Wednesday, June 5, 2013

RESEPI MASALA VADE


BAHAN-BAHAN:
  • 250 gm. kacang dal (pilih Dal Austarlia kerana ia lebih lemak dan kurang bau. Nak kenalnya, ia lebih bersaiz besar dari kacang Dal dari India atau di gelar paruppu). Basuh dan Rendam selama 4 jam. Selepas tempoh rendam, toskan dalam penapis. Nota: Ambil dua sudu besar (tbsp) kisar halus tanpa gunakan air dan simpan.
  • 2 tangkai cili kering dihiris halus.
  • 1 labu bawang sedang dipotong dadu halus atau boleh hiris halus.
  • 1 sudu kecil (tsp) BIJI jintan manis.
  • 6-8 helai daun kari dicincang.
  • 1-2 batang kayu manis 2″ panjang.
  • Garam secukup rasa mula dari 1/2 sudu kecil (tsp)
  • Minyak untuk goreng.
CARA-CARA:
1. Masukkan dalam mesin kisar(blender) anda 2 batang kayu manis di bawah sekali dan masukan kacang dal yang telah ditoskan tanpa di tambah air semasa kisaran (blend) kalau ada chopper lagi bagus. Biar hasil kisaran anda kasar sedikit. Asingkan hasil kisaran dalam satu bekas.
2. Masukkan hasil kisaran halus (2 sudu besar dal), daun kari, bawang , biji jintan manis, hirisan cili kering dan garam dalam bekas kisaran dan gaul rata.
3. Ambil hasil pes campuran dan jadikan bulat dan leperkan di atas tapak tangan anda. Tentukan guna sarung tangan plastik dan basah sedkit dengan permukaan sarung tangan anda supaya pes kisaran tidak melekat di tapak tangan anda.
4. Panaskan dan tentukan minyak gorengan boleh tengelami “vadeh”  untuk gorengan anda. Tentukan minyak cukup panas sebelum mulakan gorengan. Mulakan gorengan dengan api dapur yang sederhana.
5. Jangan goreng terlalu banyak dalam kuali (Ia akan menurunkan suhu minyak gorengan). Goreng 4 atau lima, dan tentukan ia tidak bertindeh di antara satu sama lain. Suhu minyak perlu dijaga sentiasa jika  tidak vadey anda bertabur dalam kuali atau pun hangus sebelum masak. Masa gorengan selalunya 5-6 minit vadey anda cukup masak dan garing.

No comments: