Wednesday, December 29, 2010

My CeLeBrAtIoN BiRtHdAy....with PECG Philips Lumileds.

Hi Semua
Happy..Happy..Happy..Happening sgt.

22 Dec 2010 Dept kami Product Engineering & Test Engineering Group ada buat Q4 Celebration kat NEWAY Quensbay Mall.

Kira Masuk keja dari kul 8.00am - 4.00pm, pastu ada meeting kat Auditorium smpai kul 5.00pm.Selesai je kami pun pakat2 bertolak ke Quensbay. Sampai je ingat kami awal..rupanya ada lagi awal hehehe

Besarnya bilik tu.mayb VVIP room kot..Surprise !...Tetiba ada kek...wOw celebration my besday ler...
Alamak ! malu pun ada sbb dah lama orang tany nyanyi utk aku ni..rasa terharu, terkedu semua ada..
Jgn salah sangka ye..semua hidangan yang nmpak tu semuanya Halal.. tak ada minuman keras pun.

Habis je celebration kami pun masuk la bilik karaoke yg kecik..yg khas utk kami2 ni je. Cukup la kami 4-5 org je..baru best leh lalak puaih2..

Thanks utk semua Bos2, member2 dan semuanya kerana berjaya buat aku tak tidur lena malam tu...heheh




Wednesday, December 22, 2010

Adakah Cinta Itu Semudah Ku Sangka ( Part 3 )-LAST

Bab 8
“What!!!”jerit Farish dan Adrean...Aku dan Farah tersentak ....apabila kami menoleh mereka berada dibelakang kami...aku seperti kehilangan kata-kata...Farah pergi ke Adrean lalu Adrean menenangkan Farah...“Ina...kenapa...kenapa Ina tak beritahu Ris...adakah Ris ni lansung tak bermakna buat diri
Ina...sehingga Ina sanggup merahsiakan hal yang amat besar seperti ini....”ujar Farish serius...

“Ris....maafkan Ina...Ina tak bermaksud untuk membuat Ris rasa macam tuh....Ris amat bermakna
bagi diri ini sejak dahulu lagi...Ris jangan laa kata macam tuh..Ina sayang sangat dekat Ris...Ina
tak nak Ris risau tentang Ina...”ujarku sambil menangis teresak-esak...lantas Farish memelukku...aku menangis dipangkuannya...

“Ina...minggu depan Ris hantar mama dan papa yer...kita bertunang...lepas tuh Ris ambil cuti untuk 2 bulan dari papa....kita pergi US......”ujar Farish...belum sempat aku berkata apa-apa Farish menutup mulut ku..
“Ris tak peduli....walauapapun yang terjadi Ina tetap akan jadik milik Ris”ujar Farish tegas...
Farah yang dari tadi menangis terpegun mendengar kata-kata Farish...aku pula dari sedu-sedan
terus mengalirkan air mata.....
***
"Fuiyoo... ramainya yang datang mak!" laungku dari depan. Tak jawab pun mak ni, sibuklah tu! Aku juga yang kena jaga bahagian depan ni. Kena layan tetamu pula tu! Aiseh, lupa pula. Ni kan kenduri untuk aku! Haruslah aku yang kendalikan. Petang itu aku mengenakan baju kurung hijau yang simple dan dipadankan dengan sehelai selendang labuh yang kupakai ala-ala kadar asalkan menutup aurat cukuplah. Majlis yang berlangsung dimulakan dengan bacaan doa selamat. Semuanya berjalan lancar dan sempurna seperti yang dirancangkan sebelum ini.Tetamu-tetamu yang datang kelihatan gembira dan menyambut baik jemputan mama...

Alhamdulillah.Setelah majlis selesai dan setelah siap berkemas semuanya...
“Hai sayang...”ujar Farish...“Hai Ris...”jawabku “Bukan Ris tapi abang..ok sayang...”ujar Farish...
“Er...Ri...abang...hrmm pergi laa depan...sembang dengan abah ke mama kee...yang abang nak
duk kat sini gak nape...orang nak basuh pinggan laa...jangan laa cebok...”ujar ku lembut...
“Ala...bukan selalu pun dapat tengok permaisuri abang ni buat keje...” “Ish...suka hati abang laa...aduhhh”aku mengerang kecil sambil menekan perutku...“Ina....jom kita ke rumah Farah sebelum orang lain perasan...”lantas Farish memberitahu Farah...

Ina..bila kita nak pergi US...?”tanya Farah kepada ku setelah aku berehat di rumahnya...
“Hurmm...tanya laa abang Ris...aku tak tahu...aku nak uruskan dia tak kasi...so tanya laa dia”
ujarku sambil menunding jadi ke arah Farish...“Hehhehe...abang bukan apa sayang...abang tak suka laa tengok sayang penat..”ujar Farish ..tersenyum sumbing...

“Hurmm...Farah...bila ko dengan Rean pulak??aku tengok parents dia pon dan macam suka dekat ko je bila rean kenalkan ko dengan diorang..aku teringin nak tgk korang bersanding atas pelamin ...sebelum itu ...”lantas Farish menekup mulutku....aku menggigit manje tangannya ..tanda memprotes..
 
Ape abang ni..” “Abang tak suka laa sayang cakap macam tuh...” “Ina cakap ape...Ina cuma nak cakap yang Ina nak tengok diaorang kawin sebelum Ina kawin...hahahah....apa la abang ni..”seloroh itu aku pun ketawa...“Hish...suka buat orang gelabah laa sayang niii..”ujar Farish tersenyum girang...

********************************************************************************
Setelah setahun berada di US..ketika aku sedang menjalani rawatan Farishlah orang yang paling banyak memberi semangat kepadaku...walaupun sakitnya bukan kepalang tetapi aku tetap cuba menyembunyikannya ..kin kehidupanku menjadi lebih bahagia kerana kini aku tidak lagi mengidap
penyakit itu...ketika bulan kedua aku berada di sana... Fauzan telahpun dinikahkan dengan teman
wanitanya iaitu Fazilah....aku tidak dapat pulang untuk menghadiri tetapi Farah pulang untuk tidak
menimbulkan rasa sangsi keluarga Fraish dan keluargaku...Farish pula tetap berkeras untuk
menemaniku.....setelah pulang....ahli keluargaku amat hairan kerana aku berada disana ... mereka
bertanya macam-macam tapi aku tidak menjawabnya....begitu juga dengan ahli keluarga
Farishh...akhirnya Farish telah membongkar rahsia ku....aku tidak berasa marah walau sedikitpun
kerana sekarang aku telah sihat...walaupun aku dileteri oleh keluargaku dan keluarga Farish akan
tetapi aku tetap sentiasa menyayangi Farish...Farah pula ditunangkan dengan Adrean semasa aku
menjalani rawatan disana...kini aku akan pulang ke Malaysia...

"Ina...abang Ris!!!...Selamat pulang.....!!!" Jeritan dari seorang perempuan begitu kuat kedengaran....walaupun terminal ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dibanjiri
oleh ribuan manusia aku masih boleh mengecam suara tersebut.

"Farah!!!...." dia membalas ketika melihat kelibat kawannya di celah ribuan manusia.
Aku dan Farah saling berpelukan....ketika itu tiada kata yang dapat diucapkan...hanya terasa sebak
di dada dan kesyahduan mula terasa di hati...aku menarik nafasnya dalam-dalam....aku memeluk
Farah.. dengan erat sekali...

"Ko sihat?" soal Farah.....aku hanya mengangguk...“Jom...kita balik...lepas aku balik rumah jumpa family aku.... aku nak pergi rumah mama dengan papa abang Ris....Jom abang”Farish hanya mengikutku....
********************************************************************************
“Sayang ....dah setahun kita bersama....kita kawin nak??”soal Farish kepadaku...
“Tak mau...Ina tak mau ...hehhe nanti kita asyik bertelagah aja macam dulu.." rungut aku lagi dalam pada itu aku bergurau sahaja.

“Itu..dulu sekarang lain....abang harap Ina ikhlas menerima abang.....keikhlasan hati amat penting untuk mencapai kebahagiaan....itukan pendirian Ina?"ujar Farish..aku hanya menjelirkan lidah ke arah Farish..

“Tak..nak...sape nak kawin dengan abang...” “Baiklah kalau itu yang Ina mahu...lepas kita balik ni ....abang nak berbincang dengan mama dan abah Ina....”ujar Farish serius...aku memandang Farish dengan dahu yang berkerut... “Apa yang abang nak bincangkan dengan mereka...”

“Tentang hubungan kita...”lalu Farish menarik tangan ku ..untuk membawa ku pulang.aku tergamam...adakah dia mahu memutuskan hanya kerana aku bergurau...

“Er...abang...Ina...hanya bergurau...”ujarku tanda kesal..“Tapi abang tidak...”aku terkesima dengan kata-katanya...oh tidak....ketika itu Adrean dan Farah berada di rumahku...
“Makcik...Pakcik...saya hendak menamatkan pertunangan saya dengan Nur Amelina Nawwiyah...”
itulah kata-kata Farish yang membuta mulut mama dan abah terlongo...aku juga terkesima....lalu
melelehkan air mata...Farah yang dari tadi berada di sisi Adrean datang memelukku....
“Apa....??Farish hendak menamatkan pertunangan dengan Ina...??kenapa???apa yang tak kena???”
soal abah kehairanan...

“Tak ada apa yang tak kena...makcik ...pakcik...” “Kalau tak ada apa-apa...kenapa tiba-tiba hendak menamatkan pertunangan...?”soal abah...Kerana tidak sanggup untuk mendengarnya lagi aku terus menarik Farah...kelihatan semua orang terkejut dengan tindakanku...Lalu Farah terus membawa aku keluar dari perkarangan rumahku...Farish kulihat menjerit memanggikku...

“Ina!!!!!”“Farah bawak aku pergi dari sini...aku nakkan ketenangan...”ujarku dalam sedu sedan...ketika di
dalam kereta “Ina...apa yang terjadi sebenarnya ni...kenapa abang Ris nak...”soal Farah...
Aku tidak menjawab...terus merenung ke arah luar...aku menangis semahu-mahunya.
“Farah...kita pergi Cameron Highland....aku nak duduk dekat sana dalam 2 minggu....”...
Setelah sampai di hotel....malam itu aku berperang dengan perasaaan aku sendiri..semuanya salah
aku....kalau aku tidak bergurau mungkin semua ini tidak akan terjadi....aku terlena sebentar dan
segera terjaga...dari petang aku tidak menjamah seulas nasi pun...seleraku tertutup sama
sekali...Farah cuba memujukku tetapi aku tetap tidak mahu....setelah lewat malam...aku cuba
melelapkan mataku tetapi tidak juga mahu pejam....Ku lihat lagi 2 jam subuh akan menjelma....aku
menghempas badanku ke kiri dan kekanan kerana terasa badan aku begitu lemah sekali....

“Ina...jom kita pergi jalan-jalan....” ‘Farah...ko jangan beritahu sesiapa yang kita ada dekat sini ya..”ujarku..Farah hanya mengganguk.
Walaupun badan aku terlalu lesu...tetapi aku cuba juga mengagahkan diri untuk menemani
Farah...Farah tidak banyak cakap mungkin kerana wajah ku yang muram ketika itu....Waktu makan
tengah hari...Farah memaksa aku untuk menemaninya pergi Jusco di Ipoh dan makan
disitu....kerana aku tidak sarapan pagi...dengan malas aku membuntuti Farah sesampai di kereta
aku tertidur...setelah sampai aku ikut Farah ke restoran..
“Ina...jangan laa sedih ...muka ko pucat lah..ko ok ke??”soal Farah..aku masih diam...
“Ko nak makan apa?”Farah bertanya kerana bimbang melihat aku ...
‘Apa-apa ...pun boleh...”aku menjawab lesu...

Aku makan dengan perlahan sekali...bagai tidak berdaya untuk menyuap nasi masuk ke dalam
mulutku...tapi aku memaksa diriku juga kerana tidak mahu Farah bimbang...Farah yang
memerhatikan aku dengan perasaan gelisah kerana bimbang dengan perubahan aku sejak aku
datang ke sini...

“Farah...aku tak ada selera laa..”aku mengerutkan keningku....aku rasa perutku memulas...tekakku
loya...mata juga mula berkunang-kunang..

“Jom kita naik Cameron balik.....”Farah melihatku gelisah...
“Farah...aku tak larat nak jalan...”aku memaut tangan Farah....
“Kenapa ni Ina...”Farah bimbang melihat keadaan aku yang sedang menekan perut...
“Aduh!!sakitnya...Farahh tolong aku...”aku terduduk di simen restoran...


“Mengapa ni?”beberapa orang datang bertanya mengerumuniku...lalu mereka bertanya..“Dia...sakit..”ujar Farah dalam gugup..Aku tidak dapat tahan lagi..terus termuntah disitu....“Darah.!!!...??”Farah terkejut apabila melihat muntah ku bercampur darah..aku juga turut terkejut...

“Aduh...!”aku menekan perutku kerana sakitnya seperti ditusuk dengan benda tajam...
“Bawa saja dia ke hospital”ujar seorang wanita dalam lingkungan 40 an...

“Ya..saya akan bawa dia....tolong jaga dia sekejap...saya nak pergi ambil kereta...”Farah yang
gugup bergerak pantas...
Aku dibawa ke hospital...setelah itu aku tidak tahu apa yang berlaku...apabila aku tersedar...aku melihat botol air tergantung di sebelah kanannya...aku mencuba untuk mengangkat tangan tetapi tidak berdaya kerana tusukan jarum pada tangan sebelah kananku yang menyalurkan air ke dalam badan...aku memandang sekeliling...kelihatan keluargaku dan keluarga Farish temasuk Farish juga berada disitu..kelihatan wajahnya gelisan.....lalu aku memalingkan mukaku kerana lain.......Wajah mama muram...matanya berkaca-kaca kerana menahan air mata supaya tidak tertumpah... “Ina..”mama memegang tangan kiriku dengan erat...

“Mama...”aku berkata denagn perlahan sekali...perutku masih terasa sakit...
“Jangan banyak cakap sayang...Ina sakit...”nada mama dengan begitu sedih sekali...
Aku terkebil melihat wajah mama....aku ingin bertanya suatu perkara tapi aku pendamkan dahulu
kerana aku rasa badanku begitu lemah sekali....seorang juruwat datang menghampiriu...lalu dia
menyuruhku menelan 3 biji pil..2 berwarna putih..dan 1 berwarna kuning..dengan payah aku
menelan ubat itu..beberapa minit kemudian aku terlena....
********************************************************************************

Bab 9
Tiga hari aku terlantar di hospital aku telah menerima beberapa suntikan dan menelan beberapa biji pil...tetapi aku tidak lagi menerima bantuan air yang dimasukkan melalui urat darahku...sejak aku
terlantar di hospital...setiap hari Farish datang melawatku..tetapi aku dan dia tidak berbual..hari ini

Farish kelihatan membawa sejambak bunga..
“Macam mana keadaan Ina hari ni?”Farish bertanya sebaik sahaja dia meletakkan sejambak bunga
mawar merah dan putih di meja...

“Abang....dah laa...tak payah laa abang datang melawat Ina lagi...lagi pun kita tidak lagi
mpunyai apa-apa ikatan..jangan lah susahkan diri abang untuk menjaga Ina”ujarku sambil
menitiskan air mata..“Ina..sebenarnya..”
“Tak per lah abang...pergilah balik..lagipun Ina tahu semuanya salah Ina...”
Aku merebahkan badanku...terasa kepala ku berdenyut-denyut...aku terbatuk kecil...tekakku loya
...aku hendak muntah tetapi aku cuba menahan..ketika itu mama datang ..
“Mama...Ina rasa nak muntah...tolong ambilkan bekas muntah tuh..”aku berkata perlahan...
Mama menghulurkan bekas muntah kepada aku...aku termuntah...Farish berasa lega kerana
muntahku tidak lagi mengandungi darah...seorang jururawat datang menghampiriku..
“Muntah lagi??”jururawat itu beratnya sambil mengurut belakangku...Farish dan mama kelihatan
termangu melihat muka ku yang semakin pucat dan nafasku agak kencang kerana mungkin rasa
penat oleh sebab terlalu kerap muntah tadi..“Bawa bertenang...jangan terlalu banyak bercakap”ujar jururawat itu yang kemudiannya berlalu..Setelah genap 5 hari aku pun pulih dan keluar dari hospital....tetapi aku tidak terus pulang ke rumah ..kerana Farish ingin berjumpa dengan aku....dia mengatakan ia alah hal antara hidup dan mati...lalu aku pun....pegi ke taman bunga yang sering kali aku pergi bersama Farish suatu ketika dahulu...

“Hihihi…” Eh!..macam suara perempuan!! langkahku terhenti...aku rasa tak sedap hati.....takkan
bawak awek kot!...Ah..orang lain kot......aku menyedapkan hati dan menghampiri tempat itu... aku
tergamam tak dapat berkata-kata....gadis itu dengan penuh mengada-ngada memeluk leher
Farish....setelah menyedari aku berdiri tidak jauh dari situ Farish cepat-cepat mendapatkan aku.
“Ini ke hal hidup dan mati abang?” soalku.... mata dah bergenang di birai mata....sakit hati aku
melihat Farish masih mampu tersenyum....tapi senyumannya mati bila melihat ada air jernih terjun
dari kelopak mataku. “Ina...sayang dah salah sangka ni” “Ina tahu ini yang abang inginkan sangat betul tak??kalau benar abang tak sukakan Ina tak perlu nak tunjuk depan Ina macam ni...Ina pun tak pernah mengharapkan yang abang akan jadi milik Ina”

“Ina....cuba dengar dulu penjelasan abang” pintanya. "Dah terang dan jelas kan ?..hah ! ambik balik hak abang ! Cincin dijari manis kulucutkan dan ku campak ke tubuhnya.
“Ina!!” Tanpa menoleh lagi aku berlari pulang. Aku benci Farishl!!!lalu aku terus pulang ke rumah...
Setelah aku masuk kedalam rumah kulihat rumahku barang-barang..aku kehairanan....lantas aku
pergi ke bilikku...kelihatan tok berada didalam bilik ku..aku berasa sangat gembira...lalu aku
bertanya kepada mama..

“Mama nak buat ape semua barang-barang ni” “Untuk hantaran kenduri Ina dengan Ris lah......”
“Bukan dia haritu nak menamatkan pertunangan kitaorang...habis hukum apa dia pakai ..lpas putus
tunang kawin...”

“Dia nak menamatkan pertunangan dengan sebuah perkahwinan laa sayang...tulah...lainkali dengar
bagi habis...”

Lalu aku menarik mama dan abah turun ..keluar ke halaman rumah...“Ina dah beritahu parents Farish yang Ina tak nak kawin dengan dia...”“Apa yang dah jadi nii...Ina?” soal abah penuh lembut...aku angkat muka.
“Apa yang dah terjadilah abah!” jawabku ringkas. “Tahu tak apa yang kau dah buat ni?” soal mama pulak....aku cuma buat muka sardin.

“Petang tadi kelam kabut pakcik Fakrulrazi dengan makcik Farhana datang ke sini tanyakan hal
siang tadi...” abah menggeleng kepala, bingung. “Dia yang cari pasal dulu...sakit kan hati orang..tak serius..”
“Kalau si Farish tu tak serius takkan sampai kau berdua bertunang Ina ooii..” mama bersuara.
“Apa yang kurangnya...Farish tu? Pelajaran ada..rupa ada..setaraf dengan kita..kau tengok
tu..umur belum lagi masuk 30 dah ada macam-macam..agama pun alhamdulillah..bahagia hidup
kau dunia akhirat..ingat senang ke nak dapat budak baik macam Farish tu?” amboi...beriya-iya
benar abah puji bakal menantu nampak!.

“Ina tak nak kawin dengan dia” “Kenapa dulu tak cakap awal-awal???kan mama tanya dulu masa dia orang merisik kau..kenapa masa tu tak cakap terus terang tak sukakan dia?”
“Dulu ingat tak jadi macam ni..”“Dah tu?” “Tolonglah mama...abah...Ina betul-betul dah tawar hati kat dia..” pintaku. “Jangan nak malukan abah..Ina... abah tak mahu timbul masalah macam ni..ni abah tak suka ..”
warning abah.

“Kan abah kau ni pantang undur belakang..bak kata Slam tu..Tak Mungkin Berpaling..” Hai, boleh
tahan jugak mama aku ni..aku sengih. “Like father like doughter...Ina pun tak mungkin berpaling jugak mama” “Eh...budak ni!!!” mama membeliakkan matanya....biarlah...yang nak kawin aku...bukan dia orang.
Sukalah aku punya decision!

“Sudahlah tu ..cakap banyak pun tak guna” mama dah pandang muka abah cemas...aku pulak tersenyum macam dapat duit satu juta...tentu abah tak mahu memanjangkan cerita....cinta tak  boleh dipaksa..kawin pun tak boleh dipaksa..dah aku tak mahu...so kenalah terima. Macam ni la  abah yang understanding!

“Nanti dulu bang....saya belum habis lagi ni..apa kesalahan Farish sampai kau tak nak kat dia?”
“Ina tak suka dia....tu je ..Ina rasa tak boleh hidup dengan dia..”jawabku ringkas kerana tidak
mahu memanjangkan cerita...

“Kalau iye pun tak suka ikut la adat..kita ni orang melayu...orang kita kaya dengan adat..” mama
menggeleng kepala.
Ikut  adatlah ni..Ina bagitahu kat mama..abah..nanti mama dengan abah cakaplah kat keluarga dia!”

“Amboi..pandai sangat mengajar orang tua..” tegur abah setelah sekian lama membisu.

“Anak abah kan..mestilah pandai..” Saja aku menyakat abah. “Hai ..lemah akal saya cakap dengan anak awak ni..” “Kau ni memalukan mama dengan abah aje tau ina???kejap nak kejap tak nak..lepas tu main ikut
sedap hati je bertindak..”

“Betullah apa yang Ina buat ni mama..”“Betul kau kata!!?...yang kau pergi baling cincin tunang kau tu siapa suruh?...macam tu ke pulangkan pemberian orang?”soal mama geram.
“Mana ada..” jawabku slow sambil mengurut-urut jari manisku yang telah kosong...mama menjeling tajam.
“Habis...yang kau campak dekat taman bunga tadi tu apa?”
“Tu..itu bukan cincin tunang..tu cincin yang mama kasi hari tu..Ina silap buang..”“Apa?silap?betul bukan cincin tunang?”soal mama bertalu-talu....aku angguk sikit. “Jadi, cincin tunang tu ada lagilah?”aku mengangguk terpaksa membuatkan mama dan abah tersenyum lega.

“Tapi mama abah..Ina tetap dengan keputusan Ina..” kata kata ku itu membuatkan mama dan abah terdiam. Abah mengurut kepala bingung. Aku cuma buat dek sambil menoleh ke arah bilik. “Kenapalah dengan kau ni Ina.....”keluh mama. Aku senyum. Nampaknya kemenangan berada di pihak aku!

“Dah la tu ..marilah kita pergi”abah akhirnya bersuara....mama pandang abah lama.
“Apa pandang-pandang saya pulak??cepatlah siap!”gesa abah..Mama renung abah antara percaya
dan tidak.

“Awak biar betul abaang..” “Betullah..apa yang tak betulnya? Kita pergi rumah Fakrul sekarang jugak”yahoo!!kalau tak fikir mama dan abah ada kat situ dah lama aku melompat tinggi. Bye bye buaya darat…!!

“Abaang..benda ni masih boleh diselesaikan antara kita anak beranak..takkan cepat benar awak
terpengaruh dengan budak ni..fikir habis-habis abang..”
“Daripada benda ni berlarutan dan bertambah memeningkan kepala saya..lebih baik kita..” Abah
mencapai kunci vannya yang tersangkut di dinding. Kita apa?” soal mama sambil membetulkan tudung kepala. Apa la mama ni, tak faham-faham lagi ke?

“Kita cepatkan tarikh langsung budak berdua ni!”apa???saat itu aku rasa nyawaku melayang....abahh??

********************************************************************************
 Bab 10.
“Eiiii…bestnya dapat abang ipar..bagus abah kawinkan kak Ina cepat-cepat....kalau tak mesti
melepas punya..tak ada sapa lagi boleh rampas abang Falis kita..” aku rasa nak siat-siat aje mulut
si Bella ni. Menatang apa yang best sangat ada pada malaun tu?

“Eh, kau suka dia kan?kalau macam tuh pergi cakap kat abah kau yang nak kawin dengan dia”
“Apa la along ni!..orang nak kawin happy....dia susah hati pulak!” sampuk Kyra sambil
membetulkan kelopak bunga telur yang disusun ke dalam pahar.

“Abang tu baik apa..dia sayang kat kak Ina..kalau tak tak kan dia nak kawin dengan kak Ina yang
degil macam apa ni..” ujar Bella memebetulkan kedudukan baju yang dijahit untuk akad nikah nanti. Bab andam mengandam ni dia memang teror. “Baik??macam tu pun baik ke??...macam mambang tanah je..”

