Friday, March 21, 2014

PENGALAMAN MENGANDUNG SELEPAS 15 TAHUN - ANAK KE 3

Pada  6 DEC 2013 Tarikh yg bermakna kerana cukup usia aku ke 38. Tapi yg lebih meriah lagi Hari ini juga aku dapat tahu yang aku HAMIL .. Biar betoi !

Begini storynya :-
Aku dah sakit 3-4 hari, rasa nk deman, batuk,selsema dah mcm nk penat. Jalan sikit dah mengah. Batuk plak teruk smpai tahap nk terkencing la. Jadi aku mintak ubat kat nurse room tempat kerja aku. Balik rumah tu sebelum makan ubat tiba2 terdetik hati aku utk buat preg test sbb dah nk masuk 3 bulan x datang haid. Tapi aku mmg biasa mcm ni. 2-3 bulan baru mai sekali. Tapi hati aku tetap nk check juga padahal sblum ni aku x lorat pun. Aku pun beli la preg test. Mcm biasa aku check lepas tu aku tinggal ja kat tepi. Lepas mandi aku nk ambik buang la sbb dah tau mesti x ada punya. Tapi saja nk check utk kepuasan sbb nk makan ubat kan. Last period aku 25/9/2013.


Bila aku ambik preg test tu tgk2 ada 2 line. UIks..biar betoi ni naik 2 line ada ka tak ada. Konfius sbb dah lama x check. Aku pun kol la member2 utk confirmation. Yg syoknya depa plak teruja lebih hehe. Depa kata confirm la preg. Ishh aku x puaih hati. Aku p klinik aman 24 jam kat gelugoq. Aku bawa la preg test tu sekali. Doc kata mmg preg. Aku sempat lagi x percaya kat Doc tu, aku Tanya betoi ka mana tau kot2 penyakit ka. Doc kata mmg preg. Mmg jenih x puaih hati..esok tu aku pi PEACE Klinik kat Farlim plak utk scan. Masa tu Doc cakap mmg confirm preg tapi baru ada kantung. Embrio belum nmpak. Awal lagi. MasyaAllah..syukur dlm teruja dan terharu. Aku ingt dah tutup kedai sbb dah 15 tahun dah. Anak yang kecik pun dah umur 15 tahun ni. (Ingt Che Ta ja lepas 15 tahun).
Suami aku dan anak2 apa lagi sambut berita ni dgn kesyukuran dan gembira la. Anak Sulung(syasya) dah umur 16 tahun. Anak yg no 2(Syanie) dah 15 tahun teruja lebih sbb nk dapat adk. Aku plak..dlm keterujaan mula dah pikiaq takut mcm2. Fobia bersalin 2 anak pun ada lagi..mcm mana ni.

Lepas  seminggu tu aku turun darah sikit. Aku pegi check kat klinik. Doc scan dan kata baby ok Nampak denyutan jantung dah tapi kecik. Mengikut ukuran dalam 8W. doc ukur dan bagi due date pada 25/7/2014… Khamis tu plak aku dah pegi buat buku merah hehe

TERINGIN
Yang bestnya mcm mana aku tak perasan yg aku mengandung ! Padahal dlm 2 bulan tu mmg aku teringin mcm2. Salah satu aku teringin nk makan Kumbui Nyok. Cari punya lama..last tu ada sorang kawan ni bawa mai dari kampong khas utk aku. Sebiji nyok yg dah dibuang sabut tapi belum dibelah. Dia soh aku wat balik belah sendiri. Kumbui dari perak tau. Dia bawa mai penang semata mata nk bagi kat aku. Baiknya hati dia..dah dapat tu aku diam dah la x mintak dah. Lega. Lepas tu plak aku nk pelam + kuah rojak. Nk juga2. Siap kol hubby kawan aku yg niaga rojak Tanya awat x buat kuah lagi..ishh dgn muka x malu ni. Aku pi smpai Ayer Hitam rumah kawan mintak pelam padahal  aku bukan suka sgt pelam cicah2 sebelum ni. Kalau rojak aku lebih teruja timun + senkuang ja. Ni siap nk pelam ngan nenas. Tapi aku x perasan lagi…x dak deria betoi aku ni..mana nk ada perasan sbb dulu preg pun mmg x cari pelam2. X suka masam.

ALAH
Mmg ada alah. X sama mcm ngandung dulu. Dulu x alah pun. Lani alah smpai tiap pagi mesti muntah pahit. Malam plak makan apa mesti mutah keluaq balik semua. Nasib baik anak2 dah besaq boleh la depa bantu sapu minyak. Makanan kegemaran MCD pun dah x lalu masa tu. Nak KFC. Padahal dulu mmg x suka pun KFC. Dah la muntah + sakit kepala plak + malas plak + cepat penat mcm semput. Mungkin factor usia kot huhu.mmg x kemas rumah, masak pun tak. Nak masak ayaq pun malas.

MASALAH
Ni mmg salah satu sebab aku kena pi check up 2 minggu sekali sejak awal kehamilan -  KENCING MANIS !. sbb abah aku ada kencing manis so aku kena minum ayaq gula seawal 2 bulan lagi. Sebelum minum bacaan 6.0. Lepas minum 10.0. Habis la..terus kena buat BSP dan kena follow up check up 2 minggu sekali. Sehari sebelum check up kena check BSP 3 kali sehari. Mlm tu kena puasa utk ambik BSP 8.00am. Lepas tu stop makan kul 12 utk BSP kul 2.00pm. dan stop makan kul 6 utk BSP 8pm. Tensionyaaaaaaaa……Lepas ambik beberapa kali masih x turun yang pagi tu..still 6.9, 6.5 ermm apa lagi masa 5 bulan kena refer GH la. Admit 3 hari kena ambik insulin. Adoila…kena cucuk ! lani 5 bulan dah berat pulak turun 0.5kg.

BABY GERAK
Rasa baby gerak dari 3 bulan lagi tapi masa tu rasa angin2 dan geli2 je la. Tapi bila 16 minggu dah dapat rasa kuat tapi bila pegang x rasa kat luar ni. 18 minggu baru rasa perut bergerak kena kick. Best sgt rasa mcm tu. Tapi bila dah biasa rasa..tiba2 lepas 2 minggu x rasa..jadi slow. Mula risau. Rupanya baby mula nk settings time tidur dia..ermmm bukan nk bgtau awal..mana nk tau.
Skrg ni dah masuk 22 minggu..mmg baby kick kuat dan kerap. Belah kanan+ kiri + atas + bawah. Ikut suka la sygg…janji syg sihat kat dalam tu.

Sambung lain kali plak ye……


2 comments:

Z@i Z@mR33 said...

hahahaha...pnya la x pcaya leh tnya docte cmtu....adehhhh

fiedah said...

caya jgn x caya ....hehehe