Tuesday, September 1, 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri...2015

Baru sempat nk upload

Selamat Hari Raya pada kaum muslimim dan muslimat semua. Sempena Raya ni saya dengan rendah diri ingin memohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa tersalah laku dan terlepas pandang hingga menggoreskan hati semua....maaf sekali lagi.

Raya simple2 jer...
 Selfie welfie

 Abg Faiz

 Depan umah kakak...best uamh besar. Alhamdulillah rezeki dan berkat usaha depa.

 Pagi Raya...berseri lagi hehe

 Baby Syurga kami, penghibur dan pelawak kami .

 Keluargaku

 Sepupu sepapat

 Makan2 santai umah kakak. masak on sport u all hehe

 Baby Ellisya & Mksu

kat umah kakak di balik Pulau 

 Puteri2 Kesayanganku

Anak2 dan Anak buah

Pantang utk Wanita- 44 hari / 100 hari 6 bulan / setahun

Pantang 44 hari...

    >>> Pantang keluar rumah

Pantang 100 hari.

    >> Pantang suami
    >> Pantang mandi air sejuk
    >> Pantang ber aircond
    >> Pantang angkat benda berat2 hatta dukung anak yg selain newborn
    >> Pantang kena hujan

Pantang 6 bulan

    >> Pantang makan selagi baby yg fully bf tak start solid food. Kalau tak fully bf pun elok pantang makan 6 bulan supaya badan benar-benar sihat.
    >> Pantang excercise yg hardcore...

Pantang setahun

    >> Minuman berais
    >> Pantang laksa dan pulut

Rawatan yg boleh diteruskan even dah habis tempoh 44 hari

    >> Bengkung. Pakai diwaktu malam dgn campuran ubat barut supaya dapat mengempiskan perut dan menganjalkan kembali kulit perut. Pakai sampai perut kempis.
    >> Tangas. Buat seminggu 2-3 kali dan berhenti masa period.
    >> Mandi Serum. Amalkan masa haid.
    >> Urut. Sebulan sekali utk kesegaran.
    >> Mandi bunga. Setiap kali lepas habis haid.
    >> Makan ubatan herba. Setiap hari sepanjang 100 hari pertama. Lepas tu utk maintenance, 2-3 kali seminggu....

Potato Fritters



3 biji kentang (sagat halus)4 sdm tpung jagung
3 sdm tpung gandum
1 biji telur
Daun bawang
Serbuk Lada sulah
Garam
Ajinamoto (abaikan jika tdak perlu)
Minyak masak (utk mgoreng)
~ satukan kentang yg telah dsagat dgn tepung jagung, tpung gandum, daun bawang, telur, serbuk lada sulah, garam, ajinamoto...gaul sebati
~panaskan minyak masak....sudukan dan goreng agak2 leper....balik2 kan...tunggu sampai masak... angkat....siap
Sedap dimakan bersama sos

Mawar_Ungu

Aku Yg Dihimpit Rasa


Dari gurau gurauan menjadi reality kehidupan. Dari rapat menjadi renggang. Dari rindu menjadi benci. Inilah kehidupan.
Kerana ingin membantu seorg yg bernama teman akhirnya memakan diri sendiri..akhirnya dipersalahkan...

Teman,
Kerana kepercayaan dan atas dasar sahabat aku bertindak demikian. Supaya kau mendapat kehidupan lebih baik dn sempurna seperti yg diimpikan.
Kerana kekecewaan kau dulu membuatkan aku merasa kau memerlukan seseorg yg lebih ikhlas dan benar2 menyayangimu. Kerana kau sering meluahkan
keraguan kau padanya membuatkan aku bertindak untuk membantu.Tapi kerana terlalu berterus terang akhirnya mamakan diri aku sendiri. Kau telah memutuskan
tali siraturrahim kami yg telah terjalin lama.

Kawan,
Maafkan aku kerana tersilap langkah hingga membuatkan kau amat terasa hati dan pedih. Niat ku utk membantu kaum ku tapi ….
Maafkan aku kawan. Tiada lagi curahan luahanmu, tiada lagi celoteh egomu, tiada lagi yg mendengar ceritaku…
Mungkin kini kau semakin matang dan serius dalam mengejar cinta dan cita cita. Tapi aku tidak pernah lupa MATLAMATMU masa pertama kali kau
kukenalkan padanya. Itu yg membuatkan aku takut dihimpit rasa bersalah jika permainan ini terus terusan menjadi permainan duniawai yg membuatkan
akan ada insan yg pedih sakit dan terlupa suatu hari nanti. Maafkan aku kerana menghilangkan kepercayaanmu.

Teman/Kawan
Semuanya tak seperti dulu dan takkan pulih seperti dulu kerana hati aku juga terluka. Rasanya masih byk yang perlu aku huraikan tapi cukuplah disini . Aku doakan semoga kita semua sentiasa dalam lindungan Allah dan moga bhgia selamanya dgn jalan kita kita pilih…aamiin.

Mawar_Ungu Milikku

Agar-Agar Kering

Bahan Bahannya :
* 50grm agar-agar Tali
* 400 g gula pasir
* 1 cwn gula batu
* 8 gelas air
* Perasa/pewarna mengikut selera masing2.
Cara-caranya :
Rebus agar-agar kering dengan air sehingga mendidih.Masukkan gula batu sebab gula batu lambat cair. Biar gula batu hancur
Masukkan gula pasir.Biar mendidih lagi.
Masukkan adunan kedalam loyang. Masukkan pewarna dan perasa mengikut selera masing-masing.
Setelah sejuk bolehlah dipotong. Jangan potong terlalu kecil sebab agar-agar mengecut selepas kering.Jemur agar-agar. Disini perlukan kesabaran ye. Sesekali balik2kan agar2 supaya kering sekata. Jemur sehingga agar-agar betul2 kering dan tidak melekat. Kalau cuaca panas elok 3-4 hari pun dah okey.
Mawar_Ungu