“Amboi..sedapnya mengata orang mambang..” mama tiba-tiba muncul di balik langsir....aku
pandang Bella dan Kyra yang dah tersengih-sengih memerli...sejak kes hari tu mama dan abah
serta adik-adik aku bukan main backing lagi menantu dan abang ipar pilihan mereka...sorang pun
tak mahu menyebelahi aku...ikutkan hati mahu saja aku ambil tindakan lari dari rumah......tapi aku
malaslah nak memecahkan tradisi keluarga yang terkenal dengan adab mulia ini....nanti mana dia
orang nak letak muka....daan tak mahu jugalah aku tersenarai dalam list anak derhaka nanti..

“Tu... Farish dah tunggu kat luar tu..pergi cepat” gesa mama.....Oooo…dah 5 hari buat salah baru
hari ni datang jumpa aku?? “Pegi la kak Ina..” Bella memujuk bila aku sikit pun tak bergerak....ah..tak kuasa aku! “Tah!...nanti abah bising baru tahu”abah???...alamak..ni yang buat aku berbelah bagi ni....abah tu
bukan aku tak tahu....bila dia dah bukak ceramah..faham-faham aje la..silap haribulan..ada pulak
yang kena kawin hari ni....mahu tak mahu aku terpaksa keluar jugak bila mata mama dah naik
juling menjeling...kelihatan Farish sedang menanti di halaman rumah...

“Nak apa datang sini?” soalku kasar tanpa memandang wajahnya. “Rindulah kat sayang..” bluekkk!!!rasa nak terajang je kepala dia....rindu konon! “Dah jangan cakap banyak...Ina ada kerja lain nak buat ni..apa yang rasa nak cakap sekarang...cakap!” tegasku.

“Marah sangat ke kat abang sampai tak sudi nak pandang muka abang?”
“Hai....boleh tanya lagi?...abang ingat Ina tengah suka hati la sekarang ni?” luahku geram...Farish
menggeleng kepala melihat aku marah membabi buta.

“Abang ada buat salah ke?”...kalaulah dalam majalah Ujang sekarang ni dah lama karektor aku
mengeluarkan api atas kepala....of course la bodoh!

“Kalau ya...abang salah abang minta maaf...lain kali abang tak buat lagi...okey?” “Macam tu je?...ingat senang ke Ina nak terima maaf abang tu??abang ingat Ina ni apa??patung??  tunggul kayu >>> tayar keta abang ? memang aku marah benar kali ini. Dia ingat selama ini perasaan aku boleh dilebih kurangkan sesuka hati dia??mentang-mentanglah dia lelaki....dia ingat dia boleh lakukan apa saja untuk buktikan kuasa dia?aku memusingkan badan mahu masuk ke dalam....dan sepantas itu juga Farish memegang lenganku.
“Ina...jangan la buat macam ni..kita dah nak kawin ni...” Siapa yang nak kawin dengan abang?”bentakku geram...“Kalau abang bersalah abang minta maaf okey?” pintanya lagi.

“Sampai mati pun Ina tak akan maafkan....tu pun kalau betul abang mati baru Ina pertimbangkan”
“Ina nak abang mati ke?”“Kalau iye kenapa?” “Betul Ina suka abang mati?” “Ha..get lost!”tanpa tunggu lama aku terus naik meninggalkan Farish yang termangu-mangu macam orang bodoh. Tak lama lepas tu aku dengar Hondacitynya memecut laju...lain daripada biasa..marah kut...ah..biarkan!
“Siapa ajar kau cakap macam tu dengan bakal suami?”oops!!mama dah berdiri di depanku....sah
 dia dah dengar semuanya…

“Mama tak pernah didik kau jadi kurang ajar..mama nak kau telefon dia sekarang jugak mintak
maaf. Kalau taak jangan panggil mama ni mama kau lagi”aku terlopong memandang mama yang
dah pun melangkah ke dapur....kerana si Farish tu mama sanggup tak tegur aku?
“Apa la kak Ina ni” Bella keluar dari bilik dengan muka masam tanda marah kat aku.
“Korang tahu apa?”

“Kak Ina tu yang teruk!!!...kak Ina sebenarnya ego...besar kepala...kata abang Farish tak baik,
jahat... habis kak Ina tu baik sangatlah???...kalau kak Ina macam ni la..memang tak kawin sampai
ke tua, tau tak!!? Bella pun hilang sabar dengan perangai kak Ina ni..”beraninya Bella!!
Tanpa tunggu lama..aku start motor lagenda...terus meninggalkan halaman rumah....jalan-jalan
lagi bagus....tak de la pening kepala....tak ada orang nak membebel..nak cakap macam nak runtuh
langit.... kaki kuatur ke arah taman permainan....duduk melepak di hujung taman... sejak peristiwa
itu aku benar-benar tersinggung dengan Farish....Pelik.....sebelum ini aku tidak pernah bersikap
begini....bukan tak pernah dia berbual mesra dengan perempuan lain....mengorat pun dia selalu
buat depan mata....tetapi...kenapa kali ini aku tiba-tiba berubah menjadi pendendam???dan///aku
sendiri tak menyangka aku menangis kerana kecewa yang teramat sangat...ah..kadang-kadang
timbul rasa kesal di hati....ah..bingung..bingung..kahwin????ini soal hidup..soal masa
depan...bagaimana kalau aku ditakdirkan tidak bahagia nanti???Salah siapa...???aku mengeluh
lemah....di ruang mata terbayang wajah Farishh....

“Kak Ina!” terdengar suara Kyra memanggilku dari jauh....apa hal pulak ni?...Kyra berlari laju dan
serta merta memelukku sambil menangis tersedu-sedu. Eh..kenapa ni?” soalku lantas...
“Kenapa ni?” soalku lagi bila tengok Kyra menangis macam kena sawan bab i .
A..a..abang Fa...Farishhl!”

“Hah....kenapa dengan dia?...dah mampus ke?..dah mati?” Saja aku buat macam tu. Susah sangat
ak cakap..aku pun bosan jugak tunggu lama-lama....dah tu....air mata dia campur air hingus dah
habis meleleh atas bahu aku..eeii..

“Ha!” Ina meratap lagi.Ha? Apa yang ha?” soalku.  Abang Farish dah tak ada!” Ha? Tak ada kemana?”
“Abang dah..dah..huuuu…”Kyra menyembam muka ke bahuku.
“Iye ke..baguslah!”spontan saja perkataan itu keluar dari mulutku....aku pun tak sedar tapi betul ke
cerita Kyra ni...

“Kak Ina!!!!...kenapa kak Ina cakap macam tu..Abang Farish dah tak ada lagi tau tak..??!!kak Ina
tahu tak??” Kyra tengking aku... “Biarlah..”
“Abang Farish pergi sebab nak beli bunga mawar pastu bagi kat kak Ina tau tak?!!...dia accident
masa balik dari kedai bunga tadi”aku pandang wajah Kyra macam tak percaya.
“Iye ke?baguslah!”balasku...tapi..aku terasa mataku pedih..betulkah Farish dah tiada??..sudah
pergi dia pergi dari alam maya ini??putik mawar merah untukku puncanya???langkah yang kuatur kian
ingan. Suara Kyra cuma sayup-sayup kedengaran...daan akhirnya aku cuma melihat kegelapan.
********************************************************************************
Aku buka mata perlahan-lahan....aku terasa kepalaku masih pening. Eh..dah sedar pun..”Kyra muncul tiba-tiba....segera dia duduk di sisiku. “Macammana kak Ina boleh ada kat sini?”
“Kak Ina pengsan kat taman tadi” aku pengsan???pengsan sebab..terasa air mata bergenangbenang
tunggu masa nak menitik....Wajah Kyra kutatap “Kak Ina teringatkan abang ke?”soalnya perlahan....aku diam. “Kak Ina..kenapa menangis ni?”aku pandang Kyra lama....kali ini aku pulak yang menangis
ibahunya....biar Kyra tahu betapa aku benar-benar sedih kehilangan Farish.

“La..kenapa ni?”Puan Sri Farhana tiba-tiba masuk dan meluru mendapatkan aku.“Makcik..Ina nak abang Ris!!”tanpa segan silu lagi aku berkata begitu depan mamanya...peduli apa ku...tunang aku....lagipun lagi 2 hari kami akan menjadi suami isteri...siapa yang tak sedih???...Puan Sri Farhana segera memelukku membuatkan aku bertambah hiba.

“Ina..astarfirullah..bawa mengucap Ina..kenapa ni?”mama muncul tiba-tiba dan duduk di sisiku.
“Ina menyesal sebab sakitkan hati dia...Ina tahu Ina yang salah..Ina tak sanggup hidup tanpa dia”
mama dan Puan Sri Farhana tersenyum sesama sendiri.
“Betul ni??tak main-main??”la..nak meraung rasanya bila ditanya soalan bodoh di saat-saat begini.

“Kalau abang Ris ada....sekarang jugak Ina nak kawin dengan dia” ujarku bersungguhsungguh.......

tapi..semuanya tak berguna lagi..

“Betul ke?”Farish tiba-tiba muncul dari balik langsir pintu bilik...aku terlopong....Farish??? wajah

mama,Puan Sri Farhana dan especially wajah Kyra kutatap tak mengerti.

“Sebenarnya kan ..kak Ina..abang Farish tak apa-apa..yang accident teruk tu kete dia je..kak Ina
pengsan tadi pun..abang Farish yang dukungkan ke sini”Kyra membuat penjelasan bila mata aku
tak berkedip merenungnya....what!!!?alamak..malunya aku! “Tadi kau kata..” Kyra salah faham..sorry..!!”ujar Kyra tersipu-sipu...kau punya pasallah ni!!..getusku geram.
“Itulah..dulu sampai nak putus tunang....ni baru dapat berita macam ni dah pengsan-pengsan..”
sindir mama tajam....aduii..bisanya.
“Tak apalah...tu tandanya sayang!”sampuk Puan Sri Farhana lalu mengajak Kyra dan mama keluar....Farish perlahan-lahan menghampiriku...aku tunduk...tak tahu nak sorok muka kat mana lagi.

“Sampai pengsan ye sayangnya Ina kat abang?”usiknya....aku tidak menyahut....semua ni Kyra
punya pasallah bodoh!
“Err..teruk ke awak?” soalku bila melihat dahi kanannya berbalut....
“Don’t worry, tak serius ni..by hook or by crook kita mesti kawin jugak 2 hari lagi.....” ujarnya
selamba membuatkan aku tersenyum lucu. “Thanks!”ucapnya tiba-tiba.
“Kenapa?”
“Sebab membuktikan sedalam mana cinta Ina terhadap abang.....” Farish tersenyum.
“Sebelum tu..yang kat taman bunga dulu macammana?”soalku masih tak puas hati....geram lagi
pasal tu sebenarnya.

“Itulah lain kali cuba dengar dulu..itu adik abang Fatin yang bongsu yang jadi lecturer kat USM..dia
sebaya dengan Ina..tu dia ada kat luar tu..” adik? ntah tak kenal pun..”

“Mana nak kenal.. dia pegi State lepas SPM…baru seminggu tu balik ke Malaysia ni..” terangnya
membuatkan aku tersengih...kenapa tak beritahu awal-awal..manalah aku kenal semua adik
dia...lagipun dia tak pernah cerita pun..buat malu aku je...

“Ina tak marah lagi kan?” soalnya sambil mengeluarkan sebentuk cincin emas putih bermata satu
ari poket seluarnya.

“Cincin yang awak baling hari tu tak sempat nak sambut....masuk longkang..ni saya gantikan”
lalu menyarungkan ke jari manisku.

“Ni je?” soalku mengusik.“Ina, will you marry me?”aku cuma mengangguk dan tersenyum. I love you,” lafaznya lantas mencium tanganku. Mak..aku rasa nak pengsan sekali lagi....romantik gila siut!!..

“Kak Ina..sekarang percaya tak keajaiban cinta...jika telah terlulis bahawa akak dan abang Ris
ditakdirkan bersama maknanya akak tetap akan bersama?”soal Bella. “Keajaiban yang menakjubkan..ada orang mati kerana cinta..merana.” “Pengsan!!”

“Sibuklah kau!!..pergi main jauh-jauh!”marahku campur malu....Farish cuma tertawa kecil...pasti
dia juga merasakan sesuatu yang aku rasa saat ini. Cepatlah hari berlalu..agar Farish segera
menjadi milikku selamanya…
******************************************************************************
Last
 
Majlis perkahwinan aku dan Farish telah diadakan secara besar-besaran...bagi meraikan kedatangan
orang baru di Villa Hamanica....Puan Sri Farhana amat gembira dengan keputusan anaknya untuk
mengahwini Ina....emm...”ada chance laa aku dapat cucu dalam setahun dua ni..”!bisiknya didalam
hati...“Ana...apa yang awak menungkan tu?”soal Tan Sri Fakrulrazi apabila mendapati isterinya tidak
mengekuti topik perbualan...Puan Sri Farhana terkejut seketika...
“Hah....tak ada apa-apa lah bang!Ana tengah perhatikan menantu kita tuh...”ujar Puan Sri
Farhana...

Tan Sri Fakrulrazi memandang Puan Sri Farhana yang melangkah semakin jauh....kepalanya
digelengkan apabila kelibat isterinya itu hilang di sebalik kanopi dan orang ramai yang ada di
situ...para tetamu...sudah semakin ramai memenuhi ruang legar perkarangan Villa Harmanica...di
kejauhan..kelihatan Farish sedang leka memerhatikan menantunya yang berada di taman mini...

Selesai jamuan makan malam...maka lengkaplah majlis gilang-gemilang bagi Tan Sri Fakrulrazi dan
Puan Sri Farhana sekeluarga...semua tetamu dan para jempuan sudah pulang..hanya tinggal sahabat handai terdekat sahaja....Aku yang sedang elak berbual dengan beberapa orang saudaramara Farish....Fasha sejak tadi berada di sisiku...tiba-tiba Farish datang duduk di sisi aku sambil memeluk pinggangku...aku hanya membiarkannya sahaja...“Ina....jom kita berbual dengan mama.....”

“Sekarang ke...hurm Fasha ikut untie Ina nak???”
“Yalah..habis tuh..nak tunggu bila??esok??Fasha nak ikut jugak ke??”ujar Farish sambil melirikkan
mata ke arah sepupu di hadapannya yang sejak tadi tersengih penuh makna...
“Jom lah sayang...”Farish menarik tangan aku dan sama-sama melangkah mendapatkan Puan Sri

Farhana...kelihatan sepupu Farish mengambil Fasha...Fasha hanya mengikut...Kemudian kami bertiga memilih taman mini yang agak terpencil sebagai tempat perbualan jauh dari keluarga dan saudara-mara...
“Macam mana Ina??letih ke?”soal Puan Sri Farhana. “Tak de lah letih sangat mama...hurm mama Fatin bila balik??Ina tak pernah jumpa dia..”tanyaku...

“Dia balik 3 tahun ni...Ina kene lah tunggu yer”ujar Puan Sri Farhana.
“Mama tak mahu berehat ke?dah lewat ni!”soal Farish...
“Mama tak rasa penat lagila Ris...entahlah seronok dapat menantu kot..”luah Puan Sri Farhana riang....

“Lega hati mama ....kamu dah kawin Ris...tercapai impian mama nak tengok kamu naik pelamin...”
ujar Puan Sri Farhana...
sekarang ni mama dan ada cucu perempuan..Ina ..lahirkan mama cucu lelaki pulak, pinta Puan Sri Farhana membuatkan aku terkejut...


Lagi-lagi apabila teringat semasa di tingkatan 2 sahabatku Azurin pernah menunjukkan kepada aku gambar macam mana perempuan melahirkan anak...ya allah seksa rasanya apabila teringat..lagilagi
kembar...seram sejuk aku...lantas aku mata aku melirik ke arah Farish yang sedang             
tersenyum-senyum...itu...Matanya dialih ke arah Puan Sri Farhana yang juga sedang tersengih
penuh makna...Alamak...gerunnya aku....apa aku nak cakap ni...

“Bolehkan Ina?”soal Puan Sri Farhana lagi..Aku menarik nafas sedalam-dalamnya...
“Mama tanyalah pada abang....kalau abang mahu anak dalam masa setahun ni...Ina tak kisah...”
ujarku...

“Kalau itu jawapan Ina...mama gerenti Ris takkan membantah..dia mesti ikut cakap mama
punya...”jawab Puan Sri Farhana dalam nada gembira..“Tapi...sebelum kahwin...abang dah pesan yang dia tak mahu anak dalam setahun ni....susah katanya ...kalau ikut Ina...memang Ina mahu mama...”ujar aku...
 Farish kelihatan terkejut dengan kata-kata yang baru dikatakan oleh aku..“ish dia ni bila masa aku
kata”ujar Farish dalam hati...
“Laa...abang ingatkan Ina tak mahu beranak awal...Abang cakap lah macam tuh....Ina pun
bukannya nak beritahu abang yang Ina nak anak cepat”tanpa diduga Farish berkata...Puan Sri

Farhana tersenyum gembira...“Mama bersyukur dapat menantu macam Ina ni....”puji Puan Sri Farhana...
“Jangan laa puji sampai macam tuh mama...malu Ina...nanti ada pulak orang yang jeles lepastuh
merajuk...”jawab aku sambil ketawa kecil...Puan Sri Farhana juga turut ketawa....
“Ok laa...mama...Ina naik dulu...nak rehat....lagi lama Ina kat cini...nanti lagi kembang hati Ina
dibuat mama”tambahku...Puan Sri Farhana dan Farish ketawa...

********************************************************************************
Aku sedang membaca novel Bicara Hati sambil berbaring ketika Farish masuk ke bilik lewat malam
itu...Segera aku bangun apabila pintu biliku diketuk...terasa jantungku berdegup dengan lebih
pantas...itu pasti Farish...dengan hanya memakai baby T dan kain batik..aku terus membuka
pintu..ketika aku hendak berlalu ke cermin untuk menyikat rambut...Farish menarik aku ke
sisinya....tangan aku dipegang lembut...
“Sayang....kenapa sayang cakap yang abang tak nak anak....pada mama tadi?soal Farish memecah
kesunyian...
“Er..eer...sebenarnya...er...”ujarku tersekat-sekat..kenapa??”soal Farish sambil mengucup pipi ku...terasa panas muka aku tatkala itu...Sebenarnya...Ina takut...”lantas aku mengambil bantal lalu... aku menutup muka aku dengan bantal...

“Lah....Ina takut apa..cuba beritahu abang...ke sayang memang tak nak anak....”lalu Farish menarik bantal yang menutupi mukaku...“Ina nak...sapa kata Ina tak nak cuma..Ina.......takut nak erm...bersalin laa...sebab masa di tingkatan 2 kawan Ina..... Azurin pernah tunjuk kkat Ina buku macam mana perempuan melahirkan
anak...makcik dia doc....ya allah seksa rasanya bila teringat..lagi-lagi kembar...seram sejuk ina... ”
ujarku lalu aku terus menyembamkan muka ke bantal di atas katil...

“Ya allah sebab itu rupanya....apa laa sayang ni sebab tuh jerk....jangan takut abang ada dengan
Ina...tapikan sayang....lepas sayang masuk jer tadi...mama dengan papa sibuk-sibuk cari nama
untuk cucu yang sayang janjikan tu...”Farish kelihatan tersenyum-senyum...aku hanya menjelirkan
lidah kearahnya...

“Er...kalau ada..hurm ada la...”ujarku selamba...“Heheh...kenapa sayang suka sangat jelir lidah dekat abang...dari dulu lagi sayang suka buat macam tuh...nak kene cium ke?kang abang cium kang!!”

“Cium lah”ujarku selamba ..Lalu tanpa sedar bibir Farish menyentuh bibir lembut aku...hanya hembusan nafas yang kedengaran…
“Abangg...dah laa Ina lemaslaahh”aku menolak muka Farish...kelihatan Farish ketawa
kecil..pelukannya semakin erat...

“Apsal abang pandang Ina macam tuh...”Thankx coz accept abang dalam hidup...Ina… I love you very much….”lalu bibir Ina dikucupnya lagi..Ina sentiasa menyintai abang… dan Ina berharap abang dapat membahagiakan Ina...." tanpa disedarinya air matanya gugur....Ina memeluk erat Farish...aku rebah di pelukan Farish....dia menangis sedu-sedan di dada Farish yang semakin erat merangkul tubuhnya...Farish yang merasai tangan aku kuat memeluk pinggangnya lantas mencium lembut bahu aku....

“Sudah lahh sayang...jangan lahh sayang menangis...abang akan bahagiakan Ina lebih dari diri abang sendiri....”Farish berbisik dan sempat mengucup telingaku.....ciuman itu terus berjalan ke sekitar wajahku...

Aku tidak membantah...malah belaian Farish bagaikan seperti di dalam alam maya....buat pertama
kali aku hanya membiarkan kelakuan Farish....Tanganku semakin erat memeluk Farish....dan
tangan aku yang kuat memeluk pinggangnya terasa kemas...Akhirnya malam pun merangkak pergi
membawa bersama rahsia tersendiri....

*******************************TAMAT*******************************************

Tuesday, December 21, 2010

HaPPy BeSdAy To Me......


Salam..Tak sangka masa berjalan begitu cepat..tanpa aku sedar umur aku melangkah setapak lagi kedepan.
Makasih tak terhingga buat TemanKu..Ros yg prihatin dengan harijadi aku..Thanks for ur cake n Hadiah ! Hepi sgt..kek cokletttt..sedappppp !!
Tak lupa utk Cik Zai yg tlg pi beli kek tu..hehehhe dan kawan2 lain.

Buat teman2 ku yg tersayang...semoga persahabatan kita kekal selamanya...amin.

Majlis Kesyukuran Anak Member (Amy & Ros)

Salam semua.
Pertama kali aku ingin mengucapkan TAHNIAH pada Amy dan Ros kerana selamatkan melahirkan baby2 perempuan yg cute baru baru ni. Sebagai tanda kegembiraan dan kesyukuran Amy dan Ros telah mengadakan Kenduri untuk teman2 rapat.

Kami Berjamuan di Dining Room Philips Lumileds. Ada Nasi Tomato, Ayam masak merah, dalca, puding dan kuih. Sementara menunggu kawan2 yg lain, kami sempat lagi berposing..biasa la kami dan camera kan tak dapat dipisahkan..hehe

Sedap sgt..Thanks Amy & Ros. Lain tahun buat lagi na......



Monday, December 20, 2010

Adakah Cinta Itu Semudah Ku Sangka ( Part 2 )

BAB 5


“Hello Farah...” hello..abang Ris kenapa?”
“Farah..kene tolong abang....mama nak jumpa dengan Ina laa....abang dah janji dengan mama
abang...”

“Ala..abang nak suro Farah buat ape?...abang..Farah takut dia marah Farah jerk....”“Hurm..tak pe nanti abang yang explaainkan untuk Farah...Farah cuma pujuk dia datang rumah abang...Farah kata laa yang Farah nak pergi rumah mak saudara Farah..pleasee”

“Assallamualaikummm!!Farahh!!”jerit aku..“Eh abang...Ina datang laa...hurm tak pe Farah pujuk dia hari ni juga...esok tau...”“Ok..bye”

Waalaikumussalam wbt...Ina”jawab Farah. “Ina...boleh tolong teman aku tak esok?”tanya Farah.
“Pergi mana?”tanya aku.. “Pergi rumah makcik aku...dia minta aku pergi sana....ala aku tak ade teman laa nak pergi...please teman aku...”rayu Farah..

“Hurmm...sebenarnya..”ujarku lambat-lambat sengaja ingin buat Farah berasa gelisah..“Ala...jangan kata tak bolehh..pleasee temankan aku..”rayu Farah..“Lah..sabarlah aku sebenarnya nak beritahu yang aku nak ikut...hikhikhik...ko ni cepat sangat gelabah..”ujarku sambil ketawa mengekek..

“Ko pakai la cantik-cantik yerk..”kata Farah.
“Tak nak..heheh..yerk la esok ko akan tengok puteri turun dari kayangan...”seloroh sambil ketawa..

********************************************************************************
“Farah besarnya rumah mak saudara ko ni....”Villa Harmanica”.”ujarku kerana terpegun dengan
keindaah rumah itu..serentak itu gate dibuka..Farah park keretanya diperkarangan rumah itu...Setelah keluar dari kereta...

“Farah ...aku takut laa...nampak macam vilaa Tan Sri jer...”ujarku sedikit gelisah. “Memang villa Tan Sri Fakrulrazi dengan Puan Sri Farhana tapi ko jangan laa takut sebab diorang niperamah....lagi satu nanti ko akan jumpa dengan anak abang Fauzan...comel sangat...tapi kesian...mama dia dah tak ada....”ujar Farah.

“Kenapa?meninggal sebab ape?”“Bukan meninggal lari ikut jantan lain...”ujar Farah seperti geram...
“Lepak-lepak....ko jangan laa benggang sangat...gerun aku...”ujarku...setelah sampai di Villa Harmanica...

“Assallamualaikumm....”ujarku dan Farah serentak...kemudian kami tersenyum bersama...2 minit
kemudian aku terdengar suara budak kecil...lalu dia membuka pintu..

“Nenek!!!ada olang datang laa...untie Ida pun ada....”jerit Fasha...“Ehhh..eh...Fasha....laa...”ujar Farah sambil memeluk Fasha..."Untie Ida....cape ni...cantik nye...”soal Fasha...

“Harr...ni untie Ina....Fasha suka tak kalau untie Ina ni jadik untie Fasha....”ujar Farah sambil matanya melirik ke arah ku...

“Cuke....yeyeye...nenek!!!!untie Ina dengan untie Farah datang...yambat aa nenek ni”jerit Fasha...kemudian kelihatan seorang wanita datang ke arah kami...“Waalaikumussalam ..Eh Farah masuk laa...Fasha ni...kenapa tak ajak untie Farah masuk”ajak Puan Sri Farhana..lantas Farah menarik tangan ku juga..

“Aya...mana Fasha tahu...nenek...untie Ina ni..cantek kan...” “Nama saya...Nur Amalina Nawwiyah Puan”ujarku sambil menghulurkan tangan untuk menyalami wanita itu....wanita itu menyambut salam ku...kelihatan dia seorang yang peramah seperti yang Farah katakan..
“Sedap nama tu...jangan la panggil Puan...panggil makcik sahaja...panjang benar nama ina boleh
makcik panggil Ina jer?..”tanya wanita itu..aku hanya tersenyum..kelihatan Farah membisikkan
sesuatu kepada Datin Farhana...reaksi wanita itu amat gembira sekali...aku kehairanan

“Hurmm...Ina tunggu sampai Ris balik kan?”tanya Puan Sri Farhana ..”seraya itu aku menoleh kearah Farah yang kukira mengetahui isi hati ku itu...lantas dia membisikan sesuatu kepada ku..

“Dia ni mak abang Ris..heheh...ko kene la buat-buat macam ko tunggu dia..”bisik Farah..
“Hurmm...Ina tunggu sampai Farish balik ..itu pun kalau makcik tak keberatan”ujarku dengan tenang.

“Eh...makcik lagi suka...boleh laa Ina dengan Farah makan malam dekat sini sekali..”ajak wanita itu...

“Yeyee...untie Ina matan mayam tat cini erk...”ujar Fasha keseronokkan..

“Ok..makcik boleh jerk...janji makcik yang masak...”ujar Farah tersenyum seperti kerang busuk..
“Hurm...makcik nak ke dapur....Farah dengan Ina ...Fasha pergi la main-main dekat taman mini
ke...jangan kacau orang ye...duduk laa sementara makcik nak masak makanan untuk makan
malam”ujar Puan Sri Farhana.

“Ala....nenek...Fasha nak main dengan untie Ina...”rengek Fasha...“Makcik...hurmm Ina nak tolong makcik boleh?”tanyaku.“Eh...tak payah lah menyusahkan Ina jer...tak pe..Ina duduk jer”jawab Puan Sri Farhana..

“Untie Ina...Fasha nak main-main dengan untie dekat taman”rengek Fasha...“Hurmm...sayang...untie nak tolong nenek masak dulu...nanti lepas dah siap ..kita pergi main-main yerk sayang...”ujarku memujuk Fasha..

“Ok...nanti biye dah ciap untie main-main dengan Fasha ye....promice...”“Ok...promise sayang..”lalu aku pun pergi ke arah Puan Sri Farhana...“Tak ada yang menyusahkan Ina..biarla Ina tolong makcik yer”ujarku tenang..aku membuntuti wanita itu ke dapur...

"Makcik nak masak ape yer?”tanyaku...“Makcik rasa makcik nak masak ayam masak merah dengan daging masak hitam laa....kita masak dua jenis ni aja nanti yang lain kita suruh mak Jah masak....Har...Ina tak kenal lagikan dengan mak Jah sekejap lagi dia datang.”ujar Puan Sri Farhana..

“Oh...kebetulan kedua-dua masakan itu memang Ina boleh laa serba-sedikit....itu pun Ina belajar dari mama Ina...dulu Ina tak suka masuk kedapur setelah mama masuk dalam bidang catering terus Ina rasa terpikat untuk belajar semua tu...ehh..membebel pulak Ina ni.....apa kata bagi Ina jer yang masak makcik tunggu dekat depan dengan Farah...nanti dah siap Ina panggil....makcik tak boleh kata tidak sebab nanti Ina merajuk..susah makcik nak pujuk”ujarku sambil tergelak kecil...

Puan Sri Farhana juga kelihatan gelak kerana mendengar celotehku..“Yerk kee...nanti Ina kawin tak payah lah berbelanja besar yerk....mesti sedapkan Ina masak...okk...makcik tunggu dekat depan dengan Farah..jangan la merajuk yerk”ujar Puan Sri Farhana seperti ingin memujukku...aku tersenyum sendiri kerana menyenangi wanita itu.. Setelah sejam berada di dapur kesemuanya pun susah siap....aku turut dibantu oleh mak Jah...wanita itu juga amat peramah orang nya...aku membuat rancangan bersama mak Jah untuk membuat Nasi Mawar Merah yang penah mama ajar padaku dahulu...tiba-tiba...

“Wahh!!!sedapnya bau...”ujar Farah...ketika itu aku sedang memotong cili merah untuk diletakkan
diatas Nasi itu..oleh kerana terkejut..pisau yang ku pegang itu tersasar lalu terhiris dijari manisku..
“Farahhh!!!”jeritku kesakitan.. darah yang keluar dari jari ku itu...lukanya terlalu dalam...

“Ina...sorry...aku tak sengaja....jom ke depan aku nak pergi ambil first-aid kejap......tapi ade abang

Ris dan abang Fauzan... .”ujar Farah seraya menarik tanganku ke ruang tamu....kelihatan Farish bersama ibunya dan aku juga lihat seorang lelaki ditepi Farish..mungkin abang Fauzan.....mereka kelihatan amat terkejut kerana darah yang keluar di jariku..

“Eh... nenek... jari untie Ina bedayah laa....camane nak main dengan Fasha nanti...” “Ala...tak pe nanti untie Ina bawak Fasha pergi makan Mc’D yerk sayang...”

“Eh...Ina...kenapa ni...”tanya Puan Sri Farhana...reaksinya sungguh gelisah...“Hurm...tak ada apa-apa makcik...sikit jer ni...”ujarku berlagak tenang “Ina kenapa ni...ehh dalam luka nih....jom pegi klinik..”ujar Farish...aku hanya menjeling kearahnya kerana membuat rancangan bersama Farah untuk membawaku kesini..

“Tak nak laa”ujarku lembut. “Ina...sorry....aku tak sengaja ...sorry sangat....”ujar Farah gelisah..
“Hurm...tak pe...lagipun bukannya sakit sangat...tapi Farah kene belanja Ina makan Mc’D....”ujarku
sambil tergelak kecil...“No hal untuk ko 100 kali pun tak pe...”ujar Farah turut tergelak..
“Ish budak-budak ni boleh lagi bergurau-senda...mari sini makcik bersihkan luka tu lepas tuh balut
..kejap lagi boleh nak kita makan tunggu pakcik Fakrul balik..”ujar Puan Sri Farhana seraya itu dia
memegang tangan ku... Hurm...makcik..Ina ade buat suprise untuk makcik....kejap lagi Ina hidangkan atas meja”ujarku tersenyum.

“Eh..tak payah...biar mak Jah jer yang hidangkan jari Ina tuh kan luka”ujar Puan Sri Farhana...“Nenek....Fasha nak main dengan untie Ina...”rengek Fasha...“Fasha jari untie Ina kan luka tuh...nanti je ye Fasha main...”ujar Puan Sri Farhana...

“Fasha sayang....meh cini dekat papa...kita main yerk...tuh jari untie kan luka...cian untie..”ujar
abang Fauzan pula...kelihatan dia tersenyum ke arah ku...aku membalas senyumannya itu...kedengaran seperti enjin kereta masuk ke perkarangan rumah....

“Makcik...Ina minta diri dulu...Ina nak pergi hidangkan makanan...Farah jom....jangan nak buat donno jerk....dah buat tangan orang macam ni buat tak tahu lagi yerk ....meh cini orang ketuk kepala nanti...Fasha jom tologn untie sekali..”ujarku manja...Fasha hanya mengangguk...“Hheheheh ok-ok....abang Fauzan tak nak tolong ke?”tanya Farah seperti ingin membuat Farish cemburu...

“Hehhhe....nak juga....meh abang tolong”kelihatan Fauzan seperti benar-benar ingin menolong ku..Farish seperti termanggu-manggu kerana ditinggalkan sebegitu...Datin Farhana yang sejak tadi hanya memandang ke arah ku ...kini memandang ke arah anaknya Farish ...dia kemudianya tersenyum...Datin Farhana kemudiannya pergi kearah pintu..untuk menyambut kepulangan Datuk Fakrulrazi....

“Eh..bau apa ni....macam sedap aja ...awak tak pernah pun masak masakan yang bau macam ni”ujar Tan Sri Fakrulrazi kebinggungan. “Bukan saya yang masak....kawan Farah yang masak...”ujar Puan Sri Farhana.
“Oh...hurm saya nak mandi lepastuh solat dulu..awak tak mahu ajak diorang semua sembahyang
ke..hari ini biar saya yang jadi imam”ujar Tan Sri Fakrulrazi..

“Baiklah sekejap lagi saya beritahu diorang.”Setelah selesai menunaikan solat...kami pun turun kebawah untuk menjamu selera.....seperti didalam jangkaanku mereka semua kelihatan terkejut kerana aku membuat Nasi Mawar Merah... “Ina...kenapa nasik ni warna pink..sedapnya...Ina kata Ina tahu serba-serbi jer...nih dah macam chef pulak makcik tengok..boleh la Ina datang selalu dekat sini lagi pun makcik seorang je kalau
siang-siang....”ujar Puan Sri Farhana...sambil tersenyum ke arah Tan Sri Fakrulrazi..kelihatan Tan

Sri Fakrulrazi membalas senyuman itu dengan penuh makna yang tersirat...“Hurm....ni Nasi Mawar Merah makcik.....heheh...ala tak tahu la sedap ke takk...apakata makcik dengan pakcik cuba jerk dulu...lepastuh baru cakap erk...hurmm abang Fauzan jemput laa...Farish pun”ujarku sambil tersenyum kearah mereka...
“Ina tak makan ke?”tanya Farish... “Hurm...tak apa laa...Ina tak lalu nak makan lepas tengok darah tadi...huhuhu..”ujarku sambil tersenyum..“Ina...aku rasa kan....malam ni aku nak tidur kat sini lahh...hurm makcik boleh tak Farah nak tidur dekat sini malam ni?”tanya Farah kepada Datin Farhana....kemudian Farah senyum seperti kambing busuk ke arah ku...aku membulatkan mata ku...“Hah..elok lah tuh...kamu tuh Farah tak pernah nak tidur dekat sini...asyik sibuk je memanjang...hurm Ina macam mana?”tanya Puan Sri Farhana..

“Hurmm....tak apalaa...”ujarku lembut.. Habis ko nak balik naik ape??macam ko reti bawak kereta je...”ujar Farah seperti hendak memerli aku...lantas aku menjeling ke arahnya....“Hurm apa kata abang yang hantar Ina”ujar Fauzan..aku menoleh ke arah Farish yang tersentak dengan pertolongan yang dihulurkan oleh alongnya itu..

“Hurm...Ina rasa...”ujarku lambat-lambat..“Ina tidur jer la dekat sini...nanti aku explain dekat mama ..ko jangan risau keselamatan ko terjamin dengan ada nya aku disisi...lepas tuh esok kita boleh la pergi makan Mc’D terus kihkhikhi” ujar Farah sambil menyuapkan nasi kedalam mulutnya...

“Hurm....Farah cuba jangan bercakap masa makan..tak elok tahu tak...”nada ku sedikit marah..kelihatan Farah hanya tersenyum sumbing...

“Hurm..ok Farah aku teman ko..tapi lepas tuh hantar aku dekat JJ(JAYA JUSCO) sebab aku ade
janji dengan kawan aku .....hurm ko pon kenal kawan aku tuh...”ujarku tersenyum sambil mengeyitkan mata ke arah Farah..Farah terus menghentikan suapannya...“Heheheh...Ina...aku...aku nak ikut ko..”kata Farah dengan nada separuh merayu...“Heheh...suap aku makan tuh dulu...”ujarku sambil memuncungkan mulut ke arah acar yang aku masak...

“Nah...buka la mulut...”ujar Farish ....sambil tersenyum..menanti agar aku membuka mulut..“Er..makcik ....cuapkan Ina....”ujarku kepada Puan Sri Farhana dengan manja.... Puan Sri Farhana
tidak keberatan untuk menyuapku.... Puan Sri Farhana dan Tan Sri Fakrulrazi hanya tersenyum melihat gelagatku...

“Mak ai!!ape ni mama....Ris macam mana??!!”ujar Farish dengan nada merajuk..“Ishh!..Ris kan ada tangan..suapla sendiri..heheh”ujar Datin Farhana seperti hendak mengenakan anak terunanya itu..“Sampai hati mama”sejurus itu Farish terus meninggalkan meja makan...aku dan juga meraka tersentak dengan tindakan Farish...nasi didalam pinggan hanya dijawab sedikit sahaja...

“Errr...semua nya salah Ina..”ujarku dengan nada kesal dan rasa bersalah..“Ish..apa kena laa dengan budak tuh..bukan salah kamu Ina...dia saja jerk tuh..”ujar Tan Sri

Fakrulrazi yang tadi hanya menjadi pemerhatii...“Hurmm...tak apa laa makcik..pakcik...apa kata Ina bawa je makanan ni dekat dia....Ina pujuk dia makan ..lagipun dia makan sikit jer...nanti sakit perut pula..”ujarku dengan lembut.. “Hurm...pergi lah Ina...”ujar Puan Sri Farhana sambil tersenyumm ..aku lihat Tan Sri
Fakrulrazi,Fauzan...dan Farah juga begitu..Aku mencari-cari di manakah Farish ketika itu...ternyata dia tidak ada di bilik ....mungkin dia ada di taman ...lantas aku pergi ke taman...jangkaan aku tidak meleset kerana dia sememangnya berada disitu...

“Hurmmm Farish”panggilku.....dia tidak menjawab..“Farish...awak marah dekat saya ke sebab tadi ke??kalau yer saya minta maaf sebab saya awak hanya menjamah sedikit makanan..hurm awak...saya ada bawak makanan ni ...awak makan laa yer nanti sakit perut pula...”ujarku dengan kesal.

“Hurmm....Ina suap Ris...kalau tak Ris tak mau makan..”masih kedengaran Farish berkata dengan  nada merajuk.. Alamak....dia ni...lebih-lebih pula....lagipun semuanya salah aku...terpaksa lahh...

“Hurm...ok...tapi awak kena habiskan semua...”ujarku...setelah itu dia pun makan setiap suapan yang aku suap...sehingga ke suapan yang terakhir....tiba-tiba...

“Ina...hujan laa.....lebat nya...jom masuk dalam”seraya itu Farish menarik tangan ku untuk masuk
ke dalam rumah....tetapi nasib tidak menyebelahi aku...kerana baju aku telah basah lencun...kemudian aku menggigil keseejukan...2 minit kemudian Datin Farhana mendapatkan aku..

“Habis kamu basah ...mak Jah!!!tolong ambilkan 2 tuala..nih Ris dengan Ina basah..”jerit Puan Sri
Farhana

“Farah...habis ak...aku taa....tak dd..de bajju...”ujarku terketar-ketar..setelah itu mak Jah memberi
kepada Farish kedua-dua tuala itu...Farish memberikan tuala itu sambil menggigil..“Hurm...mama Ris naik dulu....sejukk..”ujar Farish..“Hahahha..ko ni....Ina.relax-relax...aku ade baju...speacial punya untuk ko..”sejurus itu Farah ketawa dengan kuat ...“Ap...pee ko niii...cepp.....ppat lahh kasi...sejuk!!!!”jeritku kecil...“Farah...bawak Ina ni tukar baju...kesian dia...nanti demam pula..”ujar Puan Sri Farhana.
********************************************************************************
“Farah !!!”jeritku...namun tiada jawapan...setelah 5 minit...aku terdengar ketukan pintu ..“Masukk!!”jeritku..sambil melangkah longlai aku menuju ke arah pintu...“Eh...Ris...nak apa....??Ina takk...”pandangan aku berpinar-pinar...ketika aku seperti hendak terjatuh kelihatan seseorang menyambutku...kemudiannya.....

“Arrr...pening nya...”ujarku lantas memicit kepala ku...“Ina....demam nih....panas sangat”ujar Farish...Farah ditepi aku memegang tangan ku....“Ina...aku dah beritahu mama ko...dia kata lagi 4 hari baru dia balik...so macam mana?”tanya Farah..

“Farah...jom aku nak balik..”aku cuba menggagahkan diri untuk bangun tetapi ditegah Farish..“Ina...awak tak sihat lagi...”ujar nya lembut..“Farah..aku nak balik rumah tok aku...please...”rengek ku...
“Tapi ko..”“Tak apa...kalau ko tak mahu...aku balik naik bas aja..”ujarku....
“Eh...Farish hari ni kamu cuti kan apa kata kamu yang pergi hantar Ina balik sana....mama risau
laa sebab panas sangat badan dia ni..”ujar Puan Sri Farhana dengan nada yang gelisah..

“Papa pun rasa macam tuh juga...kamu pergi dengan Fauzan ..temankan Farah hantar Ina...company kita tuh kamu jangan risau papa boleh uruskan...”ujar Tan Sri Fakrulrazi dengan tenang.

“Ok ....sekejap lagi kita berangkat”ujar Farish dan Fauzan serentak..seraya itu mereka tersenyum...
********************************************************************************
Bab 6

“Assallamualaikumm....”ucapku...“Waalaikumussalam..ehh Ina..kenapa ni”tanya tok..“Ina demam laa tok....hurm dua orang lelaki tuh abang saudara Farah...diorang yang hantar Ina
balik sini...”lantas aku memeluk tok ...kemudian Farah menyalami tangan tok...diikuti Farish dan Fauzan..

“Hang pa duduk la dulu...biaq tok buat ayaq dulu”ujar tok..“Hurm tok tak payah susah-susah...nanti Farah buatkan...”lalu Farah ke dapur...Farish dan Fauzan hanya melihatku.. “Tok..”panggilku lalu memeluk manja tok...“Awat Ina.??”tanya tok..“Ina nak pergi kubur wan...Ina rindu laa dekat wan..”ujar aku lemah lalu dia mengalirkan air matanya...lantas tok mengesat airmata yang berlinangan..“Ina kan blom baik lagi...sat ni pengsan ...nanti-nanti naa kita pi”pujuk tok “Ina tak mau....Ina nak pi gak....”aku menangis teresak-esak...
“Hurm...tok apa kata kita pergi ...kami bawa pergi sana ..tok dengan Farah pon ikut laah yer...”ujar
Farish.

“Ish...buat susah hang pa ja...”ujar tok..“tak pa...”kata Fauzan..Selepas masuk sahaja kedalam kereta aku terus tertido...5 minit kemudian tok mengejutkanku...“Ina..larat ke nak jalan ni..”tanya Farah...
“Tak pe Farah...aku rindu sangat dekat wan....Farah cakap dekat tok,Farish dan Fauzan yang aku
nak pergi sendiri....please...”rayu aku...lantas Farah hanya mengganguk...“Ina...Ina”jerit Farish...
“Kenapa pulak...”tanya aku kebosanan ...“Ris temankan”ujar Farish lembut..bahuku dipegangnya kerana takut aku tidak larat untuk terus berjalan...sesampai di tempat dimana wan aku bersemadi aku membacakan yaasin kepada wan..sepanjang itu aku kembali menangis teresak-esak...Farish hanya berdiri di belakang ku
kerana aku tidak mahu diganggu..

“Wan....dah lama wan pergi....Ina rindu sangat dekat wan...”ujarku teresak-esak..“Wan...Ina ingat laa semua tentang wan....”aku tidak dapat meneruskan kata-kataku....lantas aku terasa seperti bahuku dipeluk.....
“Jangan menangis sayang...”ujar Farish...“Jom kita balik”  Aku tidak larat untuk berdiri ...seraya itu aku merasakan tubuh aku melambung...kerana Farish menggangkat tubuh ku...

“Tok...dia macam nak rebah tadi ..tuh yang Farish anggkat dia..”ujar Farish “Hurm...Ina jom kita balik....nanti kita mai lagi na sayang”pujur tok..Selama 4 hari aku demam....selama itu jugalah seisi rumah itu kelam kabut dengan perangai ku yang bertukar seperti budak kecil...selama itu juga aku lihat bahawa Fauzan melayanku seperti adiknya ini kerana ketika dia sedang berbual dengan teman wanitanya ..aku sering merengek hendak itu...ini...akhirnya Farishlah yang memenuhi setiap permintaan aku....aku terpikat dengan
cara dia melayan aku.....secara tiba-tiba aku teringat akan re-union yang akan diadakan lagi 2 minggu..aku rasa sepeti sudah sihat ketika itu...

“Hurmm tok...Ina balik yerk...nanti Ina datang lagi”ujar aku ketika hendak pulang kembali ke Ipoh...aku menyalami tok diikuti Farah,Farish kemudian Fauzan...“Fauzan ...bawak keta baik-baik na”ujar tok..Fauzan hanya tersenyum lantas mengganguk ..Setelah setengah jam...aku berada didalam kereta ...lagu kumpulan Black Eyes Peace iaitu My hump kedengaran berserta getaran telah mengejutkan lamunanku..lantas aku menyeluk kedalam handbeg kesayangan aku...Eh...no hari tu yang silap hanta SMS tuh laa..

**“Assallamualaikum...siapa ni.?? **“Hello ..fergine...tak kenal ke siapa ni..?”**“Hah!!Pedot ke!!?”jeritku kecil **“Hah kenal pun...ko kat ne sekarang ni?eh nanti re-union ko datang tak?member-member kita
yang lain semua aku dah contact ..diorang kate diorang datang..tinggal ko dengan Farah je...ko stil
contact dia kan?” **“Pedot...aku dalam perjalanan untuk balik ke Ipoh la....re-union tuh..aku gerenti datang
punye...Farah ko jangan risau dia mesti no hal..sekarang ni pun ade kat sebelah aku...”**“Huh...habis siapa yang bawak kereta??ko nak tahu tak..member-member lama kita semua dah kawin...ada yang dah beranak pun...tinggal ko,aku,Nora,Farah dengan Peje jer belom kawin lagi...”

**“Siapa lagi...abang buah hati aku yang bawak kerata.....hah!! yerk kee...weih terasa terasing
pulak orang lain dah kawin aku belum....tak pe aku muda lagi ...lagipun ko dengan Peje kan
ade...boleh aku ngorat..kihkihkih”

**“WoWoWo...tak boleh kiteorang semua dah bertunang...ko tuh menyepi je dengan Farah ye kita
neh sampai lost contact...ko bila lagi...tak kan tak ade pakwe lagi kot..”
**“Hah!!yerk kee...sorry man fergine ni sibuk dengan carear heheh...aku bukan menyepi...tetapi
terpaksa menyepi...faham-faham jer laa...dulu kan abah aku dah warning tak boleh berkawan
sesuka hati...huhuuh so..lepas habis study aku dah bebas cuma waktu tuh aku dah tak tahu macam
mana nak contact korang semua...pasal pakwe tuh nanti-nanti jerk laa...nanti aku suruh Farah
tolong carikan...huhu”

**“HoHoHoHo...banyak laa ko...tak pe la weii...kang buah hati aku mengamuk aku dah janji nak
tengok wayang dengan dia..”*“Ko ni pedot...ade-ade je...kirimkan salam sayang aku kat member-member lama ye....jumpa nanti bye”

Sebaik sahaja aku meletakkan ganggang..kelihatan Farish merenung tepat kearahku...tetapi aku hanya buat tidak tahu.....Farah baru saja terjaga dari tidur...  “Farah!...Pedot call aku...ko tahu diorang semua tengah cari kita....kiranya wanted laa sekarang ni..dia nak tanya pasal ko...aku ingat nak kejutkan tapi malaz lak nak kaco.”kataku dengan gembira.

“Hoi!!pasal tak bagi dekat aku...ko ni saja je...”Farah kelihatan merajuk. “Dia kata kalau nak jumpa dia..datang re-union...”ujarku lagi..“Weihh...aku nak pergi dengan siapa yerk....”“Heheheh dengan Nazmi”ujarku tersenyum seperti kerang busuk..“Haah la...habis ko macam mane?”tanya Farah sambil tersengih...“Aku...pergi dengan hrmm...sensorang jerk...baru gempak...dari dulu sampai sekarang Nur Amalina Nawwiyah Bt. Amal Shah masih belum berpunya..”ujarku sedikit perlahan...

“Heheh Ris temankan Ina yerk??“Ikut suka hati awak la..”ujarku tenang... “Wei ...malam ni aku nak kuar laa dengan Nazmi..nak pi beli baju ehhehe....”

“Harr!!goodz pegi la semoga jumpa baju yang ko terberkenan..kihkihkih”ujarku sambil mengekek..
Ala..mentang-mentang selama ni ko yang pilih baju untuk aku...boleh ko perli aku yerk!!aku cekik
ko kang..”ujar Farah sambil membuat gelagat seolah-olah ingin mencekik ku...
“Eh-eh jangan nak cekik aku...kang mati...merana laah tok aku...kihkhi”
“Ina...kita keluar yerk dengan mama...”ujar Farish..
“Mama??yang mana satu?Ina ke Farish??”tanyaku pula..
“Mama Ris..hurm sekejap lagi tak payah la Ina terus balik...Ina rehat-rehat dekat rumah Ris dulu..lagipun Farah kejap lagi nak ambil kereta dekat umah Ris kan ..”“Haah la...lupa pulak kete aku ade dekat rumah abang Ris”“Hurm...ikut suka hati la...tapi Ina nak balik sebelum pukul 10 malam”ujarku sambil memandang
ke arah gunung-ganang yang tersemat indah..

“Ina..Ina!!!”jerit Farah..“Ape...kus semangat aku...nak bagi pergi dulu ke harr”sergah ku pula.“Hehehhe ko rasa aku patut beli baju yang macam mane”tanya Farah “Farah kan nak pegi dengan Nazmi...nanti Farah disccus la dengan dia...nih Ris dengan Ina...tak mau discuss ker...sekejap lagi along nak pegi tandas so tukar la pulak yer Ris ..along penat la...Ina duduk depan ...along nak tidur dekat belakang...”ujar Fauzan

“Ok along”ujar Farish dengan cepat..

“Er....ikut suka hati abang Fauzan la”ujarku walaupun aku berasa tidak selesa...Farah yang selalunya tahu perasaan aku tatkala itu hanya tersenyum sumbing.Setelah sampai diperhentian...aku,Fauzan dan Farish telah bertukar tempat...keadaan menjadi sunyi-sepi selama satu jam...lalu aku menoleh kebelakang kelihatan Fauzan dan Farah sedang tidur..“Ris...Ina nak tanya sikit”tanyaku
“Apa dia...?” Kenapa Ris suruh Ina pergi rumah Ris...Lepastu suruh Farah pulak tuh....cakap nak pergi rumah mak saudara konon...”ujarku memerli..Farish dari tadi hanya tersenyum seperti kerang busuk...
“Jangan la marah sayang.....Ris buat macam tuh sebab mama Ris nak bertemu dengan bakal menantu dia...Ina jangan laa marah Farah pulak yerk”ujar Farish lantas Farish menggenggam tangan ku...

“Ape ni!”jeritku kecil...aku mahu merentap tangan ku tetapi peggangan nya terlalu kejap..Farish
hanya tersenyum..akhirnya aku membiarkan sahaja perbuatannya itu kerana jika aku merentapnya
lagi bukan lepas pun lagi sakit ada la..

“Hurm...Ina....dah lama Ris tunggu Ina...tak kan Ina tak mempunyai perasaan seperti Ris...walaupun sekelumit..”ujar Farish “Hurm....ntah..”
“Ina...jangan cabar kesabaran Ris....Ris boleh buat apa saja kalau Ris tahu Ina ada orang lain...”
ujar Ris serius...lantas aku menoleh ke arahnya...

“......Huh....ikut suka hati Ina la...Ris ingat Ris tuh abah Ina ke...sesuka hati jerk...”ujarku memerli
“Ina dengar sini..mulai saat ini...detik ini...Ina tuh GF Ris..Faham”ujarnya serius..aku sedikit tersentak..
“Lantak Ris laa..Ina tak mahu ambil tahu...selama ni Ris keluar dengan semua perempuanperempuan
yang tak senonoh tuh boleh...sekarang ni apsal nak kongkong Ina pula ...banyak cantik ...ingat muka hensem sangat sangat ke..muka macam batang penyapu...ade hati yerk...”seloroh itu aku terus ketawa...

“Bukan itu maksud Ris...tapi sudah terlalu lama Ris menunggu kata putus dari Ina...perempuanperempuan
tuh semua hanya sekadar kawan biasa aja....perempuan murahan macam diorang tuh tak layak untuk Ris...diorang cuma nak duit Ris...bukannya cinta Ris.....Ris tak peduli walauapapun yang Ina cakap ..Ris tetap dengan keputusan Ris...”Farish tersenyum sinis. “Awak ni dah gila ke apa ha!!awak ingat senang-senang je awak nak dapat saya....awak ingat saya ni seperti semua perempuan yang pernah mendampingi awak ke!!awak tak boleh nak ikut kepala awak je!!”marah Ina sambil membeliakkan biji mata.

Farish berasa gerun melihat wajaht begis gadis yang bertudung di sebelahnya ketika itu..Nampak lembut tetapi garang...“Sampai Ipoh nanti Ina nak balik....Nanti-nanti saja kita pergi beli pakaian untuk re-union tuh..”ujarku..

Keadaan menjadi sunyi sepi sehingga...tit tit,tit tit... Deringan SMS dari hanset aku yang telah kuprogramkan dengan lagu My hump beserta getarannya...lantas aku merentap tanganku semula...**Haluuu..Fergine...tengah buat ape?**
**Sapee nih...tetibe jerk panggil aku Fergine..??**
**Aku laki Aja.....ko tak kenal aku ker?**
**Ko..Mint ker??**
**Yerk aa...weih nanti aku msg ko balik ..aku nak pergi teman Aja...karang dia merajuk pula...**
**Pergi laa...nanti ko kim salam aku kat dia yerk..**
“Assallamualaikumm”
“Waalaikumussalam”jawab seisi rumahku ...
Kelihatan sebahagian dari isi rumahku itu tidak aku kenali...tetapi aku tetap pergi menyalami
mereka tanda hormat.Lantas aku ke dapur untuk menanyakan kepada mama siapakah tetamu yang
datang itu..

“Tuh...semua family kawan abah...dah..pergi naik tukar baju...pakai cantik-cantik...lepas tuh turun
...”ujar mama dengan nada yang lembut sekali....“Okies madam”Selepas 15 minit ...aku pun berlalu ke dapur...sebaik saja aku menjejakkan kaki ke dapur...aku ditegur seorang wanita yang kelihatan amat peramah...kemudian aku menyalaminya.. “Dah besar pun anak dara ni...dulu kecik-kecik panjat pokok jerk keje nye..dah besar ni ape pulak dipanjatnya...”seloroh itu aku ketawa..

Lalu aku bertanya kepada mama siapakah wanita itu...mama berkata wanita itu adalah Puan Sri Edriana dan suaminya Tan Sri Edrian..wah tak kusangka rakan abah ku seorang yang ternama...“Hurm...mama ..nak suro Ina tolong ape-ape ke?kalau tak ade ape-ape Ina pergi duduk dekat halaman rumah jerk...”ujarku dengan sopan..“Ina..pergi laah tak ada apa yang perlu Ina buat..dekat depan tuh anak makcik pon ada juga..sembang-sembanglah dengan dia..”ujar Puan Sri Edriana kepadaku..
“Hurm..baiklah makcik...mama Ina pergi depan yerk...”
Sebaik saja aku pergi ke halaman rumah ..aku ternampak seorang lelaki di situ...niat ku hendak
masuk kembali ke dalam rumah terbatal apabila mama menyuruhku menghantar dulang berisi ai
teh dan kuih kepada pemuda itu...

“Assallamualaikum..hurmm awak ni anak makcik Edriana kan...saya Nur Amalina Nawwiyah?”kataku..
“Waalaikumussalam..haah.....saya Adrean Hakimi....selamat berkenalan...”jawabnya....kelihatan
dia mahu membuka paip di halaman rumah...tiba-tiba aku teringat bahawa paip itu masih belum
dibaiki oleh abah...belum sempat aku berkata apa-apa...

“Reann!!!!”jeritku kerana kebasahan...
“Alamak.....”
“Sorry laa Rean..Ina lupa beritahu paip tuh tak boleh guna...jom kita masuk...habis baju Rean
basah”Adrean hanya membuntutiku...

“Mama!!ohh ...mama!!”jeritku..
“Yerk...kenapa ko ni Ina...terjerit...ya allahh...apa dah jadi dengan korang duaorang ni....”kelihatan
mama dan Puan Sri Edriana terkejut..
“Hehehhe maafkan saya ...tadi saya terbuka paip dekat halaman rumah tuh...”ujar Adrean sambil tersengih..

“Bukan salah dia ma...salah Ina...Ina terlupa beritahu..sudahnya kami berdua kebasahan...”
Mama dan Puan Sri Edriana hanya bersenyum melihat gelagat kami berdua...
“Ish...dah pergi bawa dia naik atas tukar pakaian...” Dia nak pakai baju sape ma!!?”tanyaku separuh terkejut...


“La....pakai jer baju abah...”kata mama...Okies mama...Rean jom ikut Ina...”ujarku ..seraya itu aku mencapai tangannya lalu menariknya untuk naik ketingkat atas...

“Hurmm boleh saya tanya sesuatu?” “Boleh apa salahnya...apadia..?”“Kenapa panggil saya Rean...?”
“Er...tak boleh ke...lagipun kalau panggil Rean kan nampak lebih macho sikit”seloroh itu aku ketawa kecil....
“Haahahha..kelakar laa Ina ni...”“Eh...Rean...pergi la mandi dulu dekat bilik tamu...nanti Ina bagi baju dekat Rean...”kemudian aku pun pergi menukar baju...lalu aku pergi mencari baju dan seluar untuk diberikan
kepada Adrean..ku kira dia sedang mandi lalu aku terus masuk...sedang aku meletakkan pakaiannya di atas katil...dia pun keluar dengan hanya menyangkutkan tuala di pinggang..iamenampakkan badannya yang berotot itu...lantas aku menoleh..“Opss..Rean...Ina tak sengaja ingat Rean tengah mandi tadi..sorry..”lantas aku keluar dari bilik itu...

********************************************************************************
Bab 7
 
“Farah...aku rasa aku gerenti kene buang keje....dah lama gila aku mc...habis laa” “Aduh...tuh la ko....”
Setelah keluar dari Bilik Miss Linda....“Habis laa kita berdua....apa nak jawab ni...jadi penggangur laa kita!!”ujarku sayu...“Kita??excuse mee...aku terkecuali...aku dah bersedia dari awal lagi...aku nak keje dengan papa abang Ris...”ujar Farah sambil menjelirkan lidahnya..

“Ah..lantaklahh...lagipun sekarang ni aku dah ade member yang bersiap sedia dengan semua permintaanku..”
“Siapa?”tanya Farah separuh terkejut..“Adrean Hakim Tan Sri Edrian..hihihih...”“Huh!!sejak aku kawan dengan ko tak pernah pulak aku dengar nama kawan ko tuh....”ujar Farah kehairanan.

“Aku jumpa dia lepas kita balik dari rumah tok aku...aku kenal dia dari disitu la...”
“Habis...abang Ris macam mana....weih Ina..ko jangan memain kalau abang Ris tahu mati laa laki
tuh...Nih pun sebab dia tengah bz uruskan 1 projek dekat Sabah tuh yang dia tak ada kacau ko
sangat”ujar Farah..

“Farish?lantak dia la....aku mana ade maain-main...ohh patut da lama tak jumpa dia...”ujarku tenang...
“Ikut suka hati ko la...jadik apa-apa nanti aku tak mau masuk campur...”ujar Farah berbaur ugutan..

********************************************************************************
“Hai Ina”aku terkejut apabila Farish menegurku dari belakang...“Hai...”aku menjawab pendek...sambil tersenyum merenung Farish...“Hurm....lagi 3 hari re-union tuh kan??kata nak pergi beli baju...”ujar Farish.
Alamak!!!lupa la pulak....“Haah...hurmm jom laa hari ni pun boleh..tapi...”ujarku lambat-lambat
“Kenapa pulak”tanya Farish dengan serius.Beli pakai duit Farish...poket Ina dah kosong sejak tanam anggur nih”ujarku sambil tersenyum sumbing...

“Huh!!patut laa Farah kerja dekat company papa...Ina tak nak kerja sama dengan Farah ke???”
“Tak mau laa...Ina tak payah kerja nanti lepas bertunang dengan anak kawan abah ..Ina tetap
kena stop work jugak..”ujarku ...
“Huh!!!Ina hanya milik Ris sorang jer....tak ada orang lain boleh memilik Ina kalau Ris tak dapat
Ina...Ris akan bunuh lelaki tuh!!”jerit Farish..Aku seperti ingin pengsan melihat muka Farish yang amat menggerunkan ketika itu..“Er...err...Ina gurau jerk...tapi memang Ina ada kawan dengan anak kawan abah...nanti Ina kenalkan dekat Ris..err Farish..yerk”ujarku ...

Alamak...kantoi...apsal boleh terpanggil Ris pulak..Kelihatan Farish tersengih-sengih seperti kerang
busuk...“Hehehhe......Ris suka kalau Ina panggil ”Ris” ...Jom kita pergi ambil mama Ris”
“Sekejap ye Ina tukar baju...”

********************************************************************************
“Perhh!!Ina cantiknya koo......Ina...tak pernah-pernah aku tengok ko pakai se-sexy macam ni...sapa yang pilih ni?”tanya Farah seperti terpegun dengan pakaian ku... “Nih!!”lantas aku menunding jari ke arah Farish...

“Ok ape....kan cun...Farah jeles ke awek abang cantik lagi dari Farah”ujar Farish tersenyum sinis.
“Tak pe...tak pe...sejak ade Ina...Farah dah tak diperlukan lagi...tak pe..”ujar Farah merajuk...
“Ala...Farah...mana ada...jangan dengar cakap atlit gedix nihh”seloroh itu kami bertiga ketawa...

“Farah mana Nazmi??ko janji dengan dia datang pukul berapa”soalku...
“Kata datang sebelum pukul 6...aku takut dia tak datang jer..jap la aku call dia”ujar Farah dengan
gelisah lalu mancapai handsetnya....tutt..tutt..tutt **Hello...Nazmi...apsal awak tak datang lagi?**

**Hello...Farah...sorry..saya sakit perut lah...sebab salah makan semalam...jadi saya tak dapat
temankan awak...”
**Ape!!!habis saya nak pergi dengan sape...aduzzz....**
**Ajak laa sesiapa...**

Lantas aku melihat Farah menghempas ganggang telefon....seraya itu aku pergi mendapatkan Farah yang seperti hendak menangis..“Farah..relex...hurm nantikan aku call Rean...aku rasa dia free....sekejap yek...”ujarku untuk menenangkan Farah..lantas aku menelrfon Adrean...tutt..tutt...tutt..
**Assallamualaikum...Boleh saya bercakap dengan Adrean** **Waalaikumussalam saya disini siapa tuh**
**Ina lahh...Rean...boleh tolong Ina tak...** **Lah Ina ke...boleh sayang..heheh**
**Yerk...sayang ingat tak hari tuh Ina ade cite yang hari ni Ina ade re-union ...kawan Ina ...pasangan dia tak boleh hadir jadi...boleh tolong temankan kawan Ina tak?**Ku lihat Farish dan Farah menjegilkan mata tatkala aku memanggil Adrean sayang...aku hanya menjelirkan lidah ke arah mereka *Oh ok...tapi dia pakai coztum apa??**

**Dia pakai baju kebaya hurm...Rean ada baju melayu warna biru tak?****Alamak tak ada laa....**
**Kejap Ina tanya sumone...**“Ris...ada baju mealyu warna biru tak?”Kelihatan Farish buat seperti tidak endah dengan apa yang aku katakan sebentar tadi...lantas aku memanggilnya dengan manja..
“Hurm..sayang....sayang ada baju melayu warna biru tak...”tanyaku..kelihatan Farish tersenyum
seperti kerang busuk dan aku menjelirkan lidah kearahnya..

Tak ada laa sorry sayang”ujar Farish lantas memeluk pinggang ku...aku cuba untuk meloloskan diri dari pelukannya tetapi pelukannya makin kejap...akhirnya aku hanya membiarkannya saja...**Sorry lambat...hurm Ina rasa Abah ada ...Rean pergi laa minta dekat mama ...diorang ada dekat
rumah sekarang ni...ok yer bye...**

Setelah.... setengah jam Adrean masih tidak muncul-muncul lagi...Farah kelihatan makin gelisah....Aku dan Farish cuba menenangkan nya...Aku terdengar bunyi enjin kereta di matikan ...lalu aku terus keluar..

“Reannn...syukur Rean datang....lambat nya sampai..apsal?awek tak kasi datang ke”Adrean kelihatan seperti terkena kejutan eletrik kerana setelah keluar dari perut kerata dia kelihatan kaki...lantas aku pergi mendapatkannya lalu mencubit lengannya...“Helooo...Rean ni kenape?tenung Ina macam tuh...kenapa Ina ni hantu ke?”ujarku dengan nada merajuk..

“Wow...ur so beutiful....ishh tergugat iman Rean...” “Jom laa masuk...Ina kenalkan Rean dengan Farah wahida dan Farish Farhan”“Hurm...Rean ni lah Farah dan Farish ...Farah dan Farish ni laa Adrean Hakimi anak kawan abah Ina”lalu mereka bersalam-salaman..

“Sembang-sembang lah dulu Farah nak discuss sekejap dengan Ina”lantas Farah menarikku..
“Apebendenya ko ni ..adezz...”rungutku..“Ko ni...aku dah buat plan...esok kan hari jadi abang ris..”ujar Farah perlahan..“Eh..Eh...esok hari jadi Adrean jugak laa...hurm apa plan ko?”soal ku..

“Nanti lepas habis majlis kita terus pergi ke Teluk Batik...aku drive..tentang bilik..family semua aku
dah urusskan...so sekarang ni kita cuma perlu bawak baju je..”ujar Farah..

“Habis...diorang macam mana??”tanyaku “Sebelum kita pergi..kita singgahla dekat jusco...ok?”seraya itu Farah mengeyitkan mata ke arahku...

********************************************************************************
“Wahh...best nya tadi....diorang semua dah kawin kan?tinggal member-member kita jer yang
belom kawin lagi...heheh kita pon sama kihkihki....”kataku kepada Farah sambil berjalan menuju ke
arah kereta....

Ketika aku terpandang Farah...dia mengeyitkan mata ke arahku...lalu aku pergi ke arah Adrean
yang ketika itu sedang bersembang dengan Farish..“Rean..bak cini kunci..balik ni biar Farah aja yang drive...Rean dengan Ris ikut je kita orang jangan membantah ok” “Kalau Rean tak nak kasi...?”
“Rean tak nak kasi...uncle Edrian...jangan lupa Rean...uncle kan sayang dekat Ina”ujarku sambil
menjelirkan lidah..

“Yerk laa...nah...jom Ris”ajak Adrean..Farah ...!!nah”lantas aku mencampakkan kunci ke arah Farah...seraya itu Farah menangkapnya...tanpa sempat aku berkata apa-apa...Rean terus mengambil tempat di seat hadapan...“Rean!!apa ni...”seraya itu aku memuncungkan mulut .....
“Jom laa duduk dekat belakang dengan Ris..”Farish terus memeluk pinggangku..lalu menarikku
masuk kedalam perut kereta....

Setelah sampai di Jusco kami pun pergi membeli barang keperluan...Farish dan Adrean hanya mengikut apa yang kami suruh..“Ris!!pergi laa pilih lagi baju....buat apa pilih untuk Ina...”“Tak nak..Ina tak nampak ke dan banyak dah baju yang Ris ambil ni” Habis ke semua bajuku dipilih oleh Farish...sepanjang aku berada bersamanya di Jusco ...selama itu jugalah aku tidak berpeluang untuk berkata tidak...Setelah selepas semuanya kami pun bertolak...di dalam kereta aku merungut....lalu aku tertidur....Tiba-tiba ....badanku terdorong ke depan...lantas aku terkejut dari tidur...

“Farah!!!apsal ko ni!!kan dah sampai apasal ko brek mengejut ni....aduhh...”ujarku sambil
menggosok kepalaku yang terhantuk...“Kenapa Farah...”tanya Farish...

“Farah...awak ni ok ke?”tanya Adrean...“na!!!aku lupa....sesuatu!!”ujar Farah separuh menjerit...“Apebende nya!!”jeritku...“Bilik yang aku tempah tuh!!Cuma ada 1 jerrrr..macam mana ni!!”ujar Farah..

“Makk!!...ape ko ni Farah...dah laa malam...boleh lagi ko buat macam ni....” “Sorry laa aku terlupaa sangat-sangat...apa kita nak buat ni...”“Dah laa...tak pee....itu aku boleh uruskann”
“Ape yang ko nak buat...”ujar Farah gelisah...“Malam ni kita semua tidur dalam khemah kat tepi pantai!!!”ujarku keseronokan.“Kenapa kita kene datang sini malam ni jugak sayang..”tanya Farish..
Kemudian aku menjegilkan mata ke arah Farish...Farish buat tak tahu saja... Rahsia!!”jawab aku dan Farah serentak..seloroh itu aku dan Farah ketawa...

********************************************************************************
“Hapyy birthday to uu....happy birthday to u..happy birthday to both of uu...”“Eh..Bith kita sama laa...thanks Farah..thanks sayang”ujar Farish kepada Ina..

“Thanx a lot yaa Ina...Farah”kelihatan Adrean mengenyikan mata ke arah Farah...Farah tertunduk
malu..seloroh aku dan Farish tergelak..

“Ina....Ris nak present....”“Farah...Rean pun sama...”“Ai...hurm cakap laa apa dia...”aku dan Farah menjawab serentak..kemudian aku dan Farah ketawa..

“Ina...Terima lah Ris sebagai pakwe Ina..”pinta Ris...“Hurmmm....Wekk”aku menjelirkan lidah ke arah Farish lalu kami berkejar-kejaran di tepi pantai...“Farah...sudikah Farah menjadi teman hidup Rean...”ujar Adrean.Farah yang merasa malu...tertunduk akhirnya menggangguk...

“Yahoooo!!!”

Aku kemudiannya tersentak....lalu berhenti berlari untuk melihat apa yang terjadi kearah Farah dan
Adrean...tiba-tiba tanpa sempat aku bertindak ....Farish terus memelukku...lalu dia membisikkan
sesuatu ke telingaku...

“I Love U So Much Dear...”aku hanya tersenyum ke arah Farish...

********************************************************************************
Semenjak hari itu...kehidupan aku bertambah bahagia walaupun kesakitan datang bertandang tanpa diundang...Pada suatu hari aku telah pergi ke rumah Farah...kerana bosan...aku pun mengajak Farah untuk pergi ke taman...

“Jom kita duduk dekat situ”ujarku sambil menunjukkan tempat nya..
“Ina...kenapa ko ni...apsal tangan ko menggigil ehh.. muka ko pucat laa....ko sihat ke tak ni?”tanya
Farah yang terkejut melihat aku yang masih menekan perut..lalu aku menoleh ke arah Farish untuk
memastikan bahawa dia masih tidur..

“Farah...ko kene janji dengan aku...kalau aku beritahu ko...ko kene rahsiakan dari semua orang...termasuklah family aku exspeacilly tok aku..aku tak nak orang lain susah hati sebab aku....”

“Kenapa Ina??beritahulah aku....ko jangan buat aku takut...”“Aku sebenarnya ada penyakit barah perut...tapi masih belum sampai ke tahap yang boleh membahayakan lagi kerana ia dikesan pada peringkat awal...tentu kau perasan kan kadang-kalaaku tidak ke pejabat...”ujarku lembut...aku lihat ari mata Farah berlinangan “Ina...kenapa ko tak beritahu aku dari awal lagi...”ujar Farah dalam tangis...
Aku tak nak kawan aku susah hati sebab diri aku...”ujarku sambil mengesat ari mata Farah
 Tapi family ko tak tahu ....ko kene beritahu....yang ko ade penyakit barah perut..ko kene beritahu
abang Ris....”“Tidak Farah...biarlah aku sahaja yang menanggung sakitku ini...cukuplah jika ko saja yang
mengetahui...Hurmm aku perlukan pertolongan ko...nanti ko temankan aku pergi ke US.....ko
akap laa kat mama yang ko nak pergi melawat saudara ko kat sana....please hanya ko saja yang
boleh aku harapkan.....”ujarku sambil mengesat airmata ku...“Tapi...penyakit barah ko ni masih ditahap awal kan?ko nak pergi US buat apa??buat dekat

Malaysia tak boleh ke?”ujar Farah sambil teresak-esak..
 
*********************************bersambung***************************************