina.....”keluh mama. Aku senyum. Nampaknya kemenangan berada di pihak aku!

“Dah la tu ..marilah kita pergi”abah akhirnya bersuara....mama pandang abah lama.
“Apa pandang-pandang saya pulak??cepatlah siap!”gesa abah..Mama renung abah antara percaya
dan tidak.

“Awak biar betul abaang..” “Betullah..apa yang tak betulnya? Kita pergi rumah Fakrul sekarang jugak”yahoo!!kalau tak fikir mama dan abah ada kat situ dah lama aku melompat tinggi. Bye bye buaya darat…!!

“Abaang..benda ni masih boleh diselesaikan antara kita anak beranak..takkan cepat benar awak
terpengaruh dengan budak ni..fikir habis-habis abang..”
“Daripada benda ni berlarutan dan bertambah memeningkan kepala saya..lebih baik kita..” Abah
mencapai kunci vannya yang tersangkut di dinding. Kita apa?” soal mama sambil membetulkan tudung kepala. Apa la mama ni, tak faham-faham lagi ke?

“Kita cepatkan tarikh langsung budak berdua ni!”apa???saat itu aku rasa nyawaku melayang....abahh??

********************************************************************************
 Bab 10.
“Eiiii…bestnya dapat abang ipar..bagus abah kawinkan kak Ina cepat-cepat....kalau tak mesti
melepas punya..tak ada sapa lagi boleh rampas abang Falis kita..” aku rasa nak siat-siat aje mulut
si Bella ni. Menatang apa yang best sangat ada pada malaun tu?

“Eh, kau suka dia kan?kalau macam tuh pergi cakap kat abah kau yang nak kawin dengan dia”
“Apa la along ni!..orang nak kawin happy....dia susah hati pulak!” sampuk Kyra sambil
membetulkan kelopak bunga telur yang disusun ke dalam pahar.

“Abang tu baik apa..dia sayang kat kak Ina..kalau tak tak kan dia nak kawin dengan kak Ina yang
degil macam apa ni..” ujar Bella memebetulkan kedudukan baju yang dijahit untuk akad nikah nanti. Bab andam mengandam ni dia memang teror. “Baik??macam tu pun baik ke??...macam mambang tanah je..”

“Amboi..sedapnya mengata orang mambang..” mama tiba-tiba muncul di balik langsir....aku
pandang Bella dan Kyra yang dah tersengih-sengih memerli...sejak kes hari tu mama dan abah
serta adik-adik aku bukan main backing lagi menantu dan abang ipar pilihan mereka...sorang pun
tak mahu menyebelahi aku...ikutkan hati mahu saja aku ambil tindakan lari dari rumah......tapi aku
malaslah nak memecahkan tradisi keluarga yang terkenal dengan adab mulia ini....nanti mana dia
orang nak letak muka....daan tak mahu jugalah aku tersenarai dalam list anak derhaka nanti..

“Tu... Farish dah tunggu kat luar tu..pergi cepat” gesa mama.....Oooo…dah 5 hari buat salah baru
hari ni datang jumpa aku?? “Pegi la kak Ina..” Bella memujuk bila aku sikit pun tak bergerak....ah..tak kuasa aku! “Tah!...nanti abah bising baru tahu”abah???...alamak..ni yang buat aku berbelah bagi ni....abah tu
bukan aku tak tahu....bila dia dah bukak ceramah..faham-faham aje la..silap haribulan..ada pulak
yang kena kawin hari ni....mahu tak mahu aku terpaksa keluar jugak bila mata mama dah naik
juling menjeling...kelihatan Farish sedang menanti di halaman rumah...

“Nak apa datang sini?” soalku kasar tanpa memandang wajahnya. “Rindulah kat sayang..” bluekkk!!!rasa nak terajang je kepala dia....rindu konon! “Dah jangan cakap banyak...Ina ada kerja lain nak buat ni..apa yang rasa nak cakap sekarang...cakap!” tegasku.

