Tuesday, September 1, 2015

Kek Gula Hangus


Bahan-Bahan :
1 cawan gula
1 cawan air panas
2 sudu besar mentega
4 biji telur
1 cawan susu pekat
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara Menyediakan:
1. Masukkan gula dalam kuali tanpa minyak dan goreng dengan api sederhana besar.
2. Bila gula sudah agak cair, masukkan air panas.
3. Selepas itu, masukkan mentega dan kacau sampai mentega cair dan ketepikan.
4. Kemudian, dalam bekas yang berasingan, pukul telur satu persatu sehingga kembang.
5. Masukkan susu pekat dalam telur dan pukul lagi.
6. Masukkan tepung gandum serta soda bikarbonat yang telah diayak.
7. Masukkan pula esen vanilla dan kacau lagi.
8. Akhir sekali, masukkan gula hangus tadi. Gaul hingga sebati.
9. Masukkan adunan dalam loyang dan perapkan adunan ini selama 
3 hingga 4 jam bagi mendapatkan sarang yang cantik.
10. Bakar adunan dalam ketuhar selama 60 minit pada suhu 160 °c. (api bawah)
Mawar_Ungu

Air Asam Berkerisik - Resepi org kampung


Bahan-Bahannya:
** 3 biji cili merah
** 15 cili api
** 1 sudu makan belacan bakar
** 2 sudu teh garam
** 2 sudu teh gula
2 biji tomato - dibelah dua dan dihiris nipis
1 biji bawang besar - dibelah dua dan dihiris nipis
1 sudu makan kerisik
1 biji cili merah - dihiris bulat nipis
2 atau 3 biji limau kasturi - diambil jusnya. Kulitnya dihiris-hiris
2 sudu makan asam jawa + 1 cawan air masak - gaul dan asingkan bijinya.
Cara Membuatnya:
Di dalam lesung, tumbuk bahan ** hingga lumat.
Masukkan cili merah hiris. Lenyek-lenyekkan aje.
Masukkan bawang besar. Tumbuk manja-manja aje.
Masukkan tomato. Lenyek-lenyekkan aje.
Masukkan kerisik ke dalam air asam.Kacau rata.
Masukkan bahan tumbuk, gaul rata.
Masukkan jus limau kasturi dan kulitnya yang sudah dihiris. Gaul rata.
Hidangkan bersama ikan bakar... Memang sedap...
Mawar_Ungu

Selamat hari Bapa




Assalam…lama x update sebab  x de masa. Bz bz bz

Nk cerita apa ye arini sebab dalam pala otak asyik nk update pasal anak2 jer…korang jemu x ? hehe jemu pun layan je la….FREE.
Oklah..hari ni dan update utk HARI BAPA. Dah lama dah tapi hari ni baru berkesempatan nk update..huhu

Utk Hero2 Kami… MD ISMAIL B HANIFF(abah), LALDIN BIN ZAINAL ABIDIN(suami) & MOHD ROHELMI B MD ISMAIL(adik)
Selamat hari bapa dan semoga menjadi Bapa terbaik utk keluarga ye…


Mawar_Ungu

Kuah sate/ Kuah Kacang


½ kilo kacang mentah - digoreng dan tumbuk kasar
2 ketul gula melaka
Air asam jawa - 2 sudu asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

Bahan dihiris kemudian dikisar :

5 tangkai cili kering - dikisar saja
7 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inci halia

Cara membuat kuah Sate Samuri

-Hiris semua bahan dihiris, kemudian goreng dan kisar halus. Cili kering xperlu digoreng, terus kisar saje.
-Setelah dikisar, masukkan air asam jawa, dan kacang tanah.Kacau rata di dalam periuk.
-Masak sehingga mendidih.
-Masukkan gula melaka, garam dan gula secukup rasa.
-Kepekatan boleh diubah ikut citarasa. Tambah sedikit air jika terlalu pekat.
-Kuah kacang biasanya sedikit manis untuk dimakan bersama nasi himpit dan sate ayam.
-Apabila mendidih, tutup periuk dan kecilkan api. Tunggu sehingga naik minyak sambil dikacau sekali sekala.

Mawar_Ungu

Mee Kari Kerang



Bahan bahan:
1/2 ekor ayam - di potong kecil
6 sb rempah kari daging (bancuh dg sedikit air)
1 keping asam keping
2 cawan santan pekat (guna 2 santan kotak 200ml)
5 cawan stok udang
1 kg isi kerang atau lebih
1/2 cawan minyak masak
2 keping fishcake- hiris nipis
10 ketul fish ball- belah 2
1 biji kentang - rebus & tumbuk
Garam dan sedikit gula
Air secukupnya
Bahan Kisar
6 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 sb cili kisar (boleh juga guna serbuk cili)
1 btg serai
2 sb udang kering- rendam & tos
1 cawan udang hidup (buang kulit & blend dg stok udang)
Bahan Tumis
1 btg kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
2 batang serai - ketuk
Bahan Utk Mee dan Hiasan
1 kg mee kuning- celur, tos & lumur minyak menggoreng bawang
3 keping tauhu kering - digoreng & hiris nipis
2 fish cake - goreng & hiris nipis
4 biji telur - direbus & belah dua
4 biji limau kasturi - belah 2
Daun bawang dan daun sup- dihiris
Cili merah dan cili hijau - hiris
Sawi - dicelur dan tos
Taugeh - goreng tanpa minyak
Bawang goreng
Cara-cara
Buat stok udang dengan membuang kulit dan kepala udang dan asingkan isi. Rebus kulit dan kepala udang seketika. Kisar dengan sedikit air dan tapis airnya. Kemudian kisar isi udang dengan air rebusan kulit udang tadi.
Panaskan minyak dan tumis bahan bahan tumis. Masukkan pula bahan bahan kisar dan tumis sehingga naik bau. Masukkan pula rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air, kacau sehingga naik bau.
Masukkan 1 cawan air dan biarkan mendidih. Masukkan ayam yg di potong kecil dan biarkan sehingga empuk.
Masukkan fish cake, fish ball, stok udang dan asam keping. Biarkan sehingga mendidih, bila kuah dah mendidih masukkan santan kotak, garam dan gula.
Masukkan ubi kentang yang telah ditumbuk bertujuan untuk memekatkan kuahnya.
Akhir sekali masukkan kerang dan sesuaikan rasa dan kepekatan. Bolehlah tutup api, angkat dan hidangkan. Jangan masak kerang terlalu lama untuk mengelakkan ianya menjadi liat.
Cara Menyediakan Mee Kari Kerang:
Masukkan sedikit mee ke dalam ke dalam mangkuk. Letakkan sawi, taugeh, telur rebus dan tauhu goreng.
Tuangkan kuah di atas mee tadi.
Tambahkan dengan perahan jus limau kasturi. Akhir sekali taburkan daun sup, daun bawang, cili dan bawang goreng.
Sedia untuk dimakan
Mawar_Ungu