Monday, September 29, 2014

Foto Terbaru ~ Baby Ellisya ~ usia 2-3 bulan.

Renyeh smpai x nampak mata...hepi la tu 

 Ceria warna2 Ellisya pakai kan...cygggg mama



 Lepas Mandi..sejukkk

 Suka muncunggg...

 Bestnya Lena...

 Gaun merah p kenduri kat seberang 

 jgn kacau nk tidoq

 nak kawan ngan Minie je la

 Princess in PINK

 Muka Ngantuk

 Cantik tak kak tOn


 Heyyy Jebatt..

 Ni Masa sebulan



 Princess in Red


 Masa Cukur Kepala...genab sebulan( 30 hari )

 Apa Usyarr2




Pengalaman Bersalin Put3 Bongsuku...#Ellisya# part-3

Semalaman nk lena x boleh..rasa lenggoh badan sakit pinggang. Tgk2 nurse mai tuang air kencing..aikkk bila masa aku kencing ? x rasa pun…ishh3. Masa paling siksa nk bangun. Ya Allah bukan rasa sakit kat luar ni tapi sakit kat dalam. Takut terbuka sama kalau paksa2. Ishh x tau nk menjuloq mengiring mcm mana lagi nk bangun. Siap kena pegang kepala katil punya nk kesot. Setengah jam pusing pi pusing mai baru leh bangun. Dah bangun ok dah. Disebabkan penuh bilik tu aku dah boleh turun bawah ke wad. Aku ada request nk tgk baby kat tingkat atas..nurse kta nanti suruh hubby bawa pi. Pemalas punya nurse. Nk keja senang ja.! Dah la aku x tau apa brita pasal baby lagi. Mana la hubby aku ni. Pukul 10am aku turun ke wad. Dapat katil tinggi. Naik naik susah turun susah. Tunggu2 sampai kul 1pm baru hubby mai ngan anak2 dan mama aku. Mee Hong pun ada sekali. Aku kalut Tanya pasal anak dulu. Hubby kata anak ok alhamdulilah. X dak masalah semua cukup. Dalam soal jawab x habis nurse pun mai antaq baby. Ni la rupa baby masa nurse bawa mai. Siap ngan uniform wad kanak2 lagi hehe…aku konfius..anak aku ka ? awat mcm jepun ? awat mata sepet ? awat idung x tinggi ? tapi tetap Nampak comel di mata aku alhamdulilah..syukur pada Allah. Aku x sempat nk peluk baby sebab maktok ngan kakak2 dia dah serang. Ermmm kena tunggu giliran la nmpaknya……
Anak cina ka melayu ka jepun ni ??? konfius..

Bersama Maktok

Bersama Kak Yong 

 Bersama Kak Ngah

Aunty Mee Hong & MakTok

Lepas sesi bergambar barulah turn aku plak..apa lagi keterujaan aku hanya Aku & Allah saja yg tau..aku rasa tenang rasa bhgia sgt. Aku x sangka aku dah bersalin dan ada baby lagi… ingt dah monopos..hehe. Bermulalah episode baru. Rasa gayat pun ada. Mana nk dukung baby, nk bagi susu badan, nk salin pampers, nk ikat barut/bedung….bab susu badan ni heran. X reti bagi. Terlupa ka apa ntah la..tapi masa anak no 2 dulu mmg susu badan penuh sbb x keja..boleh plak. Cukup plak stok. Ni mcm tak ok ja..siang ok ja baby lena nyenyak..malam dia buat hal kat wad. X leh lena..dk menanggeh lapaq. Bagi susu pun x dapat..last 2 malam nurse tlg jaga..TQ nurse. So mama baby sambung lena…dekat subuh baru nurse mai gerak bagi baby balik….mcm tu la smpai hari ke3 dah boleh keluar wad. Wah lega. Penamat segala bab !! Jom balik rumah…

Special thanks to my Lovely prenz :
1)      Fidah yg sempat temankan aku kat spital 1 malam Hehe
2)      Mee Hong yg 2 kali mai melawat
3)      Amy mai melawat & bantu aku masa pitam kat spital
4)      Rose mai melawat & sponser acar ikan kering talang
5)      Liana mai melawat & sponser nasi kandaq  
Dan utk semua teman2 seperjuangan lepas ni topic BABY je la kita hehe


Terima kasih juga tak terhingga pada kawan2 yg byk sedekahkan barangan baby. Mmg jimat byk sbb semua dah ada. TQ Amy, Rose, Liana, Ashobah, Kak Nor, Siti Fatimah, Siew Lan & kim. Dan Million thanks to all prenz kerana x pernah jemu memberi nasihat, pandangan dan ilmu disepanjang aku mengandung hingga bersalin dan smpai lani……

Tamat sudah crita bersalin ku ini.....jumpa lagi yeee daaaaaaa

Pengalaman Bersalin Put3 Bongsuku...#Ellisya# part-2

Masuk ja dlm bilik tu aku terus rasa seram sejuk tapi tak la rasa sejuk mcm member2 cerita.mungkin aku jenih tahan sejuk kot…atau terlebih takut..ntahla. Lepas tu Doc & nurse soal jawab ka ajak sembang ntah la...aku layan je la. Bila suruh aku bangun utk bius ja aku rasa pinau. Berpeluh macam balik jogging. Suruh aku duduk tunduk peluk benda apa ntah…mulalah pencarian urat kat tulang belakang. Sesi ni aku paling siksa. Urat Oh urat dk sembunyi kat mana sampai doc cari tak jumpa. Yg aku rasa aku dicucuk 4x baru selesai. Sakit ni aku saja yg tau..masa cucuk tu dlm otak aku dah kata..ni adalah kali terakhir aku bersalin. X mau dah sbb sakit kena bius.! Berpeluh aku tahan sakit. Menitik ayaq mata aku walau aku tak menanggeh…huhuhu wahai anak2 dalam dunia ni termasuk aku..ingt lah setiap pengorbanan IBU kita ketika mengandungkan dan melahirkan kita. Tiada sakti dapat membalas budi mereka melainkan ksh syg dan doa kita utk mereka.

Selesai sudah sesi bius aku baring balik, doc bedah Tanya ada rasa tak kat kaki dia suruh aku angkat . Ermm x rasa dah. Mcm x dak kaki pun ada. Masalah2. Aku x berani nk tgk lampu kat atas takut aku pengsan nanti. So aku relax ja. Doc/nurse bius ada bhgian bahu aku..dan doc/nurse bedah ada bhgian kaki. Masing2 memainkan peranan sendiri. Doc/nurse bedah asyik nyembang ja aku risau dah satgi depa ralit jahanam perut aku. Dalam sembang sumbang doc bius x lepas check drip. Dah la drip kiri kanan tangan..ntah apa2. Awat x drip kaki semua huhu sakit tau dak…….arghhhhhh perut aku dipotong panjang 9/10.

Tiba2 dlm sembang aku nmpak 1 tali doc bedah pasing kot ataih perut. Tali pusat aku ka ? ghupanya tali tu depa Tarik ka ikat utk buka perut kot. Lepastu doc/nurse mula tekan perut aku. Ada la tekan serentak dlm 3-4 kali dan aku boleh rasa ada benda dah keluar dari perut aku.. aku rasa berat sikit kat kaki…tiba2 uwWaaaaaaaa…Alhamdulilah baby aku dah keluar dah…Welcome my dear to New World..lepas menanggis nurse bawa keluar utk dicucikan. Aku menahan sabar x tgk lagi baby. Aku biar doc/nurse buat keja dulu. Dlm pada tu aku ada Tanya 2-3 kali bila boleh tgk baby..nurse jawab nanti sedang dibersihkan. Heran aku smpai aku siap x kan baby aku x bersih2 lagi..depa guna mesin basuh ka ? ermmm

Masa aku ditolak keluar utk dipindahkan ke bilik selepas bersalin, aku Nampak hubby dan anak ke2 aku. Sian anak aku dgn baju sekolah lagi. Letih tunggu aku smpai terlena kat bangku panjang. Aku suruh nurse panggil hubby aku nk bagi uri. Yg surprisenya hubby aku masuk je dia Tanya mana anak ? aikkk dia yg tunggu kat luaq x kan nursei x tunjuk anak. Dia kata mmg belum tgk. Dia nmpak nurse tolak sorang baby tu masuk lif tapi x habaq apa kat dia..x tau tu anak sapa. Lepas tu nurse bilik ni tolong Tanya rupanya baby aku dah di bawa ke WAD kanak2 tingkat atas. Aku suruh hubby aku pi tgk. Ada masalah serius ka smpai x sempat nk tunjuk kat kami. Aku mula x sedap ati.!


Hubby aku pun naik la tingkat atas melawat baby…..tapi lepas tu aku tunggu x dapat apa2 brita. Nak naik tgk x boleh. Nk bangun pun x boleh huhu. Nk kol hp x dak. Alahaiii moga Allah melindungi baby aku….tu saja yg aku mampu buat masatu….
 Foto ni hubby ambik masa kat wad kanak2. lepas 2 jam bersalin. Girl 3.6kg...Alhamdulilah...

Pengalaman Bersalin Put3 Bongsuku...#Ellisya# part-1


Assalamualaikum….
Dah lama aku menghilang kini kembali lagi dengan pengalaman yg dah lama aku lalui dan tidak sangka dengan izin Allah aku diberi peluang utk melaluinya sekali lagi...

Tanggal 10/7/2014 aku ADMIT. Kandungan aku dah 38 minggu. Aku diberi tarikh harini utk admit sebab kali ni aku perlu bersalin secara operation..opss..biar betoi huhuhu takut ada seram ada teruja ada semua ada la….operation sebab baby aku besaq & sonsang. Baby2 nape songsang plak..mama dah la penakut.

Doc cakap aku akan dimasukkan ke bilik bersalin lebih kurang pukul 9am pada keesokkan hari tu. Aku orang kedua utk operation. Sabaq baby ye dah dekat smpai masa dah mama nk peluk nk cium baby yg ada dlm perut mama. X sabaq nk sentuh baby. Bila ingatkan baby lupa semua rasa takut….itulah ksh syg seorg IBU. Trima kasih mamaku kerana melahirkan aku dan membesarkan aku serta menyayangi ku smpai skrg..i Lov U mama.

Malam tu mula rasa macam2 dengan tgk org sekeliling adoila..risau2. Esok pagi tu nurse bgtau ada kes kecemasan jadi time aku ditunda. Sempat lagi melawak menyembang dengan kawan aku Fidah yg admit sama aku tapi dia dah bersalin awal. Bersalin x cukup bulan(saja nk race dgn aku la tu huhu). Kawan aku Mee Hong pun ada. Time tu la nurse bgtau kena ready semua. Operation time kul 2pm. Aku tgk jam dah 1.45pm…aku pun pi kat meja nurse..makan ubat berjenih jenih tension aku. Tapi senang plak aku telan..takut punya pasal kot..hehe


Lepas makan ubat terus aku naik atas katil utk di tolak ke tingkat atas. Masa nurse bagi cap soh pakai ja aku dah seram sejuk. Aku sempat suruh Mee Hong & Fidah kol hubby aku. Masa aku ditolak ke bilik operation tu 1001 macam benda dlm pala otak ni hanya Allah saja yg tau. Tau tak apa yg aku pikiaq ? meh nk citer…:-
1)      Doc yg nk operation aku tu pandai tak ?
2)      Bius yg depa bagi tu betoi ka (takut salah ubat bius) ?
3)      Lepas ni aku hidup lagi tak ?
4)      Baby aku elok sempurna tak ?

Haha tu la dlm pala otak aku. Sementara dk tunggu depa kemas bilik operation tu aku relax2 sat dulu. Tgk ada org buka pintu Nampak Puteri ke2 aku jenggok. Nk masuk x boleh dah..tapi doc bagi kebenaran sat ja..so anak aku ngan hubby aku masuk cepat soh aku doa byk2 tenangkan dan cium aku. Sebaknya rasa hati aku. Rasa takut pilu plak. Takut lepas ni mungkin x boleh nk jumpa semua dah..


Doc mai bgtau kata time utk masuk dlm bilik dah….Bismillahhirrohmannirrohim…..

Thursday, May 15, 2014

Scan 4D masa 30W......terujanya....

Assalamualaikum….

Jumpa lagi. Kali ni xcited nk cerita bab scan 4D. Masa anak sulung ngan no 2 tak da lagi scan 4D. so teringin gak la..kan dah kata ni baby yg last. Nak gak pic kenangan masa dlm perut lagi hehe.  Kebetulan ada Klinik kat Seberang Jaya buat Offer Scan 4D + Foto + CD ONLY rm65. Terus teruja. Padahal tgh demam ni. Demam dah hari ke 5 tapi batuk, selsema masih ada. Rasa sakit dada masa batuk. Siap rasa nk terkucil…huhu.

Sebelum tu nk citer cikit ni masa pegi check up Isnin baru2 ni 12/5/2014. Sepatutnya pegi keja pagi tu dan balik petang baru check up. Tapi dah demam ni hubby soh pi pagi. X yah pi keja..ishh dah la org nk save cuti.Tapi apakan daya..kuturutkan jua la..nanti tak pasal2 hubby berletiaq lagi sakit. Smpau klinik Jalan Macalister Rd dlm kul 8.00am. Lepas aku turun dari keta, hubby pun gi parking la..sana susah parking. Aku pun masuk la gi register. Letak buku pink kat kaunter aku pun duduk. Tapi aku rasa rimas sbb haritu ramai sgt sebab apa. ooO baru teringat esok tu Wesak Day. Jadi public holiday. Semua mai check up arini la…adoila…stresss…panaihhh.

Tetiba ja aku rasa berpeluh..lepas tu seram sejuk(Bukan citer antu k). Badan rasa ringan. Aku pun bangun nk cari nurse nk bgtau aku nk pitam ni…tiba2 aku rasa ada org pegang lengan aku. Dengar kecoh2 kata ada org nk pengsan. Isshh sapa plak nk pengsan ni. AKu ka ?? konfius gak. Rupanya mmg aku la..dengar kecoh misi2 soh bawa masuk rehat kat dlm bilik doctor. Ada dengar misi tu bgtau kata “ Puan ni ada Kencing Manis” mungkin Hypo. ADoila…menatang apa tu.? Dalam pada aku baring kat katil aku dengar misi2 kalut soh pi beli ayaq yg kurang manis, siap check BSP, BP pastu ambik darah aku 1 tiup huhu kejamnya…tapi yg best ada misi tlg picit kepala..selesanya….hehe.

Lepas Check tgk BSP ok ja 7.0. BP 140/100. Tinggi gak. 2x check sama. Check suhu aku..DEMAM. kena berletiaq ngan misi sbb dah demam 2 hari tapi x pi klinik/spital. Bukan x mau pi..tapi aku takut kena admit la…..lepas tu misi bagi segelas air soh minum muka pun dah merah sikit(misi kata masa pengsan muka pucat). Aku pun bangun la duduk.rehat ja sbb x payah tunggu kat luar…nanti doc mai check. Senangnya…..Tapi yg best hubby aku leh tak tau apa..lepas parking dia masuk dlm tgk aku x dak kat depan..dia ingt aku dah ada dlm bilik doc utk check up. .ermmm bertuahnya…

Balik tu aku makan ubat terus tidur. Dapat rehat hari selasa lagi kan Wesak Day. Rabu baru masuk keja. Ada org tegoq nmpka badan susut. Heran sunggoh. Aku bukan diet pun. dulu masa diet x susut2. Pe kes ni ? dah la berat x naik, kencing manih, batu karang + demam aku mula risau baby kat dalam. Aku kat luar ni x kisah sgt…yg kat dalam lebh penting. Mula la aku pikir yg bukan2. Utk puas hati aku..aku nekad utk pegi SCAN 4D.

Anak sedara aku rekomenkan aku Poliklinik Marina kat Seberang Jaya. Ada offer rm65. Balik ja keja, mandi2 rehat sat. Hubby balik keja terus gerak ke sana. Smpai dlm kul 9.00pm. kena tunggu giliran lak. Dlm 9.35pm baru aku dapat masuk. Doc bertudung labuh, baik dan peramah. Bila Doc soh baring ja..aku mula teruja tapi yg lebih teruja hubby aku la..x sabaq. Dari awal scan smpai last dia ja Tanya soalan smpai aku x dak soalan nk tanya dah…ye la kan dan lama x dak baby ni lebih2 hubby mmg suka budak2..

Lepas smua selesai kami pun ingt nk makan nasi Arab kat Tesco seberang jaya tapi dah pukul 10.15pm x sempat dah. SO decide balik ke Pulau dan makan kat Nurul Ikan Bakar jer…Lepas makan smpai umah dlm kul 1.00am. mandi sikit makan ubat..terus lena..letih.

                                              Ni Pic2 yg dapat snap....Muahhh kak pp gebus tu..



 Ni semua ukuran baby. Nampaknya ukuran lebih pada usia, Doc jangka leh berat 3.5kg keatas. Sbb usia 29w tapi ikut ukuran dan 31/32w.


Assalam Baby,
Tahu tak baby, mama, abah, kak long dan kak ngah teruja sgt dan x sabar nk sambut baby. X sabar nk peluk baby, nk cium baby, nk dukung baby, nak jaga baby, nk belai baby dan semuanya….Walaupun masa mengandung baby, mama rasa terlalu payah dan mcm2 dugaan, mama x kisah asalkan baby sihat dan sempurna serta baby gembira untuk menjadi ahli keluarga Mama dan Abah.

Baby
Tahu tak, ada org rasa mama frust sebab baby bukan lelaki. Sebab kan mama dah ada 2 org puteri sebelum ni. Tapi mama x pernah kisah pun, abah pun sama tapi sebab apa org2 sekeliling yg kisah sgt. Anak lelaki ka anak perempuan ka x menjanjikan syurga pun utk ibubapa. Nape org masih nk pertikaian dan bangga dgn anak lelaki. Mmg la sebolehnya smua ibu bapa ingin merasa utk mendapatkan anak lelaki dan perempuan tapi inikan Amanah Allah dan semuanya pun dgn izin Allah. Kenapa kita mesti pertikaikan. Selama ni mama besyukur dgn 2 org anak mama yg comel dan baik. Setakat ni x ada masalah pun jadi napa mama harus memilih jika ini yg terbaik utk mama…kan baby ? Mama tgk ramai yg ada anak lelaki pun kucar kacir juga hidup. Ramai di pusat serenti. Jadi kat mana yg harus dibanggakan. Ibu bapa yg Berjaya adalah yg dapat mendidik anak2 menjadi anak yg berguna dunia dan akhirat. Tapi dari zaman dulu smpai sekrg manusia masih cetek ilmu..biarlah..

Baby,
Bagi mama, didikan ilmu dunia dan akhirat tu penting utk kesejahteraan hidup . Bukan terletak pada anak lelaki atau perempuan. Jadi baby jgn risau sbb mama , abah dan kakak2 semua terima baby dgn perasaan teruja dan x sabar sgt2. Smga baby menjadi Anak yg solehah, berakhlak serta berilmu dunia dan akhirat…aminnn. We LoVe U So MuCh…..