Tuesday, May 18, 2010

Jika Begitu Akhirnya

"Hello, assalammualaikum." "Waalaikummussalam. Nak cakap dengan siapa?"

"Hello, assalammualaikum."

"Waalaikummussalam. Nak cakap dengan siapa?"

"Boleh saya bercakap dengan Rizman?"
"Sebentar ya." Aku menarik nafas dalam-dalam dan melepaskannya perlahan-lahan. Jantungku berdegup kencang menanti orang yang aku harapkan. Kenalkah dia lagi pada aku? Buatnya dia tak kenal, pergh! Malunya aku nanti.

"Hello, assalammualaikum." Sapa satu suara di hujung talian. Hampir berhenti nafasku mendengar suara itu.

"Er… waalaikummussalam."

"Su!" Tergamam aku seketika apabila medengar pekikan ceria itu. He! He! He! Tak payahlah susah-susah aku nak kenalkan diri

"Apa khabar? Amboi! Lamanya tak dengar berita engkau. Aku fikir kau dah tak ingat aku lagi."

"Woit, woit! Amboi, amboi engkau! Sikit pun tak bagi chance kat aku nak bercakap yer!" Balasku ceria. He! He! Sukanya sebab dia masih ingat pada aku. Debaran di dada semakin berkurangan.

"He! He! Sorry," balas jejaka itu sambil tertawa kecil. "Mana aku tak gembira. Dah lama tak dengar berita engkau. Alih-alih pagi ni kau contact aku. Hish! Macam mimpi pulak."

"Ek eleh! Engkau tu pun bukannya reti nak contact aku." Balas aku sedikit menyindir. Kecik hati pun ada sikit.

"Sorrylah. Nombor phone engkau dah hilang. Aku cuba cari dalam majalah sekolah tapi tak ada. Tu yang aku susah hati sikit."

Aku tersenyum sendiri. Eleh! Macam real aje alasan dia. "O…macam tu alkisahnya," balasku sedikit mengusik. Kedengaran tawa jejaka itu di hujung talian.

"So, macam mana life kat kolej? Seronok?"

"Eleh! Macam engkau jugak. Pergi kuliah, tutorial, buat assignment. Ala… itulah campus life."

"Hm… tak ada yang sangkut ke?"

Amboi! Baik punya soalan. Ada ke patut dia tanya soalan bonus tu. "Ada." Balasku sepatah.

"Hah? Ada? Siapa?"
Amboi! Cepat aje dia bertanya. "Lecturer aku."

"Ha? Eh, cik akak oi! Mak bapak engkau hantar kau ke kolej tu untuk jadi orang berguna. Bukannya tackle lecturer."

"Ala… apa salahnya. Senang sikit nak score markah." Balasku sambil tertawa.

Pergh! Hampir sejam aku berborak dengan mamat ni. Aku tersenyum sendiri sebaik sahaja gagang telefon diletakkkan. Rizman! Satu nama yang cukup popular di sekolah aku dulu. Budak kelas aku yang aku tahu mempunyai ramai peminat termasuk aku! ***a aku ni
lain sikit. Bak kata orang putih, special case. Aku sendiri tak tahu macam mana dan sejak bila aku dan dia pandai main mata.

Jeling-menjeling sesama sendiri. Bak lagu Tan Sri SM Salim dan Siti Nurhaliza tu, "menjeling-menjeling ku bertentang, mata kita sama memandang, ku cuba, ku cuba nak bertanya, siapa dia oh namanya." Cewah! Lebih-lebih pulak aku ni.

Punyalah baik perangai kita orang sampai satu kelas tak perasan pasal eye contact ni selama setahun. Tapi aku tak pernah bercakap dengan dia. Itu yang peliknya. Kalau bertembung pun, senyum aje. Bila dah lama-lama jeling-menjeling, hati mula terpaut.

Tapi aku sedar, siapa aku. Aku jenis low profile tapi dia glamour giler satu sekolah. Cikgu mana yang tak kenal Rizman. Student mana yang tak respect kat Rizman. Tapi bila aku dipilih untuk jadi AJK Persatuan Agama Islam dan dia pun jadi AJK, mulalah kita orang
bercakap. Itu pun benda-benda yang berkaitan dengan Persatuan Agama Islam.

Yang kelakarnya, siapalah suggest nama aku pada ustazah untuk pegang jawatan tu. Budak nakal macam hantu ni pun dilantik.

Sebab tu ada yang tak puas hati. Aku buat donno jer. Lama-lama kita orang jadi baik. Aku akui, aku memang suka giler kat dia.

Entahlah. Aku rasa macam dah jatuh cinta dengan dia.

Tapi sebab aku fikir kedudukan aku dengan dia macam langit dan bumi, aku pendamkan aje. Tapi aku tak dapat tipu diri walaupun aku cuba untuk berlagak biasa bila bercakap dengan dia. Dia pulak punyalah ramah bila bercakap dengan aku. Tapi bila bercakap
dengan budak perempuan lain, macam tunggul pulak dia. Itulah antara punca wujudnya gossip-gosip panas pasal kita orang. Ada ke patut kita orang dikatakan ada affair. Pergh! Budak baik macam kita orang ni pun dituduh macam tu. Aku ***a diam bila diusik. Tapi
dalam hati, suka pun ada, marah pun ada. Dia pula ***a senyum aje. Itu yang aku rasa aku  ni memang hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Ceh!

"Amboi, amboi! Jauhnya menung anak dara ni. Dah tak payah memasak?" Opocot! Aku berpaling sambil tersengih. He! He! Mak aku dah balik dari pasar.

"Sorry, mak. Teringat pak we lama pulak," balasku sambil tersengih lantas perlahan-lahan bangun dari kerusi. Dengan pantas, aku melangkah ke dapur. Periuk nasi elektrik berjenama National aku capai untuk memasak nasi. Karang berleter pulak mem aku tu. Hm…

Rizman!

"Kak Su, call." Aku berhenti melipat pakaian yang akan aku bawa pulang nanti. Siapa pula yang call ni? Macam tahu-tahu aje aku nak balik esok.

"Lelaki," ujar Ika agak kuat sebaik sahaja aku keluar dari bilik.

Hish, dia ni! Senyap ajerlah. Tengok, mak aku dah pandang semacam aje. Dia bukannya suka sangat anak dara dia ni dicontact oleh insan yang bernama lelaki. Siapa pulak ni? Faiz ke? Kalau dia… matilah aku! Ika hanya tersengih apabila cubitan aku gagal
mengenai sasaran.

"Hai, Su!"

Opocot! Terkejut aku. Mamat ni rupanya. `Woit! Dah tak reti nak bagi salam?" Balasku sedikit kasar. Nasib baik tak terputus nafas aku.

Dia ***a tertawa. Hampeh punya mamat.

"Buat apa tadi?"

"Kemas barang."

"O…esok nak balik, ya."

Eleh! Buat-buat tanya pulak. Kan hari tu aku dah bagi tahu. "Habis tu, kalau kau dah balik kolej nanti, macam mana aku nak contact engkau?"

"Aik! Bila masa pulak engkau rajin nak contact aku ni?" Tanya aku pura-pura hairan. Tapi dalam hati, aku gembira kerana dia masih lagi sudi untuk menjalin persahabatan yang termetrai sejak di teknik lagi.

"Ala…salah ke?" Alahai! Lemahnya suara dia. Macam merajuk pulak.

"So?"

"Apa kata engkau sedekahkan nombor handset engkau pada aku?"
Aku tersenyum sendiri lagi."Tapi dukacita dimaklumkan yang aku ni tak pakai handset."
"Hah?!"

Hish, mamat ni! Nasib baik dia tak ada depan aku. Kalau tak, sia-sia aje dapat flying-kick.