“Marah sangat ke kat abang sampai tak sudi nak pandang muka abang?”
“Hai....boleh tanya lagi?...abang ingat Ina tengah suka hati la sekarang ni?” luahku geram...Farish
menggeleng kepala melihat aku marah membabi buta.

“Abang ada buat salah ke?”...kalaulah dalam majalah Ujang sekarang ni dah lama karektor aku
mengeluarkan api atas kepala....of course la bodoh!

“Kalau ya...abang salah abang minta maaf...lain kali abang tak buat lagi...okey?” “Macam tu je?...ingat senang ke Ina nak terima maaf abang tu??abang ingat Ina ni apa??patung??  tunggul kayu >>> tayar keta abang ? memang aku marah benar kali ini. Dia ingat selama ini perasaan aku boleh dilebih kurangkan sesuka hati dia??mentang-mentanglah dia lelaki....dia ingat dia boleh lakukan apa saja untuk buktikan kuasa dia?aku memusingkan badan mahu masuk ke dalam....dan sepantas itu juga Farish memegang lenganku.
“Ina...jangan la buat macam ni..kita dah nak kawin ni...” Siapa yang nak kawin dengan abang?”bentakku geram...“Kalau abang bersalah abang minta maaf okey?” pintanya lagi.

“Sampai mati pun Ina tak akan maafkan....tu pun kalau betul abang mati baru Ina pertimbangkan”
“Ina nak abang mati ke?”“Kalau iye kenapa?” “Betul Ina suka abang mati?” “Ha..get lost!”tanpa tunggu lama aku terus naik meninggalkan Farish yang termangu-mangu macam orang bodoh. Tak lama lepas tu aku dengar Hondacitynya memecut laju...lain daripada biasa..marah kut...ah..biarkan!
“Siapa ajar kau cakap macam tu dengan bakal suami?”oops!!mama dah berdiri di depanku....sah
 dia dah dengar semuanya…

“Mama tak pernah didik kau jadi kurang ajar..mama nak kau telefon dia sekarang jugak mintak
maaf. Kalau taak jangan panggil mama ni mama kau lagi”aku terlopong memandang mama yang
dah pun melangkah ke dapur....kerana si Farish tu mama sanggup tak tegur aku?
“Apa la kak Ina ni” Bella keluar dari bilik dengan muka masam tanda marah kat aku.
“Korang tahu apa?”

“Kak Ina tu yang teruk!!!...kak Ina sebenarnya ego...besar kepala...kata abang Farish tak baik,
jahat... habis kak Ina tu baik sangatlah???...kalau kak Ina macam ni la..memang tak kawin sampai
ke tua, tau tak!!? Bella pun hilang sabar dengan perangai kak Ina ni..”beraninya Bella!!
Tanpa tunggu lama..aku start motor lagenda...terus meninggalkan halaman rumah....jalan-jalan
lagi bagus....tak de la pening kepala....tak ada orang nak membebel..nak cakap macam nak runtuh
langit.... kaki kuatur ke arah taman permainan....duduk melepak di hujung taman... sejak peristiwa
itu aku benar-benar tersinggung dengan Farish....Pelik.....sebelum ini aku tidak pernah bersikap
begini....bukan tak pernah dia berbual mesra dengan perempuan lain....mengorat pun dia selalu
buat depan mata....tetapi...kenapa kali ini aku tiba-tiba berubah menjadi pendendam???dan///aku
sendiri tak menyangka aku menangis kerana kecewa yang teramat sangat...ah..kadang-kadang
timbul rasa kesal di hati....ah..bingung..bingung..kahwin????ini soal hidup..soal masa
depan...bagaimana kalau aku ditakdirkan tidak bahagia nanti???Salah siapa...???aku mengeluh
lemah....di ruang mata terbayang wajah Farishh....

“Kak Ina!” terdengar suara Kyra memanggilku dari jauh....apa hal pulak ni?...Kyra berlari laju dan
serta merta memelukku sambil menangis tersedu-sedu. Eh..kenapa ni?” soalku lantas...
“Kenapa ni?” soalku lagi bila tengok Kyra menangis macam kena sawan bab i .
A..a..abang Fa...Farishhl!”

“Hah....kenapa dengan dia?...dah mampus ke?..dah mati?” Saja aku buat macam tu. Susah sangat
ak cakap..aku pun bosan jugak tunggu lama-lama....dah tu....air mata dia campur air hingus dah
habis meleleh atas bahu aku..eeii..

“Ha!” Ina meratap lagi.Ha? Apa yang ha?” soalku.  Abang Farish dah tak ada!” Ha? Tak ada kemana?”
“Abang dah..dah..huuuu…”Kyra menyembam muka ke bahuku.
“Iye ke..baguslah!”spontan saja perkataan itu keluar dari mulutku....aku pun tak sedar tapi betul ke
cerita Kyra ni...

“Kak Ina!!!!...kenapa kak Ina cakap macam tu..Abang Farish dah tak ada lagi tau tak..??!!kak Ina
tahu tak??” Kyra tengking aku... “Biarlah..”
“Abang Farish pergi sebab nak beli bunga mawar pastu bagi kat kak Ina tau tak?!!...dia accident
masa balik dari kedai bunga tadi”aku pandang wajah Kyra macam tak percaya.
“Iye ke?baguslah!”balasku...tapi..aku terasa mataku pedih..betulkah Farish dah tiada??..sudah
pergi dia pergi dari alam maya ini??putik mawar merah untukku puncanya???langkah yang kuatur kian
ingan. Suara Kyra cuma sayup-sayup kedengaran...daan akhirnya aku cuma melihat kegelapan.
********************************************************************************
Aku buka mata perlahan-lahan....aku terasa kepalaku masih pening. Eh..dah sedar pun..”Kyra muncul tiba-tiba....segera dia duduk di sisiku. “Macammana kak Ina boleh ada kat sini?”
“Kak Ina pengsan kat taman tadi” aku pengsan???pengsan sebab..terasa air mata bergenangbenang
tunggu masa nak menitik....Wajah Kyra kutatap “Kak Ina teringatkan abang ke?”soalnya perlahan....aku diam. “Kak Ina..kenapa menangis ni?”aku pandang Kyra lama....kali ini aku pulak yang menangis
ibahunya....biar Kyra tahu betapa aku benar-benar sedih kehilangan Farish.

“La..kenapa ni?”Puan Sri Farhana tiba-tiba masuk dan meluru mendapatkan aku.“Makcik..Ina nak abang Ris!!”tanpa segan silu lagi aku berkata begitu depan mamanya...peduli apa ku...tunang aku....lagipun lagi 2 hari kami akan menjadi suami isteri...siapa yang tak sedih???...Puan Sri Farhana segera memelukku membuatkan aku bertambah hiba.

“Ina..astarfirullah..bawa mengucap Ina..kenapa ni?”mama muncul tiba-tiba dan duduk di sisiku.
“Ina menyesal sebab sakitkan hati dia...Ina tahu Ina yang salah..Ina tak sanggup hidup tanpa dia”
mama dan Puan Sri Farhana tersenyum sesama sendiri.
“Betul ni??tak main-main??”la..nak meraung rasanya bila ditanya soalan bodoh di saat-saat begini.

“Kalau abang Ris ada....sekarang jugak Ina nak kawin dengan dia” ujarku bersungguhsungguh.......

tapi..semuanya tak berguna lagi..

“Betul ke?”Farish tiba-tiba muncul dari balik langsir pintu bilik...aku terlopong....Farish??? wajah

mama,Puan Sri Farhana dan especially wajah Kyra kutatap tak mengerti.

“Sebenarnya kan ..kak Ina..abang Farish tak apa-apa..yang accident teruk tu kete dia je..kak Ina
pengsan tadi pun..abang Farish yang dukungkan ke sini”Kyra membuat penjelasan bila mata aku
tak berkedip merenungnya....what!!!?alamak..malunya aku! “Tadi kau kata..” Kyra salah faham..sorry..!!”ujar Kyra tersipu-sipu...kau punya pasallah ni!!..getusku geram.
“Itulah..dulu sampai nak putus tunang....ni baru dapat berita macam ni dah pengsan-pengsan..”
sindir mama tajam....aduii..bisanya.
“Tak apalah...tu tandanya sayang!”sampuk Puan Sri Farhana lalu mengajak Kyra dan mama keluar....Farish perlahan-lahan menghampiriku...aku tunduk...tak tahu nak sorok muka kat mana lagi.

“Sampai pengsan ye sayangnya Ina kat abang?”usiknya....aku tidak menyahut....semua ni Kyra
punya pasallah bodoh!
“Err..teruk ke awak?” soalku bila melihat dahi kanannya berbalut....
“Don’t worry, tak serius ni..by hook or by crook kita mesti kawin jugak 2 hari lagi.....” ujarnya
selamba membuatkan aku tersenyum lucu. “Thanks!”ucapnya tiba-tiba.
“Kenapa?”
“Sebab membuktikan sedalam mana cinta Ina terhadap abang.....” Farish tersenyum.
“Sebelum tu..yang kat taman bunga dulu macammana?”soalku masih tak puas hati....geram lagi
pasal tu sebenarnya.

“Itulah lain kali cuba dengar dulu..itu adik abang Fatin yang bongsu yang jadi lecturer kat USM..dia
sebaya dengan Ina..tu dia ada kat luar tu..” adik? ntah tak kenal pun..”

“Mana nak kenal.. dia pegi State lepas SPM…baru seminggu tu balik ke Malaysia ni..” terangnya
membuatkan aku tersengih...kenapa tak beritahu awal-awal..manalah aku kenal semua adik
dia...lagipun dia tak pernah cerita pun..buat malu aku je...

“Ina tak marah lagi kan?” soalnya sambil mengeluarkan sebentuk cincin emas putih bermata satu
ari poket seluarnya.

“Cincin yang awak baling hari tu tak sempat nak sambut....masuk longkang..ni saya gantikan”
lalu menyarungkan ke jari manisku.

“Ni je?” soalku mengusik.“Ina, will you marry me?”aku cuma mengangguk dan tersenyum. I love you,” lafaznya lantas mencium tanganku. Mak..aku rasa nak pengsan sekali lagi....romantik gila siut!!..

“Kak Ina..sekarang percaya tak keajaiban cinta...jika telah terlulis bahawa akak dan abang Ris
ditakdirkan bersama maknanya akak tetap akan bersama?”soal Bella. “Keajaiban yang menakjubkan..ada orang mati kerana cinta..merana.” “Pengsan!!”

“Sibuklah kau!!..pergi main jauh-jauh!”marahku campur malu....Farish cuma tertawa kecil...pasti
dia juga merasakan sesuatu yang aku rasa saat ini. Cepatlah hari berlalu..agar Farish segera
menjadi milikku selamanya…
******************************************************************************
Last
 
Majlis perkahwinan aku dan Farish telah diadakan secara besar-besaran...bagi meraikan kedatangan
orang baru di Villa Hamanica....Puan Sri Farhana amat gembira dengan keputusan anaknya untuk
mengahwini Ina....emm...”ada chance laa aku dapat cucu dalam setahun dua ni..”!bisiknya didalam
hati...“Ana...apa yang awak menungkan tu?”soal Tan Sri Fakrulrazi apabila mendapati isterinya tidak
mengekuti topik perbualan...Puan Sri Farhana terkejut seketika...
“Hah....tak ada apa-apa lah bang!Ana tengah perhatikan menantu kita tuh...”ujar Puan Sri
Farhana...

Tan Sri Fakrulrazi memandang Puan Sri Farhana yang melangkah semakin jauh....kepalanya
digelengkan apabila kelibat isterinya itu hilang di sebalik kanopi dan orang ramai yang ada di
situ...para tetamu...sudah semakin ramai memenuhi ruang legar perkarangan Villa Harmanica...di
kejauhan..kelihatan Farish sedang leka memerhatikan menantunya yang berada di taman mini...

Selesai jamuan makan malam...maka lengkaplah majlis gilang-gemilang bagi Tan Sri Fakrulrazi dan
Puan Sri Farhana sekeluarga...semua tetamu dan para jempuan sudah pulang..hanya tinggal sahabat handai terdekat sahaja....Aku yang sedang elak berbual dengan beberapa orang saudaramara Farish....Fasha sejak tadi berada di sisiku...tiba-tiba Farish datang duduk di sisi aku sambil memeluk pinggangku...aku hanya membiarkannya sahaja...“Ina....jom kita berbual dengan mama.....”

“Sekarang ke...hurm Fasha ikut untie Ina nak???”
“Yalah..habis tuh..nak tunggu bila??esok??Fasha nak ikut jugak ke??”ujar Farish sambil melirikkan
mata ke arah sepupu di hadapannya yang sejak tadi tersengih penuh makna...
“Jom lah sayang...”Farish menarik tangan aku dan sama-sama melangkah mendapatkan Puan Sri

Farhana...kelihatan sepupu Farish mengambil Fasha...Fasha hanya mengikut...Kemudian kami bertiga memilih taman mini yang agak terpencil sebagai tempat perbualan jauh dari keluarga dan saudara-mara...
“Macam mana Ina??letih ke?”soal Puan Sri Farhana. “Tak de lah letih sangat mama...hurm mama Fatin bila balik??Ina tak pernah jumpa dia..”tanyaku...

“Dia balik 3 tahun ni...Ina kene lah tunggu yer”ujar Puan Sri Farhana.
“Mama tak mahu berehat ke?dah lewat ni!”soal Farish...
“Mama tak rasa penat lagila Ris...entahlah seronok dapat menantu kot..”luah Puan Sri Farhana riang....

“Lega hati mama ....kamu dah kawin Ris...tercapai impian mama nak tengok kamu naik pelamin...”
ujar Puan Sri Farhana...
sekarang ni mama dan ada cucu perempuan..Ina ..lahirkan mama cucu lelaki pulak, pinta Puan Sri Farhana membuatkan aku terkejut...


Lagi-lagi apabila teringat semasa di tingkatan 2 sahabatku Azurin pernah menunjukkan kepada aku gambar macam mana perempuan melahirkan anak...ya allah seksa rasanya apabila teringat..lagilagi
kembar...seram sejuk aku...lantas aku mata aku melirik ke arah Farish yang sedang             
tersenyum-senyum...itu...Matanya dialih ke arah Puan Sri Farhana yang juga sedang tersengih
penuh makna...Alamak...gerunnya aku....apa aku nak cakap ni...

“Bolehkan Ina?”soal Puan Sri Farhana lagi..Aku menarik nafas sedalam-dalamnya...
“Mama tanyalah pada abang....kalau abang mahu anak dalam masa setahun ni...Ina tak kisah...”
ujarku...

“Kalau itu jawapan Ina...mama gerenti Ris takkan membantah..dia mesti ikut cakap mama
punya...”jawab Puan Sri Farhana dalam nada gembira..“Tapi...sebelum kahwin...abang dah pesan yang dia tak mahu anak dalam setahun ni....susah katanya ...kalau ikut Ina...memang Ina mahu mama...”ujar aku...
 Farish kelihatan terkejut dengan kata-kata yang baru dikatakan oleh aku..“ish dia ni bila masa aku
kata”ujar Farish dalam hati...
“Laa...abang ingatkan Ina tak mahu beranak awal...Abang cakap lah macam tuh....Ina pun
bukannya nak beritahu abang yang Ina nak anak cepat”tanpa diduga Farish berkata...Puan Sri

Farhana tersenyum gembira...“Mama bersyukur dapat menantu macam Ina ni....”puji Puan Sri Farhana...
“Jangan laa puji sampai macam tuh mama...malu Ina...nanti ada pulak orang yang jeles lepastuh
merajuk...”jawab aku sambil ketawa kecil...Puan Sri Farhana juga turut ketawa....
“Ok laa...mama...Ina naik dulu...nak rehat....lagi lama Ina kat cini...nanti lagi kembang hati Ina
dibuat mama”tambahku...Puan Sri Farhana dan Farish ketawa...

********************************************************************************
Aku sedang membaca novel Bicara Hati sambil berbaring ketika Farish masuk ke bilik lewat malam
itu...Segera aku bangun apabila pintu biliku diketuk...terasa jantungku berdegup dengan lebih
pantas...itu pasti Farish...dengan hanya memakai baby T dan kain batik..aku terus membuka
pintu..ketika aku hendak berlalu ke cermin untuk menyikat rambut...Farish menarik aku ke
sisinya....tangan aku dipegang lembut...
“Sayang....kenapa sayang cakap yang abang tak nak anak....pada mama tadi?soal Farish memecah
kesunyian...
“Er..eer...sebenarnya...er...”ujarku tersekat-sekat..kenapa??”soal Farish sambil mengucup pipi ku...terasa panas muka aku tatkala itu...Sebenarnya...Ina takut...”lantas aku mengambil bantal lalu... aku menutup muka aku dengan bantal...

“Lah....Ina takut apa..cuba beritahu abang...ke sayang memang tak nak anak....”lalu Farish menarik bantal yang menutupi mukaku...“Ina nak...sapa kata Ina tak nak cuma..Ina.......takut nak erm...bersalin laa...sebab masa di tingkatan 2 kawan Ina..... Azurin pernah tunjuk kkat Ina buku macam mana perempuan melahirkan
anak...makcik dia doc....ya allah seksa rasanya bila teringat..lagi-lagi kembar...seram sejuk ina... ”
ujarku lalu aku terus menyembamkan muka ke bantal di atas katil...

“Ya allah sebab itu rupanya....apa laa sayang ni sebab tuh jerk....jangan takut abang ada dengan
Ina...tapikan sayang....lepas sayang masuk jer tadi...mama dengan papa sibuk-sibuk cari nama
untuk cucu yang sayang janjikan tu...”Farish kelihatan tersenyum-senyum...aku hanya menjelirkan
lidah kearahnya...

“Er...kalau ada..hurm ada la...”ujarku selamba...“Heheh...kenapa sayang suka sangat jelir lidah dekat abang...dari dulu lagi sayang suka buat macam tuh...nak kene cium ke?kang abang cium kang!!”

“Cium lah”ujarku selamba ..Lalu tanpa sedar bibir Farish menyentuh bibir lembut aku...hanya hembusan nafas yang kedengaran…
“Abangg...dah laa Ina lemaslaahh”aku menolak muka Farish...kelihatan Farish ketawa
kecil..pelukannya semakin erat...

“Apsal abang pandang Ina macam tuh...”Thankx coz accept abang dalam hidup...Ina… I love you very much….”lalu bibir Ina dikucupnya lagi..Ina sentiasa menyintai abang… dan Ina berharap abang dapat membahagiakan Ina...." tanpa disedarinya air matanya gugur....Ina memeluk erat Farish...aku rebah di pelukan Farish....dia menangis sedu-sedan di dada Farish yang semakin erat merangkul tubuhnya...Farish yang merasai tangan aku kuat memeluk pinggangnya lantas mencium lembut bahu aku....

“Sudah lahh sayang...jangan lahh sayang menangis...abang akan bahagiakan Ina lebih dari diri abang sendiri....”Farish berbisik dan sempat mengucup telingaku.....ciuman itu terus berjalan ke sekitar wajahku...

Aku tidak membantah...malah belaian Farish bagaikan seperti di dalam alam maya....buat pertama
kali aku hanya membiarkan kelakuan Farish....Tanganku semakin erat memeluk Farish....dan
tangan aku yang kuat memeluk pinggangnya terasa kemas...Akhirnya malam pun merangkak pergi
membawa bersama rahsia tersendiri....

*******************************TAMAT*******************************************

No comments: