Wednesday, July 28, 2010

Rahsia Hatiku - Aruah Mak Besaq

Hari ini 26/7/2010 Bersamaan 14 Syaaban.

(351216-07-5410) -Kanser Usus

Aku dikejutkan dengan berita kematian Mak Besaq. Innalilahiwainnailaihirrohjiunn. Mak Besaq ada lah isteri pertama abah aku.

Aku balik keja awai terus ke surau. Syukur aku sempat melihat aruah buat kali terakhir. Aku, suami dan anak2 sempat utk menabur bunga dan mengiringi doa untuknya. Walaupun aku cuba kuatkan diri namun aku lemah untuk mengawal dari tertumpahnya air mata aku. Aku terkilan kerana kerana saat akhir aruah sakit aku tidak sempat menjengahnya dirumah atau di hospital.Namun begitu aku bangga kerana aku masih berpeluang memeluk, menyium, membancuh susu, menolong membawanya ke tandas serta pernah menolong menukar pampersnya semasa di hospital.

Tapi itu semua masih tidak dapat membalas jasa aruah yang pernah menjaga aku sedari aku kecil.

Penderitaan yang kau tanggung dah berakhir. Pergilah dengan tenang.


Mak Besaq,
Ampunilah segala dosa2 ku , halalkan makan minumku dan halalkan lah segala penat lelah mu yang pernah menjaga aku. Aku doakan semoga segala dosa2 aruah diampunkan dan pada semua halakan makan minumnya dunia dan akhirat dan semoga aruah ditempatkan bersama dengan orang2 yang beriman..amin.

Segala jasa dan budimu akan ku kenang hingga ke akhir hayat ku.

Aku dan Mak Besaq (Dalam Kenangan)

Syanie(anak aku) dan Tok Munah (Dalam Kenangan)

Mama aku dan Mak Besaq (Dalam Kenangan)

Hasil Nukilan : Mawar_Ungu

Sunday, July 25, 2010

Rahsia Hatiku - Mengandungkan Puteri kedua - Syanie

Sambungan



Setelah 9 bulan melayan telatah puteri sulung ku aku dapat rasakan sesuatu pada diri aku. Haid aku tidak datang dan aku demam. Dengan sengaja aku pun membeli ujian kehamilan..what !! positiff ! aku mengandung. Masa tu aku tak tahu nak happy atau sedih kerana anak sulung aku selalu sakit2 dan masih perlukan sepenuh perhatian dari aku. Masalah kewangan juga mencemburui aku. Bagaimana harus aku hadapi situasi sebegini.

Semakin hari semakin besar usia kandungan aku dan ini membuatk aku tidak perlu berfikir. Aku telah membuat keputusan utk melahirkan zuriat ku ini dan berusahan utk menyempurkan tanggung jawab aku semampu mungkin.Hari depa hari aku menunggu dengan tidak sabar. Setiap hari aku pasti membelai kandungan aku dengan memohon pada anak yang didalam kandungan memahami masalah ku. Aku cuba fahamkan dia sebelum dia memahami dunia ini. Aku mohon supaya apabila dia lahir nanti dia dapat memahami ibunya tidak mampu memberi kemewahan berlebihan.

9 bulan kandungan ku tidak mempunya masalah melainkan pada bulan yang ke-9 sekali lagi aku mengalami tekanan darah yang tinggi. Aku dimasukkan ke hospital sebelum tanda2 sakit utk bersalin.


04/10/1999
Pada pagi 4/10/1999 aku dimasukkan ke bilik bersalin.aku ditempatkan di katil tengah(sama seperti anak sulung). Aku dimasukkan ubat dan drip pada pukul 10.00am. Seperti biasa selepas beberapa jam aku mula berasa sakit. Setelah berberapa jam menanggung sakit dan perit aku pun selamat melahirkan puteri ku yang ke-2 yang diberi nama NUR ELLIA SYAZZWANI (SYANIE).Hilang segala kesakitan tadi dan aku bersyukur pada Allah diatas pemberiannya, Tapi aku hairan kena anak ku ini putih sangat. Mata sepet dan hidung pula penyet. Tertukar anak ke ? tapi didalam bilik bersalin Cuma aku seorang ja. Wajahnya x serupa dengan anak ku yang sulung. Wajah anak kedua ku ni tembam, rambut halus dan sikit. Aku Tanya kembali pada nurse, apa mereka tertukar bayi ke ?

Setelah 2-3 hari barulah terserlah wajahnya yang mirip pada belah ibu aku (Chineese look). Makin hari matanya pun sudah tidak sepet lagi dan hidungnya juga dah tinggi hehehhe. Dan makin hari wajahnya mirip aku plak…

Yang menariknya..anak kedua ku ini menyusu badan penuh. Kebetulan aku sudah berhenti kerja. Dan dia juga mungkin memahami masalah kewangan ibunya..dia dengan sendiri tidak mahu minum menggunakan botol,susu tepung, putting piring, nestum dan lain2 yang di beli.

Dia hanya menyusu badan hinggalah boleh mampu menelan bubur yang aku masak sendiri. Aku bersyukur padamu ya allah atas kurniaan mu ini.

Anak kedua ku ini menyusu badan hinggalah aku mula berkerja kembali. Usianya lebih kurang 4 tahun.

Dan Syasya amat sygkan adknya hingga org lain x boleh menyentuhnya. Tapi ksh sygnya kdg kala buat aku pening kerana dia tidak memahami bagaimana utk memberi ksh syg itu. Pernah sekali dia menarik rambut adiknya semata mata kasihan adknya tidur tanpa dialaskan bantal. Dia ingin meletakkan bantal dibawah kepala adknya, dia cekak rambut adiknya...Huh..mmg aku tidak boleh tinggalkan anak2 aku berdua saja. Yelah anak sulung ku baru berusia 1 tahun 7 bulan pada masa itu. Ini semua adalah kenangan 11 tahun sudah dan kini anak2 ku dah menjangkau usia 11 & 12 tahun.



Untuk tatapan anak2 ku : Harapan mama dan abah utk melihat kalian Berjaya dan menjadi anak yang solehah.Kakak dan adk mesti menjaga diantara satu sama lain dan jgn letakkan jurang diantara kamu berdua. Mama dan abah sentiasa mendoakan kesejahteraan kakak dan adik.


We lOve u sO mUch….!!



Hasil Nukilanku : Mawar_Ungu

Derma Darah- kali ke- 7 (22 Julai 2010)

Salam Semua.
Hari ni aku nak ceritakan tentang EHS yang dijalankan di tempat keja aku..PHILIPS LUMILEDS.
Kira masuk ni dah kali ke-7 aku menderma. 5 kali utk GH, 1 kali Loh Guan Lye dan kali ni utk Gleneagles.
Aku baru je menderma bulan april baru ni di GH, risau gak kalau2 x boleh derma lagi sbb tak smpai 3 bulan lagi (kurang seminggu). Tapi alhamdulilah..berkat keikhlasan..yahOO. aku berjaya!

Pihak Philips memberi Tuala sebagai cenderahati dan dari pihak Hospital pula kami mendapat hamper yang comel.Didalam hamper tu ada Vitamin C(yang mahal) heheh dan satu lagi  ( tgk attachement kat bawah
sekali)

Wah Bergayanya..tp nape CT semacam je..tahan kentut ke ? adesss

Ni Pic Masa dah BERJAYA melepas ujian bagi mendapatkan kelulusan utk MENDERMA DARAH

NI wajah aku yang tgk buat2 cOOl padahal dalan ati tuhan saja yang tahu...huhuhuh Besarnya jarummm...

Wajah pucat lepas Derma darah. Kami minum2 dulu. Tuala tu Philips yang bagi.

Lepas dah segar kembali, kami pun masuk dalam Auditorium

Ni adalah untuk dijual. Kami tlg jaga kejab je so, sempat posing ler...ehhehe

Ni lah Cenderahati dari GLENEAGLES Hospital utk keikhlasan kami menderma..cute kan !

Ni kami tgh mencuba kepakaran dari Denai SPA. Sedappppp.Fuhh !

Kami ni bab2 mcm ni mmg selalu support. Peramaikan majlis org kata..heheh


Hasil Nukilan : Mawar_Ungu

Terjemahan Bacaan Talkin.....

Bismillah hir rah man nir rahim.


Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa,

Mahasuci Tuhan yang menj adik an mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.

Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA,
hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala,  bagaimana kamu juga hamba Allah Taala..

Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.

Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan
Ramadhan,mengeluark an zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah
Muhammaddur rasulullah".

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah  benar,berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan
kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar..

Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.

Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut"
Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran." Surah Al-A'sr .

Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur "masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN" dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?"

Maka jawabnya Rasulullah saw "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'."

Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu "itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN"
mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian" Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya

TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8 . Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:

Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:

" Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga.

Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga.

"Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak
melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaiman yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud

"Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."

Sunday, July 18, 2010

Rahsia Hatiku - Mengandungkan Puteri Sulung


Sambungan…..


Setelah selesainya majlis nikah kahwin kami..esoknya kami pun berangkat pulang dari Kelantan. Kami menaiki Kapal Terbang Pelangi airline. Itu lah pertama kali aku menaikinya dan masih aku ingat seram sejuk seluruh tubuh aku dan aku hanya berdiam diri sambil membaca doa2 yang mana sempat aku ingat..hehehhe

April – June 1997

Kami sering berulang alik dari Penang – Kelantan kerana Ibu Mertuaku sakit..Ibu mertuaku seorang yang peramah dan aktif. Sedihnya aku lihat bila dia hanya mampu terlantar dikatil hospital.Selama beberapa bulan dia masuk keluar hospital akhirnya dia menghembuskan nafasnya yang terakhir pada bulan JUN 1997. Masa tu aku tidak balik kmpng..hanya Abg Ipar aku dan Suami saja yg menjengoknya. Tapi masa tu x nmpak apa2 perubahan atau kelainan. Disebabkan kerja di penang, mereka terpaksa balik ke penang pagi tu. Aku dirumah menunggu kepulangan suami aku dengan ntah kenapa terasa bedebar debar. Tiba2 aku mendapat pangilan dari Kelantan mengatakan Ibu Mertuaku sudah meninggalkan kami semua. Innalilahirohinnailai Hirrohjiiun, semoga rohnya ditempatkan bersama org2 yang beriman..amin. Mereka sengaja x mahu call Abg ipar aku dan suami aku kerana takut mereka sedih . Setibanya mereka dirumah aku terus meluru kluar dan cuba beritahu bahawa Ibu kesayangan mereka sudah tiada lagi. Terdiam dan Terkaku mereka. Tanpa berlengah abg iparku balik ke rumah dia utk bersiap dan datang balik ambik kami utk balik ke Kelantan semula. Kami bertolak malam tu juga.

Esok pagi setelah semuanya selesai dikebumikan dan setelah selesai tahlil..kami mohon diri utk balik ke Penang. Sedih hati aku melihat suami aku yang mana mmg amat rapat dan amat menyayanyi ibunya. Pasti jiwanya terasa kosong meskipun aku berada sisinya…Kesian juga pada aku yang tidak sempat merasa kasih sayang dari Ibu Mertua dan tidak sempat bermanja dengannya.

Setelah kembali dari Kelantan barulah aku perasaan yang aku sudah lama tidak datang bulan . Seingat aku dah 3-4 kali aku check tp tak ada apa2.Aku belek Kelendar semula, tarikh akhir haid aku pada 27/4/1997. Aku pun terus buat pregnant test lagi ,rupa2nya kali ni ujian air kencing aku POSITIVE. Aku aku dah mengandung. Alhamdulilah.Aku pegi check di klinik dan Doktor mengesahkan aku mengandung tp berapa bulan tak pasti sebab haid yg terakhir pada April tp hingga May aku check x ada apa tanda yang aku mengandung lagi.

Tak kisah la berapa bulan mengandung ..Yang penting aku dan ada isi. Suami aku gembira sgt. Terasa kesedihan yang ditangggung akibat pemergian ibunya terubat. Mama aku lagilah Happy..cucu sulung la katakan…hehehe. Seperti biasa setiap bulan aku buat pemeriksaan di Klinik Kerajaan Jalan Perak. Aku ingt lagi hari pertama masa daftar..kena ambil darah dua botol kecik. Aku dah kecut perut. Aku takut sgt. Bila nama aku dipanggil saja..mula rasa sakit perut , nak kencing dan macam2..tp aku gagahi juga masuk bilik. Geramnya sebab dah beberapa kali cucuk kat tangan aku masih tak jumpa urat..aku bukan lah tembam sgt masa tu..nurse2 kat situ tak reti atau saja nak buat lawak. Aku ni menahan sakit dicucuk 2-3 kali..terus menangis. Diorg suruh aku rehat kemudian cuba cucuk lagi. Lepas 15 minit aku masuk balik dalam bilik. Aku nmpak Staff Nurse yang nak cucuk aku. Aku dah ketar balik. Tapi sekali cucuk saja terus dapat…lega.

Macam tu la aku ulang alik dari sebulan sekali hingga sebulan 2 kali ke klinik. Last check-up Doktor beritahu tekanan darah aku naik. Dia terus mintak suami bawa aku pegi ke Hospital Bersalin buat pemeriksaan. Aku pun pegi la sana..smpai sana ja Diorg suruh suami aku balik ambil pakaian aku dan anak sebab aku kena masuk WAD. Huh ! Tak sakit apa pun kena masuk wad ke ? aku dah standbye nak nanggeh la sbb tak penah berumah dalam Spital lagi. Sib baik misi kat sana baik2, diorg pun tahu aku muda masa tuh..yelah baru age 22..diorg pujuk aku kata kat sini x de Hantu..jgn risau, cerah & ramai org. Aku tak diberi pilihan terus pegi ke katil dan suami aku balik utk ambil keperluan lain. Aku ditempatkan di katil pertama(depan meja misi) sebelah tingkap.

Masa tu kandungan aku sememangnya dah cukup 9 bulan. Mengikut kiraan tarikh akhir haid , aku kena bersalin pada 01/01/1998 TAPI mengikut tarikh scan 7/3/1998. So, tarikh scan tu la betul sbb sampai awal bulan 3(aku masuk wad) aku still belum bersalin. Tensionnya kena admit awal. Kejab2 dipanggil masuk bilik utk check-up. Boringnya..malu pun ada. Mana taknya doctor muda2 hensem2..alahaiiiiii . Lepas admit 2-3 hari pun tekanan darah tak turun doctor cadangkan masuk air dan ubat utk bagi bersalin. Sbb katanya aku risau dan takut selagi tak besalin nanti lagi bahaya. So, aku pun x kisah la janji aku dan anak selamat.

10/3/1998
Tepat 10.00am aku pun dipanggil masuk bilik bersalin. Wad kelas 2 menempatkan 3 katil bersalin, aku ditempatkan ditengah. Nurse mula masukkan jarum ke tangan aku dan melilitkan satu lilitan ke pinggang aku..utk memeriksa jantung anak. Lebih kurang pukul 12 lebih aku dah mula rasa sakit, menyucuk2, aku pun panggil nurse tp bila diorg tengok..belum buka kata nurse. Adesss semakin lama semakin sakit. Aku dah mula pusing kiri kanan dan cuba kalih utk bagi keselesaan namun hampa..kesakitan aku melebihi segalanya. Aku pun panggil nurse lagi, Doktor memeriksa kata belum buka lagi. Doktor tanya aku nak bius tak..aku tanpa byk fikir terus jawab nak.

Selepas beberapa minit bius sakit aku semakin berkurangan dan ntah bila aku tak perasan aku terlelap dalam bilik bersalin. Aku sedar bila aku mula rasa sakit kembali. Masa tu lebih kurang pukul 5 lebih. Semakin lama semakin aku tak dapat menahanya. Aku sekali lagi memanggil misi sambil memusing musing badan aku..kain yang menutup separuh badan aku dah beberapa kali kebawah. Aku dah tak ada perasaan segan lagi dah.Aku asyik memanggil nurse.Nurse yang baik hati menyuruh aku mengucap dan membaca ayat2 suci serta doa memohon pada allah semoga permudahkan persalinan aku.Ya, Allah!! Sakitnya perut aku ni.

Lama2 badan aku terasa lemah. Pukul 7.00pm doctor datang memeriksa sekali lagi. Masih belum buka. Aku terus memohon pada doctor utk lakukan pembedahan. Aku dah tak mampu menanggung kesakitan ni lagi. Doktor pun nmpak aku semakin lemah dan dia beritahu utk sediakan peralatan semua, pembedahan akan dilakukan pada pukul 9 malam nie. Kesian suami aku, setia menunggu aku dikerusi luar tanpa makan dan minum apa2. Makcik yang sapu lantai memujuk aku mengatakan “ anak jgn risau, suami ada kat luar menunggu adik,dah beberapa kali dia mintak makcik tgk adik didalam”.

Aku memanggil manggil nurse utk meminta air. Aku dapat rasakan diri aku semakin lemah. Tapi menurut nurse aku tidak dibolehkan meminum air sebelum pembedahan. Aku lemah lagi. Tepat pukul 9 doktor datang pada aku dan buat pemeriksaan terakhir sebelum di tolak ke bilik pembedahan. Selepas memeriksa doctor mengatakan aku tak perlu dibedah kerana dah buka 2cm. Kita tunggu sekejab lagi. Aku pun tidak ingat bila masa doctor memecahkan air ketuban aku. Tapi aku dapat rasakan ia mengalir tanpa dapat kawal.Aku berasa letih. Harus menunggu lagi tak cukup kah penantian aku dari pagi tadi lagi…lebih kurang pukul 10 malam perut aku semakin menjadi-jadi..kesakitan aku semakin terasa. Aku dah menendang kain hijau yang menutup separuh badan aku tu dan memanggil doctor. Melihat kedaan aku yang tidak dapat menahan sakit dan semakin aktif meminta nurse mengantungkan kaki aku. Doktor dan nurse pun mula menjalankan operasi mereka. Mereka menyuruh aku push sepenuh tenaga bila terasa kesakitan tu.Rupanya ada masalah sikit. Kepala bayi tidak berada dikedudukan tengah. Doktor cuba untuk buat kepala bayi masuk pada kedudukan yang betul. Sakit ni tuhan saja yang tahu. Kemudian doktor menyuruh aku push lagi. Aku cuba beberapa kali dan aku sempat dengar doctor beritahu aku “ push lagi dah nmpak kepala baby”..dengan sekuat tenaga aku push ntah bila masa doctor toreh pun aku tak sedar dan akhirnya…lahirlah Puteri ku yang sulung tepat pada pukul 10.53pm.

Aku tidak sempat menatap wajah puteri aku kerana dia lemas dalam perutku. Mereka cepat2 bersihkan dia dan bawa ke mana ntah. Dimasa yang sama doctor mengeluarkan uri dan membersihkan semuanya. Aku terus meminta air dari nurse. Mereka memberikan aku milo. Keadaan aku lemah sgt. Doktor menjahit bekas torehan tadi sambil bersembang dengan aku. Aku beritahu doctor yang aku dah serik utk melahirkan. Doktor senyum sambil berkata, jgn cakap je tiba2 tahun depa kita jumpa lagi. Sebaik selesai semua staff nurse datang periksa. Jahitan tak kemas ! Terpaksa jahit semula. Aku bingung, jahit semula. Tapi kenapa ?

Nurse tu bagitahu aku yang jahitan lepas bersalin amat penting . Walau kita tak nmpak kecacatan tp suami dapat rasa nanti. Ermm aku tak faham masa tu…..

Jahitan kali kedua membuat aku terasa nyilu dan sakit. Tapi apakan daya….

Selesai semua, aku ditolak keluar dan aku disambut mesra oleh suamiku. Dia mengikut menolak katil aku smpai ke wad. Sampai di wad aku bertanyakan anak aku. Aku belum sempat melihat dia. Nurse beritahu aku esok pagi baru mereka hantar pada aku kerana anak aku lemas dah masih perlu dibawah jagaan mereka.

Suami aku tak henti2 mengucup pipi aku dan mengucapkan terima kasih kerana melahirkan puteri utknya.Aku pun berehat setelah penat seharian di wad bersalin akhirnya terlelap.

Keesokkan paginya nurse datang menghantar anak aku pada aku. Aku dengan tidak sabar terus mencium pipinya yang sedang nyeyak tidur.Aku terharu melihat puteri sulung aku. Puteri sulung aku menjadi rebutan nurse2 di sana dan dia dipangggil comel. Sesiapa saja yang datang melawat baby lain pasti akan singgah pada puteri aku kerana daya tarikannya yang kuat. Masa tu yang paling ketara adalah rambutnya yang Hitam dan lebat. Panjang pulak tu.Dia pulak putih, Nampak sungguh comel.Ada saja nurse yang akan datang berebut utk mendukung dia…keluarga aku ada datang melawat aku di hospital dan aku dapat lihat kegembiraan mereka .

Alhamdulilah…Selesai sudah cerita Puteri Sulung ku yang diberi nama NUR’ ELLIA SYAZZWINA(SyaSya).
Semoga menjadi anak yang solehah dan menjadi kebanggaan mama & abah juga pada Negara.

Hasil Nukilan : Mawar_Ungu

Makna Bacaan Dalam SOLAT

Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan
bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka
yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku,
berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi
bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi
bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau
berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun
yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah
Engkau tetapkan.

Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas
keluarganya dan sahabat-sahabatnya.


"wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup
keNerakamu....kami lah hamba yang mengharap belas darimu ."ya allah
jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua
ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia"

Thursday, July 15, 2010

Istimewanya Wanita



Apakah keistimewaan WANITA ini?
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN...
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya...
PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya...

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya...
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN...
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal.

Bahawa "Betapa BERHARGAnya dia".





Jika isteri menangis dihadapanmu, "Hargailah ia sebelum terlewat

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,

itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.

Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2,

jika seorang isteri pernah menangis karenamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat
kau terperuk terlalu dalam .

Wahai suami2,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya...
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu...
Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT
yang dirasakannya keranamu ?

 

Rahsia Hatiku - Perkahwinan

Setelah mengharungi alam pertunangan selama setahun setengah, kata sepakat di ambil dan disempurnakan dengan ijab dan Kabul.


14/2/1997
Tarikh yang menjadi saksi tercetusnya ikatan yang lebih kukuh iaitu..Perkahwinan.Dengan Wang Hantaran RM4001, Mas Kahwin ( Seutas Rantai RM1900) ikhlas dari pihak lelaki (aku mita Rm301 ja), Sebentuk Cincin serta beberapa dulang barang hantaran menjadi penyeri masjlis. Yang bestnye masa tu age aku baru ja lepas 21 tahun. Terlalu muda. Mampukan aku mengharungi dunia yang lebih mencabar selepas ini.

23/3/1997
Tarikh kenduri dirumah aku. Tapi aku tak raikan dirumah..bukan apa nanti tak ada siapa nak kemas..so, kami sewa dewan sekolah yang berdekatan saja. Jemputan yang hadiri terdiri dari belbagai bangsa termasuk melayu, india , cina dan Indonesia. Cina tu sebelah mama aku la..yang indonesia pulak dari tempat keja aku..masa tu aku bekerja di kilang MCI(sekarang GUH) sebagai CLERK di PERSONNEL Dept. So, Indonesia sememangnya dibawah jagaan aku dan K. Liza(senior aku). Tak ketinggalan teman sepejabat..terharu sgt aku.

30/3/1997
Tarikh ni pula kenduri sebelah dia. Buat di Kelantan. Jauh tu yang jarak smpai seminggu. Kat sana buat kenduri simple saja sbb masa tu aruah ibu mertuaku sedang sakit. Tarikh ni juga adalah public Holiday utk Kelantan-hari Keputeraan Sultan Kelantan.

Disebalik kegembiraan ini terselit kisah duka. Hari ini jugalah air mata pertama aku tumpah selepas bernikah. Mungkin aku yg beremosional sgt tp ntah lah. Aku sedih kerana dia biarkan aku bersama adk beradik yang lain sedangkan dia keluar bersama fmly kwan dia utk pergi berjalan jalan dan sempat masuk ke kawasan istana sultan Kelantan. Aku terasa disisih dan sedih sekali. Adakah kawan dia itu lebih penting berbanding aku, atau aku yang terlalu sensetif. Tapi kenapa hingga kini aku masih tidak mampu melupakan saat2 menyedihkan itu.ia masih terpahat kemas dalam hatiku, mungkin kerana hari itu sepatutnya hari yg mengembirakan aku tapi terjadi sebaliknya...tertumpahnya air mata aku.

Apakah airmata pertama ini adalah petunjuk bahawa aku akan terus mengalirkan airmata utk sebuah ikatan yang telah ditakdirkan……..

Ya allah, kau berikanlah petujuk dan hidayah buat hamba mu yang lemah ini ..semoga masih ada sinar yang menanti dipersimpangan.


Hasil Nukilan : Mawar_Ungu

Wednesday, July 14, 2010

Rahsia Hidupku - Percintaan & Pertunangan

Bersambung Kembali.


Sejak pertemuan itu, hubungan diantara kami mula mesra dah aku dapat rasakan yang aku bahagia bila bersamanya. Dunia aku terasa indah dan perjalananku amat bermakna. Hubungan kami semakin hari semakin mekar sehinggalah dia menyuarakan hasrat untuk menjadi kekasih ku. Oh My God !! Betul ke dia nak bercinta dengan aku nie..padahal pada masa yang sama aku sudah mempunyai dua org kekasih yang masih menanti kata pasti dari aku. Macam mana nak buat nie..adesss. Aku tak sangka hubungan aku dengan dia terjalin secepat ni. Tapi entah kenapa hati , rindu dan syg aku lebih berpihak pada dia.

Sebaik aku menerima huluran kasih syg dari dia..aku terus memutuskan hubungan aku dengan 2 jejaka yg telah aku kenal dari awal lagi. Seorg jejaka aku kenal dari aku form2, dan sorang lagi form 4. Yang hairannya aku menolak mereka tanpa sebarang alasan. Berdosakan aku ? Tapi bagaimana harus aku jalinkan hubungan cinta ini lebih dari seorg.

Persoalanya..Kenapa dia yang aku piliih !! Sedangkan aku baru mengenalinya. Aku tiada jawapan. Yang pasti aku terasa bahagia bersamanya dan diriku terasa dihargai. Setiap saat bagaikan dia sentiasa bersama ku. Dia pandai mengambil hati aku. Pandai menghargai aku dan yang pasti dia sentiasa bersama aku bila aku memerlukannya…….

Dia begitu mengambil berat tentang diriku. Tidak dibiarkan aku kemana mana tanpanya. Kemana saja kami bersama pasti tanganku digengam erat seolah olah tidak sanggup berpisah dengan aku. Dimana ada aku, disitu pasti ada dia. Sikap terlalu mengawal setiap pegerakkan aku membuat aku terasa lebih dihargai.

Aku bahagia, walau ada rintangan dan dugaan namun kami hadapi bersama dengan azam dan nekad utk bersama selamanya.


02/09/1995

Hari Pertunangan aku bersama dia. Perasaan gementar dan risau menguasai diri. Aku akan digelar tunangan org selepas ini. Akan berjalan lancarkan majlis yg sederhana ini. Alhamdulilah…semuanya selesai dengan baik. Pihak aku meminta RM4001 dan Mas Kahwin rm301 mengikut kemahuan aku. Mereka setuju tanpa bantahan dan tawar menawar.

Bermulalah kisah baru dalam hidup aku yang sudah digelar tunang org. Benar org kata masa bertunang adalah satu tempuh yang penuh dengan dugaan, tapi amat manis sekali utk dikenang…so sweetttttt…………


Hasil Nukilan : Mawar_Ungu

Terjemahan Surah Yaasin

1. Yaa, Siin.

2. Demi Al-Quran yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh,

3. Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad adalah seorang Rasul) dari Rasul-rasul yang telah diutus,

4. Yang tetap di atas jalan yang lurus (agama Islam).

5. Al-Quran itu, diturunkan oleh Allah Yang Maha Kuasa, Lagi Maha Mengasihani,

6. Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka lalai.

7. Demi sesungguhnya, telah tetap hukuman seksa atas kebanyakan mereka, kerana mereka tidak mahu beriman.

8. Sesungguhnya Kami jadikan (kesombongan dan keengganan mereka tunduk kepada kebenaran sebagai) belenggu yang memberkas kedua tangan mereka ke batang leher mereka; (lebarnya belenggu itu) sampai (menongkatkan) dagu mereka lalu menjadilah mereka terdongak.

9. Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada hartabenda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). Lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar).

10. Dan (dengan sebab itu) sama sahaja kepada mereka, engkau beri amaran atau engkau tidak beri amaran kepadanya - mereka tidak akan beriman.

11. Sesungguhnya peringatan dan amaran (yang berkesan dan mendatangkan faedah) hanyalah yang engkau berikan kepada orang yang sedia menurut ajaran Al-Quran serta ia takut (melanggar perintah Allah) Ar-Rahman semasa ia tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Tuhan. Oleh itu berilah kepadanya berita yang mengembirakan dengan keampunan dan pahala yang mulia.

12. Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati, dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan. Dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu Kami catitkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata.

13. Dan ceritakanlah kepada mereka satu keadaan yang ajaib mengenai kisah penduduk sesebuah bandar (yang tertentu), iaitu ketika mereka didatangi Rasul-rasul (Kami),

14. Ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang Rasul lalu mereka mendustakannya; kemudian Kami kuatkan (kedua Rasul itu) dengan Rasul yang ketiga, lalu Rasul-rasul itu berkata: "Sesungguhnya kami ini adalah diutuskan kepada kamu".

15. Penduduk bandar itu menjawab: "Kami ini tidak lain hanyalah manusia seperti kami juga, dan Tuhan Yang Maha Pemurah tidak menurunkan sesuatu pun (tentang agama yang kamu dakwakan); kamu ini tidak lain hanyalah berdusta".

16. Rasul-rasul berkata: "Tuhan kami mengetahui bahawa sesungguhnya kami adalah Rasul-rasul yang diutus kepada kamu,

17. "Dan tugas kami hanyalah menyampaikan perintah-perintahNya dengan cara yang jelas nyata".

18. Penduduk bandar itu berkata pula: "Sesungguhnya kami merasa nahas dan malang dengan sebab kamu. Demi sesungguhnya, kalau kamu tidak berhenti (dari menjalankan tugas yang kamu katakan itu), tentulah kami akan merejam kamu dan sudah tentu kamu akan merasai dari pihak kami azab seksa yang tidak terperi sakitnya"

19. Rasul-rasul itu menjawab: "Nahas dan malang kamu itu adalah disebabkan (kekufuran) yang ada pada kamu. Patutkah kerana kamu diberi peringatan dan nasihat pengajaran (maka kamu mengancam kami dengan apa yang kamu katakan itu)? (Kamu bukanlah orang-orang yang mahu insaf) bahkan kamu adalah kaum pelampau".

20. Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya: "Wahai kaumku, Turutlah Rasul-rasul itu

21. "Turutlah orang-orang yang tidak meminta kepada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang yang mendapat hidayah pertunjuk".

22. Dan (apabila ditanya: Sudahkah engkau menerima agama mereka? Maka jawabnya: "Mengapa aku tidak menyembah Tuhan yang menciptakan daku, dan yang kepadaNyalah (aku dan) kamu semua akan dikembalikan?

23. "Patutkah aku menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah? (Sudah tentu tidak patut, kerana) jika Allah yang Maha Pemurah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, mereka tidak dapat memberikan sebarang syafa'at kepadaku, dan mereka juga tidak dapat menyelamatkan daku.

24. "Sesungguhnya aku (kalau melakukan syirik) tentulah aku pada ketika itu berada dalam kesesatan yang nyata.

25. "Sesungguhnya aku telah beriman kepada Tuhan kamu, maka dengarlah (nasihatku)".

26. (Setelah ia mati) lalu dikatakan kepadanya: "Masuklah ke dalam Syurga". Ia berkata: "Alangkah baiknya kaumku mengetahui

27. "Tentang perkara yang menyebabkan daku diampunkan oleh Tuhanku, serta dijadikanNya dari orang-orang yang dimuliakan,"

28. Dan Kami tidak menurunkan kepada kaumnya sesudah ia (mati) sebarang pasukan tentera dari langit (untuk membinasakan mereka), dan tidak perlu Kami menurunkannya.

29. (Kebinasaan mereka) hanyalah dilakukan dengan satu pekikan (yang dahsyat), maka dengan serta merta mereka semua senyap sepi - tidak hidup lagi.

30. Sungguh besar perasaan sesal dan kecewa yang menimpa hamba-hamba (yang mengingkari kebenaran), Tidak datang kepada mereka seorang Rasul melainkan mereka mengejek-ejek dan memperolok-olokkannya.

31. Tidakkah mereka mengetahui berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka? Umat-umat yang telah binasa itu tidak kembali lagi kepada mereka (bahkan kembali kepada Kami, untuk menerima balasan)

32. Dan tidak ada satu makhluk pun melainkan dihimpunkan ke tempat perbicaraan Kami, semuanya dibawa hadir (untuk menerima balasan).

33. Dan dalil yang terang untuk mereka (memahami kekuasaan dan kemurahan Kami), ialah bumi yang mati; Kami hidupkan dia serta Kami keluarkan daripadanya biji-bijian, maka daripada biji-bijian itu mereka makan.

34. Dan Kami jadikan di bumi itu kebun-kebun korma dan anggur, dan Kami pancarkan padanya beberapa mataair,

35. Supaya mereka makan dari buah-buahannya dan dari apa yang dikerjakan oleh tangan mereka; maka patutkah mereka tidak bersyukur?

36. Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.

37. Dan lagi dalil yang terang untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap gelita;

38. Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui;

39. Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya - (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.

40. (Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing.

41. Dan satu dalil lagi untuk mereka (insaf) ialah, Kami membawa belayar jenis keluarga mereka dalam bahtera yang penuh sarat;

42. Dan Kami ciptakan untuk mereka, jenis-jenis kenderaan yang sama dengannya, yang mereka dapat mengenderainya.

43. Dan jika Kami kehendaki, Kami boleh tenggelamkan mereka; (kiranya Kami lakukan yang demikian) maka tidak ada yang dapat memberi pertolongan kepada mereka, dan mereka juga tidak dapat diselamatkan,

44. Kecuali dengan kemurahan dari pihak Kami memberi rahmat dan kesenangan hidup pada mereka hingga ke suatu masa.

45. Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berjaga-jagalah kamu akan apa yang ada dihadapan kamu (dari urusan-urusan hidup di dunia ini), dan apa yang ada di belakang kamu (dari huru-hara dan balasan akhirat), supaya kamu beroleh rahmat" (mereka tidak mengindahkannya).

46. Dan (itulah tabiat mereka) tidak ada sesuatu keterangan yang sampai kepada mereka dari keterangan keterangan Tuhan mereka, melainkan mereka selalu berpaling daripadanya (enggan menerimanya)

47. Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Dermakanlah sebahagian dari rezeki yang dikurniakan Allah kepada kamu", berkatalah orang-orang yang kafir itu kepada orang-orang kepada orang-orang yang beriman (secara mengejek-ejek) "Patutkah kami memberi makan kepada orang yang jika Allah kehendaki tentulah Ia akan memberinya makan? Kamu ini hanyalah berada dalam kesesatan yang nyata".

48. Dan (apabila mereka diingatkan tentang huru-hara dan balasan akhirat) mereka bertanya (secara mempersenda): "Bilakah datangnya (hari akhirat) yang dijanjikan itu? Jika betul kamu orang-orang yang benar (maka kami sedia menunggu),"

49. Mereka tidak menunggu melainkan satu pekikan yang - (dengan secara mengejut) - akan membinasakan mereka semasa mereka dalam keadaan leka bertengkar (merundingkan urusan dunia masing-masing).

50. Maka dengan itu, mereka tidak berpeluang membuat sebarang pesanan (wasiat atau lainnya), dan (kalau mereka berada di luar) mereka tidak sempat kembali kepada keluarganya.

51. Dan sudah tentu akan ditiupkan sangkakala (menghidupkan orang-orang yang telah mati; apabila berlaku yang demikian) maka semuanya segera bangkit keluar dari kubur masing-masing (untuk) mengadap Tuhannya.

52. (Pada ketika itu) orang-orang yang tidak percayakan hidup semula berkata: "Aduhai celakanya kami, Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?" (Lalu dikatakan kepada mereka): "Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah, dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul"

53. Hanyalah dengan berlakunya satu pekikan sahaja, maka dengan serta merta mereka dihimpunkan ke tempat perbicaraan Kami, semua dibawa hadir (untuk menerima balasan).

54. Maka pada hari itu, tidak ada seseorang yang akan dianiaya sedikitpun, dan kamu pula tidak akan dibalas melainkan menurut amal yang kamu telah kerjakan.

55. Sesungguhnya penduduk Syurga pada hari itu, berada dalam keadaan sibuk leka menikmati kesenangan;

56. Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk berteleku di atas pelamin;

57. Mereka beroleh dalam Syurga itu pelbagai jenis buah-buahan, dan mereka beroleh apa sahaja yang mereka kehendaki;

58. (Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtara dari Tuhan Yang Maha Mengasihani.

59. Dan (sebaliknya dikatakan kepada orang-orang yang kafir): "Berpisahlah kamu pada hari ini, (dari bercampur gaul dengan orang-orang yang beriman).

60. "Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu,

61. "Dan (Aku perintahkan): hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus.

62. "Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf?

63. "Yang kamu saksikan sekarang ialah neraka Jahannam, yang kamu selalu diancam memasukinya (kalau kamu tidak taatkan perintah Allah).

64. "Rasalah kamu bakarannya pada hari ini, disebabkan perbuatan kufur yang kamu telah lakukan,"

65. Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.

66. (Matahati orang-orang yang menderhaka itu rosak) dan kalau Kami kehendaki, Kami berkuasa menghapuskan bentuk dan biji mata kepala mereka menjadi rata, sehingga masing-masing menerpa mencari-cari jalan (yang biasa mereka lalui. Kiranya dijadikan demikian) maka bagaimanakah mereka dapat melihatnya?

67. (Kekuatan akal fikiran mereka juga tidak sihat) dan kalau Kami kehendaki, Kami berkuasa mengubahkan keadaan jasmani mereka (menjadi kaku beku) di tempat yang mereka berada padanya; maka dengan itu, mereka tidak dapat mara ke hadapan dan juga tidak dapat undur ke belakang.

68. Dan (hendaklah diingat bahawa) sesiapa yang Kami panjangkan umurnya, Kami balikkan kembali kejadiannya (kepada keadaan serba lemah; hakikat ini memang jelas) maka mengapa mereka tidak mahu memikirkannya?

69. (Nabi Muhammad bukanlah penyair) dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya, dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya. Yang Kami wahikan kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan Kitab Suci yang memberi penerangan;

70. Supaya ia memberi peringatan kepada orang yang sedia hidup (hatinya), dan supaya nyata tetapnya hukuman (azab) terhadap orang-orang yang kufur ingkar.

71. Tidakkah mereka melihat dan memikirkan, bahawa Kami telah menciptakan untuk mereka binatang-binatang ternak, di antara jenis-jenis makhluk yang telah Kami ciptakan dengan kekuasaan Kami, lalu mereka memilikinya?

72. Dan Kami jinakkan dia untuk kegunaan mereka; maka sebahagian di antaranya menjadi kenderaan mereka, dan sebahagian lagi mereka makan.

73. Dan mereka beroleh berbagai faedah dan kegunaan pada binatang ternak itu dan juga beroleh minuman; maka mengapa mereka tidak mahu bersyukur?

74. Dan tergamak mereka menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah, (dengan harapan) semoga mereka mendapat pertolongan (dari makhluk-makhluk itu).

75. Benda-benda yang mereka sembah itu tidak dapat samasekali menolong mereka, sedang benda-benda itu sendiri menjadi tentera yang akan dibawa hadir (pada hari kiamat, untuk memberi azab seksa) kepada mereka.

76. Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) berdukacita disebabkan tuduhan-tuduhan mereka (terhadapmu) Sesungguhnya Kami sedia mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka nyatakan.

77. Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati).

78. Serta ia mengemukakan satu misal perbandingan kepada Kami (tentang kekuasaan itu), dan ia pula lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil ia bertanya: "Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu?"

79. Katakanlah: "Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya; dan Ia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya);

80. "Tuhan yang telah menjadikan api (boleh didapati) dari pohon-pohon yang hijau basah untuk kegunaan kamu, maka kamu pun selalu menyalakan api dari pohon-pohon itu".

81. Tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai bahawa Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi (yang demikian besarnya) - berkuasa menciptakan semula manusia sebagaimana Ia menciptakan mereka dahulu? Ya, Diakui dan dipercayai berkuasa, Dan Dialah Pencipta yang tidak ada bandinganNya, lagi Yang Maha Mengetahui.

82. Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: "Jadilah engkau, Maka ia terus menjadi.

83. Oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah,) - Tuhan yang memiliki dan menguasi tiap-tiap sesuatu, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.........................

FADHILAT YAASIIN
Hadrat Ata Ibn-e Abi Ribah R.A berkata bahawa Rasul-Ullah Sall Allahu 'alaihe wa sallam diberitakan telah bersabda, "Sesiapa yang membaca surah Yasin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan dipenuhi."

Banyaklah kelebihan-kelebihan daripada surah Yasin yang disebutkan di dalam banyak hadith-hadith. Adalah dikatakan di dalam sebuah hadith, "Segala sesuatu mempunyai hati, dari hati bagi Al-Quran ialah surah Yasin. Barangsiapa membaca surah Yasin, Allah S.W.T. akan menuliskan pahala baginya seumpama ia membaca seluruh Al-Quran sebanyak sepuluh kali."

Menurut sebuah hadith yang lain, Allah s.w.t. membacakan surah Yasin dan surah Taha seribu tahun lamanya sebelum terciptanya langit dan bumi dan mendengarkan ini, para malaikat pun berkata, "Ummat dimana Quran diturunkan akan dirahmati hati-hati yang memikulnya, yakni yang menghafalnya akan dirahmati dan lidah-lidah yang membacanya akan juga dirahmati."

Ada satu lagi riwayat yang seumpama ini, "Sesiapa yang membaca surah Yasin semata-mata kerana Allah, segala dosa-dosanya yang dahulu akan diampunkan. Oleh itu jadikanlah sebagai amalan untuk dibaca keatas orang-orang yang mati."

Mengikut sebuah hadith, surah Yasin dinamakan Mun'mah (pemberi berita baik) di dalam Taurat kerana ia mengandungi manafa'at kepada pembacanya, di dalam kehidupan dunia dan juga akhirat, ia menghindarkan penderitaan di dunia dan juga di akhirat dan menjauhkan kedahsyatan di kehidupan akhirat.

Surah ini juga dikenali sebagai Rafi'ah Khafidah, iaitu yang mengangkat darjat orang-orang yang beriman dan menurunkan darjat orang-orang yang engkar (tidak beriman). Menurut satu riwayat RasulUllah Sall-Allaho 'Alaihe Wa Sallam bersabda, "Hatiku menghendaki supaya surah Yasin berada disetiap hati Ummatku." Mengikut sebuah hadith yang lain, jika seseorang itu membaca surah Yasin pada setiap malam dan kemudiannya meninggal dunia, ia akan mati sebagai mati syahid.

Diriwayatkan daripada hadith yang lain, "Barangsiapa membaca surah Yasin, ia akan diampunkan, sesiapa sahaja yang membacanya semasa kelaparan, akan dihilangkan kelaparannya itu, barangsiapa membacanya dikala sesat jalan, akan menjumpai jalannya semula, barangsiapa membacanya kerana kehilangan binatang akan mendapatkannya semula, dan bila seseorang itu membacanya kerana bimbangkan kekurangan makanannya, makanan itu akan mencukupi. Dan jika ia membaca kepada orang yang menghadapi penderitaan maut, akan dimudahkan baginya. Dan jika seseorang itu membacanya keatas perempuan yang sukar untuk melahirkan anak, akan dimudahkan juga bayinya."

Maqri rahmat-Ullah 'alaih berkata, "Jikalau surah Yasin dibaca oleh seseorang yang takutkan pemerintah atau musuh, ia akan dihilangkan daripada ketakutan itu." Menurut sebuah hadith yang lain, jikalau seseorang itu membaca surah Yasin dan surah Was-Saffat pada hari Jumaat dan memohon kepada Allah sesuatu, doanya akan diterima.

Rahsia Hidupku - Bermulanya Perkenalan kami

Kisah yang ingin aku coretkan ini adalah tentang diri aku sendiri .


Ntah kenapa tiba2 , kenangan silam menjelma didalam kotak ingatan aku. Kenangan antara aku dan suamiku. Kisah perkenalan kami yang unik dan kelakar.

Masih aku ingat tahun 1993 iaitu selepas taman SPM aku bekerja di kilang HP. Walaupun hanya kilang (sementara menunggu result) aku bangga juga la sbb HP adalah diantara kilang yang bagus dan Std berbanding kilang2 lain. Pada masa yang sama aku mengikuti kelas Bahasa Inggeris di British Council. Ermm itu pun disponser oleh HP..kira kalau lulus kilang akan bayar balik ler…

Nak diceritakan aku ni boleh la digolongkan dalam golongan remaja yang baik2 la..baik sbb abah aku ni garang! Budaya lepak ni jauh la dari aku apatah lagi keluar merayap walaupun dengan kawan2. So, aku ni dah terbiasa dengan keadaan mcm ni dah sehinga sekrg masih terbawa bawa sikap macam tu. Aku lebih selesa berada dirumah membaca novel atau majalah dari melilau ke mana2.

29/4/1993

Aku nie pegi kelas B.Ingeris tu naik bas je .Selalunya kena naik 2 bas utk smpai ke stesen bas yang terdekat dengan rumah aku. Bas No 3.

So, dari Green Hall aku akan naik bas ke Komtar, dan tunggu bas kedua Bas no 3. Macam tu lah rutin aku bila aku balik dari kelas. Suatu hari tu seperti biasa aku pun turun kat stesen bas bawah komtar. Sambil jalan nak duduk kat tempat menunggu tiba2 ada seorg mamat siottt(sewel) tersengeh2 sambil senyum kat aku. Alamak ! X kan mamat ni nak ngorat aku kot. Adesss aku dah gelabah dah bila dia sambil senyum sambil jalan menuju kearah aku.

Aku panic gak ler…sambil tu aku berundur sikit2 kebelakang, tetiba aku dengar satu suara yang tak aku kenali

Dia : Nape dok undur ?
Aku : Tak Nampak ka org tu dok sengeh2
Dia : Ala dia bukan berani buat apa pun. Sini kan ramai org. X kan org nak biaq.

Aku pandang dia sambil tersenyum2 malu…(nil ah jejaka yang aku selalu curi2 pandang bila aku terserempak masa tengah dating, sebenarnya dah lama aku nak berkenalan tp tak berkesempatan) Kami pun terus berbual kosong dan bila aku toleh..mamat sewel tu dah blah…legaaaaaaaaaa

Kebetulan dia pun menunggu bas yang sama dengan aku iaitu Bas No 3. Sbb dia stay kat Sg Pinang n aku Jelutong, so way yang sama.

Bas sampai, kami pun naik dan dia dok sebelah aku..adesss bestnye leh sambung bual sbb tadi x sempat nak mintak no tipun. Aku lak malu nak mintak..nak bagi masa tu umah aku x dak tipun..alamat rumah leh la..antaq surat..heheheh

Sembang punya sembang dah dekat smpai kat area umah dia..yelah kan komtar ngan Sg Pinang dekat je. Aku terus happy bila dia bagi no phone dia kat aku..wOw..akhirnya..hehe. ishh x sabaq nk sampai umah ni, nak mimpi yang indah2.

Sebaik turun dari bas, aku punya xcited terus ke public phone..bukan apa betul ka dia ni bagi aku no phone umah dia.

Sebaik aku dial no..ada suara perempuan yang jawab. “ nak cakap ngan sapa ? “. Ermm Din ada ? tanya aku. Ada2..sat. Tak sampai berapa saat aku dengaq suara lelaki menjawab..hello…Aduhhh !! Terasa bergetar jantung aku… mmg betul la ni no tipun umah dia…nmpaknya hubungan kami tak berakhir diatas bas tadi…

Selang beberapa hari aku call dia..erm dia ajak aku keluar..bestnye..tp aku takut la. Takut kat abah aku..lagipun kebetulan hari sabtu tu aku ada jemputan kenduri kak tempat keja aku..Kak Suhana. Dia ada buat kenduri sikit kat umah dia di Quarters Perikanan Kat Batu Maung. So, aku kata lain kali je…Tp dia nak sgt jumpa aku..dia tanya boleh tak dia ikut aku pegi kenduri tu ? Uiksss biaq betoi mamat nie…tp ok gak at least aku ada teman..

01/5/1993

Seperti dijanjikan dia naik bas dari Sg Pinang dan turun kat Jelutong . Kami tunggu bas sama2 utk ke umah kak Suhana. Dia sungguh pandai bawa diri dan amat disenangi oleh kawan2 dan kakak2 tempat keja aku. Semua org puji dia..Aku bangga jugak la. Balik dari sana kami terus k Padang Kota. Ermm..Itulah detik awal perkenalan aku bersama suami aku.


Hasil Nukilan : Mawar_Ungu

Mari Berpantun


Sirih berlipat sirih pinang

Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara
**********
Tetak buluh panjang suluh
Mari jolok sarang penyengat
Angkat doa jari sepuluh
Doa minta biar selamat
**********
Tuailah padi antara masak, Esok jangan layu-layuan
Intailah kami antara nampak,Esok jangan rindu-rinduan
**********



Hendak dulang diberi dulang,Dulang berisi sagu mentah
Hendak pulang ku beri pulang , Tinggalkan pantun barang sepatah
**********
Lancang kuning lancang pusaka ,Nampak dari Tanjung Puan
Kalau kering laut Melaka ,Barulah saya lupakan tuan
**********
Asam kandis mari dihiris ,Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis,Lebih manis hati budinya
**********
Ayam hutan terbang ke hutan , Tali tersangkut pagar berduri
Adik bukan saudara bukan ,Hati tersangkut kerana budi
**********
Ayam rintik di pinggir hutan ,Nampak dari tepi telaga
Nama yang baik jadi ingatan ,Seribu tahun terkenang juga
**********
Bila memandang ke muka laut,Nampak sampan mudik ke hulu
Bila terkenang mulut menyebut,Budi yang baik ingat selalu
**********
Burung Serindit terbang melayang, Mari hinggap di ranting mati
Bukan ringgit dipandang orang ,Budi bahasa rangkaian hati
**********
Bukan lebah sebarang lebah ,Lebah bersarang di pohon kayu
Bukan sembah sebarang sembah, Sembah adat pusaka Melayu
**********
Bukan lebah sebarang lebah , Lebah bersarang di rumpun buluh
Bukan sembah sebarang sembah, Sembah menyusun jari sepuluh
**********
Laksamana berempat di atas pentas ,Cukup berlima dengan gurunya
Bagaikan dakwat dengan kertas ,Sudah berjumpa dengan jodohnya
**********
Membeli papan di tengah pekan ,Papan kecil dibuat tangkal
Mengapa umpan ikan tak makan ,Adakah kail panjang sejengkal
**********
Rumah limas anjung Selatan ,Bunga kemuning tumbuh di laman
Tangkainya emas bunganya intan, Bolehkah ranting hamba patahkan
**********
Tumbuh betik di tepi laman ,Pokok berangan pokok teruntum
Sungguh cantik bunga di taman, Bolehkah gerangan petik sekuntum
**********
Asam kandis asam gelugur , Ketiga asam si riang-riang
Menangis mayat di pintu kubur, Teringat badan tidak sembahyang
**********
Baik-baik menanam selasih ,Jangan menimpa sipohon sena
Baik-baik memilih kekasih ,Jangan sampai badan merana
**********
Baik-baik mengail tenggiri ,Takut terkena siikan parang
Baik-baik merendah diri ,Jangan menjadi hamba orang
**********
Bintang tujuh sinar berseri, Bulan purnama datang menerpa
Ajaran guru hendak dicari , Mana yang dapat janganlah lupa
**********
Buah mangga melendur tinggi , Buah kuini berangkai tiga
Hidup kita tidur dan mati , Sudah mati baru terjaga
**********
Buat bangsal di Pulau Daik , Menahan taut sambil mengilau
Kalau asal benih yang baik , Jatuh ke laut menjadi pulau
**********
Budak-budak bermain tombak , Tombak diikat dengan rantai
Kalau takut dilambung ombak , Jangan berumah di tepi pantai
**********
Halia ini tanam-tanaman , Ke barat juga akan condongnya
Dunia ini pinjam-pinjaman, Akhirat juga akan sungguhnya
**********
Hari panas mencucuk benang , Benang menjahit baju kebaya
Air jernih lubuknya tenang , Jangan disangka tiada buaya
**********
Kalau tahu peria tu pahit ,Tidak ku gulai dengan petola
Kalau tahu bercinta tu sakit, Tidak ku mulai dari semula
**********
Kalau tuan pergi ke Kelang , Belikan saya semangkuk rojak
Jangan diturut resmi kiambang, Sungguhpun hijau akar tak jejak
**********
Pisang kelat digonggong helang , Jatuh ke lubuk di Indragiri
Jika berdagang di rantau orang , Baik-baik menjaga diri
**********
Asap api embun berderai , Patah galah haluan perahu
Niat hati tak mahu bercerai, Kehendak Allah siapa yang tahu
**********
Air dalam bertambah dalam , Hujan di hulu belumlah teduh
Hati dendam bertambah dendam , Dendam dahulu belumlah sembuh
**********
Anak punai anak merbah ,Hinggap ditonggak mencari sarang
Anak sungai lagikan berubah, Inikan pula hati orang
**********
Apa guna pasang pelita ,Jika tidak dengan sumbunya
Apa guna bermain kata ,Kalau tidak dengan sungguhnya
**********
Buah kuini jatuh tercampak, Jatuh menimpa bunga selasih
Biar bertahun dilambung ombak, Tidak ku lupa pada yang kasih
**********
Kajang tuan kajang berlipat ,Kajang hamba mengkuang layu
Dagang tuan dagang bertempat, Dagang hamba terbuang lalu
**********
Buah jambu disangka kandis ,Kandis ada di dalam cawan
Gula madu disangka manis ,manis lagi senyuman tuan
**********
Dari Arab turun ke Aceh ,Naik ke Jawa berkebun serai
Apa diharap pada yang kasih, Badan dan nyawa lagi bercerai
**********
Bunga Melati terapung-apung ,Bunga rampai di dalam puan
Rindu hati tidak tertanggung ,Bilakah dapat berjumpa tuan
**********
Burung Merak terbang ke laut ,Sampai ke laut mengangkut sarang
Sedangkan bah kapal tak hanyut ,Inikan pula kemarau panjang
**********
Bunga Melur kembang sekaki ,Mari dibungkus dengan kertas
Di dalam telur lagi dinanti ,Inikan pula sudah menetas
**********
Dalam perlak ada kebun ,Dalam kebun ada tanaman
Dalam gelak ada pantun ,Dalam pantun ada mainan
**********
Dari Jawa ke Bengkahulu , Membeli keris di Inderagiri
Kawan ketawa ramai selalu, Kawan menangis seorang diri
**********
Dari teluk pergi pangkalan , Bermain di bawah pohon kepayang
Saya umpama habuk di papan, Ditiup angin terbang melayang
**********
Daun selalsih di Teluk Dalam , Batang kapas Lubuk Tempurung
Saya umpama si burung balam , Mata terlepas badan terkurung
**********
Orang Melayu naik perahu , Sedang berdayung hujan gerimis
Hancur hatiku abang tak tahu, Mulut tertawa hati menangis
**********
Orang tani mengambil nipah , Hendak dibawa ke Indragiri
Seluruh alam ku cari sudah , Belum bersua pilihan hati
**********
Pasir putih di pinggir kali , Pekan menyabung ayam berlaga
Kasih tak boleh dijual beli Bukannya benda buat berniaga
**********
Ribu-ribu pokok mengkudu, Cincin permata jatuh ke ruang
Kalau rindu sebut namaku , Airmata mu jangan dibuang
**********
Kalau roboh kota Melaka ,Sayang selasih di dalam puan
Kalau sungguh bagai dikata, Rasa nak mati di pangkuan tuan
**********
Limau purut lebat di pangkal  ,Batang mengkudu condong uratnya
Hujan ribut dapat ditangkal , Hati yang rindu apa ubatnya
**********
Kalau menyanyi perlahan-lahan , Dibawa angin terdengar jauh
Rindu di hati tidak tertahan ,Di dalam air badan berpeluh
**********
Ku sangka nanas atas permatang ,Rupanya durian tajam berduri
Ku sangka panas hingga ke petang, Rupanya hujan di tengahari
**********
Kayuh perahu sampai seberang ,Singgah bermalam di kampung hulu
Bukan tak tahu dunia sekarang ,Gaharu dibakar kemenyan berbau
**********
lembing atas tangga , perisai atas busut
kening atas mata , misai atas mulut
**********
anak ikan dipanggang sahaja ,hendak dipindang tidak berkunyit
anak orang dipandang sahaja ,hendak dipinang tiada berduit
**********
saya tak hendak berlesung pauh , lesung pauh membuang padi
saya tak hendak bersahabat jauh ,sahabat jauh merisau hati
**********
burung serindit terbang melayang ,singgah dihinggap di ranting mati
duit ringgit dipandang orang ,jarang dipandang bahasa budi
**********
batu sangkar batu berpahat , terpahat nama raja bestari
makanan arif, kias ibarat , pantun seloka, ulam jauhari
**********
daun durian jatuh tercampak ,lopak-lopak isi selasih
tujuh tahun dilambung ombak , tiada kulupa hati yang kasih
**********
Anak Cik Siti mencari tuba , Tuba dicari di Tanjung Jati
Di dalam hati tidakkan lupa ,Bagai rambut tersimpul mati
**********
Limau purut di luar pagar ,Rimbun putik dengan bunganya
Hujan ribut padang terbakar, Embun setitik padam apinya
**********
Puas saya bertanam ubi ,Nanas jugak dipandang orang
Puas saya menabur budi ,Emas juga dipandang orang
**********
Tenang-tenang air di laut , Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut, rindu kini tiada penghujung
***********
Tinggi-tinggi pohon jati ,Tempat bermain simanja sayang
Sungguh tinggi harga budi, Budi dibalas kasih dan sayang
**********
Bunga Tanjung kembang semalam ,Pohon tinggi tidak berduri
Gelombang besar di laut dalam ,Kerana Tuan saya kemari
**********
Burung merpati terbang seribu ,Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku ,Hendak berkubur di tapak tangan
**********
Dari mana hendak ke mana ,Tinggi rumput dari padi
Hari mana bulan mana ,Dapat kita berjumpa lagi
**********
Padi ini semumba-mumba, Daun kurma daun cempedak
Macam mana hati tak hiba ,Entah bertemu entah tidak
**********
Permata jatuh ke rumput ,Jatuh ke rumput berbilang-bilang
Dari mata tidakkan luput ,Dalam hati tidakkan hilang
**********
Akar keladi melilit selasih ,Selasih tumbuh di hujung taman
Kalungan budi jujungan kasih, Mesra kenangan sepanjang zaman
**********
Ayam rintik di pinggir hutan ,Nampak dari tepi telaga
Nama yang baik jadi ingatan ,Seribu tahun terkenang juga
**********
Anak beruk di tepi pantai ,Pandai melompat pandai berlari
Biar buruk kain dipakai ,Asal hidup pandai berbudi
**********
Kiri jalan kanan pun jalan, Tengah-tengah pohon mengkudu
Kirim jangan pesan pun jangan , Sama-sama menanggung rindu
**********
Mendung si mega mendung ,Mendung datang dari utara
Jangan selalu duduk termenung ,Kalau termenung badan merana
**********
Pohon mengkudu tumbuhnya rapat, Rapat lagi pohon jati
Kawan beribu mudah didapat ,Sahabat setia payah dicari
**********
Pokok terap tumbuh di bukit , Belat berbanjar panjang ke hulu
Jangan diharap guruh di langit ,Kilat memancar hujan tak lalu
**********
Sampan kotak hilir mudik ,Dayung patah galah sebatang
Ikhtiar tidak datang menggolek, Akal tidak datang melayang
**********
Siti Wan Kembang perintah Kelantan, Nama termasyhur zaman dahulu
Baik-baik memilih intan ,Takut terkena kaca dan batu
**********
Buah langsat kuning mencelah , Senduduk tidak berbunga lagi
Sudah dapat gading bertuah ,Tanduk tidak berguna lagi
**********
Dua paya satu perigi , Seekor bujuk anak haruan
Tuan di sana saya di sini, Bagai pungguk rindukan bulan
**********
Gesek rebab petik kecapi , Burung tempua membuat sarang
Apa sebab jadi begini , Karam berdua basah seorang ?
**********
Hendak gugur gugurlah nangka , Jangan menimpa putik pauh
Hendak tidur tidurlah mata , Jangan mengenang si dia yang jauh
**********
Kain batik negeri seberang , Dipakai anak Tanah Melayu
Apa ertinya kasih dan sayang, Kalaulah abang berjanji palsu
**********
Pantai Cendering pasirnya putih ,Anak dagang berulang mandi
Apa disesal orang tak kasih , Sudah suratan diri sendiri
**********
Disana pauh di sini pun pauh , Daun mengkudu ditandungkan
Adinda jauh kekanda jauh , Kalau rindu sama tanggungkan
**********
Pulau Tinggi terendak Cina , Nampak dari Pulau Sibu
Abang pergi janganlah lama , Tidak kuasa menanggung rindu
**********
Putik pauh delima batu , Anak sembilang di tapak tangan
Tuan jauh di negri satu , Hilang di mata di hati jangan
**********