"Macam mana yek?"
****
Semester dua baru seminggu berjalan. Semester ni aku ada tujuh subjek dengan 18 kredit. Semester ni aku nak belajar betul-betul untuk tebus kegagalan waktu semester satu dulu. Aku memang akui yang aku banyak enjoy waktu semester lepas. Hasilnya, aku ***a mampu mendapat 3.0 point sahaja. Hm… salah aku jugak.

"Hai, Su. Awal balik," sapa Hani sebaik sahaja aku melangkah masuk ke bilik. Aku ***a mengeluh sambil meletakkan beg sandang di atas kerusi.

"Library penuh." Balasku lemah sambil menanggalkan tudung kepala. Rambutku yang separas bahu, aku sikat perlahan. Kemudian aku merebahkan diri ke atas katil Hani. Ala… dia tak marah punya.

Gadis itu kembali menatap buku di atas meja belajarnya. Aku memandangnya sekilas dan kemudian merenung siling putih.

"Kau ni macam ada masalah aje." Suara Hani menusuk ke telingaku. Aku memandangnya lantas tersenyum tipis. Dia memang memahami keaadaan aku. Kalau aku ada masalah, cepat aje dia dapat menangkapnya.

"Pasal Faiz?" Soalnya sambil mendekatiku. Dia melabuhkan punggungnya di atas lantai. Kepalanya diletakkan ke atas katil dengan beralaskan lengannya. Aku ***a mengangguk perlahan.

"Aku tak tahulah samada nak teruskan hubungan dengan dia atau tidak," ujarku perlahan. Serta-merta wajah jejaka itu muncul di kotak ingatanku. Jejaka itu aku kenali sewaktu di perpustakaan semester lepas. Dia pelajar tahun dua dan aku menyukainya kerana sikapnya yang peramah dan berfikiran terbuka. Itulah antara cirri-ciri jejaka yang aku sukai. Aku tak nafikan yang aku sayang dia.

Tapi dia terlalu mengongkong aku. Memaksa aku memutuskan hubungan dengan semua lelaki yang aku kenali. Mana mungkin aku berbuat demikian. Itu tidak adil bagi Ikhwan yang banyak memberi dorongan pada aku dalam pelajaran. Aku telah bersahabat dengan dia lebih dua tahun. Lebih lama dari aku mengenali Faiz. Amir yang banyak membantu juga tidak boleh dilupakan. Begitu juga Abang Asran, Shahril dan ramai lagi. Aku tidak mahu kehilangan sahabat yang banyak membantu hanya kerana seorang lelaki yang belum tentu menjadi suami kepada ku. Memang dia perlu cemburu. Tapi cemburunya terlalu menyakitkan hatiku. Bila kami bergaduh tentang itu, dia menuduh aku dengan pelbagai perkara yang tidak boleh aku terima. Tapi kini barulah terhegeh-hegeh nak berbaik balik. Aku tak nafikan yang memang aku sayang dia. Tapi sikapnya itulah yang membuatkan aku buntu. Aku mengeluh sendiri.

Su, buatlah keputusan yang terbaik. Kalau kau rasa kau dapat slow talk dengan dia agar tidak terlalu mengongkong kau, terimalah ia kembali. Tapi kalau kau rasa tak boleh, lupakan dia. Aku yakin kau pun tak nak hidup dalam kongkongan kan?"

Aku ***a merenung siling sambil mendengar kata-kata Hani itu. Selain itu aku tengah fikir pasal Rizman. Sebenarnya sampai sekarang aku masih sayangkan jejaka itu dan perasaan itu semakin dalam sejak dia rajin menghubungi aku melalui handset Hani. Itu
juga antara sebab aku sukar untuk menerima Faiz kembali. Dua-dua aku sayang. Tapi Faiz terlalu mengongkong dan Rizman pula mungkin menganggap aku hanya sebagai kawan sahaja seperti dulu. Dia tidak menyebut tentang cinta kalau berbual. ***a nasihat agar aku terus berusaha dalam pelajaran. Aku mengeluh lagi.

"Su, esok engkau ada kuliah pukul berapa?"
"Esok? Hm…start pukul 10. Kenapa?"

