Sunday, December 19, 2010

Keluhan Teruna vs Dara


KELUHAN SI TERUNA....


Ayah ! Ibu ! Tolonglah aku !
Aku ingin kahwin, Tapi tak mampu!
Nak buat kecil-kecilan, Ibu tak setuju.
Apa nak buat, sudah nasibku.
Despatch rider, pekerjaanku
Gajiku pulak, tak sampai seribu..
Tapi bakal isteriku tu, cikgu
Mak dia mintak hantaran, sampai sepuluh ribu !!
Hai.. Aku pun tak tahu..
Apa nak jadi, dengan bangsaku.
Makin jauh dan tenggelam,
Dalam keduniaan dan pembaziran.
Sampai nak kahwin pun, Jadi satu kesusahan.
Aku bukan pelokek, Aku bukan kedekut,
Tapi kalau mahal sangat, Memanglah tak patut !

Bersanding kan adat Hindu,
Apasallah kita ni, dungu ?
Kitakan dah Islam..
Beratus tahun dahulu ?
Kenduri kahwin tu, bukannya salah
Asalkan dibuat, mengikut sunnah
Takde pembaziran, takde bid'ah
Lebih gembira, lebih meriah !
Kalau duit tu, kita buat sedekah
Dirikan masjid ke, atau madrasah
Kan lebih baik, dan barakah ?
Mendekatkan kita, kepada Allah ?
Aku nak kahwin, dan merasa bahagia..
Nikmat bekeluarga, ingin kurasa
Tapi kalau begini, macam mana ?
Boleh jadi papa kedana !

Hai Muslim.. Hai Muslimah..
Bilakah kita, akan berubah ?
Ikutilah cara Rasulullah..
Kan lebih baik, dan diberkati Allah ?

KELUHAN SI DARA.....

Ayah ! Ibu !
Ampunkan Daku !
Bukan Ku Sengaja, Bukan ku Tak Mahu !
Kahwin itu besar pengertiannya
Bukan sekadar suka-suka
Semua orang kahwin minta bahagia
Aku pun mahu berteman juga
Bukan harta benda ataupun rupa
Mahupun bujang atau yang duda
Aku tak kisah tua ke muda
Asalkan baik hati budinya

Ku cuba cari teman sejati
Yang memahami hati ini
Seorang yang berjiwa murni
Teguh peribadi dan positif personaliti
Seorang Muslim yang solehah
Gaya hidup mengikut Sunnah
Menjadi contoh anak isteri
Membimbing keluarga yang mithali

Duit hantaran dan persandingan
Itu semua bukan jaminan mahligai dunia akan aman
Yang penting pernikahan
Adat resam mesti dijaga
Asal tidak melanggar Aqidah
Ramai Melayu masih lupa

Bersanding - dalam Islam memang bercanggah
Buatlah majlis yang sederhana
Ijab kabul biar sempurna
Pasangan mempelai diraikan bersama
Sebagai pengumuman pada semua
Duit hantaran jangan dibazirkan
Buat simpanan masa hadapan
Suami isteri harus muafakat
Agar ekonomi keluarga terselamat!

Wahai Ayah ! Wahai Ibu !
Ku mohon doa ku mohon restu
Biar pun lambat jodoh ku temu
Asal bahagia berkekalan sepanjang hayat ku

Monday, December 13, 2010

Karnival Sg Petani - Oct 2010

Ni Pic masa aku jadi comitte utk Philips ke Karnical SG Petani. X sangka best gak tempat tu. kira first time la aku gi sana..Ada 4 trip semua. So aku dah gerak ikut trip mula lagi..
Sampai sana ada game tarik tali dalam air (aku x join ler). Pastu xtiviti bebas siap ada karaoke lagi. Aku sebenarnya ketaq nk karaoke tp malu2 kucing gitu...meowWw hehehe

Kami ada disana dari kul 10pm macam tu sampai bertolak balik kul 5.00pm. Yang bestnye aku tak balik.
Aku stay kat Cinta Sayang Resort. Room Vip kot sbb besaq la room tu..mmg puaih ati la..malam tu anak2 aku sampai dengan umi dan aisyah. Anak2 kalau dah smpai apa lagi..mana sabaq nk tunggu esok baru nk masuk karnical..terjun kolam dulu ler..Malam lak kami pi makan kat Nasi Lemak Cinta Sayang..sedap gilesss sampai lani dok tahan ayaq liuq lagi....











Bowling Tournament April 2010

Bowling Tournament  !
Yah, Kami Beraksi sekali lagi utk merebut Piala kemenangan ...Philips.
Kami 6 Orang dan aku sebagai Kapten cewahh..hehehe
eh eh sape buang anak tu...amboii rimi nak buat anak angkat ke ?

ooo rupanya semua yg cute2 tu supporter kami..heheh cam ne leh tak ingat.

Kami dapat tempat Ke -8 dapat Trofi(untuk Top 10). Setakat ni aku dah kumpul 4 Trofi..yahoO. Thaniah2

Sunday, December 12, 2010

Philips Amazing Hunt OCT 2010

YuHuuu...ermm nak citer mcm mana ek. Macam ni lah , aku ada join amazing hunt. Semua ada 40 teams. Buat dua kali pertandingan ni. Setiap pertandingan 20 teams yg akan bertanding.

Tak sangka Team kami dapat Champian utk first week. Tahniah..Tahniah..heheeh makasih sapa yg ucap tahniah tu....dapat Hadiah Pembakar Roti Brand PHILIPS. wOw !


Hepi Besday to.. CT

Happy Birthday to OCT Birthday girls...Ct & Chin Foong

NI adalah sambutan Birthday utk Team kami (PRODUCT ENGINEERING) bagi bulan OCT. Walau kecil kecilan tapi tetap meriah...apapun Thanks pada Manager kami HK kerana idea yg bernas ni dan kami terasa bagai dihargai...hehehehe.

Bila la nak celebrate Birthday aku nih..teruja lak..haha
yang Baju merah tu la Chin Foong tapi dah resign.

Ct yang ujung sekali belah kanan.tudung kelabu.