"Tak ada apa. Aku ***a nak ajak engkau temankan aku ke fakulti. Ada hal sikit."

"Hm…okey!"

****
"Su!" Langkah kami untuk memasuki perpustakaan terhenti apabila mendengar namaku dipanggil dari belakang. Aku berpaling. Faiz mendekatiku. Aku hanya mengeluh berat.

"Su, aku masuk dulu," ujar Hani perlahan. Aku ***a mengangguk.

"Can we talk?"

Aku mengeluh berat mendengar permintaan itu. Walaupun agak berat namun kata persetujuan tetap meluncur keluar dari mulutku.
Kami melangkah ke suatu sudut yang agak jauh dari orang ramai. Aku melemparkan pandangan ke tempat lain dan sesekali mendengus. Faiz hanya merenungku tanpa sepatah kata. Agak lama kami terdiam.

"Su, macam mana kita ni?"
Aik! Ada ke patut dia tanya macam tu. "Tak faham," balasku dingin.
"Maksud Faiz, adakah Su nak terus menjauhkan diri dari Faiz atau kita jadi seperti dulu."

Aku ***a membatu. Sebenarnya aku masih lagi belum membuat sebarang keputusan. Terlalu sukar untuk aku membuat sebarang keputusan sekarang.

"Faiz tak faham. Apa salah Faiz sampai Su buat macam ni."
Tak faham? Lupakah dia tentang Sani yang nyaris ditumbuk atas perasaan cemburunya? Salahkah rakan sekelas aku itu yang hanya berjalan beriringan dengan aku untuk ke makmal komputer? Lupakah dia kata-kata pedas yang dilemparkan kepada aku tatkala aku mempertikaikan tindakannya itu? Tiba-tiba muncul perasaan benci pada jejaka di hadapan aku itu.

"Maaf, Faiz. Su tak dapat kembali pada Faiz lagi. Su rasa mungkin Faiz akan faham kenapa Su buat macam ni bila Su dah tinggalkan Faiz," ujarku penuh sindiran lantas berlalu. Panggilan dari Faiz tidak aku hiraukan. Aku sudah buat keputusan nekad. Aku tidak akan berpaling lagi pada dia. Biarlah dia sendiri sedar kesilapannya.

*****
"Perhatian kepada pelajar yang bernama Suria binti Samsudin. Sila datang ke hadapan Pejabat Desasiswa sekarang juga kerana ada tetamu sedang menanti anda."

Aku berhenti menaip sebaik sahaja mendengar pengumuman itu. Aku cuba untuk mendengar pengumuman itu untuk kali kedua. Sah!
Memang nama aku. Tapi siapa pula yang datang lawat aku ni? Takkanlah mak bapak aku kot. Mak tak cakap apa-apa pun bila aku telefon rumah semalam. Dengan pantas aku menukar pakaian. Bedak Johnson Baby pun aku sapu ala kadar sahaja. Dalam kepala
aku ***a terbayang mak dengan ayah aku sahaja yang datang melawat. Tak pun Along. Tak pun Kak Lang. Sedar-sedar aku dah sampai di hadapan pejabat Desasiswa.

Aik! Tak ada siapa pun. Yang ada ***a seorang budak lelaki yang aku rasa pelajar kolej ini sendiri. Dia membelakangi aku. Aku segera melangkah ke kaunter pejabat tersebut.

"Assalammualaikum, cik. Cik, tadi ada announcement yang saya ada pelawat. Mana pelawatnya cik?" Soalku dengan sopan santun walaupun aku ni kategori budak brutal jugak.

"Tu!" Balas kerani itu sambil menunding jari ke arah budak lelaki yang sedang asyik memandang ke arah dewan peperiksaan. Aku memandang budak lelaki itu dengan hairan. Tiba-tiba dia berpaling. Hampir aku menjerit keriangan. Hish! Menyesal tak make up
lawa-lawa tadi. Hampir setahun aku tidak bersua muka dengan dia. Tiba-tiba dia muncul di hadapanku. Macam mimpi pulak.

"Apa khabar?" Sapa Rizman sebaik sahaja berdiri di hadapanku.

"Er…baik." Balasku agak gugup. Mimpi ke ni?

"Makin cantik nampak," usik Rizman. Aku hanya tersenyum tanpa mampu berkata apa-apa. Aku betul-betul rasa kelu bila berhadapan dengan jejaka itu. Masih seperti dulu.

"Can we have a date?" Soal Rizman sambil tersenyum setelah agak lama kami terdiam.

Aku memang dah tak tahu nak cakap apa lagi. Masih lagi rasa macam tak percaya. Rasa macam mimpi aje. Almaklumlah hari ini hari Ahad. Biasanya time macam ni aku masih tidur lagi. ***a hari ini bangun awal untuk buat assignment.

"Can we have a date?" Rizman mengulangi soalannya. Aku tersengih malu sebab jauh sangat mengelamun. Perlahan-lahan aku mengangguk sambil tersenyum sebab aku sedar itu adalah realiti.

"Engkau drive dari UTM ke sini seorang diri?" Soalku sebaik sahaja dia membuka pintu kereta untukku. Dia ***a tersenyum.

"Kereta siapa ni?" Soalku sebaik sahaja kami berada dalam kereta itu.
 "Sewa," jawabnya sepatah sambil menghidupkan enjin kereta. Aku memandangnya dengan seribu persoalan. Dia memandangku sambil tersenyum.

"Dah, jangan nak rasa hairan ke, apa ke. All this only for you, my princess."

Aku tak tahulah dia serius atau main-main dengan kata-kata dia tu. Tapi yang pastinya aku tak suka sebab aku rasa ia membuatkan aku semakin hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong!

Aku tertawa sebaik sahaja Rizman selesai menceritakan tentang kenakalan rakan sekelasnya. Tapi aku sedar, kalau dah tension biasalah buat perkara yang bukan-bukan. Kadang-kadang aku pun macam tu jugak.

"Su," aku mengangkat muka apabila mendengar panggilan itu sebaik sahaja tawa kami reda. "Engkau masih macam dulu. Happy go lucky, comel, nakal tapi lebih matang," ujar Rizman perlahan. Aku ***a terdiam. Entak mengapa kata-kata itu terlalu menusuk ke
dalam jiwaku dan seakan-akan mendalamkan lagi perasaan halus yang aku rasai.

"Su, ingat tak waktu jamuan akhir tahun kelas kita? Aku minta engkau pakai baju kurung pucuk pisang dan aku pakai baju melayu yang sama warna dengan kau. Lepas tu kita jadi pasangan ideal dalam jamuan itu."

Aku ***a tersenyum apabila teringat jamuan itu. Itulah antara kenangan manis aku bersamanya. Waktu itu aku rasa bahagia sangat.

Aku rasakan yang macam Rizman dah jadi milik aku. Namun aku sedar itu hanya angan-angan sahaja.

"Tapi yang tak bestnya bila engkau tak nak ambil gambar dengan aku. Kecewanya waktu tu jangan cakaplah," aku ***a tersenyum.

Bukannya aku tak mahu tapi aku malu bila diusik oleh rakan sekelas.

"Hari ini engkau pakai baju kurung yang sama dan kali ini kau tak boleh lari lagi." Aku segera memandangnya dengan hairan. Dia tersenyum nakal.

"Lepas ni kita ke pejabat kadi." "Hah?!"

"Eh, bukan! Kita pergi tangkap gambar," ujar Rizman lantas tertawa. Aku segera mencubit lengannya. Nakal pulak dia.

"Wah, wah! Patutlah tinggalkan aku. Dah ada balak baru rupanya." Aku mendongak sebaik sahaja mendengar kata-kata itu. Macam kenal aje suara itu. Sah! Faiz memandangku dan kemudian beralih pada Rizman. Hish! Bila masa pulak dia ni muncul kat KFC ni.

Kehairanan tergambar di wajah Rizman.

"Eh, saudara! Aku ***a nak ingatkan kau. Hati-hati sikit dengan perempuan ni. Esok-esok, engkau pula kena tinggal."

Aku tersentak dengan kata-kata kasar itu. Mahu saja aku menampar mulut lancang itu. Namun ku sabarkan hatiku. Faiz berlalu sambil menjeling ke arahku. Rizman hanya memerhatikan jejaka itu sehingga dia hilang dari pandangan.

"Siapa tu?" Soalnya. Aku mengeluh berat.
***
Pantasnya masa berlalu. Kini sudah tahun 2009. Malaysia pun dah pesat membangun. Tahun ini aku berusia 26 tahun dan aku masih belum mendirikan rumah tangga. Ini amat membimbangkan mak dan ayah aku di kampung. Aku kini menjadi seorang pendidik
seperti yang aku impikan. Pada mulanya aku mahu mengajar di negeri asalku, Negeri  Sembilan. Tetapi Rizman yang mencadangkan agar aku mengajar di sekolah kami dulu. Di teknik di negeri bersejarah ini. Rizman pula sudah bergelar jurutera setelah menamtkan pengajian selama lima tahun di UTM. Dia kini bertugas di sebuah syarikat kontraktor di negeri in juga.

"Jauh menung," sapa satu suara. Aku mendongak. Rizman duduk di sebelahku sambil tersenyum. "Sorrylah, lambat sikit. Tadi ada meeting kejap," ujar Rizman perlahan. Aku ***a tersenyum. Tak sangka dah sepuluh tahun kami berkawan. Satu tempoh yang agak
lama. Tapi dalam tempoh itu juga aku banyak memendam rasa. Mengangankan sesuatu walaupun aku tidak pasti sama ada ia akan menjadi kenyataan. Dalam tempoh sepuluh tahun ini juga aku banyak menolak cinta dari orang lain. Entah kenapa aku sendiri tidak pasti.

"Hah! Apa yang penting sangat sampai beria-ia nak jumpa ni?" Soalku apabila teringat kata-katanya yang beria-ia mengajak aku berjumpa di restoran eksklusif ini.

Dia hanya tersenyum sambil memanggil seorang pelayan. Dia berbisik sesuatu sebelum pelayan lelaki itu berlalu. Aku hanya memandangnya dengan sedikit hairan. Aku semakin hairan apabila pelayan itu muncul dengan sejambak mawar merah. Rizman tersenyum sambil merenung mawar itu setelah mawar bertukar tangan.

"Just for you, my princess," ujar Rizman sambil menghulurkan mawar itu. Aku hanya memandangnya. "Untuk Su," ujar Rizman seakan-akan meyakinkan. Perlahan-lahan aku menerima mawar itu. "Su, Man tak tahu nak berbahasa bunga-bunga. Man ***a nak
merungkaikan segala perasaan yang terbuku selama sepuluh tahun kita berkawan. Man rasa inilah masa yang paling sesuai untuk Man mengatakannya. Kini Su dah berjaya, Man pun dah berjaya. Man…"

Aku mula berdebar-debar menanti kata-kata yang bakal diucapkan . Rizman merenungku. Aku hanya tunduk merenung mawar di atas meja.

"Man menyintai Su sejak kita saling jeling-menjeling sewaktu tingkatn empat dulu. Hingga kini perasaan itu masih lagi hangat di jiwa ini dan Man harap Su dapat menerimanya. Sudikan Su menjadi permaisuri hati ini buat selama-lamanya?"

****
"Su, macam mana dan sejak bila kita saling jeling-menjeling, ya?"
"Entahlah, sampai sekarang Su tak dapat jawapannya," balasku sambil mengeratkan genggaman tanganku. Rizman tertawa kecil lantas mengucup lembut dahiku. Kemudian kami sama-sama menikmati pemandangan Kota London sewaktu matahari terbenam,
destinasi bulan madu kami."

No comments: